Pernyataan Profesional

9
NURSAFAWATI BINTI SAUPISK ST FRANCIS XAVIER, KANOWIT PRATIKUM FASA 2 PERNYATAAN PROFESIONAL PERNYATAAN SEBELUM PRATIKUM Apa yang diharapkan melalui pratikum ini Praktikum Fasa 3/2015 adalah rentetan daripada Praktikum Fasa 1 dan 2 /2014 yang telah saya jalani selama sebulan yang lepas di SK Nanga Babai, Julau dan Sk. Mandor Aris Selalang yang merupakan sekolah yang telah ditentukan oleh pihak Unit Praktikum IPG Kampus Rajang pada Praktikum Fasa 1 dan 2 /2014 lepas. Untuk Fasa 3/2014, saya telah terpilih untuk menabur khidmat berpratikum di SK St. Francis Xavier. Praktikum ini adalah merupakan Praktikum ketiga dan yang terakhir, berbeza dengan Praktikum sebelum ini, di mana saya masih terkapai-kapai untuk memahami dan menghayati cara-cara untuk menjadi seorang bakal guru yang berwawasan. Dalam pratikum fasa ketiga ini juga banyak cabaran kerana terdapat kertas kerja untuk kajian penyelidikan. Di samping memberi pengalaman berharga buat saya, praktikum juga diharapkan agar mendedahkan saya kepada dunia perguruan yang sebenar apabila saya mula melangkahkan kaki ke dunia pekerjaan pada 2016 kelak. Pratikum pengajaran di sekolah merupakan satu pengalaman yang bermakna bagi saya untuk tiga bulan yang akan dating. Melalui pernyataan tersebut saya akan menjalani pratikum bagi Program PISMP bermula 02 Februari hingga 01 Mac 2015. Menerusi pratikum yang bakal dijalankan ini ianya merupakan satu pendedahan awal sebelum begelar guru yang sebenar. Pengalaman awal ini meliputi pengalaman awal sebagai guru sebenar dimana

Transcript of Pernyataan Profesional

NURSAFAWATI BINTI SAUPISK ST FRANCIS XAVIER, KANOWITPRATIKUM FASA 2PERNYATAAN PROFESIONALPERNYATAAN SEBELUM PRATIKUM Apa yang diharapkan melalui pratikum iniPraktikum Fasa 3/2015 adalah rentetan daripada Praktikum Fasa 1 dan 2 /2014 yang telah saya jalani selama sebulan yang lepas di SK Nanga Babai, Julau dan Sk. Mandor Aris Selalang yang merupakan sekolah yang telah ditentukan oleh pihak Unit Praktikum IPG Kampus Rajang pada Praktikum Fasa 1 dan 2 /2014 lepas. Untuk Fasa 3/2014, saya telah terpilih untuk menabur khidmat berpratikum di SK St. Francis Xavier.Praktikum ini adalah merupakan Praktikum ketiga dan yang terakhir, berbeza dengan Praktikum sebelum ini, di mana saya masih terkapai-kapai untuk memahami dan menghayati cara-cara untuk menjadi seorang bakal guru yang berwawasan. Dalam pratikum fasa ketiga ini juga banyak cabaran kerana terdapat kertas kerja untuk kajian penyelidikan. Di samping memberi pengalaman berharga buat saya, praktikum juga diharapkan agar mendedahkan saya kepada dunia perguruan yang sebenar apabila saya mula melangkahkan kaki ke dunia pekerjaan pada 2016 kelak.Pratikum pengajaran di sekolah merupakan satu pengalaman yang bermakna bagi saya untuk tiga bulan yang akan dating. Melalui pernyataan tersebut saya akan menjalani pratikum bagi Program PISMP bermula 02 Februari hingga 01 Mac 2015. Menerusi pratikum yang bakal dijalankan ini ianya merupakan satu pendedahan awal sebelum begelar guru yang sebenar. Pengalaman awal ini meliputi pengalaman awal sebagai guru sebenar dimana guru akan menghadapi keadaan sebenar di sekolah. Berbeza dengan Pengalaman Berasaskan Sekolah iaitu PBS pratikum memberikan satu pengalaman merasai sendiri bagaimana kehidupan serta tugasan sebagai seorang guru. PBS pula hanya merupakan satu cara untuk membiasakan pelajar dengan sekolah dan hanya bertugas untuk memantau di sekolah.Pratikum yang bakal dijalani ini sebenarnya merupakan satu pengamalian teori yang telah dipelajari di Institut Pendidikan guru sebelum ini. Program PISMP menuntut pelajar untuk belajar teori sepenuh masa bermula dari semester satu hingga