PERSEPSI KESATUAN SEKERJA TERHADAP … Y Sabariah.pdf · persepsi kesatuan sekerja terhadap...

2
PERSEPSI KESATUAN SEKERJA TERHADAP PERUBAHAN PERUNDINGAN TRADISIONAL KEPADA AMALAN INTEREST BASED BARGAINING (IBB). Kee.Y.Sabariah Bt Kee Mohd Yussof & Husna Bt Johari. [email protected] & [email protected] Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang membangun dan mempunyai matlamat untuk menjadi negara maju pada tahun 2020. Situasi ini telah mempengaruhi corak hubungan industri di Malaysia yang terdiri daripada tiga pelakon utama iaitu majikan, kesatuan sekerja dan kerajaan. Menurut Peetz dan Todd (2001) untuk mencapai status negara maju dan wawasan 2020, majikan dan kesatuan sekerja perlu meningkatkan kerjasama dan memperbaiki hubungan di antara mereka. Raduan et al. (2008b) menyatakan bahawa lanskap hubungan industri di Malaysia telah mengalami perubahan dalam persekitaran kerja, polisi dan pengurusan yang lebih menumpukan kepada persaingan dan kemajuan industri. Dapatan kajian ini disokong oleh Parasuraman dan Strya (2009) yang menyatakan bahawa untuk mencapai status negara maju dan wawasan 2020, pekerja dan majikan harus lebih bekerjasama, kerana corak rundingan kini lebih bersifat permusuhan dan sukar bertolak ansur. Umumnya, Malaysia masih mengamalkan corak perundingan tradisional. Persoalan timbul sama ada, kesatuan sekerja boleh berubah daripada mengamalkan perundingan tradisional kepada perundingan IBB? Pelbagai isu yang dikaitan dengan konflik dalam perundingan tradisional seperti matlamat kesatuan sekerja mendapatkan upah yang tinggi tetapi majikan berusaha mengurangkan kos pengeluaran syarikat. Situasi ini menyebabkan pengunaan kuasa bagi memenuhi tuntutan masingmasing seperti piket dan campur tangan kerajaan (Clawson & Dan,1999;Gathalian,1998; Viller,1999). Situasi kalahmenang akan berlaku di mana, satu pihak akan menang dan satu pihak mengalami kekalahan dalam tuntutannya (Lobel,1994; Klingkel,2003). Pada masa yang sama ia menjejaskan hubungan baik di antara majikan dan kesatuan sekerja sehingga perundingan kolektif mengambil masa yang panjang untuk mencapai persetujuan (Brainerd,1998; Bacon & Blayton,2001; Kee.Y.Sabariah & Mahadirin,2009). Provis (2000) dan Shell (2001) mendapati etika yang tidak baik ketika berunding kerana terdapat unsur

Transcript of PERSEPSI KESATUAN SEKERJA TERHADAP … Y Sabariah.pdf · persepsi kesatuan sekerja terhadap...

Page 1: PERSEPSI KESATUAN SEKERJA TERHADAP … Y Sabariah.pdf · persepsi kesatuan sekerja terhadap perubahan perundingan tradisional kepada amalan interest based bargaining (ibb). kee.y.sabariah

PERSEPSI KESATUAN SEKERJA TERHADAP PERUBAHAN PERUNDINGAN TRADISIONAL KEPADA 

AMALAN INTEREST BASED BARGAINING (IBB). 

Kee.Y.Sabariah Bt Kee Mohd Yussof & Husna Bt Johari. 

[email protected] & [email protected] 

 

Malaysia  merupakan  sebuah  negara  yang  sedang  membangun  dan  mempunyai 

matlamat untuk menjadi negara maju pada  tahun 2020. Situasi  ini  telah mempengaruhi corak 

hubungan industri di Malaysia yang terdiri daripada tiga pelakon utama iaitu majikan, kesatuan 

sekerja dan kerajaan. Menurut Peetz dan Todd (2001) untuk mencapai status negara maju dan 

wawasan 2020, majikan dan kesatuan sekerja perlu meningkatkan kerjasama dan memperbaiki 

hubungan  di  antara mereka.  Raduan  et  al.  (2008b) menyatakan  bahawa  lanskap  hubungan 

industri  di  Malaysia  telah  mengalami  perubahan  dalam  persekitaran  kerja,  polisi  dan 

pengurusan yang lebih menumpukan kepada persaingan dan kemajuan industri. Dapatan kajian 

ini  disokong  oleh  Parasuraman  dan  Strya  (2009)  yang menyatakan  bahawa    untuk mencapai 

status negara maju dan wawasan 2020, pekerja dan majikan harus  lebih bekerjasama, kerana 

corak rundingan kini  lebih bersifat permusuhan dan sukar bertolak ansur. Umumnya, Malaysia 

masih  mengamalkan  corak  perundingan  tradisional.  Persoalan  timbul  sama  ada,  kesatuan 

sekerja  boleh  berubah  daripada mengamalkan  perundingan  tradisional  kepada  perundingan 

IBB? 

