Kedudukan Kokurikulum Di Sekolah Persepsi Guru & Pelajar

60
FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA KURSUS : PENDIDIKAN, PEKERJAAN DAN SENGGANG (GD 6233) SEMESTER 1 SESI 2006/2007 TAJUK PROJEK : KEDUDUKAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH : a) PERSEPSI GURU. b) PERSEPSI PELAJAR. PENSYARAH : PROF. PUAN SRI DR. FARIDAH KARIM DISEDIAKAN OLEH : ABU BAKAR BIN MOHD HUSAIN

description

kedudukan kokurikulum di sekolah dari sudut persepsi guru dan pelajar

Transcript of Kedudukan Kokurikulum Di Sekolah Persepsi Guru & Pelajar

Page 1: Kedudukan Kokurikulum Di Sekolah Persepsi Guru & Pelajar

FAKULTI PENDIDIKANUNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

KURSUS : PENDIDIKAN, PEKERJAAN DAN SENGGANG (GD 6233)

SEMESTER 1 SESI 2006/2007

TAJUK PROJEK :

KEDUDUKAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH :

a) PERSEPSI GURU.

b) PERSEPSI PELAJAR.

PENSYARAH :

PROF. PUAN SRI DR. FARIDAH KARIM

DISEDIAKAN OLEH :

ABU BAKAR BIN MOHD HUSAINP 35I81

Page 2: Kedudukan Kokurikulum Di Sekolah Persepsi Guru & Pelajar

1. KEDUDUKAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH-GURU

a) Bilakah sesi kokurikulum dijalankan di sekolah?b) Bagaimana guru / penasihat kelab, persatuan, badan beruniform dilantik?c) Adakah guru / penasihat tersebut mempunyai latihan dalam aktiviti berkenaan?d) Siapa yang membuat perancangan aktiviti? Adakah ini sama untuk tiap-tiap tahun?e) Adakah dan sejauhmana guru / penasihat melibatkan diri dengan aktiviti kokurikulum?f) Adakah guru / penasihat jelas mengenai tujuan dan objektif kokurikulum yang dijalankan?g) Sejauhmana tujuan aktiviti kokurikulum tercapai?

PELAJAR

a) Apakah sambutan pelajar terhadap jenis-jenis aktiviti kokurikulum?b) Adakah penyertaan dalam aktiviti tersebut kerana minat atau diwajibkan?c) Kerelevenan aktiviti ko kurikulum dalam masa senggang.d) Siapa yang menentukan aktiviti?e) Cadanagan untuk meningkatkan penyertaan dan aktiviti ko kurikulum.f) Adakah aktiviti sama setiap tahun?g) Peluang untuk bergaul dengan rakan sama etnik/etnik lain.h) Adakah aktiviti bermanfaat dan memberi pengetahuan/kemahiran baru?

PENGENALAN

Sistem pendidikan negara kita adalah berteraskan falsafah pendidikan negara yang

memberi tumpuan kepada perkembangan potensi diri pelajar secara menyeluruh dalam

melahirkan individu yang seimbang dari segi intelek, jasmani dan emosi serta bertujuan

untuk melahirkan seorang warganegara yang berketrampilan, bertanggungjawab dalam

segala bidang serta mampu menghadapi cabaran dalam menuju Wawasan 2020.

Matlamat Dasar Pelajaran Kebangsaan bertujuan untuk melahirkan satu bangsa

bercorak Malaysia yang bersatu dan dihormati. Hasrat ini akan dicapai sekiranya generasi

Page 3: Kedudukan Kokurikulum Di Sekolah Persepsi Guru & Pelajar

muda sekarang dapat diberi pendidikan yang seimbang dan sempurna. Pendidikan yang

seimbang dan sempurna sentiasa memberi penekanan kepada kedua-dua aspek iaitu

kurikulum (akademik) dan gerak kerja kokurikulum. Ini bermakna seorang pelajar itu

diberi pendidikan yang menyeluruh merangkumi aspek mental, fizikal dan rohani.

“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan ke arah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk

mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan

jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi

melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak

mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi

sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara”.

(Kementerian Pendidikan Malaysia 1990)

Sejajar dengan perkembangan dasar pendidikan di Malaysia, bentuk pengajaran

dan pembelajaran bagi sekolah – sekolah di negara ini telah berubah. Pembentukan diri

pelajar tidak lagi tertumpu di dalam bilik darjah tetapi sahsiah dan perawakan pelajar

dididik melalui penyertaan aktiviti luar darjah iaitu aktiviti ko-kurikulum. Sekolah bukan

sahaja tempat untuk mengasah minda pelajar bahkan sekolah berperanan untuk

membentuk sahsiah para pelajar. Seorang cerdik pandai yang tidak beretika tidak

memberi sebarang erti kepada masyarakat bahkan mendatangkan masalah pula kepada

masyarakat dan negara.

Pengelolaan ko kurikulum secara teratur dan sistematik akan membawa

keberkesanan dalam mencapai tujuan dan matlamat bagi memenuhi aspirasi pendidikan

negara dan secara tidak langsung ia akan mendorong minat pelajar menyertai bidang ko

kurikulum. Penglibatan pelajar secara menyeluruh dan komitmen yang tinggi terhadap

aktiviti yang dijalankan membolehkan pelajar menimba pengalaman. Ini mendorong

mereka menghadapi dunia sebenar apabila mereka bergaul dengan masyarakat.

Page 4: Kedudukan Kokurikulum Di Sekolah Persepsi Guru & Pelajar

PERNYATAAN MASALAH.

Jika dilihat pada sistem pembelajaran sekarang kokurikulum tidak dititikberatkan oleh

pihak pentakbir sekolah, guru dan pelajar. Ini kerana ia bukanlah perkara utama yang

dititikberatkan oleh sekolah. Sistem persekolahan yang menitikberatkan kecemerlangan

akademik menyebabkan ko kurikulum diabaikan.

Pelajar enggan dan kurang berminat dalam aktiviti ko kurikulum. Tambahan pula

sikap sambil lewa guru dalam melaksanakan ko kurikulum itu menyebabkan ianya

terabai. Ini adalah bertentangan dengan falsafah pendidikan negara yang ingin

membangunkan jasmani, rohani, emosi dan intelek. Sedangkan dalam falsafah

pendidikan itu jelas menunjukkan ko kurikulum memainkan peranan yang penting.

Perlaksanaan kokurikulum memerlukan penglibatan guru. Fretwell(1931)

menyarankan guru menerima tugas dan mengendalikan aktiviti ko kurikulum dengan

sepenuh hati. Long (1977) menyatakan terdapat masalah kekurangan masa selain

daripada tenaga terlatih yang terhad di bidang ko kurikulum. Masalah guru kurang

terlatih juga disebut oleh Jonson dan Ronald (1952). Mereka menyatakan tidak semua

program kurikulum dijalankan dengan baik kerana setengah guru yang menyelia adalah

kurang terlatih.

Sistem pendidikan tradisional sebelum dikemaskinikan tidak begitu seimbang dan

ianya terlalu mementingkan kecemerlangan akademik (pencapaian di dalam peperiksaan)

sehingga membuatkan pelajar mengabaikan aktiviti luar bilik darjah sewaktu melalui

proses pembelajaran.

TUJUAN KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk mengenapasti kedudukan kokurikulum di sekolah-sekolah

dalam konteks penyertaan dan penglibatan oleh pelajar-pelajar dalam aktiviti-aktiviti

Page 5: Kedudukan Kokurikulum Di Sekolah Persepsi Guru & Pelajar

gerak kerja kokurikulum yang telah diatur di sekolah-sekolah berkenaan. Kajian ini juga

dilihat sebagai satu cara mengenalpasti masalah-masalah yang berkaitan dengan

penglibatan dan penyertaan para pelajar dalam aktiviti kokurikulum dan cadangan untuk

mengatasi masalah tersebut. Seterusnya, dari kajian ini juga diharap dapat memberi

petunjuk dan kekuatan sumbangan aktiviti kokurikulum di sekolah-sekolah dari segi

penglibatan dan penyertaan pelajar dalam kegiatan gerak kerja kokurikulum kepada

pembentukan pelajar yang seimbang dan harmonis dari segi mental, sosial dan emosi

seperti mana yang dihasratkan oleh Dasar Pendidikan Negara Malaysia.

Kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti masalah-masalah yang dialami

ketika melaksanakan aktiviti gerak kerja ko kurikulum di sekolah. Ia juga mengenalpasti

persepsi guru terhadap perlaksanaan ko kurikulum di sekolah. Selain dari itu persepsi

pelajar tentang perlaksanaan ko kurikulum di sekolah juga diambil kira. Dapatan dari

persepsi guru dan pelajar inilah boleh dijadikan panduan dan rujukan bagi mengemaskini

perlaksanaan ko kurikulum di sekolah.

OBJEKTIF KAJIAN :

Guru

1. Mengenalpasti tahap kemahiran guru dalam menguruskan ko kurikulum di

sekolah.

2. Mengenalpasti perancangan aktiviti ko kurikulum di sekolah.

3. Menenalpasti penglibatan guru dalam aktiviti ko kurikulum di sekolah.

4. Mengenalpasti sejauhmanakah aktiviti ko kurikulum itu tercapai

Pelajar

1. Melihat penyertaan dan penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum yang

dilaksanakan di sekolah.

2. Mengetahui masalah-masalah yang berkaitan dengan penglibatan dan penyertaan

pelajar di dalam aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah.

Page 6: Kedudukan Kokurikulum Di Sekolah Persepsi Guru & Pelajar

3. Melihat sumbangan aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah kepada

pelajar.

4. Memberi cadangan-cadangan untuk meningkatan penyertaan dan penglibatan

pelajar dalam aktiviti kokurikulum di sekolah.

BATASAN KAJIAN

Kajian ini bukan satu kajian yang menyeluruh kerana bersifat tinjauan. Penyelidik

membataskan kajian kepada guru-guru di tiga buah sekolah di daerah Kuala Rompin,

Pahang Darul Makmur. Sekolah yang terlibat ialah SMK Rompin, SMK Agama Pahang,

SMK Perantau Damai dan SMK Seri Rompin. Responden dalam kajian ini adalah guru-

guru SMK Rompin, SMK Agama Pahang, SMK Perantau Damai dan SMK Seri Rompin.

Jumlah guru di SMK Rompin ialah seramai 88 orang SMK Agama Pahang seramai 75

orang dan SMK Seri Rompin seramai 43 orang dan SMK Perantau Damai seramai 85

orang. Sebanyak 57 soal selidik diberikan secara rawak kepada guru-guru dari sekolah-

sekolah berkenaan.

Pemilihan sampel adalah berdasarkan rasional berikut iaitu bilangan sampel

mencukupi dan dari pelbagai latarbelakang yang berbeza agar dapat mengelakkan bias

semasa pemilihan. Pengkaji memilih sejumlah 57 orang sampel dari populasi kajian yang

bersaiz N = 206 secara rawak. Hasil kajian ini tidak boleh digeneralisasikan kepada

pelajar-pelajar bangsa lain dan dari tempat dan negeri yang lain.

DEFINISI KOKURIKULUM

Dari segi definisi, kurikulum boleh didefinisikan sebagai satu aktiviti, proses dan isi

kandungan pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan di dalam bilik darjah dan juga

yang dilakukan diluar bilik darjah seperti mata pelajaran Sejarah, Sains, Geografi dan

bahasa. Proses ini lebih dikenali sebagai mata pelajaran akademik. Manakala

kokurikulum pula, sebahagian besarnya dilaksanakan di luar bilik darjah dan ada juga

dilaksanakan di dalam bilik darjah. Pada asasnya, gerak kerja kokurikulum merupakan

Page 7: Kedudukan Kokurikulum Di Sekolah Persepsi Guru & Pelajar

sebahagian daripada kurikulum sekolah dan setiap pelajar perlu melibatkan diri dalam

aktivitit ini. Mengikut Md. Aris Mansor (1985) dalam Pengurusan Gerak Kerja

Kokurikulum, menyatakan kokurikulum merupakan satu bidang pembelajaran yang

berasaskan kepelbagaian gerak kerja terancang dan perlu dilakukan dalam masa

persekolahan. Gerak kerja kokurikulum berasaskan mata pelajaran akademik atau tidak

berasaskan mata pelajaran akademik. Walau bagaimanapun, sebahagian besar gerak kerja

kokurikulum merangkumi pembelajaran yang bukan berasaskan mata pelajaran

akademik. ( Ab. Halim Abdul Rahim, 2004 ). Secara amnya, kokurikulum merujuk

aktiviti dan pengalaman pendidikan yang dilaksanakan di luar bilik darjah. Kokurikulum

lebih banyak dilaksanakan secara tidak langsung atau tidak formal. Aktiviti kokurikulum

lebih menekankan nilai, bakat, peranan, kepimpinan, sosial dan sebagainya. Aktiviti ini

juga dikenali kurikulum tersembunyi.

