Persamaan Dan Perbezaan Antara Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

24
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH 1.0 DEFINISI KURIKULUM Menurut Ornstein dan Hunkin (1988), kurikulum merupakan satu rancangan tinda-kan atau satu dokumen bertulis yang mengandungi strategi untuk mencapai matlamat yang dihajati. Manakala menurut Mohd Daud (1995), kurikulum ialah satu budaya atau il-mu pengetahuan untuk memandu guru mengajar kumpulan murid tertentu. Kamus Dewan edisi keempat pula mentakrifkan kurikulum sebagai skop dan isi kandungan sesuatu mata pelajaran di sekolah atau senarai kesemua mata pelajaran di sekolah. 1.1 STANDARD Standard pula ditakrifkan oleh Kamus Dewan edisi keempat sebagai sesuatu yang dapat diterima (diiktiraf) dan dijadikan dasar untuk mengukur sesuatu yang lain. 1.2 PENGENALAN Pembangunan kurikulum merupakan satu proses yang dinamik dan berterusan. Kurikulum sekolah rendah mula diperkenalkan pada tahun 1983 dengan menggunakan nama Kurikulum Baru Sekolah Rendah. Pada tahun 1993, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) diperkenalkan. KBSR disemak semula pada tahun 2003 kerana dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). KBSR (semakan) telah digubal semula menjadi Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) selaras dengan teras kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP).

description

lembaran kerjalembaran kerjalembaran kerjalembaran kerjalembaran kerjalembaran kerjalembaran kerjalembaran kerjalembaran kerjalembaran kerjalembaran kerjalembaran kerjalembaran kerjalembaran kerjalembaran kerjalembaran kerjalembaran kerjalembaran kerjalembaran kerjalembaran kerjalembaran kerjalembaran kerjalembaran kerjalembaran kerjalembaran kerja

Transcript of Persamaan Dan Perbezaan Antara Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

Page 1: Persamaan Dan Perbezaan Antara Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

1.0 DEFINISI KURIKULUM

Menurut Ornstein dan Hunkin (1988), kurikulum merupakan satu rancangan

tinda-kan atau satu dokumen bertulis yang mengandungi strategi untuk mencapai

matlamat yang dihajati. Manakala menurut Mohd Daud (1995), kurikulum ialah satu

budaya atau il-mu pengetahuan untuk memandu guru mengajar kumpulan murid

tertentu. Kamus Dewan edisi keempat pula mentakrifkan kurikulum sebagai skop dan isi

kandungan sesuatu mata pelajaran di sekolah atau senarai kesemua mata pelajaran di

sekolah.

1.1 STANDARD

Standard pula ditakrifkan oleh Kamus Dewan edisi keempat sebagai sesuatu

yang dapat diterima (diiktiraf) dan dijadikan dasar untuk mengukur sesuatu yang lain.

1.2 PENGENALAN

Pembangunan kurikulum merupakan satu proses yang dinamik dan berterusan.

Kurikulum sekolah rendah mula diperkenalkan pada tahun 1983 dengan menggunakan

nama Kurikulum Baru Sekolah Rendah. Pada tahun 1993, Kurikulum Bersepadu

Sekolah Rendah (KBSR) diperkenalkan. KBSR disemak semula pada tahun 2003

kerana dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa

Inggeris (PPSMI). KBSR (semakan) telah digubal semula menjadi Kurikulum Standard

Sekolah Rendah (KSSR) selaras dengan teras kedua Pelan Induk Pembangunan

Pendidikan (PIPP).

Dasar teras kedua PIPP adalah membangunkan modal insan yang mempunyai

pengetahuan dan kemahiran serta menghayati nilai-nilai murni. Matlamat PIPP adalah

untuk memastikan anak bangsa Malaysia dipupuk semangat, menguasai ilmu

pengetahuan, kemahiran dan kompetensi serta menerapkan nilai murni.

Gagasan ke-3 ucapan dasar Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam

Perhimpunan Agung UMNO 2006 telah menuntut supaya sistem pendidikan negara

memberi penekanan kepada teras kedua PIPP. Justeru, KSSR diperkenalkan bagi

tujuan itu.

Page 2: Persamaan Dan Perbezaan Antara Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

KSSR merupakan satu transformasi pendidikan, iaitu proses melakukan satu

bentuk perubahan yang holistik kepada kurikulum persekolahan sedia ada yang

melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa,

kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah.

