Perutusan Perhimpunan Tahunan 2010 YAS Ketua Pengarah JBPM Teks Ucapan... · kebombaan, beberapa...

22
1 UCAPAN YAS KETUA PENGARAH JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT, MALAYSIA SEMPENA MAJLIS PERBARISAN TAHUNAN PADA 18 Januari 2010 MASA 09:00 pagi TEMPAT Padang Kawad Ibu Pejabat JBPM ﺒﺴﻢاﷲاﻠﺮﺤﻤﻦاﻠﺮﺤﯿﻢ اﻟﺴﻸﻤﻋﻠﯿﻛﻢﻮﺮﺣﻤﺔاﷲﻮﺒﺮگﺎﺗﮫSelamat pagi, salam perpaduan dan salam 1 Malaysia. Terima kasih saudara pengacara majlis YAS Dato’ Wan Mohd.Nor Bin Hj.Ibrahim Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) YS Hj Amer Bin Yusof Penolong Ketua Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat YS Penolong-penolong Ketua Pengarah Y.Bhg. Pengarah-pengarah Bahagian YS Pengarah-pengarah Bomba Negeri Dif-dif jemputan, pegawai-pegawai kanan jabatan, dato’-dato,’ rakan media dan sidang hadirin yang dihormati;

Transcript of Perutusan Perhimpunan Tahunan 2010 YAS Ketua Pengarah JBPM Teks Ucapan... · kebombaan, beberapa...

Page 1: Perutusan Perhimpunan Tahunan 2010 YAS Ketua Pengarah JBPM Teks Ucapan... · kebombaan, beberapa siri kursus dan latihan telah dirangka bagi memantapkan pengetahuan dan kemahiran

1

UCAPAN YAS KETUA PENGARAH

JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT, MALAYSIA

SEMPENA MAJLIS PERBARISAN TAHUNAN

PADA 18 Januari 2010

MASA 09:00 pagi

TEMPAT Padang Kawad

Ibu Pejabat JBPM

بسماهللالرحمنالرحیم

السألمعلیكمورحمةاهللاوبرگاتھ Selamat pagi, salam perpaduan dan salam

1 Malaysia.

Terima kasih saudara pengacara majlis YAS Dato’ Wan Mohd.Nor Bin Hj.Ibrahim Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) YS Hj Amer Bin Yusof Penolong Ketua Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat YS Penolong-penolong Ketua Pengarah Y.Bhg. Pengarah-pengarah Bahagian YS Pengarah-pengarah Bomba Negeri Dif-dif jemputan, pegawai-pegawai kanan jabatan, dato’-dato,’ rakan media dan sidang hadirin yang dihormati;

Page 2: Perutusan Perhimpunan Tahunan 2010 YAS Ketua Pengarah JBPM Teks Ucapan... · kebombaan, beberapa siri kursus dan latihan telah dirangka bagi memantapkan pengetahuan dan kemahiran

2

1. Alhamdulillah bersyukur saya ke

hadrat Allah SWT, kerana dengan

limpah kurnia-Nya, pada pagi yang

berbahagia ini, kita sekali lagi

dipertemukan dalam majlis

Perbarisan Tahunan, Jabatan Bomba

dan Penyelamat, Malaysia.

2. Sebelum saya meneruskan ucapan

saya pada pagi ini, saya ingin

mengambil kesempatan ini untuk

mengucapkan Selamat Tahun Baru

2010 kepada semua warga jabatan,

di mana sahaja saudara berada.

Saya juga berharap segala azam

saudara semua pada tahun 2009

telah tercapai sepenuhnya.

Pemimpin pelapis:

Dato’-dato’, tuan-puan yang dihormati sekalian;

3. Sesuai dengan kehadiran tahun baru,

hasrat jabatan pada tahun ini adalah

untuk menyediakan pemimpin pelapis

yang berwibawa dan berintegriti. Bagi

mencapai hasrat melahirkan

pemimpin yang mempunyai bakat

kepimpinan yang tinggi dan versatile,

1 2

Page 3: Perutusan Perhimpunan Tahunan 2010 YAS Ketua Pengarah JBPM Teks Ucapan... · kebombaan, beberapa siri kursus dan latihan telah dirangka bagi memantapkan pengetahuan dan kemahiran

3

bermula dari 3 Januari lepas

sehingga 9 Februari depan, jabatan

telah melaksanakan Pusat Penilaian

Individu Bomba Gred KB41 kepada

semua calon yang akan menjawat

jawatan penguasa bomba gred KB41.