Menurut Omar Mohd Hashim (1993), kokurikulum adalah masa senggang dalam

konteks kehidupan harian, di mana masa senggang adalah suatu jangkamasa waktu

seseorang itu bebas untuk mempertingkatkan keupayaan dirinya sebagai seorang individu

dan sebagai seorang anggota masyarakat yang produktif. Kokurikulum dalam konteks

pendidikan adalah pembelajaran luar bilik darjah kerana proses pengajaran dan

pembelajaran masih berada dalam keadaan bebas, tidak formal dan tidak terkongkong.

Kegiatan kokurikulum memberi peluang dengan lebih luas kepada pelajar untuk

mempraktikkan pembelajaran dengan lebih mendalam.

PENGENALAN KEPADA KO-KURIKULUM

Program ko-kurikulum sebenarnya merupakan sebahagian daripada kurikulum sekolah

sama ada Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) atau Kurikulum Barsepadu Sekolah

Menengah (KBSM). Secara praktisnya aktiviti ini dilakukan di dalam dan di luar bilik

darjah. Aktiviti ko-kurikulum ini tidak dimasukkan di dalam jadual waktu persekolahan.

Oleh kerana itu, semua kegiatan ko-kurikulum adalah dijalankan di luar waktu

persekolahan. Ko-kurikulum terdiri daripada beberapa kumpulan iaitu sukan, permainan,

badan-badan berpakaian seragam, kelab dan persatuan-persatuan. Berdasarkan

Page 8: Kedudukan Kokurikulum Di Sekolah Persepsi Guru & Pelajar

Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pelajar-pelajar adalah digalakkan

untuk menyertai sekurang-kurangnya salah satu kumpulan aktiviti di bawah:

a. Membina kemahiran psikomotor dan efektif selaras dengan pembinaan

sahsiah.

b. Membina kualiti kepimpinan, nilai estetika, disiplin dan timbang rasa.

c. Membina nilai-nilai yang diperlukan, seperti semangat kumpulan dan

semangat kesukanan serta kesedaran sosial.

d. Menseimbangkan perkembangan fizikal dan kerohanian untuk menjadi

pelajar yang bertanggungjawab dan berdikari.

e. Memperoleh semangat perpaduan di kalangan pelajar berbilang bangsa dan

mempunyai kesedaran dan identiti nasional.

Khidmat masyarakat Matapelajaran Pengayaan

unit pakaian seragamKo-kurikulum

Kelab-kelab

Rekreasi

-Pendidikan Jasmani,

seni,

muzik.

Rajah 1.1: Pembelajaran di dalam bilik darjah diperkukuhkan lagi melalui kegiatan ko-

kurikulum.

Page 9: Kedudukan Kokurikulum Di Sekolah Persepsi Guru & Pelajar

Tujuan Perlaksanaan Ko-Kurikulum

Kegiatan ko-kurikulum adalah bertujuan sebagai pengukuhan dan pengayaan

pembelajaran, sebagai pelengkap sistem pembelajaran dalam bilik darjah supaya

menyuburkan lagi nilai murni, mengembangkan bakat dan sifat kepimpinan pelajar, dan

memupuk sikap sedia berkhidmat di kalangan masyarakat pelajar.

Menurut Eh Ah Meng di dalam bukunya yang bertajuk “Pendidikan Sebagai

Suatu Proses: Asas Pendidikan 1”, ko-kurikulum ialah satu saluran pembelajaran yang

berasaskan gerak kerja tersusun dan terancang. Gerak kerja ini merupakan lanjutan

daripada proses pengajaran dan pembelajaran bilik darjah yang dijalankan melalui

pertubuhan pakaian seragam, persatuan atau kelab dan unit permainan serta sukan.

Menurut beliau lagi, aktiviti-aktiviti ko-kurikulum menyediakan peluang bagi

murid untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan kemahiran, pengetahuan dan nilai-

nilai yang telah dipelajari di dalam bilik darjah. Ini bermakna, aktiviti ko-kurikulum

dilaksanakan dengan tujuan untuk menyediakan suatu wadah bagi membentuk etika

seseorang pelajar itu.

Jika dilihat kepada struktur Kurikulum Baru Sekolah Rendah (Rajah 1.1), ko-

kurikulum dilaksanakan dengan tujuan untuk membantu perkembangan diri individu.

Tugas ko-kurikulum adalah berseiringan dengan pelajaran muzik, Pendidikan Seni dan

Pendidikan Jasmani. Ini membuktikan bahawa ko-kurikulum memainkan peranan penting

dalam membentuk sahsiah diri pelajar terutamanya semasa di sekolah rendah lagi.

Page 10: Kedudukan Kokurikulum Di Sekolah Persepsi Guru & Pelajar

Rajah 1.2:Struktur Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR).

KOMUNIKASI

Kemahiran Asas

(Membaca, Menulis dan Mengira)

Bahasa Matematik

PELAJAR

MANUSIA DAN ALAM SEKITARPERKEMBANGAN DIRI

INDIVIDU

Kerohanian, Nilai dan Sikap, Seni,

Kemanusian dan Alam Sekitar, Pendidikan

Agama Islam, Muzik, Pendidikan Moral,

dan Alam dan Manusia

Rekreasi, Pendidikan Seni, Pendidikan

Jasmani, Ko-kurikulum

Sumber: Pendidikan di Malaysia, 1993:113

MATLAMAT KOKURIKULUM DIWUJUDKAN DI SEKOLAH-SEKOLAH

Sistem Pendidikan Negara mewajibkan pelajar menceburkan diri dalam kegiatan

kokurikulum. Ini adlaah langkah pragmatik kerajaan untuk mewujudkan pelajar yang

berdisiplin, bertanggungjawab, berkarisma dan berketerampilan. Ini selaras dengan

laporan Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pembelajaran 173 menyatakan:

“ Kegiatan kokurikulum yang dijalankan di luar biik darjah adalah penting untuk

menyemai, memupuk dan menanam perasaan kekitaan atau “esprit de corps” di antara

murid-murid berbagai keturunan yang mempunyai latar belakang yang berlainan. Ia

juga bertujuan melatih murid-murid supaya bersikap bertanggungjawab , berdikari dan

berkemahiran dalam sesuatu lapangan yang mereka sertai”.

Page 11: Kedudukan Kokurikulum Di Sekolah Persepsi Guru & Pelajar

Seorang pelajar dididik dengan berbagai-bagai ilmu pengetahuan untuk menjadi

seorang insan yang seimbang dan harmonis. Pendidikan hendaklah dilihat sebagai satu

proses sepanjang hayat. Seluruh agen pendidikan formal, tak formal dan bukan formal

berkewajipan dan berperanan secara bekerjasama, lengkap melengkapi dan memenuhi

tanggungjawab masing-masing dalam pendidikan. Aktiviti kokurikulum sukan bersama

dengan unit beruniform dan persatuan ini telah diperuntukkan dalam peraturan-peraturan

Kursus Pengajian Sekolah 1956. Pada tahun 1985, kegiatan ini diberikan peruntukkan

waktu 60 minit seminggu dan dimasukkan ke dalam jadual waktu persekolahan.

Dalam usaha untuk membentuk masyarakat pelajar yang mempunyai perwatakan

peribadi yang tinggi, ko-kurikulum memainkan peranannya yang tersendiri. Secara

amnya kesemua gerak kerja ko-kurikulum adalah bermatlamat untuk melahirkan pelajar

yang mempunyai ciri-ciri manusia yang berakhlak tinggi. Walau bagaimanapun matlamat

aktiviti ko-kurikulum boleh diperincikan lagi kepada perkara-perkara seperti berikut:

A. Menyemai Dan Memupuk Disiplin, Nilai Dan Sikap Positif Selaras Dengan

Falsafah Pendidikan Negara.

Melalui penglibatan pelajar dengan aktiviti-aktiviti ko-kurikulum, sikap pelajar akan

dibentuk dengan sendirinya. Umpamanya sikap disiplin pelajar dapat dibentuk dengan

aktiviti-aktiviti pasukan berpakaian seragam seperti berkawad, berkhemah, latihan ikhtiar

hidup dan sebagainya.

B. Memupuk Semangat Kewarganegaraan Dan Perpaduan.

Nilai-nilai yang diterapkan melalui aktiviti-aktiviti secara berkumpulan dan bekerjasama akan memupuk semangat perpaduan di kalangan para pelajar tanpa mengira bangsa, keturunan, agama, taraf kekayaan dan sebagainya.

C. Menyemai Kesedaran Pelajar Terhadap Agama Dan Kepercayaan Kepada

Tuhan.

Page 12: Kedudukan Kokurikulum Di Sekolah Persepsi Guru & Pelajar

Kebanyakan aktiviti ko-kurikulum berteraskan kepada nilai-nilai murni dan

bersandarkan kepada keagamaan serta kepercayaan kepada tuhan. Bagai pelajar-

pelajar yang beragama Islam, aspek keagamaan diterapkan dengan memperkukuhkan

ibadah, akidah dan akhlak bagi setiap pelajar. Bagi pelajar bukan Islam, aspek

moraliti dititiberatkan dengan penekanan terhadap nilai-nilai murni dan pengukuhan

sahsiah.

D. Menseimbangkan Perkembangan Mental Dengan Perkembangan Rohani,

Jasmani Dan Emosi Pelajar.

Sekolah pada masa kini bukan hanya sebagai pusat perkembangan minda, tetapi juga pencetus kepada pembentukan rohani, jasmani dan emosi pelajar. Oleh itu ko-kurikulum akan bertindak sebagai agen pemangkin pembentukan rohani, jasmani dan emosi pelajar. Dengan ini secara tidak langsung akan dapat menyamai dengan perkembangan mental pelajar.

E. Mengukuhkan Perhubungan Dan Pergaulan Di Kalangan Pelajar-Pelajar Di

Sekolah.

Kebanyakan daripada aktiviti yang dilakukan di dalam ko-kurikulum adalah

berlandaskan gerak kerja berkumpulan. Ini akan membina kemahiran untuk

berinteraksi di kalangan pelajar dan juga mengeratkan perhubungan di antara mereka.

Kesinambungan daripada itu juga pergaulan di kalangan pelajar dapat diperkukuhkan

dan melahirkan pelajar yang ramah serta berhemah.

F. Mewujudkan Budaya Sekolah Yang Menarik Dan Menggembirakan.

Kepelbagaian aktiviti di dalam ko-kurikulum menjamin keseronokan dan kepuasan

kepada pelajar. Pelajar tidak akan cepat bosan dengan tekanan kerja-kerja akademik

Page 13: Kedudukan Kokurikulum Di Sekolah Persepsi Guru & Pelajar

yang berbentuk mantik dan statik. Pelajar boleh menikmati kepuasan dengan

menyertai aktiviti yang diminati dengan cabaran.

Kesimpulannya bolehlah dikatakan bahawa matlamat utama ko-kurikulum ialah untuk membentuk personaliti pelajar yang berkemahiran tinggi dalam komunikasi, kepimpinan, keagamaan, kesukanan dan pemikiran.

OBJEKTIF KO-KURIKULUM

Selain daripada matlamat-matlamat yang digariskan di atas ko-kurikulum juga adalah

berhasrat untuk membolehkan pelajar:

A. Meningkatkan Minat, Bakat, Kemahiran Dalam Bidang-Bidang Tertentu.

Pelajar-pelajar adalah diberi peluang untuk memilih aktiviti ko-kurikulum yang diminati

oleh mereka. Dengan ini mereka akan lebih bersemangat untuk meneruskan aktiviti

tersebut kerana mendapat kepuasan dan kegembiraan di hati mereka. Dengan menyertai

aktiviti sebegini juga pelajar-pelajar akan didedahkan dengan pelbagai cabaran dan

dugaan. Dalam keadaan sebeginilah, iaitu dalam usaha untuk mengatasi cabaran, bakat

para pelajar akan diasah terutama daripada aspek kepimpinan, pengurusan, membuat

keputusan dan sebagainya. Serentak dengan itu kemahiran-kemahiran seperti kemahiran

untuk berfikir, ikhtiar hidup dan lain-lainya akan diperolehi untuk dipraktikkan pada

masa depan.

