PERSONALITI JENAMA HALAL MEMUPUK PERADABAN...

17
E-PROCEEDING OF THE 1ST HALAL GLOBAL 2018 E-PROCEEDING OF THE 1 ST HALAL GLOBAL (ICOHG 2018). (e-ISBN 978-967-0792-25-5). 26 – 27 March 2018, Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by https://worldconferences.net Page 45 PERSONALITI JENAMA HALAL MEMUPUK PERADABAN ALAF BARU: SATU ANALISIS AWAL Fazilah Idris Pusat Citra Universiti, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600, Bangi, Selangor. [email protected] Khairul Anwar Mastor Pusat Citra Universiti, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600, Bangi, Selangor. [email protected] Fariza Md. Sham Pusat Strategi, Bangunan Canselori UKM, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600, Bangi, Selangor. [email protected] Nurliana Mohd. Hassan Institut Islam Hadhari, Kompleks Tun Abdullah Mohd. Salleh, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600, Bangi, Selangor. [email protected] [email protected] ABSTRAK Gagasan pemikiran generasi alaf baru mula berubah sejak tahun 2000. Era internet mula bercambah dan jaringan industri terus mengorak langkah. Jenama halal semakin diperkatakan di peringkat pasaran tetapi sehingga kini penerapan nilai melalui konsep halalan toyyiban belum berjaya dipupuk dengan baik. Generasi muda seakan semakin jauh daripada syariat sebaliknya kian kerap menghampiri maksiat. Ada yang menyifatkan ia berpunca daripada keruntuhan adab akibat kekeliruan ilmu dan ketidaksahan pemimpin. Oleh yang demikian, kajian ini akan mengenengahkan aspek personaliti jenama halal daripada perspektif sarjana yang berbeza. Selain daripada itu, kajian ini juga akan memperjelaskan hikmah-hikmah disebalik suruhan dan larangan Allah Subhanahuwa Taala. Kajian yang menggunakan analisis dokumen ini turut mengutarakan perkaitan signifikan antara hujah-hujah yang dibahaskan agar dapat mengusulkan solusi yang boleh diterima pakai oleh masyarakat Malaysia umumnya dan umat Islam, khususnya. Persoalan iman melalui kebersihan, kesihatan dan keselamatan yang menjadi cara untuk menjauhkan diri daripada perkara syubhah dan haram akan dapat dirungkai. Malah, kupasan hadis berkaitan halal dan haram dapat memberi gambaran betapa Rasulullah sallallahualaihi wasallam sentiasa berdoa agar dikurniakan hati yang bersih. Bidang Kajian : Jenama Halal, Peradaban Alaf Baru, Analisis Dokumen

Transcript of PERSONALITI JENAMA HALAL MEMUPUK PERADABAN...

Page 1: PERSONALITI JENAMA HALAL MEMUPUK PERADABAN …worldconferences.net/proceedings/icohg2018/fullpaper/6.PERSONALITI... · Malah, kupasan hadis berkaitan halal dan haram dapat memberi

E-PROCEEDING OF THE 1ST HALAL GLOBAL 2018

E-PROCEEDING OF THE 1ST HALAL GLOBAL (ICOHG 2018). (e-ISBN 978-967-0792-25-5). 26 – 27 March 2018, Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur, Malaysia.

Organized by https://worldconferences.net Page 45

PERSONALITI JENAMA HALAL MEMUPUK PERADABAN ALAF BARU:

SATU ANALISIS AWAL

Fazilah Idris

Pusat Citra Universiti, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600, Bangi, Selangor.

[email protected]

Khairul Anwar Mastor

Pusat Citra Universiti, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600, Bangi, Selangor.

[email protected]

Fariza Md. Sham

Pusat Strategi, Bangunan Canselori UKM, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600, Bangi,

Selangor.

[email protected]

Nurliana Mohd. Hassan

Institut Islam Hadhari, Kompleks Tun Abdullah Mohd. Salleh, Universiti Kebangsaan

Malaysia, 43600, Bangi, Selangor.

[email protected]

[email protected]

ABSTRAK

Gagasan pemikiran generasi alaf baru mula berubah sejak tahun 2000. Era internet mula

bercambah dan jaringan industri terus mengorak langkah. Jenama halal semakin diperkatakan

di peringkat pasaran tetapi sehingga kini penerapan nilai melalui konsep halalan toyyiban

belum berjaya dipupuk dengan baik. Generasi muda seakan semakin jauh daripada syariat

sebaliknya kian kerap menghampiri maksiat. Ada yang menyifatkan ia berpunca daripada

keruntuhan adab akibat kekeliruan ilmu dan ketidaksahan pemimpin. Oleh yang demikian,

kajian ini akan mengenengahkan aspek personaliti jenama halal daripada perspektif sarjana

yang berbeza. Selain daripada itu, kajian ini juga akan memperjelaskan hikmah-hikmah

disebalik suruhan dan larangan Allah Subhanahuwa Taala. Kajian yang menggunakan analisis

dokumen ini turut mengutarakan perkaitan signifikan antara hujah-hujah yang dibahaskan agar

dapat mengusulkan solusi yang boleh diterima pakai oleh masyarakat Malaysia umumnya dan

umat Islam, khususnya. Persoalan iman melalui kebersihan, kesihatan dan keselamatan yang

menjadi cara untuk menjauhkan diri daripada perkara syubhah dan haram akan dapat dirungkai.

Malah, kupasan hadis berkaitan halal dan haram dapat memberi gambaran betapa Rasulullah

sallallahualaihi wasallam sentiasa berdoa agar dikurniakan hati yang bersih.

Bidang Kajian : Jenama Halal, Peradaban Alaf Baru, Analisis Dokumen

Page 2: PERSONALITI JENAMA HALAL MEMUPUK PERADABAN …worldconferences.net/proceedings/icohg2018/fullpaper/6.PERSONALITI... · Malah, kupasan hadis berkaitan halal dan haram dapat memberi

E-PROCEEDING OF THE 1ST HALAL GLOBAL 2018

E-PROCEEDING OF THE 1ST HALAL GLOBAL (ICOHG 2018). (e-ISBN 978-967-0792-25-5). 26 – 27 March 2018, Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur, Malaysia.

Organized by https://worldconferences.net Page 46

PENGENALAN

Personaliti individu yang beragama Islam terbina daripada rukun-rukun asas yang

menjadi satu sistem kepercayaan untuk melengkapi kehidupan umat manusia. Secara

harfiahnya, Islam adalah agama fitrah yang membawa pengertian selamat, sejahtera dan suci.

Malah ia bersifat rabbani daripada segi sumber dan matlamat, syumul serta memenuhi

keperluan manusia sejagat (Fariza et al., 2013). Maka seharusnya penekanan dan tumpuan

diberikan terhadap usaha menjaga kemaslahatan umat menerusi kajian-kajian khusus, kuliah

dan program-program yang bersifat mendidik. Hal ini kerana, maksud Islam tidak akan dapat

dizahirkan dengan baik sekiranya konsep-konsep seperti tauhid, syariah, akhlak, feqah,

ibadah, tasawuf dan lain-lain tidak dihayati seterusnya diamalkan oleh setiap individu Muslim

(Khairul Anwar, 2009).

