PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PENGARUH DALAM · PDF filepersepsi pelajar terhadap pengaruh dalam...

29
PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PENGARUH DALAM KERJA AMALI MATA PELAJARAN VOKASIONAL ( MPV ) DI DUA BUAH SEKOLAH MENENGAH AKADEMIK DI DAERAH KUALA SELANGOR RADZIAH BINTI ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Transcript of PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PENGARUH DALAM · PDF filepersepsi pelajar terhadap pengaruh dalam...

Page 1: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PENGARUH DALAM · PDF filepersepsi pelajar terhadap pengaruh dalam kerja amali mata pelajaran vokasional ( mpv ) di dua buah sekolah menengah akademik di

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PENGARUH DALAM KERJA AMALI

MATA PELAJARAN VOKASIONAL ( MPV ) DI DUA BUAH SEKOLAH

MENENGAH AKADEMIK DI DAERAH KUALA SELANGOR

RADZIAH BINTI ISMAIL

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PENGARUH DALAM · PDF filepersepsi pelajar terhadap pengaruh dalam kerja amali mata pelajaran vokasional ( mpv ) di dua buah sekolah menengah akademik di
Page 3: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PENGARUH DALAM · PDF filepersepsi pelajar terhadap pengaruh dalam kerja amali mata pelajaran vokasional ( mpv ) di dua buah sekolah menengah akademik di
Page 4: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PENGARUH DALAM · PDF filepersepsi pelajar terhadap pengaruh dalam kerja amali mata pelajaran vokasional ( mpv ) di dua buah sekolah menengah akademik di

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PENGARUH DALAM KERJA AMALI

MATA PELAJARAN VOKASIONAL ( MPV ) DI DUA BUAH SEKOLAH

MENENGAH AKADEMIK DI DAERAH KUALA SELANGOR

RADZIAH BINTI ISMAIL

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan ( Kemahiran Hidup )

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

FEBRUARI 2004

Page 5: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PENGARUH DALAM · PDF filepersepsi pelajar terhadap pengaruh dalam kerja amali mata pelajaran vokasional ( mpv ) di dua buah sekolah menengah akademik di
Page 6: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PENGARUH DALAM · PDF filepersepsi pelajar terhadap pengaruh dalam kerja amali mata pelajaran vokasional ( mpv ) di dua buah sekolah menengah akademik di

iii

DEDIKASI

Sekalung Ucapan Untuk:

Ayahanda dan Bonda yang dikasihi Kedua Mertua yang disayangi

Serta seisi keluarga Doa dan restu kalian menjadi sumber inspirasi buatku

Suami yang tercinta

Mohd.Fuad bin Nordin Dorongan serta pengorbanamu menjadi sumber kecekalanku untuk tabah

Mengharung lautan nan penuh cabaran

Buat anak-anak pengikat kasih Mohd.Farizuan Mohd.Fadzilah

Mohd.Faeez Muhammad Ferdaus

Keriangan kalian menjadi penyambung cita-citaku

Ya Allah, Berkatilah usahaku selama ini

Ku pohon rahmat Mu Syukur atas segala yang Kau limpahkan

Kepada ku …..Amin…..

Page 7: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PENGARUH DALAM · PDF filepersepsi pelajar terhadap pengaruh dalam kerja amali mata pelajaran vokasional ( mpv ) di dua buah sekolah menengah akademik di

iv

PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihi

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya maka dapat pengkaji

menyempurnakan Projek Sarjana Muda ini. Dikesempatan ini, pengkaji ingin

merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Dr.Yahya

bin Buntat selaku pensyarah pembimbing di atas bimbingan, nasihat dan tunjukajar

sepanjang tempoh kajian ini dijalankan. Pengkaji juga amat menghargai kesabaran,

kerjasama dan tumpuan yang telah diberikan oleh beliau sehingga terhasilnya kajian

ini. Sesungguhnya banyak ilmu telah diperolehi hasil daripada bimbingan beliau.

Ucapan penghargaan ini juga ditujukan kepada Jabatan Pendidikan Negeri

Selangor , Pengetua-pengetua, guru-guru dan pelajar-pelajar yang terlibat dalam

program MPV yang telah sudi memberikan kerjasama sepenuhnya dalam usaha

pengkaji menjalankan kajian di sekolah mereka.

Juga ucapan ditujukan kepada semua rakan seperjuangan yang banyak

membantu memberi pendapat dan pandangan yang membina. Akhir sekali

penghargaan ini juga turut diabadikan untuk mereka yang terlibat secara langsung

atau tidak langsung dalam menjayakan kajian ini.

