Perutusan Sambutan Hari Guru Ppdkbb 2014

4
PERUTUSAN SAMBUTAN HARI GURU 2014 oleh ABD AZIZ BIN SELAIMAN PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH KULIM BANDAR BAHARU Bismillahir-rahmanir-rahim Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Saya ingin memanjatkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia-Nya kita dapat meraikan hari yang sangat penting dan bersejarah kepada seluruh warga pendidik iaitu sambutan hari guru tahun ini yang bertemakan ‘Guru: Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi. Sambutan pada setiap 16 Mei merupakan suatu pengiktirafan dan penghargaan kepada warga pendidik dalam memacu dan memikul tanggungjawab untuk membangunkan modal insan dalam kita menempuh milenium yang serba mencabar ini. Kita bersyukur ke hadrat Illahi kerana dikurniakan kesihatan, kesejahteraan dan kekuatan mental- emosi bagi terus mengharungi dunia pendidikan yang dinamik dan segar dengan pelbagai kreativiti dan inovasi untuk terus mempertajamkan kekuatan mendidik anak bangsa. Sambutan hari guru tahun ini diharap dapat meniupkan azam dan semangat kita untuk lebih kuat bekerja dengan penuh beretika seterusnya menjadi pendidik yang lebih cemerlang dan gemilang. Ekosistem pendidikan yang terbilang selaras dengan hasrat dan aspirasi negara yang kita cintai adalah idaman kita semua. Saudara dan saudari yang saya hormati, Tema sambutan hari guru iaitu ‘Guru: Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasibertepatan dengan usaha Kementerian Pendidikan Malaysia dalam melaksanakan transformasi pendidikan melalui Pelan

description

fgbfghbedfbedrfgbdfbtdgbdfbedfbccbdfcbdfbdcfbdfbdfhbtdgh

Transcript of Perutusan Sambutan Hari Guru Ppdkbb 2014

  • PERUTUSAN SAMBUTAN HARI GURU 2014 oleh

    ABD AZIZ BIN SELAIMAN PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH KULIM BANDAR BAHARU

    Bismillahir-rahmanir-rahim

    Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

    Saya ingin memanjatkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana

    dengan limpah kurnia-Nya kita dapat meraikan hari yang sangat penting

    dan bersejarah kepada seluruh warga pendidik iaitu sambutan hari guru

    tahun ini yang bertemakan Guru: Pencetus Kreativiti, Penjana

    Inovasi. Sambutan pada setiap 16 Mei merupakan suatu pengiktirafan

    dan penghargaan kepada warga pendidik dalam memacu dan memikul

    tanggungjawab untuk membangunkan modal insan dalam kita

    menempuh milenium yang serba mencabar ini. Kita bersyukur ke hadrat

    Illahi kerana dikurniakan kesihatan, kesejahteraan dan kekuatan mental-

    emosi bagi terus mengharungi dunia pendidikan yang dinamik dan segar

    dengan pelbagai kreativiti dan inovasi untuk terus mempertajamkan

    kekuatan mendidik anak bangsa. Sambutan hari guru tahun ini diharap

    dapat meniupkan azam dan semangat kita untuk lebih kuat bekerja

    dengan penuh beretika seterusnya menjadi pendidik yang lebih

    cemerlang dan gemilang. Ekosistem pendidikan yang terbilang selaras

    dengan hasrat dan aspirasi negara yang kita cintai adalah idaman kita

    semua.

    Saudara dan saudari yang saya hormati,

    Tema sambutan hari guru iaitu Guru: Pencetus Kreativiti, Penjana

    Inovasi bertepatan dengan usaha Kementerian Pendidikan Malaysia

    dalam melaksanakan transformasi pendidikan melalui Pelan

  • Pembangunan Pendidikan Malaysia bagi tahun 2013-2025. Untuk maju,

    Pelan Pembangunan Pendidikan akan terus menggunakan semangat

    Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi membangunkan pendidikan

    seimbang sebagai asas pencapaian aspirasi setiap murid. Enam ciri

    utama yang diperlukan oleh setiap murid untuk berupaya bersaing pada

    peringkat global iaitu mempunyai pengetahuan aras tinggi, kemahiran

    berfikir yang mampu mengaplikasi ilmu pengetahuan dan berfikir secara

    kreatif di luar konteks akademik, menguasai kemahiran dwibahasa,

    berkemahiran untuk memimpin, beretika dan mempunyai kerohanian

    yang tinggi serta semangat identiti nasional yang kukuh untuk

    menyumbang kepada kesejahteraan komuniti dan negara.

