Persepsi Pelajar Menggunakan Aplikasi We

download Persepsi Pelajar Menggunakan Aplikasi We

of 7

description

PERSEPSI MURID TERHADAP APLIKASI WEB 2.0

Transcript of Persepsi Pelajar Menggunakan Aplikasi We

  • Community College Eduresearch Conference 2015

    Persepsi Pelajar Menggunakan Aplikasi Web 2.0 di Dalam Aktiviti

    Pengajaran dan Pembelajaran

    Mohd Azran Mohd Sallleh a, Mohd Mohsin Abd Rahim b*, Siti Nurul Mahfuzah Mohamad c

    a Sistem Komputer dan Sokongan, Kolej Komuniti Masjid Tanah (KKMT),Masjid Tanah, Melaka b Unit Multimedia dan Sumber, Kolej Komuniti Bukit Beruang (KKBBM), Bukit Beruang, Melaka.

    c Sistem Komputer dan Sokongan, Kolej Komuniti Selandar (KKSL), Selandar, Melaka

    Abstrak

    Teknologi Web 2.0 telah mengubah cara pengajaran dan pembelajaran pada masa kini. Beberapa

    aplikasi atas talian dan platform kini mentakrifkan bagaimana pengguna berkongsi pandangan,

    pendapat, dan pengalaman menerusi aplikasi-aplikasi Web 2.0 yang popular seperti blogspot, Edmodo,

    Online Whiteboard, Mind Map Maker dan sebagainya. Satu kelebihan utama Web 2.0 adalah alat ini

    percuma dan mudah digunakan. Objektif kertas kerja ini adalah untuk mengenalpasti persepsi pelajar

    terhadap penggunaan aplikasi Web 2.0 dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas bagi

    subjek rangkaian. Seramai 30 orang pelajar dari Kolej Komuniti Masjid Tanah (KKMT) dan Kolej

    Komuniti Selandar (KKSL) memberi maklum balas kepada kajian ini. Soal selidik secara atas talian

    telah digunakan sebagai instrumen kajian untuk mengukur penggunaan Web 2.0 dalam pengajaran dan

    pembelajaran. Berdasarkan kajian ini, penggunaan Web 2.0 boleh meningkatkan pembelajaran dalam

    mata pelajaran rangkaian. Pelajar menunjukkan minat terhadap aplikasi tersebut dan secara tidak

    langsung memberi motivasi kepada pelajar menggunakan pembelajaran atas talian di dalam kelas.

    Kata Kunci: Web 2.0, Kolej Komuniti, Pengajaran dan Pembelajaran

    Pengenalan

    Web 2.0 adalah revolusi perniagaan dalam bidang industri perkomputeran yang disebabkan oleh

    pergerakan internet sebagai platform, dan percubaan untuk memahami peraturan untuk berjaya pada

    platform yang baru. Web 2.0 juga dikenali sebagai laman sesawang bijak, laman sesawang tumpuan

    orang, laman sesawang yang turut serta dan laman sesawang baca-tulis. Dengan membaca serta menulis,

    laman sesawang boleh menjadi dwi-arah. Web 2.0 adalah laman sesawang sebagai satu platform dimana

    pengguna boleh meninggalkan kawalan-kawalan yang mereka telah gunakan dalam versi Web 1.0

    (Aghaei et. al, 2012). Dengan kata lain, Web 2.0 adalah lebih fleksibel dari rekabentuk laman sesawang,

    penggunaan semula kreatif, kemaskini, penghasilan kandungan kolaborasi dan pengubahsuaian. Salah

    satu kelebihan Web 2.0 ini adalah ia menyokong aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

    Dalam kajian ini, tenaga pengajar menggunakan blogspot, Edmodo, online whiteboard dan mind map

    sebagai salah satu pendekatan untuk mengajar yang mana menggalakkan interaktiviti dan pengguna,

    motivasi dan memperkasa pelajar, dan mewujudkan kelainan dalam proses pembelajaran mereka.

    Teknologi Web 2.0 telah mengubah cara mesej disebarkan merentasi laman sesawang. Terdapat

  • beberapa perkakasan atas talian dan platform yang mentaksirkan bagaimana pengguna berkongsi

    perspektif, pendapat, pemikiran dan pengalaman.

