Persamaan peribahasa Semai dan peribahasa Melayujpmipgmtaa.webs.com/Penulisan/Persamaan peribahasa...

19
Persamaan Lambang dan Makna Dalam Peribahasa Bahasa Semai dan Bahasa Melayu Mohd. Rasdi bin Saamah IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan [email protected] Kajian ini dilaksanakan untuk meninjau peribahasa yang mempunyai persamaan lambang dan makna, dan persamaan makna dengan lambang yang berbeza dalam peribahasa masyarakat Orang Asli suku kaum Semai dan peribahasa Melayu. Kajian ini menggunakan kaedah temu bual dan analisis dokumen dengan memanfaatkan strategi penterjemahan yang disarankan oleh Baker (1992) iaitu menggunakan peribahasa yang sama bentuk dan sama makna dan menggunakan peribahasa yang sama makna tetapi lain bentuk dengan sedikit penyesuaian. Hasil kajian ini mendapati bahawa daripada jumlah 150 peribahasa masyarakat Orang Asli suku kaum Semai yang diperolehi, 78 daripadanya mempunyai kedua-dua ciri iaitu menggunakan lambang dan makna yang sama, dan mempunyai makna yang sama tetapi menggunakan lambang yang berbeza seperti peribahasa yang digunakan oleh masyarakat Melayu. Daripada jumlah 78 peribahasa tersebut, 29 daripadanya merupakan peribahasa yang menggunakan lambang dan makna yang sama dengan peribahasa Melayu, manakala 49 peribahasa lagi merupakan peribahasa yang mempunyai makna yang sama tetapi menggunakan lambang yang berbeza. Kajian ini penting kerana masyarakat di negara ini perlu kepada pendedahan secara akademik untuk memahami bahasa dan budaya kaum-kaum lain dalam negara yang berbilang kaum ini. Kajian ini juga penting untuk pemahaman kepada golongan yang mempunyai hubungan secara langsung dengan kelompok berkenaan agar jurang sosiobudaya antara kaum dapat dirapatkan dalam kalangan masyarakat di negara ini. Kata kunci: peribahasa, suku kaum Semai, sosiobudaya, persamaan lambang dan makna, dan perbezaan lambang. Dalam kehidupan seharian, manusia berinteraksi antara satu sama lain pada setiap waktu. Semasa berinteraksi, bahasa merupakan alat komunikasi yang penting dalam menyampaikan maksud tertentu. Semasa berbahasa pada umumnya setiap penutur sesuatu bahasa itu ingin mengungkapkan gagasan atau perasaannya secara langsung maupun tidak langsung agar mudah difahami tanpa harus banyak menggunakan ungkapan yang panjang. Ada kalanya tidak semua bahasa yang diungkapkan oleh penutur sesuatu bahasa itu mempunyai makna secara langsung yang boleh difahami dengan mudah, sebaliknya mereka menggunakan ungkapan-ungkapan yang mempunyai makna secara tidak langsung yang agak sukar untuk ditafsirkan oleh penerimanya. Bentuk bahasa yang mempunyai ciri-ciri seperti tersebut antaranya ialah bahasa kiasan, iaitu sesuatu perkataan, frasa atau ayat mempunyai maksud yang berlainan dengan makna harfiah kata-kata yang membinanya.

Transcript of Persamaan peribahasa Semai dan peribahasa Melayujpmipgmtaa.webs.com/Penulisan/Persamaan peribahasa...

Page 1: Persamaan peribahasa Semai dan peribahasa Melayujpmipgmtaa.webs.com/Penulisan/Persamaan peribahasa Semai dan... · Persamaan Lambang dan Makna Dalam Peribahasa Bahasa Semai dan Bahasa

Persamaan Lambang dan Makna Dalam Peribahasa

Bahasa Semai dan Bahasa Melayu

Mohd. Rasdi bin Saamah

IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan

[email protected]

Kajian ini dilaksanakan untuk meninjau peribahasa yang mempunyai

persamaan lambang dan makna, dan persamaan makna dengan lambang

yang berbeza dalam peribahasa masyarakat Orang Asli suku kaum Semai

dan peribahasa Melayu. Kajian ini menggunakan kaedah temu bual dan

analisis dokumen dengan memanfaatkan strategi penterjemahan yang

disarankan oleh Baker (1992) iaitu menggunakan peribahasa yang sama

bentuk dan sama makna dan menggunakan peribahasa yang sama makna

tetapi lain bentuk dengan sedikit penyesuaian. Hasil kajian ini mendapati

bahawa daripada jumlah 150 peribahasa masyarakat Orang Asli suku

kaum Semai yang diperolehi, 78 daripadanya mempunyai kedua-dua ciri

iaitu menggunakan lambang dan makna yang sama, dan mempunyai

makna yang sama tetapi menggunakan lambang yang berbeza seperti

peribahasa yang digunakan oleh masyarakat Melayu. Daripada jumlah

78 peribahasa tersebut, 29 daripadanya merupakan peribahasa yang

menggunakan lambang dan makna yang sama dengan peribahasa

Melayu, manakala 49 peribahasa lagi merupakan peribahasa yang

mempunyai makna yang sama tetapi menggunakan lambang yang

berbeza. Kajian ini penting kerana masyarakat di negara ini perlu kepada

pendedahan secara akademik untuk memahami bahasa dan budaya

kaum-kaum lain dalam negara yang berbilang kaum ini. Kajian ini juga

penting untuk pemahaman kepada golongan yang mempunyai hubungan

secara langsung dengan kelompok berkenaan agar jurang sosiobudaya

antara kaum dapat dirapatkan dalam kalangan masyarakat di negara ini.

Kata kunci: peribahasa, suku kaum Semai, sosiobudaya, persamaan

lambang dan makna, dan perbezaan lambang.

Dalam kehidupan seharian, manusia berinteraksi antara satu sama lain pada setiap waktu.

Semasa berinteraksi, bahasa merupakan alat komunikasi yang penting dalam

menyampaikan maksud tertentu. Semasa berbahasa pada umumnya setiap penutur sesuatu

bahasa itu ingin mengungkapkan gagasan atau perasaannya secara langsung maupun tidak

langsung agar mudah difahami tanpa harus banyak menggunakan ungkapan yang

panjang. Ada kalanya tidak semua bahasa yang diungkapkan oleh penutur sesuatu bahasa

itu mempunyai makna secara langsung yang boleh difahami dengan mudah, sebaliknya

mereka menggunakan ungkapan-ungkapan yang mempunyai makna secara tidak langsung

yang agak sukar untuk ditafsirkan oleh penerimanya. Bentuk bahasa yang mempunyai

ciri-ciri seperti tersebut antaranya ialah bahasa kiasan, iaitu sesuatu perkataan, frasa atau

ayat mempunyai maksud yang berlainan dengan makna harfiah kata-kata yang

membinanya.

Page 2: Persamaan peribahasa Semai dan peribahasa Melayujpmipgmtaa.webs.com/Penulisan/Persamaan peribahasa Semai dan... · Persamaan Lambang dan Makna Dalam Peribahasa Bahasa Semai dan Bahasa

2

Menurut Za’aba (2002) bahasa kiasan dalam bahasa Melayu dapat digolongkan

kepada dua golongan, iaitu kiasan jenis peribahasa dan kiasan jenis bukan

peribahasa. Antara kedua-dua jenis bahasa kiasan ini, terdapat perbezaan yang nyata dari

segi maksudnya. Bahasa kiasan jenis peribahasa mempunyai makna khas, iaitu tidak

bergantung kepada konteksnya. Manakala mengikut Ding Choo Ming (2009) sifat utama

peribahasa ialah metaforanya yang perlu difahami dalam konteks budaya penuturnya.

Peribahasa dalam masyarakat Melayu timbul bersama-sama masyarakat daerah atau

kampung. Menurut kebiasaan lama masyarakat Melayu, berbicara secara terus terang

dalam sesuatu perkara dianggap kurang sopan, perbuatan yang kurang manis dan

melanggar adat (Darus, 1978). Dalam peribahasa Melayu, terkumpul banyak aspek hidup.

Banyak peribahasa Melayu yang mengambil lambang alam sekeliling untuk memberi

makna yang padat dan tepat, yang terbit daripada pengalaman, pemerhatian dan

pandangan tajam. Selain itu, peribahasa juga dibentuk dengan menggunakan lambang

daripada keadaan yang terdapat dalam sesebuah masyarakat (Ishak, 1990).

Kebanyakan bahasa di dunia ini mempunyai peribahasa dengan maknanya yang

tersendiri termasuk bahasa sukuan atau bahasa yang dituturkan oleh kelompok minoriti.

