perpaduan2
Transcript of perpaduan2
-
8/8/2019 perpaduan2
1/26
1
HIGHLIGHTS & TRANSKRIP
RANCANGAN ISU @ 1
TAJUK: PERPADUAN KIAN RAPUH
TETAMU
DATO SERI PROF. DR. IBRAHIM ABU SHAHNAIB CANSELOR UiTM
PROF. DR. HOO KEE PINGPENGARAH PERLING PLAZA
STEPHEN DOSS
PRESIDEN PERSATUAN PEMUDA MALAYSIA
14 APRIL 2009, 9:30 MALAM (RTM 1)
PERANTARA
WAN SYARINA AB. RAHMAN
DISEDIAKAN OLEH :BAHAGIAN PENERBITAN DASAR NEGARA
JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
-
8/8/2019 perpaduan2
2/26
2
HIGHLIGHTS
1. Keamanan dan keselamatan di Malaysia sememangnya amat terjamin
walaupun masyarakat negara ini terdiri daripada pelbagai kaum, agama,
kebudayaan dan adat resam. Rakyat negara ini bebas bergerak, bergaul dan
bebas ke mana sahaja tanpa perasaan curiga serta takut kerana
keharmonian dan perpaduan kaum yang telah terjalin sejak negara mencapai
kemerdekaan.
2. Anggapan dan andaian bahawa perpaduan di negara ini kian rapuh adalah
kurang tepat kerana tiada hipotesis atau kajian yang terperinci. Kejadian atauperistiwa-peristiwa perbalahan kaum yang berlaku adalah amat kecil dan
dapat dikawal oleh pemerintah dengan berkesan.
3. Perpaduan yang telah wujud sejak sekian lama perlu dipertahankan serta
diperkukuhkan melalui pelbagai usaha sama ada oleh kerajaan atau badan-
badan bukan kerajaan. Perpaduan amat penting untuk masa hadapan dalam
usaha membina negara bangsa yang maju serta bertamadun. Kerajaan perlu
mencari formula atau menggubal dasar yang lebih konkrit bagi mengekalkan
perpaduan yang sedia ada.
4. Setiap rakyat perlu memahami dan menghayati sejarah pembentukan negara
dan perkongsian antara kaum. Pemimpin-pemimpin politik di saran agar tidak
memutar belitkan fakta sejarah dan menggunakan isu perkauman bagi
meraih sokongan. Sebarang usul atau desakan yang melibatkan kaum,
agama dan perpaduan perlu dihindari.
-
8/8/2019 perpaduan2
3/26
3
5. Golongan belia perlu diberi pemahaman dan pendidikan yang jelas mengenai
sejarah negara dan menerapkan nilai-nilai perpaduan agar dapat mereka
melaksanakan. Di samping itu golongan muda perlu ditampilkan roll model
atau ikon untuk mereka mengikuti serta mengamalkan sikap atau nilai-nilai
murni yang ditonjolkan ke arah perpaduan.
6. Isu-isu ekonomi menjadi faktor utama penyumbang kepada perpaduan antara
kaum di negara ini. Keseimbangan serta perkembangan ekonomi negara
perlu bagi menjaga semangat perpaduan. Walaupun begitu perkembangan
ekonomi adalah berkait rapat dengan kestabilan politik sesebuah negara. Isu
politik adalah berkait rapat dengan ekonomi bagi menjamin semangat
perpaduan.
7. Kewujudan media-media baru yang tiada penapisan menyebabkan golongan
muda terdedah kepada segala bahan-bahan yang tidak bertapis. Perkara ini
amat berbahaya kepada perpaduan di negara ini terutama golongan muda
yang tiada pengetahuan sejarah. Perkara ini amat dibimbangkan kerana ada
di kalangan ahli politik menggunakan media tersebut untuk
memecahbelahkan perpaduan kaum demi agenda politik sempit mereka.
8. Rakyat terutama golongan muda perlu memahami serta menghayati sejarah
negara dan Rukun Negara. Melalui pendidikan yang teratur dan
berperancangan segala perkara berkaitan pembentukan negara perlu
diterapkan semula agar semua kaum memahami semua perkara-perkara
yang berlaku di negara ini.
9. Selepas 50 tahun negara merdeka rakyat hampir melupai segala peristiwa
dan sejarah negara yang berlaku. Kebanyakan rakyat hanya mengejar
kebendaan sahaja tanpa memikirkan nilai-nilai murni yang perlu bagi
menyuburkan semangat perpaduan di negara ini. Tanpa perpaduan negara
tidak akan berada dalam keadaan sebagaimana kini. Rukun Negara perlu
-
8/8/2019 perpaduan2
4/26
4
difahami dan dihayati oleh semua lapisan rakyat kerana ianya adalah
pedoman hidup bermasyarakat.
10. Kerajaan yang berwibawa amat diperlukan bagi menjamin kestabilan dan
keharmonian kehidupan rakyat. Melalui wibawa pemerintah, segala dasar dan
program akan menampakkan misi serta hala tuju yang perlu dibawa dan
diikuti oleh rakyat. Konsep Satu Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Dato
Sri Najib adalah konsep kesejahteraan dan untuk perpaduan yang lebih
kukuh kepada rakyat Malaysia.
11. Konsep Satu Malaysia adalah perpaduan untuk semua rakyat Malaysia tanpa
mengabaikan mana-mana golongan. Tiada golongan atau kaum yang akan
diabaikan dengan memberi keadilan untuk semua agar matlamat memajukan
negara tercapai. Ahli-ahli politik perlu memainkan peranan agar rakyat atau
penyokong mereka dapat menghayati serta menyokong hasrat kerajaan untuk
menyatupadukan rakyat dapat dijayakan.
12. Kini kebanyakan rakyat tidak memahami Perlembagaan Negara dan
mengetahui kontrak sosial. Perkara-perkara ini perlu diperkenalkan semula
dalam sistem pendidikan negara agar generasi akan datang lebih memahami
serta dapat menghayati Perlembagaan Negara, kontrak sosial dan Rukun
Negara. Perkara-perkara ini akan dapat memperkukuhkan semangat
perpaduan di negara ini kerana setiap kaum dapat memahami sejarah
pembentukan negara.
13. Sejak kebelakangan ini terdapat segelintir ahli-ahli politik yang tidak beretika
dan memahami sejarah negara. Mereka telah meracuni pemikiran rakyat
dengan memainkan isu-isu perkauman, agama dan kepentingan kaum secara
terbuka. Perkara ini telah menyebabkan perpaduan kaum sedikit terjejas
dengan beberapa kejadian.
-
8/8/2019 perpaduan2
5/26
5
14. Dakwaan mengatakan Malaysia mengongkong kebebasan rakyat dengan
menyekat beberapa kebebasan adalah retorik yang sering dimainkan
golongan tertentu yang sengaja mencetuskan keadaan yang tidak harmoni di
negara ini. Setiap negara di dunia mempunyai batasan tertentu untuk
mengawal rakyatnya agar tidak mencetuskan keadaan yang tidak menentu.
