Pernyataan Profesional

2
PERNYATAAN PROFESIONAL (Apa yang diharapkan melalui praktikum) Praktikum Fasa 3 yang dijalankan selama tiga bulan ini telah menempatkan saya di Sekolah Kebangsaan Tembila yang terletak di daerah Besut, Terengganu. Lokasi sekolah ini agak berdekatan dengan kawasan Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan dan hanya mengambil masa selama 15 minit untuk sampai di sekolah tersebut. Praktikum untuk sesi ini adalah untuk subjek major iaitu Matematik dan subjek elektif, iaitu Dunia Sains dan Teknologi. Bagi fasa 3, saya perlu menjalani praktikum selama 12 minggu, bermula pada 1 Februari 2015 dan tamat pada 30 April 2015. Sebagai bakal guru, harapan saya melalui latihan praktikum ini ialah untuk membina jati diri seorang guru. Untuk membina jati diri ini, saya perlu memperolehi pelbagai pendedahan dalam pelbagai bidang berkaitan dengan perguruan dan khususnya pendidikan Matematik di sekolah. Selain itu, semasa praktikum ini juga saya ingin memahami dan mendalami mengenai budaya murid dan guru serta suasana di sekolah rendah sebagai pendedahan dan pengalaman awal sebelum ditauliahkan sebagai seorang guru nanti. Walaupun Praktikum Fasa 3 ini hanya mengambil masa selama tiga bulan, saya akan berusaha sedaya upaya untuk menimba pengalaman dan pengetahuan daripada senior dan guru- guru yang lebih berpengalaman agar pengalaman ini boleh diaplikasikan pada masa akan datang terutamanya apabila sudah bergelar sebagai seorang guru kelak. Saya juga berharap agar guru-guru dapat memberikan kerjasama serta tunjuk ajar kepada saya untuk menimba pengalaman dan pengetahuan dalam tempoh sebulan ini. Selain itu, saya juga berharap agar dapat mengaplikasikan segala pengetahuan saya selama menuntut di Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan terutamanya mengenai teori-teori pembelajaran yang boleh digunakan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Saya percaya bahawa sesi pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih menarik dan seronok jika diaplikasikan dengan pelbagai teori yang sesuai dan sekaligus dapat membantu pemahaman murid-murid. Ini kerana, ia memenuhi kecerdasan murid yang pelbagai dan sesuai dengan tahap pencapaian mereka. Justeru, untuk memastikan proses ini berkesan, saya perlu mengingat nama murid-murid di dalam kelas. Saya juga akan

description

praktikum

Transcript of Pernyataan Profesional

Page 1: Pernyataan Profesional

PERNYATAAN PROFESIONAL

(Apa yang diharapkan melalui praktikum)

Praktikum Fasa 3 yang dijalankan selama tiga bulan ini telah menempatkan

saya di Sekolah Kebangsaan Tembila yang terletak di daerah Besut, Terengganu.

Lokasi sekolah ini agak berdekatan dengan kawasan Institut Pendidikan Guru

Kampus Sultan Mizan dan hanya mengambil masa selama 15 minit untuk sampai di

sekolah tersebut. Praktikum untuk sesi ini adalah untuk subjek major iaitu Matematik

dan subjek elektif, iaitu Dunia Sains dan Teknologi. Bagi fasa 3, saya perlu menjalani

praktikum selama 12 minggu, bermula pada 1 Februari 2015 dan tamat pada 30 April

2015.

Sebagai bakal guru, harapan saya melalui latihan praktikum ini ialah untuk

membina jati diri seorang guru. Untuk membina jati diri ini, saya perlu memperolehi

pelbagai pendedahan dalam pelbagai bidang berkaitan dengan perguruan dan

khususnya pendidikan Matematik di sekolah. Selain itu, semasa praktikum ini juga

saya ingin memahami dan mendalami mengenai budaya murid dan guru serta

suasana di sekolah rendah sebagai pendedahan dan pengalaman awal sebelum

ditauliahkan sebagai seorang guru nanti. Walaupun Praktikum Fasa 3 ini hanya

mengambil masa selama tiga bulan, saya akan berusaha sedaya upaya untuk

menimba pengalaman dan pengetahuan daripada senior dan guru-guru yang lebih

berpengalaman agar pengalaman ini boleh diaplikasikan pada masa akan datang

terutamanya apabila sudah bergelar sebagai seorang guru kelak. Saya juga

berharap agar guru-guru dapat memberikan kerjasama serta tunjuk ajar kepada saya

untuk menimba pengalaman dan pengetahuan dalam tempoh sebulan ini.

Selain itu, saya juga berharap agar dapat mengaplikasikan segala

pengetahuan saya selama menuntut di Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan

Mizan terutamanya mengenai teori-teori pembelajaran yang boleh digunakan

semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Saya percaya bahawa sesi pengajaran

dan pembelajaran akan menjadi lebih menarik dan seronok jika diaplikasikan dengan

pelbagai teori yang sesuai dan sekaligus dapat membantu pemahaman murid-murid.

Ini kerana, ia memenuhi kecerdasan murid yang pelbagai dan sesuai dengan tahap

pencapaian mereka. Justeru, untuk memastikan proses ini berkesan, saya perlu

Page 2: Pernyataan Profesional

mengingat nama murid-murid di dalam kelas. Saya juga akan berkolaborasi dengan

guru yang berkaitan untuk mengetahui tahap pembelajaran setiap murid.

Praktikum Fasa 3 ini mendedahkan saya kepada situasi persekolahan

sebenar, di mana saya perlu mengajar murid-murid dan bukanlah seperti pengajaran

mikro dan makro yang mengajar rakan-rakan sekelas. Justeru, cabaran yang bakal

saya hadapi ialah pengurusan bilik darjah yang sebenar dengan perangai murid-

murid yang pelbagai dan berbeza latar belakang. Saya berharap agar semasa

Praktikum Fasa 3 ini mampu meningkatkan kemahiran mengajar saya. Ini kerana,

saya perlu mempraktikkan segala yang telah dipelajari sebelum ini. Saya juga

berharap melalui Praktikum Fasa 3 ini saya dapat membina hubungan yang positif

dengan organisasi sekolah iaitu dengan guru-guru dan staf sokongan sekolah ini.

Saya akan berusaha untuk menonjolkan perwatakan yang positif dan sentiasa

menghormati antara satu sama lain. Ini kerana, saya turut membawa nama baik

Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan bersama. Oleh sebab itu, saya akan

berusaha untuk menjaga nama baik saya serta nama baik kampus tempat saya

menuntut ilmu.

Akhir kata, saya berharap melalui praktikum ini dapat memberikan nilai

tambah dalam diri saya untuk menjadi seorang guru yang mempunyai jati diri. Saya

juga berharap agar seluruh warga Sekolah Kebangsaan Tembila dapat menerima

kehadiran saya di sekolah dan menimba pengetahuan baru di sekolah tersebut

sebagai persediaan untuk bergelar sebagai seorang guru.