Bahasa Semai umpamanya dipertuturkan oleh kira-kira 42,383 orang masyarakat Orang

Asli suku kaum Semai atau 30% daripada jumlah keseluruhan masyarakat Orang Asli di

negara ini (Jabatan Hal Ehwal Orang Asli, 2008). Daripada jumlah tersebut seramai

25,736 orang atau 60.7% daripada mereka terdapat di negeri Perak (Perak Selatan),

15,781 orang atau 37.2% terdapat di negeri Pahang (Pahang Barat), manakala selebihnya

2.1% lagi terdapat di Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Kelantan dan Johor. Mereka

menggunakan pertuturan bahasa Semai dengan pelbagai idiolek mengikut kawasan

masing-masing iaitu di utara, selatan dan tengah negeri Perak, Cameron Highlands, Jelai

dan selatan negeri Pahang (Dentan, 2003). Masyarakat Orang Asli suku kaum Semai juga

menggunakan peribahasa dalam konteks budayanya sebagaimana bahasa-bahasa lain

yang sejagat di rantau ini.

Pernyataan Masalah

Kepelbagaian bahasa dan budaya telah menjadikan masyarakat di negara ini termasuk

kelompok minoriti hidup dengan bahasa dan budaya yang berbeza-beza antara satu sama

lain mengikut kelompok masing-masing. Keadaan ini boleh membataskan pergaulan dan

aktiviti sosial masyarakat minoriti dengan masyarakat arus perdana lain, umpamanya

akan wujud jurang hubungan antara masyarakat Orang Asli dengan masyarakat Melayu

atau dengan kaum-kaum lain di negara ini. Masalah ini dikhuatiri pada suatu masa nanti

boleh menimbulkan hubungan yang kurang selesa antara satu kaum dengan kaum yang

lain. Mengikut Sa'adiah Ma'alip (2011) masyarakat Orang Asli yang mengamalkan adat

resam dan kesopanan dalam pertuturan yang menyamai orang Melayu, seseorang itu

harus cekap dalam pemilihan kata-kata sapaan yang sesuai semasa bertutur atau

berhubung dengan individu tertentu. Jika pemilihan kata-kata berkenaan tidak bersesuaian

akan menyebabkan wujudnya suasana yang tidak menyenangkan antara kedua-dua belah

pihak.

Kekeliruan penggunaan bahasa yang berbeza mengikut etnik boleh menimbulkan

tanggapan yang tidak sihat ke arah penyatuan bangsa sehingga ia perlu ditangani secara

akademik untuk membuka ruang saling memahami (Azmi Abdullah, 2011). Oleh itu

masyarakat di negara ini seharusnya didedahkan secara akademik agar saling memahami

Page 3: Persamaan peribahasa Semai dan peribahasa Melayujpmipgmtaa.webs.com/Penulisan/Persamaan peribahasa Semai dan... · Persamaan Lambang dan Makna Dalam Peribahasa Bahasa Semai dan Bahasa

3

bahasa dan budaya kaum-kaum yang terdapat dalam masyarakat yang berbilang kaum ini.

Dalam konteks peribahasa misalnya, penggunaan sesuatu ungkapan lambang kata yang

sama dalam peribahasa sesuatu kaum itu berkemungkinan mempunyai makna yang sama

atau berbeza dalam peribahasa kaum yang lain. Begitu juga sebaliknya, penggunaan

lambang kata yang berbeza kemungkinan membawa makna yang sama dalam peribahasa

kaum yang lain. Kajian ini bertujuan untuk melihat persamaan daripada aspek

penggunaan lambang dan makna dalam peribahasa masyarakat Orang Asli suku kaum

Semai dan masyarakat Melayu yang digunakan semasa mereka berkomunikasi dalam

komuniti masing-masing.

Tinjauan Literatur

Kajian tentang perbandingan daripada segi penggunaan bentuk lambang dalam peribahasa

telah banyak dilakukan tetapi kajian berkaitan yang berasaskan bahasa sukuan atau

kelompok minoriti masih tidak banyak dijalankan. Mengikut Abdullah Hassan (2002)

kiasan seperti peribahasa dicipta berdasarkan dua jenis perbandingan, iaitu a)

Perbandingan rupa bentuk - sesuatu yang hendak diceritakan sifatnya dibandingkan

dengan sesuatu benda lain yang mempunyai ciri-ciri rupa bentuk yang serupa. b)

Perbandingan sifat - sesuatu benda yang hendak diceritakan sifatnya dibandingkan

dengan benda lain yang serupa sifatnya walaupun rupa bentuknya berlainan.

Rahmawati Iskandar (2006) dalam kajiannya terhadap penggunaan lambang dan

makna kata ‘kera’ dalam peribahasa Jepun dan peribahasa Indonesia mendapati terdapat

beberapa persamaan daripada segi makna dan situasi keadaan penggunanya. Kajian

tersebut mendapati bahawa sebanyak 12 daripada 16 peribahasa Jepun yang

menggunakan lambang dan makna kata ‘kera’ mempunyai erti atau makna yang hampir

sama dengan peribahasa Indonesia. Dapatan kajian tersebut juga mendapati 4 buah

peribahasa Jepun lagi tidak memiliki erti atau makna yang sama atau sepadan dengan

peribahasa Indonesia. Hal ini tidak boleh disimpulkan dengan mutlak bahawa hanya 12

peribahasa Jepun yang mengandungi lambang dan makna kata ‘kera’ yang memiliki erti

atau makna yang sama dengan peribahasa Indonesia. Kemungkinan bahawa di luar 16

peribahasa Jepun yang dikaji penulis masih terdapat banyak lagi peribahasa Jepun yang

terbentuk daripada kata ‘kera’ yang memiliki erti atau makna yang sama dengan

peribahasa Indonesia. Manakala tiadanya peribahasa Indonesia yang memiliki erti atau

makna yang sama dengan peribahasa Jepun kerana pengungkapan sesuatu peribahasa itu

bergantung kepada cara berfikir pengguna bahasa tersebut.

Goh (2009) dalam kajiannya tentang pemindahan lambang ‘padi’ dalam

penterjemahan bahasa Melayu dan Mandarin mendapati daripada 78 peribahasa yang

mengandungi lambang ‘padi’ yang dikutip daripada Kamus Bahasa Melayu-Mandarin

(Xu Younian, 2001) didapati sebanyak 9 peribahasa diterjemahkan dengan menggunakan

strategi sama bentuk, sama makna dan sama lambang, 24 peribahasa diterjemahkan

dengan menggunakan strategi sama bentuk, sama makna dan ganti lambang yang sefungsi

dan 4 peribahasa diterjemahkan dengan menggunakan strategi sama bentuk, sama makna

dan lain lambang. Manakala masing-masing sebanyak 16 peribahasa ditangani dengan

strategi parafrasa dan 24 peribahasa ditangani dengan strategi literal.

Manakala Goh (2010) dalam kajiannya terhadap persamaan lambang dalam

terjemahan peribahasa bahasa Melayu dan bahasa Mandarin mendapati daripada objek

Page 4: Persamaan peribahasa Semai dan peribahasa Melayujpmipgmtaa.webs.com/Penulisan/Persamaan peribahasa Semai dan... · Persamaan Lambang dan Makna Dalam Peribahasa Bahasa Semai dan Bahasa

4

haiwan liar dan binatang peliharaan, objek keperluan harian, manusia, kitaran alam,

perbuatan serta objek abstrak yang berunsurkan kepercayaan yang digunakan sebagai

lambang dalam peribahasa bahasa Melayu dan terjemahannya yang berbentuk peribahasa

bahasa Mandarin, kelihatan lambang ini diberikan interpretasi yang serupa dalam

kalangan pengguna bahasa Melayu dan bahasa Mandarin. Makna yang didukung oleh

setiap lambang dalam peribahasa bahasa Melayu ini dapat disampaikan dengan tepat dan

sejadi melalui lambang yang serupa dalam terjemahan bahasa Mandarin.

Kajian tersebut juga menunjukkan bahawa ada haiwan liar dan binatang

peliharaan, objek keperluan harian, manusia, kitaran alam, perbuatan serta objek abstrak

yang berunsurkan kepercayaan antara kedua-dua bahasa ini yang mempunyai fungsi

bahasa yang serupa. Kesamaan tafsiran terhadap lambang yang serupa turut menunjukkan

bahawa terdapat corak pemikiran yang mirip antara pengguna bahasa Melayu dan bahasa

Mandarin. Walaupun bukan dalam kesemua kes, namun jelas ternyata ada sesetengah kes

yang telah membuktikan bahawa wujudnya kesamaan cara pengamatan terhadap alam

persekitaran yang sama antara pengguna bahasa Melayu dan bahasa Mandarin. Justeru,

keadaan ini telah memungkinkan kebolehterjemahan peribahasa bahasa Melayu ke dalam

bentuk peribahasa bahasa Mandarin.