KSSR mula dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2011. Menurut Ketua

Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, KSSR tidak menggantikan

tetapi seiringan dengan KBSR.

Bermula pada 31 Mac 2009 hingga akhir Jun 2009, sebanyak 500 buah sekolah

telah dijadikan sekolah rintis untuk menguji keberkesanan KSSR. Daripada 500 buah

sekolah itu, 50 buah sekolah telah diuji rintis dengan semua mata pelajaran, manakala

bakinya hanya diuji dengan mata pelajaran terpilih sahaja.

KSSR membahagikan mata pelajaran kepada tiga modul iaitu Modul Asas Teras,

Modul Asas Tema dan Modul Asas Elektif. Modul Asas Teras merangkumi mata

pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral,

Matematik, Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan.

Modul Asas Tema pula terdiri daripada Dunia Sains dan Teknologi, Malaysia

Negaraku serta Seni Visual dan Muzik. Modul Asas Elektif pula pilihan bahasa seperti

Bahasa Tamil, Bahasa Cina atau Bahasa Arab.

KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH

2.0 DEFINISI TRANSFORMASI KURIKULUM

Dalam konteks transformasi kurikulum, transformasi membawa maksud proses

melakukan satu bentuk perubahan yang holistik berdasarkan kurikulum persekolahan

sedia ada dengan mengambil kira keperluan-keperluan perubahan kepada aspek asas

kurikulum: struktur kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran,

bahan kurikulum dan pengurusan sekolah.

2.1 KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH 

Matlamat KBSR

Page 3: Persamaan Dan Perbezaan Antara Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

Matlamat pendidikan sekolah rendah adalah untuk memastikan perkembangan

potensi murid secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu. Perkembangan ini

meliputi aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani bagi melahirkan insan yang

seimbang, harmonis dan berakhlak mulia.

Objektif KBSR

Bagi mencapai matlamat tersebut, pendidikan di peringkat rendah bertujuan

untuk membolehkan untuk membolehkan murid:

i. menguasai bahasa Melayu sesuai dengan kedudukannya sebagai

Bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi negara;

ii. menguasai kemahiran asas berbahasa iaitu bertutur, membaca dan

menulis dalam bahasa pengantar sekolah;

iii. menguasai asas yang kukuh dalam kemahiran mengira dan

menggunakannya dalam menyelesaikan masalah harian;

iv.         menguasai kemahiran belajar;

v.          menguasai kemahiran berfikir;

vi.  bertutur, membaca, menulis dan memahami bahasa Inggeris selaras

dengan kedudukannya sebagai bahasa kedua;

vii.         memperolehi ilmu pengetahuan dan berusaha menambahnya;

viii.        membina daya kepimpinan dan daya keyakinan diri;

ix.  mempunyai pengetahuan, kefahaman, minat serta kepekaan terhadap

manusia dan alam sekitar;

x.  menguasai kemahiran sainstifik dan teknikal;

xi.  memahami, meminati, menikmati dan menyertai aktiviti-aktiviti amal,

kesenian dan rekreasi dalam lingkungan kebudayaan nasional;

Page 4: Persamaan Dan Perbezaan Antara Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

xii.        menjaga kesihatan dan kecergasan diri;

xiii.  menguasai kemahiran serta membina minat dan sikap yang positif

terhadap keusahawanan dan produktiviti;

xiv. menguasai kemahiran membaca, menghafaz dan memahami pengertian

ayat-ayat tertentu dalam Al-Quran bagi murid Islam;

xv. menyakini asas-asas keimanan, mengerjakan amal ibadat dan

mengamalkan akhlak mulia;

xvi.       membina semangat patriotisme;

xvii.      mengembangkan bakat dan kreativiti; dan

xviii. mengamalkan sikap dan perlakuan yang berpandukan nilai murni yang

menjadikannya asas bagi amalan hidup.

