PERSONALITI WARNA

10
ABSTRAK Setiap Individu yang wujud di muka bumi ini mempunyai sifat, sikap , gaya dan personaliti tersendiri.Personaliti melambangkan ciri-ciri keperibadian seseorang individu itu yang berbeza daripada seorang manusia dengan manusia yang lain. Mengikut Abdul Majid Mohd. Isa dan Rahil Mahyuddin (1997), personaliti berasal daripada perkataan Latin, persona iaitu topeng yang dipakai oleh pelakon pentas.Mereka menjelaskan bahawa personaliti ialah perkaitan antara pemikiran, emosi dan perasaan dengan perlakuan manusia.Bagaimana manusia menggambarkan pemikiran, emosi dan perasaan mereka adalah perkara yang menjadi kajian ahli psikologi personaliti. PENGENALAN Personaliti ialah sifat-sifat yang dimiliki oleh individu pelajar, seperti sikap, pendirian, nilai, minat dan motivasi.Ujian Personaliti ialah ujian yang digunakan untuk mengukur personaliti pelajar seperti sikap, pendirian, nilai, minat dan motivasi.Ciri-ciri ini diukur melalui alat-alat psikologi yang berbentuk ujian, inventori, indikator atau indeks.Terdapat tiga alat yang dapat digunakan guru untuk mengukur personaliti pelajar:- Inventori laporan kendiri ( apa yang pelajar kata tentang dirinya). Inventori sosiometrik (apa yang pelajar lain/orang lain kata tentang seseorang pelajar). Teknik pemerhatian ( apa yang dibuat oleh pelajar dalam situasi tertentu) Inventori laporan kendiri dan inventori sosiometrik ini boleh ditadbirkan sama ada secara lisan atau secara bertulis menggunakan borang soal selidik atau senarai semak.Contoh senarai semak ialah senarai semak berkaitan dengan masalah yang dihadapi pelajar. Senarai ini memberikan segala masalah yang mungkin dihadapi pelajar, misalnya, yang menyebabkan dia tidak selesa belajar.Ini mungkin meliputi masalah kewangan, keluarga atau kesihatan.Jawapan seseorang pelajar itu mungkin dapat memberikan punca kepada tingkah laku dan personaliti pelajar itu berubah.Selain inventori-inventori ini, terdapat juga ujian personaliti yang dibina melalui hasil penyelidikan atau berdasarkan

description

personaliti warna

Transcript of PERSONALITI WARNA

Page 1: PERSONALITI WARNA

ABSTRAK

Setiap Individu yang wujud di muka bumi ini mempunyai sifat, sikap , gaya dan personaliti

tersendiri.Personaliti melambangkan ciri-ciri keperibadian seseorang individu itu yang

berbeza daripada seorang manusia dengan manusia yang lain. Mengikut Abdul Majid Mohd.

Isa dan Rahil Mahyuddin (1997), personaliti berasal daripada perkataan Latin, persona iaitu

topeng yang dipakai oleh pelakon pentas.Mereka menjelaskan bahawa personaliti ialah

perkaitan antara pemikiran, emosi dan perasaan dengan perlakuan manusia.Bagaimana

manusia menggambarkan pemikiran, emosi dan perasaan mereka adalah perkara yang

menjadi kajian ahli psikologi personaliti.

PENGENALAN

Personaliti ialah sifat-sifat yang dimiliki oleh individu pelajar, seperti sikap, pendirian,

nilai, minat dan motivasi.Ujian Personaliti ialah ujian yang digunakan untuk mengukur

personaliti pelajar seperti sikap, pendirian, nilai, minat dan motivasi.Ciri-ciri ini diukur

melalui alat-alat psikologi yang berbentuk ujian, inventori, indikator atau indeks.Terdapat tiga

alat yang dapat digunakan guru untuk mengukur personaliti pelajar:-

Inventori laporan kendiri ( apa yang pelajar kata tentang dirinya).

Inventori sosiometrik (apa yang pelajar lain/orang lain kata tentang seseorang

pelajar).

Teknik pemerhatian ( apa yang dibuat oleh pelajar dalam situasi tertentu)

Inventori laporan kendiri dan inventori sosiometrik ini boleh ditadbirkan sama ada secara

lisan atau secara bertulis menggunakan borang soal selidik atau senarai semak.Contoh senarai

semak ialah senarai semak berkaitan dengan masalah yang dihadapi pelajar.

Senarai ini memberikan segala masalah yang mungkin dihadapi pelajar, misalnya, yang

menyebabkan dia tidak selesa belajar.Ini mungkin meliputi masalah kewangan, keluarga atau

kesihatan.Jawapan seseorang pelajar itu mungkin dapat memberikan punca kepada tingkah

laku dan personaliti pelajar itu berubah.Selain inventori-inventori ini, terdapat juga ujian

personaliti yang dibina melalui hasil penyelidikan atau berdasarkan teori-teori tertentu seperti:

Keirsey Temperament Test (KTT) dan Edwards Preference Schedule( EPPS ).