Mendepani cabaran globalisasi mewujudkan suasana pekerjaan yang memberi saingan

hebat malah setiap urusan menuntut kepantasan, kecekapan dan ketepatan. Dewasa ini,

pelbagai implikasi dapat diperhatikan berlaku dalam segenap lapisan masyarakat termasuk

yang memberi impak positif dan negatif. Demi mewujudkan persaingan yang sihat dalam

kalangan pemain industri selaku sumber modal insan yang mampan, pembentukan pemikiran

melalui penerapan nilai yang betul adalah sangat penting (Zakaria, 2017). Tentunya, ia bermula

daripada peringkat asas iaitu daripada rumah yang terdiri daripada ayah, ibu, abang, kakak,

datuk, nenek, pakcik dan makcik sebagai entiti utama sesebuah institusi keluarga.

Sesungguhnya, personaliti atau keperibadian individu adalah hasil didikan dan pengaruh ahli

keluarga yang menjadi agen pemuafakatan ummah. Sekaligus, memberi impak terhadap

pemikiran, watak dan peranan mereka dalam sesebuah masyarakat yang pelbagai sebagaimana

yang disebutkan oleh Prof. Madya Dr. Fazilah Idris menerusi buku bertajuk Personaliti dan

Pembangunan Insan.

Apabila membincangkan tentang halal, kita tidak dapat lari daripada apa yang

terkandung dalam maqasid al-syariah. Indeks syariah yang telah diusahakan oleh pihak

kerajaan jelas menunjukkan penghayatan tauhid, pematuhan syariah, pemeliharaan maslahah

dan semangat perlembagaan persekutuan sebagai teras utama tadbir urus syariah (Sharifah

Hayaati, 2017). Manakala prinsip utama tadbir urus syariah seperti yang telah digariskan

adalah amanah, ihsan, syura, hikmah dan syaja’ah iaitu keberanian yang berlandaskan

kebenaran (Zakaria, 2017). Hasil aplikasi nilai melalui gabungjalin peranan warga institusi,

pengurusan prestasi organisasi dan amalan terbaik mampu memastikan kelancaran dan

keberkesanan tadbir urus yang berintegriti tinggi. Berdasarkan garis panduan tadbir urus

Page 3: PERSONALITI JENAMA HALAL MEMUPUK PERADABAN …worldconferences.net/proceedings/icohg2018/fullpaper/6.PERSONALITI... · Malah, kupasan hadis berkaitan halal dan haram dapat memberi

E-PROCEEDING OF THE 1ST HALAL GLOBAL 2018

E-PROCEEDING OF THE 1ST HALAL GLOBAL (ICOHG 2018). (e-ISBN 978-967-0792-25-5). 26 – 27 March 2018, Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur, Malaysia.

Organized by https://worldconferences.net Page 47

syariah, amalan terbaik yang boleh digunapakai dalam pelbagai aspek termasuk keberkesanan

lembaga dan pengurusan tertinggi, pengurusan dan kawalan sumber, tadbir urus perolehan,

kawalan dalaman dan pengurusan risiko. Namun, apakah nilai terbaik yang perlu diterapkan

kepada setiap peringkat tertentu itu?

KAJIAN KEPUSTAKAAN

HALALAN TOYYIBAN

Perkataan halal yang berasal daripada bahasa Arab membawa pengertian yang sangat

mendalam kepada umat Islam. Ia didefinisikan sebagai suatu perkara yang diharuskan yang

telah gugur daripanya ikatan haram dan syariat membenarkan perbuatannya (Yusuf Qardhawi,

2016). Dalam ertikata lain, ia bermaksud ‘dibenarkan’ dan dilazimi sebagai halalan toyyiban

yang memberi gambaran dibenarkan kerana kebaikannya (Mastura, 2016). Fokus terhadap

produk halalan toyyiban melibatkan banyak pihak. Walaubagaimanapun, penekanan kepada

aspek modal insan masih belum cukup membuktikan tahap keseriusan kita untuk memastikan

kemampanan produk halalan toyyiban. Pastinya ia perlu melibatkan usaha pembekalan nilai

dan kemahiran tertentu agar ahli masyarakat berupaya berfungsi dan menyumbang kepada

industri halal yang pastinya menjadi penentu kepada kesejahteraan ummah.

Kitab Al-Quran yang menjadi rujukan utama umat Islam banyak merakamkan perihal

halal. Antaranya adalah seperti dalam surah al-A’raf ayat 157, Allah subhanahuwa Taala

berfirman:

لذين ٱ سول ٱي تبعون يٱلنبيٱلر م فيۥي جدون هلذيٱلأ همأ توباعند كأ ىةٱم ر نجيلٱو لتوأ مرهمبي لأروفٱأأ عأ م

لأ

ن ع ه ىهمأ ي نأ منك رٱو ل هملأ يحل تٱو هملطيب ل يأ مع ر يح ئث ٱو ب خ و لأ همأ ر إصأ همأ نأ عع ي ض ل ٱو ل لتيٱلأ غأ ان تأ ك

ف همأ ل يأ نوابهلذين ٱع ام روهو ۦء ن ص روهو ز ع هلذيٱلنور ٱتب عواٱو ع م همۥأنزل ئك لحون ٱأول مفأ لأ

Maksudnya:

…dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik dan mengharamkan kepada

mereka segala benda yang buruk….

Allah subhanahuwa Taala berfirman lagi dalam surah al-Baqarah ayat 173:

كم ل يأ ع م ر اح ت ة ٱإنم يأ م م ٱو لأ لد م ل حأ خنزيرٱو بهلأ أهل ا م رۦو يأ هٱلغ نلل طرٱف م ضأ ه ل يأ ع م

إثأ ادف ل ع ل ب اغو ر يأ غ

حيم لل ٱإن فورر غ

Maksudnya:

Page 4: PERSONALITI JENAMA HALAL MEMUPUK PERADABAN …worldconferences.net/proceedings/icohg2018/fullpaper/6.PERSONALITI... · Malah, kupasan hadis berkaitan halal dan haram dapat memberi

E-PROCEEDING OF THE 1ST HALAL GLOBAL 2018

E-PROCEEDING OF THE 1ST HALAL GLOBAL (ICOHG 2018). (e-ISBN 978-967-0792-25-5). 26 – 27 March 2018, Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur, Malaysia.

Organized by https://worldconferences.net Page 48

Sesungguhnya Allah subhanahuwa Taala mengharamkan kepadamu darah dan daging

khinzir.

