PERPUSTAKAAN KOMUNITI PETALING JAYA

32
PERPUSTAKAAN KOMUNITI PETALING JAYA Pustaka Wadah Ilmu & Informasi

Transcript of PERPUSTAKAAN KOMUNITI PETALING JAYA

Page 1: PERPUSTAKAAN KOMUNITI PETALING JAYA

PERPUSTAKAAN KOMUNITI

PETALING JAYA

Pustaka Wadah Ilmu & Informasi

Page 2: PERPUSTAKAAN KOMUNITI PETALING JAYA

2

Kandungan

4

4

6

8

9

9

11

14

18

19

19

21

22

23

Pengenalan

Kelab Buku Petaling Jaya

Perpustakaan MPPJ

Ciri Unggul Keseluruhan Bangunan Bersifat Mesra Pengguna

Keahlian Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya

Syarat-Syarat Pendaftaran

Koleksi Bahan

Jenis Perkhidmatan

Kadar Bayaran Untuk Perkhidmatan

Denda

Kemudahan Lain

Ringkasan Penempatan Koleksi Di Aras Bangunan

Waktu Perkhidmatan Perpustakaan Dan Kaunter Utama

Peraturan Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya

Page 3: PERPUSTAKAAN KOMUNITI PETALING JAYA

3

Page 4: PERPUSTAKAAN KOMUNITI PETALING JAYA

4

Pengenalan

Menyedari akan perlunya sebuah perpustakaan untuk bandar Petaling Jaya, satu persetujuan telah dicapai oleh Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ) pada ketika itu untuk menubuhkan Kelab Buku Petaling Jaya pada 28 Febuari 1987.

Kelab Buku Petaling Jaya

Sebuah Jawatankuasa Protem telah dilantik oleh MPPJ. Jawatankuasa ini telah dipengerusikan oleh Encik Soong Siew Hoong (kini Tan Sri), seorang Ahli Majlis MPPJ ketika itu. Usaha-usaha ke arah mewujudkan sebuah perpustakaan menjadi kenyataan apabila Kelab Buku Petaling Jaya dengan rasminya didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan 1966 pada 13 Oktober 1987. Sebagai permulaan kepada usaha ini, Majlis bersetuju untuk menempatkan perpustakaan di tingkat 2 Menara MPPJ yang terletak di bandar Petaling Jaya.

Matlamat awal penubuhannya ialah untuk menyediakan kemudahan tempat bacaan dan pinjaman buku di samping memupuk minat suka membaca di kalangan masyarakat Petaling Jaya khasnya dan Lembah Klang amnya.

Page 5: PERPUSTAKAAN KOMUNITI PETALING JAYA

5

Page 6: PERPUSTAKAAN KOMUNITI PETALING JAYA

6

Perpustakaan MPPJ

Memandangkan pentingnya peranan yang dimainkan oleh sesebuah perpustakaan maka pada 1 April 1993, MPPJ dengan rasminya mengambil alih Kelab Buku Petaling Jaya. Ia kemudian dikenali dengan nama Perpustakaan MPPJ. Pengambilalihan ini menunjukkan keprihatinan MPPJ terhadap perkembangan keilmuan sejajar dengan pembangunan fizikal Petaling Jaya masa kini.

MPPJ juga memikirkan perpustakaan yang terletak di Menara MPPJ dirasakan sempit untuk menampung jumlah keahlian yang melebihi 25,000 ahli berdaftar. Jumlah koleksi buku dan bahan-bahan perpustakaan telah bertambah dari setahun ke setahun.

Page 7: PERPUSTAKAAN KOMUNITI PETALING JAYA

Pada Disember 1995, bangunan dewan serbaguna yang terletak di Jalan Selangor terpaksa memberi laluan kepada pembinaan perpustakaan empat tingkat yang berharga RM12 juta. Projek ini memakan masa lebih kurang 4½ tahun untuk disiapkan. Kelewatan ini adalah disebabkan masalah-masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan.