WASSALAM

Page 8: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PENGARUH DALAM · PDF filepersepsi pelajar terhadap pengaruh dalam kerja amali mata pelajaran vokasional ( mpv ) di dua buah sekolah menengah akademik di

ABSTRAK

Amali Mata Pelajaran Vokasional penting untuk memberi pendedahan kepada

pelajar mengenai topik yang diajar. Kajian diskreptif ini bertujuan untuk mengetahui

persepsi pelajar terhadap kerja amali Mata Pelajaran Vokasional (MPV). Persoalan

kajian adalah (1) Apakah tanggapan pelajar terhadap pengaruh minat dalam kerja

amali Mata Pelajaran Vokasional, (2) Apakah tanggapan pelajar terhadap pengaruh

persekitaran dalam kerja amali Mata Pelajaran Vokasional dan (3) Apakah tanggapan

pelajar terhadap pengaruh latar belakang pelajar dalam kerja amali Mata Pelajaan

Vokasional. Enam puluh empat orang responden diambil sebagai sampel dari dua

buah sekolah menengah di daerah Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan. Dapatan

kajian dianalisa dalam statistik kekerapan dan peratus. Hasil analisis menunjukkan

bahawa pelajar-pelajar mempunyai tanggapan yang positif kepada ketiga-tiga

persoalan kajian iaitu pengaruh minat, pengaruh persekitaran dan pengaruh latar

belakang pelajar dalam kerja amali Mata Pelajaran Vokasional. Enam cadangan

kajian dikemukakan bagi meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran ini.

Page 9: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PENGARUH DALAM · PDF filepersepsi pelajar terhadap pengaruh dalam kerja amali mata pelajaran vokasional ( mpv ) di dua buah sekolah menengah akademik di

vi

ABSTRACT

Practical work in Vokasional Subject is very important to give an exposure

to the students’ perception towards practical in Mata Pelajaran Vokasional (MPV).

This descriptive investigation was meant to find outs students’ perceptons towards

the practical work in this subject. The three aspects of this project are ; (1) What is

the students’ perception and interest about the practical work of Vokasional Subject

(MPV), (2) What is the students’ perception of the influence of environment in

practical of Vokasional Subject ( MPV ) and (3) What is the student’s perception

an the influence of their parents in the practical work of Vokasional Subject ( MPV ).

64 respondent from two secondary schools in Kuala Selangor as the sampel for the

research. The finding of the research were analyzed and presented in mode and

percentage. The result of the analysis indicated that student’s have given positive

perception towards the three research questionaire. Six suggestions were given to

increase the student’s performance in the practical of work for the Vokasional

Subject.

Page 10: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PENGARUH DALAM · PDF filepersepsi pelajar terhadap pengaruh dalam kerja amali mata pelajaran vokasional ( mpv ) di dua buah sekolah menengah akademik di

vii

ISI KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA HALAMAN JUDUL i PENGAKUAN ii DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI SINGKATAN xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

BAB 1 PENGENALAN 1 1.1 Pendahuluan 1 1.2 Latar belakang Masalah 4 1.3 Pernyataan Masalah 10 1.4 Objektif Kajian 11

Page 11: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PENGARUH DALAM · PDF filepersepsi pelajar terhadap pengaruh dalam kerja amali mata pelajaran vokasional ( mpv ) di dua buah sekolah menengah akademik di

viii

1.5 Persoalan Kajian 11 1.6 Rasional Kajian 12 1.7 Kepentingan Kajian 12 1.8 Skop Kajian 14 1.9 Terminologi Dalam Kajian 14

1.9.1 Persepsi 14 1.9.2 Mata Pelajaran Vokasional 15 1.9.3 Pelajar 16 1.9.4 Sekolah Menengah Akademik 17 1.9.5 Pengaruh 17 1.9.6 Keluarga 17

BAB II SOROTAN KAJIAN 18 2.1 Pengenalan 18 2.2 Program MPV 19

2.2.1 Objektif Program MPV 20

2.2.2 Penawaran dan Pelaksanaan Program MPV 20

2.2.3 Perihal Dan Status Program 21

2.2.4 Bahan-bahan Kurikulum 22

2.3 Pengaruh Minat Terhadap Pembelajaran MPV 28

2.4 Pengaruh Persekitaran Sekolah 29 2.5 Pengaruh Ibubapa 31

2.6 Ringkasan 32

Page 12: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PENGARUH DALAM · PDF filepersepsi pelajar terhadap pengaruh dalam kerja amali mata pelajaran vokasional ( mpv ) di dua buah sekolah menengah akademik di

ix

BAB III METODOLOGI KAJIAN 34 3.1 Pengenalan 34 3.2 Rekabentuk Kajian 34 3.3 Populasi Kajian 35 3.4 Persampelan Kajian 35 3.5 Tempat Kajian 36 3.6 Instrumen Kajian 37 3.7 Kaedah Menjalankan Kajian 38 3.8 Kaedah Analisis Data 40 3.9 Kajian Rintis 41

