Perubatan-Tradisional

16
4.0 Perubatan Tradisional di Malaysia Oleh: Angelina a/p Das, Bayindra Saiful, Look Choon Wen, Tee Yih Chiann, Vimalapriya a/p Alagapan, Wong Mei Ti Abstrak Kajian ini bertujuan untuk mengulas tentang topik perubatan tradisional pelbagai etnik di Malaysia dengan berasaskan kepada pelbagai sumber ilmiah dan hasil soal selidik kami terhadap 40 orang responden tentang pandangan mereka terhadap perubatan tradisional di Malaysia. 4.1 Pengenalan Perubatan tradisional merupakan sejenis perubatan pra-saintifik bagi sesuatu kaum. Setiap kaum mempunyai perubatan tradisional yang berbeza. Jenis perubatan tradisional yang terdapat di Malaysia termasuklah perubatan tradisional Melayu, Cina, India, Iban dan sebagainya. Perubatan tradisional adalah berbeza daripada perubatan moden kerana perubatan tradisional lebih banyak menggunakan bahan semula jadi. 4.2 Hasil Kajian Berdasarkan hasil soal selidik kami terhadap 40 orang responden yang terdiri daripada 10 orang bagi setiap kaum, iaitu Melayu, Cina, India dan etnik di Sabah dan Sarawak, kami dapat merumuskan hasil kajian kami dalam jadual berikut: Soalan Pilihan Melay u Cina India Etnik Sabah Sarawa k Jumlah Pemahaman terhadap PT Tidak 0 4 2 1 7 Sedikit 3 4 5 2 14 Faham 7 2 3 7 19 Pilihan kaedah PT 4 0 2 4 10

description

hubungan etnik

Transcript of Perubatan-Tradisional

Page 1: Perubatan-Tradisional

4.0 Perubatan Tradisional di Malaysia

Oleh:

Angelina a/p Das, Bayindra Saiful, Look Choon Wen, Tee Yih Chiann, Vimalapriya a/p

Alagapan, Wong Mei Ti

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk mengulas tentang topik perubatan tradisional pelbagai etnik di

Malaysia dengan berasaskan kepada pelbagai sumber ilmiah dan hasil soal selidik kami terhadap

40 orang responden tentang pandangan mereka terhadap perubatan tradisional di Malaysia.

4.1 Pengenalan

Perubatan tradisional merupakan sejenis perubatan pra-saintifik bagi sesuatu kaum. Setiap

kaum mempunyai perubatan tradisional yang berbeza. Jenis perubatan tradisional yang terdapat di

Malaysia termasuklah perubatan tradisional Melayu, Cina, India, Iban dan sebagainya. Perubatan

tradisional adalah berbeza daripada perubatan moden kerana perubatan tradisional lebih banyak

menggunakan bahan semula jadi.

4.2 Hasil Kajian

Berdasarkan hasil soal selidik kami terhadap 40 orang responden yang terdiri daripada 10

orang bagi setiap kaum, iaitu Melayu, Cina, India dan etnik di Sabah dan Sarawak, kami dapat

merumuskan hasil kajian kami dalam jadual berikut:

Soalan Pilihan Melayu Cina India

Etnik

Sabah

Sarawak

Jumlah

Pemahaman terhadap

PT

Tidak 0 4 2 1 7

Sedikit 3 4 5 2 14

Faham 7 2 3 7 19

Pilihan kaedah

perubatan utama

PT 4 0 2 4 10

PM 6 10 8 6 30

Kepercayaan terhadap

keberkesanan PT

Percaya 9 4 6 9 29

Tidak 1 6 4 1 11

Pemilihan PT sebagai

rawatan alternatif

Ya 10 4 6 9 40

Tidak 0 6 4 1 10

Patutkah PT dikekalkanYa 10 8 9 10 37

Tidak 0 2 1 0 3

PT = Perubatan Tradisional PM = Perubatan Moden

Jadual 1: Pandangan responden terhadap perubatan tradisional di Malaysia.