Pada bulan Disember 1999, Perpustakaan MPPJ telah berpindah ke bangunan baru di Jalan Selangor, Petaling Jaya. Kini, perpustakaan MPPJ dikenali sebagai Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya (PKPJ).

Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya memulakan operasinya di bangunan baharunya pada 4 April 2000 dan bangunan perpustakaan telah dirasmikan oleh YAB. Dato’ Seri Dr. Mohamad Khir bin Toyo, Menteri Besar Selangor (ketika itu) pada 14 Mac 2002 bersamaan 29 Zulhijah 1422H.

7

Page 8: PERPUSTAKAAN KOMUNITI PETALING JAYA

8

Ciri Unggul Keseluruhan Bangunan Bersifat Mesra Pengguna

Kemudahan untuk golongan istimewa diambil kira. Dari luar menuju ke pintu utama, kemudahan laluan ramp disediakan manakala di dalam bangunan, 2 buah lif disediakan untuk kemudahan pengguna. Persekitaran bangunan dihiasi landskap serta rock garden yang menarik. Manakala suasana dalaman memberi tumpuan kepada keselesaan keluarga dan individu beriadah minda. Sudut-sudut muzik di setiap aras bangunan adalah bertujuan memberi alternatif kepada pengguna yang suka membaca sambil menikmati muzik pilihan.

Page 9: PERPUSTAKAAN KOMUNITI PETALING JAYA

Keahlian Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya

Keahlian perpustakaan terbuka kepada semua pemastautin Lembah Klang, khasnya penduduk komuniti Petaling Jaya, yang berusia 4 tahun ke atas. Keahlian adalah berbentuk perseorangan. Tarikh keahlian adalah berdasarkan kiraan secara tahunan. Setiap individu hanya layak mendaftar sekali sahaja sebagai ahli. Jenis keahlian adalah seperti berikut:

Jenis Keahlian Pendaftaran Baru Pembaharuan Ahli

Ahli Biasa RM 31.00 RM 15.00

Ahli Seumur Hidup RM 300.00 Tiada

Warga Emas / Orang Kelainan Upaya (OKU)

RM 15.00 RM 10.00

Syarat-Syarat Pendaftaran

Warganegara Malaysia• Keutamaan adalah bagi penduduk Lembah Klang dan Selangor.• Pengesahan alamat tempat tinggal tetap melalui bil-bil elektrik / air /

cukai taksiran.• Perlu menunjukkan akuan bukti sama ada surat beranak / MyKid (bawah

12 tahun) atau kad pengenalan bagi orang dewasa.

Warganegara Asing• Menunjukkan akuan bukti identiti diri iaitu pasport asal.• Menyertakan salinan pasport dan salinan kad pengenalan penjamin

seorang warganegara Malaysia (penduduk Lembah Klang / Selangor).• Pengesahan alamat tempat tinggal tetap melalui bil-bil elektrik / air /

cukai taksiran.9

Page 10: PERPUSTAKAAN KOMUNITI PETALING JAYA

10

Page 11: PERPUSTAKAAN KOMUNITI PETALING JAYA

KOLEKSI BAHAN

Koleksi Buku Pinjaman

Koleksi pinjaman diletakkan berasingan mengikut kategori dewasa dan kanak-kanak. Ia dibahagikan kepada dua jenis iaitu buku fiksyen dan buku bukan fiksyen. Buku-buku fiksyen disusun mengikut susunan abjad pengarang dan diasingkan mengikut pengkelasan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Buku bukan fiksyen pula disusun mengikut nombor pengkelasan Sistem Pengkelasan Perpuluhan Dewey (DDC). Koleksi pinjaman boleh didapati di Perpustakaan Kanak-kanak, aras satu dan aras dua.