BAB IV ANALISIS DATA 43

4.1 Pengenalan 43

4.2 Profil Responden 44

4.2.1 Analisis Data Latar Belakang Responden 44

4.3 Analisis Data Persoalan Kajian 1 48

4.4 Analisis Data Persoalan Kajian 2 54

4.5 Analisis Data Persoalan Kajian 3 60

4.6 Kesimpulan 65

Page 13: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PENGARUH DALAM · PDF filepersepsi pelajar terhadap pengaruh dalam kerja amali mata pelajaran vokasional ( mpv ) di dua buah sekolah menengah akademik di

x

BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 67

5.1 Pendahuluan 67

5.2 Rumusan 67

5.3 Perbincangan 71

5.3.1 Bahagian A: Latar Belakang Responden 72

5.3.1.1 Responden Mengikut Sekolah 72

5.3.1.2 Responden Mengikut Bangsa 72

5.3.1.3 Responden Mengikut Jantina 73 5.3.1.4 Responden Mengikut

Keputusan KH dalam PMR 73

5.3.2 Bahagian B: Persoalan Kajian 74

5.3.2.1 Persoalan Kajian 1 74

5.3.2.2 Persoalan Kajian 2 75

5.3.2.3 Persoalan Kajian 3 78

5.4 Cadangan 79

5.4.1 Cadangan Kepada Pihak Pelajar 80 5.4.2 Cadangan Kepada Pihak Keluarga 80 5.4.3 Cadangan Kepada Pihak Sekolah 81 5.4.4 Cadangan Kepada Pejabat Pendidikan Daerah 81 5.4.5 Cadangan Kepada Pihak Swasta 82 5.4.6 Cadangan Kepada Pihak Guru 82

5.5 Saranan Kajian Lanjutan 83

5.6 Penutup 84

Page 14: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PENGARUH DALAM · PDF filepersepsi pelajar terhadap pengaruh dalam kerja amali mata pelajaran vokasional ( mpv ) di dua buah sekolah menengah akademik di

xi

SENARAI DOKUMEN RUJUKAN 86

LAMPIRAN A - E 89

Page 15: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PENGARUH DALAM · PDF filepersepsi pelajar terhadap pengaruh dalam kerja amali mata pelajaran vokasional ( mpv ) di dua buah sekolah menengah akademik di

xii

SENARAI JADUAL

NO.JADUAL TAJUK MUKASURAT 2.1 Senarai MataPelajaran Vokasional Dan Cadangan Tahun

Perlaksanaan ( Tahun 2002 – 2005 ) 23

2.2 Senarai Sekolah Yang Menawarkan Mata Pelajaran

Vokasional ( MPV ) Di Sekolah Menengah Akademik Bagi Perlaksanaan Tahun 2002 Bagi Negeri Selangor 24

2.3 Senarai Sekolah Yang Menawarkan Mata Pelajaran

Vokasional ( MPV ) Di Sekolah Menengah Akademik Bagi Perlaksanaan Tahun 2003 Bagi Negeri Selangor 25

2.4 Senarai Sekolah Yang Menawarkan Mata Pelajaran

Vokasional ( MPV ) Di Sekolah Menengah Akademik Bagi perlaksanaan Tahun 2004 Bagi Negeri Selangor 26

3.1 Jumlah Populasi Mengikut Sekolah 36

3.2 Senarai Soalan Dalam Borang Soal Selidik Bahagian B 37

3.3 Skala Likert 38 3.4 Julat Persetujuan 41 4.1 Taburan Responden Mengikut Sekolah 44 4.2 Taburan Responden Mengikut Bangsa 45 4.3 Taburan Responden Mengikut Jantina 45 4.4 Taburan Responden Mengikut Kelulusan KH Dalam PMR 46 4.5 Taburan Responden Mengikut Komponen KH Yang Diminati 47 4.6 Taburan Responden Mengikut Pekerjaan Keluarga 47

Page 16: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PENGARUH DALAM · PDF filepersepsi pelajar terhadap pengaruh dalam kerja amali mata pelajaran vokasional ( mpv ) di dua buah sekolah menengah akademik di

xiii

4.7 Analisis Terhadap Pengaruh Minat Dalam Kerja Amali MPV 51 4.8 Taburan Responden Mengikut Sekolah dan Matapelajaran Terhadap Pengaruh Minat Dalam Kerja Amali MPV 54 4.9 Analisis Terhadap Pengaruh Persekitaran Dalam Kerja Amali

MPV 57

4.10 Taburan Responden MengikutSekolah dan Mata pelajaran

Terhadap Pengaruh Persekitaran Dalam Kerja Amali MPV. 59 4.11 Analisis Terhadap Pengaruh Latar Belakang Pelajar Dalam

Kerja Amali MPV 62

4.11 Taburan Responden Mengikut Sekolah dan Mata Pelajaran

Terhadap Pengaruh IbuBapa dan Keluarga Dalam Kerja Amali MPV65.

