PERSEPSI PELAJAR POLITEKNIK TERHADAP KEBERKESANAN … · keberkesanan Modul Soft Skills Latihan...
Transcript of PERSEPSI PELAJAR POLITEKNIK TERHADAP KEBERKESANAN … · keberkesanan Modul Soft Skills Latihan...
PERSEPSI PELAJAR POLITEKNIK TERHADAP
KEBERKESANAN MODUL SOFT SKILLS LATIHAN INDUSTRI
JOSEPHINE A/K MINI
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
u Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda ( PSM ).
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS uuuu
JUDUL PERSEPSI PELAJAR POLITEKNIK TERHADAP KEBERKESANAN MODUL
SOFT SKILLS LATIHAN INDUSTRI
SESI PENGAJIAN : 2010 / 2011 Saya JOSEPHINE A/K MINI
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah) ini disimpan di Perpustakaan Kolej Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran di antara
institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972 ) (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan )
Disahkan oleh:
( TANDATANGAN PENULIS ) ( TANDATANGAN PENYELIA )
CIK RAFEIZAH BT MOHD ZULKIFLI (Nama Penyelia)
Tarikh: 10 Mei 2011
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
Tarikh: 10 Mei 2011
Alamat Tetap: Lot 129, Taman Palma Indah, Lorong 2D, Jalan Matang, 93050 Kuching, Sarawak.
√
TERHAD
TIDAK TERHAD
SULIT
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan
saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan
kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Elektrik).”
Tandatangan :
Nama Penyelia : CIK RAFEIZAH BT MOHD ZULKIFLI
Tarikh : 10 MEI 2011
PERSEPSI PELAJAR POLITEKNIK TERHADAP
KEBERKESANAN MODUL SOFT SKILLS LATIHAN INDUSTRI
JOSEPHINE A/K MINI
Laporan kajian ini dikemukakan sebagai memenuhi
syarat penganugerahan ijazah
Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan
(Kejuruteraan Elektrik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
MEI, 2011
“Saya akui Karya ini adalah hasil kerja saya sendiri
kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya
jelaskan sumbernya.”
Tandatangan :
Nama Penulis : JOSEPHINE A/K MINI
Tarikh : 11 MEI 2011
i
PENGHARGAAN
Bersyukur saya kepada Tuhan kerana dengan kurnia dan keizinannya maka
dapat menyiapkan kertas projek ini. Juga kepada keluarga yang sentiasa memberi
dorongan sama ada dari aspek moral mahupun bantuan kewangan. Dengan berkat
tekun, sabar dan dapat mengharungi segala cabaran dari awal hingga akhir.
Saya ingin memberi penghargaan ikhlas kepada penyelia Projek Sarjana
Muda ini Cik Rafeizah bt Muhd Zulkifli dari Jabatan Pendidikan Teknikal dan
Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia di atas bimbingan,
panduan, tunjuk ajar dan nasihat sepanjang tempoh saya menyiapkan penyelidikan
ini.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada Bahagian Pendidikan Teknik dan
Vokasional, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia kerana telah memberi
kebenaran untuk menjalankan kajian. Terima kasih juga dirakamkan kepada
Pengarah, pensyarah serta pelajar Politeknik yang berkenaan yang telah banyak
membantu dan memberi kerjasama yang terbaik sepanjang proses kajian projek ini
dijalankan.
Rakan-rakan yang banyak memberi komen dan pendapat yang membina.
Akhir sekali, terima kasih ditujukan kepada mereka yang terlibat secara langsung
ataupun tidak langsung dalam menjayakan Projek Sarjana Muda ini.
Sekian, terima kasih.
ii
Abstrak
Graduan yang ideal perlu memiliki bukan sahaja kemahiran teknikal malah
juga kemahiran Soft Skills. Kemahiran Soft Skills merupakan aspek yang selalu
diberi perhatian oleh para majikan. Oleh itu, pembangunan kemahiran Soft Skills kini
menjadi fokus utama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan digunakan oleh bakal
majikan sebagai nilai tambah graduan. Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji
keberkesanan Modul Soft Skills Latihan Industri yang diajar di Politeknik
berdasarkan persepsi pelajar. Kajian ini menggunakan borang soal selidik sebagai
instrumen kajian. Seramai 186 orang pelajar dari Jabatan Elektrik dan Jabatan
Mekanikal dipilih sebagai sampel. Item-item soal selidik yang dibina telah disemak
oleh dua orang pensyarah yang pakar daripada Fakulti Pendidikan, Universiti
Teknologi Malaysia. Tahap kebolehpercayaan (Alpha Cronbach) yang diperolehi
bagi instrumen soal selidik ini adalah 0.931. Data mentah dianalisis menggunakan
perisian SPSS (Statistical Package for the Social Science Version 16) bagi
mendapatkan nilai kekerapan dan peratusan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa
Modul Soft Skills Latihan Industri ini dapat memberikan pelajar pendedahan kepada
alam pekerjaan mengenai tugas di dalam organisasi serta persediaan untuk
menghadapi temuduga. Selain itu, modul ini dapat membina personaliti pelajar yang
positif, kemahiran berkomunikasi serta etika kerja yang baik. Secara keseluruhannya,
dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar-pelajar politeknik berpendapat bahawa
Modul Soft Skills Latihan Industri yang dilaksanakan adalah berkesan.
