PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2017 PENGARAH POLITEKNIK · PDF fileakan menghantar design peringkat...

21
1 PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2017 PENGARAH POLITEKNIK BANTING SELANGOR Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Yang saya hormati Timbalan Pengarah Akademik, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Ketua-ketua Jabatan, Ketua-ketua Unit, serta warga Politeknik Banting yang saya kasihi sekalian. Pertama sekali ingin saya memanjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T atas nikmat dan kurniaan yang telah diberikan kepada kita semua. Alhamdullilah kita masih diberi kesempatan bernafas lagi pada hari ini untuk terus bersama-sama menggembleng tenaga ke arah menggapai kecemerlangan PBS sebagaimana yang telah direncanakan. Masih tidak terlambat untuk saya ucapkan Selamat Tahun Baru 2017 kepada semua warga PBS dan saya berharap tahun ini kita semua akan lebih produktif dan efisien daripada tahun- tahun sebelumnya.

Transcript of PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2017 PENGARAH POLITEKNIK · PDF fileakan menghantar design peringkat...

Page 1: PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2017 PENGARAH POLITEKNIK · PDF fileakan menghantar design peringkat akhir pada 3 Mac 2017. Ini ... memulakan pilot projek ini dengan 6 buah politeknik termasuk

1

PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2017

PENGARAH

POLITEKNIK BANTING SELANGOR

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Yang saya hormati Timbalan Pengarah Akademik, Timbalan

Pengarah Sokongan Akademik, Ketua-ketua Jabatan,

Ketua-ketua Unit, serta warga Politeknik Banting yang saya

kasihi sekalian.

Pertama sekali ingin saya memanjatkan kesyukuran kepada

Allah S.W.T atas nikmat dan kurniaan yang telah diberikan

kepada kita semua. Alhamdullilah kita masih diberi kesempatan

bernafas lagi pada hari ini untuk terus bersama-sama

menggembleng tenaga ke arah menggapai kecemerlangan

PBS sebagaimana yang telah direncanakan.

Masih tidak terlambat untuk saya ucapkan Selamat Tahun Baru

2017 kepada semua warga PBS dan saya berharap tahun ini

kita semua akan lebih produktif dan efisien daripada tahun-

tahun sebelumnya.

Page 2: PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2017 PENGARAH POLITEKNIK · PDF fileakan menghantar design peringkat akhir pada 3 Mac 2017. Ini ... memulakan pilot projek ini dengan 6 buah politeknik termasuk

2

Memandangkan Malaysia akan meraikan Tahun Baru Cina,

saya juga ingin mengucapkan Gong Xi Fa Cai kepada semua

warga PBS yang berbangsa Cina. May this year bring us good

health, wealth and prosperity all year round. InshaALLAH.

Dikesempatan ini juga ingin saya menzahirkan ucapan

penghargaan sekali lagi kepada mantan Ketua Pengarah

Jabatan Pendidikan Politeknik (JPP), YBhg. Datuk Hj Mohlis

bin Jaafar di atas kerjasama dan sokongan beliau kepada

peningkatan dan kejayaan yang telah dicapai oleh politeknik-

politeknik di seluruh Negara termasuklah Politeknik Banting

Selangor sendiri. Di bawah teraju beliau, banyak program dan

kejayaan yang telah dikecapi oleh PBS dan juga seluruh

Politeknik Malaysia samada di peringkat nasional mahu pun

antarabangsa.

Seterusnya kepada mantan Pengarah PBS, Tn.Hj.Zulkifli bin

Md.Salleh yang telah berusaha dalam memastikan

perancangan PBS dapat dilaksanakan dengan jayanya yang

selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

2015-2025 (PPPMPT), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Page 3: PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2017 PENGARAH POLITEKNIK · PDF fileakan menghantar design peringkat akhir pada 3 Mac 2017. Ini ... memulakan pilot projek ini dengan 6 buah politeknik termasuk

3

KEJAYAAN PBS

Hadirin dan Hadirat Sekalian,

Tahun 2016 merupakan tahun yang banyak memberi cabaran

kepada kita semua dalam mencapai sasaran kita.