Dan dalam surah al-Ma’idah ayat 3:

كم ل يأ ع تأ م ت ةٱحر يأ م ملدمٱو لأ ل حأ خنزيرٱو رلأ يأ لغ أهل ا م ٱو نق ةٱو ۦبهلل خ منأ ةٱو لأ قوذ وأ م

مت ر ٱو لأ ي ةلأ ةٱو د لنطيح

ل أ ك ا م بعٱو ل ىلس ع اذبح م و تمأ يأ ك اذ م سموابلنصبٱإل ت قأ أ نت سأ مٱو ل لأ زأ ق فسأ لكمأ م ٱذ ي وألأ ف روالذين ٱي ئس ك

و همأ وأ ش ت خأ ف ل نٱمندينكمأ وأ ش م ٱخأ ي وأضيتل كملأ ر تيو م نعأ كمأ ل يأ تع مأ م أ تأ و دين كمأ تل كمأ

لأ م م ٱأ كأل سأ نلأ ف م

دينا

طرٱ فيضأ مف إن ثأ انفل مت ج ر يأ ةغ م ص خأ حيملل ٱم فورر غ

Maksudnya:

Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai, darah, daging khinzir, dan binatang-

binatang yang disembelih kerana yang lain daripada Allah subhanahuwa Taala, dan

yang mati tercekik, mati dipukul, mati jatuh, mati ditanduk dan yang mati dimakan

binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih, dan yang disembelih atas nama

berhala; dan (diharamkan) kamu mengundi nasi dengan anak panah. Yang demikian itu

adalah perbuatan fasik.

Selain daripada itu, dalam surah al-An’am ayat 145, Allah subhanahuwa Taala

mengulanginya dengan menyatakan seperti berikut:

مهقلل ع ل ىط اعمي طأ ماع ر مح إل ي أوحي ا خنزيرف إنهۥأ جدفيم م ل حأ فوحاأ وأ سأ مام د ت ةأ وأ يأ م أ ني كون ۥإل

ر يأ لغ قاأهل فسأ أ وأ س ٱرجأ نۦبهلل طرٱف م ادف إنضأ ع ل ب اغو ر يأ حيمغ فورر غ بك ر

Maksudnya:

Katakanlah, “Aku tidak dapati dalam apa yang sudah diwahikan kepadaku, sesuatu

yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan jikalau benda itu

bangkai, atau darah yang mengalir, atau daging khinzir kerana sesungguhnya ia adalah

kotor, atau dilakukan secara fasik, iaitu binatang yang disembelih atas nama selain

daripada Allah subhanahuwa Taala. Kemudian sesiapa yang terpaksa sedang ia tidak

mengingininya dan tidak melampaui batas, maka sesungguhnya Tuhanmu Maha

Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Dalam ayat tersebut, Allah subhanahuwa Taala menyifatkan khinzir sebagai rijsun yakni

haiwan yang kotor dan keji yang perlu dijauhi oleh akal yang sihat dan mampu berfikir. Segala

Page 5: PERSONALITI JENAMA HALAL MEMUPUK PERADABAN …worldconferences.net/proceedings/icohg2018/fullpaper/6.PERSONALITI... · Malah, kupasan hadis berkaitan halal dan haram dapat memberi

E-PROCEEDING OF THE 1ST HALAL GLOBAL 2018

E-PROCEEDING OF THE 1ST HALAL GLOBAL (ICOHG 2018). (e-ISBN 978-967-0792-25-5). 26 – 27 March 2018, Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur, Malaysia.

Organized by https://worldconferences.net Page 49

yang berbau busuk, tahi dan segala kekotoran disebut rijsun kerana kotor dan najis. Imam at-

Tabari pula menafsirkan rijsun sebagai khinzir kerana ia kotor dan najis (Samhani, 2017).

Kamus Besar Bahasa Arab-Melayu Dewan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur

(2006) memberikan maksud ar-rijsu sebagai kekotoran, benda-benda yang kotor, perlakuan

yang buruk, perkara yang haram, laknat, kekufuran, seksaan dan godaan syaitan. Kerana itu,

sekiranya tersentuh secara tidak sengaja, tangan atau apa-apa yang terkena khinzir itu perlulah

disucikan dengan tujuh kali basuhan iaitu satu kali daripadanya dengan tanah termasuk doktor

veterinar yang perlu memakai sarung tangan ketika berurusan dengan haiwan itu.

Malah Imam al-Bukhari dan Muslim pernah merekodkan bahawa Rasulullah

sallallahualaihi wasalam menyatakan:

‘Sesungguhnya Allah subhanahuwa Taala mengharamkan jual beli arak, bangkai,

khinzir dan berhala.’

Manakala Imam al-Bukhari, Muslim dan Ashabus Sunan turut merekodkan seperti berikut:

Daripada Jabir bin Abdullah, beliau mendengar Rasulullah sallallahualaihi wasalam

menyatakan pada tahun penaklukan Makkah. Pada waktu itu beliau berada di Makkah,

sesungguhnya Allah mengharamkan jual beli arak, bangkai, khinzir dan patung berhala.

“Lalu ada yang bertanya, “Wahai Rasulullah, apakah boleh (menjual) lemak bangkai,

kerana ia dapat digunakan bagi mengecat parahu dan meminyaki kulit serta berguna

sebagai bahan bakar lampu? Maka Baginda menjawab, “Tidak boleh, ia tetap haram.”

Kemudian, Rasulullah sallallahualaihi wasalam menyambung lagi,

“Semoga Allah memusnahkan orang Yahudi. Sungguh Allah mengharamkan

lemaknya. Lalu mereka ubah bentuknya menjadi minyak kemudian menjualnya dan

memakan hasil penjualannya.”

Khalifah Umar al-Khattab radhiallahuanhu pula pernah berkata dengan tegas dalam kitab

Musannaf jilid VI bahawa “Allah subhanahuwa Taala mengutuk Samurah bin Jundub iaitu

pegawai kami di Iraq kerana telah mencampurkan harga arak dan khinzir ke dalam belanjawan

hak orang Islam. Arak dan khinzir adalah haram. Hasilnya juga adalah haram. Tambah

Khalifah Umar lagi dalam Sunan al-Baihaqi 6/14:

Tidak halal berjual beli sesuatu yang tidak dihalalkan memakan dan

meminumnya.

Khalifah Umar juga pernah mengirimkan surat kepada pemerintah-pemerintah daerah yang

mengandungi penyataan seperti berikut:

Jangan ada seekor khinzir yang berdekatan dengan kamu, jangan ada orang-orang

Nasrani di antara kamu yang menegakkan salib-salibnya, dan jangan menghadiri

Page 6: PERSONALITI JENAMA HALAL MEMUPUK PERADABAN …worldconferences.net/proceedings/icohg2018/fullpaper/6.PERSONALITI... · Malah, kupasan hadis berkaitan halal dan haram dapat memberi

E-PROCEEDING OF THE 1ST HALAL GLOBAL 2018

E-PROCEEDING OF THE 1ST HALAL GLOBAL (ICOHG 2018). (e-ISBN 978-967-0792-25-5). 26 – 27 March 2018, Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur, Malaysia.

Organized by https://worldconferences.net Page 50

jamuan makan yang dalamnya ada orang yang minum arak. Berlatihlah menunggang

kuda dan belajarlah memanah.

Maka perintah tersebut telah disepakati lalu mereka melarang penternakan khinzir dalam

Negara Islam. Ini adalah kerana khinzir adalah najis yang tidak mungkin dapat disucikan.