Langkah ini diambil oleh jabatan

adalah, bagi menyediakan pemimpin

pelapis yang berkaliber, mempunyai

kecekapan untuk berfikir secara

abstrak, yang lebih tinggi daripada

orang yang dipimpinnya. Seorang

pemimpin itu juga perlu

berkeupayaan untuk mencipta

wawasan jangka panjang, mengenai

masa depan organisasinya, dan

berkarismatik. Ini secara tidak

langsung, menjadikan warga yang

dipimpin, akan bersemangat untuk

mencapai hasrat tersebut, berganding

bahu dengan pemimpin mereka,

bersama meredah segala cabaran

dan halangan, semata-mata untuk

merealisasikan wawasan yang telah

diciptakan.

3 4

Page 4: Perutusan Perhimpunan Tahunan 2010 YAS Ketua Pengarah JBPM Teks Ucapan... · kebombaan, beberapa siri kursus dan latihan telah dirangka bagi memantapkan pengetahuan dan kemahiran

4

4. Elemen paling penting yang mesti

dimiliki oleh seorang pemimpin

adalah memiliki kepimpinan korporat.

Ia bukan berorientasikan keuntungan,

tetapi penekanan kepada gaya

kepimpinan golongan korporat, iaitu

mengutamakan pelanggan jabatan,

pengurusan yang cekap, dedikasi,

rajin, berdisiplin, inovatif,

profesionalisme, berdaya saing,

agresif, positif dan lain-lain sikap dan

tingkah laku positif untuk maju ke

hadapan. Dalam makna lain; seorang

pemimpin akan datang dalam jabatan

ini perlu mampu bekerjasama dan

berinteraksi dengan semua pihak,

baik di kalangan pegawai jabatan

mahupun pihak luar.

5. Dalam merealisasikan usaha ini,

jabatan merangka pelbagai program

dengan institusi-institusi pengajian

tinggi awam, dalam menyediakan

wadah atau platform kepada warga

jabatan, yang ingin melanjutkan

pelajaran mereka. Jabatan telah

mengadakan Memorandum

Persefahaman (MoU) dengan 6 5

Page 5: Perutusan Perhimpunan Tahunan 2010 YAS Ketua Pengarah JBPM Teks Ucapan... · kebombaan, beberapa siri kursus dan latihan telah dirangka bagi memantapkan pengetahuan dan kemahiran

5

Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

dalam bidang penyiasatan

kebakaran, melanjut pelajaran bagi

ijazah pertama dan ijazah lanjutan

dalam bidang berkaitan, serta

menjalankan penyelidikan dalam

aspek siasatan kebakaran.

Kerjasama ini diharap akan dapat

memacu kemajuan dalam bidang

penyiasatan kebakaran di negara

kita, agar setanding dengan negara-

negara maju, seiring dengan hasrat

kerajaan menjadikan Malaysia negara

maju pada tahun 2020 nanti.

Dato’-dato’,tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati;

Operasi Kebombaan:

6. Sepanjang tahun 2009, jabatan telah

menerima sebanyak 56,643

panggilan kecemasan. Daripada

jumlah tersebut, sebanyak 29,417

adalah panggilan kebakaran, iaitu

51.9% dan selebihnya adalah

panggilan penyelamatan, iaitu

sebanyak 48.1%. Statistik ini

menunjukkan bahawa jumlah

panggilan kebakaran telah mengatasi

jumlah panggilan kecemasan yang 8 7

Page 6: Perutusan Perhimpunan Tahunan 2010 YAS Ketua Pengarah JBPM Teks Ucapan... · kebombaan, beberapa siri kursus dan latihan telah dirangka bagi memantapkan pengetahuan dan kemahiran

6

dihadiri oleh jabatan pada tahun

lepas, berbanding dengan tahun

2008. Jumlah kerugian akibat

kebakaran pada tahun 2008 ialah

sebanyak RM1 billion, dan jumlah

harta yang dapat diselamatkan

bernilai RM5.9 billion. Manakala

jumlah kerugian harta benda akibat

kebakaran pada tahun 2009 pula

adalah sebanyak RM1 billion dan

jumlah harta yang dapat

diselamatkan ialah RM10.3 billion.

