PERSEPSI MAHASISWA FAKULTI PENDIDIKAN TERHADAP · adalah soal selidik yang mempunyai 35 item. Soal...
Embed Size (px)
Transcript of PERSEPSI MAHASISWA FAKULTI PENDIDIKAN TERHADAP · adalah soal selidik yang mempunyai 35 item. Soal...



PERSEPSI MAHASISWA FAKULTI PENDIDIKAN TERHADAP
MAKANAN HALAL
NOR SYAIRAH BT [email protected]
Laporan ini dikemukan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam)
Fakulti Pendidikan
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
MEI 2011


iii
DEDIKASI
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang Ya Allah
Ampunilah dosa hambu mu ini, tunjukkanlah daku jalan yang lurus, permudahkanlah urusan daku, jauhilah daku dari kemurkaanmu, moga
daku menjadi hambaMu yang bertaqwa.
Ya Rasulullah
Selawat dan salam keatas mu dan ahli keluargamu
Berbahagiakan lah daku sebagai umatmu
Semoga daku beroleh syafaatmu
Buat ayahanda dan bonda tercinta
Zainul [email protected] B Omar & Hamidah Bt Daud
Setinggi-tinggi penghargaan di atas kasih sayang dan didikan
Pengorbanan kalian tiada bandingan, kata-kata semangat menjadi cahaya hidupku
Setiap detik akan kukenang dunia dan akhirat kekal berpanjangan
Buat abang dan adik-adikku yang disayangi
Dorongan, kerjasama serta keprihatinan kalian mengiringi langkahku
Agar perjuanganku senang diharungi
Pensyarah-pensayarah yang dihormati
Ilmu mu amat berharga, tunjuk ajar mu tiada harganya ,mudah-mudahan dilimpahi rahmatNya
Sahabat-sahabat seperjuanganku
Terima kasih atas persahabatan
Segala bantuan dan tunjuk ajar menjadi bukti ukhwah
Akan tetap segar dalam ingatan

iv
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, segala puji
dan syukur kupanjatkan ke hadrat Ilahi dengan nikmat dan rezeki kurnaiaanNya yang
telah memberiku semangat serta kekuatan untuk menyempurnakan penyelidikan ini.
Ucapan terima kasih tidak terhingga dan setinggi-tinggi penghargaan buat ustazah
maznah bt ali selaku penyelia projek di atas kesudiaannya meluangkan masa
memberi tunjuk ajar, bimbingan, nasihat, idea yang bernas sepanjang menyiapkan
penyelidikan ini.
Sekalung penghargaan dan ribuan terima kasih kuucapkan kepada staf
Fakulti Tamadun Islam dan Fakulti Pendidikan sama ada yang terlibat secara
langsung atau pun tidak dalam menyediakan data-data yang diperlukan bagi
menyempurnakan Projek Sarjana Muda ini. Ucapan terima kasih juga buat semua
sahabat yang sudi membantu dan memberi tunjuk ajar kepadaku. Teristimewa buat
ayahanda dan bonda yang tercinta kerana berkat doa dan restu mereka membuatku
tabah untuk meneruskan perjuangan di diperantauan ini.

v
ABSTRAK
Kajian ini membincangkan tentang Persepsi Mahasiswa Fakulti Pendidikan
terhadap makanan halal. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti persepsi
Mahasiswa Islam Fakulti Pendidikan terhadap makanan halal, mengenalpasti tahap
kesedaran mahasiswa Fakulti Pendidikan UTM terhadap makanan halal dan
menganalisa kriteria pemilihan makanan halal mahasiswa Fakulti Pendidikan UTM.
Kajian ini dijalankan di Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia yang
melibatkan responden Mahasiswa Islam Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
Kemahiran Hidup seramai 109 orang. Rekabentuk kajian yang dijalankan adalah
menggunakan kaedah yang berbentuk deskriptif. Instrument kajian yang digunakan
adalah soal selidik yang mempunyai 35 item. Soal selidik tersebut terdiri daripada
dua bahagian iaitu bahagian A terdiri daripada maklumat demografi responden
manakala bahagian B berkaitan dengan dengan persoalan kajian. Nilai
kebolehpercayaan soal selidik ialah α= 0.863. Data-data yang dikumpul dianalisis
dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) for
windows version 15.0. Dapatan kajian bagi mengenalpasti persepsi mahasiswa islam
terhadap makanan halal ialah 4.791, manakala bagi menganalisa kriteria yang
dipilih oleh Mahasiswa Fakulti Pendidikan terhadap makanan halal ialah 4.718
manakala bagi tahap kesedaran mahasiswa Islam fakulti pendidikan terhadap
makanan halal ialah 4.718 dan bagi menganalisa kriteria pemilihan makanan halal
Mahasiswa Islam Fakulti Pendidikan ialah 4.549. Ini menunjukkan bahawa persepsi
mahasiswa Islam terhadap makanan halal berada pada tahap yang positif.