Prinsip KBSR

KBSR digubal berlandaskan prinsip-prinsip berikut yang selaras dengan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan:-

i.           Pendekatan Bersepadu;

ii.          Perkembangan individu secara menyeluruh;

iii.        Pendidikan yang sama untuk semua murid; dan

iv.         Pendidikan seumur hidup.

v.      murid sekolah rendah lazimnya mudah memperolehi ilmu dan kemahiran

melalukukan aktiviti kemahiran dibilik darjah berbanding dengan

penglaman hidup mereka, justeru semua aktiviti pembelajaran harus

dihubungkaitkan dengan pengalaman hidup mengikut peringkat

Page 5: Persamaan Dan Perbezaan Antara Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

vi.      suasana kondusif sekolah adalah untuk meberi peluang dan galakkan

interaksi sosial , bertukar pendapat dan kerjasama di kalangan murid

vii. aktiviti dibilik darjah harus membolehkan murid mengembangkan

pemikiran kritis dan kreatif serta melibatkan diri mereka secara aktif dalam

proses menguasai kemahiran asas

viii.     aktiviti organisasi dan pengurusan bilik darjah perlu fleksibel

ix.      penekanan kepada nilai (merentas kurikulum)

x.      penguasaan 3M (membaca, menulis dan mengira)

xi. penilaian perlu di intergrasikan dalam semua aktiviti pembelajaran dalam

bilik darjah  

Fokus Tahap I

i.  Penguasaan kemahiran asas berbahasa

(mendengar, bertutur, membaca dan menulis)

ii.    Penguasaan nombor dan operasi asas mengira

iii.    Mengenal huruf serta membaca, menhafaz dan menghayati ayat-ayat Al-

Quran;

iv. Menyedari dan memahami norma dan nilai murni masyarakat.

Fokus Tahap II

i.       Pengukuhan kemahiran asas berbahasa;

ii.    Pengukuhan kemahiran asas operasi matematik dan penyelesaian

masalah;

Page 6: Persamaan Dan Perbezaan Antara Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

iii.      Pemerolehan pengetahuan dan kemahiran-kemahiran lain

iv.   Kemahiran Belajar serta Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif;

v.    Membaca, menghafaz, memahami dan menghayati pengajaran Al-Quran;

vi.     Menghayati dan mengamalkan nilai-nilai

Struktur  KBSR

Struktur KBSR terdiri daripada tiga bidang iaitu:-

i.                    Komunikasi;

ii.                 Manusia dan Alam Kelilingnya; dan

iii.               Perkembangan Diri Individu.

Tiga bidang tersebut dibahagi pula kepada enam komponen yang

menjadi teras kepada struktur KBSR. Komponen-komponen tersebut ialah:-

i.                    Kemahiran Asas;

ii.                 Manusia dengan Persekitaran;

iii.               Kesenian dan Kesihatan;

iv.                Kerohanian, nilai dan sikap

v.                  Kemahiran Hidup; dan

vi.                Kokurikulum

 

Page 7: Persamaan Dan Perbezaan Antara Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

Bidang Pelajaran

Bidang Komponen

Matapelajaran

Fasa 1 Fasa 2

 

 

Komunikasi

 

 

Kemahiran Asas

Bahasa Melayu

Bahasa

Inggeris

Bahasa Cina

Bahasa Tamil

Bahasa Melayu

Bahasa Inggeris

Bahasa Cina

Bahasa Tamil

Matematik Matematik

 

Manusia dan

Persekitaran

 

Sikap , Nilai

dan Spiritual

Pendidikan

Islam

Pendidikan

Moral

Pendidikan Islam

Pendidikan Moral

 

-

Sains

Kajian Tempatan

Perkembangan

 Diri Individu

 

Kemahiran Hidup

Seni dan Riadah

Kokurikulum

- Kemahiran Hidup

Pendidikan

Muzik

Pendidikan Muzik

Pendidikan

Seni

Pendidikan Seni

Pendidikan

Jasmani dan

Pendidikan

Kesihatan

Pendidikan Jasmani dan

Pendidikan Kesihatan

         

Page 8: Persamaan Dan Perbezaan Antara Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

Dalam struktur KBSR terdapat tiga bidang iaitu:-

i.                 Bidang Komunikasi

1.                Bahasa Melayu;

2.                 Bahasa Inggeris;

3.                 Bahasa Cina;

4.                 Bahasa Tamil; dan

5.                 Matematik.

ii.                 Bidang Manusia dan Alam Kelilingnya

1.    Pendidikan Islam;

2.    Pendidikan Moral;

3.    Sains; dan

4.   Kajian Tempatan.

 

iii.               Bidang Perkembangan Diri Individu

1.     Kemahiran Hidup;

2.    Pendidikan Muzik;

3.     Pendidikan Seni;

4.     Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan

Page 9: Persamaan Dan Perbezaan Antara Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

