PERSEPSI GURU TERHADAP PEMANSUHAN · PDF file1.9 Istilah-istilah yang berkaitan 12. viii ......

26
PERSEPSI GURU TERHADAP PEMANSUHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS, MATEMATIK DAN TEKNIKAL DALAM BAHASA INGGERIS (PPSMTI) NOR SAFIZA BINTI ARIS FATILLAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSI

Transcript of PERSEPSI GURU TERHADAP PEMANSUHAN · PDF file1.9 Istilah-istilah yang berkaitan 12. viii ......

Page 1: PERSEPSI GURU TERHADAP PEMANSUHAN · PDF file1.9 Istilah-istilah yang berkaitan 12. viii ... kursus Bahasa Inggeris bagi guru bidang Sains dan ... B Surat kesahan soal selidik C Borang

PERSEPSI GURU TERHADAP PEMANSUHAN PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN SAINS, MATEMATIK DAN TEKNIKAL DALAM BAHASA

INGGERIS (PPSMTI)

NOR SAFIZA BINTI ARIS FATILLAH

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSI

Page 2: PERSEPSI GURU TERHADAP PEMANSUHAN · PDF file1.9 Istilah-istilah yang berkaitan 12. viii ... kursus Bahasa Inggeris bagi guru bidang Sains dan ... B Surat kesahan soal selidik C Borang

PERSEPSI GURU TERHADAP PEMANSUHAN PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN SAINS, MATEMATIK DAN TEKNIKAL DALAM BAHASA

INGGERIS (PPSMTI)

NOR SAFIZA BINTI ARIS FATILLAH

Tesis Ini Disampaikan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Teknologi

Serta Pendidikan (Kejuruteraan Mekanikal)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MEI 2011

Page 3: PERSEPSI GURU TERHADAP PEMANSUHAN · PDF file1.9 Istilah-istilah yang berkaitan 12. viii ... kursus Bahasa Inggeris bagi guru bidang Sains dan ... B Surat kesahan soal selidik C Borang

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS*

JUDUL: PERSEPSI GURU SEKOLAH MENENGAH TEKNIK TERHADAP

PEMANSUHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS,

MATEMATIK DAN TEKNIKAL DALAM BAHASA INGGERIS

(PPSMTI)

SESI PENGAJIAN: 2010/2011

SAYA: NOR SAFIZA BINTI ARIS FATILLAH

Mengaku membenarkan tesis ( PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di PerpustakaanUniversiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian

Sahaja.3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

pengajian tinggi.4. ** Sila tandakan (√)

__________________________ (TANDATANGAN PENULIS)

860820386042

Alamat tetap : 13B Kg Kandang Hilir, Kota Lama Kanan33040 Kuala KangsarPerak

Tarikh : _______________________

__________________________(TANDATANGAN PENYELIA)

PN. SANITAH BINTI MOHD YUSOFNama Penyelia

Tarikh: _______________________

CATATAN: *

**

Potong yang tidak berkenaanJika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Tesis ini dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau laporan Projek Sarjana Muda ( PSM)

SULIT

TERHAD

TIDAKTERHAD

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatanatau kepentingan Malaysia seperti yang termaktubDi dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/ badan di mana penyelidikan dijalankan

Disahkan oleh:

Page 4: PERSEPSI GURU TERHADAP PEMANSUHAN · PDF file1.9 Istilah-istilah yang berkaitan 12. viii ... kursus Bahasa Inggeris bagi guru bidang Sains dan ... B Surat kesahan soal selidik C Borang

i

PENGESAHAN PENYELIA

Saya akui bahawa saya telah membaca tesis ini dan pada pandangan saya tesis ini adalah

memadai dari segi skop dan kualiti untuk penganugerahan Ijazah Sarjana Muda

Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Mekanikal)

Tandatangan : ……………………………………………

Nama penyelia : PN. SANITAH BINTI MOHD YUSOF

Tarikh : 13 MEI 2011

Page 5: PERSEPSI GURU TERHADAP PEMANSUHAN · PDF file1.9 Istilah-istilah yang berkaitan 12. viii ... kursus Bahasa Inggeris bagi guru bidang Sains dan ... B Surat kesahan soal selidik C Borang

ii

PENGAKUAN

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap

satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan : ………………………………..