Page 2: Perubatan-Tradisional

Berdasarkan hasil kajian, kami mendapati bahawa pandangan setiap etnik di Malaysia

terhadap perubatan tradisional adalah agak berbeza. Bagi kaum Melayu, majoriti responden

menunjukkan respon positif terhadap perubatan tradisional. Purata responden mempunyai

pemahaman yang baik tentang perubatan tradisional, iaitu 7 orang memahami, 3 orang serba tahu

manakala tidak ada responden yang tidak tahu tentang perubatan tradisional. Semua responden

Melayu yang disoal selidik dapat menerima perubatan tradisonal sebagai perubatan alternatif

untuk menggantikan perubatan moden dan berpendapat bahawa perubatan tradisional seharusnya

dikekalkan.

Bagi kaum Cina pula, respon yang diberikan terhadap perubatan tradisional adalah kurang

memberangsangkan. Kebanyakan responden kurang memahami perubatan tradisional dengan

jumlah 4 orang yang tidak memahami langsung, 4 serba tahu dan hanya 2 yang memahami.

Kesemua respoden memilih perubatan moden sebagai pilihan utama mereka berbanding dengan

perubatan tradisional. Malah, lebih daripada separuh responden tidak mempunyai keyakinan

terhadap keberkesanan perubatan tradisional dan tidak sanggup memilih perubatan tradisional

sebagai perubatan alternatif.

Kaum India menunjukkan respon yang lebih positif jika dibandingkan dengan responden

Cina. Purata pemahaman respoden India terhadap perubatan tradisional adalah agak kurang, iaitu

2 orang tidak memahami langsung, 5 orang serba tahu dan hanya 3 orang yang memahami.

Namun, dari segi kepercayaan terhadap keberkesanan perubatan tradisional, lebih daripada

separuh respondon menunjukkan respon positif, iaitu 6 orang percaya dan 4 orang tidak percaya.

Majoriti daripada reponden, iaitu 9 orang setuju dan hanya seorang yang tidak setuju terhadap

pendapat bahawa perubatan tradisional sepatutnya dikekalkan.

Bagi etnik di Sabah dan Sarawak, majoriti daripada mereka menunjukkan respon yang

positif seperti kaum Melayu. Dari segi pemahaman terhadap perubatan tradisional, 7 orang

responden menunjukkan pemahaman yang baik, 2 orang serba tahu dan hanya seorang yang

tidak tahu. 9 orang responden memilih perubatan tradisional sebagai perubatan alternatif dan

percaya akan keberkesanan perubatan tradisional.

Rumusnya, kaum Melayu dan etnik di Sabah dan Sarawak didapati lebih memahami dan

mempercayai kaedah perubatan tradisional berbanding dengan kaum Cina dan India yang lebih

menjurus kepada perubatan moden. Hal ini mungkin disebabkan oleh latar belakang keluarga dan

juga kurang pendedahan kepada perubatan tradisional. Kaum Melayu serta etnik di Sabah dan

Sarawak mempunyai pendedahan yang lebih terhadap perubatan tradisional disebabkan oleh

kepercayaan ahli keluarga masing-masing terhadap perubatan tradisional. Faktor tempat tinggal

juga memainkan peranan dalam kes ini. Masyarakat yang tinggal di kawasan bandar lebih

bergantung kepada perubatan moden kerana mempunyai akses yang lebih baik berbanding

dengan perubatan tradisional. Sebaliknya juga kepada masyarakat kampung yang lebih kerap

menggunakan perubatan tradisional.

Page 3: Perubatan-Tradisional

4.3 Perubatan Tradisional Melayu

Sejak dari zaman dahulu lagi, masyarakat Melayu terkenal dengan perubatan tradisional

yang mampu merawat pelbagai jenis penyakit. Walaupun zaman telah berubah dan perubatan

moden yang melibatkan penggunaan pelbagai teknologi moden mula bertapak kukuh dan menjadi

tumpuan ramai pesakit, namun perubatan tradisional masyarakat Melayu masih lagi kekal dan

dipraktikkan terutamanya dalam kalangan masyarakat Melayu di kampung. Hal ini disebabkan oleh

penggunaan bahan semula jadi sebagai sumber rawatan yang tidak mendatangkan kesan

sampingan kepada pesakit dan juga kos rawatan yang jauh lebih murah.

Menurut Norhalim Haji Ibrahim (1997), jenis-jenis perubatan tradisional masyarakat Melayu

dapat dibahagikan kepada beberapa jenis. Antaranya ialah perubatan bomoh, rawatan ramuan

herba dan rawatan urut.

