Pernyataan Profesional

2

Click here to load reader

description

ok

Transcript of Pernyataan Profesional

PERNYATAAN PROFESIONALApa yang diharapkan melalui praktikum ini. Praktikum pengajaran di sekolah rendah merupakan satu pengalaman yang bermakna bagi saya untuk 12 minggu akan dating ini. Kini saya hampir menjadi seorang guru yang bertauliah dan terlatih. Saya akan menjalani praktikum bermula dari 20 Januari 2014 sehinnga 18 April 2014. Melalui praktikum ini, satu pendedahan awal pengalaman guru untuk menghadapi keadaan sebenar alam persekolahan.Praktikum yang akan dijalani sebenarnya akan menterjemahkan segala dapatan tersebut secara sebenar dan konkrit mengikut situasi semasa di sekolah rendah. Di sekolah rendah, saya akan menggunakan teori yang diajar di IPG dengan mengikut kesesuaian penggunaannya. Oleh itu, praktikum yang akan dijalani adalah satu instrument praktik yang amat penting di dalam menjana perkembangan proses pembelajaran dan pembetukan guru yang mahir dan berpengatahuan luas dalam pengajaran di sekolah rendah kelak. Oleh yang demikian, sepanjang lebih kurang 12 minggu tempoh praktikum ini yang paling utama sekali yang diharapkan, adalah saya dapat mempraktikkan segala ilmu pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari di IPG di sekolah rendah. ianya disusuli dengan latihan sebenar proses P&P di bilik darjah. Apa yang diharapkan, praktikum ini dapat membuka satu ruang pengetahuan yang bermakna kepada saya sebagai pelajar bagi memantapkan lagi ilmu pendidikan, kemahiran, bakat, minat dan kaedah serta pendekatan sedia ada. Hal ini akan menjana pengetahuan yang baru. Sememangnya, sekolah rendah salah satu gedung ilmu yang mempunyai banyak perkara yang boleh dijadikan sumber rujukan. Ilmu yang diperoleh itu akan bermakna kepada guru pelatih dalam menjana pembangunan kea rah pembinaan yang cemerlang.Selain itu, perlaksanaan proses akademik di sekolah rendah adalah begitu kompleks sekali sifatnya kerana menjalinkan semua unsur ilmu itu menjadi satu dan diterjemahkan kepada pembetukan insan yang sempurna. Semuanya dijalankan sejajar dengan falsafah pendidikan negara yang dapat melahirkan insan yang seimbang dan harmoni dalam semua aspek jasmani, emosi, rohanidan intelek serta social (JERI+S). Ianya ditadbor dengan pengurusan sekolah yang melibatkan sebahagian besar pihak guru itu sendiri dengan dibantu oleh sebahagian kecil sahaja pihak bukan guru.Justeru itu, praktikum yang akan dijalani nanti diharapkan akan dapat membantu saya mengetahui pengurusan di sekolah rendah secara holistik. Hal ini akan dapat melatih saya kearah menguasai urus tadbir pengurusan sekolah rendah yang sebenar. Ianya penting kepada saya kerana, guru akan terlibat sama secara langsung di dalam pengurusan sekolah apabila bertugas kelak.Kesimpulannya, saya berharap melalui praktikum ini dapat memberi kesan langsung kepada pelajar seperti saya, seperti apa yang diharapkan.