Page 2: PERSONALITI WARNA

LATAR

BELAKANG

SEKOLAH

Page 3: PERSONALITI WARNA

KATEGORI MURID.

Murid-murid yang dipilih adalah terdiri daripada murid-murid dari kelas tahun 6 Bestari

( berumur 12 tahun ).Mereka ini merupakan murid-murid cemerlang dan berpotensi untuk

mendapat “5A” dalam Peperiksaan UPSR 2013 yang akan datang nanti..Saya memilih 10

orang murid yang terdiri daripada 5 orang murid lelaki dan 5 orang murid perempuan. Mereka

ini terdiri daripada latar belakang keluarga yang berbezaPemilihan tersebut adalah

berdasarkan pemerhatian yang telah saya lakukan terhadap murid-murid di kelas 6 Bestari.

Alhamdulillah, murid-murid yang terpilih telah memberikan kerjasama dan komitmen yang

cukup baik sepanjang menjawan Ujian Inventori Personaliti Warna tersebut.

Bersama-sama ini saya sertakan senarai nama murid lelaki dan perempuan yang sama-

sama membantu saya dalam menyiapkan tugasan kajian berkaitan Ujian Inventori Warna .

SENARAI NAMA

MURID LELAKI

1. Mohamad Fathul Qayyum Bin Mohd. Said.

2. Muhammad Abid Danish Bin Ariffin

3. Emier Rafiqie Bin Mohd. Azham

4. Mohd. Aiman Zulikhwan Bin Zulkifli

5. Muhammad Nur Aliif Bin Mohd. Zin.

SENARAI NAMA

MURID PEREMPUAN

1. Nur Amiera Binti Mohamad Azmi

2. Siti Hafizah Binti Abdul Majid

3. Nurul Ashiqin Quratulain Binti Ismail Azmi

4. Aimi Fasehah Binti Mohd. Shafie

5. Ayu Hani Uzma Binti Mohd. Razali

Page 4: PERSONALITI WARNA

RASIONAL DALAM PEMILIHAN UJIAN PERSONALITI

WARNA.

TEORI PERSONALITI WARNA

Mengikut Falt (1999) sejarah penggunaan teori personaliti warna dimulakan oleh Don

Lowry melalui kad-kad aktiviti True Colors.Don Lowry adalah seorang usahawan dan anak

murid kepada David Kiersey.David Kiersey adalah ahli terapi yang telah memperkenalkan

jenis personaliti iaitu Apollonian, Dionysian, Promethean dan Epimethean (Hauck 1998).Don

Lowry telah menggunakan model personaliti yang diperkenalkan oleh Keirsey untuk

dijadikan asas bagi mencipta True Colors.True Colors yang dibuat oleh Lowry ini adalah

merupakan sejenis kad-kad permainan yang berasaskan personaliti yang melibatkan 4 jenis

warna iaitu EMAS, JINGGA, BIRU dan HIJAU.

Inventori Personaliti Warna ini adalah inventori yang mengandungi 100 item yang

mempunyai format jawapan “YA” atau “TIDAK”.Respons individu (murid-murid) kepada

item-item yang terkandung dalam alat ukuran ini dikatakan dapat menerangkan ciri-ciri

personaliti individu.Inventori Personaliti Warna atau juga dikenali sebagai IPW mempunyai 4

skala iaitu skala emas, hijau, biru dan jingga. Inventori Personaliti Warna adalah satu alat

ukuran yang dibina bertujuan untuk mengukur atau mengenal pasti ciri-ciri personaliti

berasaskan personaliti warbna emas, biru, hijau dan jingga.

Warna EMAS – melambangkan seseorang yang mengikut peraturan &

bertanggungjawab

Warna HIJAU – melambangkan sesorang yang mementingkan intuisi pemikiran

& mempunyai perasaan ingin tahu tang tinggi

Warna BIRU – melambangkan seseorang yang mementing intuisi perasaan &

sukakan keharmonian.

Warna JINGGA – melambangkan seseorang yang gemarkan pengalaman & suka

mengembara.

Item-item yang terdapat di dalam Inventori Personaliti Warna ini, mudah

difahami oleh murid-murid terutamanya di kalangan murid sekolah

rendah.Begitu juga , murid-murid hanya perlu menjawab “YA” atau

“Tidak” bagi mengukur atau mengenal personaliti murid-murid tersebut.

Page 5: PERSONALITI WARNA

STRATEGI DALAM MELAKSANAKAN INVENTORI

PERSONALITI WARNA.