B. Mengisi Masa Lapang Dengan Aktiviti Masa Lapang Dengan Aktiviti Yang

Berfaedah Di Samping Membina Kesihatan Dan Kesejahteraan Diri.

Banyak permasalahan sosial yang dihadapi oleh remaja adalah akibat daripada pengisian

masa lapang dengan aktiviti yang tak berfaedah. Ini memudahkan pelajar untuk

terjerumus ke lembah maksiat yang memudaratkan masyarakat. Oleh itu satu usaha perlu

dilakukan untuk menganjurkan satu pengisian yang berfaedah kepada pewaris-pewaris

negara ini. Usaha ini tentulah daripada pihak berwajib dengan dibantu oleh ahli

Page 14: Kedudukan Kokurikulum Di Sekolah Persepsi Guru & Pelajar

masyarakat yang prihatin. Sebagai suatu institusi pendidikan, maka sekolah boleh

dijadikan wahana untuk mempraktiskan usaha ini. Aktiviti ko-kurikulum adalah salah

suatu penyelesaian ataupun sebahagian daripada usaha yang telah dilaksanakan. Ko-

kurikulum menyediakan aktiviti yang padat dan bermanfaat sebagai alternatif untuk

mengisi masa lapang para pelajar. Penyertaan di dalam aktiviti ko-kurikulum dapat

mengelakkan mereka daripada terjebak dengan aktiviti-aktiviti yang kurang sihat.

C. Membuat Kerja Khidmat Kepada Masyarakat.

Sikap dan tingkah laku individu perlu dipupuk sejak dari bangku sekolah lagi. Kalau di

bangku sekolah tidak pernah melakukan kerja-kerja kebajikan, maka apabila dewasa

nanti adalah susah dimulakan. Perasaan malu dan malas akan mula timbul. Kalau ini

berlaku maka hasrat kerajaan untuk mewujudkan masyarakat penyayang menjelang tahun

2020 tidak akan tercapai. Sejajar dengan itu, gerak kerja ko-kurikulum diserapkan dengan

elemen-elemen khidmat masyarakat. Setiap sub-unit ko-kurikulum akan diterapkan

dengan unsur-unsur sebegini sebagai usaha untuk melahirkan rasa kebertanggungjawaban

di kalangan pelajar-pelajar. Apabila pelajar sudah biasa dengan aktiviti ini maka

kesedaran serta keinsafan akan timbul dan rasa kasih sayang ini akan menyerap masuk di

sanubari masing-masing. Apabila sudah dewasa kelak mereka yang sudah biasa berbakti

akan terus berbakti sama ada secara individu ataupun berkumpulan seperti yang

dilakukan oleh Yayasan Salam Malaysia dan lain-lain pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

D. Memberi Sumbangan Kepada Sekolah.

Jika dilihat kepada kurikulum terdahulu sebelum adanya Kurikulum Bersepadu Sekolah

Menengah (KBSM) dan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR), tidak semua pelajar

tidak diberi peluang untuk berbakti kepada sekolah. Sumbangan kepada sekolah bukan

sahaja berbentuk material tetapi juga menaikkan nama sekolah dengan memenangi

kejohanan atau mengaut sebarang anugerah serta pengiktirafan. Dalam gerak kerja ko-

kurikulum, pelajar masing-masing berpeluang untuk berbakti kepada sekolah sama ada

dengan sumbangan berbentuk fizikal dan bukan fizikal seperti menaikkan nama baik

Page 15: Kedudukan Kokurikulum Di Sekolah Persepsi Guru & Pelajar

sekolah. Aktiviti-aktiviti yang diatur banyak memberi ruang kepada pelajar seperti

pertandingan di peringkat daerah, negeri, negara dan antarabangsa. Gerak kerja gotong-

royong pula banyak memberi sumbangan kepada pihak sekolah. Secara keseluruhannya,

penglibatan pelajar dengan aktiviti ko-kurikulum itu sendiri sudah banyak membantu

pihak sekolah iaitu menjadikan sekolah itu sebagai sekolah yang aktif. Ini akan

menaikkan nama baik sekolah dan dipandang tinggi oleh masyarakat. Ibu bapa akan

berlumba-lumba untuk menghantar anak-anak ke sekolah yang aktif dan bukannya ke

sekolah yang pasif dan lembab.

E. Meningkatkan Disiplin Diri.

Disiplin adalah salah satu cabang pekerti yang mulia bagi seseorang insan. Disiplin

mengajar erti sebuah kehidupan yang bertamadun dan mempunyai peraturan. Tanpa

disiplin manusia akan hidup dengan maruah yang rendah dari maruah makhluk Tuhan

yang dinamakan haiwan. Disiplin juga adalah salah satu ciri-ciri masyarakat yang

berjaya. Masyarakat yang berdisiplin mudah untuk mencapai kejayaan dan

kegemilangan. Disiplin ialah suatu amanah kepada diri yang tidak boleh dipaksa dan

dibuat-buat. Sehubungan itu aktiviti ko-kurikulum menitikberatkan soal disiplin ini. Unit

berpakaian seragam menjadikan elemen ini sebagai identiti mereka. Semua aspek tingkah

laku, gerak kerja, keterampilan, pembelajaran, pakaian dan segalanya bermula dan

berakhir dengan disiplin. Begitu juga dengan gerak kerja lain samada rekreasi,

pertubuhan, kelab atau persatuan juga mementingkan elemen ini. Ini adalah kerana tanpa

disiplin, segala perancangan tidak akan dapat dilaksanakan. Tanpa disiplin juga keadaan

akan menjadi tidak terkawal bahkan juga akan membawa kepada kemusnahan organisasi.

Dengan ini, ko-kurikulum bertindak sebagai agen utama yang membantu

pembentukan dan peningkatan disiplin pelajar di sekolah. Secara tidak langsung masalah

sosial dapat dihindarkan dan keadaan aman dapat diwujudkan.

F. Berhubung, Bergaul Dan Bersatu Padu.

Page 16: Kedudukan Kokurikulum Di Sekolah Persepsi Guru & Pelajar

Telah dijelaskan pada permulaan tadi bahawa kebanyakan atau hampir kesemua aktiviti

ko-kurikulum adalah dilakukan secara berkumpulan iaitu memerlukan kerjasama dan

semangat setiakawan. Kemahiran berinteraksi dapat diasah untuk mereka berhubung di

antara satu sama lain. Dengan ini semangat muhibah dapat dipupuk untuk melahirkan

masyarakat yang bersatu padu tanpa mengira adat resam, agama dan pengkat.

G. Meningkatkan Kerjasama Dan Sumbangan Dua Hala Antara Sekolah Dan

Masyarakat.

Sekolah merupakan gedung ilmu dan pusat pendidikan. Walau bagaimanapun di

persekitarannya ada masyarakat yang memerlukan pertolongan dan bantuan. Sekolah itu

sendiri memerlukan sokongan daripada masyarakat. Tanpa kerjasama ini, fungsi sekolah

tidak berjaya dilaksanakan. Menyedari akan hakikat ini, aktiviti ko-kurikulum telah

disusun sedemikian rupa untuk bertindak sebagai pemangkin perhubungan dan kerjasama

di antara sekolah dan masyarakat. Perhubungan yang dimaksudkan bukan sekadar

perhubungan sehala, akan tetapi merupakan perhubungan dua hala yang membawa

manfaat kepada kedua-dua belah pihak. Masing-masing mempunyai peranan sendiri.

Konsep memberi dan menerima perlu dipraktiskan untuk meastikan kejayaan kerjasama

ini.

(Sumber: Pusat Perkembangan Kurikulum, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah,

1993)

METODOLOGI KAJIAN

i. Reka Bentuk Kajian

Kajian ini merupakan satu kajian tinjauan untuk melihat kedudukan ko kurikulum di

sekolah mengikut persepsi guru. Kajian yang berbentuk tinjauan ini diklasifikasikan oleh

Mohd Majid (1998) sebagai penyelidikan deskriptif. Kajian bermatlamat untuk

mengumpul maklumat mengenai padangan guru mengenai kedudukan kokurikulum di

sekolah. Kajian ini menggunakan soal selidik sepenuhnya yang ditadbir kepada 57 orang

Page 17: Kedudukan Kokurikulum Di Sekolah Persepsi Guru & Pelajar

guru. Cara ini juga membolehkan penyelidik mendapat maklumat dengan cepat dalam

masa yang singkat memandangkan masa yang terhad. Kajian ini juga mengumpul

maklumat 30 orang pelajar dari satu sekolah Sekolah Sains Tuanku Jaafar, Kuala Pilah,

Negeri Sembilan. Responden kajian terdiri daripada 30 orang murid lelaki dan

perempuan dari tingkatan 1 hingga 4. Semua responden adalah dipilih secara rawak.

ii. Populasi Dan Sampel Kajian

Populasi kajian ini adalah seramai 1100 orang guru di sekolah menengah daerah Rompin

Darul Makmur. Sampel adalah terdiri daripada 57 guru lelaki dan perempuan di SMK

Rompin, SMK Agama Pahang, SMK Perantau Damai dan SMK Seri Rompin. Jumlah

guru di SMK Rompin ialah seramai 88 orang SMK Agama Pahang seramai 75 orang,

SMK Perantau Damai 85 orang dan SMK Seri Rompin seramai 43 orang. Sebanyak 57

set soal selidik diberikan secara rawak kepada guru-guru dari sekolah-sekolah tersebut

yang terdiri dari berlainan jantina diambil secara rawak berstrata untuk mengurangkan

ralat persampelan dan diharap boleh mewakili populasi. Manakala responden bagi relajar

pula hádala dari sebuah sekolah Populasi bagi kajian ini ialah murid-murid sekolah di

Sekolah Sains Tuanku Jaafar, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Responden kajian terdiri

daripada 30 orang murid lelaki dan perempuan dari tingkatan 1 hingga 4. Semua

responden adalah dipilih secara rawak.

iii. Alat Kajian

Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan satu set soal selidik yang mengandungi 2

bahagian iaitu;-

Guru

Page 18: Kedudukan Kokurikulum Di Sekolah Persepsi Guru & Pelajar

i. Bahagian A – untuk mendapat maklumat latarbelakang seperti umur, jantina,

pengalaman mengajar, kegiatan ko kurikulum dilaksanakan, perlantikan dan

surat perlantikan

ii. Bahagian B – adalah maklumat minat dan persepsi guru, tanggapan guru,

perancangan ko kurikulum, penglibatan guru.

Pelajar

i Bahagian A : Demografi

ii Bahagian B : Kedudukan Kokurikulum di Sekolah

iv. Tatacara Penganalisisan Data

Penganalisisan data dibuat untuk mengetahui hasil kajian yang diperoleh daripada

responden. Segala data dan maklumat yang diperoleh daripada soal selidik diproses

melalui program SPSS ( Statistical Package For The Social Sciences ). Analisis secara

deskriptif dilakukan untuk mengetahui kekerapan, min, sisihan piawai dan peratus setiap

item soalan yang dijalankan serta latar belakang responden.

Kesimpulan

Bahagian ini telah menerangkan metodologi yang digunakan untuk menjalankan kajian

untuk melihat kedudukan ko kurikulum di sekolah mengikut persepsi guru di samping

mengenalpasti masalah-masalah yang dialami ketika melaksanakan aktiviti gerak kerja

ko kurikulum di sekolah. Selain dari itu persepsi pelajar tentang pelaksanaan ko

kurikulum di sekolah juga diambil kira. Dapatan dari persepsi guru dan pelajar ini boleh

dijadikan panduan dan rujukan bagi mengemaskini perlaksanaan ko kurikulum di

sekolah.

Page 19: Kedudukan Kokurikulum Di Sekolah Persepsi Guru & Pelajar

DAPATAN KAJIAN

KEDUDUKAN KO KURIKULUM DI SEKOLAH-GURU

Bahagian ini menjelaskan dapatan kajian yang dibuat berdasarkan persoalan-persoalan

kajian. Dapatan kajian adalah berdasarkan jawapan yang telah diberikan oleh guru-guru

di dalam soal selidik. Pembentangan dapatan kajian diberikan dalam bentuk statistik

deskriptif. Statistik deskriptif yang digunakan ialah kekerapan, peratusan, min dan sisihan

piawai. Dapatan deskriptif akan memerihalkan taburan sampel mengikut jantina dan

menjawab persoalan kajian berkaitan dengan kedudukan ko kurikulum di sekolah dari

persepsi guru.

