Pernyataan Profesional

7
PRAKTIKUM FASA 3 2015 PERNYATAAN PROFESIONAL MINGGUAN MINGGU 1 ( 02 FEBRUARI - 06 FEBRUARI 2015 ) Minggu ini merupakan minggu pertama saya berada di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Putera. Pelbagai suasana telah saya lalui sepanjang minggu ini. Penyesuaian diri terhadap persekitaran sekolah tidaklah sukar untuk dicapai. Sepanjang minggu ini, saya telah melalui proses mengenali dan mendekati sekolah. Tidak dinafikan bahawa perbezaan suasana dan warga sekolah amat ketara apabila mereka menggunakan loghat bahasa yang berlainan antara satu sama lain, akan tetapi ia bukanlah menjadi masalah besar bagi saya. Sepanjang minggu ini, kami diberikan jadual waktu dan saya mendapat 2 hari penuh waktu pengajaran iaitu hari Isnin dan Hari Jumaat. Kesempatan ini saya ambil untuk berkenalan dengan pelajar sekolah, saya akui mereka mudah mesra dengan orang baru seperti saya. Ini mungkin kerana beberapa orang guru pelatih telah praktikum di sekolah ini.. jadi mereka telah biasa dengan kehadiran orang baru.

description

wuj

Transcript of Pernyataan Profesional

PRAKTIKUM FASA 2

PRAKTIKUM FASA 32015

PERNYATAAN PROFESIONAL MINGGUANMINGGU 1

( 02 FEBRUARI - 06 FEBRUARI 2015 )

Minggu ini merupakan minggu pertama saya berada di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Putera. Pelbagai suasana telah saya lalui sepanjang minggu ini. Penyesuaian diri terhadap persekitaran sekolah tidaklah sukar untuk dicapai. Sepanjang minggu ini, saya telah melalui proses mengenali dan mendekati sekolah. Tidak dinafikan bahawa perbezaan suasana dan warga sekolah amat ketara apabila mereka menggunakan loghat bahasa yang berlainan antara satu sama lain, akan tetapi ia bukanlah menjadi masalah besar bagi saya.

Sepanjang minggu ini, kami diberikan jadual waktu dan saya mendapat 2 hari penuh waktu pengajaran iaitu hari Isnin dan Hari Jumaat. Kesempatan ini saya ambil untuk berkenalan dengan pelajar sekolah, saya akui mereka mudah mesra dengan orang baru seperti saya. Ini mungkin kerana beberapa orang guru pelatih telah praktikum di sekolah ini.. jadi mereka telah biasa dengan kehadiran orang baru.

Di samping itu, kemesraan warga tenaga sekolah juga membuatkan saya jatuh hati dengan sekolah ini. Mereka tidak meletakkan perbezaan antara guru pelatih dengan guru tetap dalam pergaulan mereka. Apa yang penting bagi mereka ialah sikap hormat menghormati antara satu sama lain. Walau bagaimanapun, saya akui keadaan sekolah ini dari segi strtukurnya jauh lebih berbeza dengan sekolah sebelum ini iaitu Sk Pasukan Polis Hutan. Di sini bangunan baru telah siap dan boleh digunakan sepenuhnya berbanding di sekolah praktikum fasa 2 iaitu SK Pasukan Polis Hutan yang masih menggunakan bangunan lama.PERNYATAAN PROFESIONAL MINGGUAN

MINGGU 2

( 02 FEBRUARI - 06 FEBRUARI 2015 )

Praktikum ini merupakan pengalaman ketiga saya sepanjang menjadi guru pelatih. Minggu kedua menyajikan lebih cabaran dan tugasan yang menuntut masa dan waktu senggang. Tetapi saya tetap berfikiran positif dan terus berusaha. Minggu ini saya berkesempatan untuk menjalankan ujian Pra sebagai terhadap kanak-kanak dalam kelas Prasekolah Permata. Ujian Pra yang saya jalankan ini adalah bertujuan sebagai persediaan kepada kajian tindakan yang akan saya jalankan. Ujian ini dijalankan bagi mengenalpasti tahap penguasaan murid terhadap tajuk kajian tindakan yang saya rancang iaitu membezakan huruf b-d dan p-q.

Sebagai seorang guru praktikum saya tidak boleh terus mengajar tanpa melaksanakan ujian ini kerana pengenalpastian tahap kefahaman murid amatlah penting bagi meneruskan sesuatu pengajaran. Perkara yang menarik perhatian saya pada minggu ini ialah keterujaan murid-murid untuk mengambil ujian Pra ini. Walaupun saya sedia maklum mereka merupakan murid Prasekolah, namun semangat yang ditunjukkan oleh mereka benar-benar memberikan kesedaran kepada saya agar memberi sesuatu input yang berguna kepada mereka. Selain itu juga saya berpeluang untuk menyertai aktiviti terapi air dan bowling yang diadakan pada hari Rabu. Semua murid bersemangat dan teruja untuk melakukan aktiviti ini.PERNYATAAN PROFESIONAL MINGGUAN

MINGGU 3

( 16 FEBRUARI - 20 FEBRUARI 2015 )