1. Dalam merancang dan mengendalikan satu kajian , terutamanya yang melibatkan

murid-murid khasnya murid-murid di sekolah rendah , bukanlah satu tugas yang

mudah.Persediaan , ketelitian dan pemudahcara harus di rancang dengan teliti, agar

program atau kajian yang dirancang itu dapat dilakukan atau dijalankan dengan

tersusun dan lancar.

2. Apabila saya mendapat tugasan untuk membuat kajian kerja kursus berkaitan

Inventori Personaliti, saya mula mencari bahan-bahan di dalam internet berkaitan jenis-

jenis Inventori Personaliti.Setelah saya membuat beberapa kajian , saya mengambil

keputusan untuk memilih Inventori Personaliti Warna untuk tugasan tersebut.Saya

dapati item-item soalan yang terdapat di dalam Inventori Personaliti Warna , agak

mudah difahami oleh murid-murid terutamanya murid-murid di sekolah rendah.

3. Alhamdulillah, rakan bimbingan saya di Sekolah Kebangsaan Jalan Tajung,

Sijangkang, Kuala Langat telah memberikan saya satu contoh set borang Ujian

Inventori Warna kepada saya.Terima kasih.Setelah itu, saya mula membuat pemilihan

murid-murid yang akan menjadi klien saya dalam memgisi borang Ujian Inventori

Personaliti Warna ini.Akhirnya, saya mengambil keputusan untuk memilih di kalangan

murid Tahun 6 Bestari (kelas cemerlang) seramai 10 orang iaitu terdiri daripada 5

murid lelaki dan 5 murid perempuan.

4. Apabila tiba waktu dan tikanya, saya memanggil murid-murid tersebut untuk

menjawab soalan-soalan tersebut di Bilik APD (Bilik Tayang) untuk keselesaan

muurid-murid tersebut, memandangkan Bilik APD dilengkapi dengan penghawa

dingin dan jauh daripada keriiuhan suara guru mengajar di dalam kelas.Dengan itu,

saya dengan penuh harapan agar, murid-murid tersebut dapat menjawab dengan selesa

dan tenang.

Page 6: PERSONALITI WARNA

5. Alhamdulillah, setelah diberi penerangan dan tunjukajar bagaimana cara untuk

menjawab dan mengisi borang Inventori Personaliti Warna tersebut, murid-murid

seramai 10 orang itu cepat memahami kehendak soalan-soalan tersebut.

6. Setelah selesai menjawab, saya telah berjumpa seorang demi seorang untuk

menerangkan keputusan personaliti murid-murid tersebut dan mereka bersetuju dengan

keputusan warna yang diperolehi oleh mereka.

KEPUTUSAN INVENTORI PERSONALITI WARNA

Setelah murid-murid mengisi dan menjawab borang Ujian Inventori Personaliti

warna tersebut , dengan itu saya dapati mereka ini adalah terdiri daripada murid-murid

pelapis yang bakal menjadi pemimpin di masa hadapan.Bersama-sama ini saya serta

keputusan Ujian Inventori Personaliti Warna murid-murid tersebut.

SENARAI KEPUTUSAN

( MURID LELAKI )

1. Mohamad Fathul Qayyum Bin Mohd. Said. - JINGGA

2. Muhammad Abid Danish Bin Ariffin - JINGGA

3. Emier Rafiqie Bin Mohd. Azham - HIJAU

4. Mohd. Aiman Zulikhwan Bin Zulkifli - EMAS

5. Muhammad Nur Aliif Bin Mohd. Zin. – EMAS

SENARAI KEPUTUSAN

( MURID PEREMPUAN )

1. Nur Amiera Binti Mohamad Azmi - JINGGA

2. Siti Hafizah Binti Abdul Majid – HIJAU/BIRU

3. Nurul Ashiqin Quratulain Binti Ismail Azmi - EMAS

Page 7: PERSONALITI WARNA

4. Aimi Fasehah Binti Mohd. Shafie - JINGGA

5. Ayu Hani Uzma Binti Mohd. Razali – EMAS

Kesimpulan daripada keputusan Inventori Personaliti Warna, saya dapati murid-murid

ini :-

Warna Jingga – 4 orang. ( murid yang suka mengembara ( adventure )

Warna Emas – 4 orang ( murid yang bertanggungjawab)

Warna Hijau – 2 orang ( murid yang mempunyai perasaan ingin tahu )

Warna Biru – 1 orang ( murid yang suka keharmonian – mesra )

IMPLIKASI KE ATAS MURID DAN PENTADBIRAN.

Apabila keputusan telah diperolehi, saya telah berbincang dan menerangkan tentang warna

personaliti yang telah diperolehi oleh murid-murid tersebut.Saya dapati murid-murid ini

mengakui akan kebenaran keputusan tentang personaliti warna mereka.Sememangnya

keputusan tersebut menepati ciri-ciri dan sifat-sifat yang mereka miliki di dalam diri

mereka.Mereka amat teruja dan menyatakan bahawa itulah sebenarnya diri mereka.

