Persepsi Guru

download Persepsi Guru

of 64

Transcript of Persepsi Guru

BAB 1 PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan Masyarakat Malaysia menjelang 2020 diharap akan menjadi masyarakat terdiri antara individu yang dapat mengimbangi pencapaian metarial dan fizikal dengan nilai moral dan etika yang tinggi. Negara bangsa yang dicita-cita ialah negara yang mempunyai ciri-ciri tersendiri dan berdasarkan model dan acuan sendiri. Hal ini telah dinyatakan oleh mantan Perdana Menteri keempat; Tun Dr Mahathir Mohamad (1991) yakni menjelang tahun 2020, Malaysia diharap akan menjadi sebuah negara yang mesti mencapai:

.. . . . . . . .

Masyarakat yang bersatu padu. Bangsa Malaysia yang bebas teguh dan berbentuk jiwa dan bangsanya. Masyarakat yang yakin akan diri sendiri dan dihormati bangsa lain. Masyarakat demokratik yang diteladani oleh negara lain. Masyarakat yang matang, bertataetika dan bermoral sepenuhnya. Masyarakat yang matang, liberal dan bertoleransi. Masyarakat yang maju dan sainstifik, berbudaya penyayang. Masyarakat yang adil dan saksama ekonominya. Masyarakat yang makmur dan ekonomi berdaya saing, dinamik, tahan lasak dan mempunyai daya ketahanan.

Matlamat menjadi negara maju beracuan sendiri seperti yang digaris dalam sembilan cabaran ini bukanlah sesuatu yang mudah dicapai kerana memerlukan kerjasama semua pihak. Golongan yang mempunyai peranan yang besar dalam merealisasikan Wawasan 2020 ialah golongan pendidik.

1

Dalam memastikan kejayaan menggapai cabaran-cabaran Wawasan 2020, Kementerian Muridan telah menetapkan wawasannya yang tersendiri untuk mewujukkan sistem pendidikan yang terbaik. Hal ini adalah bertujuan untuk menghasilkan insan yang mempunyai daya ketahanan tinggi bagi memenuhi aspirasi dan kehendak individu, masyarakat dan negara. Kewujudan Falsafah Pendidikan Kebangsaan pada tahun 1988, menjadi teras dan tunjang bagi semua akiviti dan program pendidikan yang selaras dengan Wawasan 2020.

Kerajaan juga telah menetapkan matlamat untuk menjadikan Malaysia Pusat Kecemerlangan Pendidikan Serantau. Hal ini perlu bermula daripada peringkat bawah iaitu sekolah. Pengetua sebagai pemimpin dan pengurus di sekolah menjadi faktor utama bukan sahaja dalam menentukan kejayaan sesebuah sekolah, bahkan dengan kepimpinana dan pengurusannya, serta visi dan misinya, beliau dapat menentukan hala tuju mana-mana institusi yang diamanahkannya. Oleh itu, untuk melahirkan sekolah yang cemerlang pengetua yang cemerlang juga diperlukan.

Geltner (1981) telah mengenal pasti lima peranan pengetua atau guru besar yang dikaitkan dengan keberkesanan dari segi iklim dan pencapaian sekolah. Peranan ini dikelaskan oleh pengkaji itu berdasarkan persepsi guru yang bekerja dalam sekolah tersebut. Kelima-lima peranan itu termasuk:

1. Pengetua dianggap sebagai ahli falsafah pendidikan. Guru menganggap pengetua sebagaiorang penting dalam kehidupan mereka di sekolah. Dia mengetahui dan menjelaskan apaapa yang dipercayainya tentang matlamat dan tujuan tugasan mereka. Guru-guru faham dan berkongsi apa-apa yang dipercayai oleh pengetua serta turut memberi sokongan kepadanya. Dengan ini, kerja-kerja di sekolah dapat dijalankan berkesan dan penuh bererti melalui perpaduan yang wujud dalam kalangan guru.

2

2. Pengetua dianggap sebagai model pendidikan. Mereka menganggap pengetua sebgaimodel yang mengubah tingkah laku guru dengan menunjukkan contoh dan teladan yang baik.

3. Pengetua dianggap sebagai penyokong pendidikan. Guru-guru menganggap pengetuasebagai sumber untuk mendapatkan sokongan. Guru-guru memahami bahawa sokongan Pengetua sejak mereka mula bertugas memberi kesan yang mendalam kepada mereka dan bidang profesionalisme.

4. Pengetua dianggap sebagai rakan sependidikan. Guru menganggap pengetua sebagairakan seperjawatan dalam hubungan dengan murid dan ibu bapa. Pengetua berpengetahuan luas tentang program pendidikan, prestasi murid serta sentiasa berusaha membuat keputusan saecar kolektif untuk mencapai matlamat pengajaran.

5. Pengetua sebagai orang yang memulakan perubahan pendidikan. Guru melihat pengetuasebagai penentu utama dalam pelaksanaan inovasi sekolah. Punca perubahan di sekolah mewujudkan kerjasama antara pengetua dengan guru. Guru-guru akan turut merasakan bahawa mereka terlibat terus dalam membuat keputusan tentang perkembangan dan reformasi pengajaran sekolah.

Thevan (1994) telah merujuk kepada Presiden Bill Clinton - yang pada masa itu bertugas sebagai Pengerusi Persatuan Gabenor Kebangsaan U.S, sebagai menyatakan bahawa pengetua sekolah ialah kunci lepada perubahan pendidikan di sekolah-sekolah. Para pengetua terlibat secara langsung dalam perubahan, maka mereka perlu menyedari ciri-ciri berkesan stail kepimpinan yang efektif serta menilai keberkesanan stail kepimpinan sendiri. Thevan dalam tesisnya (1994), juga merujuk kepada Lembaga Pendidikan Rantau Selatan U.S The Southern Regional Education Bord pada 1981, menyatakan bahawa kejayaan dan kegagalan sesebuah sekolah kerajaan lebih bergantung kepada pengetua daripada mana-mana individu lain.

3

Edmonds (Yahya Don, 2007) menyatakan bahawa, Principal can make a difference, yang bermaksud bahawa kejayaan sesebuah sekolah terletak di tangan pengetua. Maka Pengetuapengetua Malaysia mesti berkebolehan membaca perubahan dalam sekolah dan menggunakan pelbagau stail-stail kepimpinan yang sepatutnya supaya boleh berfungsi sebagai pemimpin yang efektif dalam memimpin kakitangan akademik, bukan akademik dan murid ke arah mencapai misi sekolah dan negara. Pengetua seharusnya boleh mengubah suai stail kepimpinannya dalam apa-apa jua keadaan sama ada di pejabat, Jabatan Pendidikan atau Kementerian Pendidikan untuk bekerjasama dengan komuniti setempat, menyelia para penolong kanan, memperbaiki pencapaian murid serta memotivasi para staf dalam organisasinya.

Anugerah-anugerah dan hadiah-hadiah yang diberikan kepada sekolah-sekolah yang mencapai kecemerlangan dalam peperikasaan awam seperti UPSR, PMR, SPM dan STPM membuktikan bahawa Kemenuterian Muridan mementingkan pencapaian dan kecemerlangan akademik. Keadaan dan tuntutan ini bermakna tugas dan tanggungjawab para pendidikan khususnya pengetua dan guru-guru adalah amat berat dan mencabar kerana kejayaan dan keberkesanan sekolah terletak di bahu mereka.

Jawatankuasa Taraf

Pelajaran di Sekolah-sekolah, iaitu subbahagian bawah Kementerian

Pendidikan Malaysia (1982) telah mengusulkan bahawa seseorang pengetua perlulah cekap dan banyak menghabiskan masa mengelolakan aktiviti-aktiviti pembelajaran di sekolah, mengekalkan penyeliaan secara berkesan, bertindak sebagai pakar runding, penasihat dan koordinator bagi progam-program pengajaran dan pembelajaran di sekolah, perlu meluangkan masa dalam aktivitiaktivit profesional guru dan murid dan bukan bekerja semata-mata sebagai pentadbir yang terkurung di biliknya dan mengeluarkan arahan dan surat-surat siaran.

4

Laporan Jawatankuasa Taraf Pelajaran ini mencerminkan persepsi warga pendidik terhadap stail kepimpinan Pengetua. Di sini persepsi guru-guru memainkan peranan penting dalam menentukan stail kepimpinan seseorang pengetua kerana mereka sentiasa berhubung secara langsung antara satu sama lain dalam urusan tugas harian. Persepsi guru-guru ini terbentuk melalui tiga tahap proses iaitu proses cetusan rangsangan pancaindera (DeVito, 1991).

Dalam dunia pendidikan, kebanyakan penilaian dijalankan melalui tafsiran, tanggapan ataupun melalui persepsi sahaja. Misalnya, penilaian prestasi guru bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM) dikatakan hampir 70% penilaian terhadap seseorang guru adalah berdasarkan kepada pemerhatian, pengamatan dan tafsiran pencaindera seseorang pengetua. Hal ini adalah kerana kerana output ataupun produk dalam sektor pendidikan adalah sesuatu yang subjektif dan tidak nampak dengan jelas, berbanding dengan output daripada sesebuah kilang.

Hakikatnya, stail kepimpinan pengetua adalah sesuatu yang sukar diramal kerana seseorang pengetua terpaksa berhadapan dengan pelbagai pihak seperti pegawai atasan, ibu bapa, guru-guru, murid-murid dan komuniti masyarakat setempat. Jadi, stail kepimpinan seseorang pengetua ini ditentukan oleh pelbagai pihak yang berurusan dengan beliau. Di sini guru-guru juga dapat menilai stail kepimpinan pengetua melalui pemerhatian, pengamatan dan tafsiran pencaindera mereka. Oleh sebab banyak orang memerhati dan menilai seorang pengetua, maka keadaan ini mencetuskan pelbagai bentuk persepsi mereka terhadap stail kepimpinan seseorang pengetua.

Persepsi guru-guru yang berbeza ini turut dipengaruhi oleh jantina, umur, pengalaman bekerja bersama, jawatan yang disandang dan juga kategori perkhidmatan seseorang guru di sekolah. Misalnya persepsi seorang guru perempuan boleh jadi positif ataupun negatif terhadap stail kepimpinan pengetua lelaki. Sekiranya seseorang guru itu lebih tua dan mempunyai pengalaman mengajar yang lebih lama daripada seseorang pengetua, mungkin persepsi beliau terhadap stail

5

kepimpinan pengetua muda ini jauh berbeza dengan guru-guru muda. Begitu juga suasana tempat kerja yang selesa dapat membentuk persepsi yang berbeza dengan suasana tempat kerja yang kurang menarik dan sebagainya. Maka di sini jelas bahawa persepsi guru-guru terhadap stail kepimpinan pengetua dapat dikatakan dipengaruhi oleh pelbagai faktor dan keadaan ini memainkan peranan penting dalam menentukan kejayaan iklim organisasi sesebuah sekolah dan pencapaian akademik sesebuah sekolah.

1.1 Pernyataan Masalah Berdasarkan pernyataan di atas kajian ini akan cuba mengenal pasti persepsi guru-guru terhadap stail kepimpinan pengetua dan sejauhmana persepsi ini mempengaruhi iklim sekolah di Bahagian Samarahan, Sarawak.

1.2 Objektif Kajian Objektif kajian dibahagi kepada dua bahagian iaitu objektif umum dan objektif khusus.

1.2.1 Objektif Umum Objektif umum kajian ini adalah untuk mengenal pasti persepsi guru-guru terhadap stail kepimpinan pengetua dan kaitannya dengan iklim sekolah.

1.2.2 Objektif Khusus

.

Mengenal pasti persepsi guru terhadap stail kepimpinan pengetua di Bahagian Samarahan, Sarawak.

.

Mengenal pasti faktor-faktor demografi guru yang mempengaruhi persepsi guru-guru terhadap stail kepimpinan pengetua sekolah menengah di Bahagian Samarahan, Sarawak.

6

.

Mengenal pasti perkaitan antara persepsi guru-guru terhadap stail kepimpinan pengetua dan pembentukan iklim sekolah di Bahagian Samarahan, Sarawak.

.

Mengenal pasti faktor-faktor iklim sekolah yang paling mempengaruhi stail kepimpinan pengetua di Bahagian Samarahan, Sarawak.

1.3 Persoalan Kajian

1. Adakah terdapat perbezaan dalam persepsi guru-guru terhadap stail kepimpinan pengetuaberdasarkan jantina?

2. Adakah wujud perbezaan dalam persepsi guru-guru terhadap stail kepimpinanberdasarkan katogari perkhidmatan?

3. Adakah wujud perbezaan signifikan dalam persepsi guru-guru terhadap stail kepimpinanpengetua berdasarkan jawatan disandang?