iii
Abstract
Ideal graduates not only should have technical skills but also Soft Skills. Soft
skills are an aspect that has always given attention by the employers. Therefore,
development of skills Soft Skills has now become the main focus of the Ministry of
Higher Education (KPT) and used by prospective employers as an added value to
graduates. This study aims to examine the effectiveness of the Module of Soft Skills
in Industrial Training that has been taught at the Polytechnic based on students'
perceptions. This study used a questionnaire form as a research instrument. A total of
186 students from the Electrical Department and Mechanical Department were
chosen as the sample. The questionnaire item that was built has been reviewed by
two expert lecturers from the Faculty of Education, University Technology Malaysia.
The level of reliability (Cronbach Alpha) that obtained for this survey instrument is
0931. The raw data were analyzed using SPSS (Statistical Package for the Social
Science Version 16) to obtain the frequency and percentage. The findings indicated
that the Module of Soft Skills in Industrial Training is to give students exposure to
the world of work on the tasks of the organization and preparation for the interview.
In addition, this module is to develop students' positive personality, communication
skills and good work ethic. Overall, the results show that the polytechnic students
think that the Module of Soft Skills in Industrial Training is effectively implemented.
iv
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
PENGHARGAAN
ABSTRAK
ABSTRACT
KANDUNGAN
SENARAI RAJAH
SENARAI JADUAL
SENARAI GRAF
SENARAI LAMPIRAN
i
ii
iii
iv
ix
x
xi
xii
1 PENGENALAN
1.0 Pengenalan
1.1 Latar belakang Masalah
1.2 Penyataan Masalah
1.3 Objektif Kajian
1.4 Persoalan Kajian
1.5 Kepentingan Kajian
1.5.1 Kepentingan Kepada Sumber Manusia
1.5.2 Kepentingan Kepada Sektor Ekonomi Negara
1.5.3 Kepentingan Kepada Pelajar Politeknik
1.5.4 Kepentingan kepada Industri
1.6 Batasan Kajian
1.7 Definisi Istilah
1
1
3
5
6
7
7
8
8
8
9
9
9
v
1.7.1 Keberkesanan
1.7.2 Modul Soft Skills Latihan Industri Politeknik
1.7.3 Soft Skills
1.7.4 Latihan Industri
1.7.5 Persepsi
1.8 Penutup
10
10
11
12
12
13
2 SOROTAN KAJIAN
2.0 Pengenalan
2.1 Teori dan Model Keberkesanan Modul
2.1.1 Model Kirkpatrick
2.1.2 Model CIRO
2.1.3 Model Sistem Bell
2.1.4 Model Penilaian Program Secara Formatif
2.1.5 Model Penilaian Program Secara Sumatif
2.1.6 Kerangka Kajian
2.2 Modul Soft Skills Latihan Industri
2.3 Konsep Soft Skills
2.4 Model Soft Skills
2.4.1 Model Mata Pelajaran Mandiri (Stand Alone
Subject)
2.4.2 Model Terapan (Embedded)
2.4.3 Model Kelompok (Cluster)
2.4.4 Model Teras Kompetensi (Core
Competency)
2.5 Kajian Berkaitan Dari Dalam Dan Luar Negara
2.6 Penutup
14
14
15
15
16
16
18
18
19
20
23
24
24
24
25
26
27
33
3 METHODOLOGI 34
vi
3.0 Pengenalan
3.1 Rekabentuk Kajian
3.2 Populasi dan Sampel Kajian
3.3 Tempat Kajian
3.4 Instrumen Kajian
3.4.1 Bahagian A – Demografi Pelajar
3.4.2 Bahagian B – Kemahiran Soft Skills
3.5 Prosedur Kajian
3.6 Kajian Rintis
3.7 Analisis Data
3.8 Penutup
34
34
35
36
38
39
39
40
41
43
44
4 ANALISIS DATA
4.0 Pengenalan
4.1 Latar Belakang Responden
4.1.1 Taburan Responden mengikut Jantina
4.1.2 Taburan Responden mengikut Umur
4.1.3 Taburan Responden mengikut Bangsa
4.1.4 Taburan Responden mengikut Jabatan
4.2 Analisis Item Kajian Bahagian B
4.2.1 Soalan Kajian 1: Mengenalpasti keupayaan
Modul Soft Skills Latihan Industri dalam
membina personaliti pelajar yang positif.