vi
ABSTRACT
This research was carried out to identify the perception of Students Faculty of
Education on Halal Food. The objective of this research is to identify the
perceptions of Muslim students Faculty of Education about halal food, to analyze
the criteria chosen by the students Faculty of Education about halal food and halal
food selection by the students Faculty of Education. This descriptive research was
distributed to 109 Muslim students Bachelor of Technology and Education Living
Skill from Faculty of Education, Universiti Teknologi Malaysia as respondent. The
research instruments were a set of questionnaire including 35 items consisted of two
parts which is part A for basic information about the respondent and part B to
answer the research question. From the analysis data, it shows the reliability for this
questionnaire is α = 0.863. All of the collected data were analysis by using
Statistical Package for Social Science (SPSS) for Windows version 15.0. The
finding of identify the perception of Muslim students about halal food is 4.791,
while for the objective of analysis the awareness about halal food by Muslim
students Faculty of Education is 4.718 and for the objective of identifying the
criteria of selecting Muslim students Faculty of Education about halal food is
4.549. This shows that the overall perception of Muslim students about halal food
is in positive level.

vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA
SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
HALAMAN JUDUL
HALAMAN PENGAKUAN ii
HALAMAN DEDIKASI iii
HALAMAN PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
ISI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI JADUAL xiii
SENARAI SINGKATAN xiv
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Penyataan Masalah 6
1.4 Objektif Kajian 6
1.5 Persoalan Kajian 7
1.6 Kepentingan Kajian 7
1.7 Batasan Kajian 7
1.8 Definisi Istilah 8

viii
1.8.1 Persepsi 8
1.8.2 Makanan 8
1.8.3 Halal 8
1.9 Kesimpulan
9
BAB 2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pendahuluan 10
2.2 Pengertian Makanan Halal 11
2.2.1 Makanan Halal 11
2.2.2 Makanan Haram 14
2.3 Prinsip Makanan Halal 15
2.3.1 Prinsip Pertama 15
2.3.2 Prinsip Kedua 15
2.4 Kesedaran Terhadap Pengambilan Makanan Halal 16
2.5 Garis Panduan Dalam Pemilihan Makanan Halal 18
2.5.1 Tujuan 20
2.5.2 Sumber Bahan Makanan 21
2.5.2.1 Tumbuh-Tumbuhan 24
2.5.2.2 Bahan Semulajadi 25
2.5.2.3 Bahan Kimia 25
2.5.2.4 Bahan Penambah Makanan 25
2.6 Penyembelihan 25
2.7 Hukum Syariah Dan Bahan Tambah (Food Aditive)
Dalam Makanan 26
2.7.1 Mono Dan Digliserida 28
2.7.2 Gelatin 28
2.7.3 Gliserin 29
2.7.4 Lesitin 29
2.7.5 Alkohol 30
2.7.6 Renet 30
2.7. 7 Lelemak (Shortening) 30
2.8 Kajian Lepas 31
2.9 Kesimpulan 33

ix
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pendahuluan 35
3.2 Rekabentuk Kajian 36
3.3 Populasi Dan Sampel 36
3.4 Tempat Kajian 37
3.5 Instrumen Kajian 38
3.6 Kajian Rintis 40
3.7 Prosedur Kajian 40
3.8 Analisis Data 41
3.9 Kesimpulan
43
BAB 4 ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN KAJIAN
4.1 Pendahuluan 44
4.2 Analisis Setiap Soal Selidik Bahagian A (Maklumat
Asas Responden) 45
4.2.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 45
4.2.2 Taburan Responden Mengikut Umur 46
4.2.3 Taburan Responden Mengikut Tahun Pengajian 47
4.2.4 Taburan Responden Mengikut Status
Perkahwinan 48
4.2.5 Taburan Responden Mengikut Latar Belakang
Pendidikan 48
4.3 Analisis Soal Selidik Bahagian B 49
4.3.1 Dapatan Persoalan Kajian 1 49
4.3.2 Dapatan Persoalan Kajian 2 56
4.3.3 Dapatan Persoalan Kajian 3 63
4.4 Rumusan Dapatan Kajian 71
4.5 Kesimpulan
72