4.3.1 Perubatan Bomoh

Menurut Farah Dayana (1998), perbomohan merupakan upacara yang dijalankan oleh Tok

Bomoh dengan menggunakan ubat-ubatan tradisional, mantera dan jampi-jampi yang tertentu

untuk mengubati pesakit. A. Samad Ahmad (2005) mengatakan bahawa penyakit yang diubati

biasanya merupakan penyakit ganjil yang tidak dapat diubati menggunakan perubatan moden

seperti penyakit-penyakit yang dipercayai berpunca daripada gangguan makhluk ghaib seperti

histeria, santau dan rasukan hantu. Untuk menghalau gangguan makhluk ghaib tersebut daripada

menyakiti tubuh badan pesakit, Tok Bomoh akan menggunakan mantera dan jampi untuk menyeru

pertolongan khadam-khadam bagi memberikan rawatan kepada pesakit. Upacara perbomohan

perlu dijalankan pada masa dan tarikh yang sesuai untuk memastikan kelancaran proses

penyembuhan supaya tidak diganggu oleh unsur-unsur luar. Selain itu, bomoh akan cuba meramal

dan menilik jenis-jenis penyakit terlebih dahulu sebelum memulakan upacara penyembuhan.

Haliza Mohd Riji (2005) menegaskan beberapa prinsip yang perlu dipatuhi semasa

melakukan rawatan perbomohan. Antaranya ialah:

i. Mesti didasari dengan sumber-sumber dari al-Quran dan al-Sunnah serta sumber-

sumber perundangan yang diiktiraf oleh Islam.

ii. Tidak melibatkan penggunaan ubat-ubatan yang diharamkan oleh syuara.

iii. Pertolongan daripada makhluk halus atau jin adalah diharamkan.

Perubatan bomoh memerlukan bahan-bahan spesifik seperti air suci, daun, bunga, akar pokok dan sebagainya untuk membolehkan pelaksanaan proses perbomohan.

Orang luar dilarang mengganggu Tok Bomoh semasa rawatan perbomohan dilakukan.

Page 4: Perubatan-Tradisional

4.3.2 Rawatan Ramuan Herba

Kebanyakan sumber yang digunakan untuk merawat penyakit dalam perubatan tradisional

merupakan herba-herba semula jadi yang terdapat di sekeliling kita. Menurut Muhammad Abdin

(2002), ramai pengamal perubatan tradisional Melayu berpendapat bahawa khasiat perubatan

terletak pada akar tumbuhan. Pada pandangan pengamal perubatan tradisional Melayu, zat

tumbuhan boleh dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu:

i. Zat besi untuk menguatkan darah.

ii. Zat kawi untuk menstabilkan perjalanan fungsi tubuh.

iii. Zat kapur untuk menyejukkan badan.

Berikut merupakan beberapa contoh herba yang dikemukakan oleh Zainatul Syuhaida bt

Abdul Rahman (2003) dalam perubatan tradisional masyarakat Melayu di Malaysia:

Hempedu Bumi Pegaga Misai Kucing

Merawat kencing manis,

demam dan kahak.

Merawat luka.

Merawat kesan gigitan

serangga.

Pelawas pembuangan air

besar.

Mengurangkan tekanan

darah tinggi.

Menguatkan salur darah

dan kapilari.

Merawat kejang kaki dan

bengkak kaki.

Merawat batuk darah.

Mencuci darah.

Merawat gout, athiris

dan kencing manis.

Mencegah

pembentukan batu

karang.

Mencegah diabetes.

Selain daripada herba-herba di atas, terdapat banyak lagi herba yang boleh merawat

pelbagai jenis penyakit. Contoh-contoh lain termasuklah Tongkat Ali untuk meningkatkan syawat

kaum lelaki, Putar Wali untuk merawat penyakit kencing manis, Kadok untuk merawat sakit gigi,

Kacip Fatimah untuk mengembalikan kecergasan selepas bersalin dan Senduduk Putih untuk

merawat cirit birit.

Herba-herba berkhasiat sememangnya mudah didapati di sekeliling kita. Oleh itu, kos

rawatan menggunakan herba adalah amat rendah dan menjimatkan. Kebanyakan herba yang

digunakan dalam perubatan tradisional tidak mendatangkan sebarang kesan sampingan kepada

tubuh badan manusia kerana herba merupakan ubat semula jadi yang berkhasiat dan tidak

mengandungi sebarang bahan kimia. Penggunaan herba untuk tujuan rawatan perlu dilakukan

mengikut langkah-langkah tertentu supaya khasiat herba dapat digunakan secara maksimum.