4. Adakah wujud perbezaan dalam persepsi guru-guru terhadap stail kepimpinan pengetuaberdasarkan pengalaman mengajar.

5. Adakah wujud perbezaan dalam persepsi guru-guru terhadap stail kepimpinanberdasarkan umur? 6. Adakah terdapat hubungan antara persepsi guru-guru terhadap stail kepimpinan pengetua dengan pembentukan iklim sekolah? 7. Adakah faktor-faktor iklim sekolah yang mempengaruhi persepsi guru-guru terhadap stail kepimpinan pengetua di Bahagian Samarahan, Sarawak?

1.4 Hipotesis Kajian

1. Tidak terdapat perbezaan signifikan antara persepsi guru-guru terhadap stail kepimpinan(mengarah, menyokong, partisipatif dan orientasi kejayaan) berdasarkan jantina.

7

2. Tidak terdapat perbezaan signifikan antara persepsi guru-guru terhadap stail kepimpinan(mengarah, menyokong, partisipatif dan orientasi kejayaan) pengetua berdasarkan kategori perkhidmatan.

3. Tidak terdapat perbezaan signifikan antara persepsi guru-guru terhadap stail kepimpinan(mengarah, menyokong, partisipatif dan orientasi kejayaan) pengetua berdasarkan jawatan yang disandang.

4. Tidak terdapat perbezaan signifikan antara persepsi guru-guru terhadap stail kepimpinan(mengarah, menyokong, partisipatif dan orientasi kejayaan) pengetua berdasarkan umur. 5. Tidak terdapat hubungan signifikan antara persepsi guru-guru terhadap stail kepimpinan pengetua dengan pembentukan iklim sekolah.

1.5 Kerangka Konseptual Pemboleh Ubah Bersandar Pemboleh Ubah Bebas

Persepsi guru-guru terhadap stail kepimpinan pengetua . . . . mengarah menyokong partisipatif orientasi kejayaan

Ciri-ciri Demografi Guru . . . . . jantina umur pengalaman mengajar kategari perkhidmatan jawatan disandang

Iklim Sekolah 1. faktor keseluruhan 2. faktor proses pengajaran dan pembelajaran 3. faktor proses pengurusan 4. Faktor persekitaran

Rajah 1.1 Kerangka Konseptual

8

Berdasarkan Rajah 1.1, pembolehu bah bebas dalam kajian ini terdiri daripada ciri-ciri demografi seperti jantina, katogari perkhidmatan dan jawatan disandang. Pemboleh ubah bebas yang kedua ialah iklim sekolah yang terdiri daripada faktor-faktor keseluruhan (saling menghormati dan saling mempercayai, proses pengajaran dan pembelajaran (kemajuan berterusan akademik, sosial dan pembaharuan dalam pendidikan), proses pengurusan (peluang bersama dan semangat kekitaan) dan persekitaran (sokongan moral dan kasih sayang). Pemboleh ubah bersandar ialah persepsi guru-guru terhadap stail kepimpinan pengetua yang terdiri daripada stail mengarah, stail menyokong, stail partisipatif dan stail orientasi kejayaan.

1.6 Definisi Operasi 1.6.1 Persepsi Abdul Ghani Ishak (1994), mentafsirkan persepsi sebagai tanggapan, pandangan atau perasaan seseorang atau perasaan seseorang terhadap sesuatu perkara mengikut pengetahuan yang ada pada orang itu. Menurut Noraini (1996), persepsi amat dipengaruhi oleh latar belakang, pengalaman, kepercayaan dan pegangan nilai seseorang. Oleh itu, beliau mengungkapkan persepsi ialah cara seseorang itu melihat serta mentafsir sesuatu berdasarkan pengalaman dan kebolehpercayaan serta pegangan nilai. Secara umumnya, persepsi dapat difahami sebagai tanggapan atau pandangan orang tentang sesuatu perkara seperti keadaan persekitaran, pegangan nilai, taraf pendidikan, pengalaman dan sebagainya. Oleh itu persepsi dapat ditafsirkan sebagai satu hasil cetusan domain kognitif dan afektif iaitu tanggapan daripada proses pemikiran dan perasaan seseorang terhadap sesuatu perkara. Persepsi dalam kajian ini merujuk kepada tanggapan seseorang guru terhadap stail kepimpinan pengetua dan pengaruhnya ke atas iklim sekolah dan pencapaian akademik murid.

1.6.2 Kepimpinan

9

Berdasarkan pengertian kepimpinan oleh Drucker (1992), kepimpinan dilihat sebagai tanggungjawab pemimpin untuk merancang misi organisasi, menentukan matlamat, keutamaan dan tahap pencapaian. Wan Mohd Zahid Mohd Nordin (1993) mengganggap kepimpinan sebagai kebolehan yang mendorong manusia untuk berusaha dengan penuh kegairahan bagi mencapai matlamat yang dikenal pasti. Kepimpinan dalam kajian ini merujuk kepada cara seorang pengetua mempengaruhi kakitangan bawahanya supaya mereka dapat berusaha secara suka rela ke arah pencapaian visi, misi dan objektif sekolah dan negara. Kajian ini akan mengkaji persepsi guruguru terhadap stail kepimpinan pengetua.

1.6.3 Stail Kepimpinan Menurut Abdul Ghani Abdullah, Abd. Rahman Abd. Aziz dan Mohammed Zohir Ahmad (2008), stail kepimpinan ialah satu kemahuan yang memimpin dan mempengaruhi gelagatnya dalam pelbagai suasana kepimpinan. Dalam kajian ini, stail kepimpinan pengetua ialah gaya, cara atau stail beliau menjalankan tugasnya sebagai pemimpin di sesebuah sekolah. Stail atau cara ini berbeza antara satu sama lain bersesuaian dengan keperibadian, latihan yang diterima dan suasana persekitaran tempat seseorang bertugas. Kesimpulannya, stail kepimpinan merujuk kepada keseragaman dan kehendak pemimpin dalam suasana yang berlainan. Untuk tujuan kajian ini, empat stail kepimpinan akan dikaji iaitu stail kepimpinan mengarah, menyokong, partisipatif dan orientasi kejayaan pengetua.

1.6.4 Pengetua Pengetua ialah guru yang dilantik secara rasmi oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mengetuai sesebuah sekolah menengah dan diberi tanggungjawab untuk menguruskan segala sumber yang ada di sekolah.

1.6.5 Iklim Sekolah

10

Iklim sekolah didefinisikan sebagai persekitaran (keadaan) umum di sekolah termasuk keadaankeadaan sosial, .budaya dan pendidikan yang mempengaruhi sikap, kelakuan dan penglibatan dalam sekolah. Iklim sekolah ditakrifkan sebagai kesepaduan ciriciri persekitaran yang membentuk organisasi sekolah (Tagiuri, 1968). Bagi kajian ini, iklim sekolah merujuk kepada budaya sesebuah sekolah yang terhasil daripada interaksi sesama warga sekolah dan stail kepimpinan seseorang pengetua yang diberi kuasa untuk memimpin dan mentadbir sekolah tersebut. Lapan faktor iklim sekolah (hormat-menghormati, saling mempercayai, pembaharuan dalam pengajaran dan pembelajaran, peningkatan akademik, peluang bersama, semangat kekitaan, moral dan kasih sayang) telah dikategorikan dalam empat kumpulan seperti faktor keseluruhan, faktor proses pengurusan, faktor proses pengajaran dan pembelajaran serta faktor persekitaran untuk dikaji dalam kajian ini.

1.6.6 Sekolah Menengah Sekolah Menengah di Malaysia terdiri daripada dua jenis. Satu daripadanya ialah Sekolah Menengah Bantuan Penuh Kerajaan (SMBPK) dan Sekolah Menengah Separuh Bantuan Kerajaan (SMSBK). SMBPK terdiri daripada murid-murid tingkatan satu hingga ke tingkatan enam. Terdapat juga sekolah menengah yang mempunyai murid-murid dari tingkatan satu hingga tingkatan tiga. Walau bagaimanapun, pada masa ini kebanyakan sekolah menengah terdiri daripada murid-murid dari tingkatan satu hingga ke tingkatan lima atau tingkatan enam. Sekolah Menengah diklasifikasikan kepada dua kategori iaitu Sekolah Menengah Gred A dan Sekolah Menengah Gred B. Untuk tujuan kajian ini, hanya sekolah menengah kerajaan gred A bantuan penuh akan diambil kira.

1.6.7 Guru-guru Sekolah menengah Guru-guru sekolah menengah adalah tenaga pengajar yang telah mengikuti kursus sijil

11

perguruan, diploma pendidikan atau ijazah dalam pendidikan di maktab-maktab perguruan di Malaysia atau mana-mana institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan atau luar ne,gara dan seterusnya dilantik oleh Kementerian Pendidikan untuk berkhidmat sebagai pengajar di mana-mana sekolah menengah di Malaysia. Untuk tujuan kajian ini, hanya guru-guru yang terlatih dan terpilih mengikut jawatan yang disandang, kategori perkhidmatan, umur dan pengalaman mengajar akan dikaji.

1.6.8 Lokasi Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPN) telah mengkategorikan kesemua sekolah di Sarawak kepada sembilan Bahagian ataupun Zon. Di setiap, zon pula dibahagikan kepada beberapa Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) . Tujuannya adalah untuk memudahkan pentadbiran sekolah-sekolah tersebut. Bahagian

Samarahan, Sarawak ialah Zon yang kesembilan yang terletak di bawah pentadbiran JPN Sarawak. Pengkaji telah memilih PPD Kota Samarahan sebagai lokasi kajian. Kajian akan dijalankan di empat buah sekolah (gred A) daripada tujuh buah sekolah menengah kerajaan yang bawah kawalan selia PPD Bahagian Samarahan, Sarawak (lihat Lampiran A).

1.7 Kepentingan Kajian Keputusan daripada kajian ini dapat membantu Kementerian Pendidikan Malaysia merancang dan membina program-program latihan kepimpinan profesional untuk para pengetua supaya mereka boleh memimpin sekolah-sekolah di Malaysia ke arah masa depan untuk mencapai wawasan negara. Kajian ini juga boleh membantu pihak Kementerian Pelajaran dan para pengetua menentukan staiI kepimpinan yang diharapkan oleh kakitangan bawahan. Hal ini akan membantu pihak pentadbir menyesuaikan sistem pengurusan dan pentadbiran mereka supaya selari dengan kehendak kakitangan dalam organisasinya. Seterusnya kajian ini juga dapat menentukan faktor-laktor yang

12

perlu diberi perhatian khusus untuk membentuk iklim sekolah yang menarik. A p a b i l a ki t a d a pa t m e n ge na l pa s t i faktor-faktor iklim sekolah yang perlu

dititikberatkan, maka pihak pentadbir dapat menyediakan program-program yang boleh membentuk iklim sekolah yang menarik. Ikim sekolah yang menarik itu dapat mewujudkan kemesraan, perasaan kekitaan dan kerjasama dalam kalangan guru, kakitangan bawahan, murid-murid dan pengetua. Hubungan ini akan dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan guru-guru dan pencapaian akademik murid. Di samping itu, kajian ini dapat menentukan faktor yang mempengaruhi persepsi guru terhadap stail kepimpinan pengetua. Hal ini dapat membantu pengetua menyesuaikan diri mereka mengikut kehendak guru-guru yang bekerja dalam pentadbiran masing-masing. Akhir sekali, diharapkan juga maklumat daripada kajian ini akan membantu dalam perkara-perkara asas tentang kajian semula program-program latihan pentadbiran pendidikan untuk menilai dan memperbaiki kecemerlanganya.

1.8 Batasan kajian Kajian ini terbatas kepada persepsi guru-guru terhadap stail kepimpinan pengetua di empat buah sekolah gred A PPD Samarahan, Sarawak. Kajian ini juga melibatkan hanya 80 orang daripada ... guru-guru terlatih dan tetap dalam perkhidmatan mereka. Keputusan kajian ini hanya mewakili sampel kajian di sekolah-sekolah yang terpilih dan tidak dapat merumus secara umum persepsi guru-guru sekolah di sekolah-sekolah lain sama ada yang bernaung dengan PPD Samarahan atau dengan PPD di bahagian-bahagian lain di Sarawak atau negara Malaysia keseluruhannya. Ketepatan hasil kajian ini pula bergantung kepada keikhlasan maklum balas yang diberikan oleh responden terhadap pernyataan-pernyataan dalam borang soal selidik. Memandangkan kajian ini berfokus kepada Sekolah Menengah gred A sahaja, maka hasil kajian ini tidak dapat digunakan untuk digeneralisasi dalam kes sekolah rendah atau peringkat kajian yang lain.

13

1.9 Rumusan Kajian ini adalah untuk menyiasat persepsi guru terhadap stail-stail kepimpinan para pengetua di sekolah menengah yang terpilih di PPD Samarahan, Sarawak. Kajian juga mengkaji persepsi para guru tentang stail kepimpinan pengetua mengikut jantina, kategori perkhidmatan, pengalaman mengajar, umur dan jawatan yang disandang. Pada keseluruhannya, bab ini menggambarkan tujuan kajian, aspek yang hendak dikaji serta sebab-sebab kajian ini penting dan perlu dijalankan di PPD Samarahan, Sarawak.

