PERTANDINGAN INOVASI DAN KREATIF HOSPITAL SRI...

5
PERTANDINGAN INOVASI DAN KREATIF PERINGKAT HOSPITAL SRI AMAN 2015 Tarikh Pertandingan : 25 Jun 2015 Tempat : Asrama Pembantu Perubatan, Jalan Sabu Pertandingan KIK ini di adakan bagi memberikan pendedahan kepada setiap warga kerja yang berfikiran kreatif dan inovatif bagi mencari penyelesaian kepada sesuatu masalah. Selain itu ia bertujuan untuk memberikan idea dan kreativiti serta bakat dalam merekacipta. Terdapat 6 kumpulan telah berjaya menghantar penyertaan mereka. Kumpulan-kumpulan ini disertai daripada pelbagai unit. Kumpulan-kumpulan ini adalah:- Kumpulan I Medic Q : Gabungan unit Pentadbiran & ETU Tajuk Projek :- Troli Penghantaran Silinder Oksigen Perubatan Kumpulan Q7 : Gabungan unit Xray, Rekod Perubatan & Melor 3 Tajuk Projek :- Ubahsuai Intravenous Line Splint Untuk Pesakit Kanak-kanak Kumpulan VSST : Gabungan Unit Farmasi, Kerja Sosial & Kenangan Tajuk Projek :- Nipple Everter For Inverted Nipple Kumpulan Shui : Gabungan Unit Patologi, Sajian & Dietetik & Kawalan Infeksi Tajuk Projek :- Pengesan Pembaziran Air Secara Domestik Kumpulan Turpedo : Gabungan Unit Melor 1 & Melor 2 Tajuk Projek :- Rak Penyimpanan Silinder Oksigen Kumpulan Sri Simanggang : Gabungan Unit Optometri, Bedah & Klinik Pakar Tajuk Projek :- Multi Purpose Blanket Semua kumpulan dikehendaki menghantar buku projek pada 22 Jun 2015 dan buku projek itu telah dinilai oleh para juri pada hari yang sama.

Transcript of PERTANDINGAN INOVASI DAN KREATIF HOSPITAL SRI...

PERTANDINGAN INOVASI DAN KREATIF PERINGKAT HOSPITAL SRI AMAN 2015

Tarikh Pertandingan : 25 Jun 2015

Tempat : Asrama Pembantu Perubatan, Jalan Sabu

Pertandingan KIK ini di adakan bagi memberikan pendedahan kepada setiap warga kerja

yang berfikiran kreatif dan inovatif bagi mencari penyelesaian kepada sesuatu masalah. Selain itu ia

bertujuan untuk memberikan idea dan kreativiti serta bakat dalam merekacipta.

Terdapat 6 kumpulan telah berjaya menghantar penyertaan mereka. Kumpulan-kumpulan

ini disertai daripada pelbagai unit. Kumpulan-kumpulan ini adalah:-

Kumpulan I Medic Q : Gabungan unit Pentadbiran & ETU

Tajuk Projek :- Troli Penghantaran Silinder Oksigen Perubatan

Kumpulan Q7 : Gabungan unit Xray, Rekod Perubatan & Melor 3

Tajuk Projek :- Ubahsuai Intravenous Line Splint Untuk Pesakit Kanak-kanak

Kumpulan VSST : Gabungan Unit Farmasi, Kerja Sosial & Kenangan

Tajuk Projek :- Nipple Everter For Inverted Nipple

Kumpulan Shui : Gabungan Unit Patologi, Sajian & Dietetik & Kawalan Infeksi

Tajuk Projek :- Pengesan Pembaziran Air Secara Domestik

Kumpulan Turpedo : Gabungan Unit Melor 1 & Melor 2

Tajuk Projek :- Rak Penyimpanan Silinder Oksigen

Kumpulan Sri Simanggang : Gabungan Unit Optometri, Bedah & Klinik Pakar

Tajuk Projek :- Multi Purpose Blanket

Semua kumpulan dikehendaki menghantar buku projek pada 22 Jun 2015 dan buku projek

itu telah dinilai oleh para juri pada hari yang sama.

Manakala pada 24 Jun 2015, semua kumpulan dikehendaki menghantar bahan projek dan

bahan projek tersebut terus dinilai oleh para juri.

Hari kemuncak Pertandingan KIK adalah pada 25 Jun 2015. Kesemua kumpulan yang

bertanding telah berjaya mempersembahkan bahan projek mereka dengan jayanya. Kumpulan yang

memenangi pertandingan ini akan dihantar penyertaan mereka ke konvensyen inovasi yang akan

berlangsung pada bulan Oktober ini di Kapit.

Berikut merupakan keputusan Pertandingan KIK peringkat Hospital Sri Aman 2015 :

Johan : Kumpulan I Medic Q

Tempat Kedua : Kumpulan Turpedo

Tempat Ketiga : Kumpulan Q7

Johan : Kumpulan I Medic Q Tempat Kedua : Kumpulan Turpedo

Tempat Ketiga : Kumpulan Q7 Saguhati : Kumpulan Sri Simanggang

Saguhati : Kumpulan Shui Saguhati : Kumpulan VSST

Ucapan Penggulungan daripada pihak juri di mana pihak juri amat berpuas hati dengan

komitmen yang telah ditunjukkan oleh kesemua kumpulan yang bertanding. Hasil daripada rekaan

setiap kumpulan amatlah menarik dan berjaya menyelesaikan masalah yang sering dihadapi oleh

kakitangan ataupun pesakit di hospital. Para juri berharap pertandingan seumpama ini akan terus

dilaksanakan pada masa akan datang.

\

WAJAH-WAJAH PEMENANG BESERTA PROJEK & HADIAH YANG DIMENANGI

Kumpulan I Medic Q : Troli Penghantaran Silinder Oksigen Perubatan

Kumpulan Turpedo : Rak Penyimpanan Silinder Oksigen

Kumpulan Q7 : Ubahsuai Intravenous Line Splint Untuk Pesakit Kanak-kanak

Kumpulan VSST : Nipple Everter For Inverted Nipple

Kumpulan Sri Simanggang : Multi-Purpose Blanket

Kumpulan Shui : Pengesan Pembaziran Air Secara Domestik