Nama penulis : NOR SAFIZA BINTI ARIS FATILLAH

Tarikh : 11 MEI 2011

Page 6: PERSEPSI GURU TERHADAP PEMANSUHAN · PDF file1.9 Istilah-istilah yang berkaitan 12. viii ... kursus Bahasa Inggeris bagi guru bidang Sains dan ... B Surat kesahan soal selidik C Borang

iii

DEDIKASI

Segala pujian hanya padaMu Allah S.W.T……

tuhan sekalian alam, kerana limpah dan kurnianya pada seluruh makhlukNYA

Ucapan terima kasih, untuk ayahanda dan bonda teristimewa

Aris Fatillah Bin Pandak Haron Dan Enson Binti Abdul Majid

Diatas sokongan, nasihat dan sokongan yang tidak pernah surut

Semoga doa dan restu mu menjadi tunggak bagiku untuk terus mencapai kejayaan di

dunia dan akhirat insyaAllah

Jutaan terima kasih kerana sokongan kekanda dan adindaku

Along, Abg Gurin, Abg Gudie, Abg Faril, Juma dan Arfan

Kepada rakan-rakan seperjuangan yang terlalu banyak membantu…warga SPJ

Page 7: PERSEPSI GURU TERHADAP PEMANSUHAN · PDF file1.9 Istilah-istilah yang berkaitan 12. viii ... kursus Bahasa Inggeris bagi guru bidang Sains dan ... B Surat kesahan soal selidik C Borang

iv

PENGHARGAAN

Segala pujian hanya pada Allah yang maha besar dan maha mengetahui. Dengan

limpah dan kurnianya, dapat saya menyiapkan Projek Sarjana Muda ini bagi memenuhi

penganugerahan ijazah seperti yang diimpikan.

Dikesempatan ini saya ingin merakamkan seikhlas penghargaan kepada

pensyarah juga Penyelia saya, Pn Sanitah Binti Mohd Yusof atas bimbingan,

sokongan serta tunjuk ajar beliau sepanjang tempoh saya menyiapkan penulisan ini.

Kerjasama dari pihak sekolah, guru-guru yang terlibat serta rakan-rakan juga

amat dihargai dan disanjung tinggi. Tidak lupa juga kepada individu yang telah terlibat

secara langsung mahupun tidak langsung dalam saya melakukan penulisan ini.

Akhir sekali saya buat ahli keluarga saya, buat ibu dan bapa saya, juga abang-

abang dan kakak, juga adik-adik yang banyak memberikan sokongan yang tidak

berbelah bagi. Terima kasih tidak terhingga diucapkan.

Semoga segala usaha ini diberkati oleh Allah SWT, juga mendapat manfaat oleh

semua pihak.

Sekian, terima kasih.

Page 8: PERSEPSI GURU TERHADAP PEMANSUHAN · PDF file1.9 Istilah-istilah yang berkaitan 12. viii ... kursus Bahasa Inggeris bagi guru bidang Sains dan ... B Surat kesahan soal selidik C Borang

v

ABSTRAK

Kajian deskriptif ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi guru-guru

di empat buah Sekolah Menengah Teknik terhadap pemansuhan Pengajaran dan

Pembelajaran Sains, Matematik dan Teknikal Dalam Bahasa Inggeris (PPSMTI).

Kajian ini berdasarkan dua persoalan kajian iaitu meninjau persepsi guru

terhadap keyakinan guru untuk mengajar dalam Bahasa Melayu, penggunaan

alat bantu mengajar dan pandangan guru terhadap pelajar di dalam kelas setelah

pemansuhan PPSMTI. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti adakah

terdapat perbezaan di antara bidang Sains dan Matematik dengan Teknikal

terhadap keyakinan guru untuk mengajar dalam Bahasa Melayu, penggunaan alat

bantu mengajar dan pandangan guru terhadap pelajar di dalam kelas. Sampel

kajian terdiri daripada 100 orang guru yang mengajar dalam bidang Sains dan

Matematik serta bidang teknikal di empat buah Sekolah Menengah Teknik di

negeri Johor dan Selangor. Hasil kajian dianalisis menggunakan perisian

Statistical Packages For Social Science (SPSS) Version 15.0. Dapatan kajian

menunjukkan keyakinan guru untuk mengajar dalam Bahasa Melayu berada pada

tahap sederhana, penggunaan alat bantu mengajar berada pada tahap tinggi

manakala bagi pandangan guru terhadap pelajar di dalam kelas pula berada pada

tahap sederhana. Selain itu, kajian juga mendapati tidak terdapat perbezaan yang

signifikan diantara bidang terhadap keyakinan guru, penggunaan alat bantu

mengajar dan pandangan guru terhadap pelajar di dalam kelas selepas

pemansuhan PPSMTI. Akhirnya penyelidik mengemukakan beberapa cadangan

kajian lanjutan untuk dijalankan oleh penyelidik yang akan datang.

Page 9: PERSEPSI GURU TERHADAP PEMANSUHAN · PDF file1.9 Istilah-istilah yang berkaitan 12. viii ... kursus Bahasa Inggeris bagi guru bidang Sains dan ... B Surat kesahan soal selidik C Borang

vi

ABSTRACT

The purpose of this descriptive study is to identify the perception of

teachers in Sekolah Menengah Teknik (technical high schools) toward of

termination of Teaching and Learning in Science, Mathematics and Technical in

English Language (PPSMTI). Based on two research questions which are to

identify the teacher’s perception in teacher’s confident to teaching in Malay

language, the used of teaching aid and teacher’s perception on their students in

class toward of termination of PPSMTI. This research also wants to identify the

differential between science and mathematics field teacher with technical field

teacher. A total of one hundred (100) teachers of science and mathematics field

also technical field were sampled at four technical high schools in Johor, and

Selangor. The data was then transferred and analyzed to Statistical Packages for

Social Science (SPSS) Version 15.0. Percentage, frequency and mean used to

analyze the data. The result shows that teacher’s confident to teaching in Malay

language was in medium level, otherwise the used of teaching aid were in high

level and the teacher’s perception on their students in class were in medium level

after the termination of PPSMTI. There was no significant differential between

teacher’ field toward teacher’s perception in teacher’s confident to teaching in

Malay language, the used of teaching aid and teacher’s perception on their

students in class after the termination of PPSMTI. Lastly several suggestions

have been given to proceed with the further research.