3.0 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBENTUKAN & PERUBAHAN

KURIKULUM

Faktor yang mempengaruhi

perkembangan&perubahan kurikulum

Faktor yang mempengaruhi

perkembangan&perubahan kurikulum

KERAJAAN

Memilih polisi untuk

melaksanakan kuriku-

lum

KERAJAAN

Memilih polisi untuk

melaksanakan kuriku-

lum

KEPERLUAN INDIVIDU

-Minat, kemahiran asas 3M

-Untuk membolehkan murid memperoleh

kemahiran sosial, berupaya memahami

diri sendiri, mengembangkan minat dan

poten-si pembentukan perwatakan

KEPERLUAN INDIVIDU

-Minat, kemahiran asas 3M

-Untuk membolehkan murid memperoleh

kemahiran sosial, berupaya memahami

diri sendiri, mengembangkan minat dan

poten-si pembentukan perwatakan

KANDUNGAN KURIKULUM

Pemilihan kandungan

KANDUNGAN KURIKULUM

Pemilihan kandungan

KEPERLUAN UNIVERSAL

-Untuk menyebarkan ilmu & latihan

kepada murid untuk membolehkan

murid menerapkan pemahaman &

kerjasama secara universal

-Penambahbaikan cara hidup

masya-rakat

-Menekankan nilai sentiment, ilmu &

kemahiran untuk memastikan kesta-

bilan masyarakat, motivasi individu &

kawalan tingkah laku

KEPERLUAN UNIVERSAL

-Untuk menyebarkan ilmu & latihan

kepada murid untuk membolehkan

murid menerapkan pemahaman &

kerjasama secara universal

-Penambahbaikan cara hidup

masya-rakat

-Menekankan nilai sentiment, ilmu &

kemahiran untuk memastikan kesta-

bilan masyarakat, motivasi individu &

kawalan tingkah laku

KEPERLUAN NEGARA & MASYARAKAT

-Memperoleh kemahiran konsep &

teknik dalam kehidupan dari sudut

politik, sosial & ekonomi

-Untuk memenuhi aspirasi masya-

rakat, cita-cita & ideology negara

KEPERLUAN NEGARA & MASYARAKAT

-Memperoleh kemahiran konsep &

teknik dalam kehidupan dari sudut

politik, sosial & ekonomi

-Untuk memenuhi aspirasi masya-

rakat, cita-cita & ideology negara

KEPERLUAN INDIVIDU

-Minat, kemahiran asas 3M

-Untuk membolehkan murid mempe-

roleh kemahiran sosial, berupaya

memahami diri sendiri, mengem-

bangkan minat & potensi pemben-

tukan perwatakan

KEPERLUAN INDIVIDU

-Minat, kemahiran asas 3M

-Untuk membolehkan murid mempe-

roleh kemahiran sosial, berupaya

memahami diri sendiri, mengem-

bangkan minat & potensi pemben-

tukan perwatakan

Page 10: Persamaan Dan Perbezaan Antara Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

Kerangka kandungan baru pendidikan yang dihasilkan oleh setiap negara haruslah mencerminkan

ilmu dan kemahiran yang diperlukan untuk pertumbuhan peribadi individu, keupayaan dan

kebolehan mereka. Tujuannya adalah untuk memudahkan mereka menyertai tenaga kerja serta

menghadapi cabaran baharu lebih-lebih lagi dengan kemajuan pesat dalam bidang Sains dan

Teknologi.

Pendidikan masih lagi menjadi bidang utama negara bagi membangunkan modal insan

pada masa depan. Pembangunan bidang ini dengan pelbagai rancangan baru akan dapat

membangun-kan akal, hati dan jiwa manusia khususnya remaja bagi menghadapi dan

melengkapkan diri ke arah negara maju. Menjelang pembukaan sekolah sesi pertama penggal

persekolahan 2011, Kemente-rian Pelajaran Malaysia (KPM) telah memperkenalkan pelbagai

perancangan baru bertujuan untuk membangunkan modal insan. Hanya melalui pendidikan di

sekolah semua perancangan ini dapat direalisasikan. Perancangan yang dimaksudkan ialah

tranformasi pendidikan. Tranformasi pendidikan ialah proses melakukan satu bentuk perubahan

yang holistik kepada kurikulum persekolahan sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk,

organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan

kurikulum di sekolah.

