Pernyataan Profesional

3
PERNYATAAN PROFESIONAL. HARAPAN UNTUK PRAKTIKUM FASA 1 MINGGU SEBELUM PRAKTIKUM Minggu ini merupakan minggu terakhir saya untuk mempersiapkan diri untuk menghadapi praktikum pada minggu hadapan iaitu bermula daripada 12 April 2015 hingga 7 Mei 2015. Minggu ini juga merupakan minggu terakhir untuk saya menyiapkan segala tugasan sebelum bermulanya praktikum. Sebelum bermulanya praktikum, saya dan rakan sepraktikum saya iaitu Nur Atiqah Binti Md.Shakhih telah berjumpa dengan pensyarah pembimbing kami iaitu En. Kamarun Bin Ishak untuk mendapatkan seba sedikit maklumat mengenai praktikum kerana ini merupakan praktikum pertama untuk kami. Perjumpaan bersama pensyarah pembimbing, merupakan satu peluang pada saya untuk mempersiapkan dokumen-dokumen, fail-fail dan bahan bantu mengajar yang akan digunakan sewaktu praktikum nanti. Kuliah amali dan teori yang saya perolehi sepanjang di kelas akan saya gunakan dalam mempersiapkan diri untuk menjalani praktikum ini. Memandangkan ini merupakan pengalaman pertama saya untuk menjalani praktikum maka perasaan gementar dan pelbagai soalan serta pemikiran negatif yang bermain di minda. Namun saya cuba untuk berfikiran positif dan menerima segala cabaran yang mendatang dengan hati yang terbuka. Saya dan rakan saya, Nur Atiqah akan menjalani praktikum di Sekolah Kebangsaan Parit Nawi, Muar. Saya berasa selesa bersama dan gembira kerana, sebelum ini kami sering bekerjasama dalam membuat tugasan dan pelbagai aktiviti sebelum ini. Oleh yang demikian, persefahaman yang telah wujud antara kami dapat melicinkan lagi perjalanan praktikum pada kali ini. Saya berharap melalui praktikum ini saya dapat berkongsi idea, maklumat serta pendapat dengan beliau. Semoga kerjasama kami ini akan berterusan menghasilkan sesuatu yang baik. Harapan saya untuk praktikum fasa 1 ini ialah semoga saya dapat mengumpul pengalaman dan input-input berguna untuk menjadi seorang guru kelak dan juga menambah baik lagi prestasi dan kekurangan yang ada pada saya. Penyediaan rancangan pengajaran harian, rancangan pengajaran mingguan, perancangan aktiviti yang menarik, kawalan kelas, sikap profesionalisme dan lain-lain lagi akan saya pelajari dengan bersungguh-sungguh sepanjang menjalani praktikum ini. Saya berharap saya dapat menggunakan ilmu yang telah diperolehi sebelum ini untuk mengajar. Saya sedar banyak kelemahan yang akan timbul. Saya juga berharap, segala cabaran dan halangan semasa praktikum nanti akan menjadi sebagai pembakar semangat kepada saya untuk lebih berusaha mempertigkatkan kebolehan diri dan mengatasi kelemahan yang ada.

Transcript of Pernyataan Profesional

Page 1: Pernyataan Profesional

PERNYATAAN PROFESIONAL.

HARAPAN UNTUK PRAKTIKUM FASA 1

MINGGU SEBELUM PRAKTIKUM

Minggu ini merupakan minggu terakhir saya untuk mempersiapkan diri untuk

menghadapi praktikum pada minggu hadapan iaitu bermula daripada 12 April 2015 hingga 7

Mei 2015. Minggu ini juga merupakan minggu terakhir untuk saya menyiapkan segala

tugasan sebelum bermulanya praktikum. Sebelum bermulanya praktikum, saya dan rakan

sepraktikum saya iaitu Nur Atiqah Binti Md.Shakhih telah berjumpa dengan pensyarah

pembimbing kami iaitu En. Kamarun Bin Ishak untuk mendapatkan seba sedikit maklumat

mengenai praktikum kerana ini merupakan praktikum pertama untuk kami. Perjumpaan

bersama pensyarah pembimbing, merupakan satu peluang pada saya untuk

mempersiapkan dokumen-dokumen, fail-fail dan bahan bantu mengajar yang akan

digunakan sewaktu praktikum nanti. Kuliah amali dan teori yang saya perolehi sepanjang di

kelas akan saya gunakan dalam mempersiapkan diri untuk menjalani praktikum ini.