Page 5: Perubatan-Tradisional

4.3.3 Rawatan Pengurutan

Kaedah pengurutan dilakukan untuk menolak 'angin' dan merangsang perjalanan darah

dan urat badan. Pengurutan biasanya dilakukan dengan menyapu minyak urut atau minyak angin

pada bahagian-bahagian badan yang terlibat dalam kerja-kerja berat seperti tangan, kaki dan

belakang tubuh. Minyak urut biasanya diperbuat daripada minyak kelapa dan tumbuhan-tumbuhan

yang mempunyai khasiat ‘panas’. Kebanyakan rawatan pengurutan yang dijalankan adalah

bertujuan untuk merawat ibu yang baru lepas bersalin. Mereka juga digalakkan untuk makan dan

menyapu ramuan tumbuhan pada bahagian-bahagian tertentu di badan bagi mengeluarkan angin

dari urat. Terdapat beberapa cara yang berbeza dalam rawatan pengurutan, antaranya ialah:

Urut Tradisional Seluruh

Badan dan Batin

Rawatan urut seluruh badan dan batin dengan menggunakan

minyak urut untuk menghilangkan angin yang terkumpul di badan

dan melancarkan peredaran darah.

Urut Kecederaan Untuk mengendurkan dan membuang angin di otot badan bagi

memulihkan kecederaan di badan.

Urut Kesihatan Batin

Lelaki

Pengurutan di urat-urat batin yang diakhiri dengan urut zakar.

Urut Kaki Rawatan urut di tapak kaki untuk membuang ketulan di takap kaki

dan merangsang urat saraf bagi melancarkan peredaran darah ke

setiap anggota badan.

4.4 Perubatan Tradisional Cina

Perubatan tradisional Cina merupakan satu lingkungan amalan perubatan tradisional yang

berasal dari China. Amalan perubatan Cina termasuklah rawatan seperti ubat-ubatan herba, Tuina,

akupuntur, terapi diet dan cawanan. Berikut merupakan beberapa jenis perubatan tradisional

masyarakat Cina yang paling lazim digunakan:

4.4.1 Rawatan Akupuntur

Kaedah perubatan Cina secara akupuntur telah dipraktikkan di China sejak 4000 tahun

dahulu. Penggunaan akupuntur dalam bidang perubatan telah diiktirafkan oleh Pertubuhan

Kesihatan Sedunia (WHO). Akupuntur adalah sejenis perubatan yang menggunakan teknik

tusukan jarum-jarum pada titik-titik badan tertentu yang dikenali sebagai titik akupuntur.

Rawatan pengurutan tradisional dilakukan mengikut jantina, iaitu tukang urut lelaki hanya dibenarkan untuk mengurut kaum lelaki manakala tukang perempuan hanya dibenarkan untuk mengurut kaum perempuan.

Page 6: Perubatan-Tradisional

Akupuntur yang dijalankan bertujuan untuk memelihara kesihatan manusia pada peringkat Qi

yang juga dikenali sebagai “chee”. Masyarakat Cina mentafsirkan akupuntur sebagai Qi atau

tenaga yang mengalir melalui rangkaian atau saluran di dalam badan. Rangkaian atau

saluran ini dipanggil meridian yang sama seperti darah yang mengalir ke seluruh badan.

Pengaliran meridian dalam badan dapat memberikan khasiat dan nutrien kepada tisu-tisu badan.

Akupuntur boleh digunakan untuk merawat banyak penyakit seperti rawatan muka, asma dan

sebagainya. Antara langkah untuk melaksanakan rawatan akupunktur adalah seperti berikut:

Titik meridian bagi kaum lelaki dan kaum perempuan adalah berlainan. Kaum lelaki

mempunyai kuasa “ying”, iaitu positif tetapi kaum perempuan mempunyai kuasa “yang”, iaitu

negatif. Oleh sebab itu, rawatan akupuntur adalah mengikut pengiraan hari dan jantina.