7. Berbanding dengan jumlah panggilan

kecemasan pada tahun 2008 iaitu

sebanyak 50,470 kes, jumlah

panggilan kecemasan pada tahun

2009 pula bertambah sebanyak

56,643 kes. Ini bermakna telah

berlaku peningkatan sebanyak 12.2%

jumlah panggilan pada tahun

berkenaan. Oleh yang demikian,

usaha-usaha yang berterusan

hendaklah diambil segera, seperti

mengadakan kempen keselamatan

kebakaran, serta meningkatkan tahap

kemahiran dan pengetahuan pegawai

9 10

Page 7: Perutusan Perhimpunan Tahunan 2010 YAS Ketua Pengarah JBPM Teks Ucapan... · kebombaan, beberapa siri kursus dan latihan telah dirangka bagi memantapkan pengetahuan dan kemahiran

7

sentiasa melepasi ekspektasi

masyarakat sepanjang masa.

8. Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi

response time telah diaplikasikan di

seluruh balai, namun begitu, masih

terdapat 10% balai-balai tidak mampu

mencapai tahap masa ditetapkan,

iaitu bagi pengeluaran jentera

daripada balai ke tempat kejadian

bagi zon1 dan zon 2. Adalah menjadi

harapan saya, pada tahun ini

pencapaian 100% bagi kesemua 252

buah balai dapat dicapai sepenuhnya.

Sidang hadirin yang dihormati;

9. Jabatan kita merupakan salah satu

daripada 20 jabatan kerajaan yang

dipilih oleh MAMPU yang akan dinilai

dalam Sistem Star Rating (SSR) yang

dijangkakan pada bulan April nanti.

SSR ini merupakan satu sistem

pengredan prestasi perkhidmatan

yang ditawarkan oleh sesuatu agensi

kerajaan kepada orang ramai melalui

kaedah penarafan bintang. 3

komponen utama yang akan dinilai

dalam SSR ini adalah berkaitan

11 12

Page 8: Perutusan Perhimpunan Tahunan 2010 YAS Ketua Pengarah JBPM Teks Ucapan... · kebombaan, beberapa siri kursus dan latihan telah dirangka bagi memantapkan pengetahuan dan kemahiran

8

dengan Pengurusan; baik

pengurusan organisasi, kewangan,

sumber manusia, pembangunan dan

ICT. Seterusnya dalam aspek

Perkhidmatan Teras, yang terdiri

daripada penggubalan, pelaksanaan

pemantauan dan keberkesanan dasar

atau program jabatan. Dan, elemen

yang terakhir adalah dalam bidang

Pengurusan Pelanggan. Sebagai

sebuah agensi barisan hadapan,

jabatan berharap untuk memperolehi

penarafan 5 bintang, yang

memaparkan sistem penyampaian

perkhidmatan kita kepada

masyarakat.

10. Di kesempatan ini juga, saya

ingin memaklumkan bahawa, jabatan

telah dianugerahkan pensijilan MS

ISO 9001:2008 oleh SIRIM QAS

International Sdn.Bhd. Saya

mengucapkan tahniah dan terima

kasih, kepada Pengarah Bomba

Negeri (PBN) yang terlibat.

Sidang hadirin yang dihormati;

13 14

Page 9: Perutusan Perhimpunan Tahunan 2010 YAS Ketua Pengarah JBPM Teks Ucapan... · kebombaan, beberapa siri kursus dan latihan telah dirangka bagi memantapkan pengetahuan dan kemahiran

9

11. Dalam usaha jabatan untuk

meningkatkan sistem komunikasi

yang berkesan, Government

Intergrated Radio Network (GIRN)

kini telah menjangkau 98% liputan

bagi kawasan yang

berkependudukan. Baki 2% kawasan

lagi iaitu di sebahagian kecil kawasan

di Sarawak, Sabah, Kelantan,

Terengganu dan Pahang, akan dapat

diatasi dalam RMK-10, dengan

penambahan base station dan

repeater. Dengan penambahan

secara menyeluruh GIRN ini nanti,

jabatan akan menamatkan

sebilangan besar penggunaan radio

VHF pada tahun 2010.