empat. Jadi dalam semester lima hingga lapan ini, pelatih akan mengaplikasikan teori yang telah diperlajari meliputi semua subjek. Sesi pratikum menjadi satu wahana yang boleh saya jadikan untuk mempraktikan segala ilmu yang telah dipelajari sebelum ini. Program pratikum ini dimantapkan lagi dengan latihan sebenar proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Jadi dengan itu saya dapat mencuba untuk mengaplikasikan segala teori-teori yang telah dipelajari dan seterusnya melihat tahap keberkesanan teori yang diaplikasi. Apa yang diharapkan dalam pratikum ini ialah dapat menambahkan ilmu dan kemahiran sedia ada. Disamping itu, saya berharap agar saya mampu memberikan sumbangan kepada sekolah yang bakal saya pratikumkan.Melalui pratikum ini juga banyak pengalaman berguna yang dapat saya timba sebelum begelar guru sebenar. Terutama sekali pratikum ini banyak memberikan pengalaman berguna dalam menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Walaupun telah belajar di dalam kelas dan mengamalikan cara mengajar dan mengaplikasikan Rancangan Pengajaran Harian, namun begitu pengalaman mengajar di dalam kelas yang sebenar semestnya banyak perbezaan. Semasa amali audiens atau watak pelajar hanyalah dilakonkan oleh rakan sekelas jadi semestinya pengawalan kelas adalah agak senang. Namun berbeza di hadapan murid yang sebenar semestinya adalah agak sukar kerana pelajar adalah terdiri daripada pelbagai perbezaan merangkumi latar belakang dan personaliti serta tahap kemampuan intlektual.Dalam mengawal kelas serta memastikan pengajaran dan pembelajaran merentasi perbezaan tahap murid ini sudah semestinya memerlukan aspek kreativiti dalam mengaplikasikan kaedah dan teknik yang perlu di aplikasikan mengikut aras pencapaian pelajar serta pengusaan ilmu pengetahuan mereka. Hal ini kerana setiap pelajar memerlukan cara pendekatan dan teknik yang berbeza. Hal ini demikian kerana saya perlu lebih peka bukan sahaja dengan topik yang diajarkan malah faktor sekeliling atau luaran iaitu pengaruh rakan, alam sekitar dan sebagainya yang boleh menjejaskan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Sebagai seorang bakal guru amnya, saya harus memahami antara pelbagai faktor yang mungkin menyebabkan sesi pengajaran dan pembelajaran tidak mencapai objektif yang ditekankan. Perlaksanaan projek yang dirancang untuk dijalankan membolehkan guru pelatih menyesuaikan diri dengan program lain di sekolah khususnya dalam masa penganjuran sesuatu aktiviti. Sebagaimana yang sedia maklum sekolah sememangnya mempunyai pelbagai aktiviti yang dijalankan dalam membantu meningkatkan pretasi pelajar. Oleh demikian, guru perlatih dikehendaki menjalankan satu projek dalam menguji kelemahan kemahiran mengurus dan mengelola yang ada. Dengan itu juga pengalaman dalam menganjurkan aktiviti di Institut Pendidikan Guru mampu di aplikasikan di sekolah. Pengalaman mengendalikan program di sekolah dan di IPG sudah semestinya berbeza secara total dari setiap aspek. Oleh itu guru mampu untuk membina swadaya diri yang kuat untuk mengadakan pelbagai program setelah begelar guru sebenar. Secara ringkasnya pratikum yang dijalankan di sekolah telah member input yang amat berguna kepada guru pelatih sebagai satu pengalaman sebelum begelar guru kelak. Di dalam pratikum fasa yang ketiga ini juga saya sebagai guru haruslah bijak mengurus masa memandangkan banyak tugasan yang diberikan. Disamping bepratikum kami perlu menyiapkan kertas kerja untuk kajian tindakan. Ini merupakan satu cabaran yang sangat berat dalam mengatasi emosi stress dalam pembahagian masa. Saya beharap agar saya mampu membahagikan masa dengan sebaiknya dan akhirnya mampu menjalani pratikum fasa tiga dengan jaya.

