Peruntukan utama dalam perlembagaan

18
PERUNTUKAN UTAMA DALAM PERLEMBAGAAN NORMURNI BINTI MOHAMAD JABATAN PENGAJIAN AM POLITEKNIK BANTING, SELANGOR

Transcript of Peruntukan utama dalam perlembagaan

Page 1: Peruntukan utama dalam perlembagaan

PERUNTUKAN UTAMA DALAM PERLEMBAGAAN

NORMURNI BINTI MOHAMADJABATAN PENGAJIAN AM

POLITEKNIK BANTING, SELANGOR

Page 2: Peruntukan utama dalam perlembagaan

PERUNTUKAN UTAMA PERLEMBAGAAN

Peruntukan Utama Perlembagaan

Bahasa Melayu Agama Islam Hak istimewa

orang melayuKewarganegar

aan Hak asasi

Page 3: Peruntukan utama dalam perlembagaan

1. KEDUDUKAN BAHASA MELAYU

Bahasa Melayu merupakan bahasa perantara negara ini sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15.

Bahasa Melayu digunakan secara meluas bagi tujuan rasmi seperti mesyuarat, surat-menyurat, perundangan dan kehakiman di negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu, Jabatan Polis dan sebagainya sebelum Perang Dunia Kedua.

Bahasa Melayu dipilih sebagai bahasa kebangsaan yang menjadi medium penyatuan bangsa Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum serta lambang jati diri dan identiti nasional bagi Malaysia.

Proses pemilihan dan penetapan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan adalah melalui kesepakatan dan tolak ansur dalam kalangan kesemua kaum di negara ini.

Page 4: Peruntukan utama dalam perlembagaan

Perkara 152• Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan bagi negara. Bahasa

Melayu mestilah digunakan untuk maksud-maksud rasmi. Namun, bahasa selain bahasa Melayu tidak dilarang untuk digunakan.

Perkara 150 (6A)• Walaupun dalam keadaan darurat, hal-hal yang berhubung dengan

bahasa Melayu adalah dilindungi oleh perlembagaan. Akta Bahasa Kebangsaan 1967• Bahasa Melayu sebagai satu-satunya bahasa rasmi tunggal.

Page 5: Peruntukan utama dalam perlembagaan

2. KEDUDUKAN AGAMA ISLAM

Bahagian I, Perkara 3 • agama Islam sebagai agama bagi Persekutuan, tetapi

agama lain boleh dianuti secara aman dan harmoni di mana-mana bahagian Persekutuan.Perkara 3 (2)

• Raja atau Sultan ialah Ketua Agama Islam bagi negeri masing-masing. Yang di-Pertuan Agong akan bertindak sebagai Ketua Agama Islam bagi Pulau Pinang, Melaka, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan (Putrajaya, Labuan, Kuala Lumpur) bagi mewakili Raja-Raja.

Page 6: Peruntukan utama dalam perlembagaan

• menasihati Majlis Raja-Raja, Kerajaan Negeri dan Majlis Agama Negeri berkaitan hukum syarak, pendidikan Islam atau apa-apa perkara yang diajukan kepadanya dengan tujuan untuk memperbaik dan mengadakan penyeragaman dari aspek hukum syarak dan pentadbiran Islam

Antara tugas Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam adalah untuk

• berperanan untuk menasihati Raja mengenai hal ehwal agama Islam.

Majlis Agama Islam ditubuhkan di setiap negeri berdasarkan undang-undang negeri.

• memberi kuasa kepada undang-undang negeri dan undang-undang Persekutuan untuk mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan agama lain kepada orang yang menganuti agama Islam.

• Ini menunjukkan bahawa agama lain tidak boleh menyebarkan agama mereka kepada orang Islam.

Perkara 11 (4)

• kuasa kepada Persekutuan atau sesuatu negeri untuk menubuhkan atau menyenggara institusi Islam serta membiayai perbelanjaan dalam mengadakan atau membantu ajaran Islam.

Perkara 12 (2)

Page 7: Peruntukan utama dalam perlembagaan

Hukum syarak dan undang-undang bagi agama Islam termaktub dalam Seksyen 1 bagi Senarai Negeri dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.