Kajian Amirah dan Rozaimah (2011) mendapati perbezaan masyarakat Melayu

dan Inggeris dalam mengangkat simbolisme ‘air’ berdasarkan kedua-dua peribahasa

tersebut adalah berhubung kait dengan cara perspektif atau kaca mata pemikiran

masyarakat tersebut. Dalam hal ini, masyarakat Melayu cenderung merujuk simbolisme

‘air’ sebagai ‘orang’ kerana pertalian objek semula jadi ‘air’ dan orang. Manakala dalam

bahasa Inggeris, ‘air’ diibaratkan sebagai situasi kerana kecenderungan masyarakat

Inggeris melihat ‘air’ dengan pelbagai keadaan atau situasi seperti ‘air’ yang berkocak

sebagai situasi berbahaya. Kajian ini juga dapat memperlihatkan perbezaan kognisi

masyarakat Melayu dan Inggeris dalam menerapkan simbolisme ‘air’ berdasarkan data-

data peribahasa yang ditemui. Walaupun terdapat juga sedikit persamaan, namun yang

jelas kedua-dua kelompok masyarakat mempunyai perspektif yang berbeza terhadap

simbolisme ‘air’ yang digunakan dalam peribahasa. Secara keseluruhannya, masyarakat

Melayu lebih cenderung mengaitkan ‘air’ sebagai simbol rujukan ‘orang’ dan sesuatu

yang positif, tetapi sebaliknya, bahasa Inggeris lebih melihat simbolisme ‘air’ sebagai

satu situasi atau keadaan dan merujuk kepada perkara yang negatif.

Kesimpulannya dapat dilihat bahawa kajian-kajian tersebut telah memperlihatkan

persamaan corak pemikiran dan cara hidup masyarakat pengguna sesuatu bahasa itu

menjurus kepada penghasilan peribahasa dengan menggunakan objek atau lambang,

makna dan fungsi yang sama. Perbezaan penggunaan sesuatu lambang dengan maksud

yang sama dalam sesuatu peribahasa itu adalah disebabkan oleh perbezaan cara

pengamatan terhadap persekitaran masing-masing yang berbeza. Pada hakikatnya

perbezaan ini tidak dapat dielakkan kerana setiap kelompok masyarakat itu mempunyai

persekitaran yang berbeza antara satu sama lain.

Page 5: Persamaan peribahasa Semai dan peribahasa Melayujpmipgmtaa.webs.com/Penulisan/Persamaan peribahasa Semai dan... · Persamaan Lambang dan Makna Dalam Peribahasa Bahasa Semai dan Bahasa

5

Objektif Kajian

Kajian ini adalah bertujuan untuk:

1. meninjau persamaan lambang dan makna yang terdapat dalam peribahasa

masyarakat Orang Asli suku kaum Semai dan peribahasa Melayu.

2. meninjau persamaan makna dengan lambang berbeza yang terdapat dalam

peribahasa masyarakat Orang Asli suku kaum Semai dan peribahasa Melayu.

Data Kajian

Kajian ini memanfaatkan koleksi Peribahasa Orang Asli Suku Kaum Semai yang

diperolehi melalui temu bual pengkaji terhadap lima orang masyarakat Orang Asli suku

kaum Semai di Kampung Kuala Koyan, Lembah Jelai, Kuala Lipis, Pahang (Rujuk

Lampiran 3). Manakala padanan peribahasa Melayu dibuat berdasarkan peribahasa yang

terdapat dalam buku Peribahasa Melayu: Penelitian Makna dan Nilai oleh Zaitul Azma

Zainon Hamzah dan Ahmad Fuad Mat Hassan (2011) yang diterbitkan oleh Penerbit

Universiti Putra Malaysia.

Perbincangan Dapatan Kajian

Untuk menganalisis data ini, pengkaji telah memanfaatkan strategi penterjemahan yang

disarankan oleh Baker (1992) iaitu menggunakan peribahasa yang sama bentuk dan sama

makna, menggunakan peribahasa yang sama makna tetapi lain bentuk, parafrasa,

pengguguran dan penggantian. Menurut Goh (2009) peribahasa yang mempunyai sama

bentuk dan sama makna dapat dipecahkan kepada tiga jenis lagi iaitu sama bentuk dan

sama makna dengan lambang yang sama (SBSM-SL), sama bentuk dan sama makna

dengan menggantikan lambang lain yang sefungsi (SBSM-GL) dan sama bentuk dan

sama makna dengan menggunakan lambang lain (SBSM-LL). Perbincangan dapatan

kajian ini berfokus kepada strategi peribahasa yang sama bentuk dan sama makna serta

peribahasa yang sama makna tetapi lain bentuk dengan sedikit penyesuaian dalam

analisisnya. Penyesuaian dalam analisis dibuat dengan menggantikan penggunaan bentuk

kepada penggunaan lambang iaitu peribahasa yang menggunakan lambang dan makna

yang sama, dan peribahasa yang mempunyai makna yang sama tetapi mempunyai

lambang yang berbeza. Untuk peribahasa yang sama bentuk dan sama makna,

penggunaan lambangnya diklasifikasikan mengikut golongan kata berdasarkan kriteria

semantik Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (Nik Safiah dan rakan-rakan, 2008). Peribahasa

yang mempunyai makna yang sama tetapi mempunyai lambang yang berbeza dianalisis

berdasarkan pembahagian tentang perihal, keadaan, sifat, cara, kejadian dan peristiwa.

Kajian ini mendapati bahawa daripada jumlah 150 peribahasa masyarakat Orang

Asli suku kaum Semai yang diperolehi melalui temubual tersebut, 78 daripadanya

mempunyai kedua-dua ciri iaitu menggunakan lambang dan makna yang sama, dan

mempunyai makna yang sama tetapi menggunakan lambang yang berbeza sebagaimana

yang terdapat dalam peribahasa masyarakat Melayu. Daripada jumlah 78 peribahasa

tersebut, 29 daripadanya merupakan peribahasa yang menggunakan lambang dan makna

yang sama dengan peribahasa masyarakat Melayu, manakala 49 peribahasa lagi

merupakan peribahasa yang mempunyai makna yang sama tetapi menggunakan lambang

yang berbeza.

Page 6: Persamaan peribahasa Semai dan peribahasa Melayujpmipgmtaa.webs.com/Penulisan/Persamaan peribahasa Semai dan... · Persamaan Lambang dan Makna Dalam Peribahasa Bahasa Semai dan Bahasa

6

Peribahasa Yang Sama Lambang dan Makna

Kajian ini mendapati daripada jumlah 29 peribahasa yang mempunyai lambang dan

makna yang sama, sebanyak 15 peribahasa menggunakan kata nama (KN) yang sama, 5

peribahasa menggunakan kata kerja (KK) yang sama dan 9 peribahasa menggunakan kata

adjektif (KA) yang sama (Rujuk Lampiran 1). Bagi penggunaan kata nama (KN) sebagai

lambang yang sama, peribahasa masyarakat Orang Asli suku kaum Semai dan peribahasa

masyarakat Melayu menggunakan lambang matahari, bulan, mulut, lidah, telinga, perut,

kaki, tahi ayam, anak, mata, batu, batang dan murai. Semua lambang yang terdapat

dalam peribahasa yang dikaji merupakan kata nama am konkrit yang memberikan makna

yang sama bagi kedua-dua peribahasa tersebut. Kata nama am konkrit ialah jenis kata

nama yang membawa konsep kebendaan (Nik Safiah dan rakan-rakan, 2008). Ini

menunjukkan bahawa kedua-dua masyarakat penutur bahasa tersebut mempunyai corak

pemikiran yang sama dalam mentafsirkan alam sekitar mereka sehingga wujudnya

peribahasa tersebut.

Penggunaan lambang ‘matahari’ bagi peribahasa masyarakat Orang Asli suku

kaum Semai ‘be lenlod ru mat arik’ (berbohong dengan matahari) dan peribahasa

Melayu ‘menengadah matahari’ yang membawa maksud ‘seseorang yang bersumpah

dengan bersaksikan matahari’ dianggap sebagai satu sumpah yang berani. Masyarakat

Orang Asli suku kaum Semai menganggap matahari sebagai satu lambang ‘kuasa agung’

yang merupakan semangat yang paling utama dalam kehidupan mereka. Seseorang yang

sanggup berbohong di hadapan matahari dianggap sebagai seorang yang amat berani atau

sanggup melawan semangat yang paling utama tersebut. Manakala peribahasa cahayaq

geceq (cahaya bulan) dalam peribahasa masyarakat Orang Asli suku kaum Semai yang

membawa maksud seseorang perempuan yang sangat cantik mempunyai persamaan

dengan peribahasa Melayu bagai bulan empat belas dan bagai bulan penuh purnama.