Bagi menjawab persoalan kajian tentang kedudukan ko kurikulum di sekolah dari

persepsi guru, penyelidik menggunakan interpretasi skor min seperti dalam Jadual 1 bagi

menentukan tahap persepsi guru terhadap ko kurikulum.

4.1. Profil Sampel Responden Kajian

4.1.1 Jantina.

Kajian ini melibatkan 57 orang responden yang terdiri daripada guru-guru di daerah

Rompin. Sampel kajian terdiri daripada 23 lelaki (40.4%) dan perempuan 34 (59.6%)

seperti dalam Jadual 1 dan sepertimana dipaparkan di dalam Rajah 1.

Frequency PercentLelaki 23 40.4perempuan 34 59.6Total 57 100.0

Page 20: Kedudukan Kokurikulum Di Sekolah Persepsi Guru & Pelajar

Jadual 1

Rajah 1.

4.1.2. Umur

Umur responden adalah terdiri dari guru yang berumur 25 tahun sehingga ke 46 tahun.

Guru yang berumur 35 tahun adalah merupakan yang paling ramai menjadi responden

bagi kajian ini iaitu 8.8 %. Jadual 2 di bawah menunjukkan umur responden kajian.

Manakala umur purata bagi responden kajian ialah 34 tahun sepertimana yang

ditunjukkan oleh Rajah 2 dan Rajah 3.

Descriptive Statistics

N Minimum Maximum Meanumur 57 25 46 34.42

Jadual 2

Page 21: Kedudukan Kokurikulum Di Sekolah Persepsi Guru & Pelajar

Rajah 2

Rajah 3

Page 22: Kedudukan Kokurikulum Di Sekolah Persepsi Guru & Pelajar

4.1.3. Pengalaman Mengajar.

Descriptive Statistics

N Minimum Maximum MeanPengalaman mengajar 57 1 21 8.82Valid N (listwise) 57

Jadual 3.

Merujuk pada Jadual 3 di atas min pengalaman mengajar guru yang terlibat sebagai

responden adalah di tahap 8.82 tahun pengalaman mengajar dan pengalaman responden

yang paling lama ialah selama 21 tahun.

Rajah 4.

Page 23: Kedudukan Kokurikulum Di Sekolah Persepsi Guru & Pelajar

4.1.4. Pengalaman mengajar

Frequency Percent Valid PercentCumulative

PercentValid 1 1 1.8 1.8 1.8

2 4 7.0 7.0 8.8

3 7 12.3 12.3 21.1

4 2 3.5 3.5 24.6

5 6 10.5 10.5 35.1

6 1 1.8 1.8 36.8

7 2 3.5 3.5 40.4

8 1 1.8 1.8 42.1

9 5 8.8 8.8 50.9

10 9 15.8 15.8 66.7

11 4 7.0 7.0 73.7

12 5 8.8 8.8 82.5

13 1 1.8 1.8 84.2

14 2 3.5 3.5 87.7

16 2 3.5 3.5 91.2

17 1 1.8 1.8 93.0

18 2 3.5 3.5 96.5

21 2 3.5 3.5 100.0

Total 57 100.0 100.0

Jadual 4.

4.2. DAPATAN DESKRIPTIF

4.2.1 Peratusan Responden Terhadap Pelaksanaan Aktiviti Ko-Kurikulum Di

Sekolah.

Dapatan deskriptif seperti ditunjukkan dalam Jadual 5 memperihalkan gambaran profil

sampel kajian dari segi peratusan responden terhadap pelaksanaan aktiviti ko-kurikulum

di sekolah. Hasil dari dapatan tinjauan ini menunjukkan bahawa 45.6% sekolah

melaksanakan ko-kurikulum pada hari Rabu, 19.3% melaksanakannya sepanjang tahun,

19.3% melaksanakannya pada hari Sabtu, 7% melaksanakan pada waktu petang dan 1.8%

ko-kurikulum dilaksanakan dari Januari hingga Oktober.

Page 24: Kedudukan Kokurikulum Di Sekolah Persepsi Guru & Pelajar

Jadual 5

4.2.2 Siapa yang melantik.

Frequency PercentGpk Koko 12 21.1Pentadbir 13 22.8pengetua 30 52.6ketua guru penasihat 1 1.8Total 57 100.0

Jadual 6

Merujuk kepada Jadual 6 di atas peratusan terbesar tentang siapa yang melantik guru-

guru penasihat sukan dan permainan, badan-badan beruniform, kelab-kelab dan persatuan

adalah Pengetua (52.6%), pentadbir sekolah (22.8%), GPK Ko kurikulum (21.1%) dan

hanya 1% menyatakan Ketua Guru Penasihat. Di antara Pengetua, pentadbir dan GPK Ko

kurikulum yang dimaksudkan ialah pengurusan sekolah, dicadangkan oleh Guru

Penolong Kanan dan dilantik oleh Pengetua.

4.2.3 Surat perlantikan.

Bilakah ko kurikulum dijalankan Frequency Percent

sepanjang tahun 11 19.3hari rabu 26 45.6sabtu 11 19.3jan-okt 1 1.8waktu petang 4 7.0Total 53 93.0Total 57 100.0

Page 25: Kedudukan Kokurikulum Di Sekolah Persepsi Guru & Pelajar

Jadual 7

Mengenai surat perlantikan pula, 56 % menyatakan ada surat perlantikan dan

selebihnya tidak mendapat surat perlantikan iaitu 43.9% seperti di dalam Jadual 7.

Frequency PercentYa 32 56.1 Tidak

25 43.9

Total

57 100.0

Page 26: Kedudukan Kokurikulum Di Sekolah Persepsi Guru & Pelajar

4.3. MINAT DAN PERSEPSI GURU

4.3.1 Peratusan Respondan Terhadap Cara Lantikan Sebagai Guru Penasihat Ko-Kurikulum.

Dapatan dari Jadual 8 di bawah menunjukkan bahawa 73.7% responden bersetuju dan

8.8% sangat setuju dengan pemilihan/lantikan pentadbir sebagai guru penasihat dalam

aktiviti ko-kurikulum. 10.5 % guru tidak pasti manakala 3.5% masing-masing tidak

setuju dan sangat tidak setuju.

Saya bersetuju atas pemilihan pentadbir terhadap tugas anda sebagai guru penasihat dalam aktiviti ko-kurikulum

Frequency Percent

Sangat tidak setuju 2 3.5

Tidak setuju2 3.5

tidak pasti6 10.5

setuju42 73.7

sangat setuju5 8.8

Total57 100.0

Jadual 8

Saya berminat dengan kelab/persatuan/kokurikulum yang diberi

Frequency PercentSangat tidak setuju 2 3.5 Tidak setuju

5 8.8

tidak pasti

6 10.5

setuju

40 70.2

sangat setuju

4 7.0

57 100.0

Page 27: Kedudukan Kokurikulum Di Sekolah Persepsi Guru & Pelajar

Total

Jadual 9

4.3.2 Profil Minat Responden Terhadap Kelab/ Persatuan / Ko Kurikulum.

Dapatan dari Jadual 9 di atas menunjukkan bahawa 70.2% guru berminat dan 7.0% guru

sangat berminat, dengan kelab/persatuan/kokurikulum yang diberi, 10.5 % guru tidak

pasti, 8.8% guru tidak berminat dan 3.5% guru sangat tidak berminat dengan

kelab/persatuan/kokurikulum yang diberi.

Perkaitan di antara umur guru atau pengalaman mengajar dengan minat

terhadap kelab/persatuan/kokurikulum yang diberi. Jadual 9 di bawah menunjukkan

bahawa pengalaman guru mengajar dan umur bukanlah faktor utama dalam membantu

pihak sekolah mengaktifkan kelab/persatuan/kokurikulum kerana dapatan membuktikan

bahawa bagi penyataan "Saya berminat dengan kelab/persatuan/kokurikulum yang diberi

terdapat guru yang mempunyai pengalaman kerja selama 14 tahun dan 9 tahun bekerja

memberi respon sangat tidak bersetuju dan min umur mereka adalah pada umur 35 tahun.

Manakala untuk maklum balas sangat setuju bagi pernyataan di atas terdapat pelbagai

tahap pengalaman guru mengajar bermula dari seawal 2 tahun mengajar sehinggalah ke

18 tahun mengajar dan min umurnya adalah pada umur 36 tahun. Walau bagaimanapun

dari segi sisihan piawainya mempunyai serakan yang sangat tinggi iaitu 7.348. Bagi

persepsi guru yang baru mengajar pula mereka masih ditahap pemerhatian dan tidak pasti

oleh sebab itu pernyataan ini mereka lebih suka menanda tidak pasti.

Page 28: Kedudukan Kokurikulum Di Sekolah Persepsi Guru & Pelajar

Saya berminat dengan kelab/persatuan/kokurikulum yang diberi Pengalaman mengajar Mean N Std. DeviationSangat tidak setuju 9 32.00 1 .

14 38.00 1 .Total 35.00 2 4.243

Tidak setuju 2 44.00 1 .3 26.00 1 .5 30.00 1 .7 33.00 1 .8 39.00 1 .Total 34.40 5 7.162

tidak pasti 1 29.00 1 .3 27.00 1 .5 32.00 1 .10 35.00 1 .12 35.00 1 .16 37.00 1 .Total 32.50 6 3.886

setuju 2 26.67 3 .5773 27.00 4 1.8264 29.50 2 2.1215 31.50 4 3.7866 31.00 1 .7 31.00 1 .9 33.67 3 1.52810 34.75 8 1.48811 38.00 4 1.41412 37.25 4 3.30413 42.00 1 .16 45.00 1 .17 45.00 1 .18 43.00 1 .21 45.50 2 .707Total 34.53 40 5.796

Sangat setuju 3 26.00 1 .9 35.00 1 .14 42.00 1 .18 41.00 1 .Total 36.00 4 7.348

Jadual 10

Page 29: Kedudukan Kokurikulum Di Sekolah Persepsi Guru & Pelajar

4.3.3 Penambahan Ilmu dan Kemahiran dalam Persatuan atau Kelab.

Sekiranya masa terluang, anda akan melayari internet atau apa sahaja pencarian ilmu untuk menguatkan serta menambahkan lagi pengetahuan dan kemahiran anda dalam persatuan atau kelab yang dipimpin

Frequency Percent

Sangat tidak setuju 5 8.8

Tidak setuju10 17.5

tidak pasti15 26.3

setuju24 42.1

sangat setuju3 5.3

Total57 100.0

Jadual 11

Dapatan dari Jadual 11 di atas menunjukkan bahawa majoriti guru-guru bersetuju bahawa

penambahan ilmu dan kemahiran di dalam persatuan atau kelab yang dipimpin adalah

perlu sama ada melalui internet atau apa saja sumber. 42.1% guru bersetuju dan 5.3%

sangat setuju. 26.3% guru tidak pasti manakala 17.5% guru tidak bersetuju, 8.8% guru

sangat tidak bersetuju dengan pernyataan tersebut.

4.3.4 Kelayakan Dan Latihan Guru Penasihat Dalam Aktiviti KoKurikulum.

Jadual 12

Frequency PercentSangat tidak setuju 6 10.5Tidak setuju 21 36.8tidak pasti 12 21.1setuju 14 24.6sangat setuju 4 7.0Total 57 100.0

Page 30: Kedudukan Kokurikulum Di Sekolah Persepsi Guru & Pelajar

Jadual 12 di atas menunjukkan persepsi guru terhadap cara pemilihan dan perlantikan di

dalam menguruskan aktiviti-aktiviti ko kurikulum berdasarkan kelayakan dan latihan

guru iaitu 36.8 % daripada responden tidak setuju dan 10.5% menyatakan sangat tidak

setuju. Manakala 21.1 % tidak pasti dan 24.6% bersetuju serta dan 7 % sahaja sangat

setuju. Begitu juga latihan-latihan yang diperlukan di dalam mengendalikan aktiviti-

aktiviti kelab, persatuan atau unit-unit beruniform.

4.3.5 Adakah pemilihan yang dibuat mengikut tahap kemahiran dan pengetahuan guru terhadap persatuan/kelab/unit berunifom yang di tentukan?

Jadual 13

Berdasarkan Jadual 13 di atas 29.8% responden tidak pasti sama ada tahap kemahiran dan

pengetahuan guru diambilkira di dalam proses perlantikan guru-guru di dalam persatuan-

persatuan, kelab-kelab dan unit-unit beruniform. Manakala 40.4 % bersetuju dan 5.3%

sangat setuju. Manakala 24.5 % yang lain tidak bersetuju.