Malaysia mempunyai acuan demokrasinya sendiri yang perlu dipatuhi bagi
menjaga kestabilan dan keselamatan negara dan rakyat.
15. Parti-parti politik perlu bersatu dan menyokong sesuatu dasar yang menjaga
kepentingan negara dan rakyat. Setiap dasar atau program yang melibatkan
kepentingan negara dan rakyat memerlukan sokongan yang padu untuk
dijayakan. Satu Malaysia perlu disokong oleh rakyat bagi memastikan
kejayaan negara dan melahirkan semangat perpaduan yang kukuh antara
kaum.
16. Jatuh bangun sesuatu tamadun itu bergantung kepada bagaimana isu dan
masalah yang wujud dapat ditangani oleh pemerintah negara dan rakyatnya.
Kerajaan yang berwibawa akan dapat menangani segala kemelut yang wujud
dengan berkesan.
-
8/8/2019 perpaduan2
6/26
-
8/8/2019 perpaduan2
7/26
7
kita malam ini. Dan juga seterusnya terima kasih kepada Prof Dr. Hoo Kee Ping,
penganalisis politik yang turut bersama Isu@1 malam ini.
Kita ingin terus mulakan perbincangan dan diskusi kita. Mungkin yang pertama
sekali, mungkin kah sejak lebih 50 tahun merdeka isu perpaduan ini terus
disebut-sebut menjadi satu persoalan yang utama. Kali ini ia disebut lagi dan
mungkin kita mulakan dengan Dato Seri. Di manakah tempatnya ya Dato Seri
atau titiknya yang boleh kita sifatkan sebagai perpaduan ini masih lagi belum
mencapai tahap yang utuh dan masih harus kita bahas dan juga mencari apakah
perkara yang boleh menyokong perpaduan ini sendiri.
NAIB CANSELOR UiTM: Kalau saya nak menjawab dari segi kita melihat konsep
perpaduan itu dalam bentuk hypotesis, ini memerlukan satu pemerhatian strategik yang
memerlukan bukti-bukti yang kukuh. Kerana ada orang mengatakan tidak rapuhnya
perpaduan pada hari ini, ada yang mengatakan kian rapuh. Kalau kita nak katakan
terlampau rapuh pun tidak juga kerana seperti negara-negara tertentu di dunia lain
bagaimana masalah yang cukup besar dari segi perpaduan sehingga berbunuh-bunuh.
Di negara kita Alhamdulillah kita pergi ke shopping complex, gedung-gedung
perniagaan apa semua tidak ada masalah. Kita boleh bercampur gaul. Kita pergi kedai
makan restoran-restoran kita boleh membeli makan daripada kedai-kedai tidak kira
bangsa.
Dari segi hypotesis yang saya katakan tadi masih tidak mempunyai bukti yang cukup
kukuh kita katakan yang ia kian rapuh. Tetapi saya pula melihat apabila saya di tanya
dari segi sejarah di bandingkan 50 tahun dahulu dengan sekarang sudah kelihatan
unsur-unsur perpaduan itu nampaknya semakin menjadi rapuh. Walhal pada hakikatnya
tidak patut ia menjadi rapuh. Ia menjadi rapuh sebab saya melihat terutama
kebelakangan ini di mana saya sendiri pun merasa bimbang dengan keadaan
masyarakat kita majmuk, jika sekiranya betul hypotesis menyatakan ia semakin rapuh
ini cukup membimbangkan malah amat membahayakan kedudukan keharmonian,
kestabilan negara kita kerana kita bersyukur pada hari ini negara kita cukup harmoni.
Anak cucu kita dapat makan. Kita dapat keluar dengan selamat tanpa gangguan. Kita
-
8/8/2019 perpaduan2
8/26
8
dapat pelajaran yang terbaik dan jika kita bandingkan diri kita dengan negara-negara
lain, bahkan negara maju pun. Alhamdulillah kita cukup baik. Cukup selesa.
PERANTARA: Ya. Saya kira Dato Seri mungkin, mengapa selalu disebut
perpaduan ini semakin rapuh merupakan persoalan mungkin yang diajukan. Ya
lah saban tahun harus kita ingatkan menerusi tema hari kemerdekaan, menerusi
tema itu dan ini, harus selalu kita katakan tentang perpaduan ini.
NAIB CANSELOR UiTM: Kerana penting diingatkan macam saya katakan tadi, dalam
masa 50 tahun yang lepas memang perpaduan ini ada turun naiknya macam satu
bentuk cycle. Ada dua tiga insiden yang menyebabkan kita bergaduh tetapi tidak
seteruk mana. Tetapi kalau kita tidak jaga, kita tidak mencari jalan yang konkrit yang
dapat difahami oleh seluruh rakyat Malaysia tidak kira kaum, saya rasa bimbang ia
akan menjadi satu suasana yang mungkin lebih teruk. Itu yang saya bimbang. Maka
kita kena ingatkan semua rakyat Malaysia supaya memahami pentingnya perpaduan itu
kalau kita ingin melihat anak cucu cicit kita dapat hidup dengan sempurna. Dapat
makan dengan sempurna, dapat hidup dengan bahagia seperti orang-orang lain di
negara-negara maju khasnya.
PERANTARA: Adakah Dato Seri bersetuju kalau kita katakan bahawa mengetahui
ataupun memahami sebenar-benar asal usul sesebuah bangsa itu dan sejarah
penubuhan negara itu sendiri merupakan perkara yang amat penting sekali dalam
konsep perpaduan.
NAIB CANSELOR UiTM: Sudah pasti untuk memahami konsep perpaduan. Yang
pertama kena memahami sejarah negara itu sendiri. Ini kebelakangan ini pun saya lihat
banyak sejarah pun hendak diputar belitkan. Saya minta maaf. Tidak ada sejarah di
dunia ini orang berani putar belitkan. Tetapi untuk kepentingan politik, kalau kita
memutar belitkan sejarah mengikut kehendak politik. Itu bukan sejarah, itu politik. Kita
kena memahami itu. Di samping itu, kalau saya bercakap tentang perpaduan di mana-
mana negara dalam dunia juga, ciri-ciri cukup banyak. Kriteria cukup banyak, ia bukan
sahaja dari segi sejarah. Kita kena memahami perpaduan dalam lingkungan batasan
-
8/8/2019 perpaduan2
9/26
9
yang dikawal oleh perlembagaan. Yang dikawal oleh Rukun Negara. Yang dikawal
dengan banyak syarat-syarat yang kita persetujui semasa kemerdekaan. Itu teras. Di
mana-mana kita menjadi rakyat di mana-mana tidak kira di mana kita di dalam dunia ini
pergi, itu teras. Kalau kita di Amerika Syarikat pun saya percaya itu terasnya. Jadi
mengapa di Malaysia perlu kita memutar belit kerana saya katakan, pada hari ini kita
selesa Alhamdulillah kita harmoni. Jangan kita putar belitkan untuk kepentingan politik
akhirnya esok kita rugi bersama.
