PERTANYAAN - mpob.gov.my · PDF fileLatihan amali akan diadakan di tapak semaian bagi...
-
Upload
dangkhuong -
Category
Documents
-
view
455 -
download
6
Transcript of PERTANYAAN - mpob.gov.my · PDF fileLatihan amali akan diadakan di tapak semaian bagi...
Lembaga minyak Sawit maLaySia (mPOb)Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi
www.mpob.gov.my
Tandakan (4) pada kawasan yang diingini.
wilayah Sarawak(28-29 Mac 2017)
wilayah timur/Selatan (18-19 April 2017)
wilayah Utara (22-23 Ogos 2017)
wilayah Sabah(26-27 September 2017)
wilayah tengah(24-25 Oktober 2017)
PERTANYAANBorang pendaftaran yang lengkap berserta salinan kad pengenalan dan pembayaran hendaklah dialamatkan seperti berikut:
ketua Pengarah mPObLembaga minyak Sawit malaysia
6, Persiaran institusibandar baru bangi
43000 kajang, Selangor(u/p: Unit Pembangunan Insan &
Pengurusan Persidangan)
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:
norhaliza kasmuriNo. Tel : 03-8769 4570 atau 8925 3460E-mel : [email protected]
mohd Hakeem Osman No. Tel : 03-8769 4396E-mel : [email protected]
Faks : 03-8925 7549
nota Penting
Peserta kursus dikehendaki menduduki peperiksaan praktikal dan teori bagi melayakkan mendapat sijil kursus.
Yuran pendaftaran tidak dikembalikan sekiranya peserta/pengganti gagal menghadiri kursus.
Penganjur berhak membuat perubahan tanpa sebarang notis.
PENDAHULUAN Penggunaan anak benih yang bermutu tinggi merupakan salah satu faktor terpenting dalam usaha meningkatkan produktiviti sawit di peringkat ladang. Menanam anak benih yang berkualiti serta mempraktikkan pengurusan dan amalan agronomi yang betul, akan menghasilkan buah tandan segar (BTS) yang bermutu dengan hasil yang tinggi. Oleh itu, pemilihan anak benih adalah kritikal bagi penanaman sawit yang mempunyai hayat ekonomi melebihi 25 tahun. Pemilik ladang akan mengalami kerugian jika menanam anak benih yang tidak berkualiti. Oleh itu, pengusaha nurseri bertanggungjawab untuk membekalkan anak benih berkualiti kepada industri sawit.
OBJEKTIF• Memberi pengetahuan secara jelas dan mendalam
mengenai pengurusan nurseri sawit mengikut piawai yang ditetapkan.
• Memberipendedahantentangpiawaiyangdiperlukanoleh pengusaha nurseri sawit bagi memenuhi kriteria Kod Pensijilan Nurseri Sawit atau Code of Practice for Oil Palm Nurseries (CoPN).
• Memberi pendedahan tentang peraturan danperundangan di samping penilaian dari sudut ekonomi bagi mengusahakan perniagaan nurseri sawit.
YURAN DAN PENDAFTARANYuran pendaftaran yang dikenakan kepada peserta ialah Rm 600 (Ringgit Malaysia: Enam Ratus). Bayaran hendaklah dibuat dalambentuk cek atau draf bank ataukiriman wang pos di atas nama ‘Lembaga minyak Sawit malaysia’. Peserta digalakkan membuat pembayaran yuran pendaftaran sebelum kursus.
*Yuran kursus termasuk 6% cukai barang & perkhidmatan (GST) - No. GST: 001823555584.
Yuran yang dikenakan termasuk bahan-bahan kursus iaitu nota syarahan, makan tengah hari, minum pagi/petang dan pengangkutan ke tempat praktikal semasa kursus.
Jumlah peserta yang boleh diterima adalah terhad iaitu seramai 50 orang untuk setiap wilayah.
Tempat penginapan peserta kursus tidak disediakan dan menjadi tanggungan peserta sendiri.
Pendaftaran hendaklah dibuat melalui borang yang dilampirkan. Tarikh tutup pendaftaran adalah dua minggu sebelum tarikh kursus.
SIAPA YANG PATUT HADIRKursus ini dirangka untuk pengusaha dan sesiapa yang berminat bagi meningkatkan tahap kualiti pengurusan nurseri sawit.
SYARAT KURSUS• WarganegaraMalaysia.• BolehmenulisdanmembacaBahasaMalaysia.• Sihattubuh/badan.• Umurtidakkurang18tahun.
KANDUNGAN KURSUSSyarahan dan latihan semasa kursus akan disampaikan oleh pensyarah dan jurulatih yang berkelayakan serta pakar dalam tajuk berkaitan dari MPOB dan industri. Bahasa pengantar adalah Bahasa Malaysia.
Tajuk-tajuk kursus adalah:
• PengurusanNurseriSawit• KodPensijilanNurseriSawit(CoPN)• Aspek-aspekEkonomiNurseriSawit• PengawalseliaanNurseriSawit
Latihan amali akan diadakan di tapak semaian bagi mempelajari kaedah pengurusan dan penyelenggaraan nurseri sawit yang betul.
bORang PenDaFtaRankURSUS PengURUSan Dan PenyeLenggaRaan
nURSeRi Sawit
1. NAMASYARIKAT/ORGANISASI
2. ALAMATPEJABAT
3. NO.LESENMPOB TARIKH TARIKH (Jika ada) MULA TAMATTEMPOH
4.NO.TELEFON 5.NO.FAKS
6.NAMAPESERTA7.NO.K/PBARU 8.JAWATAN
9.ALAMATSURAT-MENYURAT
E-mel : ________________________________________________10.NO.TELEFONRUMAH 11.NO.TELBIMBIT
12. Yuran Pendaftaran RM: ____________________________ (Ringgit Malaysia: ______________________________________
___________________ ) SayalampirkanCek/BankDraf/WangPosbernombor:
____________________ bernilai RM __________ sebagai Yuran Pendaftaran. Tarikh: ____________________________
Tandatangan: ______________________
Nama: ____________________________
Jawatan: __________________________