Koleksi Buku Rujukan

PKPJ mempunyai koleksi rujukan dalam pelbagai bidang perkara. Koleksi yang terdapat di sini adalah:

• Koleksi Ensiklopedia dan Kamus• Koleksi Malaysiana• Rujukan Am / Pentadbiran dan Pengurusan• Koleksi Ulangkaji Peperiksaan untuk calon-calon UPSR, PMR,

SPM dan STPM• Koleksi Kertas Seminar dan Bengkel• Koleksi Perdana Menteri

11

Page 12: PERPUSTAKAAN KOMUNITI PETALING JAYA

12

Koleksi Multimedia

Tergolong di bawah kategori ini adalah bahan-bahan seperti kaset audio, kit, pita video, cakera padat, video CD dan CD ROM dalam pelbagai tajuk perkara seperti pengurusan, pendidikan, motivasi, kuliah agama, dokumentari, alam sekitar, muzik dan sebagainya.

Koleksi Akhbar Dan Majalah

Perpustakaan melanggani 10 jenis akhbar harian untuk pembacaan ahli. Perkhidmatan keratan akhbar bagi topik-topik terpilih (isu semasa) juga disediakan.

Terdapat lebih 150 judul majalah dalam dan luar negara. Majalah-majalah ini merangkumi judul-judul majalah kesukaan ramai. Manakala untuk tujuan rujukan, majalah-majalah ‘back issue’ dijilid dan diletakkan di Koleksi Majalah Rujukan, Aras 2.

Page 13: PERPUSTAKAAN KOMUNITI PETALING JAYA

13

Page 14: PERPUSTAKAAN KOMUNITI PETALING JAYA

14

Jenis Perkhidmatan

Pinjaman Buku dan Bahan Pandang Dengar (AV)

Jenis KeahlianBilangan (Unit)

Setiap peminjaman adalah untuk

tempoh 3 minggu.

Buku CD/DVDAhli Biasa / Keluarga MBPJ / Warga Emas / Orang Kelainan Upaya (OKU)

10 0

Ahli Seumur Hidup 2016

04

* Ahli perpustakaan hendaklah menggunakan kad pengenalan apabila membuat pinjaman di kaunter atau terminal layan diri.

Perkhidmatan Pembaharuan PinjamanPinjaman buku dan bahan pandang dengar boleh diperbaharui di laman web Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya, www.mbpjlibrary.gov.my atau melalui talian telefon 03-7781 0411 mengikut waktu perkhidmatan seperti berikut:Isnin hingga Khamis : 10.00 pagi - 1.00 petang : 2.00 petang - 5.00 petangJumaat : 10.00 pagi - 12.15 tengahari : 2.45 petang - 5.00 petang

• Pembaharuan pinjaman hanya boleh dibuat sebelum tarikh tamat pinjaman dan pembaharuan tersebut juga adalah untuk sekali sahaja sama ada melalui telefon atau laman web.

• Tempoh tamat keahlian mestilah melebihi tempoh tiga (3) minggu bagi melayakkan untuk membuat pinjaman/pembaharuan pinjaman.

• Sebarang rayuan untuk pembaharuan kali kedua tidak akan dilayan. Sekiranya ahli ingin terus meminjam bahan tersebut mestilah melalui kaunter utama dengan membawa bahan pinjaman dan kad ahli/kad pengenalan.

8 2atau

atau

Page 15: PERPUSTAKAAN KOMUNITI PETALING JAYA

Perkhidmatan Tempahan BukuAhli boleh membuat tempahan buku tetapi mestilah memenuhi syarat-syarat seperti dinyatakan dibawah:• Buku yang hendak ditempah mestilah berstatus dalam

pinjaman ahli lain.• Sekiranya buku tersebut dalam sistem berstatus ada (available)

di perpustakaan maka buku tersebut tidak boleh ditempah, ahli dikehendaki mencari sendiri buku tersebut di rak perpustakaan.

• Pihak perpustakaan tidak dapat memberi jaminan buku yang telah ditempah oleh ahli akan diperolehi mengikut tarikh yang tertera semasa membuat tempahan.