    Guru: Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi menetapkan suatu

    harapan supaya warga pendidik dapat memberi fokus kepada inisiatif

    yang mempunyai impak paling tinggi kepada keberhasilan murid. Oleh itu,

    perancangan kerja para guru haruslah berfokuskan kepada inisiatif yang

    paling utama dengan meletakkan amalan-amalan berfikir aras tinggi

    (KBAT) di bilik darjah serta penggunaan tools pengajaran yang terkini

    diperhebat penggunaanya. Ia juga boleh dijadikan Sasaran Kerja

    Tahunan yang mesti dilaksanakan dengan sistematik dan berkesan.

    Dalam hal ini, semua guru dengan pemahaman yang sama meletakkan

    keutamaan tentang bagaimana ia boleh dicapai, siapa yang

    bertanggungjawab dan sasaran yang mesti diberi keutamaan

    menggunakan bajet mengikut keperluan. Saya yakin dan percaya, para

    pemimpin sekolah dan guru-guru yang berada di daerah Kulim Bandar

    Baharu sudah siapsiaga untuk memainkan peranan penting untuk

    melaksanakan tanggungjawab merealisasikan kumpulan anak pelajar

    yang kreatif dan inovatif sebagaimana yang direncanakan. Idea dan

    inovasi baharu serta pemikiran di luar kotak perlu diperkenalkan kepada

  • murid-murid. Peranan guru amat besar demi keberhasilan murid-murid

    kita. Pelaburan yang besar dalam pendidikan ini juga mencerminkan

    hasrat kerajaan sentiasa meletakkan pembangunan modal insan sebagai

    suatu keutamaan.

    Sambutan hari guru ini seharusnya menjadi pemangkin kepada

    kecemerlangan murid-murid untuk maju ke hadapan. Peranan guru pada

    hari ini amat mencabar. Dalam usaha membangunkan modal insan murid,

    kita mendepani cabaran kebejatan sosial yang tinggi. Oleh itu, murid-

    murid harus dilatih mendepani segala cabaran yang mendatang dengan

    mempersiapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang

    kukuh. Selain itu, semangat patriotik perlu dipupuk dalam diri dengan

    memahami sejarah negara, dan berkongsi aspirasi yang sama tanpa

    mengira etnik, agama atau status sosioekonomi untuk masa depan

    negara. Kejayaan kita dalam merealisasikan Dashboard sekolah dan

    Dashboard PPDKBB memberi petunjuk kejayaan murid dan guru serta

    pengurusan sekolah dalam aspek kualiti pengurusan sekolah,

    peningkatan akademik, sahsiah dan pelbagai aktiviti kokurikulum di

    semua peringkat sama ada di peringkat daerah, kebangsaan dan

    antarabangsa. Ini membuktikan kita boleh berdiri sama tinggi dengan

    daerah-daerah pendidikan lain di seluruh negara. Saya yakin melalui

    perubahan besar dari segi strategi dan hala tuju dalam Program

    Transformasi Daerah (DTP) pendidikan di daerah kita akan dapat

    memberi impak kepada lima keberhasilan sistem yang dinyatakan.

    Saudara dan saudari yang saya hormati,

    Sempena sambutan hari guru ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari

    Guru kepada semua warga pendidik di daerah Kulim Bandar Baharu ini.

    Semoga semua guru dapat meneruskan tekad dan iltizam tanpa

  • mengenal erti jemu untuk memberikan sumbangan dan khidmat bantu

    dengan penuh hormat, sabar dan kasih sayang demi anak bangsa

    Malaysia yang tercinta. Saya ingin mengambil kesempatan untuk

    menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada

    semua guru atas segala sokongan dan kerjasama yang telah diberikan

    demi kejayaan pendidikan daerah Kulim Bandar Baharu ini. Marilah kita

    bersama-sama seia sekata sehati sejiwa untuk terus memberikan

    perkhidmatan yang berintegriti, cemerlang, profesional dan amanah

    dalam menjalankan tugas sebagai pendidik demi memastikan organisasi

    pendidikan terus unggul dan memberi impak kepada negeri Kedah serta

    merealisasikan impian kita KBB Top 2 dan Kedah Top 5 menjelang

    2015.

    Selamat Hari Guru. Terima Kasih Cikgu