Page 10: PERSEPSI GURU TERHADAP PEMANSUHAN · PDF file1.9 Istilah-istilah yang berkaitan 12. viii ... kursus Bahasa Inggeris bagi guru bidang Sains dan ... B Surat kesahan soal selidik C Borang

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKASURAT

PENGESAHAN PENYELIA i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI SINGKATAN xii

SENARAI LAMPIRAN xiii

BAB 1 MUKASURAT

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar belakang masalah 2

1.3 Penyataan masalah 5

1.4 Objektif kajian 7

1.5 Persoalan kajian 8

1.6 Hipotesis kajian 9

1.7 Kepentingan kajian 10

1.8 Skop Kajian 11

1.9 Istilah-istilah yang berkaitan 12

Page 11: PERSEPSI GURU TERHADAP PEMANSUHAN · PDF file1.9 Istilah-istilah yang berkaitan 12. viii ... kursus Bahasa Inggeris bagi guru bidang Sains dan ... B Surat kesahan soal selidik C Borang

viii

BAB 2 MUKASURAT

2.1 Pengenalan 15

2.2 Bidang Teknikal Dan Bahasa Inggeris 16

2.3 Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dan Matematik

dalam Bahasa Inggeris(PPSMI) dan Pengajaran Dan

Pembelajaran Sains, Matematik dan Teknikal dalam

Bahasa Inggeris(PPSMTI) 18

2.4 Keyakinan Guru 19

2.5 Alat Bantu Mengajar 20

2.6 Pelajar Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran 23

2.7 Kesan PPSMI/PPSMTI 24

2.7.1 Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuh

Bahasa Inggeris (MBMMBI) 25

2.8 Kajian Lepas 28

BAB 3 MUKASURAT

3.1 Pengenalan 30

3.2 Rekabentuk Kajian 31

3.3 Sampel Kajian 31

3.4 Lokasi Kajian 32

3.5 Instrumen Kajian 33

3.6 Kesahan Kajian 34

3.7 Tatacara Kajian 35

Page 12: PERSEPSI GURU TERHADAP PEMANSUHAN · PDF file1.9 Istilah-istilah yang berkaitan 12. viii ... kursus Bahasa Inggeris bagi guru bidang Sains dan ... B Surat kesahan soal selidik C Borang

ix

3.8 Kajian Rintis 37

3.9 Kaedah Analisis Data 38

BAB 4 MUKASURAT

4.1 Pengenalan 41

4.2 Analisis Bahagian A 42

4.2.1 Latar Belakang Responden 42

4.3 Analisis Bahagian B 45

4.3.1 Analisis persoalan kajian 1:

persepsi guru Sekolah Menengah Teknik

terhadap pemansuhan PPSMTI 46

4.3.1.1 Keyakinan guru untuk mengajar di dalam

kelas menggunakan Bahasa Melayu 46

4.3.1.2 Penggunaan alat bantu mengajar semasa

PPSMTI 49

4.3.1.3 Pandangan guru terhadap pelajar dalam

proses pengajaran dan pembelajaran 51

4.3.2 Analisis persoalan kajian 2:

perbezaan persepsi guru Sekolah Menengah

Teknik terhadap pemansuhan PPSMTI

dari segi bidang guru 53

4.3.2.1 Hipotesis, Ho1: Perbezaan antara bidang

dalam keyakinan guru untuk mengajar di

dalam kelas menggunakan Bahasa Melayu 53

4.3.2.2 Hipotesis, Ho2: Perbezaan antara bidang

Dalam penggunaan alat bantu mengajar

semasa PPSMTI 55

Page 13: PERSEPSI GURU TERHADAP PEMANSUHAN · PDF file1.9 Istilah-istilah yang berkaitan 12. viii ... kursus Bahasa Inggeris bagi guru bidang Sains dan ... B Surat kesahan soal selidik C Borang