Walaubagaimanapun, I always keep my head up high and

strive towards greatness in this troubling times. With this I am

proud to announce our success in 2016.

Pertama sekali, saya ucapkan tahniah kepada semua warga

PBS yang telah bertungkus lumus untuk memastikan pelajar-

pelajar kita kompeten dan bersedia untuk sentiasa berani

mencuba dan tidak gentar menghadapi apa sahaja cabaran.

Seperti kejayaan kita di Pertandingan Innovation & Design

Exposition 2016 yang mana kita telah memenangi Gold Medal

Award untuk inovasi Amphibian Craft di UiTM Shah Alam.

Selain itu, di pertandingan yang sama, kita juga memenangi

Gold untuk Springback Prediction and Optimization in

U-Channel Process of DP590 serta memenangi Silver Medal

Page 4: PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2017 PENGARAH POLITEKNIK · PDF fileakan menghantar design peringkat akhir pada 3 Mac 2017. Ini ... memulakan pilot projek ini dengan 6 buah politeknik termasuk

4

Award untuk Palm Exoskeleton Hand Therapy Rehabilitation

Devices.

Selain itu, kita juga telah memenangi Anugerah Inovasi Negeri

Selangor (AINS) Tahun 2016 untuk Kategori Idea Asal/

Prototaip Terbaik, dan juga memenangi tempat ketiga untuk

Little TVET in Gen TVET Digital Photography Competition.

Tahniah saya ucapkan kepada semua serta kepada pelajar-

pelajar PBS yang telah menunjukkan prestasi mereka yang

cemerlang. Syabas!

Kejayaan kita bukan sahaja berhenti disini, ianya berterusan

dimana kita berjaya menganjurkan International Conference on

Innovation in Aerospace Engineering and Technology

(AEROTECH IV 2016) dan berjaya menerbitkan 4 kertas

penyelidikan di IOP Publication–Scopus Index (International)

dan kita juga telah memenangi anugerah Emas bagi

pertandingan Penyelidikan dan Inovasi di Persidangan

Antarabangsa Pendidikan Islam 2016 di Insititut Pendidikan

Guru Kampus Tun Abdul Razak. Tahniah sekali lagi!.

Page 5: PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2017 PENGARAH POLITEKNIK · PDF fileakan menghantar design peringkat akhir pada 3 Mac 2017. Ini ... memulakan pilot projek ini dengan 6 buah politeknik termasuk

5

Terkini saya dimaklumkan, pelajar Diploma Kejuruteraan

Mekanikal Tan Jia Wei dan Khairul Aiman Bin Hamid dibawah

Pn. Zalaida Binti Talib selaku penasihat projek telah dapat

masuk ke peringkat akhir (3 yang terbaik) dalam Autodesk

Malaysia Design Competition 2016 (AMDC2016) yang dijangka

akan menghantar design peringkat akhir pada 3 Mac 2017. Ini

merupakan penyertaan kali kedua dan pada kali pertama

mereka telah menjadi johan peringkat kebangsaan dan telah

diberikan pengiktirafan ke Singapura untuk terlibat dalam

aktiviti peringkat antarabangsa.

Untuk saya senaraikan setiap kejayaan PBS memang terlalu

banyak oleh itu disini saya rangkumi semuanya di dalam

paparan di slide untuk anda semua melihat kejayaan kita.

Syabas PBS! KEEP IT UP! And Never Give UP!

KENAIKAN PANGKAT

Rakan seperjuangan sekalian,

Dikesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan tahniah

kepada semua yang telah mendapat kenaikan pangkat ke gred

Page 6: PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2017 PENGARAH POLITEKNIK · PDF fileakan menghantar design peringkat akhir pada 3 Mac 2017. Ini ... memulakan pilot projek ini dengan 6 buah politeknik termasuk

6

44 dan 48 baru-baru ini. Semoga dengan kenaikan pangkat ini,

anda semua akan lebih proaktif untuk menyumbangkan

kepakaran masing-masing dalam mencapai misi dan visi PBS

serta menjadi contoh yang terbaik dalam kalangan warga PBS.