    Perkakasan Web 2.0 seperti weblogs, RSS, video casting, penandabuku sosial, rangkaian sosial,

    podcasts dan laman perkongsian gambar telah menjadi bertambah popular. Salah satu kelebihan besar

    perkakasan Web 2.0 adalah kebanyakannya percuma. Secara tidak langsung, Hsu et al (2014) bersetuju

    bahawa aplikasi Web 2.0 memperkasakan pengguna dengan tempat untuk penyataan peribadi,

    perkongsian, komunikasi, dan kolaborasi dengan yang lain. Pengarang juga menyatakan pembelajaran

    melalui kolaborasi bersama aplikasi Web 2.0 memberi peluang kepada pengguna dan perlu digunakan

    dalam pendidikan. Sumber dan interaksi di dalam kelas bergantung pada kurikulum yang digunakan di

    dalam kelas. Internet bukan pendekatan kepada pendidikan, tetapi sebagai perkakasan yang boleh

    digunakan dengan pelbagai jenis teori pendidikan. Ia menjadi sumber informasi tambahan yang ada; ia

    meningkatkan komunikasi dinamik, dan membuatkan kolaborasi menjadi mudah dengan mengurangkan

    keperluan untuk pengkolaborasi, dan pada tempat dan masa yang sama.

    Sorotan Kajian

    Pelajar mendalami sepenuhnya teknologi Web 2.0 (contohnya , blog, twitter, podcast, wiki, laman

    rangkaian sosial, dunia maya, perkongsian video dan perkongsian gambar) dan Internet, yang mana

    memainkan peranan penting dalam kehidupan sosial dan kehidupan akademik (Lego dan Towner,

    2009). Tujuan utama kajian ini adalah untuk membuat kajian persepsi pelajar dalam penggunaan

    perkakasan Web 2.0 dalam pengajaran dan pembelajaran matapelajaran Rangkaian di Kolej Komuniti

    Masjid Tanah dan Kolej Komuniti Selandar. Blog adalah salah satu aplikasi yang diambil dari 100

    aplikasi yang paling popular yang telah diukur oleh Hart (2012). Dalam kajian yang berkaitan oleh Arsad

    et al (n.d) yang telah melibatkan 64 guru dari sekolah menengah, penulis telah menyatakan bahawa 22%

    daripada responden menggunakan jaringan blog (Blogger) dalam pengajaran dan pembelajaran dalam

    kelas (Rajah 1). Dapatan kajian beliau menunjukkan, responden kerap menggunakan aplikasi mind map

    Mindmeister (91%) dan juga Online Whiteboard seperti Wallwisher (86%) dan Blackboard (86%).

    Rajah 1: Kekerapan Penggunaan Web 2.0

  • Rajah 2 pula menunjukkan tenaga pengajar mempunyai kemahiran menghantar maklumat di dalam blog

    (28%), berkongsi maklumat (22%), menjemput pelajar dalam social networking (19%) dan sentiasa

    mengemaskini laman blog masing-masing (19%).

    Rajah 2: Aktiviti penggunaan aplikasi Web 2.0

    Menurut Embi et. Al. (2012) yang diceritakan dalam Mohamad et al (2014), kekurangan masa

    merupakan penyebab utama masalah penyediaan e-kandungan pengajaran dan pembelajaran. Salam et

    al (2013) mencadangkan penggunaan perkakasan Web 2.0 dalam pengajaran dan pembelajaran perlu

    diimplimentasikan ke dalam pendidikan teknikal seperti di Politeknik dan Kolej Komuniti supaya

    pensyarah dapat mengurangkan masa persediaan dan boleh menarik perhatian pelajar. Dalam

    transformasi, walaubagaimanapun, cara terbaik untuk memperluaskan kegunaan Web 2.0 adalah dengan

    mendapatkan perkakasan terlebih dahulu dalam mengoptimis aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

    Sejak pendekatan pengajaran bagi pensyarah boleh mempengaruhi sikap pelajar, yang mana sekarang

    kebanyakannya golongan digital (Margaryan, Littlejohn, & Vojt, 2011), sesetengah rangka kerja

    berdasarkan rekabentuk Web 2.0 telah dihasilkan supaya dapat menggalakkan lebih keyakinan dalam

    mempelajari penggunaan perkakasan Web 2.0.

