Pernyataan Pofesional

5
PENYATAAN PROFESIONAL YANG DIHARAPKAN MELALUI INTERNSHIP Sebagai guru pelatih yang akan menjalani Internship selama 4 minggu, saya berharap agar dapat memantapkan lagi tugas dan kemahiran saya sebagai seorang guru permulaan bagi aliran perdana secara holistik. Secara umumnya, program Internship ini merupakan satu medium latihan di lapangan yang bertujuan untuk mengaitkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman sedia ada dengan amalan sebenar tugas guru permulaan. Selain itu, harapan saya juga berharap untuk memperbaiki kelemahan diri serta memperoleh ilmu yang baru ketika berada di sekolah nanti. Lebih-lebih lagi berkaitan dengan projek besar dan projek kecil yang perlu dilaksanakan sepanjang tempoh Internship tersebut. Sebelum menjalani Internship di sekolah selama satu bulan, satu taklimat oleh unit praktikum telah diadakan pada 17 September 2015 bersamaan hari Khamis bertempat di Bilik Peperiksaan 2. Taklimat telah disampaikan oleh Ketua Unit Praktikum, Encik Johari Bin Jonet. Sepanjang taklimat, saya telah didedahkan tentang apa itu internship dan projek yang boleh dijalankan di sekolah. Pelbagai input yang berguna telah diperoleh sepanjang hari taklimat dijalankan untuk memastikan para pelajar dapat menjalankan Internship dengan lancar. Banyak isu yang telah dibincangkan sewaktu sesi taklimat tersebut termasuklah perkara seperti penyediaan portfolio,

description

Pernyataan Pofesional

Transcript of Pernyataan Pofesional

Page 1: Pernyataan Pofesional

PENYATAAN PROFESIONAL

YANG DIHARAPKAN MELALUI INTERNSHIP

Sebagai guru pelatih yang akan menjalani Internship selama 4 minggu, saya

berharap agar dapat memantapkan lagi tugas dan kemahiran saya sebagai seorang

guru permulaan bagi aliran perdana secara holistik. Secara umumnya, program

Internship ini merupakan satu medium latihan di lapangan yang bertujuan untuk

mengaitkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman sedia ada dengan amalan

sebenar tugas guru permulaan. Selain itu, harapan saya juga berharap untuk

memperbaiki kelemahan diri serta memperoleh ilmu yang baru ketika berada di sekolah

nanti. Lebih-lebih lagi berkaitan dengan projek besar dan projek kecil yang perlu

dilaksanakan sepanjang tempoh Internship tersebut.

Sebelum menjalani Internship di sekolah selama satu bulan, satu taklimat oleh

unit praktikum telah diadakan pada 17 September 2015 bersamaan hari Khamis

bertempat di Bilik Peperiksaan 2. Taklimat telah disampaikan oleh Ketua Unit

Praktikum, Encik Johari Bin Jonet. Sepanjang taklimat, saya telah didedahkan tentang

apa itu internship dan projek yang boleh dijalankan di sekolah. Pelbagai input yang

berguna telah diperoleh sepanjang hari taklimat dijalankan untuk memastikan para

pelajar dapat menjalankan Internship dengan lancar.

Banyak isu yang telah dibincangkan sewaktu sesi taklimat tersebut termasuklah

perkara seperti penyediaan portfolio, penyediaan kertas kerja bagi projek yang perlu

disediakan, serta sesi pelaksanaan berdasarkan kertas kerja yang dihasilkan dengan

teratur dan efisien. Seperti yang telah ditaklimatkan oleh Ketua Unit Praktikum,

penyediaan portfolio adalah wajib bagi pelajar untuk menyimpan bahan bukti dan bahan

proses pendokumentasian sepanjang tempoh menjalani Internship. Sebelum menjalani

Internship, saya telah merancang tentang projek yang sesuai dan bakal dilaksanakan

projek sebaik sahaja sesi Internship bermula pada minggu hadapan di SJK (C) Sin Ya,

Alma.

Page 2: Pernyataan Pofesional

Antara tujuan penting semasa menjalani sesi Intership pada semester 8 ialah :

1. Melatih diri untuk menimba pengalaman sebenar mengajar di sekolah aliran

perdana.

2. Melatih diri untuk memahami budaya pembelajaran murid-murid bagi menjamin

kelancaran sesi pengajaran dan pembelajaran.

3. Menyusun dan merancang projek yang sesuai dengan kerjasama guru-guru di

sekolah.

4. Menyediakan kertas kerja yang betul dan bersesuaian dengan projek yang bakal

dijalankan.

5. Membina hubungan sosial yang baik antara warga sekolah.

6. Memerhatikan aktiviti - aktiviti yang dilakukan oleh guru semasa mengajar murid-

murid.

7. Mengenal pasti pola tingkah laku murid-murid dan cara untuk mengatasi tingkah

laku yang negatif.

8. Mengetahui peranan guru dalam memberi bimbingan dan menjaga kebajikan

murid-murid.

9. Melihat bagaimana guru Bahasa Melayu membuat dan merancang aktiviti dalam

sesi pengajaran dan pembelajaran.

Sebelum Internship:

1. Menghadiri taklimat internship yang dikendalikan oleh unit praktikum.

2. Mengumpul borang – borang yang hendak digunakan sepanjang tempoh

Internship..

3. Menghadiri taklimat bersama pensyarah subjek kajian tindakan.

4. Berbincang bersama pensyarah penyelia kajian tindakan.

5. Merancang tentang projek yang akan dilaksanakan.

6. Menyiapkan portfolio pembelajaran pelajar bagi sesi Internship.

Page 3: Pernyataan Pofesional

Semasa praktikum

Apa yang akan saya lakukan semasa menjalani praktikum di sekolah adalah:

1. Membuat pemerhatian semasa guru mengajar murid-murid subjek Bahasa

Melayu

2. Berbincang dengan guru Bahasa Melayu tentang aktiviti – aktiviti yang dilakukan

sepanjang kelas.

3. Membuat rancangan pengajaran harian dan rancangan slot pada hari mengajar.

4. Merancang aktiviti – aktiviti yang menarik bagi menarik minat murid-murid untuk

melibatkan diri dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

5. Mencatat refleksi sebaik sahaja tamat sesi mengajar untuk mengenal pasti

kelemahan, kekuatan dan cadangan bagi sebarang penambahbaikkan.

6. Bertanya kepada guru Bahasa Melayu tentang cara pengajaran yang berkesan.

7. Melibatkan diri dalam semua aktiviti sekolah bagi mengumpul pengalaman untuk

menjadi seorang guru.

8. Mengemaskini buku rancangan persediaan mengajar dan portfolio

Selepas Internship

1. Menyusun semula maklumat yang diperolehi

2. Membuat analisa segala maklumat yang didapati.

3. Berbincang dengan rakan tentang maklumat sekolah.

4. Membuat penilaian tentang maklumat dan dapatan yang diperolehi.

5. Membuat penilaian dan refleksi sepanjang tempoh menjalani program

Internship selama sebulan.

6. Mengemaskini portfolio dengan maklumat yang berkaitan dengan Internship.

Page 4: Pernyataan Pofesional

Penilaian kendiri terhadap penyataan profesional.

1. Menyatupadukan teori dan amali dalam pengajaran pembelajaran

2. Mengeratkan hubungan profesional IPGM dengan sekolah dalam konteks

perbincangan serta pertukaran maklumat serta penyelesaian masalah dalam

konteks pengajaran dan pembelajaran

3. Memupuk sikap positif, daya tahan kendiri serta daya saing yang tinggi.