x
BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pendahuluan 73
5.2 Perbincangan Kajian 73
5.2.1 Maklumat Asas Responden 74
5.2.2 Apakah Persepsi Mahasiswa Islam Fakulti
Pendidikan UTM Terhadap Makanan Halal 75
5.2.3 Sejauhmanakah Tahap Kesedaran Mahasiswa
Islam Fakulti Pendidikan UTM Terhadap
Makanan Halal
77
5.2.4 Apakah Kriteria Pemilihan Makanan Halal
Mahasiswa Islam Fakulti Pendidikan UTM 78
5.3 Rumusan 80
5.4 Cadangan Kajian 81
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 82
5.6 Kesimpulan
82
BIBLIOGRAFI
83
LAMPIRAN

xi
SENARAI JADUAL
NO.
JADUAL
TAJUK MUKA
SURAT
3.3 Jumlah sampel mengikut tahun 38
3.5 Skala lima mata dan skor 40
3.8 Kriteria penilaian skor 41
3.8.1 Perubahan skala lima mata kepada skala lima mata 42
3.8.2 Tahap penilaian responden berdasarkan min 42
4.1 Taburan bilangan responden mengikut jantina 45
4.2 Taburan bilangan kekerapan dan peratus mengikut
umur
46
4.3 Taburan bilangan kekerapan dan peratus mengikut
tahun pengajian
47
4.4 Taburan bilangan kekerapan dan peratus mengikut
status perkahwinan
48
4.5 Taburan bilangan kekerapan dan peratus mengikut
latar belakang pendidikan
48
4.6 Taburan skor bagi item 1 49
4.7 Taburan skor bagi item 2 50
4.8 Taburan skor bagi item 3 50
4.9 Taburan skor bagi item 4 51
4.10 Taburan skor bagi item 5 51
4.11 Taburan skor bagi item 6 52
4.12 Taburan skor bagi item 7 52
4.13 Taburan skor bagi item 8 53
4.14 Taburan skor bagi item 9 53
4.15 Taburan skor bagi item 10 54
4.16 Analisa Keseluruhan Bagi Item 1 Hingga 10 55

xii
4.17 Taburan skor bagi item 11 57
4.18 Taburan skor bagi item 12 57
4.19 Taburan skor bagi item 13 58
4.20 Taburan skor bagi item 14 58
4.21 Taburan skor bagi item 15 59
4.22 Taburan skor bagi item 16 59
4.23 Taburan skor bagi item 17 59
4.24 Taburan skor bagi item 18 60
4.25 Taburan skor bagi item 19 60
4.26 Taburan skor bagi item 20 61
4.27 Analisa Keseluruhan Bagi Item 11 Hingga 20 61
4.28 Taburan skor bagi item 21 64
4.29 Taburan skor bagi item 22 64
4.30 Taburan skor bagi item 23 65
4.31 Taburan skor bagi item 24 65
4.32 Taburan skor bagi item 25 66
4.33 Taburan skor bagi item 26 66
4.34 Taburan skor bagi item 27 67
4.35 Taburan skor bagi item 28 67
4.36 Taburan skor bagi item 29 68
4.37 Taburan skor bagi item 30 68
4.38 Analisa Keseluruhan Bagi Item 21 Hingga 30 69
4.4.1 Purata peratusan dan purata min bagi setiap
persoalan kajian
71

xiii
SENARAI SINGKATAN
JAKIM Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
MSG Mononatrium Glutamat
Ra Radiallahu Anhu
S Setuju
SAW Sallalallahu Alaihi Wasallam
SPH Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (SPH)
SPSS Statistical Package For Social Science
SS Sangat Setuju
SWT Subhanu Wa Taala
TP Tidak Pasti
TS Tidak Setuju
UTM Universiti Teknologi Malaysia