PERANTARA: Baik dan Encik Stephen. Mungkin apa yang Dato Seri katakan
tentang perpaduan yang menuju ke arah semakin rapuh dan juga apa yang dilihat
oleh generasi lama, daripada awal kemerdekaan sehingga sekarang, mereka
boleh melihat rentetannya dan juga kronologinya. Tetapi bagi generasi baru
mungkin golongan belia, apa yang sebenarnya dapat mereka lihat menerusi
konsep perpaduan dalam negara kita sekarang yang telah kita capai.
PRESIDEN PERSATUAN PEMUDA NEGARA: Pandangan saya sedikit berbeza
dengan Dato Seri. Bagi saya, saya lihat di peringkat individu masalah perpaduan
bukanlah sesuatu masalah yang besar. Saya mendapati seperti 50 tahun yang lalu,
amalan bergaul sesama sendiri, bermesra antara kaum dan sebagainya masih tidak
berbeza. Di peringkat individu tidak ada masalah sangat. Tetapi apa yang berlaku pada
masa ini adalah saya melihat ada pertambahan dalam individu-individu dan kelompok-
kelompok tertentu yang menggunakan agama dan kaum untuk kepentingan diri sendiri
sebagai satu agenda politik dan juga sebagai satu agenda untuk mewujudkan
pendesak-pendesak yang makin lama makin berani. Ini satu fenomena yang agak baru.
Saya tak melihat benda ini berlaku 10 tahun yang lalu. Ini berlaku sejak 10 tahun yang
lampau sejak 1998 sehingga kini nampaknya semakin besar kumpulan ini yang
memonopoli suara yang mendesak untuk mewujudkan satu ketegangan di antara kaum
di negara ini. Masalah ini masih lagi boleh dikawal kerana kita melihatnya sebagai satu
masalah yang wujud dalam kelompok manusia tertentu.
-
8/8/2019 perpaduan2
10/26
10
PERANTARA: Apa pula yang dilihat oleh generasi baru kita. Generasi belia kita.
Adakah mereka rasa ini memang satu konsep perpaduan yang sememangnya
begitu atau pun mereka nampak apa yang berlaku.
PRESIDEN PERSATUAN PEMUDA NEGARA: Pada masa ini saya lihat ramai
daripada belia kita melihat individu seperti YAM Raja Nazrin sebagai satu tokoh yang
mereka mudah dan selesa dengan apa yang beliau utarakan. Belia pada hari ini
berpegang kepada apa yang beliau kata. Beliau kata setiap individu di negara ini
mempunyai tempat sebagai warganegara Malaysia . Dalam bahasa Inggerisnya begitu
sedap di dengar. Beliau kata, every Malaysian should feel without the shadow of the
dark, they have a place under the sun which is Malaysianbegitu sedap di dengar dan
belia ingin melihat lebih ramai mereka yang boleh memberi teladan kepada mereka.
Role model. Pada hari ini apa yang kita kurang adalah role model. Mereka yang boleh
memberikan teladan di mana apa yang mereka kata mereka amalkan dalam hidup.
Belia pada zaman ini jauh lebih matang daripada zaman-zaman sebelumnya kerana
belia pada masa ini dia terdedah. Dia ada internet, ada media elektronik, media cetak,
dan sebagainya mereka boleh melihat apa yang berlaku di negara-negara lain di dunia
ini. Kita sebut sebagai warganegara global bermaksud kita melihat keadaan di mana
setiap individu itu mereka tahu bila mereka ditipu dan bila seseorang itu bercakap benar
pada mereka.
PERANTARA: Okay. Profesor Dr. Hoo Kee Ping ya. Apa yang disebut oleh Mr.
Stephen tadi antara lain ialah belia terdedah. Mungkin itu perkara yang baik tapi
juga kalau kita lihat risikonya pendedahan yang sebegitu pada zaman begini ada
pada belia. Adakah benar konsep perpaduan kita juga harus mengalami
penjenamaan semula sekarang ini. Harus kita kuatkan semua. Teguhkan semula,
kita laungkan semula slogannya.
PENGARAH PERLING PLAZA: Saya nak memandang isu ini dari segi yang lain.
Daripada sejarah konflik-konflik yang telah berlaku contohnya 1969, contohnya 1987
dan 1998 masa itu krisis kewangan dan Kampung Medan. Saya rasa sekarang
-
8/8/2019 perpaduan2
11/26
11
memang lebih baik dari masa-masa dulu. Keadaan perpaduan antara kaum sekarang
ini lebih baik daripada dulu. Mengapa. Dari permukaannya sebelum mid30 nampaknya
perkauman yang bagus sekali perpaduan. Tapi dari segi kelas. Hypotesis Class atau
pun teori kelas. Itu ada palsu. Cumalah perpaduan wujud di RSGC (Royal Selangor
Golf Club) yang itu diwujudkan oleh golongan atasan. New kolonial penjajahan yang
baru. Kebanyakan orang Cina atau orang Melayu tidak bergaul buat masa sekarang
kita bergaul jadi migrasi dari ruralsampai urban dah paksa kaum Melayu, Kaum India
dan kaum Cina bergaul. Tapi tidak ada konflik yang besar cuma Kampung Medan itu
pun terkawal. Maksudnya pada tahun 50 yang lalu, sekarang memang satu era yang
bagi saya merupai tahun 1995 masa Malaysia Boleh.
Maksud saya ekonomi sekarang ini memang gawat tapi satu barberbaru akan wujud.
Contohnya hari ini saham naik, seluruh Asia Timur, negara China, Hong Kong semua
naik. Maksudnya masuk satu era semasa Tun Mahathir 1990 sampai 1997. Rasa saya
kalau keadaan itu wujud, duit ada saham naik jadi orang ada kerja. Ada kemewahan.
Jadi masa itu perkongsian itu memang lebih rata. Kalau ia tidak wujud, pertelingkahan,
kekecohan memang tertekan. Jadi yang penting bagi saya, dari segi itu perpaduan
adalah satu fenomena keinsafan, kesedaran ada latar belakangnya atau pun
landasannya ada ekonomi.
PERANTARA: Jadi Prof. Juga menyifatkan tahun 1995 mungkin yang terbaik
untuk negara kita pada masa itu.
PENGARAH PERLING PLAZA: Jadi perpaduan adalah sesuatu yang menginsafkan
kepada rakyat yang mana latar belakangnya atau landasannya adalah ekonomi.
PERANTARA: Ekonomi. Jadi prof juga menyifatkan yang tahun 1995 itu ialah
yang terbaik untuk negara kita pada masa itu?
PENGARAH PERLING PLAZA: Jadi masa itu masalah perkauman kurang. Tiada
sesiapa yang hendak mengatakan bahawa saya Melayu, saya Cina. Jadi kita melihat
kepada orang Malaysia. Malaysia boleh.
-
8/8/2019 perpaduan2
12/26
12
PERANTARA: Kerana ekonomi kita kukuh.
PENGARAH PERLING PLAZA: Ekonomi memang kukuh. Jadi jika tahun-tahun yang
lepas, empat tahun yang lepas, memang tidak bagus. Jadi semua naik. Semasa Tun
Pak Lah, barang semua naik. Gaji tidak naik. Jadi orang marah. Malah memang
mencari kekecohan.