14

BAB 2 KAJIAN LITERATUR

2.0 Pengenalan Dalam bab ini tinjauan dibuat tentang konsep kepimpinan, stail kepimpinan dan teori-teori kepimpinan serta pengurusan. Seterusnya membincangkan kajian-kajian yang telah dilakukan dalam bidang kepimpinan dan pengurusan serta pengaruhnya ke atas iklim sekolah dan pencapaian akademik murid bagi melengkapkan penyelidikan yang akan dijalankan oleh penyelidik.

2.1 Persepsi Rowtree (1981) menganggap persepsi sebagai satu proses manusia memperoleh dan menafsirkan satu pancaindera mereka iaitu penglihatan, pendengaran sentuhan dan lain-lain. Page (1977) ... pula memberi pengertian bahawa persepsi ialah satu proses seseorang mengendalikan dan menggunakan pengalaman derianya.

Newman & Newman (1984), mendefinisikan persepsi sebagai the prosess in which sensory experiences are organized and made meaningful. Definisi ini menerangkan bahawa persepsi merupakan satu proses individu menafsir deria rangsangan dan memberi makna kepadanya. Persepsi juga ialah kesedaran dan reaksi seseorang individu terhadap rangsangan-ransangan yang bersifat peribadi. Persepsi juga merupakan cara seseorang individu memproses rangsangan yang diterima yang menjadi pola-pola yang memberi makna. Gagne and Bringged (1970),

15

menjelaskan bahawa pembelajaran berlaku apabila seseorang menerima rangsangan melalui pancaindera, lalu diproses oleh kognitif dan seterusnya menghasilkan satu perubahan perlakuan.

Atkinson (1993), membezakan antara persepsi dengan deria dan menyatakan bahawa persepsi ialah satu fenomena yang sering berkaitan antara rangsangan dengan pengalaman yang jauh lebih kompleks. Contohnya, apabila merawat pesakit jiwa, ahli psikologi harus tahu masalah yang dihadapi oleh pesakit secara keseluruhan dan kaitannya dengan situasi yang lain. Sesuatu kejadian atau peristiwa yang berlaku dikatakan hanya dapat diperoleh melalui pengalaman.

Johns (1990) pula mendefinisikan persepsi sebagai pengalaman mental yang timbul apabila seseorang itu mengecam atau mengenal sesuatu objek yang ditampilkan kepada pancainderanya, dan merupakan jalinan perasaan dan pengalaman yang lepas. Menurut Callahan dan Fleenor (1988) dan Greenberg dan Baron (1995) pula, persepsi ialah satu proses seseorang memilih, menyusun dan menterjemahkan maklumat. Menurut Johns (1992) persepsi ialah penterjemahan maklumat daripada deria kita untuk membekal arahan dan makna tentang suasana yang wujud dipersekitaran kita. Jadi boleh dikatakan bahawa persepsi ialah proses yang membenarkan kita berhubung kait dengan dunia persekitaran. Kita memperoleh maklumat mentah daripada persekitaran melalui deria kita (Landy, 1987). Kemudian dorongan yang terhasil ini akan dibawa ke otak kita untuk pemprosesan yang seterusnya. Maka di sini kita akan memperoleh maklumat tentang persekitaran.

Rangsangan Deria

Pencarian & Pengamatan

Organisasikan

Penterjemahan

Rajah 2.1: Model Proses Penterjemahan Maklumat (Sumber: Psychology: The Science of People, 1987)

Tingkah Laku

16

Berdasarkan Rajah 2.1, seseorang individu menerima pelbagai rangsangan sama ada melalui pencarian atau pengamatan pancaindera. Seterusnya segala input itu akan diorganisasikan secara tersusun melalui pengalaman yang sedia ada pada seseorang individu. Segala susunan input itu akan diterjemahkan atau dipersepsikan oleh otak dan seterusnya apa-apa yang diinterpretasikan itu akan diaplikasikan ataupun dilaksanakan melalui tingkah laku seseorang individu. Proses ini akan berlaku secara berterusan dalam otak seseorang individu. Proses yang sama juga berlaku dalam kalangan guru-guru semasa mereka berada di sekolah. Guru-guru menerima pelbagai maklumat tentang pengetua melalui rangsangan pancaindera. Rangsangan ini akan disusun dan diterjemahkan. Hasil terjemahan rangsangan ini akan dihubungkaitkan dengan keadaan persekitaran dan stail kepimpinan yang diamalkan oleh pengetua mereka.

Bidang pengurusan pula mengaggap persepsi sebagai interpretasi individu terhadap sesuatu maklumat, misalnya tingkah laku seseorang individu mempengaruhi matlamat yang diharapkan oleh sesebuah organisasi. Terdapat tiga faktor utama yang mempengaruhi persepsi individu terhadap sesuatu objek iaitu ciri-ciri objek, ciri-ciri individu dan ciri-ciri situasi (Fisher, Scoenfeld & Shaw, 1993)

DeVito (1991) menyatakan prsepsi terbentuk melalui tiga tahap proses iaitu:

1. Cetusan Rangsangan Pancaindera (sensory Stimulation Occurs)Pada tahap pertama, orgen deria akan dirangsangkan. Namun begitu, manusia tidak selalu memberi makna kepada semua rangsangan tersebut. Manusia hanya memberi makna kepada sebahagian kecil rangsangan yang diterima. Dengan erti kata lain, manusia hanya memberi perhatian kepada peristiwa yang bermakna dan mengabaikan peristiwa yang tidak bermakna kepada mereka.

2. Susunan Rangsangan Pancaindera (sensory Stimulation is Organized)

17

Pada tahap kedua, rangsangan deria ini akan disusun dan diurus mengikut pelbagai prinsip. Satu daripada prinsip yang digunakan ialah proximity iaitu manusia atau mesej yang berhubung rapat antara satu sama lain secara fizikal akan dipersepsikan bersama atau sebagai satu unit. Prinsip yang lain ialah closure iaitu manusia akan persepsikan sesuatu sebagai sempurna walaupun terdapat ciri-ciri ketidaksempurnaan.

3. Rangsangan Pancaindera Diinterpretasi-Dinilai (Sensory Stimulation is InterpretedEvaluated) Tahap ketiga dalam proses persepsi ialah interpretasi nilai. Persepsi merupakan subjek subjektif yang melibatkan penilaian di pihak penerima. Proses interpretasi nilai tidak hanya berdasarkan kepada rangsangan tetapi banyak diperoleh oleh pengalaman lepas, keperluan, kehendak, sistem nilai, kepercayaan, keadaan fizikal atau emosi pada masa itu, harapan dan sebagainya. Oleh yang demikian, individu yang berbeza akan mempersepsikan sesuatu yang sama secara berbeza atau berubah dari semasa ke semasa.

Persepsi dipengaruhi oleh faktor dalaman dan luaran ini akan menghasilkan perbezaan persepsi antara individu di samping menentukan ketepatan persepsi tersebut. Oleh yang demikian, persepsi guru-guru terhadap stail kepimpinan pengetua juga akan berbeza antara individu akibat daripada faktor-faktor tersebut. Rajah 2.2 di bawah menunjukan entiti-entiti yang mempengaruhi persepsi manusia yang diubah suai daripada kajian ilmiah Zain bin Kadri (1992).

Manusia, Peristiwa, Objek

Faktor-faktor meempengaruhi persepsi

Pemilihan Interpretasi

18

Makna Rajah 2.2: Faktor-faktor yang mempengaruhi persepsi (diubah suai daripada Zain Kadri,1992)

Merujuk kepada rajah 2.2, persepsi memainkan peranan penting dalam menginterpretasikan sesuatu objek atau kejadian yang dialami. Dalam hal ini, persepsi atau pengamatan selalunya ada hubung kait dengan deria manusia. Kederiaan yang didaftar dan ditapis oleh otak manusia dikatakan mempunyai sedikit makna jika wujud secara bersendirian. Oleh itu, kederian itu harus diinterpretasikan supaya membawa makna yang lebih dalam bagi kehidupan manusia. Proses inilah dikenali sebagai persepsi dan setiap individu dikatakan mempunyai persepsi yang tidak sama tentang sesuatu objek atau kejadian tertentu.

Begitu juga persepsi seorang guru sentiasa dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti individu atau sekumpulan manusia yang lain, peristiwa-peristiwa yang berlaku di sekitarnya dan juga objekobjek yang dilihat oleh mereka. Misalnya, pengetua selaku individu yang berperanan penting di sekolah sentiasa membawa perubahan-perubahan dari semasa ke semasa. Peristiwa-peristiwa ini akan dikumpulkan oleh seseorang guru. Hal Ini akan memberi peluang kepada guru untuk membuat pemilihan daripada pelbagai input yang diterima oleh mereka. Seterusnya, mereka membuat interpretasi ke atas pemilihan peristiwa dan memberi makna kepada peristiwa tersebut ataupun mula membina persepsi terhadap stail kepimpinan pengetua.

Menurut Mohd Nazar Mohamed (1990), persepsi bukanlah sesuatu yang biasa kerana tidak berlaku secara tiba-tiba. Sebaliknya, persepsi ialah suatu proses yang melebihi tahap pendaftaran rangsangan-rangsangan yang diberikan kepada kita semua. Manusia dikatakan sentiasa memilih segelintir daripada rangsangan-rangsangan yang akan memberi makna kepada dirinya. Hal ini dapat dilakukan dengan cara memberi perhatian atau tumpuan kepada kewujudan sesuatu entiti

19

yang ada di sekelilingnya. Persepsi juga perlu dikenal pasti, diinterpretasikan, diorganisasikan dan difahami supaya makna yang tersirat disebalik entiti itu dapat diperoleh. Setelah semua itu dilakukan, barulah sesuatu kederiaan itu dipersepsikan atau diamati oleh manusia. Persepsi dapat difahami sebagai tanggapan atau pandangan seseorang terhadap sesuatu perkara. Persepsi ialah tafsiran apa-apa yang dilihat oleh mata atau dengan lain perkataan, persepsi ialah makna yang diberikan pada apa-apa yang disaksikan oleh mata (Ainon & Abdullah, 1995). Oleh yang demikian, perkara yang sama mungkin akan memberi penafsiran yang berbeza oleh individu-individu yang menyaksikannya. Akibatnya, mereka mempunyai pengertian yang berlainan dan setiap orang daripada mereka berperilaku secara berbeza.

Menurut DeVito (1992), persepsi dipengaruhi oleh faktor umur, seks, kecerdasan, komplersiti kognitif, populariti, ciri-ciri personaliti dan kesan latihan. Seseorang membuat persepsi terhadap sesuatu peristiwa, kejadian atau orang lain berdasarkan pengalaman dan pengamatan yang terbentuk dalam fikiran. Seterusnya diinterpretasikan dan memberi makna kepada peristiwa itu. Menurut Ainon & Abdullah (1995), persepsi dipengaruhi oleh motivasi seseorang.

Perbincangan di atas jelas menunjukan bahawa persepsi sentiasa memberi pelbagai gambaran tentang seseorang, sesuatu peristiwa atau sesuatu objek. Bagi memantapkan organisasi seperti sekolah, kita perlu mendapatkan pandangan, tanggapan atau persepsi orang yang terlibat secara langsung dalam organisasi tersebut. Maka kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk mengenal pasti persepsi guru-guru terhadap stail kepimpinan pengetua yang dianggap sesuai dalam meningkatkan pencapaian akademik murid di sekolah.

2.2 Definisi Kepimpinan

20

Pada amnya, kepimpinan didefinisikan sebagai seni atau proses mempengaruhi kgiatan yang berkaitan dengan tugas mereka supaya rela bergiat dan berusaha ke arah pencapaian matlamat organisasi.

Koontz dan ODonnel (Abdul Ghani Abdullah, Abd. Rahman Abd. Aziz dan Mohammed Zohir Ahmad, 2008) menyatakan bahawa kepimpinan adalah pengaruh satu seni atau proses mempengaruhi manusia supaya mereka dapat berusaha secara sukarela ke arah pencapaian matlamat bersama.

Kepimpinan merupakan pemboleh ubah yang sangat penting dalam organisasi. Menurut Jaafar Muhammad (1995), kepimpinan secara umum didefinisikan sebagai satu proses mempengaruhi kegiatan manusia yang berkaitan dengan tugas mereka supaya mereka rela untuk bergiat dan berusaha ke arah pencapaian matlamat organisasi.