x

4.3.2.3 Hipotesis, Ho3: Perbezaan antara bidang

dalam pandangan guru terhadap pelajar

dalam proses pengajaran dan pembelajaran 53

BAB 5 MUKASURAT

5.1 Pengenalan 56

5.2 Rumusan 57

5.3 Hasil Dapatan Kajian 58

5.3.1 Persoalan kajian 1: persepsi guru

Sekolah Menengah Teknik terhadap pemansuhan

pengajaran dan pembelajaran Sains, Matematik dan

Teknikal dalam Bahasa Inggeris 58

5.3.2 Persoalan kajian 2: perbezaan persepsi guru

antara bidang Sains dan Matematik dengan bidang

Teknikal 59

5.4 Perbincangan 60

5.4.1 Persepsi guru terhadap pemansuhan PPSMTI 60

5.4.1.1 Keyakinan guru untuk mengajar Bahasa

Melayu 60

5.4.1.2 Penggunaan Alat Bantu Mengajar

PPSMTI 62

5.4.1.3 Pandangan guru terhadap pelajar

dalam proses pengajaran dan pembelajaran 64

5.5 Cadangan 66

5.5.1 Cadangan bagi guru Sekolah Menengah Teknik

Page 14: PERSEPSI GURU TERHADAP PEMANSUHAN · PDF file1.9 Istilah-istilah yang berkaitan 12. viii ... kursus Bahasa Inggeris bagi guru bidang Sains dan ... B Surat kesahan soal selidik C Borang

xi

yang terlibat dalam PPSMTI 66

5.5.2 Cadangan bagi pihak sekolah 67

5.5.3 Cadangan untuk penyelidikan akan datang 67

5.6 Penutup 68

BIBLOGRAFI 69

LAMPIRAN

NO JADUAL TAJUK MUKASURAT

2.1 Carta pelaksanaan pemansuhan PPSMI 27

3.1 Populasi guru PPSMTI dan

jumlah sampel yang diperoleh 32

3.2 Taburan soalan mengikut konstruk soalan 34

3.3 jadual item yang dibuang dan diperbaiki 35

3.4 Aras dapatan kajian 39

3.4.1 Tahap berdasarkan nilai skor min 39

3.4.2 Ringkasan statistik kaedah analisis 40

4.1 Analisis keseluruhan taburan responden mengikut

item-item latar belakang responden 43

4.2 Keyakinan guru untuk mengajar di dalam kelas

menggunakan Bahasa Melayu 46

4.3 Persepsi guru terhadap penggunaan alat bantu mengajar

semasa PPSMTI selepas pemansuhan PPSMTI 49

4.4 Pandangan guru terhadap pelajar dalam proses pengajaran

dan pembelajaran selepas pemansuhan PPSMTI 51

4.5 Jadual dapatan ujian T bagi perbezaan antara bidang dalam

keyakinan guru untuk mengajar di dalam kelas

Page 15: PERSEPSI GURU TERHADAP PEMANSUHAN · PDF file1.9 Istilah-istilah yang berkaitan 12. viii ... kursus Bahasa Inggeris bagi guru bidang Sains dan ... B Surat kesahan soal selidik C Borang

xii

menggunakan Bahasa Melayu 53

4.6 Jadual dapatan ujian T bagi perbezaan antara bidang dalam

penggunaan alat bantu mengajar semasa PPSMTI 54

4.7 Jadual dapatan ujian T bagi perbezaan antara bidang dalam

pandangan guru terhadap pelajar dalam proses pengajaran

dan pembelajaran 55

SENARAI SINGKATAN

ABM -alat bantu mengajar

KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia

BPTV - Bahagian Pendidikan Teknik Dan Vokasional

BPPDP - Bahagian Perancangan Dan Penyelididkan Dasar Pendidikan

PPSMTI - Pengajaran Dan Pembelajaran Sains, Matematik Dan Teknikal

Dalam Bahasa Inggeris

PPSMI - Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dan Matematik Dalam

Bahasa Inggeris

ETEMS - kursus Bahasa Inggeris bagi guru bidang Sains dan Matematik

ETTecS - kursus Bahasa Inggeris bagi guru bidang Teknikal

ABM - alat bantu mengajar

STS - sangat tidak setuju

TS - tidak setuju

KS - kurang setuju

S - setuju

Page 16: PERSEPSI GURU TERHADAP PEMANSUHAN · PDF file1.9 Istilah-istilah yang berkaitan 12. viii ... kursus Bahasa Inggeris bagi guru bidang Sains dan ... B Surat kesahan soal selidik C Borang

xiii

SS - sangat setuju

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

A Borang soal selidik

B Surat kesahan soal selidik

C Borang pendaftaran dan pemilihan tajuk

Projek Sarjana Muda I/II

D Surat kebenaran dari Kementerian

Pendidikan Malaysia, Bahagian

Perancangan Dan Penyelidikan Dasar

Pendidikan

E Analisis kebolehpercayaan Alpha Cronbach

Page 17: PERSEPSI GURU TERHADAP PEMANSUHAN · PDF file1.9 Istilah-istilah yang berkaitan 12. viii ... kursus Bahasa Inggeris bagi guru bidang Sains dan ... B Surat kesahan soal selidik C Borang

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Kajian penyelididkan ini dijalankan untuk meninjau persepsi guru Sekolah

Menengah Teknik terhadap pemansuhan pengajaran Sains, Matematik dan Teknikal

dalam Bahasa Inggeris (PPSMTI). Bab ini menerangkan tentang pengenalan, latar

belakang masalah, objektif, persoalan, dan kepentingan kajian ini dan sebagainya.