PERANTARA : Ya, kita dapat point itu bahawa di belakang perpaduan yang
paling penting sekali iaitu ekonomi, mungkin antara faktor yang utama. Dato Seri
komen tentang pendapat itu. Bagaimana ekonomi itu mendukung kepada
perpaduan?
NAIB CANSELOR UiTM: Ya, saya memang sokong seratus peratus. Ekonomi cukup
penting sebagai satu kriteria yang kritikal untuk memastikan perpaduan. Tetapi saya
hendak berbalik walaupun saya setuju mengatakan perpaduan pada hari ini memang
agak baik tapi saya sudah bagi satu amaran tadi supaya kita menjaga,
memperkukuhkan agar ia tidak jadi buruk kerana kekuatan ekonomi juga adalah
berlandaskan kepada kestabilan politik. Ini yang saya bimbang. Mengapa? Dahulu
alhamdulillah saya rasa kita boleh tolak ansur dengan cara yang lebih rasional tetapi
disebabkan oleh apabila kita terlampau mempolitikkan isu sudah tentu pada hari ini apa
salah nya isu-isu itu melalui saluran-saluran media baru yang mempengaruhi
pemikiran-pemikiran anak-anak muda yang mempercayai apa yang diperkatakan di
dalam saluran media baru ini yang tidak ditapis yang tidak tentu kesahihan bahkan
banyak elemen-elemen penipuan, pemalsuan dan hasutan. Ini cukup berbahaya.
Kalau itu berlaku kalau kestabilan politik tidak di wujudkan kalau seluruh rakyat
Malaysia yang terlampau menekankan kepentingan politik yang tidak berasas,
terlampau menekankan kepada konsep kebebasan tanpa batasan ia keran apabila kita
banyak bercakap mengenai kebebasan-kebebasan tetapi saya takut kita menyalah
gunakan kebebasan itu, kita menyalahgunakan hak yang kerajaan, negara beri kepada
-
8/8/2019 perpaduan2
13/26
13
kita, maka akan mengakibatkan ketidakstabilan politik maka kalau itu berlaku maka
kestabilan ekonomi juga akan hancur. Ini lah yang cukup penting dan cukup berbahaya.
PERANTARA: Maknanya kebebasan itu mungkin bagus. Tapi harus kita nilai juga
kita sendiri sebagai orang, adakah betul kita layak untuk menggunakan
kebebasan itu dengan sebaik-baiknya. Ok dan Dato Seri kalau kita katakan juga
perbezaan pemahaman politik sedikit sebanyak dikatakan telah menyumbang
kepada wujudnya permasalahan kepada perpaduan sedangkan golongan
pemimpin masyarakat ialah golongan ahli-ahli politik tapi mereka ataupun aspek
politik itu jugalah yang menjadi pemecah kepada perpaduan. Bagaimana pula.
Bagaimana pincangnya.
NAIB CANSELOR UiTM: Memang pada hari ini memang aspek politik. Memang aspek
politik . Saya hendak mengatakan semua memainkan peranan yang orang Melayunya
dengan aspek politiknya, yang orang Cina dengan aspek politiknya , dan orang India
dengan aspek politiknya. Ada kala terlampau main politik sangat. Mereka mengetepikan
unsur-unsur lebih penting. Unsur-unsur perpaduan itu sendiri. Itu yang pertama. Yang
kedua juga saya perhatikan pada hari ini, apabila kita terlampau sibuk dengan politik
dan kita terlupa tentang asas perpaduan dan asas kepentingan kewujudan negara
nation stick itu sendiri yang saya libatkan kepada banyak syarat-syarat kriteria yang
kita kena akur. Apabila kita bermain politik, kita kena akur dengan beberapa syarat
termasuk memahami tentang sejarah. Memahami tentang perlembagaan, tentang rukun
negara. Itu cukup penting pada pandangan saya. Maka saya menegaskan di sini kita
boleh bermain politik.
Pertama politik ataupun tidak politiknya matlamat utama iaitu kita bermain politik atau
tidak ialah untuk kepentingan negara untuk kepentingan supaya negara kita stabil dan
harmoni untuk kepentingan rakyat keseluruhan supaya kita dapat hidup bersama
makan minum bersama tidur dengan perasaan selesa tanpa gangguan. Itu cukup
penting. Tetapi kalau kita lari dari itu, masing-masing dengan keegoannya, dengan
emosinya tanpa menggunakan akal fikiran yang bijaksana yang ikhlas yang tulus, saya
rasa cukup berbahaya.
-
8/8/2019 perpaduan2
14/26
14
Walaupun saya bersetuju tadi, saya mengatakan ya, tetapi saya Cuma bimbang saya
menyatakan kebimbangan dengan pemerhatian saya sebagai seorang ahli akademik,
kebelakangan ini apatah lagi saya katakan unsur-unsur kebebasan itu saya nampak
telah disalah gunakan dan disalah ertikan apatah lagi menggunakan media-media baru
itu, yang dapat mempengaruhi anak-anak muda yang tidak menapis mereka menerima
secara total apa yang mereka baca. Betuk tidak betuk mereka tetap tidak kisah kerana
itu satu perkara yang mereka memang suka baca. Ini cukup berbahaya.
PERANTARA: Ok Encik Stephen, apa yang kita lihat berbahaya di sini ialah
berkenaan dengan golongan belia. Jadi ingin juga kita ketahui bagaimana setakat
ini golongan belia ini mungkin memainkan peranan yang penting dalam aspek
perpaduan, kalau Profesor Dr Ho mengatakan ekonomi, Dato Seri mengatakan
politik, bagaimana dengan pendidikan.
PRESIDEN PERSATUAN PEMUDA NEGARA: Walaupun saya setuju ekonomi
merupakan satu supportpenting untuk perpaduan, tapi kena berhati-hati. Ekonomi itu
bukan sesuatu yang akan sentiasa berada pada peringkat sihat dan akan meningkat.
Akan ada masa-masa tertentu di mana ekonomi itu tidak akan selalunya sihat dan kita
akan menghadapi masalah ekonomi. Sebab itu, kita harus sediakan masyarakat supaya
mereka bersati padu masa ekonomi ini tidak sihat. Jika kita boleh menyediakan
masyarakat kita bersatu-padu masa ekonomi tidak baik, kita tidak ada masalah masa
ekonomi baik. Jadi kita harus pastikan perpaduan itu tidak bergantung pada ekonomi.
Itu sangat penting. Kalau tidak, kita akan sentiasa akan menyapu masalah kita di
bawah permaidani. Dan hanya tumpu perhatian kepada ekonomi. Itu satu.
Dari segi pendidikan pula, amat penting bagi belia menghayati, memahami dan
menghayati apa yang mereka belajar. Seperti Prof kata tadi Dato Seri kata tadi, mereka
perlu memahami apa itu sejarah umpamanya. Tidak cukup mereka hanya menghafal
apa yang mereka belajar untuk tujuan peperiksaan mereka kena menghayati apa yang
berlaku di sebalik tabir. Kalau kita lihat apa, di mana, siapa dan sebagainya kita kena
tahu juga apa yang berlaku sebelum sesuatu perkara itu berlaku. Ini sangat penting.