Kepada yang tidak berjaya, cuba lagi dimasa akan datang

kerana peluang masih ada dan senantiasa menunggu

dihadapan.

Oleh yang demikian, disini saya ingin meminjam kata-kata

Dato’ Ketua Pengarah: kenaikan pangkat adalah atas

keperluan perkhidmatan and it comes with a big

responsibilities. Maka dengan itu, marilah kita sama-sama

meningkatkan lagi semangat dan potensi dalam menjalankan

tugas seharian juga dengan penuh takzim dan ikhlas.

InshaALLAH.

HALA TUJU PBS

MAHASISWA (Kebolehpasaran Graduan) Warga PBS yang saya kasihi,

Page 7: PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2017 PENGARAH POLITEKNIK · PDF fileakan menghantar design peringkat akhir pada 3 Mac 2017. Ini ... memulakan pilot projek ini dengan 6 buah politeknik termasuk

7

PPPMPT 2015-2025 telah menggariskan komitmen untuk

melahirkan graduan yang memenuhi kehendak industri dan

mencapai kadar kebolehpasaran graduan (KG) lebih 80%

menjelang tahun 2025. Hasil dapatan pencapaian politeknik

melalui ucapan Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Idris

Jusoh adalah amat membanggakan dimana kadar

kebolehpasaran untuk pelajar lepasan politeknik adalah 88.6%.

Walaubagaimanapun, pihak PBS tidak akan berhenti di situ

kerana kita sentiasa mahukan 100% kebolehpasaran pelajar

kerana inilah yang menjadi keutamaan kita sebagaimana

formula PBS iaitu E= f{A+G+C}. Untuk memastikan nilai

kebolehpasaran pelajar yang holistik, PBS senantiasa

memberikan penekanan kepada tiga (3) domain utama iaitu A

(Academic Achievement)), G (Generic Students Attributes) dan

C (Collaborations with Industries) agar ianya dapat menyokong

dan memastikan 100% kebolehpasaran pelajar.

TVET APEL CENTRE

Accreditation of Prior Experiential Learning (APEL) atau

Akreditasi Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu

Page 8: PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2017 PENGARAH POLITEKNIK · PDF fileakan menghantar design peringkat akhir pada 3 Mac 2017. Ini ... memulakan pilot projek ini dengan 6 buah politeknik termasuk

8

merupakan komponen yang menyokong kepada aktiviti

Lonjakan 3 iaitu Menghayati Pembelajaran Sepanjang Hayat

dan konsep pendidikan fleksibel dimana ianya merupakan

pembelajaran yang diperolehi dari pengalaman terdahulu

termasuk pengalaman kerja sepenuh atau separuh masa, kerja

sukarela dan kemasyarakatan, hobi atau kegiatan waktu

lapang dan sebagainya.

Justeru, bagi mengarusperdanakan politeknik sebagai peneraju

Technical Vocational Education and Training (TVET), TVET

APEL CENTRE (TAC) di politeknik dan kolej komuniti telah

diumumkan oleh YBhg. Dato’ Ketua Pengarah di Majlis Amanat

Tahun Baharu yang lalu. Oleh itu, suka saya untuk

memaklumkan bahawa Politeknik Banting Selangor dan

Langkawi Tourism Academy @ Kolej Komuniti Langkawi akan

menjadi Pusat Penilaian APEL rintis bagi program TVET

negara. Marilah kita menyahut cabaran ini dan memastikan

objektif kepada projek ini tercapai. InshaALLAH.

MBOT

Page 9: PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2017 PENGARAH POLITEKNIK · PDF fileakan menghantar design peringkat akhir pada 3 Mac 2017. Ini ... memulakan pilot projek ini dengan 6 buah politeknik termasuk

9

Pada masa yang sama, Dasar TVET KPT juga menyokong

kewujudan badan profesional seperti Malaysia Board of

Technologist (MBOT) yang menjuarai profesion juruteknik yang

kita hasilkan. Malahan melalui MBOT, kita akan berusaha

supaya Malaysia menjadi signatory kepada Dublin Accord yang

akan menyetarakan kelayakan diploma kejuruteraan kita

dengan lapan negara lain, antaranya Australia, Kanada, Korea,

United Kingdom dan Amerika Syarikat. Dengan rangkaian yang

luas dan pengiktirafan antarabangsa, lulusan kita mampu

menembusi pasaran pekerjaan global.