4.2.2 Soalan Kajian 2: Mengenalpasti keupayaan
Modul Soft Skills Latihan Industri dalam
membentuk kemahiran berkomunikasi
pelajar.
4.2.3 Soalan Kajian 3: Mengenalpasti keupayaan
Modul Soft Skills Latihan Industri dalam
45
45
46
46
47
47
48
48
49
52
54
vii
membentuk amalan etika dan peraturan
kerja pelajar yang baik.
4.2.4 Soalan Kajian 4: Mengenalpasti keupayaan
Modul Soft Skills Latihan Industri dalam
memberi pendedahan kepada alam
pekerjaan kepada pelajar.
4.2.5 Soalan Kajian 5: Mengenalpasti keupayaan
Modul Soft Skills Latihan Industri dalam
membantu pelajar menghasilkan laporan
industri.
4.3 Analisis Keseluruhan
4.4 Kesimpulan
57
59
61
62
5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN RUMUSAN
5.0 Pengenalan
5.1 Perbincangan
5.1.1 Latar Belakang Responden
5.1.2 Persoalan Kajian 1: Modul Soft Skills
Latihan Industri dapat membina personaliti
pelajar yang positif.
5.1.3 Persoalan Kajian 2: Modul Soft Skills
Latihan Industri dapat membentuk
kemahiran berkomunikasi pelajar.
5.1.4 Persoalan Kajian 3: Modul Soft Skills
Latihan Industri dapat membentuk amalan
etika dan peraturan kerja pelajar yang baik.
5.1.5 Persoalan Kajian 4: Modul Soft Skills
Latihan Industri dapat memberi pendedahan
kepada alam pekerjaan kepada pelajar.
63
63
63
64
64
66
68
70
viii
5.1.6 Persoalan Kajian 5: Modul Soft Skills
Latihan Industri dapat membantu pelajar
menghasikan laporan industri.
5.2 Cadangan
5.2.1 Cadangan Kajian
5.2.2 Cadangan Lanjutan
5.3 Rumusan Kajian
72
73
73
74
75
RUJUKAN
LAMPIRAN A
LAMPIRAN B
LAMPIRAN C
LAMPIRAN D
LAMPIRAN E
LAMPIRAN F
LAMPIRAN G
77
84
91
94
96
98
100
103
ix
SENARAI RAJAH
No. Rajah Tajuk Halaman
1.1 Jadual Istilah lain bagi Soft Skills 11
2.1 Model Kirkpatrick 17
2.2 Model CIRO 17
2.3 Model Sistem Bell 17
2.4
2.5
Kerangka Kajian
Model Terapan.
19
25
2.6 Model Kelompok (Cluster) 26
2.7
3.1
Model Teras Kompetensi (Core Competency)
Proses dalam rekabentuk kajian jenis Tinjauan. (Nadirah
et.al.,2010)
27
37
x
SENARAI JADUAL
No. Jadual Tajuk Halaman
2.1 Jadual kompetensi Modul Soft Skills Latihan Industri
Politeknik.
20
3.1
3.2
Jenis Konstruk dan Bilangan Item dalam Soal Selidik.