-
8/8/2019 perpaduan2
15/26
15
Nombor dua, aspek pendidikan itu kena holly stick. Dari segi perpaduan umpamanya
kita hendak tahu di mana terletaknya kepentingan rukun negara. Contohnya.
Kita tahu rukun negara ini sebagai satu ikrar. Tapi sebelum ikrar terletaknya ada
mission statement. Ada misi. Kenyataan misi di mana kita sebelum berikrar kita
menyatakan kesediaan sebagai seorang stu masyarakat untuk meletakkan kepentingan
kepada memperkukuhkan perpaduan antara kaum. Menghormati demokrasi sebagai
satu cara hidup dan mengamalkan suatu pemahaman dan juga pergaulan yang sihat
dan bebas. Konsep dan juga pembelajaran rukun negara ini pada masa ini saya rasa
tidak lagi diberi perhatian dan keutamaan dan bukan saja di peringkat persekolahan tapi
juga di universiti.
PERANTARA: Salah siapa.
PRESIDEN PERSATUAN PEMUDA NEGARA: Bagi saya sendiri, saya berpendapat
oleh kerana kita begitu menumpu kepada ekonomi kita menumpu kepada
mempertingkatkan jumlah ahli sains, ahli ekonomi, ahli matematik, doktor, engineerdan
sebagainya, kita lupa kepada kemahiran culture self skill, kemahiran insaniah ataupun
the holy stick development. Di mana kita lupa menerapkan nilai-nilai kemanusiaan, nilai-
nilai yang perlu untuk seseorang individu itu untuk hidup dalam satu masyarakat yang
harmoni semuanya tertumpu pada kejayaan dari segi materialisme dan untuk
pengajaran unsur-unsur mantel isme.
PERANTARA: Baik, anda masih lagi boleh terus berinteraksi bersama kami dalam
diskusi malam ini dengan tajuk kita ialah Perpaduan kian rapuh ataupun
perpaduan semakin rapuh. Dan cara menghantar SMS ke no 32776 ataupun
hubungi terus talian kami. Jadi jangan lupa talian ini seperti yang tertera
sekarang ini 2282 9062 itu taliannya dan anda boleh terus menghubungi kami.
Dan kita ingin sambung diskusi kita dan mungkin bersama dengan Prof. Apa
yang disebutkan ialah tentang ekonomi yang tidak terlalu sihat seperti kata En
Stephen tadi. Tidak selalu seperti sekarang. Jadi apa langkah yang harus kita
mulakan sekarang ini.
-
8/8/2019 perpaduan2
16/26
16
PENGARAH PERLING PLAZA: Dulu pada empat tahun yang lepas, m emang proses
politik keterlaluan. Tidak dapat dikawal. Jadi sekarang masalah sudah dapat pemimpin
yang baru. Pemimpin yang baru katakan satu Malaysia. Bagi saya ini adalah seimbang
dengan wawasan 2020 dulu. Tun Mahathir. Jadi satu wawasan sudah hadapan tepat.
Bagi orang muda ka orang tua ka itu adalah satu hadapan. Selain daripada kesedaran
secara keinsafan ke apa-apa pun prinsip yang sudah ada yang rukun negara kata satu
hadapan yang kami boleh ataupun boleh capai.
Satu Malaysia, mungkinlah satu jalan atau satu wawasan untuk memegang dan
mewujudkan perpaduan demi rakyat. Memang betul ekonomi tidak semestinya kuat.
Proses politik mestilah dikawal. Kalau tidak terkawal jadi ahli-ahli politik tikus, segelintir
ahli politik tikus yang memainkan, memperalatkan politik. Itu yang harus diperhatikan.
Siapa yang boleh membuat pelantikan ialah rakyat yang membuat undian. Yang
mengundi. No. Dua, rasa saya ialah populisme. Negara Malaysia memang maju. Plural
society masyarakat majmuk.
Ada beberapa kaum yang kalau terlalu liberal terlalu popular jadi orang akan jadi
keterlaluan. Melampau baiknya agama ataupun bahasa ataupun budaya. Itu yang
bahaya. Rasa saya pihak yang berkuasa, berpolitik, kerajaan ataupun pemimpin
sekarang nya memanglah YB dia mesti membentuk sesuatu kerajaan yang berwibawa.
Itu yang penting. Kalau tidak ada rakyat tidak akan mengikut. Jadi politik mesti kecoh.
Perkataan istilahnya berwibawa.
PERANTARA: Baik Dato Seri apa yang disebutkan ialah tentang masa yang betul
untuk kita mewujudkan satu lagi orang kata puncak. Kalau sebelum
kemerdekaan, kita ada kemerdekaan untuk kita capai Sebelum ini kata Prof kita
ada wawasan 2020 yang belum kita capai. Angka itu sendiri mungkin memberikan
kita teras yang baik untuk kita terus berjalan sampai ke tahap itu dan sekarang ini
konsep One Malaysia satu Malaysia yang ketengahkan ini. Bagaimana tepatnya
masa sekarang ini untuk kita aplikasikan konsep Satu Malaysia.
-
8/8/2019 perpaduan2
17/26
17
NAIB CANSELOR UiTM: Saya rasa apa yang telah berlaku ke belakang ini dalam
negara kita One Malaysia satu idea yang dalam bahasa orang putih kategori very
timely. Tetapi kita kena faham apabila YAB Perdana Menteri menyarankan konsep One
Malaysia beliau menyarankan satu tujuan yang cukup-cukup ikhlas tetapi serius. Iaitu
One Malaysia bermakna kita berbalik kepada konsep perpaduan. One Malaysia
bermaksud semua rakyat tidak kira apa kaum, mesti bersatu padu.
One Malaysia bermakna kerajaan telah berjanji tidak ada berlaku nya unsur-unsur tidak
adil, diskriminasi tetapi mesti berasakan kepada keadilan kepada semua supaya sama-
sama dapat merasa kesenangan hidup di negara kita ini. Tetapi saya cukup menyokong
apa yang dikatakan oleh Prof tadi. Di mana-mana negara kalau kerajaan ingin
mengimplikasikan apa-apa bentuk dasar ataupun polisi dari segi ketegasan pihak
pemerintah. Itu saya cukup seronok. Saya dengar Prof tadi cakap. Saya seronoklah.
Saya cukup berbangga dengan Prof. Iaitu saya menyokong dengan sepenuhnya kita
mesti ada kerajaan yang berwibawa yang mempunyai autoriti yang tegas demi untuk
kepentingan negara dan rakyat. Kerana pada pandangan saya di mana-mana negara
demokrat, kerajaan tidak tegas. Tidak berani mengimplikasikan ataupun melaksanakan
sesuatu dasar jadi kita akan dipermainkan dan kepala kita akan dipijak. Dan rakyat
bahkan akan mengambil peluang untuk memijak kepala kerajaan. Ini satu perkara yang
kita elakkan kerana ia tidak akan mendatangkan apa-apa faedah. Maka saya cukup
sokong sebuah kerajaan berkepimpinan yang berwibawa dan pada pandangan saya
YAB Datuk Sri Najib mempunyai ciri-ciri itu. Ini pengalaman saya sendiri beliau seorang
pemimpin yang berwibawa yang berkriteria mempunyai ciri-ciri ketegasan.