Frequency PercentSangat tidak setuju 4 7.0 Tidak setuju

10 17.5

tidak pasti

17 29.8

setuju

23 40.4

sangat setuju

3 5.3

Total

57 100.0

Page 31: Kedudukan Kokurikulum Di Sekolah Persepsi Guru & Pelajar

4.3.6 Saya tidak berminat menjadi penasihat dalam aktiviti ko kurikulum kerana tugas sebagai guru akademik membebankan.

Jadual 14

Jadual 14 menunjukkan 40.4% responden tidak bersetuju bahawa aktiviti-aktiviti ko

kurikulum membebankan mereka dan menyebabkan mereka tidak berminat. Manakala

21.1 % responden bersetuju dan 26.3% tidak pasti.

4.4. TANGGAPAN GURU

4.4.1. Kesesuaian Masa

Masa kokurikulum sesuai dengan saya Frequency PercentSangat tidak setuju 2 3.5Tidak setuju 5 8.8tidak pasti 13 22.8setuju 36 63.2sangat setuju 1 1.8 Total

57 100.0

Jadual 15

Persepsi guru terhadap kesesuaian masa aktiviti kokurikulum dijalankan dapat dilihat di

dalam Jadual 15 di atas iaitu 63.2 % peratus bersetuju ia dijalankan pada masa yang

sesuai. 22.8% tidak pasti dan 12.3% tidak setuju dan sangat tidak bersetuju.

Frequency PercentValid Sangat tidak

setuju4 7.0

Tidak setuju 23 40.4 tidak pasti 15 26.3 Setuju 12 21.1 sangat setuju 3 5.3 Total 57 100.0

Page 32: Kedudukan Kokurikulum Di Sekolah Persepsi Guru & Pelajar

4.4.2 Saya amat jelas dengan tujuan dan objektif aktiviti ko kurikulum dijalankan.

Frequency PercentSangat tidak setuju 1 1.8Tidak setuju 5 8.8tidak pasti 9 15.8setuju 36 63.2sangat setuju 6 10.5Total 57 100.0

Jadual 15

Majoriti responden bersetuju bahawa mereka jelas terhadap tujuan dan objektif aktiviti-

aktiviti kokurikulum yang dijalankan iaitu sebanyak 63.2% dan 10.5 % sangat bersetuju.

Manakala 15.8% tidak pasti dan 10 .6% masing-masing tidak setuju dan sangat tidak

setuju.

4.5. PERANCANGAN KO KURIKULUM

4.5.1. Perancangan Aktiviti Tahunan.

Ahli jawatankuasa persatuan/ kelab yang saya pimpin bersama-sama membuat perancangan aktiviti tahunan.

Frequency PercentSangat tidak setuju 1 1.8Tidak setuju 7 12.3tidak pasti 9 15.8setuju 37 64.9sangat setuju 3 5.3Total 57 100.0

Jadual 16

Dapatan yang diperolehi menunjukkan majoriti guru-guru iaitu 64.9% menyatakan

mereka terlibat bersama merancang aktiviti tahunan persatuan/kelab atau aktiviti-aktiviti

ko kurikulum yang lain seperti yang dipaparkan di dalam Jadual 16 di atas .Manakala

15.8% tidak pasti dan 12.3% tidak setuju.

Page 33: Kedudukan Kokurikulum Di Sekolah Persepsi Guru & Pelajar

4.5.2. Saya turut serta bersama-sama pelajar membuat aktiviti yang dirancang.

Frequency PercentTidak setuju 4 7.0tidak pasti 7 12.3setuju 44 77.2sangat setuju 2 3.5Total 57 100.0

Jadual 17

Berdasarkan kepada Jadual 17 di atas 77.2% dapatan atau majoriti guru

menyatakan mereka turut serta bersama-sama pelajar di dalam membuat aktiviti yang

dirancang dan 3.5% sangat setuju. Ini menunjukkan tahap penyertaan guru dan

keterlibatan adalah tinggi. Ini mambantu mencapai matlamat sesuatu aktiviti yang

dijalankan. 12.3% tidak pasti dan 7% yang lain tidak setuju.

4.5.3. Saya hadir di setiap aktiviti ko kurikulum.

Frequency PercentSangat tidak setuju 1 1.8Tidak setuju 4 7.0tidak pasti 15 26.3setuju 32 56.1sangat setuju 5 8.8Total 57 100.0

Jadual 18

Matlamat sesuatu aktiviti ko kurikulum yang dilakukan boleh dicapai atau tidak

bolehlah dilihat kepada tahap komitmen guru-guru. Jadual 18 menunjukkan persepsi

guru-guru terhadap kehadiran mereka di setiap aktiviti ko kurikulum mencatat 56.1%

bersetuju dan 8.8% sangat setuju. Manakala 26.3% responden menyatakan ketidakpastian

dan 8.8% selebihnya tidak setuju. Kadar kehadiran responden boleh dikatakan tinggi

kerana ini melibatkan seorang individu guru selama setahun sedangkan bagi satu-satu

kelab atau persatuan terdapat dua atau tiga orang Guru Penasihat yang kehadiran mereka

Page 34: Kedudukan Kokurikulum Di Sekolah Persepsi Guru & Pelajar

boleh digilir-gilirkan bagi setiap kali aktiviti diadakan. Oleh itu penglibatan guru adalah

tinggi di dalam memastikan aktiviti itu berjalan dan mencapai matlamatnya.

RUMUSAN

Pada keseluruhannya, dapatan kajian ini telah menjawab persoalan kajian yang

dikemukakan. Melalui analisis deskriptif, didapati secara keseluruhannya kegiatan

kokurikulum tidak dititikberatkan oleh pihak pentadbir sekolah walaupun guru-guru dan

pelajar telah menunjukkan komitmen yang tinggi melalui kehadiran dan keterlibatan

mereka. Ini kerana didapati peratus yang besar juga responden yang tidak pasti dan tidak

bersetuju dengan matlamat dan tujuan yang jelas di sebalik pelaksanaan aktiviti-aktiviti

kokurikulum yang dijalankan. Sepatutnya isu ini tidak timbul jika pentadbir sekolah

berjaya menunjukkan kepentingan yang jelas kepada semua aktiviti tersebut dan

merangka perancangan yang teliti termasuk pemilihan untuk dilantik memegang jawatan-

jawatan dan sebagainya. Sistem persekolahan yang menitikberatkan kecemerlangan

akademik menyebabkan ko kurikulum diabaikan.

KESIMPULAN DAN CADANGAN

Data-data yang telah dikumpul telah dianalisis secara terperinci. Kaedah utama yang

digunakan untuk menjawab setiap persoalan kajian ialah dengan mengaplikasikan kaedah

frekuensi dan juga perbandingan min.

Dapatan kajian yang telah diperolehi akan dikupas berdasarkan pandangan

tentang kaedah pelaksanaan dan masalah-masalah aktiviti-aktiviti ko kurikulum di

sekolah. Beberapa jawapan kepada persoalan-persoalan berikut telah diperolehi.

Aspek masa pelaksanaan aktiviti ko kurikulum kebanyakannya ialah ditetapkan

pada hari Rabu setiap minggu. Kekerapan ini dilaksanakan secara selang-seli di antara

aktiviti-aktiviti kelab, aktiviti-aktiviti persatuan akademik dan badan-badan beruniform.

Di antara cadangan yang perlu diambilkira ialah faktor penglibatan murid secara

menyeluruh memandangkan terdapat banyak kelab-kelab, persatuan-persatuan akademik

Page 35: Kedudukan Kokurikulum Di Sekolah Persepsi Guru & Pelajar

dan badan-badan beruniform yang ditubuhkan. Penyertaan murid perlulah dipelbagaikan

kerana kadang-kadang murid yang sama sahaja menyertai aktiviti-aktiviti ko kurikulum

tersebut wal hal terdapat juga yang disebut sebagai 'the nerd' yang tidak sama sekali

menghiraukan aktiviti-aktiviti seperti ini, walaupun ianya mendatangkan banyak faedah.

Laporan akhbar menyatakan, Kementerian Pelajaran mulai tahun depan akan

mengendalikan pengiraan markah bagi aktiviti ko-kurikulum pelajar yang memohon ke

Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan

Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi. Kerjasama kedua-dua

kementerian dalam menyelaras elemen ko-kurikulum di peringkat sekolah itu dibuat

berikutan keputusan Kabinet untuk melaksanakan dasar 90:10 akademik dan ko-

kurikulum bagi kemasukan pelajar secara pendekatan yang lebih holistik ke IPTA.

Mulai tahun ini, kerajaan mensyaratkan pelajar mempunyai 10 peratus penyertaan

dalam aktiviti ko-kurikulum untuk layak ke IPTA.

(BERNAMA, 15.4. 2006, Kementerian Pelajaran Kendali Pengiraan Markah Ko-kurikulum Pelajar Ke IPTA, http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php)

Guru-guru penasihat aktiviti ko kurikulum kebanyakannya dilantik oleh pentadbir

sekolah setelah diambilkira faktor kebolehan, minat dan keupayaan mereka. Untuk

menambah keberkesanan tugas itu dilaksanakan pentadbir sekolah dan Pejabat

Pendidikan Daerah atau Jabatan Pendidikan Negeri perlulah mengambil apa-apa inisiatif

menyediakan guru-guru ini dengan latihan formal dan diberi sijil kelayakan khas

pengendalian aktiviti-aktiviti ko kurikulum secara lebih meluas supaya kesemua sekolah

mempunyai guru-guru yang mempunyai latihan yang diperlukan tertamanya yang

melibatkan aktiviti-aktiviti yang tinggi risikonya seperti sukan air, terjunan dan

sebagainya lagi.

Surat perlantikan tidak begitu dititikberatkan oleh pentadbir sekolah sehingga

hampir separuh guru-guru penasihat Ko kurikulum tidak memiliki surat perlantikan dari

Pengetua. Ini bererti mereka menjalankan tugas secara arahan lisan sahaja tanpa surat

perlantikan rasmi.

Page 36: Kedudukan Kokurikulum Di Sekolah Persepsi Guru & Pelajar

Perancangan aktiviti tahunan pula dirancang oleh ahli-ahli jawatan kuasa masing-

masing dan diperkemaskan oleh pentadbiran sekolah kususnya Guru Penolong Kanan Ko

Kurikulum atau Guru Penolong Kanan HEM. Untuk mengelakkan acara-acara yang sama

sahaja setiap tahun supaya ianya pelbagai dan tidak membosankan program-program

peringkat negeri atau kebangsaan perlu diperluaskan lagi. Oleh itu ramai pelajar

berpeluang bertukar-tukar pengalaman dengan rakan-rakan dari negeri-negeri lain dan

meningkatkan pendedahan diri mereka.

Tahap penyertaan guru sangat tinggi di dalam kegiatan ko kurikulum yang

diadakan bersama-sama pelajar. Kehadiran dan penglibatan semata-mata tanpa

kemahiran-kemahiran yang perlu boleh menghadkan pencapaian pelajar di dalam aktiviti-

aktiviti ko kurikulum yang dipertandingkan. Oleh itu sejauhmana tercapai matlamat

aktiviti-aktiviti ko kurikulum sangatlah bergantung kepada kesanggupan menyediakan

guru-guru yang terlatih di dalam bidang ko kurikulum sepertimana guru-guru yang sama

dilatih untuk mengajar di dalam kelas barulah ia bertepatan dengan falsafah pendidikan

negara yang ingin membangunkan jasmani, rohani, emosi dan intelek. Sedangkan dalam

falsafah pendidikan itu jelas menunjukkan ko kurikulum memainkan peranan yang

penting. Long (1977) menyatakan terdapat masalah kekurangan masa selain daripada

tenaga terlatih yang terhad di bidang ko kurikulum.

Masalah guru kurang terlatih juga disebut oleh Jonson dan Ronald (1952).

Mereka menyatakan tidak semua program kurikulum dijalankan dengan baik kerana

setengah guru yang menyelia adalah kurang terlatih.

DAPATAN KAJIAN

KEDUDUKAN KO KURIKULUM DI SEKOLAH- PELAJAR

Page 37: Kedudukan Kokurikulum Di Sekolah Persepsi Guru & Pelajar

1. Penyertaan dan penglibatan pelajar

Kajian ini dijalankan untuk melihat penyertaan dan penglibatan pelajar dalam aktiviti

kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah. Masalah pelaksanaan kokurikulum yang turut

menjadi perbincangan ialah masalah pennyertaan dan penglibatan pelajar dalam aktiviti

kokurikulum. Sekiranya penyertaan dan penglibatan pelajar tidak mencapai tahap yang

dikehendaki, maka pelaksanaan kokurikulum tidak akan dapat dijalankan seperti yang

telah dirancang.