Pada minggu ini, rutin berjalan seperti biasa. Selain itu, pensyarah pembimbing iaitu Puan Mastura telah datang ke sekolah untuk melakukan Prapenyeliaan. Saya mendapat pelbagai tips dan pengetahuan baru semasa puan Masturah melakukan Prapenyeliaan ini. Setiap kekurangan dan kelebihan dapat dikupas untuk ditambah baik lagi pada masa akan datang. Perasaan gemuruh dan takut menyelubungi diri. Saya berusaha untuk membuat yang terbaik dan sokongan rakan serta keluarga sangat membantu pada waktu ini. Berdasarkan perbincangan dan hasil penilaian pensyarah dan guru pembimbing saya mendapati saya perlu lebih mahir mengawal kelas dan perlu bersikap lebih aserif terhadap murid yang hiperaktif. Selain itu, aktiviti yang dilakukan juga perlu melibatkan semua murid. Latihan dan bimbingan perlu diberi perhatian yang lebih kepada murid yang lemah. Kemampuan dan tahap murid juga perlu lebih diberi perhatian dalan merancang aktiviti, strategi dan lembaran kerja. Latihan berbentuk ansur maju perlu diperbanyakkan untuk murid yang lemah. Saya berpuas hati dengan aktiviti dan bahan bantu mengajar yang dihasilkan kerana ia menarik minat murid dan secara tidak langsung memudahkan mereka untuk lebih memahami perkara yang diajar.Perkara yang menarik perhatian ialah pada minggu ini berlangsungnya latihan sebagai persediaan kepada Kejohanan padang dan balapan SK Bandar Baru Putera. Pelbagai gelagat dan bakat yang berpotensi besar dapat dilihat menerusi latihan ini.PERNYATAAN PROFESIONAL MINGGUAN

MINGGU 4

( 23 FEBRUARI - 27 FEBRUARI 2015 )

Pada minggu ini, rutin berjalan seperti biasa. Selain itu, penyeliaan bagi Subjek Major pleh guru pembimbing telah dilakukan. Perkara yang menarik perhatian ialah pada minggu ini saya diselia untuk pertama kali bagi Subjek Major iaiu Prasekolah. Saya agak gugup dan gementar kerana masih kurang pengetahuan dan kurang pengalaman secara langsung. Tambahan pula, saya hanya merupakan seorang pelatih guru yang masih mempunyai banyak kekurangan. Maka ia menimbulkan perasaan yang kurang yakin dan sedikit tekanan.Saya agak gembira kerana penyeliaan kali ini berjalan lancar dan mendapat komen positif daripada guru pembimbing. Terdapat penambahbaikan yang akan saya lakukan pada masa hadapan dan saya bersyukur kerana dapat menjalankan sesi P&P dengan baik. Tetapi saya agak kecewa dengan prestasi dan pengajaran saya untuk mata pelajaran. Berpandukan komen dan teguran daripada guru menyatakan yang saya tidak menggunakan masa ketika set induksi dengan sepenuhnya dalam menarik perhatian murid. Selain itu juga, penggunaan laras bahasa juga perlu lebih rendah untuk memudahkan murid lebih memahami apa yang disampaikan oleh guru. Aktiviti juga dikatakan kurang mencabar dan tidak membantu meningkatkan pengetahuan murid.

PERNYATAAN PROFESIONAL MINGGUAN

MINGGU 5

( 2 MAC 6 MAC 2015 )

Pada minggu ini, rutin berjalan seperti biasa. Selain itu, penyeliaan sekali lagi untuk mata pelajaran Major iaitu Pendidikan Prasekolah telah dilakukan oleh pensyarah. Perkara yang menarik perhatian ialah pada minggu ini saya dan Iftitah berpeluang untuk berpeluang untuk membuat kertas kerja mengenai memohon peruntukan untuk membuat landskap di sekitar Prasekolah iaitu membina sebuah kolam ikan. Kami mengadakan perbincangan dengan guru Prasekolah mengatur kertas kerja dengan sebaik mungkin. Saya mendapat pelbagai tips dan pengetahuan baru.Saya agak gembira kerana penyeliaan Major kali ini berjalan lancar dan mendapat komen positif daripada pensyarah pembimbing. Terdapat penambahbaikan daripada penyeliaan yang pertama dan saya bersyukur kerana dapat menjalankan sesi P&P dengan baik. Tetapi saya agak kecewa dengan perancangan kemahiran yang telah dibuat kerana saya sepatutnya merendahkan lagi aras agar semua murid dapat menguasai kemahiran tersebut. PERNYATAAN PROFESIONAL MINGGUAN

MINGGU 6

( 9 MAC 13 MAC 2015 )

Pada minggu ini, rutin berjalan seperti biasa. Namun demikian, pada minggu ini seperti yang telah dirancangkan kami telah berjaya melaksanakan Program sambutan hari lahir dan pengurusan kewangan (kemahiran membeli-belah) di Mydin Wholesale, MITC. Alhamdulillah program berjalan seperti yang dirancang dan mendapat kerjasama yang diimpikan. Saya gembira kerana program ini berjalan seperti yang dimahukan dan tiada perkara yang tidak diingini berlaku. Kerjasama daripada semua guru, ibu bapa murid serta pembantu pengurusan murid melancarkan lagi program ini. Selain daripada itu juga, ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak Radix Fried Chicken dan Mydin Wholesale kerana sudi memberikan kerjasama yang diharapkan. Walaupun sedikit menghampakan kerana tidak mendapat sumbangan ataupun potongan harga tetapi saya menganggap ia cabaran dan dugaan yang perlu dihadapi walaupun telah berusaha untuk mendapatkannya.