• Setiap tempahan buku yang telah ada hanya akan disimpan selama seminggu untuk dituntut oleh ahli yang menempah.

Perkhidmatan RujukanBersedia membantu pengguna melalui proses perkhidmatan rujukan dan maklumat. Antara perkhidmatan yang boleh diperolehi adalah:• Perkhidmatan rujukan • Koleksi rujukan Arkib MBPJ (koleksi terhad)• Koleksi Kertas Seminar dan Bengkel

Perkhidmatan Perpustakaan Kanak-KanakAhli kanak-kanak disediakan ruang khusus yang menempatkan koleksi, ruang aktiviti, ruang permainan dalam suasana yang menarik dan ceria. Konsep bermain sambil membaca tidak menjemukan kanak-kanak dan dapat mendekatkan mereka dengan buku. Untuk

15

Page 16: PERPUSTAKAAN KOMUNITI PETALING JAYA

16

menggalakkan kanak-kanak menggunakan kemudahan perpustakaan, pelbagai program dan aktiviti bakal disediakan pada hujung minggu dan cuti sekolah seperti sesi bercerita, tayangan video, kraftangan, bengkel seni, muzik dan lain-lain.

Perkhidmatan Audio VisualAhli boleh menggunakan kemudahan dan bahan audio visual dengan selesa di ruang khas yang telah disediakan. Untuk memenuhi setiap citarasa ahli perpustakaan, Sudut Muzik Selesa diperkenalkan di aras 1, 2 dan 3. Manakala karel-karel untuk pendengaran audio dan tontonan video secara bersendirian juga disediakan.

Sistem Pencarian Bahan Atas Talian (OPAC)Sistem pengurusan perpustakaan berkomputer yang dikenali sebagai ILMU telah diperkenalkan. ILMU adalah kesinambungan kepada SISPUKOM yang digunakan oleh perpustakaan ini sejak tahun 1993. ILMU menyediakan Katalog Umum Atas Talian (OPAC) untuk tujuan pencarian bahan dalam perpustakaan dan lokasi bahan berkenaan. Di samping itu juga, perpustakaan telah mewujudkan WebOpac ILMU kepada ahli-ahli yang ingin mengakses koleksi perpustakaan melalui internet.

Page 17: PERPUSTAKAAN KOMUNITI PETALING JAYA

Pusat Laluan Siber Sebagai perpustakaan yang mengurus pinjaman dan pemulangan bahan-bahan perpustakaan secara berkomputer, perpustakaan ini telah mengorak langkah dengan memperkenalkan Pusat Laluan Siber.

Sebanyak 15 unit komputer telah disediakan di Pusat Laluan Siber bagi tujuan akses kepada internet atau bagi menjalankan bengkel berkaitan komputer.

Perkhidmatan Multimedia dan InternetPerpustakaan menyediakan perkhidmatan ini di Unit Digital dan Multimedia di aras 3 perpustakaan. Sebanyak 10 buah komputer disediakan untuk kegunaan ahli bagi menggunakan perkhidmatan multimedia dan internet dengan caj yang minima.

17

Page 18: PERPUSTAKAAN KOMUNITI PETALING JAYA

18

Kadar Bayaran Untuk Perkhidmatan

Perpustakaan mengenakan kadar bayaran yang minima untuk perkhidmatan-perkhidmatan berbayar yang disediakan:

Penggunaan Komputer Riba / Wi-fi di dalam PerpustakaanAhli Perpustakaan – PercumaBukan Ahli – RM3.00 sehari

Penggunaan ElektrikAhli dan Bukan Ahli – RM2.00 sehari

Fotostat Saiz A4 – RM0.10

Cetakan Laser (Pada waktu pejabat sahaja)Cetakan hitam – RM0.50 sehelai, kertas putihCetakan warna – RM1.00 sehelai, kertas putih