Perkara-perkara mengenai agama Islam yang berada di bawah kuasa Perundangan Negeri adalah seperti yang berikut:

Perwarisan (berwasiat dan tidak berwasiat)

Munakahat (pertunangan, perkahwinan, perceraian, mas kahwin, nafkah dll)

Wakaf dan takrif serta pengawalseliaan amanah

khairat Adat istiadat

MelayuZakat, Fitrah dan

Baitulmal

Masjid atau tempat solat awam

Mengadakan hukuman bagi kesalahan yang dilakukan oleh orang Islam terhadap rukun

Islam (kecuali perkara yang termasuk dalam Senarai Persekutuan)

Keanggotaan, susunan dan tatacara Mahkamah Syariah

Mengawal pengembangan doktrin dan kepercayaan dalam kalangan

penganut agama Islam

Page 8: Peruntukan utama dalam perlembagaan

• YDPA bertanggungjawab untuk menjamin kedudukan orang Melayu dan juga melindungi hak kaum lain.

• Hak istimewa orang Melayu merujuk kepada tiga perkara utama, • perkhidmatan awam• ekonomi • pendidikan.

Perkara 153 (1)

• mentakrifkan orang Melayu sebagai:• seorang yang beragama Islam• bertutur menggunakan bahasa Melayu• mengamalkan adat budaya Melayu• lahir sebelum hari merdeka sama ada di Tanah Melayu atau Singapura, atau

seseorang itu telah bermastautin di Tanah Melayu atau Singapura pada hari merdeka.

Perkara 160 (2)

3. HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU

Page 9: Peruntukan utama dalam perlembagaan

BidangPeruntukan

Perlembagaan Malaysia

Hak istimewa

Perkhidmatan awam

Perkara 153 (2) perizaban jawatan di dalam sektor awam bagi orang Melayu serta Bumiputra Sabah dan Sarawak

Ekonomi Perkara 153 (6) • memberi kelulusan permit atau lesen perniagaan dan perdagangan kepada orang Melayu mengikut kadar perizaban

• hendaklah diberi bantuan untuk menjalankan usaha-usaha dagang dalam sektor ekonomi dan industri

Pendidikan Perkara 153 (2) pemberian biasiswa; bantuan dan keistimewaan pelajaran; serta latihan atau kemudahan khas

Lain-lain Perkara 89 tanah rizab Melayu Perkara 90 pengecualian undang-undang yang ada berkenaan tanah adat

di Negeri Sembilan dan Melaka serta berkenaan tanah pegangan Melayu di Terengganu.

Perkara 8 (5)(f) mengehadkan pengambilan kemasukan dalam perkhidmatan Rejimen Askar Melayu kepada orang Melayu. Namun, kemasukan ke rejimen tentera yang lain adalah terbuka kepada semua kaum di Malaysia dan tiada sekatan dikenakan.

Page 10: Peruntukan utama dalam perlembagaan

PERIZABAN JAWATAN DI DALAM SEKTOR AWAM

Perkara 153 (2)• YDPA atas nasihat Jemaah Menteri bertanggungjawab untuk menentukan perizaban jawatan di

dalam sektor awam bagi orang Melayu serta Bumiputra Sabah dan Sarawak.

Kuota atau perizaban ini diadakan bagi mengimbangi pola kakitangan awam dalam sektor awam yang didominasi oleh orang asing sebelum dan pada awal tahun-tahun kemerdekaan.

Kebanyakan jawatan rendah dalam pentadbiran Tanah Melayu semasa penjajahan British dipegang oleh golongan kaum lain terutama orang India dan Sri Langka yang boleh bertutur bahasa Inggeris. Jawatan tinggi pula dipegang oleh pegawai-pegawai British.

Page 11: Peruntukan utama dalam perlembagaan

4. HAK KEWARGANEGARAAN

Bahagian III Perkara 14 hingga 22 • Cara-cara mendapatkan

kewarganegaraan Malaysia• kuat kuasa undang-undang• pendaftaran• permohonan kemasukan• percantuman wilayah

Perkara 23 hingga 28 • Kehilangan hak

kewarganegaraan.

Page 12: Peruntukan utama dalam perlembagaan

KEWARGANEGARAAN SECARA KUAT KUASA UNDANG-UNDANG

Situasi Syarat KelayakanWarganegara Persekutuan 1957

Memperoleh kewarganegaraan secara pendaftaran atau naturalisasi

Lahir antara 31 Ogos 1957 –Oktober 1962

Ibu bapa warganegara atau pemastautin tetap

Lahir di Persekutuan pada atau selepas kemerdekaan

Bapa warganegara atau berkhidmat dengan kerajaan Persekutuan.Kelahiran didaftar dengan Pejabat Konsul Persekutuan

Page 13: Peruntukan utama dalam perlembagaan

KEWARGANEGARAAN SECARA PENDAFTARAN

Situasi Syarat KelayakanIsteri dan anak warganegara Masih berkahwin dengan warganegara bermula bulan