4.12 Persepsi Pelajar Terhadap Pengaruh Dalam Kerja Amali

Mata Pelajaran MPV 66

Page 17: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PENGARUH DALAM · PDF filepersepsi pelajar terhadap pengaruh dalam kerja amali mata pelajaran vokasional ( mpv ) di dua buah sekolah menengah akademik di

xiv

SENARAI SINGKATAN

KPM Kementerian pendidikan Malaysia PPK Pusat Perkembangan Kurikulum KHB Kemahiran Hidup Bersepadu SKK Sekolah Ke Kerjaya MPV Mata Pelajaran Vokasional LTK Latihan Tempat Kerja JPN Jabatan Pendidikan Negeri PMR Peperiksaan Menengah Rendah

Page 18: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PENGARUH DALAM · PDF filepersepsi pelajar terhadap pengaruh dalam kerja amali mata pelajaran vokasional ( mpv ) di dua buah sekolah menengah akademik di

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKASURAT A Borang Soal Selidik 90 B Dapatan Kajian Rintis 100 C Surat Kebenaran Menjalankan

Penyelidikan Kem Pendidikan Malaysia 111 D Surat Kebenaran Menjalankan

Penyelidikan Jabatan Pendidikan

Negeri Selangor 114

E Pengesahan Pusat Pengajian 117

Page 19: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PENGARUH DALAM · PDF filepersepsi pelajar terhadap pengaruh dalam kerja amali mata pelajaran vokasional ( mpv ) di dua buah sekolah menengah akademik di

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Dekad ini, kemajuan dan pembangunan sesebuah masyarakat dan negara

adalah sangat bergantung kepada perkembangan teknologi dan industri. Justeru itu,

adalah sangat perlu sistem pendidikan yang ada dibentuk selari dengan perkembangan

teknologi pada masa kini bagi mencapai wawasan 2020 untuk menjadikan Malaysia

sebuah negara perindustrian. Ianya telah disarankan oleh Perdana Menteri

Malaysia,Tun Dr. Mahathir Bin Mohammad pada tahun 1990. Konsep ini meletakkan

matlamat negara maju berteraskan perindustrian tinggi yang hendak dicapai oleh

negara Malaysia dalam tempoh 30 tahun.

Malaysia telah mula mengalami perkembangan perindustrian dan memerlukan

gunatenaga mahir untuk perkembangan ekonomi. Perindustrian yang semakin rumit,

perkembangan dan pertukaran teknologi yang pesat dan persaingan antarabangsa

memerlukan tenaga kerja yang berkemahiran, berpelajaran dan terlatih untuk

menjalankan kerjanya dengan lebih berkesan. Kekurangan kemahiran boleh menjadi

penghalang besar terhadap pengeluaran dan pertumbuhan ekonomi. Untuk mencapai

hasrat dan cita-cita ini, kerajaan memperuntukkan berjuta-juta ringgit setiap tahun di

dalam sektor pendidikan.

Page 20: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PENGARUH DALAM · PDF filepersepsi pelajar terhadap pengaruh dalam kerja amali mata pelajaran vokasional ( mpv ) di dua buah sekolah menengah akademik di

2

Sekolah vokasional dengan rancangannya yang mengabungkan pendidikan dan

latihan adalah sebaik-baik dan semurah-murah cara bagi memenuhi keperluan

pekerjaan tertentu dalam negara di samping memberikan peluang untuk memperbaiki

kedudukan dalam industri pada masa akan datang. Walaupun disedari bahawa

peranan pendidikan vokasional mempunyai tugas penting dalam kemajuan ekonomi

negara kita dan ada petanda baik dan menggalakkan, namun begitu sikap dan

tanggapan negatif terhadap pendidikan vokasional masih juga terdapat di kalangan

masyarakat kita.

Bagi merealisasikan wawasan 2020 itu, maka sistem pentadbiran di Malaysia

turut mengalami pelbagai perubahan yang berlaku. Pendidikan Teknik dan

Vokasional juga mengalami paradigma yang akan merealisasikan wawasan tersebut

bagi menjadikan Malaysia sebuah negara perindustrian sekali gus negara maju. Pada

23 Jun 1999, Mesyuarat Jemaah Menteri telah meluluskan penawaran mata pelajaran

Teknologi Industri berdasarkan memorandum bertajuk “Perluasan Program Teknikal

Dan Vokasional” yang dikemukakan oleh Menteri Pendidikan. Memorandum ini

bertujuan bagi memenuhi permintaan terhadap tenaga pekerja teknikal dan vokasional

akibat dari kepesatan ekonomi negara. Kementerian Pendidikan Malaysia telah

memperkenalkan Mata Pelajaran Vokasional di sekolah menengah akademik. Ia

adalah merupakan satu program yang menjadi kesinambungan kepada mata pelajaran

teknikal di sekolah akademik iaitu mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu.

Menurut Jayagree ( 1992 ), terdapat sungutan pihak industri berhubung dengan

kekurangan pekerja mahir dan separa mahir adalah satu masalah besar negara kita.

Ramai pelajar yang telah tamat persekolahan mereka tidak berminat bekerja dengan

sektor industri kerana mereka tidak mempunyai kemahiran.