PENYATAAN SELEPAS PRATIKUMSemasa menjalani pratikum pelatih dikehendaki mengpalikasikan segala teori dan ilmu yang telah dipelajari di dalam bilik darjah. Namun begitu guru haruslah bijak mengpalikasikan teori yang bersesuaian dengan suasana bilik darjah merangkumi tahap intelektual, dan latar belakang pelajar. Hal ini kerana cara pengaplikasian teori di sekolah banda dengan luar bandar semestinya berbeza melihat kepada tahap intelektual dan pencapaian serta pendedahan pelajar. Di dalam subjek major iaitu Bahasa Melayu kami digalakkan menggunakan kepelbagaian strategi, kaedah dan teknik. Strategi seperti berpusatkan pelajar adalah digalakkan untuk meningkatkan tahap pembinaan ilmu pelajar bedasarkan kepada kefahaman sendiri yang dipandu oleh guru.Kaedah pembelajaran menyeronokkan seperti didik hibur juga amat digalakkan. Sesuai dengan jiwa kanak-kanak yang menuntut suasana pembelajaran yang aktif menuntut guru juga untuk melakukan aktiviti pembelajaran sambil berhibur. Namun berhibur tidak semestinya bermain tetapi diselitkan dengan unsur sesi pengajaran. Dengan itu pembelajaran akan lebih menyeronokkan dan sudah semestinya pelajar akan lebih cepat memahami sesuatu subtopic yang diajar dengan kaedah didik dan hibur ini. Strategi berpusatkan pelajar pula penting dalam mempupuk nilai konstruktivisme iaitu pembinaan dan penjanaan ilmu bermula daripada pelajar sendiri. Contohnya dalam strategi berpusatkan pelajar guru menggunakan teknik permainan bahasa, bercerita, pebincangan dan pembentangan.Pemilihan strategi bersesuaian adalah amat penting untuk memastikan penyampaian ilmu pengetahuan yang disasarkan berjaya disampaikan dengan berkesan. Peneguhan, pengayaan dan pemulihan adalah aspek yang amat dititikberatkan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana, pemulihan dan pengayaan adalah untuk memastikan setiap pelajar mendapat ilmu dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya pemulihan dan pengayaan akan membantu dalam mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Pemulihan akan membantu pelajar yang lemah dalam pelajaran. Pengayaan pula akan mengukuhkan dan mengayakan pelajar yang mempunyai tahap intelektual yang tinggi. Jadi pelajar yang mempunyai tahap intelek yang lebih tinggi akan mempunyai aktiviti lain sekiranya mereka mampu menyiapkan tugasan dengan lebih awal.Penggunaan bahan sumber juga amat penting dalam memastikan pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancer dan berkesan. Penggunaan LCD, Projektor bersama dengan laptop merupakan antara bahan sumber mengajar yang terpenting sekali dalam menjalani fasa pratikum kali ini. Dengan adanya kemudahan LCD yang terdapat di semua sekolah, ianya amat memudahkan kami sebagai guru pelatih untuk merancang dan melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran dengan mudah dan dapat menarik minat murid supaya bersemangat untuk bersedia belajar. Tambahan pula, bahan-bahan maklumat yang dimuat turun daripada internet yang berkaitan dengan isi pelajaran pada topik yang diajaar dapat ditunjukkan kepada murid dengan serta merta. Kedua penggunaan kad begambar juga digunakan oleh kesemua kami semasa menjalani pratikum. Penggunaan kad begambar membantu dalam melaksanakan aktiviti secara teratur dan murid berasa seronok kerana terdapat pelbagai jenis aktiviti berasaskan kad begambar tersebut.Secara tidak lansung, penggunaan kad begambar dapat meningkatkan daya ingatan murid keranan kad begambar merupakan bahan ransangan yang mempunyai pelbagai warna. Ini memudahkan murid mengingati