PERNYATAAN SEMASA PBS.docx

5
2. Penyataan Profesional / Kontrak Aktiviti 2.1 Penyataan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) Sebelum PBS Sebelum menjalani PBS, Encik Farid iaitu pensyarah Unit Pratikum telah memberi satu taklimat kepada semua pelajar-pelajar yang akan menjalani PBS. Dalam taklimat itu, kami memahami bahawa PBS merupakan satu komponen daripada Amalan Profesional bagi pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk memberi satu kefahaman awal kepada pelajar tentang alam persekolahan daripada perspektif seorang guru. Selepas PBS, kami juga akan lebih memahami bahawa sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan dan mengetahui peranan seorang guru di dalam bilik darjah melalui pemerhatian, penelitian dokumen, refleksi dan interaksi dengan guru serta komuniti sekolah. Sebagai seorang guru pada masa kelak, kami juga perlu memahami sistem pengurusan sekolah, tingkah laku murid, pengurusan bilik darjah dan tugas sebenar seorang guru. Tugasan PBS kali ini adalah berkaitan dengan subjek Falsafah dan Pendidikan Malaysia. Berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), matlamat pendidikan negara dapat dinyatakan sebagai suatu usaha untuk melahirkan insan yang mempunyai sahsiah yang seimbang dan harmonis daripada intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial. Oleh itu, berdasarkan pemerhatian dan interaksi dengan komuniti sekolah, kami perlu merekod dapatan kami tentang amalan FPK yang diaplikasi dalam peranan pihak pengurusan, guru dan organisasi sekolah, prasarana sekolah, pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum serta program dan aktiviti.

description

PERNYATAAN SEMASA PBS.docx

Transcript of PERNYATAAN SEMASA PBS.docx

Page 1: PERNYATAAN SEMASA PBS.docx

2. Penyataan Profesional / Kontrak Aktiviti

2.1 Penyataan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS)

Sebelum PBS

Sebelum menjalani PBS, Encik Farid iaitu pensyarah Unit Pratikum telah memberi satu

taklimat kepada semua pelajar-pelajar yang akan menjalani PBS. Dalam taklimat itu,

kami memahami bahawa PBS merupakan satu komponen daripada Amalan Profesional

bagi pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Tujuan program ini dijalankan

adalah untuk memberi satu kefahaman awal kepada pelajar tentang alam persekolahan

daripada perspektif seorang guru. Selepas PBS, kami juga akan lebih memahami

bahawa sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan dan mengetahui peranan seorang

guru di dalam bilik darjah melalui pemerhatian, penelitian dokumen, refleksi dan

interaksi dengan guru serta komuniti sekolah. Sebagai seorang guru pada masa kelak,

kami juga perlu memahami sistem pengurusan sekolah, tingkah laku murid, pengurusan

bilik darjah dan tugas sebenar seorang guru.

Tugasan PBS kali ini adalah berkaitan dengan subjek Falsafah dan Pendidikan

Malaysia. Berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), matlamat pendidikan

negara dapat dinyatakan sebagai suatu usaha untuk melahirkan insan yang mempunyai

sahsiah yang seimbang dan harmonis daripada intelek, rohani, emosi, jasmani dan

sosial. Oleh itu, berdasarkan pemerhatian dan interaksi dengan komuniti sekolah, kami

perlu merekod dapatan kami tentang amalan FPK yang diaplikasi dalam peranan pihak

pengurusan, guru dan organisasi sekolah, prasarana sekolah, pelaksanaan kurikulum

dan kokurikulum serta program dan aktiviti.

Page 2: PERNYATAAN SEMASA PBS.docx

Dalam rancangan yang telah saya buat, selepas melapor diri dengan guru besar,

saya akan mula berusaha untuk mendapatkan segala maklumat yang berkaitan dengan

sekolah daripada kerani dan guru besar. Selepas itu, saya akan mula mengambil

gambar tentang segala prasarana sekolah sambil memerhatikan sikap murid-murid.

Dengan kaedah ini, saya juga akan lebih memperkenalkan suasana dan murid-murid

sekolah ini. Akhirnya, saya akan mula mereka soalan untuk membuat perbincangan

dengan pihak-pihak tertentu melalui pemerhatian saya sebelum ini, supaya saya akan

mendapat maklumat-maklumat yang lebih sempurna.

Selain mendapatkan maklumat yang lengkap seperti telah dicatat dalam senarai

semak, sikap seseorang juga amat penting. Oleh itu, saya juga berharap saya dapat

mengamalkan prinsip 3M iaitu senyum, sapa dan salam di sekolah supaya tugasan ini

akhirnya dapat dijalankan dengan lancar dan sempurna.

Page 3: PERNYATAAN SEMASA PBS.docx

Semasa PBS

HARI PERTAMA ( 14 September 2015 )

Pada hari pertama, saya melaporkan diri bersama rakan saya dengan Puan

Yong Po Keng, iaitu guru besar bagi SJK(c) Su Lok dan memberitahunya tentang

tujuan kedatangan saya. Seterusnya, rakan saya dan saya terus menjalankan temu

bual dengan guru besar.