Sememangnya murid-murid tersebut adalah murid-murid yang cemerlang.Sesungguhnya,

saya selaku Guru Bimbingan menyatakan kepada murid-murid tersebut bahawa keputusan ini

bukannya satu ramalan atau rekaan semata-mata.Tetapi ianya adalah salah satu usaha , dalam

membimbing murid-murid untuk mengenali diri mereka sendiri dan juga agar guru-guru dapat

memahami personaliti dan karektar murid-murid yang diajar.

Di samping itu juga, saya telah mengedarkan borang Inventori Personaliti Warna tersebut

kepada semua guru di sekolah saya, sebagai satu kajian dalam memahami dan mengenali

personaliti guru-guru di sekolah saya.Saya dapati semua guru telah memberikan kerjasama

dan respon yang cukup baik.Sememangnya saya dapati , bahawa guru-guru cukup teruja

untuk mengisi borang Inventori Personaliti Warna tersebut dan ingin mengetahui warna

personaliti diri mereka.Namun begitu, guru-guru mengharapkan agar Guru Bimbingan dapat

memberikan pendedahan dan penerangan berkaitan apa jua ilmu yang berkaitan tentang diri

murid-murid dan di harapkan agar ianya dapat memberikan kebaikan bersama dalam

kecemerlangan akademik dan pembentukan sahsiah murid-murid di sekolah.

Page 8: PERSONALITI WARNA

CADANGAN DAN PENUTUP.

Kesimpulan dari kajian dan pemerhatian saya , saya dapati Inventori Personaliti Warna

ini , merupakan salah satui cara dalam kita sebagai seorang guru untuk memahami personaliti

murid-murid di sekolah.Sesungguhnya murid-murid ini mempunyai pelbagai personaliti dan

juga persekitaran yang berbeza.

Oleh yang demikian, ujian personaliti ini merupakan salah satu bentuk pengukuran yang

menggambarkan penggunaan persampelan tingkahlaku bagi membuat keputusan berhubung

individu tertentu.Ia juga merupakan satu instrumen yang bertujuan mengukur pelbagai

karektor yang berkait dengan tingkah laku manusia terutamanya tingkah laku interpersonal

terutamanya di kalangan murid-murid sekolah.Oleh itu ujian ini menyatakan, bahawa individu

mempunyai pelbagai karektor tertentu dan akan menjawab soalan tertentu secara berbeza

daripada individu yang kurang menunjukkan karektor tersebut.

SESUNGGUHNYA MANUSIA ITU DICIPTAKAN OLEH ALLAH DENGAN

KEADAAN YANG BERBEZA.................

Page 9: PERSONALITI WARNA

PENGHARGAANSalam hormat dan penuh takzim.

Dengan rasa penuh kesyukuran , dan dengan izin dan petunjuk dari Allah SWT, akhirnya saya berjaya menyiapkan tugasan kajian Inventori Personali Warna yang telah diberikan oleh Puan Dr. Khamsiah Bin Ismail dengan jayanya.Dengan penuh keazaman dan keyakinan saya laksanakn tugasan ini dengan penuh kegigihan.

Bukan satu perkara yang mudah untuk memberikan serta melaksanakan satu tugasan kajian yang melibatkan di kalangan pelajar.Banyak rintangan yang perlu saya lalui dan perlu saya tempuhi untuk melakukan tugasan kajian tersebut.Dengan bebanan tugas sebagai seorang guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa di sekolah dan juga setiausaha Unit Induk Hal Ehwal Murid banyak tugasan yang perlu saya selesaikan memandangkan Jemaah Nazir Sekolah akan mengadakan lawatan pemantauan ke sekolah saya yang berkaitan tentang Unit Hal Ehwal Murid.

Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada rakan sejawatan saya iaitu Puan Khariati Binti Mohd. Akhiyar ( Guru Bimbingan 1 ), rakan-rakan guru di sekolah saya dan khasnya kepada murid-murid yang terlibat dalam menyelesaikan tugasan kajian Inventori Personaliti Warna dan juga khasnya kepada pensyarah saya iaitu Puan Dr. Khamsiah yang telah memberikan beberapa maklumat penting dan juga sering memberikan dorongan dan keyakinan kepada saya dan juga rakan-rakan sekelas yang lain dalam membimbing kami agar menjadi seorang kaunselor yang sebenarnya suatu hari nanti.

Semoga tugasan kajian ini dapat memberikan kami ilmu yang cukup bermanfaat, tatkala kami bergelar kaunselor kelak.INSYA-ALLAH.

Page 10: PERSONALITI WARNA

SEMOGA USAHA INI DIBERKATI OLEH Allah SWT.

AMIN............AMIN. YA.RABBAL ALAMIN.