Kementerian Pendidikan Malaysia memainkan peranan penting dalam

memperkembangkan Pendidikan Teknik dan Vokasional agar ianya dapat membantu

Malaysia merealiasasikan hasrat wawasan 2020 yang bermatlamatkan seperti berikut:

Page 21: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PENGARUH DALAM · PDF filepersepsi pelajar terhadap pengaruh dalam kerja amali mata pelajaran vokasional ( mpv ) di dua buah sekolah menengah akademik di

3

1. Membantu negara dalam proses pembangunan dan pemodenan industri

melalui program pendidikan Teknik dan Vokasional yang mengeluarkan

tenaga manusia terlatih serta berpengetahuan teknikal.

2. Menyediakan pendedahan asas bagi membolehkan pelajar melanjutkan

pelajaran dalam bidang teknologi.

3. Memperkembangkan minat dikalangan pelajar dalam bidang sains dan

teknologi.

4. Memperkembangkan sikap bekerja yang positif , bertanggungjawab dan

berdisiplin dikalangan pelajar.

Objektif Mata Pelajaran Vokasional adalah untuk memberi pengetahuan dan

kemahiran lanjutan berhubung kerja-kerja ketukangan dan teknologi yang terlibat

seperti pendawaian elektrik, pemasangan paip, membuat perabot dan sebagainya.

Pengetahuan dan kemahiran ini dapat membantu pelajar dalam mendapatkan

pekerjaan yang sesuai dengan kemahiran yang diperolehi dan juga suatu usaha

memupuk minat kepada pelajar untuk memulakan pekerjaan sendiri secara kecil-

kecilan . Mata pelajaran ini juga akan memberikan peluang kepada pelajar yang

betul-betul berminat meneruskan latihan sehingga ke peringkat yang lebih tinggi.

Ini selaras dengan hasrat untuk menyusun semula masyarakat yang progresif

dan berorientasikan sains dan teknologi seperti termaktub dalam Rukun Negara dan

Falsafah Pendidikan Negara yang telah dinyatakan oleh Ketua Pengarah Pendidikan

Datuk Dr. Wan Mohd Zahid ( Berita Minggu , 1990 ) yang mana pelajar seharusnya

diberi peluang yang sama rata mengikuti kursus pendidikan yang mempunyai semua

unsur teknologi dan keusahawanan. Ianya selaras dengan pendapat yang menyatakan

wujudnya kombinasi dunia pekerjaan dengan pendidikan di sekolah adalah perlu

( Fatimah Hamid Don, 1984 ).

Program Mata Pelajaran Vokasional merupakan sekumpulan mata pelajaran

berteraskan kemahiran yang ditawarkan di sekolah menengah akademik pada

Page 22: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PENGARUH DALAM · PDF filepersepsi pelajar terhadap pengaruh dalam kerja amali mata pelajaran vokasional ( mpv ) di dua buah sekolah menengah akademik di

4

peringkat tingkatan empat dan lima. Program ini menawarkan 22 mata pelajaran yang

dikelompokkan dalam lima bidang usaha iaitu binaan, pembuatan, teknotani, ekonomi

rumah tangga dan aplikasi komputer. Penawaran pelbagai mata pelajaran ini

dirancang berperingkat-peringkat mulai tahun 2002 hingga tahun 2005. Bagi fasa 1,

lapan mata pelajaran ditawarkan mulai tahun 2002 iaitu :

- Pembinaan Domestik

- Membuat Perabot

- Seni Reka Tanda

- Menservis Peralatan Elaktrik Domestik

- Rekaan dan Jahitan Pakaian

- Katering dan Penyajian

- Landskap dan Nurseri

- Tanaman Makanan

Mata Pelajaran Vokasional ( MPV ) adalah asas kepada perkembangan

perindustrian , maka kajian ini adalah bertujuan untuk mengetahui persepsi pelajar

terhadap pengaruh dalam kerja amali MPV di Sekolah Menengah Akademik.

1.2 Latar Belakang Masalah

Demi untuk mencapai matlamat menjadikan Malaysia sebuah negara yang

maju menjelang tahun 2020, maka adalah perlu mempertingkatkan lagi mutu

pendidikan yang sedia ada di Malaysia khususnya pendidikan vokasional. Pendidikan

vokasional yang dirancang oleh kerajaan adalah bertujuan untuk mendidik dan

memberi latihan dari segi kemahiran, akademik, amali di samping kehendak rohani

Page 23: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PENGARUH DALAM · PDF filepersepsi pelajar terhadap pengaruh dalam kerja amali mata pelajaran vokasional ( mpv ) di dua buah sekolah menengah akademik di

5

dan jasmani.

Program Sekolah Ke Kerjaya ( SKK ) yang mula dilaksanakan pada tahun

1998 dengan tujuan untuk meluaskan peluang belajar kepada pelajar-pelajr lemah

disamping memperolehi pengetahuan dan kemahiran bolehguna melalui pengalaman

di tempat kerja kini telah digantikan dengan program lain.

