Persepsi Mahasiswa Dalam Mengukur Personaliti Individu Lain

19
HUBUNGAN INSAN ZZZT 2223 TAJUK : PERSEPSI MAHASISWA DALAM MENGUKUR PERSONALITI INDIVIDU LAIN

Transcript of Persepsi Mahasiswa Dalam Mengukur Personaliti Individu Lain

Page 1: Persepsi Mahasiswa Dalam Mengukur Personaliti Individu Lain

HUBUNGAN INSAN

ZZZT 2223

TAJUK :

PERSEPSI MAHASISWA

DALAM MENGUKUR

PERSONALITI INDIVIDU

LAIN

Page 2: Persepsi Mahasiswa Dalam Mengukur Personaliti Individu Lain

AHLI KUMPULAN

MUHAMAD IZWAN BIN SAMSUDIN A128351

MOHAMAD KHAIRIE BIN JAFAR A129123

SITI RAWAIDA BINTI ROSLI A126960

NUR FARAHIN BINTI ZAINUL RASHIDIN A127033

NURLIYANA BINTI ASMANI A128110

NURUL SYAFIQAH BT AMAT ZAINORDIN A134702

Page 3: Persepsi Mahasiswa Dalam Mengukur Personaliti Individu Lain

KUPASAN KAJIAN

Penampilan

Perwatakan

Kerjaya

Komunikasi

Latar Belakang

Page 4: Persepsi Mahasiswa Dalam Mengukur Personaliti Individu Lain

PENAMPILAN

0

5

10

15

20

25

30

35

40

SOALAN 1 SOALAN 2 SOALAN 3 SOALAN 4 SOALAN 5 SOALAN 6

ATS

TS

TP

S

AS

Page 5: Persepsi Mahasiswa Dalam Mengukur Personaliti Individu Lain

HURAIAN PERBINCANGAN Dalam hal ini, pengkaji mendapati bahawa kebanyakan

responden menyetujui bahawa faktor penampilan

memainkan peranan dalam menilai personaliti

seseorang.

Sekiranya seseorang itu berpenampilan menarik, maka

ia akan mendatangkan satu persepsi yang baik terhadap

individu itu. Hal ini diperakui oleh linzey & aronson

bahawa persepsi merupakan satu proses yang terjadi

dalam diri seseorang untuk

mengetahui, mengintepretasi dan menggambarkan

orang lain sama ada mengenai sifatnya, kualitinya atau

keadaan lain yang ada dalam diri orang yang

dipersepsikan itu.

Page 6: Persepsi Mahasiswa Dalam Mengukur Personaliti Individu Lain

Namun, kita tidak boleh menilai personaliti seseorang dengan hanya melihat kepada penampilannya sahaja kerana kesalahan persepsi boleh berlaku apabila adanya komunikasi yang kurang mantap, kurang saling memahami atau adanya jarak psikologi yg lebar. Hal ini sekaligus melahirkan bias persepsi yang mana bias persepsi adalah pemesongan persepsi yang disebabkan oleh pengabaian maklumat yg dirasakan tidak sesuai. Ini membawa kepada kesilapan dalam pertimbangan.

Contohnya,seseorang yang berpenampilan selekehmenyebabkan individu lain membuat persepsi yang negatif terhadapnya, namun tidak semua yang berpenampilan selekeh itu tidak mempunyai personalitiyang baik. Hal ini disebabkan berlakunya pengabaianmaklumat dari segi selain penampilan.

Page 7: Persepsi Mahasiswa Dalam Mengukur Personaliti Individu Lain

PERWATAKAN

0

5

10

15

20

25

30

35

SOALAN 1 SOALAN 2 SOALAN 3 SOALAN 4 SOALAN 5 SOALAN 6

ATS

TS

TP

S

AS

Page 8: Persepsi Mahasiswa Dalam Mengukur Personaliti Individu Lain

HURAIAN PERBINCANGAN

Perwatakan memainkan peranan yang penting dalammembentuk personaliti individu.