“ Pembangunan kurikulum merupakan satu proses yang dinamik

dan berterusan. Kurikulum kebangsaan telah dikaji semula untuk

memastikan kurikulum yang holistik, tidak terlalu akademik dan

membebankan selaras dengan pemantapan kurikulum sebagai

fokus utama bagi teras kedua PIPP 2006-2010.”

- Ucapan Dasar Y.A.B Perdana Menteri dalam

Perhimpunan Agung Umno 2006 -

“ Pembangunan kurikulum merupakan satu proses yang dinamik

dan berterusan. Kurikulum kebangsaan telah dikaji semula untuk

memastikan kurikulum yang holistik, tidak terlalu akademik dan

membebankan selaras dengan pemantapan kurikulum sebagai

fokus utama bagi teras kedua PIPP 2006-2010.”

- Ucapan Dasar Y.A.B Perdana Menteri dalam

Perhimpunan Agung Umno 2006 -

KBSRKBSRtransformasi KSSR

Page 11: Persamaan Dan Perbezaan Antara Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

Jadual di bawah menunjukkan perbandingan antara Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

(KBSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).

ASPEK KBSR KSSR

Reka Bentuk

Kurikulum

*Komunikasi

*Manusia dengan alam sekelillingnya

*Perkembangan diri individu

*Komunikasi

*Kerohanian, Sikap dan Nilai

*Kemanusiaan

*Keterampilan Diri

*Perkembangan Fizikal dan Estetika

*Sains dan Teknologi

Organisasi *Berasaskan mata pelajaran Tahap 1

*Modul Teras Asas

*Modul Teras Tema

*Modul Elektif

Tahap 2

*Modul Komunikasi

*Modul Komunikasi Elektif

*Modul Kerohanian, Sikap dan Nilai

*Modul Fizikal dan Estetika

*Modul Sains dan Teknologi

*Modul Kemanusiaan

Kandungan *Berlaku perubahan kandungan kepada semua mata pelajaran

Page 12: Persamaan Dan Perbezaan Antara Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

Pedagogi *Kemahiran Berfikir dalam PDP

*Aplikasi Kecerdasan Pelbagai dalam

PDP

*Penggunaan TMK

*Pengajaran Berasaskan Kajian Masa

Depan

*Pembelajaran secara Konstruktivisme

* Pembelajaran secara Kontekstual

* Pembelajaran Akses Kendiri

* Pembelajaran Masteri

*Belajar cara Belajar

Penegasan dan Penekanan

kepada pendekatan berikut:

*Kemahiran Berfikir dalam PDP

*Aplikasi Kecerdasan Pelbagai

dalam PDP

*Penggunaan TMK

* Pengajaran Berasaskan Kajian

Masa Depan

* Pembelajaran secara

Kontekstual

* Pembelajaran Akses Kendiri

* Pembelajaran Masteri

*Belajar cara Belajar

Peruntukkan

Masa

*Berlaku perubahan pada peruntukkan masa kepada beberapa mata

pelajaran khususnya Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris

Kaedah

Pentaksiran

*Penekanan yang ketara kepada

pentaksiran sumatif

*Dijalankan secara berterusan

untuk mengesan perkembangan

dan pencapaian murid dalam

pembelajaran

* Menggunakan kaedah

pentaksiran pelbagai

*Bersifat autentik dan holistik

Bahan

Kurikulum

*Sukatan Pelajaran

*Huraian Sukatan Pelajaran

-Kandungan

-Hasil Pembelajaran

-Cadangan aktiviti PDP

*Dokumen Kurikulum

-Standard Kandungan

-Standard Pembelajaran

*Buku Teks

Page 13: Persamaan Dan Perbezaan Antara Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

*Buku Teks

Fokus 3M *Membaca

*Menulis

*Mengira

4M *Membaca

*Menulis

*Mengira

*Menaakul

Elemen *Kemahiran berfikir secara kreatif dan

kreatis

*Kreativiti, Inovasi,

Keusahawanan, serta Teknologi

Maklumat & Komunikasi (ICT)

secara explicit

Pengurusan

Kurikulum

*Semua perubahan dalam aspek-aspek di atas menyebabkan berlaku

perubahan ke-pada pengurusan kurikulum di pelbagai peringkat

Kur iku lum Standard Seko lah Rendah (KSSR) yang bermu la pa-

da tahun 2010 ada lah t rans fo rmas i yang d i lakukan o leh Kementer ian

Pe la ja ran bag i memast i kan s is tem pe la ja ran negara se tand ing de-

ngan p iawa ian global.