Langkah KPM menggantikan program SKK ini adalah kerana ketiadaan

sukatan pelajaran yang menyebabkan Latihan Tempat Kerja ( LTK ) yang diikuti oleh

pelajar adalah di luar kawalan sekolah. Melalui LTK ini, pelajar-pelajar bebas

mengikuti sebarang bentuk latihan yang disediakan oleh pihak industri kerana mereka

tidak dibekalkan dengan kemahiran semasa di sekolah. Disamping itu ketiadaan

penilaian terhadap latihan yang diikuti oleh pelajar semasa menjalani LTK

menyukarkan pihak sekolah untuk mengetahui sejauhmana pelajar memperolehi

kemahiran semasa menjalani LTK. Oleh itu hanya pihak industri yang terlibat sahaja

yang mengetahui sejauhmana kemahiran yang dimiliki oleh pelajar berkenaan. Ini

menyukarkn pelajar untuk mendapatkan pekerjaan daripada majikan yang lain apabila

mereka tamat mengikuti program ini.

Bagi meneruskan pendidikan vokasional di sekolah akademik di peringkat

menengah atas dan membuka peluang yang lebih baik kepada pelajar yang lemah,

KPM telah menggantikan program SKK kepada program MPV. Matlamat program

MPV adalah untuk melahirkan pelajar berkemahiran dalam bidang usaha yang relevan

dan bermakna bagi membolehkan mereka mendapatkan pekerjaan, memulakan

perniagaan atau meneruskan latihan di peringkat yang lebih tinggi. Program ini

bukan sahaja disasarkan kepada kumpulan pelajar yang lemah tetapi juga yang

mempunyai pencapaian sederhana rendah dalam PMR.

Page 24: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PENGARUH DALAM · PDF filepersepsi pelajar terhadap pengaruh dalam kerja amali mata pelajaran vokasional ( mpv ) di dua buah sekolah menengah akademik di

6

Menurut Ainon Abdullah ( 1994 ) dalam keadaan sekarang, sistem pendidikan

negara kita memberikan pelbagai maklumat kepada pelajar. Belajar bererti menerima

dan menyimpan maklumat tersebut untuk dikeluarkan semula dalam dewan

peperiksaan. Kegiatan belajar di dalam sistem sekarang adalah kegiatan pasif dan

reaktif. Kementerian Pendidikan Malaysia kini telah memperkenalkan Mata Pelajaran

Vokasional di sekolah menengah akademik bagi memastikan pelajar akan menjalani

satu proses pembelajaran yang lebih aktif dan proaktif.

Mata pelajaran ini adalah lanjutan dan peluasan kepada mata pelajaran

Kemahiran Hidup Bersepadu di sekolah menengah rendah. Penggubalan mata

pelajaran ini adalah berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang

dirancang bagi mencapai matlamat ke arah mempertingkatkan produktiviti negara

dengan membekalkan tenaga mahir yang berpengetahuan dalam bidang MPV.

Penawaran mata pelajaran ini merupakan sebahagian usaha Kementerian Pendidikan

Malaysia untuk memperluaskan pendidikan teknikal dan vokasional di sekolah

akademik. Persediaan awal ini adalah untuk memenuhi keperluan permintaan tenaga

pekerja mahir dan separa mahir dalam pelbagai bidang industri yang semakin

meningkat seperti pembinaan bangunan , automatif, elektrik elektronik, perabot,

komputer dan multimedia, penghasilan makanan, perkhidmatan hospitaliti, perikanan

dan haiwan, perlandskapan, tekstil dan pakaian, hiasan dalaman dan perkhidmatan

penjagaan.

Dalam kurikulum MPV tumpuan diberi kepada kemahiran dalam kerja amali.

Penerapan nilai murni, sikap positif dan budaya kerja yang baik turut disepadukan

dalam mata pelajaran ini.

Memberikan pelajaran kemahiran asas membolehkan mereka bertindak dan

mengendalikan hidup secara produktif dalam dunia teknologi dan pandangan yang

kompleks dan sentiasa berubah ( Shahril Marzuki 1991 ). Objektif mata pelajaran ini

telah diterangkan dengan jelas dalam buku Sukatan Pelajaran Sekolah Menengah

Page 25: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PENGARUH DALAM · PDF filepersepsi pelajar terhadap pengaruh dalam kerja amali mata pelajaran vokasional ( mpv ) di dua buah sekolah menengah akademik di

7

Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 , MPV yang telah disediakan oleh Pusat Perkembangan

Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia . Antara objektif-objektif tersebut

adalah untuk membolehkan pelajar :-

1. Membuat latihan amali mengikut modul yang disediakan.

2. Melakar dan mentafsitr

3. Mengenal pasti dan menyediakan bahan kerja.

4. Menggunakan dan menyenggara alatan dan mesin kerja

5. Membuat kerja kemasan

6. Membuat anggaran kos.

7. Mengamalkan peraturan keselamatan dan etika kerja.

8. Menyediakan rancangan perniagaan yang mudah dan berkomunikasi dengan

berkesan.