Oleh itu, adalah menjadi harapan Dato’ Ketua Pengarah dan

saya sendiri, supaya para pensyarah di Politeknik Banting

Selangor yang berkelayakan dalam bidang Kejuruteraan,

Kejuruteraan Teknologi dan Teknologi untuk mendaftar sebagai

ahli MBOT.

ENGINEERING TECHNOLOGY ACCREDITATION

COMMISION (ETAC)

Page 10: PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2017 PENGARAH POLITEKNIK · PDF fileakan menghantar design peringkat akhir pada 3 Mac 2017. Ini ... memulakan pilot projek ini dengan 6 buah politeknik termasuk

10

Untuk makluman semua, pada sesi Disember 2016 akan

datang PBS berkemungkinan besar pada ketika itu diwajibkan

untuk memohon akreditasi Engineering Technology

Accreditation Council (ETAC) yang mewakili Board of

Engineers Malaysia (BEM) dan Malaysian Qualification Agency

(MQA) untuk program Diploma Kejuruteraan Mekanikal

(Pembuatan). Ianya merupakan satu Global standard untuk

program yang telah ditawarkan di dalam sistem politeknik.

Dengan mendapat pengiktirafan ini, secara automatik kita akan

mendapat pengiktirafan dari BEM dan juga akreditasi daripada

pihak MQA.

Sehubungan itu, komitmen daripada pihak Jabatan dan semua

pensyarah adalah sangat penting dalam persediaan kita untuk

memenuhi tahap keperluan badan akreditasi ETAC sekaligus

memperoleh akreditasi MQA. Untuk ini, kita akan menjadikan

Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) yang telah pun melalui

proses pengauditan bagi program DET dan DKA sebagai

penanda aras bagi permohonan kita nanti.

InshaALLAH, saya yakin PBS boleh melaksanakannya.

Page 11: PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2017 PENGARAH POLITEKNIK · PDF fileakan menghantar design peringkat akhir pada 3 Mac 2017. Ini ... memulakan pilot projek ini dengan 6 buah politeknik termasuk

11

MEDIA SOSIAL

Pada masa kini, cabaran untuk menambat hati generasi Z dan

millennial adalah sangat mencabar. Untuk itu kita perlu

mempergiat penggunaan media sosial bagi menarik minat

mereka terhadap program yang ditawarkan. Ini untuk menyebar

luas maklumat, perkembangan dan kejayaan TVET di

politeknik kepada semua pihak terutamanya stakeholders.

Sehubungan itu, warga PBS juga perlu meningkatkan

kemahiran dalam penggunaan media seperti facebook, twitter

dan Instagram bagi meningkatkan lagi imej PBS. Dalam hal ini,

saya mohon tuan-tuan dan puan-puan like dan follow platform

media sosial pengurusan tertinggi KPT, JPP dan juga

Politeknik Banting sendiri. Ini akan meningkatkan ketampakan

kita dalam ruang siber serta meningkatkan profil KPT, JPP dan

PBS dalam kalangan generasi muda.

KE ARAH ATO DCAM PART 147

Untuk makluman, PBS sedang berusaha ke arah ATO DCAM

Part 147 agar kita menjadi salah sebuah ATO yang

Page 12: PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2017 PENGARAH POLITEKNIK · PDF fileakan menghantar design peringkat akhir pada 3 Mac 2017. Ini ... memulakan pilot projek ini dengan 6 buah politeknik termasuk

12

memberikan latihan yang diiktiraf selaras dengan standard

yang ditetapkan DCA selain menjadi nilai tambah kelayakan

yang diterima oleh pelajar disamping kelayakan akademik yang

diterima.

Kita juga ingin menjadi pusat peperiksaan yang bertauliah dan

diiktiraf oleh pihak DCA yang merupakan salah satu

keistimewaan yang diterima oleh ATO. Saya yakin dengan

kekuatan team MRO, mereka akan berusaha untuk ke arah ini.