Justeru, jual beli najis samada yang telah diproses atau tidak adalah haram.

Pengharaman khinzir bukan setakat daripada aspek makanan, minuman dan

penggunaan, malahan ia termasuk sentuhan, ternakan, jual beli atau apa sahaja yang berkaitan

dengan khinzir samada mentah atau dimasak, yang disembelih secara syarie atau tidak, apatah

lagi untuk kegunaan peralatan seperti penyapu, tali pinggang dan sebagainya walaupun

disamak. Ulamak dalam Mazhab Syafie bersetuju mengatakan penggunaan khinzir sebagai

ubat adalah haram kerana tiada ubat pada benda-benda najis. Sekaligus, ia menjadi pegangan

kebanyakan umat Islam di Malaysia.

PEMBEKALAN NILAI HALALAN TOYYIBAN DALAM KONTEKS

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Di Malaysia, proses pembekalan nilai untuk membentuk norma sebagaimana yang telah

diselaraskan oleh perlembagaan persekutuan diimplementasikan menerusi sistem pendidikan.

Ia merupakan satu proses mendidik, melatih, mengajar dan menyampaikan ilmu berdasarkan

hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah menggagaskan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan secara jelas seperti berikut:

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan kea rah memperkembangkan lagi potensi

individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan

harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan

kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu,

bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan

terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat di dalam Negara.

Kementerian Pelajaran Malaysia, 2011

Menurut kajian Nurul Amali bin Mohd. Shamsudin (2016), sejak tahun 1975 lagi pihak

Kementerian Pelajaran Malaysia telah memberi banyak tumpuan kepada larangan meminum

minuman keras atau yang memabukkan oleh para pelajar dalam kawasan sekolah. Dengan

merujuk kepada ‘Perkara-Perkara Tatatertib Yang Dianggap Berat’ melalui surat pekeliling

Page 7: PERSONALITI JENAMA HALAL MEMUPUK PERADABAN …worldconferences.net/proceedings/icohg2018/fullpaper/6.PERSONALITI... · Malah, kupasan hadis berkaitan halal dan haram dapat memberi

E-PROCEEDING OF THE 1ST HALAL GLOBAL 2018

E-PROCEEDING OF THE 1ST HALAL GLOBAL (ICOHG 2018). (e-ISBN 978-967-0792-25-5). 26 – 27 March 2018, Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur, Malaysia.

Organized by https://worldconferences.net Page 51

ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia bil. 9/1975 bertajuk Disiplin Sekolah: Peraturan-

Peraturan Sekolah Untuk Murid-Murid. Ia dikategorikan sebagai pelanggaran disiplin dan

boleh dikenakan tindakan disiplin yang berat oleh pihak sekolah. Pihak Kementerian Pelajaran

Malaysia telah melaksanakan beberapa pendekatan untuk mengawal kesalahan ini daripada

terus berlaku. Dua pendekatan tersebut adalah:

i) Pendekatan pengajaran dan pembelajaran

Melalui pendekatan ini, para pelajar didedahkan dengan pelbagai kesan dan aspek negatif

tentang gejala meminum minuman keras yang lebih dikenali sebagai arak. Pendedahan kepada

pelajar berkaitan pengharaman arak atau minuman yang memabukkan dan perbuatan

meminum arak sebagai dosa besar yang menjadi kemurkaan Allah subhanahuwa Taala

dilaksanakan dalam skop kurikulum sekolah.

Firman Allah subhanahuwa Taala yang bermaksud:

أ يه ا الذين ٱي اإنم نو ام رٱء مأ خ سرٱو لأ يأ م ابٱو لأ مٱو لأ نص ل للأ زأ م ع نأ سم نٱرجأ ط يأ ت نبوهٱف لش لحون جأ تفأ لكمأ ل ع

Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala dan

mengundi nasib dengan batang-batang anak panah adalah (semuanya) kotor (keji) daripada

perbuatan syaitan. Oleh itu, hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.

Surah al-Maaidah 5:90

Berdasarkan firman tersebut, Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) telah memberi

penekanan dalam bab akidah melalui tajuk ‘Dosa Besar dan Dosa Kecil’ serta dalam bab ibadah

melalui tajuk ‘Bersuci Daripada Najis’. Seterusnya, penekanan Kurikulum Baru Sekolah

Menengah (KBSM) adalah dalam bab hadis melalui tajuk ‘Hindarkan Makanan Haram’, bab

akidah melalui tajuk ‘Beriman Dengan Hari Akhirat’ serta ‘Dosa-Dosa Besar Yang

Merosakkan Iman’ dan dalam bab adab dan akhlak Islamiah melalui tajuk ‘Adab Menjaga Diri

dan Maruah’ juga ‘Adab Berjual Beli’. Kesemua tajuk-tajuk tersebut terkandung dalam mata

pelajaran Pendidikan Islam.

Manakala dalam mata pelajaran Pendidikan Moral, penekanan dan tumpuan adalah

berkaitan kesan buruk pengambilan arak terhadap nilai diri, maruah dan nama baik keluarga

melalui tajuk ‘Tanggungjawab Terhadap Keluarga’.

ii) Pendekatan penguatkuasaan disiplin pelajar

Page 8: PERSONALITI JENAMA HALAL MEMUPUK PERADABAN …worldconferences.net/proceedings/icohg2018/fullpaper/6.PERSONALITI... · Malah, kupasan hadis berkaitan halal dan haram dapat memberi

E-PROCEEDING OF THE 1ST HALAL GLOBAL 2018

E-PROCEEDING OF THE 1ST HALAL GLOBAL (ICOHG 2018). (e-ISBN 978-967-0792-25-5). 26 – 27 March 2018, Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur, Malaysia.

Organized by https://worldconferences.net Page 52

Pendekatan ini dilaksanakan untuk menanam kesedaran tentang betul atau salah dalam diri

pelajar, menghalang dan mengelakkan daripada berkelakuan yang tidak dikehendaki, cara

larangan dan cara mengenakan hukuman andaikata larangan tersebut tidak dipatuhi. Ia juga

penting bagi menentukan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah berjalan lancar dalam

keadaan iklim sekolah yang kondusif. Sistem pengawalan ini melibatkan perlaksanaan dasar

yang tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959 yang digubal

berdasarkan Ordinan Pelajaran 1957. Walaubagaimanapun, pengurusan disiplin pada masa kini

adalah berpandukan Buku-Buku Panduan Disiplin dan Surat-Surat Pekeliling Ikhtisas yang

mula digunapakai sejak tahun 1981.

Hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia sempena perlaksanaan pendekatan-pendekatan

tersebut adalah untuk mewujudkan persepsi atau pandangan alam Islam yang betul dikalangan

para pelajar tentang minuman keras seperti arak serta sedar tentang hakikat sebenar meminum

minuman keras agar dapat membezakan perkara yang baik dan yang memudaratkan.