Pelbagai  isu  yang  dikaitan  dengan  konflik  dalam  perundingan  tradisional  seperti 

matlamat  kesatuan  sekerja  mendapatkan  upah  yang  tinggi  tetapi  majikan  berusaha 

mengurangkan  kos  pengeluaran  syarikat.  Situasi  ini  menyebabkan    pengunaan  kuasa    bagi 

memenuhi  tuntutan  masing‐masing  seperti  piket  dan  campur  tangan  kerajaan  (Clawson  & 

Dan,1999;Gathalian,1998; Viller,1999). Situasi kalah‐menang akan berlaku di mana,  satu pihak 

akan  menang  dan  satu  pihak  mengalami  kekalahan  dalam  tuntutannya  (Lobel,1994; 

Klingkel,2003).  Pada masa  yang  sama  ia menjejaskan  hubungan  baik  di  antara majikan  dan 

kesatuan sekerja sehingga perundingan kolektif mengambil masa yang panjang untuk mencapai 

persetujuan  (Brainerd,1998; Bacon & Blayton,2001; Kee.Y.Sabariah & Mahadirin,2009). Provis 

(2000) dan Shell (2001)  mendapati etika yang tidak baik ketika berunding kerana terdapat unsur  

Page 2: PERSEPSI KESATUAN SEKERJA TERHADAP … Y Sabariah.pdf · persepsi kesatuan sekerja terhadap perubahan perundingan tradisional kepada amalan interest based bargaining (ibb). kee.y.sabariah

menipu, merahsiakan perkara penting  tentang keuntungan organisasi, memalsukan maklumat, 

memutar belitkan isu perundingan dan mengambil kesempatan terhadap pihak lain.  

Sebagai  alternatif    untuk  mengurangkan  konflik  dan  pertikaian  dalam  perundingan, 

Fisher & Ury  (1983)  telah memperkenalkan prinsip perundingan yang dikenali sebagai  Interest 

Based  Bargaining  (IBB).  Menurut  Hargrove  (2010),  IBB  juga  dikenali  sebagai  integrative 

bargaining yang membawa kepada situasi menang‐menang  (win‐win situasion). IBB merupakan 

model  perundingan  yang  memfokuskan  kepada  kepentingan  dan  keperluan  semua  pihak 

daripada permusuhan (Fonstad et al., 2004).  

   Sehubung    dengan  itu,  kajian  ini  merupakan  kajian  awal  dalam  menilai  gaya 

perundingan kesatuan sekerja bersama pihak majikan dalam sektor yang terpilih. Kajian ini amat 

penting  bagi memenuhi  kekurangan  kajian  dalam  perundingan  kolektif,  di mana  di Malaysia 

kajian  tentang perundingan kolektif  itu  sendiri masih kurang dijalankan  (Raduan et al., 2008). 

Menggunakan  pendekatan  kualitatif melalui  temubual  kepada  wakil  kesatuan  sekerja  Sabah 

Banking Employee Union (SBEU) dan Sabah Plantation Employee Union (SPIEU), dapatan kajian 

ini menunjukkan perundingan tradisional lebih digemari berbanding perundingan IBB. Ini kerana 

melalui perundingan  tradisional, kesatuan sekerja  lebih mudah memperolehi  tuntutan mereka 

dengan  bantuan  pihak  kerajaan  dan  tindakan  industri  seperti  piket.  Walaubagaimanapun 

mereka  tidak menolak  IBB  secara keseluruhannya  kerana pihak  kesatuan  sekerja dan majikan 

masih menggadakan perundingan dengan menyenaraikan alternatif, cadangan dan melakukan 

brainstorming untuk mencari jalan terbaik dalam perundingan kolektif. 

    

Kata Kunci: Perundingan kolektif, Interest Based Bargaining (IBB), Perundingan tradisional 

 

502 words