Komunikasi merupakan suatu interaksi antara hidupan dengan spesisnya untuk

berhubung. Komunikasi yang berkesan memerlukan penyampaian maklumat yang jelas

serta tiada gangguan. Maklumat atau info yang disampaikan kepada penerima akan

ditakrif (decode) dan maklumbalas akan diberikan semula kepada pemberi maklumat.

Sebagai manusia yang berinteraksi antara satu sama lain, kita tidak lari daripada

menghadapi permasalahan dari segi berkomunikasi.

Page 18: PERSEPSI GURU TERHADAP PEMANSUHAN · PDF file1.9 Istilah-istilah yang berkaitan 12. viii ... kursus Bahasa Inggeris bagi guru bidang Sains dan ... B Surat kesahan soal selidik C Borang

2

Bahasa Inggeris merupakan bahasa kedua terbesar yang digunakan untuk

berkomunikasi selepas Bahasa Mandarin dengan 1000 juta pengguna di seluruh pelusuk

dunia. Selain itu, lebih dari 1800 perkataan Bahasa Inggeris dipinjam untuk digunakan

dalam bahasa-bahasa lain. Jadi tidak hairanlah Bahasa Inggeris menjadi lingua franca

dunia masa kini.

Dalam kontek negara Malaysia, Bahasa Inggeris merupakan bahasa kedua negara

selepas Bahasa Melayu. Jadi rakyat di negara Malaysia mempunyai asas kemahiran

menulis, bertutur dalam bahasa ini. Subjek Bahasa Inggeris yang telah lama diajarkan

pada peringkat prasekolah, sekolah menengah hingga ke institusi pengajian tinggi.

Dalam era globalisasi ini, Bahasa Inggeris amat diperlukan untuk berkomunikasi dengan

dunia luar, untuk mencari dan mendapatkan maklumat, untuk berniaga dan sebagainya.

Oleh itu, sistem pengajaran dan pembelajaran di Malaysia turut mengalami perubahan

yang tidak dapat dielakkan supaya mutu pendidikan negara yang dibentuk seiring

dengan keperluan sains dan teknologi masa kini.

1.2 Latar Belakang Masalah

Bahasa Inggeris adalah bahasa global dunia dan bahasa teknologi digunakan

yang secara meluas di serata dunia. Penggunaan internet yang sinonim dengan teknologi

misalnya, ia digunakan untuk mengakses maklumat yang dipaparkan di dalam internet.

Menurut Subraniam, (Berita Harian, 2006), iaitu Naib Presiden Persatuan Bahasa

Inggeris (Melta) menyatakan 85 peratus daripada sumber internet menggunakan Bahasa

Inggeris. Ini menunjukkan betapa pentingnya penggunaan Bahasa Inggeris kini pada

generasi akan datang. Oleh itu, ia perlu diterapkan pada pelajar dalam usaha

membangunkan rakyat yang berketerampilan, mampu berdaya saing di peringkat

antarabangsa dan sekaligus membawa negara ke persada antarabangsa.

Page 19: PERSEPSI GURU TERHADAP PEMANSUHAN · PDF file1.9 Istilah-istilah yang berkaitan 12. viii ... kursus Bahasa Inggeris bagi guru bidang Sains dan ... B Surat kesahan soal selidik C Borang

3

“kebanyakan sumber ilmu di dalam bentuk ilmiah samada daripada bahan

cetakan atau media elektronik menggunakan Bahasa Inggeris sebagai

perantaraan. Langkah kerajaan untuk menambah lagi penglibatan pelajar

dalam penggunaan Bahasa Inggeris di sekolah supaya dapat menguasai

Bahasa Inggeris dengan lebih baik dan seterusnya dapat mewujudkan

masyarakat berilmu.’ (Salbihana , 2006)

Pelbagai usaha yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan untuk memastikan

pelajar mahir menggunakan Bahasa Inggeris ini antaranya dengan mewajibkan para

pelajar menduduki peperiksaan MUET dan mencapai sekurang- kurangnya gred 3

sebagai syarat melanjutkan pelajaran ke universiti. Peperiksaan MUET ini dilakukan

kerana hampir majoriti sumber maklumat yang terdapat di dalam universiti hanya boleh

didapati dalam Bahasa Inggeris. Oleh itu, ia merupakan langkah yang baik, agar

mahasiswa dan mahasiswi dapat bersiap sedia menggunakan bahasa ini semasa

menuntut di universiti. Begitu juga dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains,

Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Bahasa ini dijadikan bahasa pengantar di

dalam subjek Sains dan Matematik di semua sekolah di negara kita. Penggunaan Bahasa

Inggeris dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah dilihat seolah-olah

memaksa pelajar serta guru subjek berkenaan. Memang tidak dapat dinafikan, bahawa

pihak kementerian terpaksa memaksa pihak yang terlibat dalam dasar ini untuk

menerima. Kerajaan melakukan program ini semata-mata untuk memastikan generasi

akan datang mendapat menempuh kehidupan yang lebih mencabar akan datang.