Wan Mohd Zahid Mohd Nordin (1993) berpendapat bahawa kepimpinan ialah kebolehan mendorong manusia untuk berusaha dengan penuh keghairahan bagi mencapai matlamat yang dikenalpasti. Kepimpinan ialah usaha y a n g m e n ga d u n k a n t e na g a i n di v i d u k e d al a m s a t u ika ta n ya ng be r se pa du menghalakannya ke arah matlamat organisasi tertentu. Aktiviti-aktiviti organisasi seperti merancang, pengelolaan dan membuat keputusan ialah aktiviti-aktiviti yang tandus sehinggalah kepimpinan itu mencetuskan kuasa motivasi yang ada dalam diri individu dan membimbing mereka ke arah matlamat organisasi.

Kepimpinan ialah satu kuasa yang boleh mempengaruhi dan menggerakkan sesuatu organisasi, memimpin kegiatan-kegiatan ke arah yang ditujui, mengekalkan dan menegaskan kegiatan-kegiatan tertentu dan menyatukan usaha-usaha ke arah matlamat umum. Pendapat Cohen (1990) selari dengan kenyataan ter seb ut de ng an me nya tak an

21

baha wa kepim pinan ialah pr ose s mempengaruhi orang lain bagi objektif yang dikehendaki sama ada untuk mereka (ahli-ahli dalam organisasi) atau ketuanya.

Hughes (1994) pula telah mendefinisikan kepimpinan sebagai satu gabungan artis, arkitek dan ketua jabatan. Selaku artis, seorang pemimpin mempunyai wawasan tentang apaapa yang dihajatkan dan apa-apa yang mungkin terjadi, suatu pandangan yang sudah ditetapkan dan suatu pandangan yang orang lain juga mengetahuinya. Selaku arkitek pula, para pemimpin mempunyai pelan tentang cara-cara untuk mendapatkan apa-apa yang dihajati dan apa-apa yang perlu dilakukan. Selaku ketua jabatan pula, para pemimpin bertekad untuk mencapai hajat mereka dan memiliki cetusan idea dalaman untuk mencapai matlamat dengan menggunakan segala sumber yang sesuai.

Omardin Ashaari (1996) berpendapat bahawa pengetua menjadi pendorong utama kepada guru-guru untuk berusaha dengan lebih gigih dan menggalakkan mereka agar melaksanakan tugas secara berkesan. Sebagal pemimpin, pengetua menggalakkan guru-guru agar mengkaji kaedah baharu untuk menambah baik mutu pengajaran. Pengetua juga memberi kesempatan dan kemudahan kepada mereka untuk bersedia dan berbincang dengan pegawaipegawai pakar dalam pelbagai bidang untuk mendapatkan maklumat, data dan nasihat yang relevan.

Kamarudin Kachar (1989) menyatakan bahawa stail kepimpinan pengetua adalah penting dalam menjayakan sistem pendidikan kita. Maju mundurnya sesebuah sekolah itu banyak bergantung kepada pentadbiran dan pengurusan sekolah serta stail dan corak kepimpinan pengetua itu.

22

Maka kepimpinan dapatlah dirumuskan seperti berikut:.

Kepimpinan wujud dalam apa-apa jua aktiviti yang disusun secara rapi dan sistematik.

Kepimpinan juga berkait secara langsung dan tidak langsung dengan keseluruhan aktiviti dalam organisasi sekolah.. .

Kepimpinan mempunyai perkaitan rapat dengan kuasa seseorang pengetua. Kepimpinan mengandungi tugas-tugas serta fungsi bagi menetapkan matlamat,

menyusun, mengarah dan menyelaras serta mengawal bagi mencapai matlamat yang ditetapkan dalam sesebuah sekolah..

Kepimpinan merupakan satu proses mempengaruhi orang bawahan dan

merupakan satu proses yang berterusan..

Setiap keadaan memerlukan corak atau stail kepimpinan yang sesuai untuk

sesuatu keadaan. Oleh itu, kepimpinan ialah fungsi yang bersifat khusus dan bukannya bersifat umum..

Pemimpin tidak boleh memaksa orang bawahannya membuat sesuatu yang tidak disukai atau diminati. Pemimpin seharusnya berkeupayaan untuk memujuk agar dapat mendorong orang bawahan bekerja ke arah pencapaian matlamat organisasi.

.

Kepimpinan yang berkesan dapat memberi kepuasan kepada pengikut dan

keadaan ini akan menghasilkan prestasi kerja yang cemerlang..

Kepimpinan yang berkesan dapat membentuk suasana kerja atau iklim yang

menarik.

2.3 Teori dan Pendekatan Kajian Kepimpinan 2.3.1 Teori Laluan Matlamat (Path Goal Theory) Teori ini mengemukakan bahawa kepimpinan dapat memberi kesan kepada tanggapan dan kepuasan pengikut. Menurut House dan Mitchell (Abdul Ghani Abdullah, Abd. Rahman

23

Abd. Aziz dan Mohammed Zohir Ahmad, 2008), seseorang pemimpin dianggap efektif apabila memberi kesan ke atas motivasi, kebolehan untuk berfungsi dengan efektif dan kepuasan pekerja atau pengikut.

Menurut Evans dan Brueckner (1992), satu fungsi strategik seseorang pemimpin adalah untuk menjelaskan kepada pekerja bawahan tentang kaedah-kaedah yang membolehkan mereka mencapai matlamat. Jika pekerja berjaya mencapai objektif organisasi maka mereka layak menerima ganjaran. Tindakan ini juga merupakan s um b e r g a nj a ra n ya ng be r e rt i da n da pa t di g u n a k a n s e b a ga i ka e d a h u nt u k meningkatkan motivasi. Fungsi ini dapat dirujuk sebagai klasifikasi laluan.

Berdasarkan kepada pernyataan di atas, jelaslah bahawa pemboleh-pemboleh ubah yang berkaitan dengan teori ini mempunyai pertalian kepada motivasi dan kepuasan pekerja. Mengikut teori ini, seseorang pemimpin sentiasa memberi lebih banyak penjelasan kepada pekerja tentang aktiviti-aktiviti yang perlu dilaksanakan untuk mencapai matlamat organisasi. Pemimpin juga meletakkan ganjaran ke atas prestasi. yang cemerlang. Proses ini akan menyebabkan kepimpinan menjadi lebih berkesan.

Secara keseluruhannya, teori ini mengandaikan bahawa pengikut menerima corak kepimpinan, berpuas hati dengan perlakuan pemimpin dan pekerja menaruh harapan terhadap kepuasan dan ganjaran yang akan diperoleh di tempat kerjanya. Teori ini menekankan bahawa kelakuan kepimpinan mestilah mempunyai unsur-unsur motivasi. House dan Fillet (1969) ... menyatakan bahawa elemen-elemen yang dapat meningkatkan motivasi pekerja ialah, memberi ganjaran yang sewajarnya terhadap kerja-kerja yang menuju kepada pencapaian

24

matlamat organisasi, mengurangkan halangan dan faktor-faktor pemusnah motivasi, serta membuka ruang yang seluas-luasnya untuk kepuasan sendiri.

Menurut Teori Laluan Matlamat, pemimpin akan cuba mempengaruhi persepsi matlamat subordnatnya serta jalan atau cara untuk mencapai matlamat-matlamat tersebut (House, 1971 dalam George & Jones, 1996). Teori Laluan Matlamat House, menyatakan bahawa pemimpin yang berkesan akan menggunakan 3 perkara untuk memotivasikan pengikut mereka berdasarkan teori motivasi seperti berlkut:1. Menentukan apa-apa yang cuba dicapai oleh subordinat di tempat kerja.

2. Membalas subordinat dengan positif bagi persembahan kerja yang baik atauberikan apa-apa yang mereka mahu di tempat kerja.

3. Pastikan subordinat mempercayai bahawa mereka dapat mencapai matlamatkerja mereka dan memberikan pencapaian kerja yang cemerlang.

House dan Mitchell pada 1974 (Abdul Ghani Abdullah, Abd. Rahman Abd. Aziz dan Mohammed Zohir Ahmad, 2008), pula telah memperkenalkan empat stail kepimpinan yang baru. Keempat-empat stall kepimpinan yang dikemukakan adalah; kepimpinan mengarah, kepimpinan berorientasikan kejayaan, kepimpinan menyokong dan kepimpinan berserta (partisipatif). Stail kepimpinan tersebut dihuraikan seperti berikut:

a)

Kepimpinan Mengarah

Dalam stail kepimpinan ini pemimpin memberitahu subordinat apa-apa yang diharapkan daripada mereka, memberikan tunjuk ajar yang khusus mengenai apa-apa yang harus dilakukan dan menunjukkan cara melakukannya. Seorang pengurus

mendemonstrasikan stail kepimpinan mengarah sekiranya dia menyediakan

25

subordinat dengan pelan aktiviti-aktiviti serta satu set arahan yang lengkap mengenai cara-cara pelaksanaan aktiviti itu.

a)

Kepimpinan Menyokong

Dalam stail kepimpinan ini, pemimpinnya bersikap ramah, boleh dibawa berunding dan mengambil berat tentang status, kebajikan dan keperluan pekerjanya.

C)

Kepimpinan Berserta ( Partisipatif )

Pemimpin berunding dengan pekerja, membincangkan cadangan-cadangan mereka dan menimbangkan cadangan-cadangan ini sebelum membuat keputusan. Pemimpin yang membuat keputusan berdasarkan suara kumpulan pekerja, menggunakan stail kepimpinan ini.

d)

Kepimpinan Berorientasikan Pencapaian

Menurut stail kepimpinan ini, pemimpin menentukan matlamat-matlamat yang mencabar. Pemimpin mengharapkan pekerja memberikan persembahan pada tahap tertinggi, mahukan peningkatan yang berterusan dalam kualiti kerja. Pemimpin juga menunjukkan darjah keyakinan yang tinggi supaya pekerja rasa bertanggungiawab menunjukkan usaha dan mencapai matlamat yang mencabar.

Dalam memiliki satu-satu stail, pemimpin perlu ada diagnosis kualiti tentang situasi berkenaan yang dipengaruhi oleh dua faktor.1. Faktor oleh sifat-sifat pekerja: terutamanya kebolehan-kebolehan yang ada pada

pekerja serta kelakuan pemimpin yang boleh memberi kepuasan pada pekerja.2. Faktor oleh persekitaran termasuk matlamat pekerja, sistem autoriti formal kumpulan

kerja utama dan budaya organisasi (House and Baetz, 1979) .

26

Hersey dan Blanchard (1993) telah memberikan penjelasan berkenaan cara Teori Laluan Matlamat digunakan untuk memiliki stail kepimpinan seperti berikut:1. Sekiranya pekerja berfungsi atas dasar struktur matlamat yang tinggi, maka

stail kepimpinan yang paling efektif adalah bersifat hubungan menyokong tinggi dan rendah dalam tingkah laku struktur tugas. Cadangan ini adalah berdasarkan andaian bahawa matlamat yang berstruktur tugas tinggi adalah kurang memuaskan dan akan menyebabkan kekecewaan dan tekanan kepada pekerja. Pemimpin sepatutnya membantu mengurangkan rasa kecewa dan ubah sifatnya kepada kelakuan berdasarkan hubungan (relationship behavior).2. Jika matlamat pekerja adalah berstruktur tugas tinggi, maka aktiviti-aktiviti yang

diperlukan adalah jelas kepada mereka dan kelakuan berorientasikan pemimpin (menyediakan arahan dan arah tuju) adalah tidak perlu.3. Sekiranya pekerja berfungsi tanpa matlamat berstruktur tugas, Teori Laluan

Matlamat mencadangkan supaya satu bentuk kepimpinan yang stailnya tinggi, orientasi matlamat (high on task behavior) dan kurang berorientasikan tingkah laku sebagai yang paling efektif. Diandaikan bahawa aktiviti yang diharapkan dan tanggapan persembahan kerja adalah tidak jelas dan corak kepimpinan berorientasikan matlamat diperlukan untuk menunjukkan arah tuju dan struktur peranan.4. Walau bagaimanapun matlamat yang tidak berstruktur tugas, diandaikan lebih mencabar,

lebih memberi kepuasan dalaman dan kurang mengecewakan serta kurang tekanan. Dalam keadaan-keadaan ini kepimpinan berorientasikan hubungan adalah tidak perlu.

George dan Jones(1996) menyatakan bahawa Teori Laluan Matlamat House

27

menjelaskan bagaimana pemimpin boleh memotivasikan pengikut untuk mencapai matlamat kumpulan dan matlamat organisasi seperti berikut:1. Pemimpin yang efektif memotivasikan pengikut mereka untuk mencapai

matlamat kumpulan dan organisasi. 2. Pemimpin yang efektif memastikan yang mereka mempunyai kawalan ke atas pencapaian yang diingini oleh subordinat mereka.

3. Pemimpin yang efektif membalas (reward) pencapaian tahap yang tinggi oleh pekerjasecara positif ataupun meayediakan pencapaian (output) yang diingini oleh mereka.

4. Pemimpin yang efektif meningkatkan kepercayaan pekerja mereka bahawa,mereka (pekerja) boleh mencapai matlamat kerja mereka dan bekerja pada tahap pencapaian yang tinggi.