Akupuntur dilakukan dengan memasuk, menyelit atau menyucuk beberapa jumlah jarum yang

telah dibekalkan dengan haba atau arus elektrik pada merata-rata titik akupuntur berdasarkan

penyakit mereka. Jarum merupakan jarum pakai buang. Titik akupuntur merupakan titik yang

sangat penting dalam badan. Jumlah titik akupuntur yang terdapat dalam badan kita adalah

sebanyak 365. Titik ini digunkan untuk menentukan tahap kesihatan seseorang. Dengan itu, doktor

perubatan tradisional akan berhati-hati ketika memasukkan jarum pada titik yang tertentu supaya

dapat merawat penyakit dengan sempurna. Selepas menjalani rawatan ini, pesakit akan

dibekalkan dengan pelbagai jenis herba bergantung kepada penyakit yang dialami oleh mereka.

4.4.2 Rawatan Tuina

Tuina dilafazkan sebagai Twee Na. Teknik ini juga dikenali sebagai akutekanan. Hal ini

demikian kerana teknik ini melibatkan penggunaan tekanan pada anggota badan tertentu

berdasarkan penyakit atau masalah yang dihadapi. Hal ini dapat menggalakkan kesihatan yang

baik dan penyembuhan. Penggunaan tuina dalam merawat penyakit tidak akan mendatangkan

kesan sampingan kerana tidak melibatkan pengambilan ubat-ubatan yang perlu dimakan.

Terdapat beberapa gerakan dalam tuina yang digunakan berdasarkan masalah pesakit. Antara

gerakan-gerakan tuina tersebut dan manfaatnya adalah seperti berikut:

Page 7: Perubatan-Tradisional

4.4.3 Ramuan Herba

Ramuan herbal Cina tidak sama dengan rawatan dan perubatan moden. Hal ini demikian

kerana perubatan moden hanya merawat aduan utama atau jenis corak penyakit. Sebaliknya,

penggamal perubatan herba menitikberatkan pemulihan dan pengembalian ketidakseimbangan

tenaga yang membawa kepada penyakit kanser atau penyakit lain. Terdapat pelbagai jenis ubat-

ubatan herba di Malaysia. Antaranya ialah Lingzhi kerang, ular, kura-kura dan sebagainya. Ubat-

ubatan herba Cina dibahagikan mengikut ciri-ciri yang sama dengan menggunakan tiga cara

berikut:

Dalam Unsur Empat Semula Jadi, keseimbangan Yin (sejuk) dan Yang (panas) dalam

badan pesakit diambil kira untuk memastikan pemilihan jenis herba yang sesuai. Sebagai contoh,

ubat herba yang berunsur panas semula jadinya diberikan kepada pesakit yang mengalami unsur

dalaman yang sejuk. Dalam Lima Perasa pula, setiap rasa mempunyai fungsi dan sifat yang

berbeza. Herba digolongkan kepada lima rasa yang berkait dengan perasa yang khusus. Dalam

Saluran/Meridians, setiap saluran atau meridians dalam badan berhubungkait dengan anggota-

anggota yang khusus. Contohnya. Menthol yang bersifat pedas dan sejuk dapat menyejukkan

bahagian paru-paru dan hati apabila ia menuju ke saluran kedua-dua bahagian tersebut. Keadaan

ini dapat membantu paru-paru melindungi badan daripada serangan selsama dan sejuk.

4.5 Perubatan Tradisional India

Perubatan tradisional India merupakan satu lingkungan amalan perubatan tradisional yang

berasal dari negara India. Terdapat dua jenis perubatan tradisional orang India iaitu perubatan

Ayurveda dan perubatan Siddha

4.5.1 Perubatan Ayurveda

Ayurveda merupakan salah satu daripada seni perubatan tradisi yang tertua di dunia dan

dipercayai telah wujud sejak 5,000 tahun dahulu. Perubatan ini menggunakan tumbuhan, herba

dan mineral sebagai sumber perubatan. Ayurveda berasal daripada perkataan Sanskrit yang

membawa maksud ilmu pengetahuan kehidupan (ayur = kehidupan, veda = ilmu/pengetahuan)

atau dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai ‘Science of Live’. Mengikut prinsip perubatan

Ayurveda, seseorang individu itu tidak menghidapi penyakit kerana gangguan fizikal sahaja tetapi

Jenis-jenis Herba Cina

Unsur Empat Semula Jadi

Perasaan keadaan Yin dan Yang (sejuk dan panas)

Lima PerasaMasam, manis, pahit, masin dan

pedas

Saluran/ Meridians

Herba bertindak kepada 12 meridians dalam badan

Page 8: Perubatan-Tradisional

turut merangkumi aspek mental dan emosi. Oleh itu, perubatan Ayureveda memastikan individu

sihat secara holistik. Meditation dan Yoga merupakan dua jenis teknik yang digunakan dalam

perubatan Ayurveda untuk menenangkan fikiran.