Internet / KomputerKegunaan – RM2.40 sejam

Page 19: PERPUSTAKAAN KOMUNITI PETALING JAYA

Denda

Denda akan dikenakan kepada ahli peminjam yang melanggar peraturan-peraturan pinjaman yang telah ditetapkan. Denda-denda yang dikenakan adalah:

Denda Lewat – RM 0.20 sehariDenda Hilang Bahan Pinjaman – Tertakluk kepada denda lewat, harga

buku / bahan AV dan denda proses (RM 10.00)

Denda Kad Hilang Atau Rosak – RM 10.00 untuk kad gantiDenda Atas Sebab Merosakkan Harta Milik Majlis – bergantung pada nilai yang telah

ditetapkan oleh pihak Majlis / perpustakaan.

Kemudahan Lain

• Dewan ILMUUntuk kegunaan majlis-majlis atau program berbentuk keilmuan. Dewan ini juga boleh disewa oleh organisasi luar yang berminat, ia boleh memuatkan seramai 300 orang.

• Terminal pinjaman layan diri (selfcheck)Terminal Pinjaman Buku Layan Diri menggunakan kad ahli/kad pengenalan.

19

Page 20: PERPUSTAKAAN KOMUNITI PETALING JAYA

20

• Bilik Ceramah Bunga Kenanga Lengkap dengan peralatan multimedia. Bilik ini boleh memuatkan seramai 70 orang juga boleh disewa oleh organisasi luar yang berminat.

• Permainan ‘Board Games’ seperti dam, catur, congkak, dam ular, saidina, puzzle dan sebagainyaPermainan-permainan ini boleh dipinjam oleh pengguna dan hanya boleh digunakan di tingkat 1 sebagai satu cara rekreasi minda.

• Bilik Mesyuarat Cempaka SariBilik mesyuarat ini boleh memuatkan seramai 20-25 orang, juga boleh disewa oleh organisasi luar yang berminat. (Sewaan dibuka pada hari-hari bekerja sahaja)

• Surau lelaki dan perempuanSurau lelaki adalah terletak di tingkat 1 manakala surau perempuan di tingkat 2.

• Water Cooler di setiap aras bangunan

• Book drop• Kafetaria• Wi-fi

Page 21: PERPUSTAKAAN KOMUNITI PETALING JAYA

Ringkasan Penempatan Koleksi Di Aras Bangunan

Aras Bawah - Koleksi Buku Kanak-kanak - Koleksi Rujukan Ulangkaji

Peperiksaan UPSR - Koleksi Ensiklopedia Kanak-kanak

Aras Satu - Koleksi DDC 001 – 599 - Koleksi Fiksyen Bahasa Melayu dan

Bahasa Inggeris - Pusat Laluan Siber (Capaian

internet menggunakan Kad Pintar)

Aras Dua - Koleksi DDC 600 – 999 - Koleksi Majalah Terkini - Koleksi Artikel Majalah Rujukan - Koleksi Rujukan Ulangkaji

Peperiksaan PMR, SPM, STPM - Koleksi Ensiklopedia dan

Malaysiana

Aras Tiga - Koleksi Rujukan DDC 001 – 999 - Koleksi Multimedia - Koleksi Kertas Seminar - Koleksi Perdana Menteri - Koleksi Akhbar Harian - Koleksi Keratan Akhbar Terpilih

21

Page 22: PERPUSTAKAAN KOMUNITI PETALING JAYA

22

Waktu Perkhidmatan Perpustakaan Dan Kaunter Utama

Hari Waktu Biasa Bulan RamadanIsnin 2.00 petang - 7.00 malam 12.00 tengahari - 5.00 petang Selasa - Jumaat

9.30 pagi - 7.00 malam 9.00 pagi - 5.00 petang

Sabtu 9.30 pagi - 5.00 petang 9.00 pagi - 5.00 petangAhad 9.30 pagi - 5.00 petang 9.00 pagi - 2.00 petang

Nota: Perkhidmatan Kaunter Multimedia di aras 3 akan ditutup 15 minit lebih awal daripada waktu perkhidmatan kaunter utama dan perpustakaan.