xiv
SENARAI LAMPIRAN
Soal selidik

BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Islam adalah agama yang syumul dimana ia meliputi keseluruhan aspek
kehidupan seharian manusia. Aspek-aspek tersebut termasuklah aqidah, ibadah,
muamalat, munakahat dan sebagainya. Semua ini mempunyai kaitan yang sangat
rapat dengan Islam itu sendiri kerana setiap perkara tersebut mempunyai kaitan
dengan seseorang muslim. Oleh hal yang demikian untuk melaksanakan perkara
tersebut seseorang muslim mestilah menjaga perkara dharuriyat dengan berlandaskan
al-Quran dan sunnah. Terdapat lima perkara dharuriyat iaitu agama, nyawa, akal,
maruah atau keturunan dan harta. Kelima-lima perkara tersebut mempunyai peranan
yang tersendiri dan merupakan aspek penting untuk terus beribadah kepada Allah
SWT.
Menurut Selamat Hashim (2010) tiada sesuatu yang lebih berharga bagi
manusia selain daripada nyawanya kerana dengan adanya nyawa manusia boleh terus
hidup. Oleh yang demikian hukum syarak memberikan keutamaan yang besar dalam
penjagaan nyawa. Dalam hubungan penjagaan nyawa, terdapat hukum syarak yang
mewajibkan manusia melakukan beberapa perkara penting seperti makan makanan
berkhasiat, minum, memakai pakaian dan memiliki tempat tinggal yang mampu
memberi keselesaan dan menjaga dan melindungi nyawanya daripada perkara-
perkara yang boleh mendatangkan kemudharatan.

2
Salah satu daripada perkara penting dalam penjagaan nyawa ialah makan
makanan halal dan berkhasiat. Makan dan minum adalah merupakan salah satu
ibadah yang penting dalam Islam. Oleh itu amat penting memakan makanan yang
halal lagi berkhasiat kerana ia akan memberi kesan terhadap ibadah yang dilakukan
dalam kehidupan seharian. Selain itu juga, memakan makanan yang halal lagi
berkhasiat juga telah dinyatakan oleh Allah SWT di dalam firmannya di dalam surah
Al-Maidah ayat 4:
Maksudnya:
Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad): "Apakah (makanan)
Yang Dihalalkan bagi mereka?" bagi menjawabnya katakanlah:
"Dihalalkan bagi kamu (memakan) Yang lazat-lazat serta baik, dan
(buruan Yang ditangkap oleh) binatang-binatang pemburu Yang telah
kamu ajar (untuk berburu) mengikut cara pelatih-pelatih binatang
pemburu. kamu mengajar serta melatihnya (adab peraturan berburu)
sebagaimana Yang telah diajarkan Allah kepada kamu. oleh itu
makanlah dari apa Yang mereka tangkap untuk kamu dan sebutlah nama
Allah atasnya (ketika kamu melepaskannya berburu); dan bertaqwalah
kepada Allah (dengan memelihara diri dari memakan Yang diharamkan
Allah); Sesungguhnya Allah Maha cepat hitungan hisabNya"
(Surah Al- Maidah 5: 4)
Berdasarkan ayat di atas dapatlah disimpulkan bahawa makanan halal
merupakan perkara yang dituntut di dalam Islam. Hal ini juga kerana setiap perkara
yang dilakukan oleh manusia akan dihitung oleh Allah SWT di hari akhirat. Oleh itu
sebagai umat Islam yang bertaqwa kepada Allah SWT maka wajiblah menjaga dan
memastikan sesuatu makanan yang dimakan itu halal dimakan.