12. MERS 999 yang telah

diperkenalkan sejak tahun 2007, kini

masih lagi beroperasi di kawasan

Lembah Klang sahaja. Sistem ini

akan hanya akan diperluaskan ke

seluruh Negara pada RMK-10.

Memandangkan sistem ini berfungsi

dengan baik dan panggilan

kecemasan melalui CCS 994 bagi

Lembah Klang telah berkurangan

15 16

Page 10: Perutusan Perhimpunan Tahunan 2010 YAS Ketua Pengarah JBPM Teks Ucapan... · kebombaan, beberapa siri kursus dan latihan telah dirangka bagi memantapkan pengetahuan dan kemahiran

10

secara ketara, maka perkhidmatan

CCS 994 akan ditamatkan bagi

kawasan Lembah Klang sahaja.

13. Jabatan peka dengan masalah

pengurusan mangsa (casualty

management) di tempat bencana

seperti insiden CBRNE. Jabatan

merancang akan memperluaskan

aplikasi Rapid Triage Management

Workbench (RTMW) atau Projek

Meja Kerja Pengurusan Triage

Segera di seluruh Negara pada tahun

2010 ini. RTMW merupakan suatu

sistem pengurusan maklumat yang

membuat saringan kecederaan ke

atas mangsa semasa sesuatu

insiden. Ia memaparkan maklumat

yang boleh di kongsi oleh agensi

kecemasan dalam masa yang

singkat, pantas dan menjadikan

jaringan internet sebagai penghubung

antara suatu lokasi dengan lokasi

lain. Setakat ini, jabatan telah melatih

22 orang pegawai sebagai TOT

termasuk 4 orang doctor pakar dari

Kementerian Kesihatan Malaysia.

18

17

Page 11: Perutusan Perhimpunan Tahunan 2010 YAS Ketua Pengarah JBPM Teks Ucapan... · kebombaan, beberapa siri kursus dan latihan telah dirangka bagi memantapkan pengetahuan dan kemahiran

11

Keselamatan Kebakaran: 14. Pegawai yang

bertanggungjawab dalam aspek

keselamatan bangunan adalah diseru

untuk memantapkan pengetahuan

masing-masing. Ini kerana , bidang

keselamatan kebakaran (fire safety)

menjadi semakin mencabar seiring

dengan perkembangan teknologi

bangunan. Ini dibuktikan dengan

peningkatan projek-projek yang

melibatkan pendekatan “performance

based approach”. Keperluan

kebombaan bukan hanya ditentukan

oleh “prescriptive building code”

berdasarkan Uniform Building By-Law

sahaja, malah, turut ditentukan oleh

kajian saintifik seperti penggunaan

“Computer Fluid Dynamic (CFD) dan

Fire Dynamic Simulator (FDS)”.

15. Bagi menambahbaik kualiti

perkhidmatan kepada masyarakat di

negara ini, jabatan telah terlibat

dalam perlaksanaan Portal Business

Licensing Electronic Support System

(BLESS) di bawah seliaan MAMPU,

Jabatan Perdana Menteri. Di bawah

19 20

Page 12: Perutusan Perhimpunan Tahunan 2010 YAS Ketua Pengarah JBPM Teks Ucapan... · kebombaan, beberapa siri kursus dan latihan telah dirangka bagi memantapkan pengetahuan dan kemahiran

12

perkhidmatan ini, semua permohonan

untuk Perakuan Bomba boleh

dilakukan secara dalam talian.

Bagaimanapun, untuk fasa pertama;

perkhidmatan ini hanya boleh

dilakukan bagi permohonan sektor

perhotelan di negeri Selangor dan

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

sahaja. Perlaksanaan perkhidmatan

ini akan diperluaskan kepada semua

jenis perniagaan yang memerlukan

Perakuan Bomba di seluruh negara

secara berperingkat.

Penyiasatan Kebakaran:

16. Berdasar kepada statistik

Bahagian Siasatan Kebakaran, pada

tahun 2009 sebanyak 3642 kes

kebakaran telah disiasat. Pecahan ini

melibatkan 2828 kes kebakaran

struktur manakala 814 kes lagi adalah

kebakaran kenderaan. Melalui analisa

yang telah dibuat, peratusan kes

kebakaran struktur berpunca dari

kemalangan, iaitu sebanyak 2177

kes. Ini menggambarkan bahawa kita

perlu menangani masalah ini dengan 21 22

Page 13: Perutusan Perhimpunan Tahunan 2010 YAS Ketua Pengarah JBPM Teks Ucapan... · kebombaan, beberapa siri kursus dan latihan telah dirangka bagi memantapkan pengetahuan dan kemahiran

13

proaktif supaya masyarakat diluar

sana, sama-sama bertanggungjawab

dalam memastikan premis mereka

sentiasa selamat dari bahaya

kebakaran.