Page 23: PERPUSTAKAAN KOMUNITI PETALING JAYA

Peraturan Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya

1. Hanya ahli Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya sahaja dibenarkan menggunakan semua kemudahan perpustakaan.

2. Pengguna perpustakaan yang bukan ahli hanya dibenarkan memasuki perpustakaan untuk tujuan bacaan dan membuat rujukan terhad sahaja.

3. Semua pelawat bukan ahli perpustakaan yang masuk ke dalam premis perpustakaan adalah dikehendaki meninggalkan sebarang kad akuan diri kepada pengawal keselamatan perpustakaan.

4. Tidak dibenarkan makan dan minum (termasuk mengunyah gula-gula getah), menggunakan telefon mudah alih (handphones) di dalam ruang bacaan perpustakaan.

5. Sebarang perbuatan mencuri bekalan elektrik untuk mengecas telefon bimbit, bateri komputer riba atau lain-lain peralatan elektrik adalah ditakrifkan satu PERBUATAN YANG SALAH.

23

Page 24: PERPUSTAKAAN KOMUNITI PETALING JAYA

24

6. Tidak dibenarkan membuat bising semasa berada di dalam perpustakaan. Telefon mudah alih dan sebarang yang berkaitan dengannya, hendaklah ditukar dalam ‘mode’ senyap / getar sebelum pengguna memasuki bangunan perpustakaan.

7. Tidak dibenarkan merokok di kawasan premis perpustakaan.

8. Ahli perpustakaan dikehendaki berpakaian kemas ketika berada di dalam bangunan perpustakaan. Bagi ahli yang berusia melebihi 12 tahun, mereka tidak dibenarkan berpakaian seperti berikut:• Baju tanpa lengan• Singlet• Gaun mini / seluar pendek (semua jenis skirt / seluar pendek di atas

paras lutut)• Pakaian yang mempunyai tulisan atau gambar lucah serta

mendedahkan bahagian tubuh tertentu (kecuali pemakaian sari) jarang

• Pakaian yang koyak dan dianggap tidak kemas• Seluar ketat atau skirt berbelah tinggi serta apa sahaja pakaian yang

menjolok mata• Lelaki berambut panjang kecuali berikat kemas

9. Tidak dibenarkan menempah tempat duduk di dalam perpustakaan. Had maksimum dibenarkan hanya 4 orang untuk satu meja dan seorang bagi setiap ruang bacaan individu.

10. Buku-buku perpustakaan tidak boleh dikeluarkan dari premis kecuali setelah melalui proses peminjaman melalui KAUNTER SIRKULASI di aras bawah.

Page 25: PERPUSTAKAAN KOMUNITI PETALING JAYA

25

Page 26: PERPUSTAKAAN KOMUNITI PETALING JAYA

26

11. Tidak dibenarkan membawa keluar buku-buku rujukan di aras 3, kecuali mendapat kebenaran daripada pegawai yang bertugas.

12. Semua buku dan barang-barang persendirian hendaklah ditunjukkan kepada pengawal yang bertugas semasa hendak keluar dari perpustakaan atau bila-bila masa yang diarahkan berbuat demikian.

13. Tidak dibenarkan merosakkan harta benda milik perpustakaan dan perbuatan menconteng, menggunting atau merosakkan buku, majalah, akhbar, bahan pandang dengar “audio visual” milik perpustakaan akan dikenakan tindakan tegas.

14. Tidak dibenarkan membuat sebarang kerja tangan / kraftangan di meja pembaca.

15. Semua jenis alat-alat tajam, beg, case atau bungkusan yang melebihi ukuran 20cm x 15cm x 6cm tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam perpustakaan.