PERANTARA : Kita berjeda seketika kembali selepas ini dalam Isu@1 untuk
berbicara lebih lanjut mengenai perpaduan yang persoalannya adakah betul
perpaduan semakin rapuh sekarang ini di negara kita. Kembali selepas ini.
( IKLAN )
-
8/8/2019 perpaduan2
18/26
18
PERANTARA: Kembali dalam rancangan isu @1 di RTM bersama dengan tiga
tetamu kita malam ini yang kita jemput khas pertamanya Dato Seri Profesor Dr.
Ibrahim Abu Shah, NAIB CANSELOR UiTM, Encik Stephen Doss, Presiden
Persatuan Pemuda Negara Malaysia dan Profesor Dr. Hoo Kee Ping, Penganalisis
Politik. Kita akan terus berbicara mengenai Perpaduan Kian Rapuh
Persoalannya adakah anda bersetuju dan adakah juga pendapat-pendapat lain
yang mungkin kita kombinasikan sama-sama untuk mencapai jawapan yang
holistik.
Anda juga respond kepada tinjauan rakyat menerusi SMS, Apakah Penilaian
Anda Terhadap Prestasi Perpaduan Antara Kaum. A ; memuaskan, B ; Sederhana
atau C: Perlu diperkukuhkan lagi. Untuk mengundi taip POL < jarakkan>,
teruskan dengan pilihan anda sama ada A, B atau C dan hantarkan ke 32776.
Menyambung semula bicara bersama dengan tetamu kita, apa yang ingin kita
sentuh seterusnya bersama dengan Encik Stephen, sebenarnya sejauh mana
mungkin sejarah negara ini telah pun benar-benar difahami oleh warganya yang
membolehkan mereka juga benar-benar arif akan peranan yang harus mereka
mainkan dalam konsep perpaduan ini.
PRESIDEN PERSATUAN PEMUDA NEGARA: Perkara pokok yang saya perhatikan
pada hari ini tidak ramai yang memahami Perlembagaan Negara. Malah kalau kita buat
bancian secara umum jawapan yang sering kita dengar adalah mereka tidak pernah
lihat perlembagaan dan mereka tidak tahu apa yang dimaksudkan dengan
perlembagaan. Kalau kita hendak cakap mengenai sejarah dan cara terbentuknya
negara bangsa kita ini, kita kena tahu bagaimana kontrak sosial telah digubal dan
diguna pakai sebagai satu kontrak antara kaum selama lima puluh tahun ini telah
membawa kesejahteraan kepada semua warga negara Malaysia. Sebab itu saya
katakan tadi sistem pendidikan kita perlu diperincikan lagi supaya diberi penekanan
kepada pemahaman perlembagaan dan juga sejarah pembentukan kontrak sosial.
Ini termasuk juga apakah relevannya sosial kontrak itu pada tahun 2009 dan tahun-
tahun yang akan datang. Ini kerana kontrak sosial ini dilihat sebagai titik permulaan
-
8/8/2019 perpaduan2
19/26
19
kemerdekaan negara tetapi tidak dilihat sebagai dokumen atau konsep yang relevan
untuk masa hadapan. Sekiranya kita memahami peranan setiap warga negara sebagai
individu yang menyumbang kepada kesejahteraan dan kemakmuran negara, maka kita
harus lihat kontrak sosial ini sebagai satu yang positif. Masalahnya sekarang ramai
kelompok-kelompok individu suka melihat kepada yang negatif. Dia tengok kontrak
sosial, dia lihat yang negatif, dia tengok NEP dia lihat yang negatif sedangkan ada
banyak yang positif dalam perlembagaan, kontrak sosial dan NEP. Kalau kita teliti
ketiga-tiga dokumen dan konsep ini tidak ada sebutan spesifik kepada mana-mana
kaum.
Umpamanya kontrak sosial, NEP dan perlembagaan ianya merujuk secara umum
kepada warga negara berbagai lapisan. NEP mempunyai dua objektif utama dan
kedua-duanya objektif utama tidak menyebut kepada mana-mana kaum secara spesifik.
Ianya merujuk kepada penyusunan struktur kaum dan objektif untuk mengurangkan
kemiskinan tegar.
PERANTARA: Kita ingin menyentuh lebih lanjut mengenai Kontrak Sosial ini
bersama dengan dua lagi panel kita, sebelum itu kita menerima seorang
pemanggil dari Encik Zulkifli dari Kelantan. Silakan dengan pendapat dan
mungkin soalan kepada panel kita.
PEMANGGIL 1 : Terima kasih, mengapa kita telah merdeka lebih dari lima puluh
tahun, apakah resipi yang dikemukakan oleh kerajaan hari ini tidak mencapai
yang boleh dirasai oleh semua kaum. Siapa yang bersalah dalam perkara ini.
Kalau kita hendakkan kerajaan yang tegas, kerajaan selama ini tegas dengan
sistem perundangan, dengan hukum ISA dan sebagainya tetapi mengapa masih
belum lagi dapat memberi kepuasan kepada semua kaum dalam negara kita.
Dalam pilihan raya di Bukit Gantang baru-baru ini jelas menunjukkan masyarakat
Cina, masyarakat India tidak lagi memilih Barisan Nasional. Ini persoalan yang
besar dan politik memainkan peranan yang besar dalam menyatupadukan
masyarakat di seluruh negara.
-
8/8/2019 perpaduan2
20/26
20
Kerajaan mesti berani berubah dan tidak mengongkong pemikiran masyarakat.
Saya bukan menyokong mana-mana parti tetapi saya melihat bahawa sistem
dalam negara kita ini betul-betul menekan dan mengongkong pemikiran rakyat.
TV dan media massa hanya untuk kerajaan. Rakyat tidak diberi kebebasan untuk
memikir sebagai mana negara-negara maju. Saya pergi ke England walaupun
mereka mempunyai masyarakat yang majmuk dalam negara Komanwel tetapi
mereka boleh hidup. Kalau kita ke Blackburn macam bukan sebuah negara
Inggeris kerana di sana terdapat ramai orang India. Saya minta pandangan.
PERANTARA: Terima kasih Encik Zulkifli, kita ingin terus kepada pemanggil
berikutnya, di talian sekarang. Sebelum kita ke pemanggil berikutnya kita ingin
komen sedikit tentang apa yang ditanya oleh pemanggil kita, Dato Seri ingin
menjelaskan serba sedikit tentang apa yang ditanya oleh pemanggil kita. Dato
Seri mungkin ingin menjelaskan serba sedikit tentang apa yang dikatakan senario
perpaduan itu dibangkitkan semula sekarang ini juga komen tentang pentadbiran
sebelum ini.