Hal ini kerana perwatakan dapat memperkukuhkanlagi persepsi seseorang terhadap individu lain.

Selain itu, melalui perwatakan ini juga kita dapatmembantu individu untuk mengenal pasti kelebihanatau bakat yang dimiliki olehnya.

Page 9: Persepsi Mahasiswa Dalam Mengukur Personaliti Individu Lain

Hal ini bertepatan dengan Tetingkap Johari yang mengatakan

bahawa tidak semua sikap dan kualiti seseorang diketahui

orang lain dan ada di antaranya diri sendiri yang

mengetahuinya.Tetingkap ini juga adalah satu gambaran visual

mengenai seberapa banyak seseorang mengetahui dan

mengenali dirinya sendiri dan seberapa banyak dirinya dikenali

dan diketahui orang lain.

Sebagai contoh, tidak semua orang menyedari bakat atau

kelebihan yang dimiliki olehnya, tetapi ia disedari melalui

orang lain. Ini secara tidak langsung telah melahirkan proses

komunikasi di antara kedua belah pihak yang bermula dengan

proses penghantaran dan diakhiri dengan proses maklum

balas. Apabila mesej diterima, individu tersebut akan

mengetahui dan menonjolkan bakatnya yang akhirnya akan

melahirkan personaliti yang positif.

Page 10: Persepsi Mahasiswa Dalam Mengukur Personaliti Individu Lain

KERJAYA

0

5

10

15

20

25

30

35

40

45

SOALAN 1 SOALAN 2 SOALAN 3 SOALAN 4 SOALAN 5 SOALAN 6

ATS

TS

TP

S

AS

Page 11: Persepsi Mahasiswa Dalam Mengukur Personaliti Individu Lain

HURAIAN PERBINCANGAN Rata-rata responden bersetuju bahawa kerjaya dapat

membentuk personaliti yang baik dan positif.

Hal ini dapat dikaitkan dengan konsep kuasa seperti kuasa ganjaran. Kuasa ganjaran dimiliki oleh majikan terhadap pekerja melalui pemberian gaji , kenaikan pangkat, pengiktirafan dan lain2.

Apabila ganjaran diberi kepada pekerja maka lahirlah motivasi dalam diri pekerja. Motivasi ini akan memacu seseorang pekerja untuk bekerja keras dan bersungguh-sungguh .Hal ini adalah bertepatan dengan teori Mcclelland (teori keperluan berprestasi). Beliau memperkenalkan tentang teori keperluan untuk mencapai prestasi dan menyatakan bahawa motivasi berbeza-beza, sesuai dengan kekuatan keprluan seseorang terhadap prestasi.

Page 12: Persepsi Mahasiswa Dalam Mengukur Personaliti Individu Lain

Apabila adanya motivasi dalam diri pekerja, prestasi kerjanya akan meningkat dan menimbulkan keyakinan diri dalam menyelesaikan segala tugas yang diberi. Keyakinan yang ditonjolkan merupakan salah satu ciri personaliti yang baik seterusnya akan melahirkan persepsi yang positif daripada individu lain terhadapnya.

Selain itu, kerjaya yang diceburi oleh seseorang itujuga mempengaruhi personaliti yang terbentuk. Contohnya, kerjaya yang profesional menuntutpekerjanya berpersonaliti menarik, berkarisma dansegak berbanding kerjaya lain seperti peladang dankontraktor. Hal ini terjadi lantaran persekitarankerjaya yang diceburi mempengaruhi personalitimereka.

Page 13: Persepsi Mahasiswa Dalam Mengukur Personaliti Individu Lain

KOMUNIKASI

0

5

10

15

20

25

30

35

SOALAN 1 SOALAN 2 SOALAN 3 SOALAN 4 SOALAN 5 SOALAN 6

ATS

TS

TP

S

AS

Page 14: Persepsi Mahasiswa Dalam Mengukur Personaliti Individu Lain

HURAIAN PERBINCANGAN Kajian mendapati bahawa kesemua responden menyetujui

bahawa aspek komunikasi memainkan peranan yang penting dalam pembentukan personaliti individu.