Walaupun Bahasa Inggeris ini telah dipelajari oleh rakyat di Malaysia selama 11 tahun

mengikut kurikulum pendidikan yang ada, namun pencapaiannya tidak

memberangsangkan. Malah mahasiswa dan mahasiswi universiti tempatan juga

mempunyai masalah sama dalam menguasai bahasa ini.

Dasar Pengajaran Dan Pambelajaran Sains, Matematik dan Teknikal Dalam

Bahasa Inggeris (PPSMTI) merupakan kesinambungan daripada PPSMI. PPSMTI

Page 20: PERSEPSI GURU TERHADAP PEMANSUHAN · PDF file1.9 Istilah-istilah yang berkaitan 12. viii ... kursus Bahasa Inggeris bagi guru bidang Sains dan ... B Surat kesahan soal selidik C Borang

4

dijalankan dua tahun selepas perlaksanaan PPSMI. PPSMTI menekankan penggunaan

Bahasa Inggeris ini dalam bidang teknikal iaitu melibatkan Sekolah Menengah Teknik,

politeknik, kolej komuniti dan lain-lain institusi yang berkaitan.Menurut Ahmad (berita

harian, 2005) dalam Lee Ting, Pua (2006), bermula tahun 2006, sekolah menengah

teknik akan kembali menjadi sekolah aliran Bahasa Inggeris. Subjek kejuruteraan ialah

subjek yang memerlukan kefahaman yang jelas dari segi konsep dan sekiranya pelajar

tidak menguasai bahasa ini, dikuatiri pelajar tidak dapat memahami pengajaran yang

akhirnya membunuh rasa minat pelajar untuk belajar. Sekolah Menengah Teknik

dikatakan akan beraliran Bahasa Inggeris memandangkan hampir semua subjek yang

diajar menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Subjek yang terlibat ialah,

subjek-subjek kejuruteraan seperti Pengajian Kejuruteraan Elektrik, termasuk Lukisan

Kejuruteraan, subjek Matematik, Matematik Tambahan dan subjek-subjek elektif sains

seperti Kimia, tidak terkecuali subjek Bahasa Inggeris sendiri.

Perlaksanaan dasar yang diusahakan selama tujuh tahun ini akhirnya terpaksa

dimansuhkan kerana dikatakan tidak relevan dan tidak sesuai dengan Perlembagaan

Persekutuan Perkara 152(1), yang menyatakan Bahasa Melayu perlu digunakan sebagai

bahasa rasmi negara. Pemansuhannya merugikan negara, kerana kerajaan telahpun

membelanjakan berbillion wang ringgit untuk membekalkan peralatan tambahan yang

perlu digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran subjek berkenaan.

Antara masalah utama yang dihadapi dalam pengajaran dan pembelajaran yang

memyebabkan program ini dimansuhkan adalah berkenaan masalah guru yang tidak

dapat menyampaikan ilmu dengan baik disebabkan guru tidak mahir dalam bertutur

Bahasa Inggeris. Ini dapat dilihat melalui kajian-kajian yang telah dilakukan oleh pihak-

pihak tertentu semasa perlaksanaannya. Antaranya, laporan Kajian Kompetensi Guru

Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dan Matematik Menggunakan Bahasa

Inggeris Serta Implikasinya Terhadap Prestasi Ke Arah Pembangunan Modal Insan

Murid menyatakan bahawa kebanyakan guru yang mengajar subjek yang berkaitan,

menggunakan campuran Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Keadaan ini jelas

Page 21: PERSEPSI GURU TERHADAP PEMANSUHAN · PDF file1.9 Istilah-istilah yang berkaitan 12. viii ... kursus Bahasa Inggeris bagi guru bidang Sains dan ... B Surat kesahan soal selidik C Borang

5

menunjukkan guru masih tidak mahir dalam menyampaikan pengajaran dalam bahasa

asing itu.

1.3 Pernyataan Masalah

Guru merupakan agen yang bertanggungjawab dalam membawa perubahan pada

generasi akan datang melalui penyampaian ilmu kepada anak didikan mereka mengikut

acuan yang telah ditetapkan oleh kementerian serta dasar yang dibawa. Kini Sekolah

Menengah Teknik di serata negara akan mengalami perubahan yang besar melalui

Rancangan Malaysia ke-9 dimana penekanan dalam bidang kemahiran diberi keutamaan

dalam melahirkan ramai tenaga mahir yang mencukupi selaras seperti yang disasarkan di

dalam Modal Ekonomi Baru. Konsep ‘Voctech’ diperkenalkan untuk penjenamaan

semula Sekolah Menengah Vokasional. Ini menunjukkan satu transformasi yang akan

melonjakkan bidang teknikal ini. Bagaimanakah masa depan rakyat yang berkemahiran

ini dapat diterapkan untuk kepentingan masyarakat dan negara sekiranya mereka tidak

dapat menempuh cabaran dunia luar akibat daripada kekangan komunikasi. Idea kreatif

dan inovatif mereka tentunya tidak dapat disampaikan di dunia global.