5. Pemimpin yang efektif mengambil kira sifat-sifat pekerja mereka dan jenis kerjayang dilakukan oleh mereka - dalam menentukan cara-cara melayan pekerja mereka serta memilih pendekatan kepimpinan yang sesuai.

Keseluruhannya, Teori Laluan Matlamat telah menerangkan dengan jelas beberapa stail kepimpinan pengetua seperti mengarah, menyokong, partisipatif dan orientasi kejayaan. Teori ini dipilih sebagai asas kajian persepsi guru-guru terhadap stail kepimpinan pengetua kerana teori ini memberi satu gambaran yang jelas tentang stail kepimpinan yang biasanya diamalkan oleh seseorang pentadbir dalam sesebuah organisasi. Teori ini juga menegaskan fungsi utama pemimpin iaitu mempengaruhi pekerja bawahan dalam membentuk persepsi terhadap matlamat kerja, matlamat peribadi, membantu mereka untuk mengenal laluan yang terbaik untuk dicapai dan mengatasi halangan dalam kerja. Dengan menggunakan teori ini kita dapat mengkaji persepsi dalam kalangan guru terhadap stail kepimpinan yang diamalkan oleh pengetua mereka dan bentuk stail itu membantu

28

mewujudkan iklim sekolah yang menarik.

2.3.2 Teori Kepimpinan Situasi Satu lagi teori kepimpinan yang berguna dalam menganalisis persepsi guru-guru terhadap stail kepimpinan seseorang pemimpir ialah teori yang diutarakan oleh Hersey dan Blanchard pada 1982 iaitu Teori Kepimpinan Situasi (Abdul Ghani

Abdullah, Abd. Rahman Abd. Aziz dan Mohammed Zohir Ahmad, 2008). Mereka berpendapat bahawa gaya kepimpinan yang paling efektif berbeza mengikut kematangan pekerja. Kematangan bukannya berdasarkan umur atau kestabilan emosi tetapi merupakan keinginan terhadap pencapaian, kesediaan menerima tanggungjawab dan kebolehan serta pengalaman yang berkaitan dengan tugas.

Hersey dan Blanchard (1993) melihat empat fasa huburgan antara pengurus dan pekerja seumpama satu kitar hayat. Pengurus perlu mengubah gaya kepimpinan mereka mengikut setiap fasa itu. Pada fasa awal, pekerja mula bekeria dengan organisasi. Fasa ini dikenali fasa memberitahu (telling). Suatu orientasi tugas yang tinggi adalah paling wajar diamalkan oleh pengurus pada peringkat ini. Pekerja perlu diarah dalam tugas-tugas mereka dan dibiasakan dengan peraturan dan tatacara organisasi. Pendekatan hubungan pekerja berbentuk penyertaan adalah tidak sesuai kerana pekerja belum dianggap rakan sejawat.

Dalam fasa kedua, pekerja mula memuridi tugas-tugas mereka. Peringkat ini dikenali fasa menjual (selling). Pengurusan berorientasikan tugas masih diperlukan kerana pekerja belum lagi bersedia atau berupaya menerima tanggungjawab. Pengurus boleh melaksanakan perilaku-perilaku berorientasikan pekerja kerana beliau telah mula mengenali pekerja dan berhasrat menggalakan mereka berusaha dengan lebih gigih serta menggalakkan pekerja

29

memberi idea-idea mereka.

Dalam fasa ketiga (participating), kebolehan dan dorongan pencapaian pekerja bertambah dan mereka secara aktif mula mendapatkan tanggungjawab yang lebih besar. Pengurus seharusnya bertindak menyokong bagi memperkukuhkan azam para pekerja bagi memikul tugas yang lebih besar.

Dalam fasa keempat (delegate), pekerja beransur-ansur menjadi lebih yakin, berkeupayaan dan berpengalaman. Pengurus boleh mengurangkan jumlah sokongan dan galakan. Pekerja diberi kebebasan untuk bertindak sendiri dan tidak perlu hubungan pengarahan dengan pengurus mereka.

Hersey dan Blanchard (1993) yakin bahawa perhubungan

antara pengurus dengan

pekerja bergerak melalui empat fasa iaitu peringkat kematangan yang rendah (M1), peringkat kematangan yang sederhana (M2,M3) dan peringkat kematangan yang tinggi (.M4). Hal ini dapat digambarkan melalui Rajah 2.3.

Tinggi

30

(MENYERTAI) Tinggi hubungan Dan rendah tugas

(MENJUAL) Tinggi tugas dan tinggi hubungan

(MENDELEGASI) (MEMBERITAHU) ( me Tinggi Rendah Hubungan tugas dan clan rendah rendah Tugas hubungan

Rendah

Tingkah Laku Tugas

Tinggi

Rajah 2.3: Teori Kepimpinan Bersituasi

Mereka yakin bahawa hubungan antara pengurus dengan pekerja bergerak melalui empat fasa seumpama suatu kitaran hayat. Hasil dapatan diklasifikasikan kepada dua iaitu;1. Kepimpinan yang berpusatkan pengeluaran 2. Kepimpinan yang berpusatkan pekerja

Hal ini bererti stail kepimpinan yang diamalkan oleh pengetua memainkan peranan penting dalam mempengaruhi kerjasama dan sokongan guru-guru serta mewujudkan iklim sekolah yang

31

menarik. Teori Kepimpinan Situasi dengan jelas membincangkan proses yang dilalui oleh seseorang pengetua dalam pengurusan sekolah. Seseorang pengetua mengamalkan stail kepimpinan memberitahu atau mengarah kepada guru-guru yang baru menyertai kerjaya perguruan. Apabila guru-guru berkenaan mula memahami stail kepimpinan pengetua maka proses menjual, menyertai dan mengagihkan tugas berlaku antara pengetua dengan guru-guru. Dalam proses ini akan terbentuk pelbagai persepsi guru terhadap stail kepimpinan pengetua.

Kedua- .dua teori yang telah dibincangkan iaitu, Teori Kepimpinan Situasi dan Teori Laluan Matlamat telah mengesyorkan stail kepimpinan yang dinamik dan fleksibel. Dorongan, kebolehan dan pengalaman pemimpin sentiasa dinilai berdasarkan persepsi guru-guru supaya dapat menentukan gabungan stail kepimpinan yang paling sesuai. Persepsi guruguru ini membantu pengetua untuk mengubah stail kepimpinan mereka berdasarkan kepada kedudukan fasa perilaku tugas dan kematangan para guru mereka. Teori Kepimpinan Situasi dan Teori Laluan Matlamat ini juga memberi satu panduan yang jelas tentang proses kepimpinan dan pengurusan yang bolah diaplikasikan oleh seseorang pengetua semasa berurusan dengan guru-guru.

Empat fasa hubungan Pengetua dengan guru-guru yang telah dibincangkan dalam Teori Kepimpinan Situasi serta empat stail kepimpinan yang telah dibincangkan dalam Teori Laluan Matlamat ini menerangkan pelbagai persepsi dibentuk dalam kalangan guru. Maka kedua-dua teori ini turut membantu menilai persepsi guru-guru terhadap stail kepimpinan pengetua berdasarkan ciri-ciri demografi seperti pengalaman mengajar, umur, jantina kategori perkhidmatan dan jawatan yang disandang. Teori-teori ini juga menjadi panduan dalam menilai persepsi guru-guru yang baharu melibatkan diri dalam perkhidmatan pendidikan dengan guru-guru yang berpengalaman. Terdapat kemungkinan

32

bahawa persepsi guru-guru baharu terhadap stail kepimpinan Pengetua berlainan daripada guru-guru yang pengalaman.

Daripada perbincangan di atas, jelas bahawa Teori Laluan Matlamat dan Teori Kepimpinan Situasi menjadi panduan kepada guru-guru untuk membuat tanggapan atau membentuk persepsi mereka terhadap stail kepimpinan pengetua sama ada pengetua mereka mengamalkan stail kepimpinan mengarah, meyokong, partisipatif atau orientasi kejayaan.

Kesimpulannya, Teori Laluan Matlamat dan Teori Kepimpinan Situasi diambil untuk kajian ini bagi menilai stail kepimpinan pengetua berdasarkan p e r s e p s i g u r u - g u r u d a n m e n g k a j i h u b u n g a n s t a i l k e p i m p i n a n p e n g e t u a d a l a m mempengaruhl iklim sekolah.

2.4

Iklim Sekolah

Dalam membicarakan konsep iklim sekolah secara khusus beberapa kajian yang lalu akan dibincangkan dengan secara mendalam bagi mendapatkan model atau teori iklim sekolah yang lebih terpeinci. Hal ini penting kerana daripada model atau teori iklim sekolah yang diperoleh akan memudahkan lagi penemuan dan dapatan yang akan diperoleh daripada kajian yang akan dijalankan.

2.4.1 Definisi Iklim Sekolah Beberapa definisi diperlukan untuk memahami iklim sekolah. Iklim Sekolah didefinisikan sebagai persekitaran (keadaan) umum di sekolah termasuk keadaankeadaan sosial, budaya dan pendidikan yang mempengaruhi sikap, kelakuan dan penglibatan dalam sekolah. Iklim sekolah ialah satu komposit norma, tanggapan dan kepercayaan yang menggambarkan sistem sosial sekolah itu seperti yang ditanggap oleh ahli ahli dalam sistem sosial tersebut (Brookover W., Scheitzer, J., Scheeider, R., Flood, P., &

33

Wises Baker, J. 1978)

Menurut Phi Delta Kappa (1974) , iklim sekolah yang baik memungkinkan tugas yang produktif ke arah mencapai matlamat-matlamat sosial dan yang penting seperti

pembelajaran

akademik,

pembangunan

peningkatan

kurikulum.

Um um nya, s ya r at - s yar a t k e rj a d a l am se s e s u at u or g a n i sa s i a d a la h te r ma s u k persekitaran pembelajaran secara menyeluruh dan aspek fizikal serta mental.

Wayne Hoy and Cecil G. Miskel (1991) telah mendefinisikan iklim sekolah sebagai, keadaan persekitaran sekolah yang berkualiti secara relatif, yang dinikmati oleh mereka yang terlibat, memberi kesan kepada kelakuan mereka, serta berdasarkan kepada persepsi mereka yang kolektif tentang kelakuan di sekolah. Menurut Stockard dan Mayberry (1992), kebanyakan penyelidik menyatakan bahawa definisi ini dapat membantu dalam mengaitkan sifat-sifat organisasi dengan sikap dan kelakuan individu serta

menunjukkan cara organisasi memberi kesan kepada kelakuan individu dan sifat-sifat mereka sendiri.

Iklim sekolah juga ditakrifkan sebagai kesepaduan ciri-ciri persekitaran yang membentuk organisasi sekolah (Tagiuri, 1968) ... . Beliau menjelaskan bahawa terdapat empat dimensi yang membentuk iklim sekolah iaitu:1. Persekitaran ekologi yang berkaitan dengan kemudahan infrastruktur sekolah. 2. Pembangunan

ciri-ciri

individu

dalam

organisasi

sekolah,

misalnya

kepuasan kerja, penghargaan, motivasi dan saling menghormati.3.

Struktur organisasi sekolah yang melibatkan pengurusan sekolah yang tersusun, perhubungan antara warga sekolah dan proses pembuatan keputusan yang berkesan.

34

4.

Pembentukan budaya organisasi hasil dari nilai, kepercayaan dan norma individu yang diterima oleh semua ahli organisasi sekolah.

Dalam perspektif yang lebih luas berkenaan iklim sekolah, Gonder and Hymes (1994) merujuk kepada keadaan di sekolah dan mengandungi pelbagai sikap ahli-ahli daripada subkumpulan seperti murid, fakulti dan staf serta oleh populasi sekolah keseluruhannya. Dalam lain perkataan, iklim organisasi sekolah secara umum boleh dianggap sebagai "personaliti" organisasi tersebut; iaitu seperti personaliti untuk individu, begitulah iklim untuk organisasi (Hoy, et al, 1991).

Halphin dan Croft (1962) ... , mentakrifkan iklim sekolah sebagai persepsi individu termasuk guru berkaitan aspek-aspek persekitaran dalam sesebuah organisasi sekolah. Menurut mereka terdapat dua kumputan faktor yang menentukan iklim sesebuah sekolah. Kumpulan pertama mengandungi empat faktor yang menerangkan persepsi guru-guru sebagai kumpulan manusia. Faktor-faktor tersebut adalah:1.

Keintiman bermaksud darjah keakraban sosial dalam kalangan guru di sesebuah sekolah.

2.

Perjanjian bermaksud darjah sejauh mana guru-guru mempunyai komitmen terhadap matlamat sesebuah sekolah3. Kekitaan bermaksud semangat kekitaan terhadap sekolah dalam kalangan guru. 4. Halangan

bermaksud

sejauh

mana

guru

melihat

peraturan

dan

kerja-

kerja pentadbiran sebagai halangan dalam kerja harian mereka.