Perubatan Ayurveda berasaskan kepada lima elemen utama yang dikenali sebagai

‘Pancha Bootham’. Elemen ini meliputi ruang (space), udara (air), api (heat), air (water) dan tanah

(earth). Gabungan elemen-elemen ini mewujudkan dosha yang merangkumi tiga prinsip berikut:

Vata

Dosha yang mengawal

sistem pernafasan,

pergerakan otot dan

tisu.

Pitta

Dosha yang mengawal

pencernaan nutrition,

metabolisme dan suhu

dan sebagainya.

Kapha

Kandungan air dalam

diri seserong yang

memastikan kesihatan

tubuh badan manusia.

Setiap dosha mempunyai fungsinya yang tersendiri di dalam badan manusia.

Keseimbangan antara dosha akan menentukan imuniti terhadap penyakit. Jika manusia

mempunyai keseimbangan antara dosha, maka mereka akan sihat dan bebas daripada serangan

penyakit.

Antara faedah perubatan Ayurveda adalah memastikan pesakit sembuh tanpa

mendatangkan sebarang kesan sampingan. Perubatan ini juga memastikan seseorang individu itu

sihat dari segi fizikal, mental dan emosi. Tambahan pula, rawatan Ayurveda bukan hanya

mengurangkan serangan penyakit, tetapi menyerang dan menghapuskan punca penyakit dan

menawarkan pemulihan kepada pesakit.

4.5.2 Perubatan Siddha

Perubatan Siddha merupakan sejenis perubatan tradisional yang berasal dari India

Selatan. Perubatan Siddha bermaksud ‘perubatan yang amat sempurna’. Perubatan ini akan

menyegarkan organ tubuh badan manusia dan mampu menyembuhkan penyakit yang menular.

Prinsip asas perubatan Siddha hampir sama dengan perubatan Ayurveda. Antara perbezaan yang

terdapat antara perubatan Siddha dengan perubatan Ayurveda adalah perubatan Siddha

memperakui kekuasaan Pitham, Vatham, Kapam dalam ketumbesaran, kedewasaan, keremajaan

dan ketuaan sementara Ayurveda berlawanan prinsipnya. Sistem rawatan untuk kaum lelaki dan

perempuan pula adalah sangat berbeza dalam perubatan Siddha.

Antara faedah perubatan Siddha adalah penggunaan bahan-bahan semula jadi seperti

mineral dan metal (bahan galian) dalam ubat-ubatan yang dihasilkan. Garam galian merupakan

zat yang efektif untuk mencegah penyakit yang merosakkan sistem tubuh badan manusia.

Tambahan pula, bahan herba digunakan untuk menghasilkan ubat yang berkualiti dan berkesan.

Bahan makanan semula jadi yang dijadikan ubat secara tradisional selamat digunakan dan lebih

berkualiti daripada ubat-ubatan moden yang meninggalkan kesan sampingan. Walaupun ubat-

Page 9: Perubatan-Tradisional

ubatan tradisional daripada tumbuhan herba ini mengambil masa yang lebih panjang untuk

menampakkan kesan, namun ia memberikan kesan positif dalam jangka masa panjang

berbanding dengan ubat-ubatan moden yang tidak menjamin kesihatan berterusan.

4.5 Perubatan Tradisional Etnik Sabah dan Sarawak

Masyarakat pelbagai etnik di Sabah dan Sarawak juga terkenal dengan perubatan

tradisional yang diwarisi secara turun-temurun. Tanah di Sabah dan Sarawak yang subur dan luas

menjadi lokasi strategik penanaman pelbagai jenis herba berkualiti yang boleh digunakan untuk

tujuan perubatan tradisional. Begitu juga dengan kepercayaan spiritual oleh kebanyakan penduduk

di Sabah dan Sarawak yang menjurus kepada perubatan yang menggunakan unsur-unsur

spiritual.

