Perpaduan Merupakan Perkara Yang Penting Dalam Mengekalkan Keamanan Dan Kemerdekaan Negara

download Perpaduan Merupakan Perkara Yang Penting Dalam Mengekalkan Keamanan Dan Kemerdekaan Negara

of 3

description

vbnuylkyuthtghgngfbtfrghbytjythtfhb

Transcript of Perpaduan Merupakan Perkara Yang Penting Dalam Mengekalkan Keamanan Dan Kemerdekaan Negara

Perpaduan merupakan perkara yang penting dalam mengekalkan keamanan dan kemerdekaan negara. Oleh itu, kerajaan perlu berusaha untuk mengekalkan kemerdekaan di kalangan masyarakat. Hal ini kerana tanpa perpaduan, persefahaman dalam pelbagai perkara akan sukar untuk dicapai dan negara akan berada dalam keadaan kucar-kacir seperti peristiwa 13 Mei 1969. Seandainya perkara ini berlaku semula, sudah tentu banyak masalah akan timbul dan pentadbiran negara akan mengalami masalah serta banyak nyawa akan terkorban.Dari segi budaya, kelemahan dalam sistem pendidikan sekarang ialah amat mementingkan peperiksaan sebagai tiket untuk mendapatkan pekerjaan yang baik. Pendidikan yang bertumpu semata-mata dalam pencapaian akademik telah menjadi budaya sehingga sanggup membelakangkan elemen-elemen. Aspek budi bahasa, perpaduan, kerjasama dan hormat-menghormati semakin hari semakin kurang diberi perhatian. Melalui pemantauan, didapati sistem yang terlalu mementingkan peperiksaan dianggap tidak praktikal dan tidak sesuai lagi untuk menguji kemampuan sebenar pelajar, sekali gus membebankan guru dan pelajar sendiri. Antara usaha yang boleh dilaksanakan oleh kerajaan adalah dari segi pendidikan. Hal ini kerana, kurikulum pendidikan negara kita lebih bertujuan untuk memberikan ilmu pengetahuan dan maklumat berbentuk akademik sahaja dengan menggunakan pendekatan sumatif iaitu berorintasikan peperiksaan. Di mana di sekolah kebanyakkan matapelajaran dipelajari oleh pelajar dengan kaedah menghafal dan secara teori sahaja. Guru di sekolah pula lebih cenderung untuk mengajar teknik menjawab soalan dan bukannya mentafsirkan nilai yang sesuai berdasarkan maklumat yang diberikan. Tamsilnya, bagi matapelajaran Pendidikan Moral pelajar diajar untuk mencari kata kunci spesifik dalam keterangan dan mengenalpasti nilai moral yang sesuai. Ini menyebabkan pelajar memerlukan penghafalan ketat nilai-nilai murni tanpa ada penekanan tentang pemahaman atau aplikasi nilai-nilai tersebut. Manakala, penilaian pula dapat dilihat apabila seseorang murid mendapat markah yang tinggi dalam peperiksaan walaupun nilai moral sebenarnya tidak dipraktikkan.Maka, kerajaan perlu berusaha untuk mempraktikan kurikulum yang berorientasikan pendekatan formatif. Contohnya, Pendidikan Moral yang praktikkan di Jepun lebih kepada kegiatan harian secara pratikal bagi memupuk nilai-nilai moral di kalangan pelajarnya. Sebagai contoh, seluruh pelajar di Jepun akan membersihkan kawasan sekolah seperti ruangan istirehat, pintu masuk, gimnasium, di luar bangunan dan sebagainya. Ini adalah bertujuan bukan sahaja untuk mencipta persekitaran pembelajaran dan suasana yang lebih baik, tetapi juga untuk mempraktikkan semangat kerjasama dalam kalangan warga pendidik. Ini jelas dilihat bahawa Pendidikan Moral di Jepun bukan lebih kepada teori pengajaran namun menjurus kepada praktikal yang dikatakan mampu memberikan kesan positif dalam pemupukan semangat perpaduan dalam diri setiap masyarakatnya. Mengemaskinikan kurikulum sekolah yang lebih menjurus ke arah perpaduan kaum