Kumpulan kedua yang menjadi faktor kepada pembentukan iklim sekolah ialah persepsi guru-guru terhadap pengetua mereka:1. De s a ka n be r ma ks ud ti n g k a h l a k u d i n am i k y a n g s e se o r a n g p e n g e t u a

35

melihatnya sebagai ciri-ciri kerajinan.2. 3.

Pertimbangan bermaksud sejauh mana seseorang pengetua melayan guru-gurunya. Kelonggaran bermaksud sejauh mana para pengetua dinyatakan sebagai

mengekalkan suasana sosial.4.

Penekanan terhadap pengeluaran bermaksud sejauhmana para menekankan kepada hasi1 kerja di kalangan guru-guru.

pengetua

2.4.2 Iklim Organisasi Tertutup (The Closed Organizational Climate) Menurut Halphin dan Croft (1962) , guru-guru sebagai kumpulan manusia sentiasa membentukkan persepsi mereka terhadap kepimpinan pengetua. Iklim sekolah yang tertutup adalah di mana para gurunya tidak begitu komited terhadap tugas, kurang bekerjasama dan penghasilan kerja kumpulan adalah terlalu minima. Pengetua di sesebuah sekolah yang mempunyai iklim sekolah tertutup dilihat oleh guru-gurunya sebagai kurang efektif dalam memandu mereka dan mewujudkan halangan yang besar terhadap kerja-kerja mereka. Selain itu pengetua dikatakan kurang mengambil berat terhadap kebajikan harian guru-guru. Pengetua dikatakan juga sebagai terlalu terasing dan sering mengharapkan para gurunya agar bekerja lebih keras. Halphin dan Croft (1962) menyatakan bahawa pengetua jenis ini menjalankan pengurusannya berdasarkan peraturan yang ditetapkan (goes by the book).

Iklim sekolah tertutup adalah jenis yang sebaliknya berbanding dengan iklim sekolah terbuka. Kepercayaan dan semangat adalah rendah dan perpecahan lebih tinggi. Gelagat Pengetua adalah bersifat kaku (rigid) dan tidak menyokong (nonsupportive). Guru-guru berasa kecewa, tidak menyukai sesama sendiri, sekolah dan murid.

2.4.3 Iklim Organisasi Terbuka (The Open Organizational Climate) Iklim organisasi terbuka merujuk kepada iklim sekolah yang gelagat pengetua dan guru-

36

guru adalah bersifat berkuasa, bertenaga, bermatlamat dan menyokong di mana kepuasan didapati daripada pencapaian objektif dan interaksi sosial (Gonder & Hymes, 1993). Gelagat pengetua di sekolah direfleksi melalui hubungan yang tulen dengan guru-guru dan mewujudkan persekitaran yang bersifat menyokong, menggalakkan penyertaan dan

sumbangan guru-guru serta membebaskan guru-guru daripada kerja rutin sekolah supaya mereka boleh memberi tumpuan kepada pengajaran. Gelagat guru pula disifatkan sebagai jujur, positif, mempunyai hubungan baik dengan murid-murid, pentadbir dan rakan sekerja. Guru-guru juga komited kepada sekolah dan kejayaan murid mereka, lebih-lebih lagi mereka mendapati persekitaran kerja lebih berbentuk membina daripada mengecewakan.

Menurut Leithwood dan Jantsi (1990), sekolah-sekolah dengan iklim terbuka lahir daripada pemimpin yang mempunyai sikap transformasi. Pemimpin transformasi jelas membantu untuk membina makna yang sama di kalangan ahli-ahlinya tentang tujuan serta matlamat dan mencipta komitmen yang tinggi terhadap matlamat yang telah dibina. Pemimpin yang sebegini akan menanamkan norma-norma dan kepercayaan yang sama di kalangan para ahlinya. Mereka digalakkan untuk mengamalkan sikap, keterbukaan terhadap idea-idea dan amalan-amalan baharu.

Dalam satu kajian oleh Roueche Clan Baker pada 1986, didapati bahawa sekolah-sekolah contoh (cemerlang) mempunyai 5 sifat organisasi (Gonder & Hymes, 1994).1. Kakitangan di sekolah yang efektif memandang tinggi terhadap pngetua sebagai

pemimpin yang patut diteladani.

2. Pengetua-pengetua di sekolah-sekolah efektif menganggap diri mereka sebagai ketuapengajar guru (mengarah).

37

3.

Organisasi komited terhadap perkembangan professional staf, terutamanya para guru melalui program perkembangan staf.4. Guru-guru perlu rasa bertanggungjawab, kebolehpercayaan melalui penilaian yang

sistematik terhadap keberkesanan pengajaran oleh pentadbir dan rakan sekerja.

5.

Iklim sekolah mengiktiraf peranan ibubapa dalam pendidikan anak-anak mereka dan penglibatan sama daripada komuniti.

Dalam kajian Fox et. al (1971) ... , mereka telah berjaya menghasilkan satu model iklim sekolah dengan mengambilkira tiga komponen utama untuk membentuk iklim sekolah iaitu: 1. matlamat iklim sekolah;

2. faktor penentu iklim sekolah; dan3. keperluan yang dipenuhi dengan wujudnya iklim sekolah yang positif.

a.

Matlamat lklim Sekolah

Matlamat iklim sekolah ialah bagi meningkatkan produktiviti murid dan guru dengan memberikan penekanan dan penumpuan kepada kemajuan akademik kemahiran sosial dan fizikal, pengetahuan dan sikap. Seterusnya, bertujuan untuk memberikan kepuasan kepada murid dan guru kerana iklim sekolah yang positif menyebabkan mereka gembira dan seronok berada di sekolah.

b.

Penentu lklim Sekolah

Terdapat tiga penentu faktor iklim sekolah iaitu:1. Program seperti peluang untuk pembelajaran aktif, jangkaan pencapaian

individu, persekitaran pembelajaran fleksibel, aktiviti kurikulum dan kokurikulum yang fleksibel, sokongan dan struktur yang bersesuaian dengan tahap

38

kematangan, peraturan ditentukan bersama dan penghargaan.2. Proses seperti keupayaan dalam penyelesaian masalah, penambahbaikan

matlamat sekolah, mengenal pasti dan menyelesaikan konflik, komunikasi yang berkesan, melibatkan diri dalam membuat keputusan, autonomi dengan akauntabiliti, strategi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan berupaya membuat perancangan masa depan.3. Bahan iaitu sumber yang mencukupi, sistem logistik yang cekap, menyokong dan

kesesuaian bangunan sekolah.

Keberkesanan iklim sekolah dinilai melalui petunjuk kepuasan berdasarkan keupayaan memenuhi kehendak psikologi, keselamatan, penerimaan, penghargaan dan memaksimumkan potensi diri. Daripada perbincangan dalam beberapa teori dan model iklim di atas tadi, dapatlah disimpulkan bahawa iklim sekolah yang positif dapat menyemarakkan suasana bagi semua warganya untuk lebih selesa berinteraksi antara satu sama lain. Iklim sekolah yang positif dikatakan dapat menggerakkan kegiatan pembelajaran dan daya keativiti murid. Manakala iklim sekolah negatif atau tertutup akan membantutkan

perkembangan murid serta menyebabkan mereka merasa sentiasa dikecam. Bagi kajian ini, model iklim yang diutarakan oleh Fox et al (1971) menjadi landasan kerana model ini jelas memperincikan faktor-faktor yang mendukungi iklim sekolah yang positif dan kondusif.

C.

Faktor-faktor yang memberi sumbangan kepada Iklim Sekolah

Bagi mencapai matlamat iklim sekolah ini, pihak pentadbir sekolah perlu memberi tumpuan kepada lapan faktor seperti berikut:

1.

menghormati idea dan pandangan individu di sekolah agar mereka merasakan sekolah tempat mereka mendapat penghormatan individu;

39

2.

memberikan kepercayaan kepada individu di sekolah untuk melakukan sesuatu yang dapat meningkatkan bakat dan keyakinan mereka;

3.

individu perlu diberikan sokongan moral yang tinggi dalam melakukan sesuatu perkara;

4. individu sekolah dilibatkan bersama dalam proses membuat keputusan yang tertentu bagimeningkatkan keyakinan diri mereka;

5. individu sekolah diberikan peluang berterusan meningkatkan pencapaianakademik dan kemahiran bersosial;6. individu sekolah merasakan mereka ialah sebahagian daripada sekolah; 7. perubahan bukan merupakan ancaman tetapi sesuatu yang menarik dan

seronok untuk dilaksanakan; dan8. individu sekolah merasakan bahawa mereka sentiasa disayangi.

2.5

Dapatan Kajian Lepas yang Berkaitan dengan Stall Kepimpinan Pengetua

Bahagian sebelum ini telah mengenal pasti dan menjelaskan beberapa teori pendekatan yang digunakan untuk mengkaji stail kepimpinan seseorang pemimpin secara umum. Kepentingan teori-teori ini dalam melahirkan persepsi seseorang terhadap stail kepimpinan tersebut tidak dapat disangkal.

Kebanvakan kajian stail kepimpinan dalam organisasi akan menyentuh tentang kosep-konsep seperti autokratik, demokratik atau laissez-faire. Pemimpin-pemimpin yang autokratik biasanya berfungsi secara autonomi, memberi tunjuk ajar tentang cara sesuatu tugas itu dilakukan, membuat keputusan sendiri dan suka memberi arahan (Keith & Girling, 1991). Powers clan Powers (1983) berpendapat, sekiranya pemimpin ini berketerampilan, tingkah

40

lakunya yang autokratik itu akan dianggap sebagai beban yang terpaksa diterima. Jika tidak berketerampilan, perasaan marah, kebencian dan kebimbangan akan timbul dan keadaan ini akan melumpuhkan seluruh organisasi. Stail kepimpinan autokratik ini dianggap berkesan dalam keadaan terdesak kerana telah membenarkan proses membuat keputusan yang tepat.

Stail kepimpinan laissez-faire pula membiarkan setiap orang dalam organisasi membuat kerjanya sendiri (Keith & Girling, 1991). Pemimpin jenis ini tidak m e m p u n y a i m a t l a m a t d a n o bj e k t i f ke r j a y a n g j e l a s d a n t i d a k m e m p u n y a i perancangan. Sekiranya situasi begini wujud dalam organisasi sekolah, guru-guru akan tidak produktif, rasa tidak puas hati dan mula mewujudkan budaya tidak kisah dalam kerjaya mereka. Hal ini boleh menurunkan prestasi sekolah bukan sahaja dari segi pencapaian akademik murid tetapi juga dari segi prestasi perkhidmatan guru-guru. Situasi ini akan menyebabkan timbul pelbagai persepsi negatif guru-guru, murid dan masyarakat setempat terhadap stail kepimpinan pengetua dan kewibawaan beliau dalam pengurusan iklim sekolah.

Stail kepimpinan yang terletak antara kedua-dua stail kepimpinan di atas dikenali sebagai demokratik. Pemimpin jenis ini dikatakan mudah lentur dan bergantung kepada sumber-sumber kuasa yang tidak mendesak seperti kepakaran, memujuk, alasan-alasan yang kukuh dan ganjaran. Jenks (1990) mengaitkan stail kepimpinan ini dengan teori tingkah laku dengan mengatakan bahawa kepimpinan turut serta mementingkan kedua-dua pengeluaran dan manusia atau struktur tugas dan timbang rasa.

Kajian Kunz dan Hoy (1976) ... terhadap hubungan antara stail kepimpinan pengetua dengan

41

kesediaan guru-guru profesional di sekolah menengah mendapati bahawa stail kepimpinan pengetua berbeza-beza bergantung kepada peribadi personaliti, demografi, iklim organisasi, pengetahuan dan pengalaman seseorang pengetua. Hoy dan Bonnie (1988), mendapati tahap penerimaan guru-guru sekolah rendah terhadap kepimpinan guru besar lebih dipengaruhi oleh tingkah laku peribadi dan personaliti guru besar itu sendiri. Manakala guruguru di sekolah menengah lebih mementingkan kepimpinan pentadbiran pengetua.

Dapatan kajian berkaitan dengan sekolah berkesan memberi penekanan kepada kepemimpin pengetua sebagai pemboleh ubah yang kritikal dan penting. Kajian Suaidah Ahmad (1984) melaporkan persepsi guru-guru terhadap kesemua 10 orang pengetua yang dikaji di 10 buah sekolah menengah di Kelantan, adalah tinggi dalam kedua-dua timbang rasa dan struktur tugas. Hal ini bermakna pengetua-pengetua yang dikaji mengamalkan gaya yang tinggi dalam dimensi timbang rasa dan tinggi dalam struktur kerja.

