Perpaduan Negara Adalah Tonggak Kepada Kesejahteraan Rakyat Dan Kemakmuran Negara
-
Upload
asyraf-yusoff -
Category
Documents
-
view
111 -
download
3
Transcript of Perpaduan Negara Adalah Tonggak Kepada Kesejahteraan Rakyat Dan Kemakmuran Negara
5/14/2018 Perpaduan Negara Adalah Tonggak Kepada Kesejahteraan Rakyat Dan Kemakmuran Negar...
http://slidepdf.com/reader/full/perpaduan-negara-adalah-tonggak-kepada-kesejahteraan-rakyat-dan-ke
Perpaduan negara adalah tonggak kepada kesejahteraan rakyat dan
kemakmuran negara. Hakikat bahawa masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai
kaum, agama, budaya dan berasal dari wilayah yang berlainan menjadikan soal
perpaduan amat penting dalam menentukan pencapaian matlamat pembangunan
negara.
Bersandarkan kepada hakikat tersebutlah, maka kerajaan dilihat begitu
sensitif dan prihatin dalam merangka strategi dan pendekatan untuk mewujudkan
keharmonian antara kaum, agama dan wilayah melalui pemupukan nilai-nilai sejagat
yang murni, termasuk hormat-menghormati, toleransi dan saling memahami sesama
kaum dan sesama kaum.
Pada hari ini, Malaysia mendapat pengiktirafan dunia atas kejayaan
mewujudkan perpaduan di kalangan masyarakat majmuk. Namun, proses
pengukuhan perpaduan negara perlu terus dilaksanakan kerana peredaran masa
membawa bersama pelbagai cabaran baru yang boleh menjejaskan perpaduan
negara.
5/14/2018 Perpaduan Negara Adalah Tonggak Kepada Kesejahteraan Rakyat Dan Kemakmuran Negar...
http://slidepdf.com/reader/full/perpaduan-negara-adalah-tonggak-kepada-kesejahteraan-rakyat-dan-ke