Antara objektif-objektif program MPV adalah : ( Pusat Perkembangan

Kurikulum , Mei 2003 )

• Memberi peluang yang luas kepada pelajar memilih matapelajaran

mengikut minat dan bakat mereka.

• Membekalkan kemahiran vokasional terutamanya kepada pelajar

yang cenderung dalam ketukangan tangan.

• Memperluaskan pendidikan teknikal dan vokasional di sekolah

menengah akademik.

• Sebagai persediaan awal bagi memenuhi keperluan tenaga mahir dan

separa mahir dalam perindustrian Negara.

Daripada objektif tersebut, kejayaan atau kegagalan sesuatu kurikulum yang

diperkenalkan tidaklah bergantung kepada pihak kementerian sahaja, pelbagai pihak

mempunyai peranan masing-masing termasuklah guru, pelajar, ibubapa dan

masyarakat.

Page 26: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PENGARUH DALAM · PDF filepersepsi pelajar terhadap pengaruh dalam kerja amali mata pelajaran vokasional ( mpv ) di dua buah sekolah menengah akademik di

8

Bagi menentukan kejayaan sesuatu kerja amali, pelajar merupakan elemen

terpenting sekali, yang mana penilaian kejayaan sesuatu pengajaran dibuat ke atas

sejauh mana berlakunya perubahan tingkah laku terhadap pelajar. ( Newable D

Cannon 1989 ) memperkatakan pengajaran menggunakan strategi projek memberi

kesan yang mendalam kepada pelajar dalam memahami sesuatu pembelajaran kerana

kerja-kerja praktikal dan amali ialah komponen penting dalam pembelajaran yang

berteraskan sains dan teknologi.

Minat pelajar terhadap kerja amali merupakan faktor penting dalam

menentukan kejayaan pembelajaran mata pelajaran vokasional. Ini kerana minat dan

kecenderungan manusia memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi

pencapaian pembelajaran seseorang. ( Abu Zahari Abu Bakar, 1988 ). Minat yang

telah dibangkitkan dalam sesuatu bidang mata pelajaran mungkin dapat membuat

pelajar terus berfikir dalam lapangan itu sehinggalah dia menguasai mata pelajaran

tersebut. ( Crow & Crow 1980 ).

Pengaruh persekitaran juga turut memainkan peranan dalam menentukan

kejayaan sesuatu pembelajaran yang bercorak kerja amali disamping kurikulum itu

sendiri. Diantara pengaruh persekitaran yang paling hampir dengan pelajar adalah

guru-guru, rakan-rakan serta keadaan fizikal sesebuah bengkel bagi kerja amali.

Pendidikan guru berhubung rapat dengan keadaan sesuatu masyarakat. Ia akan

turut berubah apabila timbulnya perubahan dalam masyarakat. Guru merupakan orang

terpenting dalam membentuk dan mencorakkan sikap pelajar. Sikap dan nilai-nilai

positif perlu ditunjukkan oleh seorang guru dalam proses pembelajaran dan

pengajaran. Ini akan mewujudkan minat seseorang pelajar dalam pembelajaran.

Menurut Ismail Adnan ( 1989 ) seseorang guru biarpun telah mempunyai latihan dan

kelayakan yang cukup dari mana-mana maktab atau institusi, namun ia tidak dapat,

sekiranya belum lengkap mewujudkan sebarang perubahan dalam dirinya untuk terus

berfungsi dengan membentuk sikap dan minat pelajar terhadap mata pelajaran yang

Page 27: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PENGARUH DALAM · PDF filepersepsi pelajar terhadap pengaruh dalam kerja amali mata pelajaran vokasional ( mpv ) di dua buah sekolah menengah akademik di

9

diajarnya. Pulling and Young ( 1982 ) merumuskan bahawa peranan guru adalah

luas, termasuk sebagai pembimbing dan pemimpin dalam masyarakat adalah cukup

berkesan dalam sistem pendidikan semasa.

Bagi memastikan program MPV ini mencapai matlamatnya, adalah penting

untuk memastikan bahawa sekolah yang terlibat mempunyai kemudahan fizikal yang

menjurus kearah keselesaan pelajar bagi melakukan kerja amali MPV. Kemudahan

dan alat kelengkapan yang sesuai seperti kemudahan bengkel, pembekalan perabot,

mesin dan peralatan yang sesuai dengan keperluan mata pelajaran ini akan

membolehkan pelajar-pelajar menjalankan kerja amali dengan selesa dan selamat.

Oleh itu kemudahan dan alat kelengkapan adalah penting kerana seandainya ia tidak

dapat disediakan dengan lengkap, maka matlamat untuk memberikan kemahiran

kepada pelajar tidak akan tercapai..