Page 27: PERPUSTAKAAN KOMUNITI PETALING JAYA

27

Page 28: PERPUSTAKAAN KOMUNITI PETALING JAYA

28

16. Sebarang perbuatan perbincangan berkumpulan, ‘perang mulut’ di antara ahli, berjudi / bertaruh, mesyuarat serta berdua-duaan yang mengganggu / mengalih pandangan tumpuan ahli lain adalah dilarang diadakan di perpustakaan. Pihak pengurusan berhak meminta anda meninggalkan perpustakaan tanpa keterangan daripada pihak anda.

17. Pengguna adalah dilarang mengubah kedudukan kerusi atau meja atau sebarang perabot perpustakaan daripada kedudukan asal yang telah ditetapkan oleh perpustakaan.

18. Kad ahli hendaklah sentiasa dipamerkan apabila memasuki perpustakaan atau ditunjukkan kepada pengawal / kakitangan perpustakaan apabila diminta berbuat demikian. KAD AHLI TIDAK DIBENARKAN DIPINDAH MILIK.

19. KEHILANGAN KAD AHLI perpustakaan hendaklah dilaporkan dengan kadar yang segera ke Kaunter Sirkulasi di aras bawah. Adalah diingatkan, pihak perpustakaan tidak akan menggantikan kad tersebut secara percuma dan sekiranya berlaku sebarang masalah yang berkaitan dalam tempoh kehilangan kad, ahli boleh dipersalahkan. (Kecuaian adalah tanggungjawab sendiri).

20. Semua ahli diingatkan supaya memulangkan atau memperbaharui buku / bahan perpustakaan sebelum atau pada tarikh luput. Surat peringatan akan dihantar dan semua kos adalah ditanggung oleh ahli tersebut (denda lewat / kehilangan buku).

21. Sebarang jenayah terlarang akan diambil tindakan. Semua kes yang melibatkan kecurian, keahlian akan digantung selama tempoh tertentu dan tidak dibenarkan menggunakan kemudahan perpustakaan. Langkah yang akan diambil adalah:

Page 29: PERPUSTAKAAN KOMUNITI PETALING JAYA

Jika anda seorang pelajar atau individu yang bekerja:• Laporan dihantar ke pihak sekolah / organisasi • Laporan akan dihantar kepada keluarga anda (rumah) dan;• Membuat laporan polis• Denda akan dikenakan, kemudahan perpustakaan dan keahlian

akan digantung atau tidak lagi dibenarkan memasuki premis perpustakaan jika didapati mengulangi atau melanggar peraturan perpustakaan.

22. Kakitangan perpustakaan dan Pengawal Keselamatan berhak untuk:• Meminta ahli keluar dari perpustakaan jika didapati tidak berpakaian

kemas atau menimbulkan sebarang kekacauan, melakukan perlakuan tidak senonoh / berdua-duaan yang boleh menimbulkan syak.

• Mengubah / mengambil sebarang buku, fail, beg, makanan atau apa-apa sahaja barang persendirian yang ditinggalkan di atas meja.

• Mengarahkan pengguna BUKAN AHLI untuk keluar dari perpustakaan pada bila-bila masa jika difikirkan perlu.

23. Semua ahli perpustakaan dibenarkan membawa masuk dan menggunakan komputer riba (laptop) di dalam perpustakaan dengan syarat tertentu yang telah ditetapkan.

Pegawai yang menjalankan tugas, PustakawanPerpustakaan Komuniti Petaling Jayab.p. : Datuk BandarMAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA

29

Page 30: PERPUSTAKAAN KOMUNITI PETALING JAYA

30

Page 31: PERPUSTAKAAN KOMUNITI PETALING JAYA

31

Page 32: PERPUSTAKAAN KOMUNITI PETALING JAYA

PERPUSTAKAAN KOMUNITIPETALING JAYA

Lot 389, Jalan Selangor, Seksyen 3, 46050 Petaling Jaya, Selangor Darul EhsanTel: 03-7781 2775 / 03-7781 2790Faks: 03-7781 3729

www.mbpjlibrary.gov.my