Kajian Thandi (1972) yang melibatkan 66 orang Pengetua dan 1078 orang guru sebagai responden di beberapa sekolah di Johor untuk menguji persepsi guru-guru dan pengetua terhadap stail kepimpinan pengetua, mendapati responden mempunyai persepsi lebih dua pertiga daripada pengetua tersebut bersifat demokratik yakni berbentuk partisipatif dan orientasi kejayaan.

Menurut kajian Coldwell dan Lutz (1978) ... , persepsi guru-guru terhadap stail kepimpinan mengarah pengetua mempunyai perkaitan signifikan yang negatif dan menimbulkan konflik dalam organisasi sekolah. Manakala Neider (1980), Schwarz (1989) dan Aminuddin Mohd Yusof (1994) menyatakan bahawa stail kepimpinan menyokong dan

42

partisipatif memberikan perkaitan positif dengan kepuasan kerja guru. Hasil kajian Goldman dan Heald pada 1908, (Aminuddin Mohd Yusof, 1994) pula menyatakan bahawa stail kepimpinan menyokong memudahkan pengetua mendapat sokongan dan komitmen guru dalam perlaksanaan aktiviti-aktiviti sekolah. Hal ini menunjukkan bahawa kejayaan organisasi sekolah berkait rapat dengan stail kepimpinan pengetua. Kerjasama dan tanggungjawab kakitangan kepada organisasi adalah bergantung kepada perhubungan baik dan toleransi pemimpin dengan pekerja bawahannya.

Dalam konteks Malaysia, kajian persepsi guru-guru terhadap stail kepimpinan masih kekurangan. Walau bagaimanapun terdapat beberapa kajian yang dijalankan tentang persepsi guru terhadap stail kepimpinan pengetua di Malaysia yang telah dibincangkan dalam kajian ini.

2.6

Dapatan Kajian Stail Kepimpinan Pengetua ke atas Pembentukan Iklim Sekolah

Pengetua merupakan orang yang dipertanggungjawabkan bagi membentuk iklim sekolah yang kondusif dalam proses pembelajaran murid. Kepimpinan pengetua yang berkesan mampu memimpin sekolah ke arah kecemerlangan. Pengetua seharusnya mampu menyesuaikan stail kepimpinan mengikut situasi yang ada bagi mencapai matlamat organisasi sekolah. Kemampuan pengetua membentuk iklim sekolah yang positif merupakan tugas yang mencabar. Semua warga sekolah hendaklah diberikan kefahaman dan pengetahuan betapa pentingnya membina iklim sekolah yang berkesan supaya mereka dapat bekerja ke arah matlamat yang ditetapkan.

Menurut Leithwood dan Jantsi (1990), sekolah-sekolah yang mempunyai iklim terbuka jelas lahir daripada pemimpin yang mempunyai sikap transformasi.

43

Pemimpin sebegini akan menanamkan norma dan kepercayaan yang sama dalam kalangan para ahlinya. Mereka digalakkan untuk mengamalkan sikap terbuka terhadap idea-idea dan amalan-amalan baharu.

Kajian Hamlin (1990), telah mengenal pasti beberapa ciri pengetua yang berkesan iaitu mengambil berat dan bertimbang rasa terhadap stafnya, cekap dalam merancang dan menyelaras sumber-sumber, cekap dalam aspek kawalan, mengambil berat berhubung dengan standard pencapaian dengan sering melakukan pemantauan staf serta mengambil segala tindakan yang perlu untuk memastikan kakitangan mencapai standard yang ditetapkan, sentiasa memberi pertolongan, bimbingan dan sokongan kepada kakitangan ketika diperlukan dan berunding dengan guru-guru dalam proses pembuatan keputusan yang melibatkan mereka.

Dalam kajian yang lain pulam Rahimah Hj Ahmad (1981) telah menjalankan satu kajian untuk melihat persepsi guru-guru terhadap stail kepimpinan guru besar dengan iklim sekolah dan pencapian murid yang dilakukan di sekolah-sekolah rendah di Kuala Lumpur. Tujuan kajian ini dijalankan untuk menentukan sejauh mana persepsi guru-guru mewujudkan perkaitan antara corak kepimpinan guru besar dengan iklim sekolah dan pencapaian murid-murid . Sejumlah 32 buah sekolah yang muridnya melebihi 400 orang telah dipilih. Kepimpinan guru besar diukur dengan menggunakan soal selidik Leadership Behavior Description Questionnaire LBDO (Hemphill & Coons,1957). Soal selidik ini mengkaji persepsi guru terhadap, perlakuan guru besar khususnya perlakuan yang dianggap, menonjolkan sifat bertimbang rasa dalam pentadbiran dan perlakuannya yang dianggap sebagai menonjolkan sifat-sifat ketegasan. Corak kepimpinan dikelaskan kepada jenis:1. menunjukkan banyak sifat bertimbang rasa dan ketegasan dalam tugas; 2. menunjukkan banyak sifat bertimbang rasa tetapi kurang ketegasan;

44

3. menunjukkan banyak sifat ketegasan tetapi kurang sifat bertimbang rasa; dan 4. menunjukkan kekurangan kedua-dua sifat bertimbang rasa dan ketegasan.

Iklim sekolah diukur dengan menggunakan persepsi guru-guru ke atas beberapa aspek atau faktor berkaitan dengan sekolah dan persekitarannya. Soal selidik ini

menggunakan item-item daripada soal selidik rekaan Charles F Kettering Ltd (1970) iaitu CKF - School Climate Profile. Faktor-faktor yang dikenal pasti ialah faktor keseluruhan (termasuk perasaan guru-guru terhadap sekolah), faktor proses pengurusan, faktor proses pengajaran dan pembclajaaran dan faktor persekitaran. Gabungan faktor-faktor ini dikatakan sebagai profil iklim sekolah. Manakala pencapaian murid-murid

diasaskan kepada keputusan Peperiksaan Penilaian Darjah Lima.

Dapatan yang diperoleh memberi sokongan bahawa terdapatnya perkaitan yang positif dan signifikan antara corak kepimpinan pengetua, terutamanya antara dimensi bertimbang rasa dengan iklim sekolah dan iklim ini pula mempunyai korelasi yang signifikan dengan pencapaian murid. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa iklim sekolah-sekolah yang pengetuanya menunjukkan sifat-sifat bertimbang rasa terhadap gurunya adalah lebih terbuka. Iklim yang terbuka ini pula ternyata lebih sesuai untuk pembelajaran dan pencapaian murid.

Menurut Hamlin (1990), pengetua seharusnya melihat kekuatan dan kelemahan sendiri sebelum mampu menjadi pemimpin iklim sekolah yang berkesan. Stail kepimpinan yang berorientasikan tugas dan mementingkan hubungan interpersonal dengan murid, guru, kakitangan dan masyarakat hendaklah dibudayakan untuk menjadi pengurus dan pemimpin yang berkaliber.

45

Iklim sekolah berkesan secara langsung akan menipengaruhi iklim bilik darjah semasa pengajaran. Sekolah merupakan rumah kedua murid dan guru kerana mereka menghabiskan lebih dari lapan jam masa mereka sehari di sekolah. Maka seharusnya diwujudkan satu suasana yang dapat menggembirakan dan kandungan pelajaran yang sesuai bagi mereka. Iklim sekolah yang positif bukan sahaja menggalakkan pembelajaran murid tetapi meningkatkan motivasi bekerja guru-guru dan kakitangan. Suasana sekolah yang beriklim positif bawah pimpinan pengetua yang berkesan dapat mengurangkan tekanan kerja yang dihadapi oleh guru-guru.

Razali Othman (1992), telah menjalankan satu kajian persepsi guru dan murid berkenaan iklim sekolah dan hubungannya dengan kepuasan kerja guru dan kadar pelanggaran disiplin murid sekolah menengah di daerah Temerloh Pahang. Kajian ini telah dijalankan di dua belas buah sekolah menengah daerah Temerloh yang dipilih secara rawak mengikut kumpulan gred sekolah. Responden terdiri daripada semua guru pelatih di sekolah kajian dan murid dari tingkatan empat yang terbaik bagi sekolah Gred A dan B, dan sebuah kelas dari tingkatan tiga yang terbaik di sekolah Gred C. Kajian ini dijalankan dengan mengemukakan soal selidik yang terdiri daripada item-item untuk mengukur iklim sekolah, kepuasan kerja guru dan kadar pelanggaran disiplin dalam kalangan murid-murid setiap sekolah tersebut.

Hasil kajiannya menyatakan bahawa secara keseluruhannya iklim sekolah menengah di daerah Temerloh Pahang dikatakan mengamalkan iklim terbuka. Terdapat perbezaan yang signifikan antara iklim sekolah Gred A dengan iklim sekolah-sekolah Gred B dan C. Namun begitu, tidak terdapat perbezaan antara iklim sekolah Gred B dengan C. Sekolah yang paling terbuka iklimnya ialah sekolah Gred B dan Gred C. Kajian ini juga tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan antara sekolah mengikut lokasi.

46

Selain itu, pendapat guru tentang iklim sekolah lebih terbuka berbanding dengan murid. Iklim sekolah mempunyai hubungan yang positif dan signifikan dengan kepuasan kerja guru. Semakin terbuka iklim sekolah semakin tinggi kepuasan kerja guru. Iklim sekolah mempunyai hubungan negatif signifikan dengan kadar pelanggaran disiplin dalam kalangan murid. Semakin terbuka iklim sesebuah sekolah, semakin berkurangan berlakunya pelanggaran disiplin dalam kalangan muridnya. Ciri-ciri yang membezakan iklim sekolah yang paling terbuka dan iklim yang paling tertutup dalam kajian ini ialah dari segi saiznya, keluasan kawasan dan kepimpinan pengetua. Perkara lain yang membezakan antara kedua-dua iklim ini ialah dari segi hubungan pengetua dengan guru, hubungan guru dengan guru dan hubungan guru dengan murid.

Stail kepimpinan pengetua yang memberikan tumpuan utama kepada orientasi tugas dan pencapaian akademik dapat membentuk iklim sekolah yang positif untuk

pembelajaran murid. Kenyataan ini disokong oIeh Jackson, Logsdon dan Taylor (1983). Menurut mereka, stail kepimpinan pengetua yang berkesan ialah pengetua yang mengadakan kawalan berpusat orientasi tugas dan memberi tumpuan kepada pencapaian akademik. Pengetua dapat mewujudkan iklim sekolah yang positif dengan memberikan penghargaan dan sokongan kepada guru dan murid bagi sesuatu kejayaan yang dicapai.

Iklim sekolah yang kondusif dari aspek fizikal, intelektual, emosi dan sosial dapat meningkatkan prestasi akademik murid. Kenyataan ini disokong oleh Noor Azam Mohd Said (1991) dalam kajian beliau yang bertajuk Kesan Iklim Sekolah Terhadap Prestasi Pembelajaran di Empat Buah Sekolah Menengah Dalam Daerah Klang. Menurut beliau, iklim sekolah yang positif akan meningkatkan motivasi belajar murid-murid dan hal ini akan meningkatkan prestasi pembelajaran.

47

Kajian oleh Stockard dan Mayberry (1992) mcngenal persekitaran sekolah efektif telah mendapati bahawa kesan pemboleh-pemboleh ubah tahap sekolah ke atas iklim sekolah dan pencapaian murid, melibatkan empat perkara yang luas seperti:1. Harapan dan kecemerlangan (expectations and exellence) akademik. 2. Kepimpinan sekolah yang teguh dan bersifat bekerjasama atau kolaberatif. 3. Persekitaran dan kemudahan pel'ajaran sekolah yang teratur. 4. Hubungan murid dan guru yang balk (high student and teacher morale).

Bihud Apok (1996) telah mengkaji persepsi guru-guru terhadap stail kepimpinan 20 orang guru besar di Daerah Bau, Sarawak mendapati guru besar-guru besar di daerah tersebut juga mengamalkan stail kepimpinan partisipatif dan orientasi kejayaan. Beliau juga mendapati guru-guru mempersepsikan bahawa guru besar di daerah tersebut lebih mementingkan stail partisipatif dan bertimbang rasa. Di samping itu, beliau juga mendapati tidak terdapat hubungan yang signifikan antara stail kepimpinan guru besar dengan pencapaian akademik murid. Hal ini adalah kerana mungkin terdapat faktor-faktor lain seperti kedudukan sosioekonomi keluarga, sikap murid dan pekerjaan ibu bapa mempunyai hubungan dengan pencapaian akademik murid.

Menurut Sharifah Alawiah Alsagoff (1985), lklim bilik darjah mempengaruhi proses pembelajaran yang berkesan. Suasana bilik darjah. yang berwarna-warni, selesa, riang, interaksi guru-murid yang berkesan menghasilkan pembelajaran yang berkesan berbanding iklim bilik darjah yang tidak kondusif. Kenyataan ini menggambarkan pengiktirafan pelbagai hasil penyelidikan bahawa persepsi guru-guru terhadap stail kepimpinan pengetua merupakan satu daripada perkara yang perlu diberi perhatian dalam

48

mempromosilan persekitaran pembelajaran yang diingini.