Kedua-dua peribahasa tersebut menunjukkan penggunaan lambang untuk kecantikan

seseorang wanita dirujuk kepada salah satu keindahan alam, iaitu bulan. Penggunaan kata

nama bulan untuk melambangkan kecantikan seseorang wanita terdapat dalam

kebanyakan bahasa termasuk bahasa-bahasa sukuan atau bahasa yang dituturkan oleh

kelompok minoriti seperti bahasa Semai. Ini menunjukkan bahawa gambaran tentang

kecantikan tradisional kedua-dua bahasa tersebut banyak mengambil perumpamaan

daripada keindahan alam semula jadi.

Selain itu peribahasa begei eij puq (seperti tahi ayam) bermaksud seseorang yang

melakukan sesuatu perkara dengan penuh semangat pada awalnya sahaja. Peribahasa ini

menggambarkan seseorang yang melakukan sesuatu pekerjaan dengan bersungguh-

sungguh pada peringkat awal sahaja tetapi semangat tersebut tidak bertahan lama.

Peribahasa ini mempunyai lambang dan makna yang sama dengan peribahasa Melayu

hangat-hangat tahi ayam. Peribahasa-peribahasa lain yang terdiri daripada kategori ini

ialah empag gepok (mulut kepuk), peribahasa Melayu yang mempunyai lambang dan

makna yang sama dengannya ialah mulut tempayan dan cepat mulut. Peribahasa entaq

beruoq (telinga beruang) sama lambang dan makna dengan peribahasa Melayu telinga

kuali dan telinga tempayan yang membawa maksud seseorang yang tidak mengendahkan

nasihat atau kata-kata orang lain. Peribahasa mat ragak (mata raga atau mata ambung)

sama lambang dan makna dengan peribahasa Melayu mata keranjang yang membawa

maksud seseorang yang pantang melihat perempuan cantik. Peribahasa teg doq (tangan

monyet) pula mempunyai lambang dan makna yang sama dengan peribahasa Melayu

panjang tangan yang membawa maksud seseorang yang suka mencuri.

Page 7: Persamaan peribahasa Semai dan peribahasa Melayujpmipgmtaa.webs.com/Penulisan/Persamaan peribahasa Semai dan... · Persamaan Lambang dan Makna Dalam Peribahasa Bahasa Semai dan Bahasa

7

Dalam aspek penggunaan kata kerja (KK) yang sama bagi kedua-dua peribahasa,

terdapat 5 kata kerja yang digunakan sebagai lambang dan maksud yang sama iaitu kata

kerja buka mata, langkah bendul, lenggang-lenggok, kokok dan mengail. Kesemua kata

kerja yang digunakan dalam peribahasa berkenaan merupakan kata kerja yang biasa

digunakan dalam komunikasi seharian. Peribahasa ‘pej mat’ (buka mata) dan langkah

mendul (langkah bendul) umpamanya, menggunakan kata kerja serta makna yang sama

dengan peribahasa yang terdapat dalam peribahasa Melayu. Peribahasa pej mat (buka

mata) membawa maksud yang sama dengan peribahasa Melayu buka mata yang

bermaksud melihat sesuatu dengan betul berdasarkan keadaan sebenar. Manakala

Langkah bendul membawa maksud seseorang adik berkahwin mendahului abang atau

kakak yang menunjukkan bahawa perkara berkenaan bukan sahaja terdapat dalam cara

hidup dan budaya masyarakat Melayu, malah terdapat juga dalam budaya kalangan

masyarakat Orang Asli suku kaum Semai.

Peribahasa ‘renawej selak manou’ (lenggang-lenggok daun manau)

menggunakan pergandaan berentak kata kerja yang sama dengan ‘lenggang-lenggok

bagai cupak hanyut’ dalam peribahasa Melayu. Masyarakat Orang Asli suku kaum

Semai menggunakan objek (kata nama) yang berbeza iaitu selak manou (daun manau)

berbanding masyarakat Melayu yang menggunakan objek (kata nama) cupak hanyut.

Perbezaan penggunaan objek (KN) dengan maksud yang sama ini disebabkan oleh

perbezaan cara pengamatan terhadap persekitaran masing-masing yang berbeza.

Masyarakat Orang Asli suku kaum Semai memberi maksud peribahasa ‘renawej selak

manou’ sebagai ‘keindahan atau kelembutan seseorang wanita semasa menari atau

berjalan’ berdasarkan ayunan lemah gemalai atau lenggang-lenggok daun rotan manau

semasa ditiup angin yang terdapat di persekitaran kehidupan mereka. Manakala

masyarakat Melayu mengumpamakan kelembutan tersebut dengan keadaan cupak (alat

penyukat padi atau beras yang diperbuat daripada tempurung kelapa) yang sedang hanyut

di permukaan air atau sungai.

Keadaan yang sama juga terdapat pada peribahasa masyarakat Orang Asli suku

kaum Semai yang menggunakan kata kerja mengail iaitu tenroij kaq selaq, bicak ha kaq

kadag (mengail ikan daun, dapat ikan selat) dan peribahasa masyarakat Melayu mengail

yu dapat setoka yang bermaksud lain yang dihajati tetapi lain yang didapat. Dalam

konteks ini masyarakat Orang Asli suku kaum Semai menggunakan objek (KN) spesis

sejenis ikan sungai iaitu ikan daun (nandus mercantus) dan ikan selat (notopterus

chitala), manakala masyarakat Melayu menggunakan spesis ikan laut iaitu ikan yu dan

ikan setoka (sejenis ikan pari yang kecil) sebagai perbandingannya. Perbezaan ini dapat

membuktikan bahawa terdapat cara pengamatan terhadap persekitaran masing-masing

yang berbeza antara kedua-dua kelompok masyarakat tersebut. Selain itu terdapat

peribahasa tenader puq (kokok ayam) dengan peribahasa Melayu yang sama iaitu kokok

berdegar-degar ekor bergelumang tahi dengan maksud seseorang yang bercakap besar

terlebih dahulu. Kedua-dua peribahasa ini membawa maksud seseorang yang lantang atau

hanya berani berkata-kata semasa berada jauh dari musuhnya sahaja, tetapi berdiam diri

bila kedua-duanya berhadapan.

Dalam aspek kata adjektif (KA) sebanyak 9 kata digunakan sebagai lambang dan

maksud yang sama dalam kedua-dua peribahasa tersebut. Kata adjektif yang digunakan

ialah kata adjektif sifatan atau keadaan iaitu fasih, basah, tajam, hilang, putus, suam,

panas dan besar, kecuali sekangkang yang merupakan kata adjektif ukuran. Kata adjektif

Page 8: Persamaan peribahasa Semai dan peribahasa Melayujpmipgmtaa.webs.com/Penulisan/Persamaan peribahasa Semai dan... · Persamaan Lambang dan Makna Dalam Peribahasa Bahasa Semai dan Bahasa

8

sifatan atau keadaan terdiri daripada perkataan yang memberi pengertian sifatan atau

keadaan sebagai unsur keterangan nama, manakala kata adjektif ukuran ialah jenis

perkataan yang membawa pengertian ukuran sebagai unsur keterangan (Nik Safiah dan

rakan-rakan, 2008). Kesemua kata adjektif yang digunakan dalam peribahasa yang dikaji

merupakan kata adjektif yang biasa digunakan dalam pertuturan seharian serta membawa

maksud yang sama bagi kedua-dua bahasa. Bagi peribahasa masyarakat Orang Asli suku

kaum Semai bej bedeg (fasih berkata-kata) yang membawa maksud seseorang yang

pandai berkata-kata atau berpidato adalah sama dengan peribahasa fasih lidah dalam

peribahasa masyarakat Melayu. Begitu juga keadaannya dengan peribahasa cebat-cebat

yej, cebat lagik lentaq (setajam-tajam parang, tajam lagi lidah) mempunyai persamaan

dengan peribahasa Melayu lidah lebih tajam daripada pedang dan keris lembing tiada

tajam, lebih tajam mulut manusia yang membawa maksud kata-kata itu lebih berbisa

atau tajam daripada parang. Peribahasa marha seningkang rau (seluas sekangkang

kera) dan sekangkang kera merupakan kata adjektif ukuran yang membawa maksud

sesuatu kawasan yang sangat sempit. Sebagaimana juga masyarakat Melayu, masyarakat

Orang Asli suku kaum Semai menggunakan sekangkang untuk menggambarkan sesuatu

kawasan yang sempit misalnya kawasan kebun atau tanah yang mereka terokai.