NAIB CANSELOR UiTM : Saya rasa penting dibangkitkan semula, pada saya rakyat
kita ini perlu diingatkan dari masa ke semasa dan kita tidak boleh leka. Kalau kita
menganggap tidak ada masalah dan kita leka dan kita biarkan apa sahaja orang
hendak dilakukan tanpa batasan, ini mungkin akan menimbulkan masalah yang lebih
besar. Pada saya tidak ada masalah kita mengingatkan diri kita, itu yang pertama.
Kedua saya tegaskan sekali lagi kebelakangan ini memang ada unsur-unsur yang boleh
menggugat perpaduan negara. Ini disebabkan masalah-masalah dan isu-isu yang
dibangkitkan melalui politik. Yang kedua saya tegaskan ramai juga rakyat yang tidak
memahami tentang permainan politik itu sendiri yang memerlukan beberapa peraturan
yang mesti dipatuhi. Ini berkaitan dengan sejarahnya, Perlembagaan undang-undang,
Rukun Negara dan Sosial Kontrak.
Ini cukup jelas dan kalau ini kita faham seluruh rakyat Malaysia tidak ada perkauman.
Saya katakan tadi lupakan masalah emosi dan kita lihat lebih teliti dan bijaksana. Itu
pada saya penting dilakukan. Saya setuju dengan apa yang kita katakan tadi negara-
-
8/8/2019 perpaduan2
21/26
21
negara maju tidak ada masalah, ini boleh kita boleh lihat. Pada pandangan saya segala
contoh-contoh yang diamalkan oleh negara-negara maju ini yang baik kita boleh ikut.
Rakyat Malaysia kena membuka mata kalau dilakukan oleh negara-negara maju seperti
Di UK, New Zealand, US dalam aspek-aspek tertentu yang boleh membawa kepada
kepentingan perpaduan negara itu, kita lihat apakah ciri-ciri itu apakah yang mereka
lakukan kita boleh ikut. Kalau ada perkara-perkara dikatakan negatif yang tidak
membuahkan hasil yang baik , kita jangan ikut. Kalau itu saya terima.
PERANTARA: Kalau disebut kebebasan rakyat di negara -negara seperti itu
contohnya, adakah kita ingin menjadi seperti mereka sebenarnya.
NAIB CANSELOR UiTM: Jawapan saya ya atau tidak, dua-dua sekali. Bercakap
mengenai kebebasan ini saya tidak percaya sama sekali mesti ada kebebasan secara
mutlak. Kebebasan kita mesti ikut acuan negara kita. Negara kita sebuah negara timur,
mempunyai nilai-nilai ketimuran. Negara kita juga merupakan sebuah negara yang
banyak menekankan kepada aspek keagamaan yang mesti memahami aspek-aspek
keagamaan. Perkara-perkara yang bertentangan dengan ciri-ciri ini walau pun ianya
sesuai di negara barat tidak boleh kita terima bulat-bulat dan kita kena tapis.
Begitu juga kebebasan kalau terlampau bebas contohnya di negara-negara barat
bahkan negara-negara membangun juga sudah mengikut, jika kita terlampau bebas
dan kita boleh bercakap sesuka hati, apabila berakap sesuka hati tanpa tapisan dengan
sedap mulut maka akan menimbulkan unsur-unsur fitnah dan hasutan. Ini akan
membahayakan perpaduan negara kita. Kita kena berhati-hati dan apa yang kita
lakukan mesti ada batasan. Batasan itu mesti ada satu kerajaan yang berwibawa untuk
memastikan tidak ada permainan kotor dalam pergaulan sesama kita. Pada saya di
Malaysia pada hari ini adalah negara yang cukup baik dalam memberi peluang kepada
rakyatnya bebas bercakap. Saya telah tinggal di Amerika selama lapan tahun, saya
rasa Malaysia lagi bebas dan ini pengalaman saya sendiri.
PERANTARA: Itu sesuatu yang tidak ramai orang tahu dan tidak ramai orang
percaya. Profesor Dr. Hoo ingin tambah, silakan.
-
8/8/2019 perpaduan2
22/26
22
PENGARAH PERLING PLAZA: Kalau saya andaikan dasar luar YAB Dato Sri Najib
adalah mengikut Tun Dr. Mahathir Mohamad. Mungkin pihak US cuba menghasut
kaum-kaum di Malaysia. Dahulu pernah terjadi tahun 1974 iaitu isu Baling. Masalahnya
penoreh getah tidak cukup makan sahaja, tetapi ada unsur-unsur komunis, ada unsur
CIA, dan ada unsur KGB. Jadi yang bahayanya bukan perhubungan antara kaum
sahaja tetapi ada unsur luar. Jadi kita hendaklah membangkitkan isu ini supaya rakyat
mesti tahu jangan terjatuh dalam track luar.
PERANTARA; Mengapa sukar sangat sebenarnya kadang-kadang untuk melihat
bahawa unsur ini adalah unsur dari luar sebenarnya ingin menggoncang keamanan
kita juga tetapi mereka rasakan sebenarnya ini satu aliran atau pun saluran yang betul
untuk mendidik mereka untuk mendapatkan apa yang mereka mahu seperti di negara
kita. Bagi rakyat mengapa sukar sangat untuk mereka faham.
PENGARAH PERLING PLAZA: Yang pertama untuk mereka faham tentang politik.
Maksudnya ketidakpedulikan. Jadi ramai daripada penduduk Malaysia hendak cari
makan, kebanyakannya tidak peduli kepada politik, cuma sampai masa pilihan raya.
Jadi oleh kerana itu kuasa-kuasa politik atau proses politik sudah jatuh ke dalam
tangan-tangan pemimpin ke atau politikus ke yang memperalatkan proses-proses. Jadi
saya rasa sebaran am ke patut memberi peranan yang lebih besar sedikit. Contoh isu
perbincangan malam ini, bagus betul tak?
PERANTARA: Yang boleh kita simpulkan ialah penerangan atau maklumat itu
macam mana untuk cukup sebenarnya untuk rakyat. Apa yang Encik Zulkifli dari
Kelantan menyebutkan juga Encik Stephen mungkin ialah tentang keputusan
pilihan raya kecil yang dikatakan mungkin menjadi isyarat bahawa kaum lain
kaum bukan Melayu tidak menunjukkan sokongan kepada kerajaan adakah ini
betul ataupun bolehkah kita melihat satu cara itu sahaja maknanya di permukaan
dengan izin tetapi di sebalik di belakang tabirnya kita tidak tahu apa yang berlaku.
-
8/8/2019 perpaduan2
23/26
23
PRESIDEN PERSATUAN PEMUDA NEGARA: Saya suka menjawab soalan itu tadi
dengan merujuk kepada apa yang Dato Sri Najib menyatakan semasa pembentukan
kabinet beliau menyatakan zaman di mana kerajaan mengetahui segala-galanya sudah
berlalu. Ini kerana beliau faham bahawa walaupun ketegasan itu ada tempatnya tetapi
masyarakat juga ada peranan kerana mereka merupakan komponen-komponen yang
memilih pemerintah. So kita harus mengenali perkara ini memberi mereka
penghormatan yang penting. Yang kedua saya hendak menyatakan bahawa respons
kita selalu harus pro-aktif jangan terlalu reaktif.