Memandangkan ini merupakan pengalaman pertama saya untuk menjalani praktikum maka

perasaan gementar dan pelbagai soalan serta pemikiran negatif yang bermain di minda.

Namun saya cuba untuk berfikiran positif dan menerima segala cabaran yang mendatang

dengan hati yang terbuka. Saya dan rakan saya, Nur Atiqah akan menjalani praktikum di

Sekolah Kebangsaan Parit Nawi, Muar. Saya berasa selesa bersama dan gembira kerana,

sebelum ini kami sering bekerjasama dalam membuat tugasan dan pelbagai aktiviti sebelum

ini.

Oleh yang demikian, persefahaman yang telah wujud antara kami dapat melicinkan

lagi perjalanan praktikum pada kali ini. Saya berharap melalui praktikum ini saya dapat

berkongsi idea, maklumat serta pendapat dengan beliau. Semoga kerjasama kami ini akan

berterusan menghasilkan sesuatu yang baik. Harapan saya untuk praktikum fasa 1 ini ialah

semoga saya dapat mengumpul pengalaman dan input-input berguna untuk menjadi

seorang guru kelak dan juga menambah baik lagi prestasi dan kekurangan yang ada pada

saya. Penyediaan rancangan pengajaran harian, rancangan pengajaran mingguan,

perancangan aktiviti yang menarik, kawalan kelas, sikap profesionalisme dan lain-lain lagi

akan saya pelajari dengan bersungguh-sungguh sepanjang menjalani praktikum ini. Saya

berharap saya dapat menggunakan ilmu yang telah diperolehi sebelum ini untuk mengajar.

Saya sedar banyak kelemahan yang akan timbul. Saya juga berharap, segala cabaran dan

halangan semasa praktikum nanti akan menjadi sebagai pembakar semangat kepada saya

untuk lebih berusaha mempertigkatkan kebolehan diri dan mengatasi kelemahan yang ada.

Page 2: Pernyataan Profesional

PERNYATAAN PROFESIONAL.

HARAPAN UNTUK PRAKTIKUM FASA 1

MINGGU SEBELUM PRAKTIKUM

Minggu ini merupakan minggu terakhir saya untuk mempersiapkan diri untuk

menghadapi praktikum pada minggu hadapan iaitu bermula daripada 28 Mac 2015 hingga

24 April 2015. Minggu ini juga merupakan minggu terakhir untuk saya menyiapkan segala

tugasan sebelum bermulanya praktikum. Sebelum bermulanya praktikum, saya dan rakan

sepraktikum saya .......................................................................................akan menjalani

praktikum di Sekolah Kebangsaan Parit Nawi, Muar.

.......................................................................................... Harapan saya untuk

praktikum fasa 1 ini ialah semoga saya dapat mengumpul pengalaman dan input-input

berguna untuk menjadi seorang guru kelak dan juga menambah baik lagi prestasi dan

kekurangan yang ada pada saya. Penyediaan rancangan pengajaran harian, rancangan

pengajaran mingguan, perancangan aktiviti yang menarik, kawalan kelas, sikap

profesionalisme dan lain-lain lagi akan saya pelajari dengan bersungguh-sungguh

sepanjang menjalani praktikum ini. Saya berharap saya dapat menggunakan ilmu yang telah

diperolehi sebelum ini untuk mengajar. Saya sedar banyak kelemahan yang akan timbul.

Saya juga berharap, segala cabaran dan halangan semasa praktikum nanti akan menjadi

sebagai pembakar semangat kepada saya untuk lebih berusaha mempertigkatkan

kebolehan diri dan mengatasi kelemahan yang ada.

MINGGU SELEPAS PRAKTIKUM

Korang goreng2 la yeeeee

Page 3: Pernyataan Profesional