hasil pelajaran yang disampaikan oleh guru. Seterusnya adalah penggunaan lembaran kerja sebagai bahan sumber pengajaran dan pembelajaran. Lembaran kerja yang diedarkan oleh guru akan membantu murid meningkatkan tahap kefahaman mereka setelah selesai Pengajaran dan pembelajaran berlansung. Lembaran kerja juga bertujuan sebagai latih tubi kepada murid membiasakan diri mereka menjawab soalan apabila menghadapai sebarang peperiksaan. Klip video lagu juga antara bahan sumber pengajaran dan pembelajaran yang digunakan oleh kami sepanjang tempoh minggu pratikum. Murid-murid berasa sangat teruja dan bersemangat mengetahui pelajaran pada hari tersebut apabila guru menggunakan klip video lagu sebagai set induksi pengajaran. Pemilihan klip video lagu yang berunsurkan animasi sememangnya mampu menarik minat murid untuk lebih fokus dalam pengajaran dan pembelajaran.Konklusinya, dapat dirumuskan bahawa pengaplikasian bahan sumber pengajaran dan pembelajaran dapat membantu para guru pelatih dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan. Bagi mengawal tingkah laku pelajar pula makan sistem token dan kawalam bilik darjah adalah aspek terpenting, kawalan bilik lebih baik apabila murid dikumpul dalam satu kumpulan besar di hadapan bilik darjah. Oleh itu, kebanyakkan guru meminta murid duduk bersila di hadapan bilik darjah. Kelebihannya ialah murid lebih dekat dengan guru. Selain daripada itu, guru dapat memantau murid dengan lebih baik. Murid juga dapat dihadkan ruang iaitu di kawasan hadapan bilik darjah sahaja. Maka murid lebih fokus kepada sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan dan tidak membuat kerja atau tugasan lain. Kekurangan duduk beramai-ramai di hadapan kelas ialah persekitaran menjadi lebih sempit. Maka ada dalam kalngan murid yang kurang selesa. Tambahan pula, apabila duduk berapat-rapat antara satu sama lain, murid suka mengambil kesempatan untuk begurau dan bermain dengan rakan sebelah. Cadangan penambahbaikan ialah murid diletakkan dalam barisan supaya kedudukan lebih teratur . guru juga perlu mengenal pasti kumpulan murid yang kurang berdisiplin dan memecahkan kumpulan mereka dengan meletakkan kedudukan yang berjauhan antara satu sama lain. Kedudukan secara berpasangan lelaki dan perempuan dilihat membantu mengurangkan masalah ini.Penggunaan token ekonomi pula diberikan kepada murid yang menunjukkan peningkatan dari segi sahsiah atau prestasi perlajaran akan diberi token. Maka token yang telah dikumpul boleh di tebus dalam bentuk ganjaran hadian. Ada juga yang terus memberikan ganjaran sekiranya murid menunjukkan peningkatan. Murid yang kurang berdisiplin di dalam bilik darjah dikenakan dendaan. Sebagai contoh diberikan dendaan pulang lewat sekiranya waktu pengajaran dan pembelajaran dijalankan pada akhir sesi. Penarikan semula token menyebabkan mereka kekurangan token untuk menebus ganjaran. Oleh itu, mereka bersungguh di dalam bilik darjah untuk mendapatkan ganjaran. Dendaan seperti pulang lewat menyebabkan mereka lebih berdisiplin dan berhati-hati kerana bimbang di denda sekali lagi.PERNYATAAN SELEPAS PRATIKUMSelepas menjalani pratikum selama tiga bulan di sekolah masing-masing, guru pelatih dikehendaki membuat satu refleksi atau laporan yang merangkumi segala aspek yang telah dijalankan di sekolah, contohnya ialah seperti kawalan bilik darjah , penggunaan bahan sumber mengajar, pemilihan teknik, dan kaedah sebagainya. Segala aspek ini hendaklah dikenal pasti kekuatan dan kelemahannya dan perlulah dibuat penambahbaikan semasa ke semasa.