Bagi tujuan menunjukkan tahap kepanasan air yang sesuai untuk memandikan

bayi atau kanak-kanak, peribahasa masyarakat Orang Asli suku kaum Semai dan

peribahasa masyarakat Melayu menggunakan kata adjektif pancaindera iaitu sen ep deq

peruq (Sesuam sarang tupai) dan suam-suam kuku yang membawa maksud tahap atau

suhu kepanasan air yang sesuai untuk memandikan bayi. Kata adjektif pancaindera terdiri

daripada perkataan yang membawa pengertian konsep rasa, pandang, dengar, bau, sentuh,

atau gabungan kelima-lima indera, sebagai penerang kata nama (Nik Safiah dan rakan-

rakan, 2008). Kajian ini mendapati bahawa peribahasa masyarakat Orang Asli suku kaum

Semai mengumpamakan tahap kepanasan air yang suam itu dengan keadaan sarang tupai,

yang tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk yang dianggap selesa untuk dijadikan

tempat perlindungan bagi haiwan tersebut. Peribahasa-peribahasa lain dalam aspek kata

adjektif ialah ce’os ke’at / ta’at (Kayu api basah), peribahasa Melayunya ialah beras

basah yang membawa maksud seseorang yang sukar untuk diminta bantuan. Peribahasa

ngencat re-is (putus akar) mempunyai makna yang sama dengan peribahasa Melayu kata

putus dan genting putus biang tembok yang bermaksud sesuatu keputusan yang

muktamad dan tidak boleh dirunding lagi. Selain itu terdapat peribahasa timul inos ladak

(timbul hati panas) dengan peribahasa Melayu yang sama makna, iaitu panas darah dan

peribahasa yap entoi (cakap besar) dengan peribahasa Melayu yang sama, iaitu besar

diri dan besar cakap.

Peribahasa Yang Sama Makna dengan Lambang Berbeza

Kajian ini mendapati bahawa daripada 150 peribahasa masyarakat Orang Asli suku kaum

Semai terdapat sebanyak 49 daripadanya mempunyai makna yang sama dengan

peribahasa Melayu tetapi dengan menggunakan lambang yang berbeza. Kesemua

peribahasa dalam kategori ini merupakan peribahasa yang berkaitan dengan sosiobudaya

khususnya tentang adat budaya, kemasyarakatan, pergaulan, kemanusiaan, alam

kehidupan dan persekitaran. Berdasarkan klasifikasi tersebut, pengkaji telah

membahagikan makna peribahasa-peribahasa tersebut berdasarkan pembahagian tentang

perihal, keadaan, sifat, cara, kejadian dan peristiwa. Untuk pembahagian sifat pengkaji

telah membahagikan kepada dua pecahan makna iaitu sifat positif dan sifat negatif.

Berdasarkan klasifikasi tersebut kajian ini mendapati bahawa 21 peribahasa membawa

Page 9: Persamaan peribahasa Semai dan peribahasa Melayujpmipgmtaa.webs.com/Penulisan/Persamaan peribahasa Semai dan... · Persamaan Lambang dan Makna Dalam Peribahasa Bahasa Semai dan Bahasa

9

makna tentang perihal, 2 peribahasa membawa makna tentang sifat positif, 18 peribahasa

membawa makna tentang sifat negatif, 6 peribahasa membawa makna tentang keadaan

dan masing-masing 1 peribahasa membawa makna tentang cara dan peristiwa (Rujuk

Lampiran 2).

Peribahasa masyarakat Orang Asli suku kaum Semai dan bahasa Melayu yang

membawa makna yang sama tentang ‘perihal’ dalam kajian ini ialah kap ‘abaq’/lenguak

(gigit bekas) dan pog raweg (tepuk kosong) yang bermaksud perihal membuat sesuatu

perkara yang tidak membawa apa-apa hasil. ‘Kap ‘abaq’ dalam masyarakat Orang Asli

suku kaum Semai merupakan buluh yang digunakan untuk memasak nasi. Setelah masak

‘abaq’ dibelah dua dan sebahagian daripada ‘abaq’ digunakan sebagai bekas untuk

memakan nasi tersebut. Ini bermakna sekiranya seseorang itu tidak mendapat makanan,

dia hanya mendapat ‘abaq’ atau bekas sahaja. Peribahasa ini merujuk kepada seseorang

yang tidak mendapat apa-apa hasil walaupun telah berusaha untuk mendapatkannya.

Peribahasa masyarakat Orang Asli suku kaum Semai yang mempunyai makna yang sama

dengan lambang yang berbeza ialah pog raweg (tepuk kosong). Manakala peribahasa

Melayu yang mempunyai makna yang sama dengan peribahasa-peribahasa tersebut yang

menggunakan lambang yang berbeza ialah bagai mencincang air, cangkul angin, hampa

tangan, cangkul angin, tangkap wap, menanam mumbang, menjaring angin, pisang

ditanam tak berjantung dan ikan di hulu tuba di hilir.

Peribahasa-peribahasa lain yang membawa makna tentang ‘perihal’ dengan

penggunaan lambang yang berbeza dalam kajian ini ialah peribahasa le’em-le’em moh

gau (lembut-lembut hidung babi) dan peribahasa masyarakat Melayu air yang tenang

jangan disangka tiada buaya yang bermaksud seseorang yang kelihatan lemah lembut itu

adakalanya boleh bertindak kasar dan ganas. Meskipun pada dasarnya penggunaan

lambang dalam kedua-dua peribahasa itu kelihatan sama iaitu di bawah kategori haiwan,

namun jenis haiwan yang digunakan oleh kedua-dua bahasa tersebut berbeza. Masyarakat

Orang Asli suku kaum Semai menterjemahkan ‘hidung babi’ yang kelihatan lembut itu

dalam keadaan tertentu boleh bertukar menjadi keras sehingga boleh menyodok dan

menggali tanah, meruntuhkan batas serta boleh merosakkan tanaman. Manakala dalam

konteks masyarakat Melayu, mereka menterjemahkan keadaan ‘air yang tenang’ dan

tidak berkocak itu kadang-kadang ada juga didiami ‘buaya’ iaitu sejenis haiwan yang

ganas. Kedua-dua peribahasa tersebut sebenarnya menggambarkan perihal seseorang

yang kelihatan senyap itu dalam keadaan tertentu boleh bertukar menjadi agresif atau

menggambarkan sesuatu keadaan yang tenang itu kadang-kadang boleh berlaku perkara-

perkara yang di luar jangkaan kebanyakan orang.

Peribahasa masyarakat Orang Asli suku kaum Semai dan bahasa Melayu yang

membawa makna yang sama tentang ‘sifat positif’ pula ialah bunga seteq (sejenis bunga)

dan hat ikenmeq (sangat cantik atau elok) yang masing-masing membawa maksud sifat

positif iaitu seseorang perempuan yang sangat cantik. Meskipun kedua-dua peribahasa

tersebut mempunyai makna yang sama, tetapi kedua-duanya menggunakan lambang yang

berbeza iaitu kata nama ‘bunga’ dan kata adjektif ‘cantik atau elok’ berserta dengan kata

penguat ‘sangat’. Peribahasa Melayu yang membawa maksud yang sama dengan bunga

seteq dan hat ikenmeq yang membawa maksud seseorang perempuan yang sangat cantik

ialah bulan penuh dan bagai bulan purnama. Perbezaan penggunaan lambang ini

menunjukkan bahawa cara pengamatan terhadap persekitaran berbeza antara kedua-dua

masyarakat bahasa tersebut. Masyarakat Orang Asli suku kaum Semai menterjemahkan

Page 10: Persamaan peribahasa Semai dan peribahasa Melayujpmipgmtaa.webs.com/Penulisan/Persamaan peribahasa Semai dan... · Persamaan Lambang dan Makna Dalam Peribahasa Bahasa Semai dan Bahasa

10

kecantikan seseorang wanita itu dengan lambang ‘bunga’, manakala masyarakat Melayu

menterjemahkannya melalui lambang ‘bulan purnama’.

Bagi peribahasa yang membawa makna tentang ‘sifat negatif’, kajian ini

mendapati bahawa untuk menggambarkan seseorang yang malas bekerja masyarakat

Orang Asli suku kaum Semai menggunakan peribahasa caq berd (makan tidur) dan kep

kerdup (kura-kura menelungkup) yang masing-masing menggunakan lambang kata kerja

‘makan’ dan ‘tidur’, dan haiwan ‘kura-kura’. Manakala masyarakat Melayu

menggunakan peribahasa peluk tubuh, berat tangan, berat kaki dan berat tulang bagi

mengambarkan maksud yang sama. Peribahasa dalam kedua-dua bahasa tersebut

menggunakan lambang yang berbeza antara satu sama lain tetapi dengan makna yang

sama. Masyarakat Orang Asli suku kaum Semai menganalogikan seseorang yang malas

atau tidak berbuat sesuatu itu dengan kata ‘makan’ dan ‘tidur’ yang juga selalu digunakan

dalam komunikasi lisan masyarakat Melayu. Bagi peribahasa kura-kura menelungkup

pula, masyarakat Orang Asli suku kaum Semai mengumpamakan seseorang yang malas

bekerja atau tidak melakukan sesuatu untuk dirinya dan orang lain seperti kura-kura yang

menyembunyikan diri di dalam cengkerangnya. Dalam konteks ini masyarakat Melayu

menggunakan kata kerja ‘peluk’ dan kata adjektif ‘berat’ bagi menggambarkan sifat

malas atau tidak berbuat sesuatu itu.