PERSONALITI JENAMA HALAL

Teori personaliti yang paling dominan digunakan oleh pengkaji-pengkaji psikologi

personaliti Barat sejak tahun 1930an adalah Teori Lima Faktor yang menyifatkan personaliti

sebagai tingkahlaku hasil daripada respon terhadap faktor persekitaran berdasarkan kualiti

kendiri, persepsi terhadap diri sendiri dan bagaimana ia digabungjalinkan untuk membentuk

konsep kendiri. Ia dibahagikan kepada lima dimensi iaitu openness (keterbukaan dalam

menerima idea), conscientiousness (disiplin dan kecemerlangan), extraversion (sensitiviti

terhadap orang lain), agreeableness (mudah berbincang) dan neurocentrisme (kestabilan

emosi). Setiap dimensi tersebut digunakan untuk menilai tahap personaliti seseorang. Teori ini

telah digagaskan oleh Gordon Allport.

Berbanding dengan personaliti insan, matlamat personaliti jenama adalah berbeza sama

sekali. Ini adalah kerana jenama atau penjenamaan tidak merujuk kepada manusia sebaliknya

bergantung kepada persepsi, pemikiran dan perasaan seseorang individu terhadap ciri-ciri

sesuatu jenama seperti fungsi dan prestasi sesuatu produk. Konstruk personaliti jenama telah

mula dikaji oleh Jennifer Aaker pada tahun 1997. Beliau merupakan seorang pensyarah

pemasaran di Fakulti Pengurusan, Universiti California, Los Angeles. Menurut kajian beliau,

ciri-ciri produk dinilai oleh individu yang telah membeli dan menggunakan produk tersebut.

Sekaligus, diberi gelar sebagai pengguna. Dalam masa yang sama, golongan yang

diamanahkan untuk menguruskan, mengembangkan dan mengukuhkan sesuatu jenama produk

Page 9: PERSONALITI JENAMA HALAL MEMUPUK PERADABAN …worldconferences.net/proceedings/icohg2018/fullpaper/6.PERSONALITI... · Malah, kupasan hadis berkaitan halal dan haram dapat memberi

E-PROCEEDING OF THE 1ST HALAL GLOBAL 2018

E-PROCEEDING OF THE 1ST HALAL GLOBAL (ICOHG 2018). (e-ISBN 978-967-0792-25-5). 26 – 27 March 2018, Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur, Malaysia.

Organized by https://worldconferences.net Page 53

seperti pengusaha, pengilang serta pengeluar turut memainkan peranan penting untuk memberi

gambaran tentang personaliti jenama sesuatu produk. Perbezaan yang lebih ketara antara

personaliti insan dan personaliti jenama adalah sesuatu produk hanya boleh dinilai oleh

pengguna tetapi personaliti insan boleh direfleksikan oleh diri sendiri atau juga dinilai oleh

orang lain. Disamping itu, personaliti insan disimpulkan daripada kepercayaan, sikap, ciri-ciri

fizikal dan faktor demografi.

Malaysia telah bergerak aktif untuk meletakkan namanya sebagai sebuah hub halal di

rantau Asia Tenggara sejak 1974. Antara inisiatif utama yang telah diusahakan adalah dengan

menambahbaik piawaian prosedur makanan halal melalui MS1500:2004 oleh Jabatan Standard

Malaysia. Ia berfungsi sebagai garis panduan pengeluaran, latihan, pengendalian dan penstoran

produk makanan halal di Malaysia. Oleh kerana produk halal semakin menjadi pilihan gaya

hidup sihat pengguna, maka jenama halal semakin menghadapi cabaran jika tidak diuruskan

dengan sistem penjenamaan yang berkesan.

Oleh itu, melalui pemahaman tentang konsep halal, haram dan syubhah serta kerjasama

daripada pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tentang proses pensijilan halal,

lima konstruk personaliti jenama halal telah dikenalpasti oleh Dr. Fazil Ahmad yang

merupakan seorang pensyarah di Fakulti Sains Sosial Gunaan Universiti Sultan Zainal Abidin,

Terengganu, iaitu:

i) Kesucian

- Kualiti dan kondisi sesuatu produk atau perkhidmatan yang bersih, selamat

dan menyihatkan.

ii) Keterujaan

- Dipengaruhi oleh penilaian terhadap keistimewaan produk yang memberi

kepuasan serta kesetiaan pengguna.

iii) Keselamatan

- Kebebasan pengguna daripada bahaya, cedera dan kerosakan termasuk

risiko yang perlu ditanggung.

- Mewujudkan kesatuan dan hubungan persaudaraan dalam urusan

pengendalian produk daripada peringkat bahan mentah ke tangan pengguna.

- Berperanan sebagai pemangkin terhadap keberkesanan korporat, pemasaran

dan strategi komunikasi.

Page 10: PERSONALITI JENAMA HALAL MEMUPUK PERADABAN …worldconferences.net/proceedings/icohg2018/fullpaper/6.PERSONALITI... · Malah, kupasan hadis berkaitan halal dan haram dapat memberi

E-PROCEEDING OF THE 1ST HALAL GLOBAL 2018

E-PROCEEDING OF THE 1ST HALAL GLOBAL (ICOHG 2018). (e-ISBN 978-967-0792-25-5). 26 – 27 March 2018, Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur, Malaysia.

Organized by https://worldconferences.net Page 54

iv) Kecanggihan

- Proses perubahan yang merentasi budaya dalam merekabentuk strategi

penciptaan, penghantaran, pengendalian, pemprosesan, penyimpanan,

penyediaan dan penyampaian kepada pengguna yang melibatkan

kemudahan teknologi.

v) Kebenaran

- Pematuhan terhadap kehendak syari’ah dan nilai moral serta keagamaan.

- Mempengaruhi tingkahlaku, sikap dan persepsi pengguna terhadap sesuatu

jenama produk.

- Dimensi penting untuk pengiklanan dan pemasaran yang berkesan.

HIKMAH DISEBALIK SURUHAN DAN LARANGAN ALLAH SUBHANAHUWA

TAALA

Melanggar larangan Allah subhanahuwa Taala bererti menghadirkan dosa seterusnya

menyebabkan hati manusia menjadi kotor, hitam dan keras. Lebih buruk lagi apabila iman

semakin terhakis dan hilang rasa takut kepada Allah subhanahuwa Taala hingga tidak lagi

mengharapkan pertolongan Allah subhanahuwa Taala. Lebih malang lagi sekiranya hati tidak

mampu merasakan nikmat syurga, azab neraka, kiamat itu ada dan Allah subhanahuwa Taala

itu dekat.

Memakan makanan yang haram seperti khinzir secara sedar atau tidak, bukan sahaja

mengotorkan jasad yang fizikal tetapi juga hati (Samhani, 2017). Apabila hati dicemari, maka

perbuatan jahat dan zalim mula terzahir kerana telah dikuasai syaitan laknatullah. Tuntasnya,

makanan yang halal sangat penting demi pertumbuhan tubuh dan roh yang suci serta lengkap

dengan ketaqwaan kepada Allah subhanahuwa Taala.