Hasil dari soal selidik yang telah dijalankan ke atas 30 orang pelajar di Sekolah

Menengah Sains Tuanku Jaafar, Kuala Pilah, Negeri Sembilan didapati penyertaan dan

penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum adalah baik. Ini berdasarkan kepada

soalan yang diajukan untuk melihat penyertaan dan penglibatan pelajar di dalam aktiviti

kokurikulum yang dijalankan. Jadual di bawah dapat menunjukkan penyertaan dan

penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum yang dijalankan mendapat sambutan yang

baik disebabkan oleh minat terhadap aktiviti yang dijalankan.

Minat di sini boleh dijadikan satu faktor yang mempengaruhi motivasi seseorang.

Minat telah didefinisikan sebagai kesan tarikan kepada ciri-ciri aktiviti yang dilakukan

dan keseronokkan yang diperolehi semasa melakukan aktiviti merupakan sumber

motivasi secara langsung. Minat juga diertikan keseronokkan seseorang melakukan

sesuatu aktiviti dengan senang hati dan rela hati. Sekiranya seseorang itu tidak berminat

dengan apa yang dilakukan ataupun terpaksa, maka ia akan memberi kesan yang negatif

dan masalah-masalah lain akan timbul. Minat merupakan faktor utama dalam

memastikan sesuatu aktiviti kokurikulum itu berjaya atau sebaliknya.

Dalam jadual di bawah juga menunjukkan penyertaan dan penglibatan pelajar

bukan disebabkan oleh paksaan atau tindakan hukuman seperti denda dan sebagainya.

Dapatan ini mungkin dapat dikaitkan dengan kesedaran dikalangan para pelajar akan

Page 38: Kedudukan Kokurikulum Di Sekolah Persepsi Guru & Pelajar

kepentingan penglibatan pelajar di dalam kegiatan kokurikulum dalam membantu peajar

untuk ke IPTA dan IPTS.

Penyertaan dan penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum

Item Tidak setuju (peratus )

Setuju( peratus )

1. Sentiasa hadir daam perjumpaan kokurikuum

10 37

2. Menyukai aktiviti kokurikuum yang diadakan

10 50

3. Berminat dan menyertai semua aktiviti kokurikuum

13 33

4. Hadir kerana terpaksa 67 17

2. Masalah Penglibatan Pelajar

Masalah penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum yang dijalankan merupakan satu

isu yang sering menjadi sungutan kepada para guru. Ini sering berlaku terutamanya bagi

sekolah-sekolah kurang menguatkuasakan penglibatan para pelajar dalam kegiatan

kokurikulum yang di adakan sehingga terdapat sekolah untuk mengatasi masalah tersebut

terpaksa menjalankan aktiviti kokurikulum pada sebelah pagi iaitu semasa proses

pengajaran dan pembelajaran dan waktu persekolahan terpaksa dilanjutkan untuk

mengganti masa P&P tersebut.

Dari kajian yang telah dijalankan menunjukkan tiada masalah berkenaan dengan

penglibatan pelajar dalam kegiatan dan aktiviti kokurikulum yang dijalankan. Ini

berdasarkan kepada jawapan oleh pelajar di mana sebahagain besar pelajar mengatakan

bahawa waktu kokurikulum yang dijalankan seperti yang dijadualkan adalah sesuai dan

aktiviti kokurikulum yang dijalankan sesuai dengan waktu senggang/riadah pelajar itu

iaitu sebanyak 40 peratus setuju dengan kenyataan tersebut.

Page 39: Kedudukan Kokurikulum Di Sekolah Persepsi Guru & Pelajar

Meskipun begitu, ada peajar yang berpendapatan bahawa aktiviti yang

diaksanakan sama setiap tahun dan mereka berpendapatan peru ada perubahan dan juga

menambah aktiviti yang bersesuai dengan mereka terutama aktiviti yang bersifat

“outdoor” yang agak mencabar.

Kurangnya masalah penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum yang

dilaksanakan juga mungkin ada kaitan dengan kesedaran para pelajar tentang kepentingan

dan sumbangan-sumbangan yang diperolehi dari aktiviti-aktiviti kokurikulum yang

disertainya terutama dalam proses pembelajaran sosialisasi para pelajar. Ini dapat dilihat

daripada respons yang diperolehi dari soal selidik menunjukkan para pelajar mengakui

dari aktiviti kokurikulum yang disertai oleh mereka telah memberi peluang kepada

mereka untuk berjumpa, bergaul dan juga berinteraksi dengan rakan-rakan sama ada dari

etnik yang sama atau etnik yang berlainan. Mereka juga berpendapat bahawa kegiatan

kokurikulum juga telah menjadikan mereka manjadi seorang yang lebih berdikari,

bertanggungjawab dan dapat bekerjasama dengan rakan-rakan sama dari etnik yang sama

atau yang berbeza. Sebanyak 53 peratus pelajar dari soal selidik ini mengakui bahawa

banyak faedah dan manfaat yang diperolehi dari penglibatan dan penyertaan mereka

dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum yang diadakan. Mereka juga mengatakan

memperolehi pengetahuan dan kemahiran baru melalui aktiviti-aktiviti yang disertai.

Jadual di bawah menunjukkan peratusan pelajar yang bersetuju dan sangat bersetuju

dengan pernyataan berkenaan.

Page 40: Kedudukan Kokurikulum Di Sekolah Persepsi Guru & Pelajar

Kepentingan Dan Sumbangan Aktiviti Kokurikulum Kepada Para Pelajar

Item Setuju (peratus )

sangat setuju

( peratus )1. Penyertaan dalam aktiviti kokurikulum memberi

peluang untuk bergaul dengan rakan sama/lain etnik.

47 30

2. Aktiviti kokurikulum telah menjadikan mereka lebih berdikari, bertanggungjawab dan bekerjasama dengan orang lain.

47 50

3. Aktiviti kokurikulum telah banyak memberi banyak manfaat dan faedah.

40 33

4. Aktiviti kokurikulum juga telah memberi pengetahuan dan kemahiran yang baru.

53 30

3. Cadangan-Cadangan Meningkatan Penyertaan Dan Penglibatan Pelajar.

Kecemerangan seseorang pelajar bukan sahaja diukur dari segi kecemerlangan akademik

semata-mata malahan ia juga dilihat dari pelbagai sudut termasuklah aktiviti

kokurikulum. Aktiviti kokurikulum dapat membentuk insan yang seimbang dari segi

jasmani, emosi, rohani dan intelek dan ianya juga mengajar pelajar untuk bermasyarakat

dalam masyarakat berbilang kaum. Kecemerlangan pelajar bukan sahaja diukur dari segi

kecerdasan (IQ) sahaja tetapi juga diukur melalui kecerdasan emosi (EQ).

Bagaimanapun, untuk menarik pelajar menyertai dan melibatkan diri dalam

aktiviti kokurikulum ini, pelajar mencadangkan agar kemudahan dan peralatan di tambah

dan diperlengkapkan oleh pihak sekolah agar lebih ramai pelajar berpeluang dan dapat

menyertai dan mleibatkan diri dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan. Selain dari itu,

para pelajar juga mencadangkan agar menambahbaikkan dan menaik taraf padang

sekolah.

Bagaimanapun, sebahagian besar pelajar mencadangkan agar aktiviti yang

berbentuk aktiviti “outdoor” seperti perkhemahan, “jungle tracking”, mengembara dan

juga aktiviti-aktiviti yang mencabarkan diperbanyakkan untuk menarik minat pelajar di

Page 41: Kedudukan Kokurikulum Di Sekolah Persepsi Guru & Pelajar

samping diadakan pertandingan-pertandingan sama ada untuk aktiviti kokurikulum sukan

dan permainan, kawat kaki juga pertandingan antara kelab dan persatuan.

Rumusan

Dari dapatan-dapatan di atas, dapat disimpulkan bahawa penyertaan dan penglibatan serta

minat para pelajar dalam aktiviti kokurikulum di sekolah-sekolah di pengaruhi oleh

aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan dan juga kemudahan dan perlatan yang lengkap. Di

samping itu juga, peranan guru-guru penasihat juga mempengaruhi penyertaan dan

penglibatan para pelajar dalam aktiviti yang dirancang bersama-sama dan melaksanakan

aktiviti yang telah dirancang. Minat bukan sahaja oleh para pelajar malah guru penasihat

juga harus mempunyai kemahiran dalam aktiviti kokurikuum yang diceburinya di

samping yang paling penting ialah guru juga harus mempunyai minat terhadap bidang

kokurikulum tersebut.

Jelaslah, aktiviti-aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah-sekolah

mempunyai signifikannya yang tersendiri dalam membentuk pelajar yang seimbang dari

segi JERI sebagaimana yang dikehendaki oleh Falsafah Pendidikan Negara.

Kokurikulum juga merupakan sebahagian daripada mata pelajaran teras yang diajar di

dalam kelas. Kokurikulum sukan dan permainan misalnya merupakan kesinambungan

daripada mata pelajaran pendidikan jasmani yang merupakan mata pelajaran teras di

sekolah-sekolah. Kokurikulum merupakan suatu komponen pendidikan yang sangat

penting. Kegiatan-kegiatan kokurikulum mempunyai identiti, konsep, ciri-ciri, falsafah,

matlamat serta objektifnya tersendiri.

Page 42: Kedudukan Kokurikulum Di Sekolah Persepsi Guru & Pelajar

RUJUKAN

1. Abdul Shukur Abdullah. 1997. Pengurusan Ko Kurikulum. Fajar Bakti.

2. Buku Panduan Pengurusan Gerak Kerja Kokurikulum Sekolah Rendah (1990)

3. Buku Panduan Pengurusan Gerak Kerja Kokurikulum Sekolah Menengah (1989),

Kementerian Pendidikan Malaysia.

4. Buku Panduan Pentadbiran Sekolah (1982)

5. Omar Mohd Hashim. 1993. Pendidikan: Persoalan, Penyelesaian dan Harapan.

DBP.Kuala Lumpur.

Page 43: Kedudukan Kokurikulum Di Sekolah Persepsi Guru & Pelajar

MAKLUMAT DEMOGRAFI

Arahan : Isikan maklumat seperti yang diminta.

1. Umur : ______ tahun

2. Jantina : Lelaki Perempuan

3. Pengalaman mengajar __________ tahun

4. Bilakah kegiatan ko kurikulum dijalankan di sekolah anda

______________________________________________

5. Siapa yang melantik anda sebagai penasihat kelab,badan berunifom dan

persatuan.

_________________________________________________________

6. Adakah anda mempunyai surat perlantikan sebagai penasihat ko kurikulum?

________________________________________________

PERLAKSANAAN KO KURIKULUM DI SEKOLAH

Dengan mengikut skala 1- hingga 5 seperti yang di nyatakan di bawah, nyatakan

pendapat anda terhadap masalah-masalah yang di nyatakan dengan menanda x pada

kotak skor yang di beri.

1 Sangat tidak setuju

2 Tidak setuju

3 Tidak pasti

4 Setuju

Page 44: Kedudukan Kokurikulum Di Sekolah Persepsi Guru & Pelajar

5 Sangat setuju

BIL SOALAN 1 2 3 4 5

MINAT DAN PERSEPSI GURU

1 Saya bersetuju atas pemilihan pentadbir terhadap

tugas anda sebagai guru penasihat dalam aktiviti ko

korikulum

2 Saya berminat dengan kelab/persatuan/kokurikulum

yang diberi

3 Adakah pemilihan yang dibuat mengikut tahap

kemahiran dan pengetahuan guru terhadap

persatuan/kelab/unit berunifom yang di tentukan?

4 Sekiranya masa terluang, anda akan melayari internet

atau apa apa aje pencarian ilmu untuk menguatkan

serta menambahkan lagi pengetahuan dan kemahiran

anda dalam persatuan atau kelab yang dipimpin

5 Anda mempunyai sijil kelayakan dan latihan yang

cukup tentang persatuan/kelab/ unit berunifom anda

TANGGAPAN GURU

6 Masa kokurikum itu sesuai dengan saya

7 Masa ko kurikulum itu mencukupi untuk pelajar

8 Aktiviti kokurikulum yang saya jalankan memberi

impak yang baik keatas pelajar

9 Saya amat jelas dengan tujuan dan objektif aktiviti ko

kurikulum di jalankan

10 Aktiviti ko kurikulum yang saya lakukan mencapai

objektifnya

PERANCANGAN KO KURIKULUM

11 Perancangan dalam aktiviti persatuan dan kelab yang

saya jalankan sendiri tanpa pemantauan PK

Page 45: Kedudukan Kokurikulum Di Sekolah Persepsi Guru & Pelajar

KoKurikulum

12 Ahli jawatankuasa persatuan/ kelab yang saya pimpin

bersama-sama membuat perancangan aktiviti tahunan.