KSSR menggantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)

yang dilaksanakan se jak 1993 mempunya i beberapa penambahba ikan

dengan men jad ikan kur i ku lum negara ma ju sebagai rujukan. Antara pemba-

haruan yang dilaksanakan adalah menerapkan elemen kreativiti dan inovasi, keusa-

hawanan, teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembe-

lajaran (PDP).

Memfokuskan kepada kemahiran 3M iaitu membaca, menulis & me-

ngira yang dilaksanakan sejak KBSR ditambah dengan satu lagi aspek iaitu me-

naakul menjadikannya 4M.

Walaupun terdapat banyak perubahan atau transformasi telah dilaku-

kan, kurikulum KSSR masih mengekalkan beberapa prinsip KBSR dengan

Page 14: Persamaan Dan Perbezaan Antara Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

mempunyai beberapa penambahbaikan. Salah satu persamaan di antara ku-

rikulum KBSR dan KSSR berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan:

 Hal ini ada lah un tuk me lah i rkan insan yang seimbang dan harmonis

dari segi rohani, jasmani, emosi, dan intelek. Di samping berfikiran kreatif, kritis dan

inovatif melalui tunjang-tunjang komunikasi, sains dan teknologi, perkembangan fizikal

dan estetika, keterampilan diri,  kemanusiaan dan kerohanian, sikap dan nilai.

PERSAMAAN KBSR & KSSR

Prinsip kurikulum yang sama iaitu

Menggunakan pendekatan bersepadu

Perkembangan individu secara menyeluruh

Pendidikansama rata untuk semua murid

Pendidikan seumur hidup (Long

Life Learning).

PERSAMAAN KBSR & KSSR

Prinsip kurikulum yang sama iaitu

Menggunakan pendekatan bersepadu

Perkembangan individu secara menyeluruh

Pendidikansama rata untuk semua murid

Pendidikan seumur hidup (Long

Life Learning).

Page 15: Persamaan Dan Perbezaan Antara Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

KSSR ini juga mengambil kira cabaran abad ke-21, Model Baru Ekonomi (MBE)

dan teori pembelajaran terkini. KSSR juga berlandaskan empat tonggak pendidikan

UNESCO.

 

Murid yang mengikuti KSSR akan mempunyai asas-asas berikut:

UNESCO

Belajar untuk Mengetahui

(Learning to Know)

Belajar untuk Bersama

(Learning to Live Together)

Belajar untuk Membentuk Peribadi

(Learning to Be)

Belajar untuk Bertindak

(Learning to Do)

Page 16: Persamaan Dan Perbezaan Antara Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

- Insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial

- Warganegara yang bertanggungjawab

- Warganegara yang boleh berperanan di arena global (Global Player)

-Pekerja berilmu

Sungguhpun begitu, dalam pemerhatian yang telah saya buat, didapati terdapat

beberapa isu yang timbul semasa pelaksanaan kedua-dua kurikulum tersebut Secara

amnya, KSSR diwujudkan adalah untuk mengurangkan tekanan peperiksaan awam di

samping memperkukuh Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), memperbaiki mutu

pembelajaran murid, membuat pentaksiran secara holistik dan berterusan serta mem-

bina modal insan dengan lebih berkesan. Hakikatnya, segala pentaksiran yang dila-

kukan adalah tidak mengikut tahap pemikiran murid. Ini kerana, instrument pentaksiran

yang digunakan oleh guru akan diguna pakai ke atas semua pelajar samada pelajar bi-

jak mahupun lemah. Ini akan mengakibatkan pelajar yang lemah tidak akan dapat me-

nguasai sepenuhnya instrument tersebut dengan baik. Kesannya, murid yang lemah

su-kar untuk menjawab soalan yang diajukan di dalam instrument. Lebih sukar lagi,

apabila soalan instrument yang digunakan untuk murid-murid arus perdana digunakan

juga un-tuk mentaksir murid-murid pemulihan. Berbanding dengan KBSR yang mana

penilaian dibuat dengan menggunakan pelbagai tanda aras iaitu aras rendah,

sederhan dan ting-gi. Melalui penilaian seperti ini, guru dapat mengenalpasti aras

murid tersebut dan da-pat memfokuskan aras yang lemah bagi membantu

meningkatkan pencapaian mereka.