Peribahasa-peribahasa masyarakat Orang Asli suku kaum Semai lain yang

membawa makna tentang sifat negatif dengan lambang yang berbeza ialah angkut jelmol

(angkat gunung) dan entoi i cen op (besar bungkusan daripada isi). Manakala peribahasa

Melayu yang membawa maksud yang sama ialah air setitik dilautkan, tanah sekepal

digunungkan dan cakap sejengkal dibawa sehasta. Peribahasa-peribahasa dalam kedua-

dua bahasa tersebut membawa makna seseorang yang suka memperbesar-besarkan

perkara yang kecil. Penggunaan lambang ’gunung’ dalam peribahasa masyarakat Orang

Asli suku kaum Semai tersebut menunjukkan sesuatu benda atau objek yang

sememangnya sukar malah mustahil untuk diangkat kerana sifat fizikalnya. Oleh itu

seseorang yang sanggup ‘mengangkat gunung’ tersebut dianggap sebagai seseorang yang

suka memperbesar-besarkan sesuatu perkara kecil atau perkara yang ringan.

Peribahasa masyarakat Orang Asli suku kaum Semai yang membawa maksud

’keadaan’ dalam kajian ini ialah cungkag kalag (percakapan hiruk-pikuk) yang membawa

maksud keadaan percakapan yang hiruk-pikuk dalam sesuatu majlis. Peribahasa Melayu

yang mempunyai maksud yang sama dengan peribahasa ini ialah bagai langau

mengerumuni bangkai, bagai ombak purus, riuh bagai Cina karam dan bagai kacang

direndang. Manakala peribahasa yang membawa maksud ’cara’ dalam masyarakat Orang

Asli suku kaum Semai ialah caq beris (makan mentah) yang membawa maksud membuat

keputusan secara terburu-buru. Peribahasa Melayu yang mempunyai persamaan makna

dengan peribahasa tersebut ialah babi (membabi) buta dan buta akal. Bagi

menggambarkan maksud ’peristiwa’ didapati masyarakat Orang Asli suku kaum Semai

menggunakan peribahasa rit nuit (hilang atau ghaib) yang mempunyai sama makna

dengan peribahasa Melayu iaitu hilang tidak menentu rimbanya yang bermaksud sesuatu

yang disayangi (orang dan sebagainya) hilang atau ghaib.

Page 11: Persamaan peribahasa Semai dan peribahasa Melayujpmipgmtaa.webs.com/Penulisan/Persamaan peribahasa Semai dan... · Persamaan Lambang dan Makna Dalam Peribahasa Bahasa Semai dan Bahasa

11

Rumusan

Pada kesimpulannya kesemua peribahasa yang diteliti dalam kajian ini merupakan

peribahasa yang bertemakan sosiobudaya masyarakat penutur bagi kedua-dua bahasa iaitu

bahasa Semai dan bahasa Melayu. Penelitian ini mendapati bahawa banyak aspek

sosiobudaya dalam kalangan masyarakat Orang Asli suku kaum Semai dan dalam

kalangan masyarakat Melayu digunakan sebagai pengajaran, perbandingan, teladan,

peringatan, sindiran, dan nasihat kepada ahli masyarakat masing-masing. Kajian ini

mendapati bahawa peribahasa-peribahasa yang mempunyai lambang dan makna yang

sama, dan peribahasa-peribahasa yang mempunyai makna yang sama dan menggunakan

lambang yang berbeza mempunyai fungsi bahasa yang hampir serupa dalam kedua-dua

bahasa. Persamaan fungsi bahasa yang hampir serupa tersebut dapat dilihat berdasarkan

penggunaan golongan kata iaitu kata nama, kata kerja dan kata adjektif dalam peribahasa

kedua-dua bahasa tersebut. Manakala kebanyakan persamaan daripada segi makna yang

terdapat dalam peribahasa-peribahasa yang dikaji adalah berhubung dengan perihal,

keadaan, sifat, cara, kejadian dan peristiwa tetapi dengan penggunaan lambang yang

berbeza. Perbezaan penggunaan lambang yang diterjemahkan sebagai makna ini adalah

bergantung kepada persekitaran, cara pengamatan dan cara berfikir pengguna kedua-dua

bahasa tersebut. Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa dalam kebanyakan aspek

wujudnya cara pengamatan dan cara berfikir yang hampir sama bagi masyarakat Orang

Asli suku kaum Semai dan masyarakat Melayu.

Rujukan

Abdullah Hassan (2002). Koleksi Terindah Peribahasa Melayu. Pahang: PTS

Publications & Distributor Sdn. Bhd.

Abdullah Hassan (2009) Bahasa melayu di persimpangan: antara jati diri dengan

rempuhan globalisasi. Jurnal Kemanusiaan 16, 59–81. 17 September 2012 dalam

http://web.usm.my/kajh/kajh%2016/KAJH%204%20Abdullah%20(59-

81)A[1].pdf

Amirah Ahmad & Rozaimah Rashidin (2011) Terjemahan “‘air’’ dalam peribahasa

Melayu-Inggeris: Analisis semantik kognitif. Jurnal Linguistik 13 (6): 1-12.

Azmi Abdullah (2011) Bahasa (+) hormat dan bahasa (-) hormat: Satu tinjauan

pragmatik silang budaya. Prosiding Persidangan Linguistik ASEAN (PLA) V, 21-

22 Disember 2011, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Baker, M. (1992) In other words: A coursebook on translation. London: Routledge.

Darus Ahmad (1978) Persuratan Melayu: Lama-Baru. Pulau Pinang: Sinaran.

Dentan, Robert Knox (2003) Preliminary Field Notes on the Semai Language. Edited by

Thomas Doyle. 16 September 2012 dalam

http://www.keene.edu/library/OrangAsli/DentanBaer.pdf

Ding Choo Ming (2009) Beberapa sifat, asal usul dan kepengarangan peribahasa Melayu.

Sari - International Journal of the Malay World and Civilisation 27(2) (2009): 3-

Page 12: Persamaan peribahasa Semai dan peribahasa Melayujpmipgmtaa.webs.com/Penulisan/Persamaan peribahasa Semai dan... · Persamaan Lambang dan Makna Dalam Peribahasa Bahasa Semai dan Bahasa

12

26. 16 September 2012 dalam http://www.scribd.com/doc/54198138/Beberapa-

Sifat-Asal-Usul-dan-Kepengarangan-Peribahasa-Melayu

Goh Sang Seong (2009) Pemindahan lambang ‘padi’ dalam penterjemahan bahasa

Melayu-Mandarin. Prosiding Seminar Antarabangsa Linguistik dan

Pembudayaan Bahasa Melayu Ke-5. Hal. 133-136.

Goh Sang Seong (2010) Persamaan Lambang dalam Terjemahan Peribahasa Bahasa

Melayu-Bahasa Mandarin dalam Looi Siew Teip et al. (eds). Found in

Translation. Kuala Lumpur: Universiti of Malaya.

Ishak Ramly (1990) Perkembangan peribahasa dalam Bahasa Melayu. Jurnal Dewan

Bahasa 34(1): 54-61.

Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (2008) Data Maklumat Asas. Bahagian Perancangan dan

Penyelidikan, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Malaysia.

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Musa & Abdul Hamid Mahmood (2008)

Tatabahasa dewan (Edisi ketiga). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rahmawati Iskandar (2006) Analisis peribahasa Jepang dan Indonesia yang

menggunakan kata “kera” (Saru). (Kertas Projek Sarjana Pendidikan tidak

diterbitkan) Universiti Pendidikan Indonesia.

Sa'adiah Ma'alip (2011) Sistem panggilan kekeluargaan orang Asli Teman di Desa

Temuan, PJ. Prosiding Persidangan Linguistik ASEAN (PLA) V, 21-22 Disember

2011, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Zainal Abidin Ahmad (2002) Ilmu Mengarang Melayu / Zainal Abidin Ahmad (Za'ba);

dengan pengenalan oleh Asmah Haji Omar . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka

Page 13: Persamaan peribahasa Semai dan peribahasa Melayujpmipgmtaa.webs.com/Penulisan/Persamaan peribahasa Semai dan... · Persamaan Lambang dan Makna Dalam Peribahasa Bahasa Semai dan Bahasa

13

LAMPIRAN 1

Peribahasa dengan kata nama (KN) dan makna yang sama

Bil Peribahasa

Melayu

Peribahasa

Semai

Maksud

1 Menengadah

matahari

Be lenlod ru mat arik [bə

lənlɔd ru maʔ ari ʔ] (Berbohong dengan

matahari)

Seseorang yang bersumpah dengan

bersaksikan matahari.

2 Fasih lidah Belentaq [bələntaʔ] (Mempunyai lidah)

Seseorang petah berkata-kata atau

pandai berhujah.