13 Aktiviti yang saya jalankan sama setiap tahun

14 Saya turut serta bersama-sama pelajar membuat

aktiviti yang dirancang

15 Perjumpaan ko kurikulum kelab/ persatuan saya di

adakan seminggu sekali

PERANCANGAN KO KURIKULUM

16 Saya tidak berminat menjadi penasihat dalam aktiviti

ko kurikulum kerana tugas sebagai guru akademik

membebankan.

17 Aktiviti yang di lakukan membosankan kerana saya

tidak di beri pendedahan tentang aktiviti yang perlu di

lakukan serta tida pemantauan pihak pentadbir

18 Saya hadir di setiap aktiviti ko kurikulum

19 Sesi perjumpaan ko kurikulum bisanya di kendalikan

oleh pelajar senior dan P&P tidak berlaku dalam

aktiviti ko kurikulum

20 Saya tertekan jika berkhusus berkenaan ko kurikulum.

Page 46: Kedudukan Kokurikulum Di Sekolah Persepsi Guru & Pelajar

GD6283 : PENDIDIKAN, PEKERJAAN DAN SENGGANG

PROF. PUAN SRI DR. FARIDAH BT KARIM

TAJUK : KEDUDUKAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH

Pengenalan

Sistem pendidikan negara kita adalah berteraskan falsafah pendidikan negara yang

memberi tumpuan kepada perkembangan potensi diri pelajar secara menyeluruh dalam

melahirkan individu yang seimbang dari segi intelek, jasmani dan emosi serta bertujuan untuk

melahirkan seorang warganegara yang berketrampilan, bertanggungjawab dalam segala bidang

serta mampu menghadapi cabaran dalam menuju Wawasan 2020.

Matlamat Dasar Pelajaran Kebangsaan bertujuan untuk melahirkan satu bangsa bercorak

Malaysia yang bersatu dan dihormati. Hasrat ini akan dicapai sekiranya generasi muda sekarang

dapat diberi pendidikan yang seimbang dan sempurna. Pendidikan yang seimbang dan sempurna

sentiasa memberi penekanan kepada kedua-dua aspek iaitu kurikulum (akademik) dan gerak kerja

kokurikulum. Ini bermakna seorang pelajar itu diberi pendidikan yang menyeluruh merangkumi

aspek mental, fizikal dan rohani.

Definisi kokurikulum

Dari segi definisi, kurikulum boleh didefinisikan sebagai satu aktiviti, proses dan isi

kandungan pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan di dalam bilik darjah dan juga yang

dilakukan diluar bilik darjah seperti mata pelajaran Sejarah, Sains, Geografi dan bahasa. Proses

ini lebih dikenali sebagai mata pelajaran akademik. Manakala kokurikulum pula, sebahagian

besarnya dilaksanakan di luar bilik darjah dan ada juga dilaksanakan di dalam bilik darjah. Pada

asasnya, gerak kerja kokurikulum merupakan sebahagian daripada kurikulum sekolah dan setiap

pelajar perlu melibatkan diri dalam aktivitit ini. Mengikut Md. Aris Mansor (1985) dalam

Pengurusan Gerak Kerja Kokurikulum, menyatakan kokurikulum merupakan satu bidang

pembelajaran yang berasaskan kepelbagaian gerak kerja terancang dan perlu dilakukan dalam

masa persekolahan. Gerak kerja kokurikulum berasaskan mata pelajaran akademik atau tidak

Page 47: Kedudukan Kokurikulum Di Sekolah Persepsi Guru & Pelajar

berasaskan mata pelajaran akademik. Walau bagaimanapun, sebahagian besar gerak kerja

kokurikulum merangkumi pembelajaran yang bukan berasaskan mata pelajaran akademik. ( Ab.

Halim Abdul Rahim, 2004 ). Secara amnya, kokurikulum merujuk aktiviti dan pengalaman

pendidikan yang dilaksanakan di luar bilik darjah. Kokurikulum lebih banyak dilaksanakan secara

tidak langsung atau tidak formal. Aktiviti kokurikulum lebih menekankan nilai, bakat, peranan,

kepimpinan, sosial dan sebagainya. Aktiviti ini juga dikenali kurikulum tersembunyi.

Menurut Omar Mohd Hashim (1993), kokurikulum adalah masa senggang dalam konteks

kehidupan harian, di mana masa senggang adalah suatu jangkamasa waktu seseorang itu bebas

untuk mempertingkatkan keupayaan dirinya sebagai seorang individu dan sebagai seorang

anggota masyarakat yang produktif. Kokurikulum dalam konteks pendidikan adalah pembelajaran

luar bilik darjah kerana proses pengajaran dan pembelajaran masih berada dalam keadaan bebas,

tidak formal dan tidak terkongkong. Kegiatan kokurikulum memberi peluang dengan lebih luas

kepada pelajar untuk mempraktikkan pembelajaran dengan lebih mendalam.

Matlamat Kokurikulum di wujudkan di sekolah-sekolah

Sistem Pendidikan Negara mewajibkan pelajar menceburkan diri dalam kegiatan

kokurikulum. Ini adlaah langkah pragmatik kerajaan untuk mewujudkan pelajar yang berdisiplin,

bertanggungjawab, berkarisma dan berketerampilan. Ini selaras dengan laporan Kabinet Mengkaji

Pelaksanaan Dasar Pembelajaran 173 menyatakan:

“ Kegiatan kokurikulum yang dijalankan di luar biik darjah adalah penting untuk

menyemai, memupuk dan menanam perasaan kekitaan atau “esprit de corps” di antara murid-

murid berbagai keturunan yang mempunyai latar belakang yang berlainan. Ia juga bertujuan

melatih murid-murid supaya bersikap bertanggungjawab , berdikari dan berkemahiran dalam

sesuatu lapangan yang mereka sertai”.

Seorang pelajar dididik dengan berbagai-bagai ilmu pengetahuan untuk menjadi seorang

insan yang seimbang dan harmonis. Pendidikan hendaklah dilihat sebagai satu proses sepanjang

hayat. Seluruh agen pendidikan formal, tak formal dan bukan formal berkewajipan dan

berperanan secara bekerjasama, lengkap melengkapi dan memenuhi tanggungjawab masing-

Page 48: Kedudukan Kokurikulum Di Sekolah Persepsi Guru & Pelajar

masing dalam pendidikan. Pendidikan kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah-sekolah

mempunyai matlamat seperti berikut:

1. Menyemai perasaan muhibbah, perpaduan dan integrasi nasional di kalangan generasi

muda.

2. Menggalakkan peningkatan disiplin pelajar.

3. Memperkenalkan pengalaman yang menyeluruh dan keseimbangan dengan pendidikan

formal.

4. Menanam, memupuk dan memberi latihan awal dari aspek kepimpinan, sosial dan

kemasyarakatan di kalangan pelajar.

5. Menyumbangkan usaha membina iklim, budaya dan tempat belajar yang menarik dan

menyeronokkan.

6. Mewujudkan perimbangan antara perkembangan intelek dengan perkembangan jasmani,

rohani dan emosi.

7. Mengisi masa lapang dengan berfaedah.

8. Menyemai nilai-nilai pendidikan dalam gerak kerja kokurikulum.

Gerak kerja kokurikulum di sekolah rendah, sekolah menengah dan maktab perguruan

dapat dikategorikan kepada tiga jenis atau bidang iaitu :

1. Unit beruniform / pasukan pakaian seragam

2. Kelab atau persatuan

3. Sukan dan permainan.

Aktiviti kokurikulum sukan bersama dengan unit beruniform dan persatuan ini telah

diperuntukkan dalam peraturan-peraturan Kursus Pengajian Sekolah 1956. Pada tahun 1985,

kegiatan ini diberikan peruntukkan waktu 60 minit seminggu dan dimasukkan ke dalam jadual

waktu persekolahan.

Pernyataan masalah

Sistem pendidikan tradisional sebelum dikemaskinikan tidak begitu seimbang dan ianya

terlalu mementingkan kecemerlangan akademik (pencapaian di dalam peperiksaan) sehingga

Page 49: Kedudukan Kokurikulum Di Sekolah Persepsi Guru & Pelajar

membuatkan pelajar mengabaikan aktiviti luar bilik darjah sewaktu melalui proses pembelajaran.

Mereka enggan atau kurang berminat melibatkan diri di dalam gerak kerja kokurikulum ini. Oleh

yang demikian, perancangan pendidikan yang lebih seimbang dan sempurna telah dilaksanakan

untuk memperbaiki keadaan ini dan seterusnya mengembangkan sifat-sifat yang ebih sempurna

dan menyeluruh bagi pelajar-pelajar.

Tujuan kajian

Kajian ini bertujuan untuk mengenapasti kedudukan kokurikulum di sekolah-sekolah

dalam konteks penyertaan dan penglibatan oleh pelajar-pelajar dalam aktiviti-aktiviti gerak kerja

kokurikulum yang telah diatur di sekolah-sekolah berkenaan. Kajian ini juga dilihat sebagai satu

cara mengenalpasti masalah-masalah yang berkaitan dengan penglibatan dan penyertaan para

pelajar dalam aktiviti kokurikulum dan cadangan untuk mengatasi masalah tersebut. Seterusnya,

dari kajian ini juga diharap dapat memberi petunjuk dan kekuatan sumbangan aktiviti

kokurikulum di sekolah-sekolah dari segi penglibatan dan penyertaan pelajar dalam kegiatan

gerak kerja kokurikulum kepada pembentukan pelajar yang seimbang dan harmonis dari segi

mental, sosial dan emosi seperti mana yang dihasratkan oleh Dasar Pendidikan Negara Malaysia.

Objektif kajian

Antara objektif-objektif kajian adalah:

5. Melihat penyertaan dan penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum yang

dilaksanakan di sekolah.

6. Mengetahui masalah-masalah yang berkaitan dengan penglibatan dan penyertaan pelajar

di dalam aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah.

7. Melihat sumbangan aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah kepada pelajar.

8. Memberi cadangan-cadangan untuk meningkatan penyertaan dan penglibatan pelajar

dalam aktiviti kokurikulum di sekolah.

Page 50: Kedudukan Kokurikulum Di Sekolah Persepsi Guru & Pelajar

Reka bentuk kajian

Reka bentuk kajian yang dipilih dalam kajian ini ialah kaedah deskriktif jenis tinjauan

melalui satu set soal selidik. Kaedah tinjauan dianggap kaedah yang paling sesuai digunakan

dalam kajian ini untuk memerihalkan kedudukan kokurikuum di sekoah. Kaedah ini dipilih

kerana ramai responden yang boleh diambil berbanding dengan kaedah lain.

Populasi dan responden kajian

Populasi bagi kajian ini ialah murid-murid sekolah di Sekolah Sains Tuanku Jaafar,

Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Responden kajian terdiri daripada 30 orang murid lelaki dan

perempuan dari tingkatan 1 hingga 4. Semua responden adalah dipilih secara rawak.

Dapatan Kajian

1. Penyertaan dan penglibatan pelajar

Kajian ini dijalankan untuk melihat penyertaan dan penglibatan pelajar dalam aktiviti

kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah. Masalah pelaksanaan kokurikulum yang turut

menjadi perbincangan ialah masalah pennyertaan dan penglibatan pelajar dalam aktiviti

kokurikulum. Sekiranya penyertaan dan penglibatan pelajar tidak mencapai tahap yang

dikehendaki, maka pelaksanaan kokurikulum tidak akan dapat dijalankan seperti yang telah

dirancang.

Hasil dari soal selidik yang telah dijalankan ke atas 30 orang pelajar di Sekolah

Menengah Sains Tuanku Jaafar, Kuala Pilah, Negeri Sembilan didapati penyertaan dan

penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum adalah baik. Ini berdasarkan kepada soalan yang

diajukan untuk melihat penyertaan dan penglibatan pelajar di dalam aktiviti kokurikulum yang

dijalankan. Jadual di bawah dapat menunjukkan penyertaan dan penglibatan pelajar dalam aktiviti

kokurikulum yang dijalankan mendapat sambutan yang baik disebabkan oleh minat terhadap

aktiviti yang dijalankan.