Jika dilihat dari kajian sebelum ini berkenaan dengan penggunaan Bahasa

Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran, banyak hasil dari kajian yang mendapati

guru-guru menyampaikan ilmu kepada pelajar dengan menggunakan dwibahasa iaitu

Bahasa Inggeris yang dicampur-aduk dengan Bahasa Melayu sedangkan di dalam

peperiksaan pelajar perlu menjawab soalan di dalam Bahasa Inggeris. Menurut Tan Sri

Muhyiddin Yassin (Berita Harian, 2009), pemansuhan PPSMI/PPSMTI ini akan

dijalankan secara perlahan – lahan dan akan dijalankan sepenuhnya menjelang 2012.

Dalam tempoh itu, pelajar yang mula belajar dengan menggunakan Bahasa Inggeris

akan terus diajar dengan bahasa tersebut namun diberi kelonggaran untuk memilih untuk

menjawab soalan peperiksaan samaada di dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu.

Page 22: PERSEPSI GURU TERHADAP PEMANSUHAN · PDF file1.9 Istilah-istilah yang berkaitan 12. viii ... kursus Bahasa Inggeris bagi guru bidang Sains dan ... B Surat kesahan soal selidik C Borang

6

Keadaan ‘perlahan-lahan’ yang dinyatakan oleh beliau mungkin juga memberi kesan

berbeza sekiranya guru akan lebih terbiasa atau berminat menggunakan dwibahasa dan

tidak mustahil sekiranya pemansuhan ini selesai keseluruhannya, guru-guru subjek

berkaitan masih selesa menggunakan dwibahasa semasa mengajar di dalam kelas.

Guru biasanya menggunakan sesetengah perkataan penting dalam Bahasa

Inggeris, namun dari segi penyampaian pengajaran terutama pengajaran yang

melibatkan penerangan proses guru menggunakan Bahasa Melayu contohnya apabila

melibatkan penggunaan alat , kerana ia lebih mudah difahami oleh pelajar. Perkara ini

seolah-olah menunjukkan guru lebih berminat menggunakan dwibahasa semasa

mengajar anak didiknya. Persoalannya, adakah situasi yang sama juga berlaku terhadap

guru-guru yang mengajar di Sekolah Menengah Teknik yang diketahui kebanyakan

sumber ilmunya dari bahasa asing tersebut.

Nik Safiah (1988) dalam Kamaruzzaman(2006) menyatakan apabila dua bahasa

bertembung, penutur dari kedua-dua bahasa itu akan berusaha mempelajari bahasa pihak

yang ditembunginya. Keadaan ini menghasilkan gejala kedwibahasaan dimana taraf

kedwibahasaan adalah berbeza-beza di antara faktor yang menjadi ukuran adalah faktor

penggunaan dan kefahaman, dalam bentuk lisan serta tulisan.

Seperti yang diketahui, guru-guru dan kementerian melaburkan masa, dan wang

bagi menghasilkan alat bantu mengajar supaya ia selaras dengan pengajaran dan

pembelajaran guru di dalam kelas. Menurut Wahid (2007), setelah memasuki fasa

kelima, PPSMI telah menelan belanja lebih daripada RM1.75 billion bagi membekalkan

130,556 notebook, 78,480 projektor multimedia LCD, 109,640 skrin, 2,325 set

televisyen dan 9707 pencetak. Ini bertujuan melengkapi aspek pembestarian sekolah

dengan perkakasan komputer, SchoolNet, televisyen pendidikan serta inisiatif PPSMI,

jumlah wang yang dilaburkan ini tidak termasuk perisian kursus mengajar ke seluruh

sekolah.

Page 23: PERSEPSI GURU TERHADAP PEMANSUHAN · PDF file1.9 Istilah-istilah yang berkaitan 12. viii ... kursus Bahasa Inggeris bagi guru bidang Sains dan ... B Surat kesahan soal selidik C Borang

7

Hasil kajian Lee Ting, Pua (2006) di dalam perbincangannya mendapati

kebanyakan guru masih menggunakan alat bantu yang lama iaitu OHP bagi persediaan

mengajar Lukisan Kejuruteraan Semasa PPSMTI namun terdapat juga guru yang

membuat sendiri alat bantu mengajar untuk menghadapi PPSMTI. Jurnal yang bertajuk

“Antara Aku, Mereka dan Peralatan PPSMI…..” oleh Philip ak Pupur (2006),

mendapati walaupun guru-guru telah diberi latihan bengkel untuk menggunakan

peralatan PPSMI namun masih terdapat guru-guru yang masih tidak menggunakan

teknologi kerana masalah kekangan untuk menghabiskan sukatan pelajaran. Adakah alat

bantu mengajar yang telah disediakan ini dan alat bantu mengajar yang dibuat sendiri

oleh guru semasa PPSMTI masih relevan untuk digunapakai walaupun setelah PPSMTI

dimansuhkan?