    Bower et al. (2010), sebagai contoh, sediakan senarai komprehensif perkakasan Web 2.0 yg

    dikategorikan kepada jenis pengetahuan, pedagogi, modul, dan keselarian. Sebagai tambahan, Grosseck

    (2009), sediakan jadual untuk menyatukan teknologi Web 2.0 ke dalam aplikasi pendidikan pengajian

    tinggi. Walaubagaimanapun, masih terdapat kekurangan dalam penyelidikan yang menggabungkan

    perkakasan Web 2.0 ke dalam strategi pengajaran dan pembelajaran terutama sekali dalam kursus sains

    komputer. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk menganalisa persepsi dan sikap ke arah penggunaan

    perkakasan Web 2.0 dalam mempelajari subjek rangkaian. Laman sesawang blog telah digunakan untuk

    menggabungkan beberapa sumber pendidikan dalam perkakasan Web 2.0 yang berbeza.

  • Metadologi Kajian

    Kajian ini dijalankan terdiri dari 30 orang pelajar kolej komuniti yang mengambil matapelajaran

    rangkaian (networking) dari program Sijil Sistem Komputer dan Sokongan (SKS) bagi menilai

    keutamaan pelajar ke arah menggunakan perkakasan Web 2.0 dalam pembelajaran mereka. Pelajar-

    pelajar ini dianggap telah mempunyai kemahiran menggunakan Internet. Setiap pelajar telah

    melengkapkan soal selidik yang telah diberikan secara atas talian. Analisis soal selidik telah disiapkan

    dengan menggunakan statistik deskriptif.

    Rajah 3 menunjukkan muka depan blog yang digunakan untuk kajian ini. Rajah 4 merupakan Text Mind

    Mapping yang disediakan oleh pelajar di dalam kelas.

    Rajah 3: Muka depan blog untuk pendidikan

    Rajah 4: Text Mind Mapping

    Untuk mendapatkan pengukuran persepsi pelajar semasa menggunakan Web 2.0 dalam sesi pengajaran

    dan pembelajaran, soal selidik telah digunakan. Soal selidik mengandungi 23 soalan meliputi

    kesangatgunaan (usefullness) (15 item) dan kebolehcapaian (accessibility) (8 item). Setiap item

    mengandungi Five point Likert pilihan. Pilihan ini dikodkan sebagai 1 untuk Sangat Tidak Setuju,

    2 untuk Tidak Setuju, 3 untuk Tiada Pilihan, 4 untuk Setuju dan 5 untuk Sangat Setuju. Satu

    penilaian di laman blog telah dilengkapkan oleh 30 orang pelajar.

  • Dapatan Kajian

    Jadual 1 menunjukkan demografi responden untuk kajian ini. Kajian ini melibatkan pelajar dari Sistem

    Komputer dan sokongan sahaja.

    Jadual 1: Demografi responden

    Item Kategori Frekuensi

    Jantina Lelaki 18

    Perempuan 12

    Etnik Melayu 27

    Cina 2

    India 1

    Kolej

    Komuniti

    KKMT 15

    KKSL 15

    Jadual 2 menunjukkan julat min dari 4.01 hingga 4.49. Item 11 menunjukkan nilai min tertinggi yang

    mana nilai min adalah 4.49. Analisis menunjukkan bahawa kebanyakkan pelajar bersetuju yang

    informasi yang diberikan blog adalah terkini dan tepat. Pelajar juga bersetuju bahawa aktiviti pengajaran

    dan pembelajaran yang disediakan dalam laman blog memberikan lebih banyak idea semasa di dalam

    kelas (min = 4.40).

    Jadual 3 pula menunjukkan analisis penerimaan senang digunakan. Analisis menunjukkan kebanyakkan

    pelajar bersetuju bahawa web blog tiada masalah dengan masa muat turun dengan nilai min paling tinggi

    iaitu 4.47. Diikuti dengan pautan adalah sah dan aktif (Min=4.35).