Page 51: Kedudukan Kokurikulum Di Sekolah Persepsi Guru & Pelajar

Minat di sini boleh dijadikan satu faktor yang mempengaruhi motivasi seseorang. Minat

telah didefinisikan sebagai kesan tarikan kepada ciri-ciri aktiviti yang dilakukan dan

keseronokkan yang diperolehi semasa melakukan aktiviti merupakan sumber motivasi secara

langsung. Minat juga diertikan keseronokkan seseorang melakukan sesuatu aktiviti dengan

senang hati dan rela hati. Sekiranya seseorang itu tidak berminat dengan apa yang dilakukan

ataupun terpaksa, maka ia akan memberi kesan yang negatif dan masalah-masalah lain akan

timbul. Minat merupakan faktor utama dalam memastikan sesuatu aktiviti kokurikulum itu

berjaya atau sebaliknya.

Dalam jadual di bawah juga menunjukkan penyertaan dan penglibatan pelajar bukan

disebabkan oleh paksaan atau tindakan hukuman seperti denda dan sebagainya. Dapatan ini

mungkin dapat dikaitkan dengan kesedaran dikalangan para pelajar akan kepentingan penglibatan

pelajar di dalam kegiatan kokurikulum dalam membantu peajar untuk ke IPTA dan IPTS.

Penyertaan dan penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum

Item Tidak setuju (peratus )

Setuju( peratus )

1. Sentiasa hadir daam perjumpaan kokurikuum 10 37

2. Menyukai aktiviti kokurikuum yang diadakan 10 50

3. Berminat dan menyertai semua aktiviti kokurikuum

13 33

4. Hadir kerana terpaksa 67 17

2. Masalah penglibatan pelajar

Masalah penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum yang dijalankan merupakan satu

isu yang sering menjadi sungutan kepada para guru. Ini sering berlaku terutamanya bagi sekolah-

sekolah kurang menguatkuasakan penglibatan para pelajar dalam kegiatan kokurikulum yang di

adakan sehingga terdapat sekolah untuk mengatasi masalah tersebut terpaksa menjalankan aktiviti

kokurikulum pada sebelah pagi iaitu semasa proses pengajaran dan pembelajaran dan waktu

persekolahan terpaksa dilanjutkan untuk mengganti masa P&P tersebut.

Dari kajian yang telah dijalankan menunjukkan tiada masalah berkenaan dengan

penglibatan pelajar dalam kegiatan dan aktiviti kokurikulum yang dijalankan. Ini berdasarkan

Page 52: Kedudukan Kokurikulum Di Sekolah Persepsi Guru & Pelajar

kepada jawapan oleh pelajar di mana sebahagain besar pelajar mengatakan bahawa waktu

kokurikulum yang dijalankan seperti yang dijadualkan adalah sesuai dan aktiviti kokurikulum

yang dijalankan sesuai dengan waktu senggang/riadah pelajar itu iaitu sebanyak 40 peratus setuju

dengan kenyataan tersebut.

Meskipun begitu, ada peajar yang berpendapatan bahawa aktiviti yang diaksanakan sama

setiap tahun dan mereka berpendapatan peru ada perubahan dan juga menambah aktiviti yang

bersesuai dengan mereka terutama aktiviti yang bersifat “outdoor” yang agak mencabar.

Kurangnya masalah penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan

juga mungkin ada kaitan dengan kesedaran para pelajar tentang kepentingan dan sumbangan-

sumbangan yang diperolehi dari aktiviti-aktiviti kokurikulum yang disertainya terutama dalam

proses pembelajaran sosialisasi para pelajar. Ini dapat dilihat daripada respons yang diperolehi

dari soal selidik menunjukkan para pelajar mengakui dari aktiviti kokurikulum yang disertai oleh

mereka telah memberi peluang kepada mereka untuk berjumpa, bergaul dan juga berinteraksi

dengan rakan-rakan sama ada dari etnik yang sama atau etnik yang berlainan. Mereka juga

berpendapat bahawa kegiatan kokurikulum juga telah menjadikan mereka manjadi seorang yang

lebih berdikari, bertanggungjawab dan dapat bekerjasama dengan rakan-rakan sama dari etnik

yang sama atau yang berbeza. Sebanyak 53 peratus pelajar dari soal selidik ini mengakui bahawa

banyak faedah dan manfaat yang diperolehi dari penglibatan dan penyertaan mereka dalam

aktiviti-aktiviti kokurikulum yang diadakan. Mereka juga mengatakan memperolehi pengetahuan

dan kemahiran baru melalui aktiviti-aktiviti yang disertai. Jadual di bawah menunjukkan

peratusan pelajar yang bersetuju dan sangat bersetuju dengan pernyataan berkenaan.

Kepentingan dan Sumbangan Aktiviti Kokurikulum kepada para pelajar

Item Setuju (peratus )

sangat setuju( peratus )

1. Penyertaan dalam aktiviti kokurikulum memberi peluang untuk bergaul dengan rakan sama/lain etnik.

47 30

2. Aktiviti kokurikulum telah menjadikan mereka lebih berdikari, bertanggungjawab dan bekerjasama dengan orang lain.

47 50

3. Aktiviti kokurikulum telah banyak memberi banyak manfaat dan faedah.

40 33

4. Aktiviti kokurikulum juga telah memberi pengetahuan dan kemahiran yang baru.

53 30

Page 53: Kedudukan Kokurikulum Di Sekolah Persepsi Guru & Pelajar

3. Cadangan-cadangan meningkatan penyertaan dan penglibatan pelajar.

Kecemerangan seseorang pelajar bukan sahaja diukur dari segi kecemerlangan akademik

semata-mata malahan ia juga dilihat dari pelbagai sudut termasuklah aktiviti kokurikulum.

Aktiviti kokurikulum dapat membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan

intelek dan ianya juga mengajar pelajar untuk bermasyarakat dalam masyarakat berbilang kaum.

Kecemerlangan pelajar bukan sahaja diukur dari segi kecerdasan (IQ) sahaja tetapi juga diukur

melalui kecerdasan emosi (EQ).

Bagaimanapun, untuk menarik pelajar menyertai dan melibatkan diri dalam aktiviti

kokurikulum ini, pelajar mencadangkan agar kemudahan dan peralatan di tambah dan

diperlengkapkan oleh pihak sekolah agar lebih ramai pelajar berpeluang dan dapat menyertai dan

mleibatkan diri dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan. Selain dari itu, para pelajar juga

mencadangkan agar menambahbaikkan dan menaik taraf padang sekolah.

Bagaimanapun, sebahagian besar pelajar mencadangkan agar aktiviti yang berbentuk

aktiviti “outdoor” seperti perkhemahan, “jungle tracking”, mengembara dan juga aktiviti-aktiviti

yang mencabarkan diperbanyakkan untuk menarik minat pelajar di samping diadakan

pertandingan-pertandingan sama ada untuk aktiviti kokurikulum sukan dan permainan, kawat

kaki juga pertandingan antara kelab dan persatuan.

Rumusan

Dari dapatan-dapatan di atas, dapat disimpulkan bahawa penyertaan dan penglibatan serta

minat para pelajar dalam aktiviti kokurikulum di sekolah-sekolah di pengaruhi oleh aktiviti-

aktiviti yang dilaksanakan dan juga kemudahan dan perlatan yang lengkap. Di samping itu juga,

peranan guru-guru penasihat juga mempengaruhi penyertaan dan penglibatan para pelajar dalam

aktiviti yang dirancang bersama-sama dan melaksanakan aktiviti yang telah dirancang. Minat

bukan sahaja oleh para pelajar malah guru penasihat juga harus mempunyai kemahiran dalam

aktiviti kokurikuum yang diceburinya di samping yang paling penting ialah guru juga harus

mempunyai minat terhadap bidang kokurikulum tersebut.

Page 54: Kedudukan Kokurikulum Di Sekolah Persepsi Guru & Pelajar

Jelaslah, aktiviti-aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah-sekolah mempunyai

signifikannya yang tersendiri dalam membentuk pelajar yang seimbang dari segi JERI

sebagaimana yang dikehendaki oleh Falsafah Pendidikan Negara. Kokurikulum juga merupakan

sebahagian daripada mata pelajaran teras yang diajar di dalam kelas. Kokurikulum sukan dan

permainan misalnya merupakan kesinambungan daripada mata pelajaran pendidikan jasmani

yang merupakan mata pelajaran teras di sekolah-sekolah. Kokurikulum merupakan suatu

komponen pendidikan yang sangat penting. Kegiatan-kegiatan kokurikulum mempunyai identiti,

konsep, ciri-ciri, falsafah, matlamat serta objektifnya tersendiri.

RUJUKAN.

1. Ab. Halim Abdul Rahim. 2004. Pengurusan Gerak Kerja Kokurikulum, Kursus

Perguruan Lepas Ijazah. Fajar Bakti.

Page 55: Kedudukan Kokurikulum Di Sekolah Persepsi Guru & Pelajar

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

GD6283 : PENDIDIKAN, PEKERJAAN DAN SENGGANG

TAJUK : KEDUDUKAN KOKURIKU L UM DI SEKO L AH

Borang Soal selidik

Bahagian A : Demografi

Tandakan ( √ ) pada kotak yang berkenaan

1. Nama sekoah :

2. Jantina : Lelaki Perempuan

3. Umur :

4. Nyatakan penglibatan anda dalam aktiviti kokurikulum di sekolah. Jawatan

a. Sukan / Permainan :

b. Persatuan / Kelab :

c. Unit beruniform :

Bahagian B : Kedudukan Kokurikulum di Sekolah

Dengan mengikut skala 1-5 seperti yang dinyatakan di bawah, nyatakan pendapat anda terhadap pernyataan-pernyataan yang dinyatakan di bawah dengan membulatkan nilai skor yang diberi.

1 Sangat tidak bersetuju2 Tidak setuju3 Tidak pasti4 Setuju5 Sangat setuju

1. Saya sentiasa hadir di setiap perjumpaan kokurikuum 1 2 3 4 5

2. Saya menyukai aktiviti kokurikulum yang diadakan di sekolah 1 2 3 4 5

3. Saya berminat dan menyertai semua aktiviti kokurikulum 1 2 3 4 5yang dilaksanakan di sekolah

Page 56: Kedudukan Kokurikulum Di Sekolah Persepsi Guru & Pelajar

3. Saya hadir dalam aktiviti kokurikulum kerana terpaksa 1 2 3 4 5

4. Guru yang menentukan semua aktiviti kokurikulum 1 2 3 4 5

5. AJK pelajar dan ahli berbincang dan menentukan sendiri 1 2 3 4 5semua aktiviti sepanjang tahun.

6. Waktu aktiviti kokurikulum yang dijadualkan adalah sesuai. 1 2 3 4 5

7. Aktiviti kokurikulum yang dijalankan sesuai dengan waktu 1 2 3 4 5senggang/beriadah pelajar.

8. Apakah aktiviti yang diadakan sama setiap tahun 1 2 3 4 5

9. Apakah anda ingin mengubah atau menambah aktiviti 1 2 3 4 5kokurikulum yang sedia ada

10. Adakah penyertaan anda dalam aktiviti kokurikulum memberi 1 2 3 4 5peluang untuk anda bergaul dengan rakan sama etnik/lain etnik

11. Aktiviti kokurikulum menjadikan saya seorang yang berdikari, 1 2 3 4 5bertanggungjawab dan bekerjasama dengan pealar lain.

12. Saya mendapat banyak manfaat dan faedah dari penglibatan 1 2 3 4 5dan penyertaan saya daam aktiviti kokurikulum

13. Saya memperolehi pengetahuan dan kemahiran baru melalui 1 2 3 4 5aktiviti yang saya sertai

Bahagian C : Jawap pada ruangan yang disediakan.

1. Apakah cadangan anda untuk meningkatkan penyertaan pelajar di dalam aktiviti kokurikulum di sekolah anda.________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

2. Apakah aktiviti-aktiviti yang sedia ada sudah memadai. Jika tidak, beri cadangan aktiviti-aktiviti yang dapat menarik penglibatan pelajar dalam kokurikulum di sekolah anda.________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Terima kasih. Kerjasama anda amat dihargai dan di sanjung tinggi.

Page 57: Kedudukan Kokurikulum Di Sekolah Persepsi Guru & Pelajar