Sains telah membuktikan betapa banyak penyakit daripada kuman, cacing, bakteria dan

virus yang dibawa oleh daging khinzir. Contoh paling ketara adalah kemunculan penyakit

H1N1 dan JE (Japanese Encephalitis) pada tahun 2009. Ia membuktikan kemudaratan yang

melemahkan fizikal sedangkan tubuh perlu dijaga untuk kebaikan roh, hati dan jasad

sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Imam al-Ghazali dalam Intisari Ihya Ulumuddin

(2001). Prof. Dr. Yusof al-Qaradhawi juga menegaskan dalam bukunya ‘The Lawful & The

Prohibited in Islam’ bahawa kanun undang-undang yang bersumberkan al-Quran dan hadis

menetapkan hukun haram bagi orang Islam yang makan dan minum sesuatu yang

Page 11: PERSONALITI JENAMA HALAL MEMUPUK PERADABAN …worldconferences.net/proceedings/icohg2018/fullpaper/6.PERSONALITI... · Malah, kupasan hadis berkaitan halal dan haram dapat memberi

E-PROCEEDING OF THE 1ST HALAL GLOBAL 2018

E-PROCEEDING OF THE 1ST HALAL GLOBAL (ICOHG 2018). (e-ISBN 978-967-0792-25-5). 26 – 27 March 2018, Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur, Malaysia.

Organized by https://worldconferences.net Page 55

membahayakan kesihatan kerana ia seperti racun yang membawa maut secara cepat atau

lambat.

Pengharaman khinzir turut menguji ketahanan mental dalam mentaati larangan Allah

subhanahuwa Taala sedangkan manusia dikurniakan fikiran dan perasaan sehingga sering

ingkar kerana hanya menerima perkara yang difikirkan baik dan selari dengan jiwanya.

TAKRIFAN MAKSIAT MENURUT KITAB HIDAYATUS SALIKIN

أ يه ا افيلناسٱي ضٱكلوامم تلأ رأ ت تبعواخطو ل لط يباو ل نٱح ط يأ بين ۥإنهلش م دو ع ل كمأ

Maksudnya:

Wahai sekalian manusia! Makanlah daripada apa yang ada di bumi yang halal lagi baik,

dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh

yang terang lagi nyata bagi kamu.

Surah Al-Baqarah 2:168

Kitab Hidayatus Salikin Fi Suluki Maslakil Muttaqin merupakan kitab ringkasan

daripada kitab Bidayatul Hidayah iaitu kitab ringkasan daripada kitab Ihya Ulumuddin

karangan Imam al-Ghazali rahimahullahu Taala. Kitab ini telah ditulis oleh seorang ulama sufi

Nusantara dan merupakan seorang mujahid anti penjajah yang telah menunjukkan

kesungguhannya yang luarbiasa dalam berjuang membela agama dan kesejahteraan tanahair.

Beliau adalah Sheikh Abdus Samad bin Abdur Rahman bin Abdul Jalil yang berasal dari

Palembang, Sumatera Selatan, Indonesia. Beliau telah menulis kitab ini sebagaimana yang

telah disebutkan dalam sanad iaitu salasilah riwayat secara bersambung daripada guru ke guru.

Hidayatus Salikin Fi Suluki Maslakil bermaksud petunjuk bagi orang yang takut akan Allah

Subhanahuwa Taala. Kitab ini telah ditahqiq oleh Sheikh Ahmad Fahmi Zamzam yang

berkhidmat di Maahad Tarbiah Islamiah Derang, Pokok Sena, Kedah dan telah diulang cetak

oleh Galeri Ilmu Sdn. Bhd. sehingga kini.

Bab ketiga kitab Hidayatus Salikin yang bertajuk ‘Pada Menyatakan Menjauhi Segala

Maksiat Yang Zahir’ menghuraikan tentang kepentingan meninggalkan maksiat yang ditegah

oleh agama dan berlaku taat terhadap suruhan agama. Imam al-Ghazali menegaskan bahawa

setiap anggota tubuh itu adalah nikmat daripada Allah Subhanahuwa Taala. Oleh yang

demikian, sekiranya seseorang itu melakukan maksiat dengan anggora tubuh, maka dia telah

menyalahi tujuan dijadikan anggota tubuh tersebut. Sesungguhnya dia telah mengkufuri nikmat

anggota tubuh yang diamanahkan oleh Allah Subhanahuwa Taala kerana tidak memeliharanya.

Page 12: PERSONALITI JENAMA HALAL MEMUPUK PERADABAN …worldconferences.net/proceedings/icohg2018/fullpaper/6.PERSONALITI... · Malah, kupasan hadis berkaitan halal dan haram dapat memberi

E-PROCEEDING OF THE 1ST HALAL GLOBAL 2018

E-PROCEEDING OF THE 1ST HALAL GLOBAL (ICOHG 2018). (e-ISBN 978-967-0792-25-5). 26 – 27 March 2018, Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur, Malaysia.

Organized by https://worldconferences.net Page 56

Disebutkan juga bahawa setiap anggota tubuh manusia itu adalah seperti rakyat yang akan

menjadi saksi dan setiap perbuatan tidak bermanfaat daripada anggota tersebut akan

dipersoalkan pada hari kiamat kelak.

Tujuh anggota tubuh yang diberi perhatian adalah:

1) Mata

2) Telinga

3) Lidah

4) Perut

5) Kemaluan

6) Tangan

7) Kaki

Walaubagaimanapun, sabda Nabi Muhammad sallallahualaihi wasalam tentang halal dan

haram dibincangkan bermula daripada anggota perut menerusi riwayat Baginda yang

bermaksud ‘menuntut yang halal itu fardhu atas tiap-tiap orang Islam’. Seterusnya, Imam al-

Ghazali menyebut bahawa wajib bagi umat Islam yang soleh untuk memeriksa sesuatu yang

datang daripada sumber yang tidak diketahui sehingga nyata akan halalnya. Sebaliknya, jika

tidak nyata halalnya, maka dibolehkan untuk menolak pemberian tersebut dengan syarat tidak

menyakitkan hati mereka yang memberi. Dalam keadaan begitu, tidak harus diperiksa akan

haramnya kerana adalah haram jika bertambah sakit hati pemberi.

Oleh yang demikian, seharusnya penolakan terhadap pemberian yang tidak nyata

halalnya dilakukan secara berhikmah dan lemah-lembut kerana memelihara kesakitan adalah

lebih baik daripada menolak pemberian. Syubhat atau tidak yakin akan halal haram juga harus

dipelihara kerana menurut Imam al-Ghazali lagi, yang halal itu nyata, yang haram itu nyata

dan yang syubhat itu adalah haram. Sekiranya pemberian itu daripada orang soleh, adalah

haram dijauhi kerana rasa was-was tersebut boleh membawa buruk sangka kepada orang soleh.