3
1.2 Latar Belakang Masalah
Allah SWT telah memberikan petunjuk dan panduan kepada hambanya
tentang memakan makanan yang halal lagi baik. Hal ini dikuatkan lagi dengan sabda
Nabi SAW yang berbunyi:
إن : قال رسول هللا صىل هللا عليه وسمل, ع̊ن أيب هريرة رىض هللا عنه قال
هللا تعاىل طيب يقبل إال طيبا وإن هللا أمر املؤمنني مبا أمر به املرسلني فقال
يأهيا اذلين : وقال تعاىل , يأهيا الرسل لكوا من الطيبات وامعلو صاحلا: تعاىل
مث ذكر الرجل يطيل السفر أشعث أغرب . آمنوا لكوا من الطيبات ما رزقنامك
اي رب اي رب ومطعمه حرام ومرشبه وملبسه حرام : ميد يديه إىل السامء
.وغذى ابحلرام فأىن يس تجاب هلMaksudnya:
Daripada Abu Hurairah ra meriwayatkan, katanya Rasulullah
SAW bersabda: sesungguhnya Allah itu baik dia tidak menerima
melainkan yang baik. Sesungguhnya memerintah orang mukmin
dengan apa yang diperintahkannya kepada semua rasul dengan
firmannya (seperti yang tersebut dalam hadis yang bermaksud): wahai
sekalian rasul! Makanlah makanan yang baik dan beramallah dengan
amal soleh. Firmannya lagi: wahai sekalian orang yang beriman
makanlah makanan yang baik yang telah kami beri rezeki kepada kamu.
Kemudian baginda menyebutkan seorang lelaki yang jauh perjalanannya
kusut masai rambutnya dan berdebu mukanya menghulurkan kedua
tangannya ke langit (berdoa) wahai tuhanku! Padahal makanannya
haram, minumannya haram dan pakaiannya haram dan (mulutnya)
disuapkan dengan yang haram. Maka bagaimana akan diperkenankan
doanya.
(Hadis Riwayat Muslim)
Berdasarkan hadis di atas maka jelaslah kepada kita bahawa setiap orang
mukmin yang beriman kepada Allah SWT mestilah memakan makanan yang halal
kerana ia merupakan salah satu faktor yang penting dalam menunaikan ibadah. Allah
SWT tidak akan memakbulkan doa orang yang memakan makanan yang tidak halal
khususnya. Oleh itu kita mestilah memastikan makanan yang kita makan adalah halal
dari semua aspek.

4
Menurut Panduan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (2006) pasaran hari
ini telah dibanjiri dan terdedah kepada pelbagai makanan dan barangan pengguna
yang sesetengahnya boleh memudharatkan kesihatan, sementara yang lain pula
haram dimakan menurut ajaran Islam. Kajian juga mendapati bahawa banyak
makanan yang diproses yang terdapat di pasaran kini mengandungi gula dan garam
yang berlebihan, disamping mengandungi pelbagai jenis bahan penambah (food
aditive) yang tidak dapat dipastikan statusnya sama ada halal atau haram.
Selain itu, hampir 70 peratus daripada hasil pemeriksaan Jabatan Kemajuan
Islam Malaysia (JAKIM) ke atas hotel-hotel dan premis makanan di sekitar Lembah
Klang yang berselindung di sebalik terma bufet Ramadhan diragui status halalnya.
Hotel terbabit yang tidak memiliki sijil halal telah mencampurkan alkohol dalam
masakan untuk penyediaan bufet Ramadan. Penolong Pengarah Cawangan
Pemantauan dan Penguatkuasaan Jakim, Mohd. Amri Abdullah berkata, penemuan
itu hasil pemeriksaan dan penyiasatan yang dilakukan oleh 20 orang penguatkuasa
pasukan jabatan itu.
(http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?dt=0818&pg=dn_02.htm&pub=Utusa
n_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&y=2010, 4 November 2010, 3:54pm)
Antara lain yang dilaporkan ialah sos mengandungi alkohol dan arak
digunakan sebagai bahan masakan juadah berbuka puasa. Itulah yang dibongkar
penguatkuasa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berikutan operasi khas ke
beberapa hotel di sekitar Lembah Klang. Menurutnya, hasil pemeriksaan itu
menemui bukti kukuh arak dan sos beralkohol digunakan sebagai bahan masakan
termasuk juadah berbuka puasa di dua hotel.
(http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?p=7131522, 4 Oktober
2010, 3:54pm).
Antara lain ialah menurut Panduan Persatuan Pengguna Islam (2006)
“pernah berlaku di Negara ini dimana daging kerbau dijual sebagai daging lembu.
Masalah ini tidak begitu serius kerana kerbau halal dimakan. Bagaimanapun, jika