3 Hangat-hangat

tahi ayam Begei eij pug [bagɛi eij

pug] (Seperti tahi ayam)

Seseorang yang melakukan sesuatu

perkara dengan penuh semangat

pada awal sahaja.

4

Bagai bulan

empat belas,

Bagai bulan

penuh purnama

Cahayaq geceq [cahayaʔ

gɛcɛʔ] (Cahaya bulan)

Seseorang perempuan yang sangat

cantik.

5 Mulut tempayan,

Cepat mulut

Empag gepok [əmpag

gəpɔʔ] (Mulut kepuk)

Seseorang yang tidak boleh

menutup peristiwa lama atau tidak

boleh menyimpan rahsia.

6

Telinga kuali,

Telinga

tempayan

Entaq beruoq [əntaʔ

beruɔq]

(Telinga beruang)

Seseorang yang tidak

mengendahkan nasihat atau kata-

kata orang lain.

7 Buruk perut Entoi ked [əntoi kəd]

(Perut besar) Seseorang yang makan banyak.

8

Kaki sudah

terlangkah

tangan sudah

terjambakan

Jerloh ku loboq [jərloh ku

loboʔ] (Kaki terperosok ke

lubang)

Kata-kata yang tidak dapat ditarik

balik.

9 Anak emas,

Anak bapa

Mai iluij [mai iluij]

(Anak bongsu)

Anak kesayangan atau anak yang

paling akhir yang diberi perhatian

berbanding anak-anak yang lain.

10 Mata keranjang Mat ragak [maʔ ragaʔ] (Mata raga atau mata

ambung)

Seseorang yang pantang melihat

perempuan cantik.

11 Kepala batu Nus batuk [nɔs batuuʔ] (Hati batu)

Seseorang yang keras hati atau

degil.

12 Sebatang kara

Puntung kalug [puntuŋ

kaluʔ] (Batang sireh)

Seseorang yang hidup sebatang

kara.

13

Mulut murai,

Bagai murai

tercabut ekor

Raha cep birai [ra ha cəp

birai]

(Seperti burung murai)

Seseorang yang suka bercakap

banyak.

14

Telinga kuali,

Telinga tempayan

Tok entaq [tɔʔ əntaʔ] (Tiada telinga)

Seseorang yang degil atau tidak

mendengar nasihat.

Page 14: Persamaan peribahasa Semai dan peribahasa Melayujpmipgmtaa.webs.com/Penulisan/Persamaan peribahasa Semai dan... · Persamaan Lambang dan Makna Dalam Peribahasa Bahasa Semai dan Bahasa

14

15 Panjang tangan Teg doq [təg doq]

(Tangan monyet) Seseorang yang suka mencuri.

Peribahasa dengan kata kerja (KK) dan makna yang sama

Bil Peribahasa

Melayu

Peribahasa

Semai

Maksud

1 Buka mata Pej mat [pɛj maʔ] (Buka mata)

Melihat sesuatu dengan betul

berdasarkan keadaan sebenar.

2 Langkah bendul

Langkah mendul [laŋkah

məndol]

(Langkah bendul)

Seseorang adik berkahwin

mendahului abang atau kakak.

3 Lenggang-lenggok bagai

cupak hanyut

Renawej selak manou

[rinawɛj səlaʔ manou]

(Lenggang-lenggok daun

manau)

Keindahan atau kelembutan

seseorang wanita semasa menari

atau berjalan.

4

Kokok

berdegar-degar

ekor

bergelumang

tahi

Tenader puq [tənadɛr puq]

(Kokok ayam)

Seseorang yang bercakap besar

terlebih dahulu.

5 Mengail yu

dapat setoka

Tenroij kaq selaq, bicak

ha kaq kadag [tənroij kaʔ

səlaʔ, bicaʔ ha kaʔ kadag]

(Mengail ikan daun, dapat

ikan selat)

Lain yang dihajati tetapi lain yang

didapat.

Peribahasa dengan kata adjektif (KA) dan makna yang sama

Bil Peribahasa

Melayu

Peribahasa

Semai

Maksud

1 Fasih lidah Bej bedeg [bəj bədəg]

(Fasih berkata-kata)

Seseorang yang pandai berkata-

kata atau berpidato.

2 Beras basah Ce’os ke’at / ta’at [cɛ ’ɔs

kə’at / ta’at]

(Kayu api basah)

Seseorang yang sukar untuk

diminta bantuan.

3 Hilang semangat

Kiberuai [kibəruai]

(Hilang roh (terlampau

terkejut))

Seseorang yang terlampau terkejut

sehingga membawa kepada jatuh

sakit atau demam.

4

Lidah lebih

tajam daripada

pedang,

Keris lembing

tiada tajam,

lebih tajam

mulut manusia

Cebat-cebat yej, cebat

lagik lentaq [cəbaʔ- cəbaʔ

yəj, cəbaʔ lagiʔ ləntaʔ] (Setajam-tajam parang,

tajam lagi lidah)

Kata-kata itu lebih berbisa atau

tajam daripada parang.

Page 15: Persamaan peribahasa Semai dan peribahasa Melayujpmipgmtaa.webs.com/Penulisan/Persamaan peribahasa Semai dan... · Persamaan Lambang dan Makna Dalam Peribahasa Bahasa Semai dan Bahasa

15

5 Sekangkang

kera

Marha seningkang rau

[marha sniŋkaŋ rau]

(Seluas sekangkang kera)

Sesuatu kawasan yang sangat

sempit.

6

Kata putus,

Genting putus

biang tembok

Ngencat re-is [ŋəncaʔ rɛ-is]

(Putus akar)

Sesuatu keputusan yang muktamad

dan tidak boleh dirunding lagi.

7 Suam-suam kuku

Sen ep deq peruq [sən əp

dəg pəruʔ] (Sesuam sarang tupai)

Tahap atau suhu kepanasan air

yang sesuai untuk memandikan

bayi.

8 panas darah

Timul inos ladak [timul

inos ladaʔ] (Timbul hati panas)

Seseorang yang marah.

9 Besar diri,

Besar cakap Yap entoi [ɣap ɛntoi]

(Cakap besar)

Seseorang yang suka bercakap

besar.

LAMPIRAN 2

Peribahasa Sama Makna dengan Lambang Berbeza

Makna Peribahasa Semai Peribahasa Melayu

Perihal

Seseorang yang

menyerah kuasa kepada

orang lain dengan mudah

atau seseorang yang

kehilangan kuasa.

Begei koh [ (Bagai

baning atau kura-kura

bukit)

Seperti gajah rompong

belalai

Seseorang tua yang

menganggap dirinya

tidak lagi berguna atau

dihormati setelah

nasihatnya tidak

diendahkan oleh orang

lain.

Bel bekoh (Mabuk

uban) Quran buruk

Seseorang yang makan

banyak

Cen houq (Makhluk

halus (yang makan

banyak))

1. Buruk selera

2. Lapang perut

3. Bagai lukah tak

penuh air

Perihal membuat sesuatu

perkara yang tidak

membawa apa-apa hasil.

1. Kap ‘abaq’/lenguak

(Gigit bekas)

2. Pog raweg (Tepuk

kosong)

1. Bagai mencincang

air

2. Cangkul angin

3. Hampa tangan

4. Tangkap wap

5. Menanam mumbang

6. Menjaring angin

7. Pisang ditanam tak

berjantung

8. Ikan di hulu tuba di

hilir.

Seseorang yang hebat Kep pous [kɛp pɔus] Jaguh kampung

Page 16: Persamaan peribahasa Semai dan peribahasa Melayujpmipgmtaa.webs.com/Penulisan/Persamaan peribahasa Semai dan... · Persamaan Lambang dan Makna Dalam Peribahasa Bahasa Semai dan Bahasa

16

atau terkenal dalam

kawasannya sahaja.

(Kentut kijang)

Seseorang yang membuat

sesuatu pekerjaan

separuh siap atau tidak

kemas (sambil lewa).

Kerjaq serengkal (Kerja ringkas)

1. Bagai melepas batok

di tangga

2. Ke langit tak

sampai, ke bumi tak

nyata

Kecantikan dan

kemewahan seseorang itu

tidak akan kekal lama.

Kesumbak ku moh (Kesumba berwarna

merah)

1. Embun di hujung

rumput

2. Sungguhpun lemak

santannya akhirnya

basi juga

3. Bunga kembang

menanti layu

Seseorang yang kelihatan

lemah lembut itu ada

kalanya boleh bertindak

kasar dan ganas.

Le’em–le’em moh gau

(Lembut-Lembut

hidung babi)

Air yang tenang jangan

disangka tiada buaya

Menunjukkan suara

seseorang yang tidak

merdu

Lempok karouq

(Suara cengkerik)

1. Seperti bunyi gong

pecah

2. Bagai perian pecah

Seseorang yang handal

bercakap dalam

kawasannya sahaja.