Di samping itu juga, murid-murid tidak dapat di nilai dengan baik walaupun peni-

laian itu dibuat secara berterusan melalui kurikulum KSSR. Ini disebabkan oleh faktor

band yang digunakan dalam pentaksiran tidak begitu sesuai. Seperti yang kita sedia

maklum, pentaksiran bagi murid-murid KSSR di ukur melalui band yang bermula dari

band 1-6. Masalah berlaku apabila terdapat segelintir murid yang tidak dapat melepasi

pentaksiran ujian bagi band 2 tetapi mereka dapat melepasi ujian bagi band 3. Ini lebih

menyulitkan lagi cara penilaian terhadap murid tersebut kerana mereka wajib melepasi

band 2 terlebih dahulu sebelum mengikuti penilaian untuk band 3 walaupun mereka

berjaya melepasi band 3. Bagi setiap band, murid-murid akan dinilai dari segi kemahi-

Page 17: Persamaan Dan Perbezaan Antara Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

ran menulis, membaca dan bertutur. Mereka wajib melepasi setiap kemahiran ini untuk

melayakkan mereka melepasi band tersebut. Akan tetapi, terdapat juga segelintir murid

yang hanya menguasai kemahiran membaca dan bertutur bagi band 2 tetapi tidak me-

nguasai kemahiran menulis. Keputusannya, murid ini tidak menguasai band 2. Inilah

yang menjadikan penilaian ke atas murid tidak dapat dinilai dengan baik kerana para

guru tidak dapat mengesan tahap penguasaan murid tersebut terhadap matapelajaran

yang di nilai dan tidak boleh menilai murid mengikut gred seperti yang digunakan

dalam kurikulum KBSR sebelum ini.

Selain itu, pengawalan kelas kurang memuaskan. Hal ini disebabkan oleh tem-

poh atau masa tidak ditetapkan untuk menilai murid seperti yang dijalankan dalam kuri-

kulum KBSR seperti ujian bulanan, ujian pertengahan tahun, ujian akhir tahun dan se-

bagainya tanpa mengganggu waktu pembelajaran dan pengajaran harian dijalankan.

Oleh yang demikian, guru-guru akan mentaksir murid ketika dalam proses pengajaran

dan pembelajaran di dalam kelas. Bagi pentaksiran murid KSSR, ia berlaku di dalam

kelas secara langsung yang mana guru akan memanggil seorang demi seorang murid

ke hadapan kelas untuk ditaksir secara individu. Manakala murid-murid yang lain dibe-

kalkan tugasan seperti latih tubi bagi membantu melancarkan proses pentaksiran serta

pembelajaran dan pengajaran dijalankan dalam satu masa. Hakikatnya, kaedah ini

akan menjadikan mutu pembelajaran murid kurang berkesan kerana guru terpaksa

menggunakan sebahagian dari waktu PDP untuk menilai murid dan kurang tumpuan

terhadap pembelajaran murid.

Dari sudut yang lain pula, terdapat sabahagian guru yang mengajar kedua-dua

kurikulum tersebut di sekolah ini. Ini kerana faktor sekolah yang kecil hanya

memuatkan bilangan murid dan guru yang sedikit untuk matapelajaran tersebut. Guru

yang terlibat dengan kedua-dua kurikulum akan rasa terbeban dengan tugasan

kurikulum KSSR dan KBSR yang memerlukan penyediaan instrument yang banyak

kepada murid manakala bagi kurikulum KBSR, guru tersebut perlu menyediakan

soalan ujian mengikut waktu yang ditetapkan.

Page 18: Persamaan Dan Perbezaan Antara Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

RUJUKAN

http://panitiapjksktdh2.blogspot.com/2011/01/perbezaan-antara-kbsr-dan-kssr.html

http://mantanguru.blogspot.com/2010/12/perbezaan-kbsr-dengan-kssr.html

KERJA KURSUS MATA PELAJARAN: KEMAHIRAN

BAHASA ARABKOD: BAB 2103

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM

Page 19: Persamaan Dan Perbezaan Antara Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

Nama : Syahirah Binti Mohd Sahar

Angka Giliran : 13535

No Kad Pengenalan : 890203-14-6294

Program : Bahasa Arab (KPLI-SR-j-QAF)

Ambilan : 2013

Kumpulan/Unit : 103

Nama Pensyarah Kursus: En. Kunaraja

Tarikh Hantar : 6 Mei 2013