Salah satu fungsi komunikasi ialah mempengaruhi sikap, nilai dan kepercayaan orang lain. Komunikasi merupakan aktiviti atau proses yang amat penting dalam usaha untuk menyampaikan idea dan maklumat kepada orang lain di samping menjadi agen kepada perhubungan sesama manusia.

Cara kita berkomunikasi di katakan berkesan apabila orang dapat memahami kata-kata kita seperti yang kita maksudkan. Namun, jika kefahaman orang berlainan daripada kefahaman kita , maka komunikasi berkesan gagal di hasilkan.

Page 15: Persepsi Mahasiswa Dalam Mengukur Personaliti Individu Lain

Contohnya, sekiranya ingin membentuk personaliti yang baik, kita seharusnya mengatakan sesuatu dengan hormat, memperkemaskan diri agar elok dipandang dan belajar untuk bercakap dalam bahasa yang mereka selesa dan difahami. Hal ini kerana, komunikasi yang berkesanberlaku apabila penerima menerima mesej, memahami mesej seperti apa yang dimaksudkan oleh pengirim dan dapat memberikan tindak balas.

Ini bertepatan dengan pendapat Careter (1973) yang menganggap komunikasi sebagai satu tindakan. Komunikasi ditakrifkan sebagai satu cara individu mencari dan menyebarkan maklumat mengenai realiti di sekililingnya supaya dapat mengawal perjalanan hidupnya sama ada secara sendirian ataupun berkelompok.

Komunikasi yang baik dapat mencerminkan personaliti yang unggul di samping keperibadian yang baik.

Page 16: Persepsi Mahasiswa Dalam Mengukur Personaliti Individu Lain

LATAR BELAKANG

0

5

10

15

20

25

30

35

SOALAN 1 SOALAN 2 SOALAN 3 SOALAN 4 SOALAN 5 SOALAN 6

ATS

TS

TP

S

AS

Page 17: Persepsi Mahasiswa Dalam Mengukur Personaliti Individu Lain

HURAIAN PERBINCANGAN Hasil kajian mendapati, majoriti responden bersetuju berkenaan

aspek latar belakang individu memainkan peranan yang penting dalam pembentukan personaliti.

Mengikut Hurlock (1974), keluarga dikatakan sebagai agen sosialisasi yang terpenting dalam pembentukan personaliti individu. Keluarga merupakan kumpulan sosial pertama yang dikenali kanak-kanak untuk berinteraksi. Ibu bapa adalah individu yang paling signifikan untuk melahirkan beberapa aspek personaliti seperti personaliti keluarga, pemindahan nilai budaya dan lain2.

Sikap ibu bapa yang demokratik, mementingkan kasih sayang dan kebebasan yang terkawal akan menghasilkan anak-anak yangaktif,gembira dan mahir berinteraksi. Sebaliknya sekiranya ibu bapa mengongkong anak tanpa sebab,ia akn menjadikan anak2 itu pasif, tiada keyakinan diri dan sebagainya.

Page 18: Persepsi Mahasiswa Dalam Mengukur Personaliti Individu Lain

Personaliti yang baik biasanya dibentuk bermula dari awaliaitu ketika seseorang itu di peringkat kanak-kanak.

Dalam konteks ini, individu-individu yang terlibat sepertiibu bapa, guru dan masyarakat haruslah memberi contohteladan yang baik kepada kanak-kanak.

Ahli psikologi Barat iaitu Albert Bandura menyatakanbahawa kanak-kanak belajar sesuatu malalui peniruanterhadap apa yang mereka lihat dan dengar. Justeru, ibubapa khususnya harus menjadi role model yang terbaikdalam usaha membentuk personaliti anak-anak mereka.

Rasulullah sendiri menyuruh umatnya berakhlak mulia danmenjadikan akhlak baginda sebagai contoh teladan yang baik.

Page 19: Persepsi Mahasiswa Dalam Mengukur Personaliti Individu Lain

SEKIAN,

TERIMA KASIH