    Jadual 2 Penerimaan Kesangatgunaan

    No. Kesangatgunaan Min Sisihan

    Piawai

    1 Terdapat widget yang sangat berguna dalam bar sisi. 4.18 0.57

    2 Terdapat gadget yang sangat berguna dalam bar sisi. 4.01 0.65

    3 Saya akan mencadangkan blog ini kepada kawan saya 4.23 0.61

    4 Blog ini memberi banyak informasi kepada saya 4.30 0.42

    5 Tema yang digunakan sesuai untuk pembaca 4.15 0.56

    6 Topik yang dikemukan sangat menarik setiap bulan 4.02 0.40

    7 Blog ini memberi saya banyak idea. 4.40 0.65

    8 Terdapat arkib, kategori, tag, profil pengarang dan info yang lain 4.03 0.54

    9 Kandungan adalah percuma 4.46 0.68

    10 Tidak terdapat sebarang ralat seperti kesalahan ejaan dan

    sebagainya 4.03 0.46

    11 Informasi adalah terkini dan tepat. 4.49 0.52

    12 Pensyarah dan pelajar boleh berkomunikasi di antara satu sama

    lain 4.21 0.66

    13 Tugasan dapat dihantar secara atas talian 4.15 0.57

    14 Saya dapat mempelajari subjek rangkaian dengan mudah 4.21 0.49

    15 Kuiz boleh dilaksanakan di atas talian 4.23 0.64

  • Jadual 3 Penerimaan Senang Digunakan

    No. Senang Digunakan Min Sisihan

    Piawai

    1 Tiada pautan yang rosak dalam blog ini. 4.21 0.56

    2 Tiada masalah dengan masa muat turun. 4.47 0.56

    3 Enjin pencarian dalam blog disediakan 4.01 0.67

    4 Mempunyai pautan ke laman yang berkaitan 4.42 0.52

    5 Kesemua pautan adalah sah dan aktif 4.35 0.49

    6 Mudah untuk dapatkan maklumat yang terkini dan berguna 4.11 0.58

    7 Blog ini mudah dicapai pada bila-bila masa 4.28 0.62

    8 Pelajar boleh mendapatkan maklumat untuk sesi pembelajaran 4.02 0.66

    Kesimpulan

    Web 2.0 tidak perlu untuk memuat turun, pensyarah dan pelajar boleh menguasainya dalam masa

    beberapa minit. Teknologi telah menjadi semakin senang atau lebih akses kepada semua. Dapatan dari

    kajian ini telah membongkar yang kebanyakan pelajar menunjukkan paras minat yang tinggi dengan

    pembelajaran menggunakan blog apabila mempelajari matapelajaran rangkaian. Oleh itu, pensyarah

    perlu lebih kreatif dalam menyediakan aktiviti pembelajaran dan perlu menggabungkan semua

    perkakasan Web 2.0 dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.

    Rujukan

    Aghaei, S., Mohammad, A.N dan Hadi, K.F. (2012). Evolution Of The World Wide Web: From Web

    1.0 To Web 4.0. International Journal of Web & Semantic Technology (IJWesT). 3(1), pp. 1-10.

    Arsad , N. M., Mohamad, A. E., Kamisah, O. dan Rian, V. (n.d). Use Of Web 2.0 Applications By

    Teachers.

    http://stemstates.org/assets/files/351_USE%20OF%20WEB%202.0%20APPLICATIONS%20BY%20

    TEACHERS%20(ABSTRACT%20NO%20351).pdf

    Bower, M., Hedberg, J. G., dan Kuswara, A. (2010). A framework for Web 2.0 learning design.

    Educational Media International, 47(3), 177198.

    Embi, M.A., Hanafi A., Sidek A.A., Norazah M.N dan Afendi H., 2012. Scenario Study Report e-

    Learning Module Module. Higher Education Leadership Academy, Ministry of Higher Education,

    Malaysia. pp. 9-13.

    Grosseck, G. (2009). To use or not to use web 2.0 in higher education? Procedia - Social and Behavioral

    Sciences, 1(1), 478-482.

    Hart, J. (2012). Top 100 Tools for Learning 2012. Centre for Learning & Performance Technologies

    (C4LPT) http://c4lpt.co.uk/top-100-tools-2012/

    Hsu, Y, Yu-hui, C. dan Barbara, L. G. (2014). Web 2.0 Applications and Practices for Learning Through

    Collaboration. Handbook of Research on Educational Communications and Technology. pp. 747-758.

  • Lego C. dan Towner T (2009). Opening facebook: How to use facebook in the college classroom. In I.

    Gibson et al. (Eds.). Proceedings of Society for Information Technology and Teacher Education

    International Conference , pp. 2623-2627. Chesapeake, VA: AACE.

    Margaryan, A., Littlejohn, A., dan Vojt, G. (2011). Are digital natives a myth or reality? University

    students use of digital technologies. Computers & Education, 56(2), 429-440.

    Mohamad, S.N.M., Sazilah, S. dan Norasiken, B. (2014). Lecturers Perceptions and Attitudes Towards

    the Usage of Online Learning at Polytechnic. International Journal of Science Commerce and

    Humanities. 2(1), pp 169-172.

    Salam, S., Siti, N.M.M, Norasiken, B., and Linda., K.M.S., 2013. The Designing of Online Multiple

    Intelligence Tools for Lecturer at Polytechnic. International Journal of Soft Computing & Software

    Engineering (JSCSE). 3(3), pp. 809-815.