Rakan-rakan sealiran juga penting bagi membentuk satu kumpulan yang dapat

menjalankan program MPV dengan jayanya. Walaupun mereka dikumpulkan dalam

kelompok pelajar-pelajar yang mendapat keputusan yang lemah dan sederhana,

namun kerjasama dalam mengendalikan program MPV ini amat diperlukan. Program

ini cuba memenuhi kehendak pelbagai pihak seperti pelajar, ibubapa, guru, sekolah

dan pihak industri. Penerimaan dalam mata pelajaran akademik agak menyukarkan

mereka, namun program MPV ini dijangka dapat memberikan mereka perubahan dari

segi pengetahuan dan kemahiran yang mudah diterima bagi memastikan mereka

mendapat lebih banyak kemahiran berkaitan industri apabila tamat persekolahan

kelak.

Ibubapa pula tidak dapat dinafikan adalah insan yang paling hampir dalam

hidup anak-anak. Anak-anakyang berjaya adalah terdidik daripada kedua ibubapa

yang mengambil berat tentang anak-anak mereka. Dorongan dan galakan yang kuat

akan memberikan kesan jangka panjang kepada anak-anak. Seperti firman Al-quran

bermaksud ;

Page 28: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PENGARUH DALAM · PDF filepersepsi pelajar terhadap pengaruh dalam kerja amali mata pelajaran vokasional ( mpv ) di dua buah sekolah menengah akademik di

10

“ Jangan kamu bersikap lemah dan jangan kamu bersedih hati, padahal

kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang-orang

yang beriman”.

( Ali-Imran : 139 )

1.3 Pernyataan Masalah

Sistem Pendidikan Teknik dan Vokasional memainkan peranan yang amat

penting di dalam pembangunan masyarakat sesebuah negara yang sedang membangun

seperti Malaysia. Langkah kerajaan mendirikan banyak pusat pengajian dan latihan

kemahiran membuktikan betapa pentingnya institusi ini untuk melatih tenaga mahir

dan separa mahir bagi membantu perkembangan industri di dalam melahirkan sebuah

negara yang berteknologi tinggi dan mempunyai daya saing di peringkat

antarabangsa.

Dalam Mata Pelajaran Vokasional ( MPV ), kerja amali merupakan 70%

daripada keseluruhan mata pelajaran yang diajar. Pelajar didedahkan dengan pelbagai

aktiviti menjurus kepada kerja amali di industri. Pendedahan ini bagi meningkatkan

pengetahuan dan kemahiran pelajar supaya mereka lebih bersedia dan meningkatkan

keyakinan diri apabila menceburkan diri di bidang industri sebenar.

Fenomena ini telah menarik minat penyelidik untuk mengetahui persepsi

pelajar terhadap pengaruh dalam kerja amali tersebut. Kajian yang dilakukan adalah

untuk meninjau sejauhmanakah pengaruh tersebut dapat mempertingkatkan keyakinan

dan kemahiran mereka dalam kerja amali MPV. Pelajar biasanya akan melakukan

sesuatu dengan lebih baik disebabkan sesuatu pengaruh samada oleh minat, rakan

sebaya, guru-guru, keadaan fizikal tempat kerja ataupun keluarga.

Page 29: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PENGARUH DALAM · PDF filepersepsi pelajar terhadap pengaruh dalam kerja amali mata pelajaran vokasional ( mpv ) di dua buah sekolah menengah akademik di

11

1.4 Objektif Kajian

Kemahiran adalah asas kepada perkembangan industri dan mata pelajaran

vokasional merupakan mata pelajaran baru yang membuka peluang kepada pelajar

untuk mempelajari bidang-bidang kemahiran yang berkaitan dengan gerak kerja

teknikal. Para pelajar seharusnya bersedia supaya tidak ketinggalan dalam

menyesuaikan diri dengan kerja-kerja yang melibatkan kemahiran, pengetahuan dan

pengalaman.

Menyedari hakikat inilah, maka kajian dilakukan untuk :-

1. Mengenalpasti persepsi pelajar terhadap dalam kerja amali MPV.

2. Mengetahui persepsi pelajar terhadap persekitaran dalam kerja amali MPV.

3. Mengenalpasti peranan ibu bapa dan keluarga pelajar dalam kerja amali MPV.

1.5 Persoalan Kajian

Adalah diharapkan dengan kajian yang telah dijalankan ini , beberapa

persoalan dapat diperjelaskan serta menjadi panduan untuk pelajar, guru dan KPM

dalam menyelesaikan sebarang permasalahan dalam kerja amali MPV pelajar.

Persoalan yang menjadi asas kepada kajian ini adalah :-

1. Adakah minat mempengaruhi dalam kerja amali pelajar.

2. Adakah persekitaran mempengaruhi dalam kerja amali pelajar.

3. Adakah ibu bapa dan keluarga pelajar mempengaruhi dalam kerja amali.