Pekali Alpha Cronbach
39
42
3.3 Skala Likert 43
4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 46
4.2 Taburan Responden Mengikut Umur 47
4.3 Taburan Responden Mengikut Bangsa 47
4.4 Taburan Responden Mengikut Jabatan 48
4.5 Taburan Mengikut Peratus dan Min Bagi
Persoalan Kajian 1 (N = 186)
49
4.6 Taburan Mengikut Peratus dan Min Bagi
Persoalan Kajian 2 (N = 186)
52
4.7 Taburan Mengikut Peratus dan Min Bagi
Persoalan Kajian 3 (N = 186)
54
4.8 Taburan Mengikut Peratus dan Min Bagi
Persoalan Kajian 4 (N = 186)
57
4.9 Taburan Mengikut Peratus dan Min Bagi
Persoalan Kajian 5 (N = 186)
59
4.10 Analisis Purata Peratus Keseluruhan Persoalan Kajian 61
xi
SENARAI GRAF
No. Graf Tajuk Halaman
4.1 Tahap Min Bagi Setiap Persoalan Kajian. 62
xii
SENARAI LAMPIRAN
Lampiran Tajuk Halaman
A SOAL SELIDIK 84
B SURAT KESAHAN ITEM SOAL SELIDIK 91
C DATA KEBOLEHPERCAYAAN BAGI KAJIAN RINTIS 94
D DATA KEBOLEHPERCAYAAN KAJIAN SEBENAR 96
E JADUAL KREJIE DAN MORGAN 98
F SURAT KEBENARAN KPT 100
G SURAT PERMOHONAN KEPADA PENGARAH POLITEKNIK
103
BAB 1
PENGENALAN
1.0 Pengenalan
Malaysia sebagai sebuah negara membangun menghadapi cabaran besar
dalam penghadapi persaingan abad ke-21. Malaysia berazam untuk menjadi sebuah
negara yang maju dan berdaya saing. Kejayaan ini melibatkan pembangunan modal
insan kelas pertama dan ianya bergantung kepada mutu sistem pendidikan negara.
Oleh itu kerajaan berhasrat untuk menggerakkan satu usaha untuk
mentransformasikan pendidikan negara pada semua peringkat dari pra sekolah
hingga pengajian tinggi (Dato, Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, Pelan
Strategik Pengajian Tinggi Negara Melangkaui tahun 2020).
Sejajar dengan hasrat kerajaan, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah
menggariskan Visi dan Misi yang berdaya saing di peringkat global. Visi KPT adalah
untuk menjadikan Malaysia Pusat Kecemerlangan Pengajian Tinggi menjelang tahun
2020. Manakala, misi KPT adalah untuk membangun dan mewujudkan persekitaran
pengajian tinggi yang menggalakkan ke arah menghasilkan pusat ilmu yang unggul
dan insan yang kompeten, berinovasi serta berakhlak mulia untuk memenuhi
keperluan negara dan antarabangsa (Kementerian Pengajian Tinggi, 2010). Selain
berfungsi sebagai pusat kecemerlangan ilmu, universiti perlu meningkatkan peranan
melahirkan modal insan berbakat besar yang berupaya untuk memenuhi keperluan
2
semasa dan masa hadapan negara. Graduan yang ideal perlu menguasai kemahiran
teknikal, mereka juga memiliki ciri-ciri kemahiran insaniah seperti bijak
berkomunikasi, mahir dalam mengenal pasti dan menyelesaikan masalah.
Elemen Soft Skills telah diterapkan sekian lama dalam mata pelajaran yang
ditawarkan di IPT. Oleh itu, pembangunan kemahiran insaniah graduan kini menjadi
fokus utama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan digunakan oleh bakal majikan
sebagai nilai tambah graduan. Menurut Briggs dan Hodgsm (2000) di antara
kelemahan graduan yang paling ketara ialah kelemahan dalam penguasaan
kemahiran komunikasi. Kemahiran komunikasi ini penting kepada graduan kerana ia
merupakan di antara keperluan kemahiran yang diperlukan oleh pihak majikan
(Ahmad Esa, 2005).
Kearns (2001) menyatakan bahawa Soft Skills ini merupakan aspek yang
perlu dipelajari oleh graduan. Ini kerana, ia merupakan aspek yang selalu diberi
perhatian oleh para majikan. Para majikan menganggap aspek kompetensi
merupakan aspek yang perlu dan harus dimiliki oleh graduan agar menjadi pekerja
yang berketrampilan dan berkeupayaan tinggi serta mampu membawa pembaharuan
kepada diri dan orang di sekeliling. Aspek Soft Skills dilihat sebagai salah satu aspek
penting dalam pengambilan pekerja. Ia dapat dilihat di negara-negara maju seperti
Amerika Syarikat, Australia, United Kingdom dan New Zealand yang memberi
penekanan terhadap Soft Skills dalam kurikulum pendidikan. Pengamal pendidikan
menyatakan bahawa Soft Skills adalah aspek penting dalam melahirkan dan
menyediakan pelajar yang cekap bekerja, berketrampilan dan boleh memberi
sumbangan kepada industri yang diceburi.