4.5.1 Perubatan Tradisional Masyarakat Bajau di Sabah

Pengaruh persekitaran memberikan sumbangan kepada lahirnya perubatan tradisional

yang mempunyai unsur spiritual dalam proses penyembuhan penyakit. Penelitian yang dilakukan

mendapati bahawa terdapat unsur natural dan ghaib (supernatural) dalam tradisi perubatan orang

Bajau di Kota Marudu. Unsur natural dalam tumbuh-tumbuhan ini dikaitkan dengan sesuatu yang

bersifat praktikal yang dapat dilihat dengan mata kasar dan dapat ditanggapi oleh akal fikiran.

Sebagai contoh, penggunaan akar, daun, buah, kulit dan batang bunga yang terdapat dalam

spesies tumbuhan tertentu digunakan dalam tradisi perubatan dan penyembuhan penyakit orang

Bajau di Kota Marudu.

Unsur ghaib diperlihatkan melalui adanya kepercayaan yang meyakini bahawa proses

penyembuhan penyakit mempunyai kaitan dengan pertolongan ‘semangat alap’ (semangat baik)

yang mendiami tumbuh-tumbuhan tersebut. Pertolongan ini membantu usaha memberikan

penyembuhan, perlindungan dan keselamatan. Jika dilihat daripada konteks tradisi lisan, setiap

tumbuhan yang digunakan dalam tradisi perubatan orang Bajau di Kota Marudu mempunyai cerita

lisan yang tersendiri.

Dalam kajian ini, penyelidik memperincikan penggunaan pokok tuba dalam tradisi

perubatan dan penyembuhan penyakit orang Bajau di Kota Marudu. Hal ini disokong dengan

kewujudan kepercayaan orang Bajau di Kota Marudu bahawa Nabi Alias merupakan ketua dan

penjaga segala tumbuhan di muka bumi ini. Oleh itu, tidak hairanlah jika tumbuh-tumbuhan ini

dikaitkan dengan perubatan yang bersifat spiritual yang menggunakan unsur ghaib daripada

tumbuh-tumbuhan untuk tujuan perubatan, perlindungan dan keselamatan.

Dalam tradisi lisan, orang Bajau Kota Marudu percaya bahawa pokok tuba mempunyai

cerita tersendiri tentang kewujudan dan kekuatan semangat ghaib yang dimiliki oleh tumbuh-

tumbuhan ini. Pada zaman dahulu, aktiviti berburu selalu dilakukan oleh orang Bajau di Kota

Page 10: Perubatan-Tradisional

Marudu meskipun mereka terkenal dengan kehebatan beraksi sebagai nelayan di laut. Semasa

berburu, mereka sering bertemu dengan pelbagai jenis tumbuhan yang mempunyai keunikan dan

kegunaan tersendiri. Keadaan ini memberikan peluang kepada mereka untuk meneroka

kemujaraban tumbuhan-tumbuhan tersebut dalam mengubati pelbagai jenis penyakit.

4.6.2 Perubatan Tradisional Masyarakat Iban di Sarawak

Bagi masyarakat Iban yang masih berpegang teguh kepada kepercayaan lama atau

'pengarap lama', mereka sentiasa mengaitkan penyakit yang tidak diketahui puncanya dengan

gangguan roh atau semangat. Mereka percaya bahawa semangat itu hilang daripada jasad

ataupun diganggu oleh hantu-hantu jahat sama ada di dunia ataupun tempat tinggal roh

berkenaan. Dalam situasi ini, jika seseorang itu sakit secara berpanjangan dan tidak sembuh

walaupun sudah dirawat menggunakan perubatan moden, maka upacara pengubatan tradisional

yang dinamakan 'balian' akan digunakan sebagai alternatif untuk memulihkan pesakit.

Setelah beratus-ratus tahun diamalkan, upacara balian kini bukan sekadar untuk

mengubati penyakit, malah ia dipelbagaikan mengikut jenis penyakit dan situasi yang dihadapi.

Antaranya ialah ‘balian beruwa’ dan ‘kerembai bungai’ digunakan untuk mengubati kanak-kanak

yang lambat membesar dan sering sakit. ‘Balian mimpi’ pula digunakan untuk merawat mereka

yang mendapat mimpi buruk. Selain itu, turut diadakan ‘balian bebunuh buyu’ untuk membunuh

hantu yang mengganggu pesakit, ‘beserara bungai’ untuk memisahkan roh si mati dengan ahli

keluarga yang masih hidup dan upacara ‘betimba’ untuk memulihkan manang (dukun) dan

lemambang (penyair).