5
daging kerbau boleh dijual sebagai daging lembu, bolehkah kita memastikan daging
yang haram tidak dijual sebagai daging halal?”
Selain itu juga, menurut Panduan Persatuan Pengguna Islam (2006) juga
ada menyatakan tentang penyembelihan secara mekanikal. Pada awal tahun 2003,
media telah mendedahkan berita mengenai ayam yang disembelih secara mekanikal.
Mengikut berita tersebut, ayam yang disembelih menggunakan pisau mekanikal
dimasukkan terus ke dalam air panas sebelum ayam tersebut betul-betul belum mati
dan darahnya tidak mengalir keluar sepenuhnya sebelum diproses. Memandangkan
JAKIM telah meluluskan penyembelihan secara mekanikal dibawah keadaan
tertentu, ia perlu diperiksa dan memastikan peraturan itu sentiasa dipatuhi.
Seterusnya Panduan Persatuan Pengguna Islam (2006) juga ada memuatkan
tentang syarikat katering yang menipu pihak pengguna terutamanya pengguna Islam
khususnya yang berada di Lembah Kelang serta kawasan sekitarnya. Syarikat
katering ini telah mengambil kesempatan menghalalkan perniagaan dan operasinya
disebalik logo palsu JAKIM yang diperolehi dengan membelinya daripada agen-
agen sindiket tertentu dengan hanya RM2500.00. Selain itu, syarikat katering ini
juga turut bertindak melampui batas kerana menggunakan sejenis wain atau arak
yang diimport dari China sebagai perisa utama dalam menu masakan untuk
memerap daging ayam. Tujuan syarikat katering ini berbuat sedemikan adalah bagi
menambahkan keenakan serta bau wangi hidangan masakan daging dan ayam.
Oleh sebab itu, masyarakat Islam haruslah berhati-hati dan berwaspada
terhadap makanan yang diambil. Hal ini kerana mencari yang halal itu fardhu bagi
umat Islam di samping untuk menjaga kesihatan tubuh badan. Mencari yang halal
juga menjadi kewajipan kepada umat Islam khususnya untuk memastikan setiap
makanan yang dimakan adalah halal mengikut kehendak syarak.

6
1.3 Penyataan Masalah
Kajian ini dilakukan kerana pada akhir-akhir ini banyak akhbar melaporkan
tentang keraguan status halal terhadap makanan terutamanya dalam bidang
perhotelan dan restoran. Pengusaha-pengusaha bidang tersebut menggunakan helah
untuk menipu masyarakat Islam khususnya dan hanya mementingkan keuntungan
semata-mata tanpa mengira hukum-hakam yang telah ditetapkan oleh syarak. Oleh
yang demikian maka adalah bersesuaian untuk penyelidik membuat kajian secara
lebih mendalam lagi pada zaman yang semakin berkembang pesat ini. Makanan
halal adalah sangat penting kerana ia akan memberi kesan terhadap ibadah mahupun
terhadap kesihatan seseorang individu tersebut dalam kehidupan seharian
masyarakat Islam khususnya haruslah memahami dan peka betapa pentingnya
memakan makanan yang halal.
Sekiranya masalah ini tidak diatasi dengan sewajarnya, dibimbangi ia akan
meninggalkan kesan yang buruk dan negatif. Disamping itu juga, melalui kajian ini
juga mahasiswa Fakulti Pendidikan khususnya dapat mengenalpasti jenis-jenis
makanan yang halal yang terdapat di pasaran. Justeru itu, masalah ini telah
mendorong penyelidik untuk membuat kajian tentang persepsi mahasiswa Fakulti
Pendidikan, UTM terhadap makanan halal.
1.4 Objektif Kajian
Objektif utama kajian ini dijalankan adalah untuk:
1) Mengenalpasti persepsi mahasiswa Islam Fakulti Pendidikan UTM terhadap
makanan halal.
2) Mengenalpasti tahap kesedaran mahasiswa Islam Fakulti Pendidikan UTM
terhadap makanan halal.
3) Menganalisa kriteria pemilihan makanan halal mahasiswa Islam Fakulti
Pendidikan UTM.

7
1.5 Persoalan Kajian
Kajian ini dilakukan untuk melihat beberapa persoalan yang timbul hasil daripada
objektif kajian tersebut:
i. Apakah persepsi mahasiswa Islam Fakulti Pendidikan UTM terhadap
makanan halal.
ii. Sejauhmanakah tahap kesedaran mahasiswa Islam Fakulti Pendidikan
UTM terhadap makanan halal.
iii. Apakah kriteria yang dipilih oleh mahasiswa Islam Fakulti Pendidikan
UTM terhadap makanan halal