Keazaman terhadap pembangunan kemahiran insaniah pelajar inilah telah
menggesa Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk menghasilkan Modul Soft-
Skills Latihan Industri untuk Politeknik. Modul ini adalah berasaskan kepada 5
kompetensi iaitu membina personaliti individu yang positif; kemahiran
berkomunikasi; mengamalkan etika dan peraturan kerja yang baik; pendedahan
3
kepada alam pekerjaan; dan menghasilkan laporan harian latihan industri.
(Kementerian Pengajian Tinggi, 2006).
Bagi melaksanakan Kemahiran Insaniah atau Soft Skills ini di IPT, ianya
memerlukan komitmen yang tinggi daripada tenaga pengajar akademik. Menurut
Ahmad Esa (2005) pelaksanaan Kemahiran Insaniah ini boleh dilaksanakan dengan
baik di universiti kerana kebanyakan pensyarah di Politeknik memberikan respons
yang cukup positif terhadap penerapan Kemahiran Insaniah di kalangan pelajar
Politeknik di Malaysia.
1.1 Latar Belakang Masalah
Datuk Seri Khaled Nordin menyatakan bahawa dengan memiliki ketrampilan
akademik semata-mata masih tidak dapat menjamin seseorang graduan untuk
mendapat pekerjaan akibat daripada persaingan sengit di dunia pasaran kerjaya hari
ini. Kebanyakan majikan bukan sahaja menjadikan pencapaian akademik sebagai
kriteria utama pemilihan, tetapi juga meletakkan penguasaan Soft Skills sebagai
kriteria pemilihan bakal pekerja (The Star, 7 Mac 2010)
Cabaran kecemerlangan IPT kini dikaitkan secara langsung dengan
keupayaan menghasilkan graduan yang menjadi pilihan utama industri, majikan dan
pasaran pekerjaan. Oleh itu, fenomena ini adalah selaras dengan objektif keempat
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) ialah untuk menghasilkan graduan yang
berdaya saing untuk memenuhi keperluan guna tenaga negara dan antarabangsa
dengan sasaran 75% graduan mendapatkan pekerjaan dalam bidang relevan dalam
tempoh enam bulan selepas tamat pengajian (KPT, 2010).
4
Pengangguran di kalangan graduan IPTA di Malaysia merupakan isu yang
dikaitkan dengan prestasi IPTA dan kualiti graduan masa kini. Kajian menunjukkan
bahawa pengangguran dipengaruhi oleh pelbagai faktor, antaranya ialah sikap
memilih pekerjaan serta kegagalan memenuhi tuntutan industri dan pasaran
pekerjaan yang memerlukan kemahiran tertentu contohnya soft skills. (Nurita Juhdi,
2006). Menurut Dato’ Azian Osman pula graduan juga tidak menyediakan diri
dengan menguasai kemahiran komunikasi dalam Bahasa Inggeris dan soft skills
sebagai tarikan kepada majikan untuk memberi peluang pekerjaan kepada mereka
(Dewan Negara, 2009)
Sepanjang tahun 2005, kerajaan telah memperuntukkan RM100 juta
bertujuan memberi latihan secara intensif dalam pelbagai bidang bagi meningkatkan
kebolehpasaran graduan menganggur. Skim Latihan Graduan membangunkan
kurikulum yang memberi penekanan kepada kemahiran bekerja khususnya
kemahiran berkomunikasi, kemahiran menganalisis, keterampilan dan motivasi diri
selain kemahiran Bahasa Inggeris. Pelaksanaan Skim Latihan Graduan membuahkan
kejayaan dengan hampir 80% daripada graduan yang mengikuti Skim Latihan
Graduan telah berjaya mendapatkan pekerjaan walaupun belum menamatkan latihan
sepenuhnya (New Straits Times, 2002). Isu ini menimbulkan kredibiliti IPT dalam
melahirkan graduan yang berketerampilan sehingga memerlukan alternatif lain
seperti Skim Latihan Graduan ini.
Sehubungan dengan itu, wakil Menteri Pengajian Tinggi iaitu Datuk Ong Tee
Keat berkata pelajar harus diajar kemahiran Soft Skills untuk menyediakan mereka
contohnya persediaan pelajar untuk temuduga industri. Beliau menyatakan, pihak
universiti awam menyediakan latihan kemahiran soft skills, namun tidak di
Politeknik dan Kolej Komuniti. Oleh itu kementerian mencadangkan subjek ini
diajarkan di Politeknik pada 2006 (New Straits Times, 2006).