Apatah lagi jika dengan menjauhinya akan menyakitkan hati orang soleh itu bahkan

menjadikan hati lebih liar dan derhaka seperti firman Allah subhanahuwa Taala:

أ يه ا نوالذين ٱي ام ت نبواٱء جأ ن ثيرام لظنٱك إن ض لظنٱب عأ أ يحب ضا ضكمب عأ ت ببعأ ي غأ ل سسواو ت ج ل و مه إثأ

و تموه رهأ تاف ك يأ أ خيهم م ل حأ كل أ ني أأ دكمأ لل ٱتقواٱأ ح حيملل ٱإن ابر ت و

Maksudnya:

Bahawa setengah daripada sangka itu jadi dosa.

(Surah al-Hujurat 49:12)

Page 13: PERSONALITI JENAMA HALAL MEMUPUK PERADABAN …worldconferences.net/proceedings/icohg2018/fullpaper/6.PERSONALITI... · Malah, kupasan hadis berkaitan halal dan haram dapat memberi

E-PROCEEDING OF THE 1ST HALAL GLOBAL 2018

E-PROCEEDING OF THE 1ST HALAL GLOBAL (ICOHG 2018). (e-ISBN 978-967-0792-25-5). 26 – 27 March 2018, Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur, Malaysia.

Organized by https://worldconferences.net Page 57

Setelah itu, sekiranya sesuatu pemberian atau harta itu diperolehi daripada usaha yang halal,

janganlah pula ia dimakan sehingga sangat kenyang kerana ia akan memberi kesan seperti

berikut:

i) Mengeraskan hati

ii) Mengurangkan kefahaman

iii) Membatalkan hafazan

iv) Memberatkan anggota tubuh daripada beribadah, menuntut ilmu dan

menelaah kitab

v) Menggerakkan syahwat

vi) Memulakan kejahatan

Menurut Imam Abu Hanifah dalam kitab Al-Alim Wa Al-Muta’allim, adalah sangat

penting bagi seseorang itu untuk mengetahui siapa orang yang betul dan siapa orang yang salah.

Ini adalah kerana, seseorang itu akan:

i) Dapat membezakan antara yang salah dan yang benar

ii) Dapat mengetahui jalan keluar daripada sesuatu keraguan (syubhah)

akibat ketidakpastian tentang sesuatu yang betul atau salah

iii) Dapat mengenalpasti siapa yang patut diikuti tau dimusuhi kerana Allah

subhanahuwa Taala

Maka sudah pastinya orang yang betul itu adalah orang yang berilmu, beriman dan

beramal soleh sehingga diyakini kesolehannya.

Bab keempat daripada kitab Hidayatus Salikin yang bertajuk “Pada Menjauh Segala

Maksiat Yang Batin Iaitu Maksiat Di Dalam Hati’ menyenaraikan 10 perkara yang melibatkan

perangai jahat dan sifat tercela di dalam hati iaitu:

i) Syarahut-tha’am

- Sangat gemar membanyakkan makan

ii) Syarahul-kalam

- Sangat gemar membanyakkan perkataan

iii) Ghadhab

- Marah

iv) Hasad

- Dengki

v) Al-Bukhlu, wa-hubbul-maal

- Kikir dan kasih kepada harta

Page 14: PERSONALITI JENAMA HALAL MEMUPUK PERADABAN …worldconferences.net/proceedings/icohg2018/fullpaper/6.PERSONALITI... · Malah, kupasan hadis berkaitan halal dan haram dapat memberi

E-PROCEEDING OF THE 1ST HALAL GLOBAL 2018

E-PROCEEDING OF THE 1ST HALAL GLOBAL (ICOHG 2018). (e-ISBN 978-967-0792-25-5). 26 – 27 March 2018, Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur, Malaysia.

Organized by https://worldconferences.net Page 58

vi) Hubbul-jaah

- Kasih akan kemegahan

vii) Hubbud-dunya

- Kasih akan dunia

viii) Takabbur

- Membesarkan diri

ix) Ujub

- Hairan akan diri

x) Riyak

- Menuntut martabat pada hati makhluk supaya memberi kemegahan

kepadanya.

Imam al-Ghazali rahimahullahu Taala mewajibkan kepada setiap Muslim yang akil

baligh untuk menyucikan hati mereka daripada sifat tercela tersebut kerana ia akan

membaikkan hati dengan sifat yang terpuji sebagaimana firman Allah subhanahuwa Taala:

كاه از ق د أ فل ح م ن

Maksudnya:

Sesungguhnya telah dapat kemenangan oleh seorang yang menyucikan hati mereka itu

daripada sifat yang tercela

(Surah As-Syams 91:9)

Dan sabda Nabi Muhammad sallallahualaihi wasalam:

ان طراليم ا لطهورش

Maksudnya:

Menyucikan akan hati daripada sifat yang tercela itu ialah setengah daripada iman.

(Riwayat Muslim at-Tarmizi)

Page 15: PERSONALITI JENAMA HALAL MEMUPUK PERADABAN …worldconferences.net/proceedings/icohg2018/fullpaper/6.PERSONALITI... · Malah, kupasan hadis berkaitan halal dan haram dapat memberi

E-PROCEEDING OF THE 1ST HALAL GLOBAL 2018

E-PROCEEDING OF THE 1ST HALAL GLOBAL (ICOHG 2018). (e-ISBN 978-967-0792-25-5). 26 – 27 March 2018, Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur, Malaysia.

Organized by https://worldconferences.net Page 59

PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

Menyedari hakikat keperluan semasa dalam industri halal yang semakin diperkayakan

dengan pelbagai inisiatif demi menjaga kreadibiliti tadbir urus syariah dan pembentukan

keperibadian serta akhlak generasi muda sewajarnyalah ilmu tentang halalan toyyiban

dititikberatkan oleh setiap individu Muslim. Ia perlu diusahakan dengan mengambilkira faktor

kepelbagaian budaya dan kemudahan teknologi dengan harapan untuk membuka mata

kakitangan organisasi yang terlibat secara langsung khususnya dan umat Islam amnya agar

menghayati nilai-nilai halal dan haram dalam perlaksanaan tadbir urus syariah.

Dengan itu, pengamatan Profesor Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas melalui Dr.

Asmaa Mohd. Arshad dalam Himpunan Makalah Siri Wacana Pandangan Alam Islam 2016

tentang keruntuhan adab yang mengakibatkan pelbagai gejala negatif hasil kekeliruan ilmu

terhadap perkara-perkara asas dalam Islam sebagai pandangan hidup yang betul dan

ketidaksahan pemimpin yang menjadi penentu hala tuju asal dalam melahirkan insan seimbang

yang berperibadi mulia sekaligus menjana modal insan mampan. Ini adalah bertepatan dengan

matlamat pendidikan dalam Islam iaitu untuk melahirkan insan yang baik yang secara tidak

langsung akan menjadi warganegara yang baik dengan memahami tuntutan fardhu ain dan

fardhu kifayah yang harus ditunaikan terhadap Tuhannya, agamanya, kaum keluarganya serta

masyarakatnya melalui perlakuan, tindakan dan keputusan yang menepati ilmu yang benar juga

turut didasari oleh pandangan alam Islam yang ditanzilkan menerusi syariatNya.