Lempos wol (Tepus

merah) Jaguh kampung

Seseorang yang bercakap

berbelit-belit atau

seseorang yang suka

berjalan ke hulu dan ke

hilir tanpa tujuan.

Les lis los [lɛs lis lɔs]

(Cakap berbelit-belit)

1. Pancang digoncang

arus

2. Kerbau pembulang

tali

Seseorang yang amat

dihormati dan penting

dalam membuat sesuatu

keputusan.

Mai raknak (Orang

tua dihormati) Tulang belakang

Seseorang yang tidak

mempunyai tempat

tinggal yang tetap.

Raha weoi (Macam

mawas)

1. Bantal lengan

2. Bertilamkan pasir

3. Bertiraikan banir

4. Berkandilkan bulan

5. Berkelambukan gua

6. Segan menggerak

lingkar

Seseorang yang hidup

sebatang kara. Ris kaluk (Akar sireh)

1. Sebatang kara

2. Enau di hutan

Menunjukkan jarak yang

sangat dekat. Sempaq paser (Selontar pasir)

Berbisik kedengaran,

berimbau kelampauan

Seseorang yang hidup

bergantung kepada orang

lain

Sui ku jug kelaag [

(Hidup di kaki helang)

1. Jadi umang-umang

2. Bagai geluk tinggal

di air

Lihat diri seseorang

dahulu sebelum

menilainya.

Telag i woq canuk (Lihat bayang dahulu)

Daun mengenalkan

pohonnya

Page 17: Persamaan peribahasa Semai dan peribahasa Melayujpmipgmtaa.webs.com/Penulisan/Persamaan peribahasa Semai dan... · Persamaan Lambang dan Makna Dalam Peribahasa Bahasa Semai dan Bahasa

17

Seseorang yang tunduk

atau tidak dapat

mengangkat muka kerana

malu setelah

kesalahannya terbukti.

Telag malok (Lihat kemaluan)

1. Hilang muka

2. Jatuh air muka

3. Muka berconteng

arang

Seseorang yang bercakap

terlalu lama jika diberi

peluang.

Yap acereq (Bercakap

panjang)

1. Bagai puyuh laga

2. Seperti kersik di

pulau

Seseorang itu hendaklah

bercakap dengan berhati-

hati.

Yap besengik (Bercakap berhati-hati)

Jaga mulut

Seseorang yang suka

bercakap secara berterus

terang tanpa

berselindung.

Yet nap tet nup teu (Bercakap berterus

terang)

1. Seperti tempong

menuju jih

2. Dengan kartu

terbuka

Keadaan

Keadaan percakapan

yang hiruk-pikuk dalam

sesuatu majlis.

Cungkag kalag (Percakapan hiruk-

pikuk)

1. bagai langau

mengerumuni bangkai

2. bagai ombak purus

3. riuh bagai Cina

karam

4. bagai kacang

direndang

Seseorang ketua yang

membuat kesilapan

menyebabkan orang

bawahan turut menerima

akibatnya.

Karap i kit, karap

ikuliu (Karam di pangkal

rakit, semuanya karam)

1. Mati ayam mati

tungaunya

2. Seorang cecak

semuanya merasa

pedih

Seseorang yang sedang

nazak.

Lehem cep (Nafas

burung)

1. Nyawa-nyawa ikan

2. Tinggal nadi

Sesuatu kawasan yang

sempit. Marha woj doq

(Sebesar pusar beruk)

1. Sekangkang kera

2. Seluas dada tuma

Petanda yang dirasai

seseorang bahawa

sesuatu perkara buruk

akan berlaku ke atas

dirinya atau orang lain.

Ngenha’ (Petanda sial

atau petanda buruk)

1. Bawa alamat

2. Nampak gabak di

hulu, tahu di angin

turun naik

Sesuatu masalah yang

rumit untuk diselesaikan.

Renawej cok kacu

(Membuai akar gambir)

1. Seperti aur ditarik

songsang

2. Bagai getah dibawa

ke semak

Sifat

Positif

Seseorang perempuan

yang sangat cantik

1. Bungak seteq

(Sejenis bunga)

2. Hat ikenmeq

(Sangat cantik atau

elok)

1. Bulan penuh

2. Bagai bulan empat

belas

Sifat

Negatif

Orang yang suka

memperbesar-besarkan

perkara yang kecil.

1. Angkut jelmol

(Angkat gunung)

2. Entoi i cen op

(Besar bungkusan

daripada isi)

1. Air setitik dilautkan,

tanah sekepal

digunungkan

2. Cakap sejengkal

dibawa sehasta

Page 18: Persamaan peribahasa Semai dan peribahasa Melayujpmipgmtaa.webs.com/Penulisan/Persamaan peribahasa Semai dan... · Persamaan Lambang dan Makna Dalam Peribahasa Bahasa Semai dan Bahasa

18

Seseorang yang suka

membebel.

Begei eij pug (Seperti

tahi ayam)

Hangat-hangat tahi

ayam

Seseorang yang suka

tidur pada waktu siang

atau malas bekerja.

Bed ned ngensej (Tidur musang)

1. Berat tanga

2. Berat kaki

3. Berat tulang

Orang yang malas Caq berd (Makan

tidur)

1. Peluk tubuh

2. Berat tangan

3. Berat badan

Seseorang yang dianggap

bodoh.

Kenalok kurak (Kura-

Kura bodoh)

1. Diam penggali

2. Buta perut

Seseorang yang tidak

membuat sesuatu.

Kep kerdup (Kura-

kura menelungkup)

1. Berat tangan

2. Berat kaki

3. Berat tulang

Seseorang yang bercakap

besar dan takbur akhirnya

rugi.

Lapoq serej (Lapang

lukah)

Nak menangguk ikan,

tertangguk batang

Seseorang yang suka

mereka cerita atau putar

belit.

Mek cengnung (Bercakap bohong)

1. Lidah bercabang

2. Tahi minyak

3. kaki temberang

4. Lidah biawak

Seseorang yang garang

atau cepat marah.

Nus rag (Hati

harimau) Darah panas

Seseorang yang tidak

berhati perut.

Pek ber eij wet (Tiada

bertali perut) Kering hati

Seseorang yang suka

mengikis wang atau harta

ibubapanya atau orang

lain.

Raha greeig caq ma

ipangkal (Seperti anai-

anai makan hingga ke

pangkal)

Pisau cukur

Seseorang yang kedekut. Raha rau/dog (Seperti

kera atau beruk)

1. Tangkai jering

2. Ketam batu

Seseorang yang cepat

marah atau panas baran.

Sengik tajuk (Hati

ular atau hati tedung) Telinga nipis

Seseorang yang suka

menceritakan tentang

keburukan orang lain

tetapi akhirnya

keburukan itu terkena

kepada dirinya.

1. Ten nyak pous

(Tendangan kijang)

2. Ten nyak rusak

(Tendangan rusa)

1. Jaras dikatakan raga

jarang

2. Memulangkan paku

buah keras

3. Menepuk air di

dulang, terpecik ke

muka sendiri

4. Jaras dikatakan raga

jarang

Perihal membuat sesuatu

perkara yang tidak

membawa apa-apa hasil.

Kap ‘abaq’/lenguak (Gigit bekas)

1. Bagai mencincang

air

2. Cangkul angin

Cara Membuat keputusan

secara terburu-buru

Caq beris (Makan

mentah)

1. Babi (membabi) buta

2. Buta akal

3. Buta tuli

Peristiwa Sesuatu yang disayangi

(orang dan sebagainya)

Rit nuit (Hilang atau

Hilang tak tentu

rimbanya

Page 19: Persamaan peribahasa Semai dan peribahasa Melayujpmipgmtaa.webs.com/Penulisan/Persamaan peribahasa Semai dan... · Persamaan Lambang dan Makna Dalam Peribahasa Bahasa Semai dan Bahasa

19

hilang atau ghaib. ghaib)

LAMPIRAN 3

Responden Temu Bual

1. Achom bin Luji

Umur : 62

Alamat: Kampung Kuala Koyan, Kuala Lipis, Pahang

Pekerjaan: Pesara Kerajaan

2. Sembunyi anak Jamil

Umur : 53

Alamat: Jabatan Kebajikan Orang Asli, Kuala Lipis, Pahang

Pekerjaan:

3. Pong a/p Panjang

Umur : 60

Alamat: Kampung Kuala Koyan, Kuala Lipis, Pahang

Pekerjaan: Suri rumah

4. Batin Achom a/l Khamis

Umur : 70

Alamat: Kampung Kuala Koyan, Kuala Lipis, Pahang

Pekerjaan: Kerja kampung

5. Munan a/l Yai

Umur : 42

Alamat: Kampung Kuala Koyan, Kuala Lipis, Pahang

Pekerjaan: Kerja kampung