Selain itu, pada 3 Mac 2007, Menteri Kewangan Kedua iaitu Dato Nor
Mohammad Yaakup telah melancarkan Program Perintis yang bertujuan untuk
5
menangani masalah pengangguran. Berdasarkan Majlis Tindakan Ekonomi Negara
(MTEN) 2005, seramai 75000 graduan menganggur dan statistik ini meningkat
kepada 150000 graduan pada hujung tahun 2006. Keadaan ini berlaku bukan kerana
tiada pluang pekerjaan kepada graduan, tetapi adalah kerana pihak majikan yang
mementingkan aspek Soft Skills dalam pemilihan pekerja dan mengakibatkan ramai
graduan diketepikan dalam pemilihan pekerja (Berita Minggu, 2007)
Melalui wawancara akhbar The Star bersama Pengarah Perkhidmatan Sumber
Manusia Deloitte Consulting (M) Sdn. Bhd iaitu Rahmah Ismail, menyatakan
graduan tempatan masih kurang kemahiran soft skills jika dibandingkan dengan
lulusan luar negeri. Punca utama adalah kegagalan adalah semasa temuduga. Namun
perkara ini tidak hanya berlaku di Malaysia sahaja malah juga di negera-negara lain.
Ia merupakan perkara biasa di Negara maju. (The Star, 2009).
1.2 Pernyataan Masalah
Cabaran kecemerlangan IPT kini dikaitkan secara langsung dengan
keupayaan menghasilkan graduan yang menjadi pilihan utama industri, majikan dan
pasaran pekerjaan. Salah satu kemahiran yang diperlukan oleh majikan adalah
kemahiran ‘Soft Skills’. Namun graduan dikatakan tidak mempunyai penampilan diri
yang baik, kurang kemahiran bersosial dan komunikasi serta tidak bermotivasi dan
sukar untuk diterima oleh industri atau majikan. Isu ini timbul berikutan dari
permasalahan graduan yang dilahirkan sukar mencari pekerjaan, sehinggakan dipapar
di akhbar berkenaan graduan yang menganggur kerana tiada pekerjaan dan dikatakan
tidak mempunyai pakej yang membolehkan mereka diterima masuk di bidang
pekerjaan. Ini kerana majikan pada masa kini, tidak lagi menerima graduan yang
cemerlang akademik sahaja tetapi mereka yang mempunyai ‘soft skills’ yang
berkesan seperti berkemampuan untuk berkomunikasi dengan baik dan boleh bekerja
di dalam kumpulan.
6
Sistem pendidikan teknik dan vokasional kini perlu memandang serius
tentang kemahiran ‘soft skills’ dalam kalangan graduan yang dihasilkan. Sistem
pendidikan mestilah mampu melahirkan graduan yang memenuhi kehendak pasaran.
Terdapat modul ‘Soft Skills Latihan Industri’ yang diajar di politeknik sebagai salah
satu usaha Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia untuk mengatasi isu ini dan
menjadi pemangkin kepada pelajar agar lebih berkeyakinan dalam bidang pekerjaan.
Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk melihat keberkesanan modul ‘Soft Skills Latihan
Industri’ tersebut yang telah dijalankan ke atas pelajar-pelajar Politeknik.
1.3 Objektif Kajian
Keberkesanan Modul Soft Skills Latihan Industri dikaji daripada objektif
berikut:
1. Mengenalpasti keupayaan Modul Soft Skills Latihan Industri dalam membina
personaliti pelajar yang positif.
2. Mengenalpasti keupayaan Modul Soft Skills Latihan Industri dalam
membentuk kemahiran berkomunikasi pelajar.
3. Mengenalpasti keupayaan Modul Soft Skills Latihan Industri dalam
membentuk amalan etika dan peraturan kerja pelajar yang baik.
4. Mengenalpasti keupayaan Modul Soft Skills Latihan Industri dalam memberi
pendedahan kepada alam pekerjaan kepada pelajar.
5. Mengenalpasti keupayaan Modul Soft Skills Latihan Industri dalam
membantu pelajar menghasilkan laporan industri.
7
1.4 Persoalan Kajian
Persoalan kajian adalah seperti berikut:
1. Adakah Modul Soft Skills Latihan Industri membina personaliti pelajar yang
positif?
2. Adakah Modul Soft Skills Latihan Industri membentuk kemahiran
berkomunikasi pelajar?
3. Adakah Modul Soft Skills Latihan Industri membentuk amalan etika dan
peraturan kerja pelajar yang baik?
4. Adakah Modul Soft Skills Latihan Industri memberi pendedahan kepada alam
pekerjaan kepada pelajar?