Latihan Berterusan:

17. Bagi memastikan setiap pegawai

jabatan sentiasa mengikuti

perkembangan terkini dalam bidang

kebombaan, beberapa siri kursus dan

latihan telah dirangka bagi

memantapkan pengetahuan dan

kemahiran anggota. Pada tahun

2009, jabatan telah memperuntukan

sebanyak RM15 juta bagi

melaksanakan kursus-kursus di

Akademi Bomba dan Penyelamat,

Malaysia, latihan di luar negara dan

kursus yang melibatkan kepakaran

Luar Negara.

18. Jabatan juga akan terus

memberikan komitmen dalam

Program Kerjasama Teknikal

Malaysia (MTCP) dengan

menekankan perkongsian 23

24

Page 14: Perutusan Perhimpunan Tahunan 2010 YAS Ketua Pengarah JBPM Teks Ucapan... · kebombaan, beberapa siri kursus dan latihan telah dirangka bagi memantapkan pengetahuan dan kemahiran

14

pengetahuan, kepakaran dan

pengalaman kepada negara-negara

membangun lain. Kerjasama ini juga

turut mempromosikan kepakaran

teknikal tempatan di mata dunia,

selaras dengan semangat kerjasama

selatan-selatan (South-south

Cooperation).

19. Dalam tahun 2009, jabatan telah

melatih seramai 150 orang jurulatih

berkaitan dengan model integriti dan

menjangkakan perancangan integriti

sebagaimana yang dirancang, akan

dilaksanakan pada tahun ini. Pada

tahun 2010 ini juga, jabatan telah

memperuntukan sebanyak RM15 juta

bagi tujuan aktiviti latihan, RM7 juta

bagi tujuan menjalankan kursus di 5

Akademi Bomba dan Penyelamat,

Malaysia (FRAM), dan RM8 juta lagi

akan diperuntukan untuk

menjalankan kursus pemanduan,

kursus pakar luar dan dalam negeri

serta kursus di institusi luar dari

akademi.

AW 139 Pelengkap Bahagian Udara 25 26

Page 15: Perutusan Perhimpunan Tahunan 2010 YAS Ketua Pengarah JBPM Teks Ucapan... · kebombaan, beberapa siri kursus dan latihan telah dirangka bagi memantapkan pengetahuan dan kemahiran

15

20. Pada tahun 2009, jabatan telah

mentauliah 2 orang juruterbang

A109E kategori kapten, iaitu PgB

Roslan Bin Aziz dan PgB Wahyudi

Bin Mohd. Sayuthi. Adalah

dijangkakan pada tahun ini,

perancangan untuk menambah dan

mentauliah Kapten pesawat bagi

kedua-dua jenis pesawat Mi-171 dan

A109E akan dipergiatkan, bagi

menghadapi segala situasi dan

bencana.

21. Pada tahun lepas juga, jabatan

berjaya mentauliah seramai 489

orang pegawai bagi Pasukan Smoke

Jumper. Dengan pengwujudan

pasukan ini, ianya akan

meningkatkan imej dan kesiapsagaan

jabatan dalam keberkesanan jabatan,

bagi menghadapi bencana di dalam,

atau di luar Malaysia. Secara tidak

langsung ini akan dapat

meningkatkan pencapaian response

time Pangkalan Udara jabatan.

28 27

Page 16: Perutusan Perhimpunan Tahunan 2010 YAS Ketua Pengarah JBPM Teks Ucapan... · kebombaan, beberapa siri kursus dan latihan telah dirangka bagi memantapkan pengetahuan dan kemahiran

16

22. Sekitar bulan Jun tahun ini,

jabatan akan menerima 2 buah

pesawat baru, iaitu AW 139 bagi

memantap serta meningkatkan

kesiapsiagaan Pangkalan Udara

Bomba dan jabatan secara

keseluruhannya. Pengoperasian Main

Operating Base (MOB) di Bertam,

Pulau Pinang pula dijangkakan mula

beroperasi mulai bulan Mac 2010

secara detachment. Perjawatan di

Pangkalan Udara Bertam Pulau

Pinang ini adalah dijangkakan akan

diperolehi dalam tahun ini juga.