Menurut K. Mat-Salleh. ( 2001), pada sekitar 1970 hingga 1990, upacara ritual ini dilakukan

secara meluas terutamanya di rumah panjang yang terletak jauh di pedalaman dan tanpa

kemudahan perubatan. Terdapat dua cara pemulihan semangat sama ada menggunakan manang

atau lemambang, kedua- duanya dianggap mempunyai kuasa sakti kerana mampu berkomunikasi

dengan kuasa halus sekali gus menyembuhkan penyakit. Melalui ritual ini, bomoh mempunyai

kuasa untuk menjejaki roh yang hilang dan membawanya pulang ke dunia. Caranya ialah dengan

membaca jampi yang berbeza daripada bahasa Iban yang dituturkan seharian dan hanya difahami

oleh bomoh. Oleh sebab balian merupakan upacara yang dianggap suci, maka jampi perlu disebut

dan dibaca mengikut urutan yang betul, jika tidak balian tersebut dianggap tidak mujarab. Balian

dilaksanakan mengikut peringkat tertentu dan caranya mungkin berbeza di setiap rumah panjang.

Antara peralatan yang digunakan ialah sejenis batu kristal atau batu ilau dalam bahasa Iban yang

berfungsi untuk mengesan kedudukan roh si pesakit, beberapa batu atau tumbuhan yang

dipercayai boleh merawat pesakit serta sehelai kain tenunan atau pua kumbu untuk menutup

badan dukun semasa proses rawatan dijalankan.

Page 11: Perubatan-Tradisional

Seperti upacara ritual yang lain, terdapat beberapa pantang larang perlu dipatuhi semasa

dan selepas balian. Pesakit tidak dibenarkan makan, potong atau sentuh sebarang tumbuhan

seperti cendawan, buluh dan sayur-sayuran bunga. Perlanggaran pantang larang tersebut akan

menyebabkan rawatan menjadi tidak berkesan. Selain itu, orang dari tempat lain selain penduduk

rumah panjang juga dilarang masuk ke dalam rumah pesakit dan pantang itu berterusan antara

tiga hingga tujuh hari bergantung kepada upacara balian. Hari ini, tradisi balian masih diteruskan di

beberapa rumah panjang namun kurang meluas berbanding dengan dua dekad yang lalu.

4.7 Kesimpulan

Perubatan tradisional masih lagi memainkan peranan yang penting dalam kehidupan

seharian kita walaupun zaman telah berubah dan pelbagai teknologi perubatan moden telah

dicipta untuk menggantikan fungsi perubatan tradisional. Penggunaan ubat-ubatan semula jadi

yang tidak mendatangkan kesan sampingan merupakan keunikan perubatan tradisional yang tidak

dapat diganti oleh perubatan moden. Oleh itu, perubatan tradisional dan perubatan moden

merupakan dua kaedah dalam dunia perubatan yang sewajarnya dikekalkan untuk kesejahteraan

masyarakat.

4.8 Rujukan

Iktibar 13 Mei. (2015). Berita Harian.\

Kamus Dewan, 1995. Ed. Baru. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Lily Zubaidah. (2004). Dilema Singapura: peminggiran politik dan pelajaran masyarakat Melayu.

Kuala Lumpur: Attin Press Sdn. Bhd.

Mohd Rizal Yaakob. (2014). Kontrak Sosial Perlembagaan Persekutuan 1957: Pengikat Jati Diri

Bangsa. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan & Buku Malaysia Berhad

Ridhuan Tee Abdullah. (29 September 2014). Adakah benar Melayu itu malas? Didapatkan

Daripada Sinar Online : http://www.sinarharian.com.my

Shawkath Azde. (28 Ogos 2015). Biar Pelanggan Komplen. Didapatkan Daripada

Kosmo!:http://www.kosmo.com.my/

Asyiqin Ab Halim. (29 Jun 2008). The Application of Ibn Khaldun s theory of Asabiyyah to modern

Muslim community with special reference to the Malay Muslim community in Malaysia', Conference

on Malaysia Study of Islam Islam in Malaysia: Past, Present and Future ,