2.7

Rumusan

Persepsi guru-guru terhadap stail kepimpinan pengetua dan pengaruhnya ke atas iklim organisasi dalam bidang pendidikan telah dikaji secara berterusan dan secara meluas. Teori Laluan Matlamat (Path-Goal Theory) dan Teori Kepimpinan Situasi digunakan untuk mengkaji guru terhadap stail kepimpinan pengetua. Dalam konteks Malaysia, hanya terdapat beberapa kajian yang dijalankan tentang stail kepemimpinan pengetua menurut persepsi guru-guru di Malaysia. Maka dengan memberi pertimbangan kepada teori-teori ini, kajian ilmiah ini akan mengkaji persepsi guru-guru sekolah menengah terhadap stail kepimpinan pengetua dan pengaruhnya ke atas pembentukan iklim sekolah dan pencapaian akademik sekolah akan dijalankan. Soalan kajian yang dikenal pasti adalah berkaitan dengan persepsi guru-guru terhadap stail kepimpinan pengetua dan pengaruhnya ke atas iklim dan pencapaian akademik sekolah. Satu tinjauan dan perbandingan akan dijalankan dalam kalangan sekolah menengah yang terpilih di PPD Samarahan, Sarawak

49

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.0 PENGENALAN Penyelidikan ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi guru-guru terhadap stail kepimpinan pengetua dan pengaruhnya ke atas iklim sekolah dan pencapaian a k a d e m i k m u r i d d i P P D S a m a r a h a n , S a r a w a k . B a b i n i membincangkan kaedah kajian yang dijalankan. Tumpuan diberikan kepada kaedah penyelidikan, reka bentuk kajian, instrumen kajian, kajian rintis, ketekalan dan kesahan instrumen kajian, kaedah pengumpulan data, sampel kajian, prosedur kajian dan analisis data

3.1 Reka Bentuk Kajian Kajian ini menggunakan kaedah deskriptif dan inerensi berasaskan soal selidik. Soal selidik ini disediakan untuk mendapat maklumat daripada responden untuk memperlihatkan hubungan persepsi guru-guru terhadap stail kepimpinan pengetua dan iklim sekolah.

Pemboleh ubah bersandar yang diguna dalam kajian ini ialah persepsi guru terhadap stail kepimpinan pengetua. Empat stail kepimpinan pengetua yang dikaji berdasarkan Teori Laluan Matlamat oleh House (1971) iaitu stail kepimpinan pengarahan, sokongan, penyertaan dan orientasi kejayaan yang akan digunakan.

50

Pemboleh ubah bebas yang digunakan dalam kajian ini ialah faktor demografi guru- guru seperti jantina, kategori perkhidmatan, keturunan, umur, pengalaman mengajar dan jawatan yang disandang. Pemboleh ubah bebas yang kedua ialah iklim sekolah yang terdiri daripada lapan faktor seperti saling menghormati, saling mempercayai, peluang bersama, sokongan moral, kemajuan berterusan akademik dan sosial, semangat kekitaan, kasih sayang dan pembaharuan sekolah.

3.2 Populasi dan Sampel Kajian Populasi kajian ini terdiri daripada guru-guru terlatih dan berjawatan tetap daripada 4 buah sekolah menengah yang terpilih di Bahagian Kota Samarahan, Sarawak. Sejumlah 80 daripada 4 buah sekolah terpilih dijadikan sebagai sampel kajian. Pemilihan sampel kajian dibuat dengan menggunakan kaedah persampelan rawak berlapis kerana populasi sampel kajian tidak seragam dan juga boleh mengurangkan ralat persampelan (Mohd Majid Konting, 1990). Berdasarkan pernyataan Roscoe (dalam Uma Sakaran , 1992) yang menyatakan saiz sampel yang lebih besar dari 30 dan kurang daripada 500 untuk sesuatu kajian adalah memadai. Berikut ialah jadual anggaran menurut Uma Sakaran (Jadual 3.1) Jadual 3.1: Jadual Penentuan Saiz Kajian Populasi 100 110 120 130 140 150 160 170 180 190 200 210 220 230 240 Sampel 80 86 92 97 103 108 113 118 123 127 132 136 140 144 148 Populasi 310 320 340 360 380 400 420 440 460 480 500 550 600 650 700 Sampel 169 175 181 186 191 196 201 205 210 214 217 226 234 242 248

51

250 260 270 280 290 300

152 155 159 162 165 169

750 800 850 900 950 1000

254 260 265 269 274 278

(Sumber :Research Methods For Business, 1992 )

Kajian ini dijalankan dengan mengumpul data daripada sampel rawak berlapis. Rajah 3.1 merujuk kepada prosedur mengurus sampel kajian

Proses persampelan telah melalui 4 peringkat 1. Peringkat Pertama Empat buah sekolah yang terletak di PPD Samarah telah dipilih sebagai subjek kajian. Keempat-empat buah sekolah ini terletak dikawasan luar bandar.

2. Peringkat Kedua Sampel guru setiap sekolah dibahagikan kepada sampel lelaki dan perempuan. Seterusnya pengelasan kepada kategori jawatan yang disandang dilakukan. 3. Peringkat Ketiga Sampel guru dibahagikan mengikut kategori perkhidmatan iaitu guru siswazah dan bukan siswazah..

4. Peringkat Keempat Sampel yang telah dipilih dari setiap sekolah ini dijumlahkan dan dijadikan sampel keseluruhan kajian ini.

52

3.3 Instrumen Kajian Instrumen yang telah digunakan untuk kajian ini telah dibahagikan kepada 4 bahagian. Bahagian A adalah untuk melihat ciri-ciri demografi responden, bahagian B adalah soal selidik terjemahan Rahimah bt Ahmad (1981) daripada Leadership Behavior Description Questionnaire (LBDQ), oleh Hemphill dan Coon (1957) untuk mengkaji persepsi guru-guru terhadap stail kepimpinan pengetua, bahagian C ialah terjemahan soal selidik rekaan Charles F. Kettering Ltd.(1970) yang dikenali sebagai The CFK School Climate Profile untuk menguji iklim sekolah. Soal selidik dihantar kepada guru Penolong Kanan dan guru-guru yang terlibat. Berikut adalah perincian pembahagian soal selidik iaitu:-

Bahagian A : Demografi Guru Bahagian ini mengandungi enam item mengena maklumat diri guru seperti jantina, kategori perkhidmatan, keturunan, umur, pengalaman mengajar dan jawatan yang disandang.

Bahagian B : Persepsi Guru-guru Terhadap Stail Kepimpinan Pengetua. Soal selidik persepsi guru terhadap stail kepimpinan pengetua ini menggunakan instrumen LBDQ oleh Hemphill dan Coon (1997) yang diterjemah dan diubah suai oleh Rahimah Ahmad (1981). Bahagian ini mengandungi 30 item bagi mengukur persepsi guru-guru terhadap stail kepimpinan pengetua.

Item-item dikelompokkan berdasarkan pemboleh ubah bersandar yang ditetapkan. Bagi stall kepimpinan terclapat empat kelompok item iaitu kepimpinan mengarah, menyokong, partisipatif dan orientasikan kejayaan. Pecahan item adalah seperti dalam jadual berikut:

53

Jadual 3.2 Analisis Item Persepsi Guru Terhadap Stail Kepimpinan PenRetua Stail Kepimpinan Mengarah Menyokong Partisipatif Orientasi Kejayaan 06 01 02 12 08 03 04 13 No soalan/item 09 05 19 14 10 07 20 18 15 11 21 24 16 17 23 26 22 25 27 28 30 29 Jumlah 07 08 07 08

Item-item yang disediakan menggunakan skala respon jenis Likert lima mata. Penggunaan skala Likert mempunyai keboleh percayaan yang tinggi berbanding dengan skala yang lain (Moser & Kalton, 1997).

Persepsi guru-guru terhadap stail kepimpinan pengetua diukur dengan menjumlahkan semua skor pada tiap-tiap skala. Skor ini diambil berdasarkan pecahan stail kepimpinan yang terdiri daripada kepimpinan menyokong, mengarah, penyertaan dan orientasi kejayaan. Kedudukan skor adalah seperti berikut:

5 4 3 2 1

Sangat Setuju Setuju Kurang Setuju Tidak Setuju Sangat Tidak Setuju

(SS) (S) (KS) (TS) (STS)

54

Bahagian C : Iklim Sekolah Bahagian C adalah terjemahan soal selidik rekaan Charles F. Kettering Ltd.(1970) yang dikenali sebagai CKF School Climate Profile telah digunakan untuk menguji iklim sekolah. Bahagian ini mengandungi 40 item mengenai iklim sekolah. Item-item yang disediakan menggunakan skala respon jenis Likert Lima Mata.

5 4 3 2 1

Sangat Setuju Setuju Kurang Setuju Tidak Setuju Sangat Tidak Setuju

(SS) (S) (KS) (TS) (STS)

Soal selidik iklim sekolah ini dibahagikan kepada empat faktor utama iaitu faktor keseluruhan, faktor proses pengajaran dan pembelajaran, faktor proses pengurusan dan faktor persekitaran. Setiap faktor mengandungi 10 item yang direka bentuk untuk mengukur persepsi guru-guru terhadap iklim sekolah.i.

Faktor keseluruhan adalah direka bentuk untuk mengukur perkara-perkara berkaitan dengan perasaan hormat-menghormati dan percaya-mempercayai guru terhadap sekolah.ii. Faktor proses pengajaran dan pembelajaran direka bentuk untuk mengukur

persepsi guru-guru terhadap peranan mereka dalam pengajaran dan pembelajaran, penggunaan alas bantu mengajar dan peluang bersama untuk belajar.iii. Faktor proses pengurusan direka bentuk untuk mengukur persepsi guru-guru terhadap

proses-proses pentadbiran sepal membuat keputusan, penyelesaian perselisihan, resolusi clan proses-proses penyelesaian masalah di dalam sekolah.

55

iv. Faktor persekitaran terdiri daripada unsur-unsur moral dan kasih sayang yang direka

bentuk untuk mengukur persepsi guru-guru terhadap kesesuaian persekitaran dan fizikal sekolah serta sumber-sumber yang sedia ada yang boleh digunakan untuk aktiviti pengajaran clan pembelajaran di dalam clan di luar bilik darjah.

Keempat-empat faktor berkaitan dengan iklim sekolah ini boleh dibahagi kepada lapan faktor kecil dan dikategorikan kepada empat kumpulan faktor utama seperti berikut. Jadual 3.3: Analisis Item Faktor Iklim Sekolah No. Soalan / Item Hormat Percaya Pembaharuan Akademik 01 02 16 05 08 32 26 21 17 07 28 23 18 19 31 37 30 15 20 27 33 34 39 29 36 38 35 40 Jumlah 05 05 05 05 05 05 05 05

Faktor Iklim Sekolah Faktor Keseluhan Faktor Proses P&P Faktor Proses

22 24 Kekitaan 03 06 14 04 Faktor Moral 09 10 11 Persekitaran Penyayang 12 13 25 Petunjuk : P & P = Pengajaran dan Pembelajaran.

Peluang Bersama 04

Faktor iklim sekolah diukur dengan menjumlahkan semua item. Skor ini diambil berdasarkan pecahan faktor-faktor iklim. Lagi tinggi skornya bermaksud iklimnya ialah iklim terbuka.

3.4 Kebolehpercayaan Instrumen Menurut Ahmad Mandzan Ayob (1997) kebolehpercayaan itu ialah satu konsep yang ditujukan kepada pengukuran atau instrumen yang digunakan oleh penyelidik

56

terhadap, sesuatu konstruk teorinya. Kebolehpercayaan ditentukan dengan membuat korelasi di antara dua set ukuran daripada individu yang sama. Korelasi yang dibuat akan menghasilkan nilai pekali kebolehpercayaan yang menunjukkan jangkaan ukuran daripada instrumen yang digunakan (Normally, 1978). Salam Safar (1986) menggunakan instrumen LBDQ untuk meninjau tingkah laku kepimpinan pengetua melalui persepsi guru-guru penolong dan kebolehpercayaan instrumen LBDQ yang diperolehi ialah 0.80. Awalludin b. Mat Din (1997), menggunakan instrumen yang sama untuk mengkaji persepsi guru-guru terhadap stail kepimpinan pengetua di sekolah-sekolah menengah kawasan FELDA Negeri Sembilan. Beliau mendapati kebolehpercayaan instrumen LBDQ ialah 0.92 dan bagi instrumen iklim sekolah CKF School Climate Profile ialah 0.95. Ini menunjukkan bahawa kebolehpercayaan kedua-dua instrumen yang digunakan adalah tinggi. Walau bagaimanapun satu kajian rintis dijalankan untuk memastikan kebolehpercayaan instrumen untuk kajian ini dan hasilnya adalah seperti di Jadual 3.5.

3.5

Kajian Rintis

Kajian rintis telah dija