23. Dalam perancangan jangka

panjang, jabatan berhasrat untuk

menambah bilangan juruterbang

pada masa akan datang. Bagi tahun

ini sahaja, jabatan bercadang untuk

menghantar 3 orang juruterbang baru

bagi menghadiri latihan di Institusi

Latihan Penerbangan di Ipoh, Perak.

Pengurusan:

24. Pada tahun 2009, peruntukan

mengurus jabatan adalah sebanyak

RM592 juta, dan kita telah berjaya

30 29

Page 17: Perutusan Perhimpunan Tahunan 2010 YAS Ketua Pengarah JBPM Teks Ucapan... · kebombaan, beberapa siri kursus dan latihan telah dirangka bagi memantapkan pengetahuan dan kemahiran

17

membelanjakan sebanyak RM579

juta, iaitu 97.41% daripada

keseluruhan perbelanjaan tersebut.

Pada tahun ini, jabatan telah

diperuntukkan sebanyak RM568 juta

di bawah Dasar Sedia Ada, RM33

juta di bawah Dasar Baru dan di

bawah One-Off sebanyak RM5.5

juta. Peruntukan jabatan bagi Dasar

Sedia Ada yang diluluskan bagi tahun

ini adalah kurang berbanding dengan

peruntukan tahun lepas.

Pengurangan sebanyak RM24 juta

iaitu lebih kurang 4% akan memberi

kesan kepada perbelanjaan

keseluruhan jabatan pada tahun ini.

25. Selaras dengan kelulusan

penstrukturan semula jabatan, pada

tahun 2009 yang lepas, jabatan telah

berjaya menguruskan eksais

kenaikan pangkat pegawai, meliputi

pelbagai peringkat gred dan jawatan.

Bagi gred KB52 ke gred KB54

seramai 8 orang pegawai telah

terlibat dan 15 orang pegawai telah

dinaikkan pangkat dari gred KB48 ke

31 32

Page 18: Perutusan Perhimpunan Tahunan 2010 YAS Ketua Pengarah JBPM Teks Ucapan... · kebombaan, beberapa siri kursus dan latihan telah dirangka bagi memantapkan pengetahuan dan kemahiran

18

gred KB52, serta 30 orang telah

dinaikkan pangkat dari gred KB44 ke

Gred KB48

26. Manakala dalam urusan

kenaikan pangkat dari Penguasa

Bomba dari gred KB41 ke gred KB44

bilangan pegawai yang terlibat adalah

seramai 49 orang. Untuk tahun 2010

ini, eksais kenaikan pangkat ini akan

diteruskan bagi semua gred jawatan

sehingga semua gred jawatan ini diisi

sepenuhnya.

Pembangunan Jabatan:

27. Sepanjang tahun 2009,

sebanyak 10 buah balai dan sebuah

kuarters telah berjaya disiapkan.

Manakala 20 buah projek masih lagi

diperingkat pembinaan dan dijangka

dapat disiapkan pada tahun ini.

28. Sehingga kini daripada 422

tanah milik jabatan di seluruh negara,

sebanyak 51 geran hakmilik kekal,

158 hakmilik sementara telah berjaya

diperolehi. Sementara baki sebanyak

213 masih di peringkat permohonan

33 34

Page 19: Perutusan Perhimpunan Tahunan 2010 YAS Ketua Pengarah JBPM Teks Ucapan... · kebombaan, beberapa siri kursus dan latihan telah dirangka bagi memantapkan pengetahuan dan kemahiran

19

dan penukaran status hakmilik tanah.

Adalah menjadi hasrat jabatan untuk

memastikan agar semua tapak tanah

jabatan ini mendapat geran hakmilik

kekal sepenuhnya.