5. Adakah Modul Soft Skills Latihan Industri membantu pelajar menghasikan
laporan industri?
1.5 Kepentingan Kajian
Di sini pengkaji ingin menjelaskan bahawa kajian yang dibuat ini mempunyai
pelbagai kepentingan berdasarkan persoalan yang telah ditimbulkan. Pengkaji
meletakkan harapan yang tinggi semoga hasil kajian yang akan diperolehi nanti akan
memberi faedah yang besar kepada pihak-pihak yang berkenaan terutamanya di
bidang Institusi Pengajian Tinggi. Berikut adalah antara kepentingan yang dirasakan
sesuai oleh pengkaji:
8
1.5.1 Kepentingan kepada Kementerian Sumber Manusia.
Kajian yang dijalankan dapat memberi panduan dalam peningkatan mutu
pendidikan dan latihan dan disesuaikan ke arah memenuhi kehendak pembangunan
negara. Kesesuaian kurikulum boleh dikaji semula berdasarkan pengetahuan
akademik pelatih dan keperluan industri. Selain itu, kajian ini membantu menilai diri
pelajar dalam kemahiran soft skills sebelum memasuki sektor perindustrian.
1.5.2 Kepentingan kepada sektor ekonomi negara.
Sistem penyampaian pendidikan dan latihan akan diperbaiki untuk
memastikan pelajar dilengkapkan dengan kemahiran soft skills yang dikehendaki
oleh industri. Selain itu, ia dapat mewujudkan persefahaman antara pihak industri
dan pihak Pendidikan Teknikal dan Vokasional mengenai kemahiran yang
diperlukan oleh pelajar.
1.5.3 Kepentingan kepada pelajar Politeknik.
Membentuk pelajar dalam memastikan mereka menyedari kepentingan
penguasaan Soft Skills dan sebagai rujukan untuk persediaan diri terhadap kriteria-
kriteria tertentu sebagai pekerja sebelum memasuki sektor industri.
1.5.4 Kepentingan kepada industri
Pihak industri dapat mengetahui tahap penguasaan kemahiran pelajar sebelum
memasuki pasaran industri dan ia memberi pendedahan kepada pihak Pendidikan
Teknikal dan Vokasional tentang kehendak dan keperluan industri masa kini.
9
Melaluinya persefahaman antara pihak industri dan pihak Pendidikan Teknikal dan
Vokasional dapat diwujudkan bagi menghasilkan sumber tenaga manusia yang
bermutu dan berketrampilan.
1.6 Batasan Kajian
Kajian ini terhad kepada kajian keberkesanan Modul Soft Skills Latihan
Industri di salah sebuah Politeknik KPM di selatan semenanjung Malaysia sahaja.
Manakala kajian ini tertumpu kepada pelajar diploma semester akhir daripada
Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Jabatan Kejuruteraan Mekanikal yang telah
menjalani Latihan Industri sahaja. Kemahiran soft skills yang digariskan adalah
seperti yang terdapat di dalam Modul Soft Skills Latihan Industri ini iaitu membina
personaliti individu yang positif, kemahiran berkomunikasi, mengamalkan etika dan
peraturan kerja yang baik, pendedahan kepada alam pekerjaan dan penghasilan
laporan Latihan Industri.
1.7 Definisi Istilah
Dalam kajian ini terdapat beberapa definisi istilah penting yang digunakan
oleh pengkaji bagi menjelaskan sesuatu perkara dengan lebih tepat untuk
mengelakkan daripada berlakunya salah tanggapan terhadap sesuatu istilah.
10
1.7.1 Keberkesanan
Menurut kepada Kamus American Heritage (1993), ‘keberkesanan’
merupakan tahap hasil atau kualiti sesuatu yang dilaksanakan sebagai kebolehan
untuk membawa atau member hasil yang diingini. Manakala, menurut Kamus
Dewan Edisi Keempat (2005), ia ditafsirkan sebagai sesuatu tindakan yang diambil
dapat dilihat daripada hasil yang diperolehi sesudahnya. Khalid (1993) menyatakan
keberkesanan merupakan pencapaian sesuatu matlamat dengan usaha yang minimum.
Dalam penyelidikan ini, ia bermaksud tahap atau hasil pembelajaran Soft Skills yang
diperolehi oleh pelajar dan pengaplikasiannya semasa menjalankan latihan industri.