Oktober 1962 Bermastautin di Persekutuan selama dua tahun sebelum

permohonan dan berniat untuk terus bermastautin di Persekutuan

Berkelakuan baikSeseorang yang berumur kurang daripada 21 tahun

Didaftar oleh ibu bapa atau penjaga jika salah satu pihak tersebut merupakan warganegara

Seseorang yang berumur 18 tahun atau lebih dan lahir di Persekutuan sebelum hari merdeka

Membuktikan pemastautinan di Persekutuan selama 5 daripada 7 tahun sebelum permohonan

Berniat menjadi pemastautin tetap Persekutuan Memiliki kemahiran bahasa Melayu mudah Berkelakuan baik

Seseorang yang berumur 18 tahun dan bermastautin di Sabah dan Sarawak pada hari Malaysia

Bermastautin di Persekutuan Malaysia sebelum hari Malaysia Selepas hari Malaysia, bermastautin di Persekutuan selama

tujuh daripada 10 tahun sebelum permohonan

Page 14: Peruntukan utama dalam perlembagaan

KEWARGANEGARAAN SECARA KEMASUKAN NATURALISASISituasi Syarat KelayakanIndividu atau warga asing yang berumur lebih daripada 21 tahun dan berminat untuk menjadi warganegara Malaysia.

Menetap di Persekutuan Malaysia selama 10 daripada 12 tahun sebelum tarikh permohonan

Berniat menjadi pemastautin tetap di Malaysia Mempunyai tingkah laku yang baik Berpengetahuan dalam Bahasa Melayu.

Diberi kepada Penduduk Singapura, Sabah dan Sarawak yang menganggotai Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963.

KEWARGANEGARAAN SECARA PERCANTUMAN WILAYAH

Page 15: Peruntukan utama dalam perlembagaan

PROSEDUR PELUCUTAN KEWARGANEGARAAN

Diberitahu secara bertulis dengan alasan kepada individu yang dikenakan perintah pelucutan

Individu berkenaan merujuk kesnya kepada sebuah jawatankuasa siasatan

Penentuan pelucutan Kewarganegaraan oleh Kerajaan menerusi laporan daripada jawatankuasa siasatan

Page 16: Peruntukan utama dalam perlembagaan

Hak Asasi : perkara asas yang perlu dinikmati oleh rakyat.

Perlembagaan Malaysia memberikan setiap individu itu hak yang bersesuaian dengan fitrahnya sebagai pengiktirafan kepada peranan dan sumbangan yang diberikan oleh setiap individu.

Istilah “Kebebasan Asasi” yang diguna pakai dalam Perlembagaan merujuk hak asasi yang diberikan kepada rakyat.

5. HAK ASASI

Page 17: Peruntukan utama dalam perlembagaan

• Kebebasan DiriPerkara 5

• Keabdian & Kerja Paksa DilarangPerkara 6• Perlindungan Daripada Undang-undang Jenayah Kuat

Kuasa Kebelakang dan Perbicaraan BerulangPerkara 7

• KesamarataanPerkara 8

• Larangan Buang Negeri & Kebebasan BergerakPerkara 9

• Kebebasan Bercakap, Berhimpun & BerpersatuanPerkara 10

• Kebebasan BeragamaPerkara 11

• Hak Terhadap PendidikanPerkara 12

• Hak Terhadap HartaPerkara 13

Hak Asasi Dalam Perlembagaan Persekutuan :Bahagian 2, Perkara 5 hingga 13

Page 18: Peruntukan utama dalam perlembagaan

Semua rakyat berhak mendapat perlindungan dan kesamarataan di sisi undang-undang. Sekiranya seseorang itu ditangkap, dia hendaklah diberitahu sebab dia ditangkap dengan segera dan dia dibenarkan untuk membela diri.

Sekiranya dia didakwa, dia perlu mendapat perbicaraan yang adil. Tertuduh juga tidak boleh dituduh dengan tuduhan yang sama buat kali kedua sekiranya telah dilepas dan dibebas oleh mahkamah atas tuduhan yang sama.

Perlembagaan tidak menyekat kebebasan dan pergerakan individu kecuali atas faktor keselamatan, kesihatan awam dan hukuman.

Pergerakan individu dari Semenanjung ke Sabah dan Sarawak adalah tertakluk kepada undang-undang imigresen negeri terbabit seperti yang telah dipersetujui ketika pembentukan Persekutuan Malaysia 1963.

Isu-isu sensitif seperti isu berkaitan agama, bahasa kebangsaan, hak istimewa orang Melayu dan kedudukan Raja-raja Melayu adalah dilarang dibicarakan secara terbuka. Isu terbabit perlu difahami dan tidak disentuh sewenang-wenangnya demi menjaga perpaduan dan keharmonian hidup masyarakat Malaysia.