29. Pada tahun lepas juga jabatan

telah berjaya membuat perolehan

jentera. Antaranya adalah 50 unit bot

aluminium, 8 unit amphibious

inflatable boat (ARIB), 42 unit Fire

Rescue Tender (FRT), 15 unit

kenderaan komunikasi, 4 unit

kenderaan unit pengesan dan 2 unit

medium light helicopter. Sebahagian

jentera yang saya sebutkan tadi akan

diserahkan oleh YB Dato’ Seri Kong

Cho Ha, Menteri Perumahan dan

Kerajaan Tempatan pada pagi ini.

30. Perancangan perolehan pada tahun

2010, jabatan telah merancang

beberapa perolehan kenderaan dan

kelengkapan kebombaan bagi

memantap dan melancarkan tugas-

tugas pemadaman dan

penyelamatan. Antara perancangan

perolehan adalah 10 buah kenderaan 35 36

Page 20: Perutusan Perhimpunan Tahunan 2010 YAS Ketua Pengarah JBPM Teks Ucapan... · kebombaan, beberapa siri kursus dan latihan telah dirangka bagi memantapkan pengetahuan dan kemahiran

20

alat pernafasan (BA tender), 70 buah

kenderaan pasukan bomba sukarela,

200 set peralatan menyelam (SCUBA

set),13000 pasang kasut api bagi

penggantian yang lama.

31. Selain daripada itu, jabatan juga

bercadang akan membuat perolehan

tambahan kepada bot aluminium, alat

pernafasan, peralatan menyelamat dan

kenderaan utiliti. Perolehan ini juga

bergantung kepada lebihan peruntukan

pembangunan.

32. Setiap program yang akan dijalankan

oleh Bahagian-bahagian untuk tempoh

5 tahun akan datang, hendaklah

mempunyai sasaran tertentu supaya di

akhir RMK-10, ia dapat diukur

pencapaiannya, seperti program

kempen keselamatan kebakaran, latihan

dan kursus, penyiasatan kebakaran,

penguatkuasaan undang-undang,

penyelidikan kebombaan, keberkesanan

operasi memadam kebakaran dan

penyelamatan serta penubuhan

pasukan bomba sukarela.

37 38

Page 21: Perutusan Perhimpunan Tahunan 2010 YAS Ketua Pengarah JBPM Teks Ucapan... · kebombaan, beberapa siri kursus dan latihan telah dirangka bagi memantapkan pengetahuan dan kemahiran

21

Kejuruteraan:

33. Jabatan memandang serius

kejadian kemalangan yang

melibatkan kenderaan jabatan

sepanjang tahun lepas. Untuk rekod,

sehingga bulan Disember, sebanyak

62 kes kemalangan telah berlaku di

seluruh negara. Jabatan telah

membelanjakan sebanyak RM635

ribu semata-mata untuk membuat

pembaikan ke atas kenderaan yang

terlibat.

34. Setiap warga jabatan perlu

memiliki sense of belonging dalam

diri masing-masing. Hanya melalui

cara ini, setiap asset yang dimiliki

akan dapat digunapakai secara

optima dan dalam tempoh yang lama.

Sehubungan dengan itu,

penyelenggaraan kenderaan secara

berjadual dan sistematik, adalah

langkah terbaik bagi jabatan dalam

mengharungi masa-masa sukar

seperti sekarang. Dalam masa yang

sama, tanggungjawab ini juga perlu

sama-sama dipikul oleh semua 39 40

Page 22: Perutusan Perhimpunan Tahunan 2010 YAS Ketua Pengarah JBPM Teks Ucapan... · kebombaan, beberapa siri kursus dan latihan telah dirangka bagi memantapkan pengetahuan dan kemahiran

22

anggota yang bertugas membawa

kenderaan jabatan, dengan

memandu secara berhemah dan

mematuhi peraturan.

35. Sebelum mengakhiri ucapan

saya pada pagi ini, sekali lagi saya

mengucapkan Selamat Tahun Baru

2010 dan berharap semoga kejayaan

sentiasa bersama kita sepanjang

tahun ini. Saya juga ingin

mengucapkan syabas dan tahniah

kepada jawatankuasa Perbarisan

Tahunan di atas usaha dan inisiatif

mereka menggerak dan menjayakan

majlis kita pada pagi yang berbahagia

ini. Saya sudahi ucapan saya dengan

lafaz Wabillahi taufiq wal hidayah,

wassalamualaikum warrahmatullahi

wabarakatuh.

Sekian. Terima kasih.

41 42