1.7.2 Modul Soft Skills Latihan Industri Politeknik
Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) menyatakan ‘modul’ sebagai kursus
atau pelajaran yang dapat dilaksanakan secara tersendiri ke arah pencapaian sesuatu
kelayakan atau kemahiran. Dalam konteks kajian ini, modul merupakan
matapelajaran atau salah satu subjek yang diajar di Politeknik. Modul Soft Skills
adalah sebahagian daripada Program Latihan Industri yang menjadi satu komponen
utama dalam system pembelajaran di politeknik. Pelajar yang mengikuti kursus
peringkat sijil akan mengikuti Modul Soft Skills Latihan Industri di semester dua
manakala pelajar diploma di semester tiga. Perlaksanaan Modul Soft Skills Latihan
Industri ini adalah melalui gabungan kaedah perbincangan dalam kumpulan,
pengajaran, lakon peranan dan simulasi. Pelajar melalui proses pengalamian secara
simulasi situasi latihan industry di dalam bilik kuliah. Modul Soft Skills Latihan
Industri ini merupakan syarat wajib sebelum pelajar boleh dianugerahkan Sijil atau
Diploma Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
11
1.7.3 Soft Skills
Secara umumnya tidak terdapat definisi yang tepat bagi terma soft skills.
Walaubagaimanapun, soft skills adalah dikaitkan dengan trait personaliti individu,
bijak berkomunikasi, pandai mendapatkan kenalan, berdaya tahan dan berinovatif.
(Wikipedia. capaian pada 12 Ogos 2010). Terdapat juga istilah-istilah berbeza yang
digunakan di negara-negara lain. Contohnya;
Rajah 1.1: Jadual Istilah lain bagi Soft Skills
United Kingdom Core skills, key skills, common skills
New Zealand Essential skills
AustraliaKey competencies, employability skills,
generic skills
Canada Employability skills
United StatesBasic skills, necessary skills, workplace
know-how
Singapore Critical enabling skills
France Transferable skills
Germany Key qualification
Switzerland Trans-disciplinary goals
Denmark Process independent qualification
Sumber: NCVER (National Centre for Vocational Education Research Australia),
2003. Defining Generic Skills.
Soft Skills atau kemahiran generik merupakan sifat kemanusiaan atau akhlak
seseorang individu. Iaitu kemahiran interpersonal seperti kemampuan
berkomunikasi dengan baik, bekerja dalam pasukan dan sebagainya, ia dinyatakan di
dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (2005). Kajian ini memfokuskan kepada
aspek-aspek soft skills yang telah dipelajari oleh pelajar sebelum menjalani latihan
industri. Antara lain, Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002) menyatakan bahawa
12
kemahiran generik merupakan sesuatu yang umum atau berkaitan dengan ciri-ciri
khusus yang dimiliki oleh sesuatu kelompok atau golongan. Ia merupakan antara
komponen kepada pengendalian pengurusan pembelajaran bestari.
1.7.4 Latihan Industri
Latihan Industri ialah latihan yang dilalui oleh pelajar di organisasi tempat
latihan berkaitan dalam bidang yang dipelajari dalam jangkamasa yang ditetapkan
untuk mendapatkan pengalaman sebenar dengan mempraktikkan apa yang telah
dipelajari (R.Bruce, Mary, 2003). Dalam kajian ini, maksud latihan industri adalah
untuk mendedahkan pelajar kepada alam pekerjaan yang sebenar, teknologi terkini
serta pendedahan kepada amalan spesifik dalam bidang pengkhususan masing-
masing.
1.7.5 Persepsi
Menurut Goldstein (1980) persepsi definisi sebagai kesedaran mengenai
sesuatu daripada persekitaran yang dikenalpasti daripada proses mental yang
berkaitan dengan pemikiran dan ingatan. Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) pula
mentakrifkan persepsi sebagai pertimbangan seseorang individu terhadap sesuatu isu
dengan membuat gambaran atau bayangan dalam hati atau pemikiran. Dalam kajian
ini, persepsi merupakan situasi seseorang individu tertentu untuk menerima atau
menolak sesuatu pandangan atau perkaitan melalui proses pemikiran dalam akal dan
ingatan. Oleh itu, dalam konteks pengkaji ini merujuk kepada sesuatu pandangan
terhadap apa yang telah dilalui oleh pelajar.
13
1.8 Penutup
Bab 1 ini telah membincangkan wujudnya permasalahan dan persoalan yang
telah mencetuskan ilham untuk menjalani kajian ini. Pengkaji ingin mencari
penyelesaian kepada permasalahan yang timbul serta menjadikan kurikulum yang
sedia ada selaras dengan kehendak industri pada masa kini.