Sepanjang hari ini, saya telah melakukan aktiviti seperti yang dirancangkan oleh

saya. Saya telah berjaya mendapat maklumat-maklumat sekolah daripada guru-guru

dan kerani tetapi masih ada sedikit maklumat yang tidak dapat diperoleh. Oleh itu, saya

akan berusaha mendapatkan maklumat-maklumat ini daripada beliau dengan secepat

mungkin.

Tanpa melengahkan masa, saya terus mengambil gambar di setiap sudut

kawasan sekolah. Gambar-gambar yang saya peroleh adalah tentang prasarana

sekolah dan saya juga telah membuat catatan dengan maklumat yang berkaitan.

Saya juga berasa gembira pada hari ini walaupun berasa penat dan saya akan

berusaha menjalankan PBS saya pada hari yang seterusnya. Akhirnya, saya berharap

segala perancangan saya dapat dijalankan dengan lancar dan sempurna.

HARI KEDUA ( 15 September 2015 )

Hari kedua ini, saya datang ke sekolah seperti masa yang ditetapkan. Oleh

sebab banyak maklumat yang saya kumpul kemarin masih belum habis

dikemaskinikan, jadi saya terus membuka laptop selepas sampai sekolah untuk

menyemak maklumat-maklumat yang masih belum lengkap untuk memudahkan saya

merancang langkah yang seterusnya.

Selepas menyemak, saya mendapati bahawa gambar yang diambil pada

kemarin masih belum lengkap. Oleh itu, saya telah cuba melengkapkan gambar-

gambar tersebut pada hari ini.

Page 4: PERNYATAAN SEMASA PBS.docx

Oleh sebab tugasan BCN 3093E, kami diminta masuk kelas bahasa cina untuk

memerhati proses pengajaran dan pembelajaran. Selepas itu, saya bersama rakan

saya menjalankan temu bual dengan mentor dan guru bahasa cina. Saya dapat

memahami keadaan kelas bahasa cina. Melalui itu, saya dapat melatih kemahiran

berkomunikasi dengan orang lain.

HARI KETIGA ( 16 September 2015 )

- Cuti Umum

HARI KEEMPAT ( 17 September 2015 )

Hari ini merupakan hari keempat saya menjalani PBS di sekolah ini, saya akan

menghargai setiap masa untuk memastikan semua aktiviti yang telah dirancang dapat

dijalankan dengan sempurna.

Saya bersama rakan saya menjalakan temu bual dengan kakitangan di sekolah.

Melalui temu bual, kami dapat mengenali mereka secara mendalam.

HARI KELIMA ( 18 September 2015 )

Masa berlalu dengan sangat cepat, hari ini merupakan hari terakhir saya

menjalani PBS di sekolah ini. Oleh itu, selepas sampai ke sekolah saya mula

menyemak semula maklumat-maklumat yang saya perolehi supaya tidak akan

meninggalkan maklumat-maklumat yang penting.

Kami diminta masuk ke kelas Tahun 6 atas kesibukan guru besar. Kami juga

mengambil kesempatan ini untuk menjalankan temu bual dengan murid Tahun 6.

Selepas itu, saya mula menganalisis dan mengemaskinikan maklumat-maklumat

yang dapatkan melalui pemerhatian saya tadi dan juga maklumat yang belum sempat

dibuat pada hari yang sebelum ini.

Page 5: PERNYATAAN SEMASA PBS.docx

Dengan ada bantuan dan kerjasama daripada semua pihak sekolah (Guru

Penolong Kanan 1, Guru Penolong Kokurikulum, guru-guru, dan murid-murid), PBS kali

ini boleh dikatakan amat berjaya.

Selepas PBS (Refleksi)

Selepas menjalani PBS selama seminggu ini, saya telah mendapat banyak ilmu

pengetahuan yang baru. Saya telah melihat suasana sekolah daripada perspektif

seorang guru dan lebih memahami sistem pengurusan sekolah, tingkah laku murid,

pengurusan bilik darjah serta tugas sebenar seorang guru.

PBS merupakan satu aktiviti yang amat bermakna kepada saya, kerana ia bukan

sahaja sebagai satu pendedahan awal kepada saya tentang alam persekolahan tetapi

ia juga sebagai satu peluang bagi saya untuk memahami budaya sekolah di negeri

yang lain. Saya akan menghargai setiap peluang menjalani PBS kerana pengalaman

yang saya dapatkan ini amat membantu saya pada masa datang apabila saya menjadi

seorang guru yang benar.

Selain itu, saya juga berterima kasih kepada setiap pihak yang pernah

menghulurkan bantuan kepada saya. Jika tiada bantuan mereka, tugasan saya tidak

dapat diselesaikan dengan lancar dan sempurna.