Jika benar perubahan semula melalui pemansuhan PPSMI/PPSMTI ini memberi

impak yang baik keatas guru serta anak didiknya, apakah persepsi guru-guru di Sekolah

Menengah Teknik ini terhadap pemansuhan program ini. Apakah mereka berkeyakinan

menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya semasa proses pengajaran dan pembelajaran

ini berlaku atau guru-guru ini akan masih menggunakan bahasa inggeris atau dwibahasa

dalam menyampaikan isi pengajaran mereka. Apakah guru-guru ini masih dapat

menggunakan alat bantu mengajar semasa PPSMTI dilaksanakan walaupun ia telah

dimansuhkan. Apakah pandangan guru terhadap pelajarnya semasa proses pengajaran

dan pembelajaran setelah PPSMTI dimansuhkan.

1.4 Objektif Kajian

Secara umumnya, objektif utama kajian ini dilakukan adalah bertujuan meninjau

persepsi guru Sekolah Menengah Teknik yang terlibat program Pengajaran Dan

Pembelajaran Sains, Matematik dan Teknikal dalam Bahasa Inggeris (PPSMTI)

terhadap pemansuhan program ini yang sedang dijalankan dan dijangka tamat

Page 24: PERSEPSI GURU TERHADAP PEMANSUHAN · PDF file1.9 Istilah-istilah yang berkaitan 12. viii ... kursus Bahasa Inggeris bagi guru bidang Sains dan ... B Surat kesahan soal selidik C Borang

8

sepenuhnya pada tahun 2012. Secara khususnya, objektif kajian ini adalah seperti

dibawah:

1. Mengenalpasti persepsi guru Sekolah Menengah Teknik terhadap pemansuhan

PPSMTI.

2. Mengenalpasti perbezaan persepsi guru Sekolah Menengah Teknik terhadap

pemansuhan PPSMTI dari segi bidang yang diajar iaitu bidang Sains dan

Matematik dengan bidang Teknikal.

1.5 Persoalan Kajian

Kajian ini cuba untuk menjawab soalan-soalan seperti berikut:

1. Bagaimanakah persepsi guru sekolah menengah teknik terhadap pemansuhan

PPSMTI?

a. Bagaimanakah guru berkeyakinan untuk mengajar subjek yang diajari

menggunakan Bahasa Melayu selepas dengan pemansuhan PPSMTI?

b. Bagaimanakah guru masih dapat menggunakan alat bantu mengajar

semasa PPSMTI, di dalam pengajarannya selepas PPSMTI dimansuhkan?

c. Bagaimanakah pandangan guru terhadap pelajar dalam proses pengajaran

dan pembelajaran selepas pemansuhan PPSMTI?

Page 25: PERSEPSI GURU TERHADAP PEMANSUHAN · PDF file1.9 Istilah-istilah yang berkaitan 12. viii ... kursus Bahasa Inggeris bagi guru bidang Sains dan ... B Surat kesahan soal selidik C Borang

9

2. Adakah terdapat perbezaan persepsi guru di antara bidang Sains dan Matematik

dengan bidang Teknikal?

a. Adakah terdapat perbezaan keyakinan untuk mengajar subjek yang diajari

menggunakan Bahasa Melayu antara guru bidang Teknikal dan guru

bidang Sains dan Matematik?

b. Adakah terdapat perbezaan dalam penggunaan semula alat bantu

mengajar PPSMTI dalam pengajaran guru selepas pamansuhan PPSMTI

antara guru bidang Teknikal dan guru bidang Sains dan Matematik?

c. Adakah terdapat perbezaan pandangan guru terhadap pelajar proses

pengajaran dan pembelajaran selepas pemansuhan PPSMTI antara guru

bidang Teknikal dan guru bidang Sains dan Matematik?

1.6 Hipotesis Kajian

Kajian ini telah menguji beberapa hipotesis yang berkaitan dengan objektif

kajian. Di antara hipotesis yang telah dikenalpasti adalah berdasarkan persoalan kajian

2a, 2b, dan 2c iaitu:

Ho1: Tidak terdapat perbezaan keyakinan guru untuk mengajar menggunakan Bahasa

Melayu antara guru bidang Teknikal dan guru bidang Sains dan Matematik.

Page 26: PERSEPSI GURU TERHADAP PEMANSUHAN · PDF file1.9 Istilah-istilah yang berkaitan 12. viii ... kursus Bahasa Inggeris bagi guru bidang Sains dan ... B Surat kesahan soal selidik C Borang

10

Ho2: Tidak terdapat perbezaan dalam penggunaan semula alat bantu mengajar

PPSMTI dalam pengajaran guru selepas pamansuhan PPSMTI antara guru

bidang Teknikal dan guru bidang Sains dan Matematik.

Ho3: Tidak terdapat perbezaan pandangan guru terhadap kesediaan belajar pelajar

selepas pemansuhan PPSMTI antara guru bidang Teknikal dan guru bidang Sains

dan Matematik.