Personaliti mukmin yang baik sangat bergantung kepada hati. Betul atau salah

keputusan yang dibuat adalah bergantung kpada hati sebagaimana fungsi hati secara fizikalnya,

jika ia dapat berfungsi dengan baik maka ia berkemampuan untuk menyaring darah dengan

baik hingga menjadikan seluruh tubuh mampu berfungsi dengan baik juga. Kupasan daripada

Syarah Al-Wafi Hadis 40 Bicara Rasulullah sallallahualaihi wasalam melaui hadis keenam

menyatakan bahawa Imam Syafi’e berpendapat sumber akal adalah berpunca daripada hati.

Pendapat tersebut dinyatakan berdalilkan firman Allah subhanahuwa Taala daripada surah al-

A’raaf, ayat 179 yang bermaksud:

ن ثيرام ك ه نم ن الج أأ ر ذ ل ق دأ جنٱو نسهٱو لأ لأ انل اذ ء ل همأ به او صرون يبأ ينل أ عأ ل همأ به او ق هون ي فأ قلوبل ل همأ

ك ئك أول به ا عون م مٱي سأ ع هملأ نأ ئك

أول ل أ ض همأ فلونلأٱب لأ غ

“…mereka yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat

Allah)…”

Page 16: PERSONALITI JENAMA HALAL MEMUPUK PERADABAN …worldconferences.net/proceedings/icohg2018/fullpaper/6.PERSONALITI... · Malah, kupasan hadis berkaitan halal dan haram dapat memberi

E-PROCEEDING OF THE 1ST HALAL GLOBAL 2018

E-PROCEEDING OF THE 1ST HALAL GLOBAL (ICOHG 2018). (e-ISBN 978-967-0792-25-5). 26 – 27 March 2018, Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur, Malaysia.

Organized by https://worldconferences.net Page 60

Maksud hadis yang keenam hasil kompilasi Imam al-Nawawi adalah seperti berikut:

Diriwayatkan oleh Abu Abdillah al-Nu’man bin Basyir radhiallahu’anhu, beliau

berkata: Aku mendengar Rasulullah sallallahualaihi wasalam bersabda: Sesungguhnya yang

halal itu jelas dan yang haram itu jelas dan diantara keduanya ada mutasyabihat (perkara-

perkara yang samar) yang kebanyakan manusia tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang

menjaga perkara syubhat, maka dia telah membersihkan agama dan kehormatannya. Dan

barangsiapa yang jatuh kedalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh ke dalam perkara haram,

seperti seorang penggembala yang menggembala kambingnya di sekitar kawasan yang

terlarang yang nyaris kambingnya meragut rumput di dalamnya. Ingatlah bahawa setiap raja

mempunyai kawasan terlarang! Ingatlah bahawa kawasan terlarang Allah ialah apa yang

diharamkanNya. Ingatlah di dalam jasad itu ada segumpal daging; apabila ia baik maka baik

seluruh jasadnya dan apabila ia rosak, maka rosak pula seluruh jasadnya. Ingatlah bahawa

segumpal daging itu adalah hati.

Rasulullah sallallahualaihi wasalam juga pernah bersabda:

‘Umatku yang paling alim tentang halal dan haram adalah Mu’az bin Jabal’

Nama sebenar beliau adalah Abu Abdurrahman al-Ansari dan beliau telah meriwayatkan

sebanyak 157 buah hadis.

Sesungguhnya Rasulullah sallallahualaihi wasalam sendiri selalu berdoa kepada Allah

subhanahuwa Taala:

Ya Allah aku mohon kepadaMu hati yang bersih.

Apatah lagi sebagai umat Baginda diakhir zaman ini, seharusnya kita lebih selalu

mengharapkan agar dikurniakan hati yang bersih kerana ia akan menjana modal insan yang

patuh kepada syariah serta berintegriti tinggi.

PENGHARGAAN

Penulis ingin mengucapkan terima kasih dan merakamkan penghargaan kepada Universiti

Kebangsaan Malaysia kerana menganugerahkan geran Arus Perdana (Geran Arus Perdana

AP-2017-002 / 2) untuk membiayai kajian yang membawa kepada penerbitan karya ini.

The authors would like to acknowledge and thank Universiti Kebangsaan Malaysia for

awarding the Arus Perdana grant (Geran Arus Perdana AP-2017-002/2) to fund the study

which led to the publication of this paper.

Page 17: PERSONALITI JENAMA HALAL MEMUPUK PERADABAN …worldconferences.net/proceedings/icohg2018/fullpaper/6.PERSONALITI... · Malah, kupasan hadis berkaitan halal dan haram dapat memberi

E-PROCEEDING OF THE 1ST HALAL GLOBAL 2018

E-PROCEEDING OF THE 1ST HALAL GLOBAL (ICOHG 2018). (e-ISBN 978-967-0792-25-5). 26 – 27 March 2018, Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur, Malaysia.

Organized by https://worldconferences.net Page 61

RUJUKAN

al-Quran. 2013. Tafsir Pimpinan ar-Rahman kepada pengertian al-Quran. Edisi 22. Putrajaya:

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Asmaa Mohd Arshad (2016). Himpunan Makalah Siri Wacana Pandangan Alam Islam.

Himpunan Keilmuan Muslim (HAKIM).

Fariza Md. Sham, Salasiah Hanim Hamjah & Mohd. Jurairi Sharifudin (2013). Personaliti Dari

Perspektif al-Ghazali. Penerbit UKM.

Imam Al-Nawawi (2012). Syarah Al-Wafi Hadis 40 Bicara Rasulullah S.A.W.SYABAB

Global.

Khairul Anwar Mastor, Hasnan Kasan, Mohamad Mohsin Mohamad Said, Zaharah Hassan,

Fazilah Idris & Fatin Hazwani @ Hasidah Siran (2009). Personaliti & Pembangunan Insan.

Penerbit UKM.

Mastura Mohd. Zain (2016). Arak dan Pencegahannya Di Malaysia. Penerbit IKIM.

Mohd. Anuar Mamat (2016). Pemikiran Pendidikan Imam Abu Hanifah Al-Nu’man Al-‘Alim

Wa Al-Muta’allim. Pusat Pengajian Tinggi Islam, Sains dan Peradaban (CASIS) & Himpunan

Keilmuan Muslim (HAKIM).

Muhammad Fazil Ahmad (2015). Antecedents of Halal Brand Personality. Journal of Islamic

Marketing Vol. 6 Iss 2 pp. 209-223

Prosiding Seminar Kebangsaan Wasatiyyah & Tadbir Urus Prestasi Perkhidmatan Sebagai

Pemangkin Ummah (2017). Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.

Samhani Ismail (2017). Kenapa Babi Tidak Halal?. PTS Publishing House Sendirian Berhad.

Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam (2013). Hidayatus Salikin Fi Suluki Maslakil-Muttaqin. Galeri

Ilmu Sdn. Bhd.

Zulkifli Mohd al-Bakri (2016). Dr. Yusuf Al-Qaradhawi: Halal dan Haram Dalam Islam.

Pustaka Cahaya Kasturi Sdn. Bhd.