Kita jangan tunggu ada pengaruh luar baru kita hendak bertindak untuk mencari jalan
macam mana kita hendak mengurangkan pengaruh tersebut di luaran atau dalaman.
Bila saya sebut pro-aktif yang penting di sini kerajaan menyediakan masyarakat untuk
menghadapi segala ataupun apa-apa cabaran yang di hadapi oleh mereka. Sebab itu
saya kurang setuju jika ada individu yang melihat apa yang dilakukan oleh Y.A.B Datuk
Sri Abdullah dahulu sebagai Perdana Menteri sekarang Tun Abdullah sebagai
semuanya tidak betul kerana saya percaya Tun Abdullah telah melihat kepada perkara
ini di mana perlunya penyediaan yang lebih untuk menyediakan masyarakat kepada
cabaran-cabaran dan zaman-zaman akan datang di mana mereka akan melalui
pelbagai cabaran yang merumitkan tidak semestinya hanya tertumpu zaman di mana
kita selesa dan gembira sahaja.
Sebab itu kena memberi tumpuan kepada aspek sosial dan juga rohani. Sebab itu
beliau mengutarakan Islam Hadhari beliau. So, sebab itu beliau telah cuba mengisi
kekosongan daripada masa itu wujud di antara zaman Dr Mahathir di mana tumpuan
lebih kepada transisinya.
PERANTARA: Ok, kita ingin memberi peluang kepada seorang lagi pemanggil di
talian Encik Abdul Karim daripada Kepala Batas ya. Encik Abdul Karim.
PEMANGGIL 2: Selamat Malam, saya ingin membicarakan pasal isu perpaduan
sekarang. Bagi pendapat saya setakat ini kita nampak perpaduan semakin baik. Tetapi
perpaduan yang di utarakan semakin besar. Puncanya daripada tangan-tangan politik
-
8/8/2019 perpaduan2
24/26
24
juga yang mengkucar-kacirkan kerana di peringkat ini secara jelasnya kita perhatikan
pada pilihan raya yang lalu kerana perpaduan juga yang menghukum tangan-tangan
politik yang mengkucar-kacirkan perpaduan. Jadi apabila kita fikir banyak perpaduan
yang kita capai saya yakin sebenarnya isu-isu ini isu politik khususnya pemimpin
pemimpin politik baik dari parti pembangkang dan parti kerajaan sendiri.
PERANTARA: Baik, soalannya Encik Abdul Karim?
PEMANGGIL 2: Saya berpendapat politik-politik, pemimpin parti politik kena jauhkan
daripada isu-isu yang melibatkan perpaduan kerana isu ini hanya isu politik. Secara
jelasnya perpaduan adalah amat baik.
PERANTARA: Baik, terima kasih Encik Abdul Karim yang berkongsikan
pandangan dengan kita. Bercakap tentang isu politik yang dikatakan mungkin
sebagai perkara-perkara yang telah menjadikan teras pada perpaduan ini kerana
perkataan perpaduan ini selalu digunakan dalam politik tetapi adakah sebenarnya
ahli politik kita hidup dalam toleransi sahaja sebenarnya mereka mengatakan
perpaduan tetapi dasarnya ia tidak berlaku yang sebetul-betulnya. Kita lihat ada
perikatan-perikatan ataupun mungkin parti-parti yang tertentu yang mengatakan
mereka berpadu tetapi banyak perkara yang dalam dasar tertentu mereka tidak
nampak sefahaman. Bagaimana Dato Seri?
NAIB CANSELOR UiTM: Saya rasa ada juga betulnya, apabila parti-parti politik
bercakap pasal perpaduan lebih merupakan retorik. Tetapi saya tidak boleh
menyalahkan mereka. Segala bentuk rancangan ataupun strategi yang dijalankan yang
hendak ditonjolkan oleh parti-parti politik terutama parti pemerintah bertujuan baik tetapi
bagaimana hendak mengimpi kita tidak difahami ataupun tidak disokong oleh rakyat.
Saya berkata rakyat ini bukan sahaja di kalangan parti pembangkang. Iaitu parti
pembangkang semestinya menerima dan membantu. Contoh dalam kes kita sekarang.
Y.A.B Dato Sri Najib ingin mengujudkan satu Malaysia. Idea itu satu idea yang cukup
murni tetapi idea itu tidak tercapai jika sekiranya seluruh rakyat Malaysia ataupun kaum
-
8/8/2019 perpaduan2
25/26
25
dan tidak kira parti pembangkang ataupun tidak menyokong iaitu parti-parti
pembangkang termasuk parti-parti komponen di dalam Barisan Nasional mesti
menerima dan membantu memberi peluang kepada Dato Sri Najib kemudian baru kita
boleh implementasikan. Kalau tidak setiap kali kerajaan ingin menjalankan sesuatu
strategi ataupun polisi kita bangkang. Benda itu betul ke tidak betul ka kita tidak kisah,
janji kita bangkang. Itu di kalangan parti pembangkang.
Bahkan dalam parti komponen pun Perdana Menteri hendak membuat sesuatu yang
terbaik itu kita serah kepada Perdana Menteri. Beliau seorang Perdana Menteri, itu hak
beliau. Kalau hendak lihat mana-mana isu pun memang ada. Nothing is perfect
dengan izin. tetapi kita punya konsep demokrasi kita mesti memberikan kepercayaan
tanggungjawab itu kepada pemimpin kita. So dalam kes ini kalau Dato Sri Najib ingin
menyatakan satu Malaysia, konsep satu Malaysia itu berasaskan perpaduan saya
berasakan seluruh rakyat Malaysia dan seluruh parti tidak kira parti pembangkang, parti
komponen mesti ikhlas dan jujur membantu menyokong, memberi peluang tetapi bukan
mencari jalan untuk menghentam dan mengutuk malah membantutkan hasrat murni kita
ini.
PERANTARA: Baik, terima kasih Dato Sri mungkin itu yang terakhir dapat kita
ikuti kupasan untuk malam ini kerana kita sudah hampir sampai ke
penghujungnya. Terima kasih kepada semua pemanggil kita. Sebelum itu kita
ingin tinjau keputusan SMS undian atau tinjauan rakyat yang telah pun anda
hantarkan undiannya untuk soalan malam ini. Apakah penilaian anda terhadap
prestasi perpaduan antara kaum? untuk pilihan memuaskan seramai 23%
mewakili pengundi-pengundi SMS pada malam ini telah pun menghantarkan undi
mereka. 16% mengatakan sederhana dan juga mengatakan perlu diperkukuhkan
lagi adalah seramai 61%. Baik itu yang dapat kita lihat. Mungkin ada sedikit
komen yang paling akhir sekali Encik Stephen.
PRESIDEN PERSATUAN PEMUDA NEGARA: Saya Cuma hendak memperingati
bahawa kerajaan yang memerintah sekarang adalah kerajaan Barisan Nasional. Bukan
kerajaan komponen dalam Barisan Nasional, bukan kerajaan UMNO, MIC dan MCA.
-
8/8/2019 perpaduan2
26/26