EKSA

Bagi memperkukuh budaya organisasi berprestasi tinggi dan

inovatif dalam kalangan agensi–agensi sektor awam, pihak

MAMPU telah mengambil inisiatif untuk menambahbaik

pelaksanaan Amalan 5S yang kini dijenamakan semula kepada

Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA). Semoga dengan

pelaksanaan EKSA ini akan menambah baik elemen 5S yang

menyokong kepada kewujudan persekitaran kerja yang

kondusif dan selamat disamping melaksanakan amalan budaya

hijau di PBS.

KEUSAHAWANAN

Page 13: PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2017 PENGARAH POLITEKNIK · PDF fileakan menghantar design peringkat akhir pada 3 Mac 2017. Ini ... memulakan pilot projek ini dengan 6 buah politeknik termasuk

13

Keusahawanan di PBS adalah merupakan program di mana

setiap pelajar mendapat kemahiran keusahawanan disamping

memupuk semangat keusahawanan (entrepreneurial spirit) &

seterusnya pembudayaan keusahawanan di PBS.

Pelaksanaan program keusahawanan di PBS merupakan satu

cabaran yang besar memandangkan keseluruhan pelajar

adalah dari bidang kejuruteraan. Kursus awareness harus

dipertingkatkan dan ianya juga memerlukan penglibatan dari

semua pihak samada yang terlibat secara langsung dan tidak

langsung. Oleh itu, PBS sedang mempergiatkan program-

program yang berbentuk keusahawanan dalam kalangan

pelajar.

iCGPA & iGSA

iCGPA merupakan PNGK/CGPA Bersepadu yang menganalisa

kekuatan dan kelemahan seorang pelajar terutamanya dalam

kemahiran insaniah dan seterusnya membolehkan pihak

institusi melaksanakan program intervensi dalam membantu

mengatasi kelemahan pelajar dalam aspek-aspek kemahiran

insaniah yang tertentu manakala pihak industri dapat

Page 14: PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2017 PENGARAH POLITEKNIK · PDF fileakan menghantar design peringkat akhir pada 3 Mac 2017. Ini ... memulakan pilot projek ini dengan 6 buah politeknik termasuk

14

membantu pelajar dalam mengukuhkan perkembangan mereka

ketika dalam latihan industri.

Dengan iCGPA ini, banyak manfaat diperolehi agar kita dapat

menghasilkan graduan yang holistik. Pihak JPP telahpun

memulakan pilot projek ini dengan 6 buah politeknik termasuk

PBS bagi tahun 2017 bermula dengan pelajar semester 1 Sesi

Disember 2016. Harapan saya adalah untuk melihat mereka

semua bergraduat bukan sahaja dengan iCGPA yang

cemerlang tetapi iGSA sebagai seorang insan yang memiliki

kemahiran insaniah, berkemahiran dan berketrampilan

profesional dalam menghadapi dunia perkerjaan.

Apabila adanya iCGPA, jangan dilupakan dengan iGSA.

Sepertimana yang kita ketahui, iGSA merupakan satu

pengukuran kepada kemahiran insaniah pelajar di luar aktiviti

Pembelajaran dan Pengajaran. Saya berharap setiap

pensyarah memastikan setiap pelajar yang menyertai apa

sahaja aktiviti dinilai dengan baik kerana ini merupakan satu

recognition kepada mereka untuk dibawa ke dunia pekerjaan.

Page 15: PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2017 PENGARAH POLITEKNIK · PDF fileakan menghantar design peringkat akhir pada 3 Mac 2017. Ini ... memulakan pilot projek ini dengan 6 buah politeknik termasuk

15

Oleh kerana itu, kita telahpun berkolaborasi dengan pihak UMP

dimana mereka telah membuat penandaarasan ke PBS untuk

melihat sendiri pelaksanaan sistem iGSA yang telah kita

laksanakan dan dalam masa yang sama kita juga memerlukan

kepakaran mereka dalam pelaksanaan iCGPA terutama dalam

melaksanakan program intervensi. So, stay committed to what

we do and be happy doing it. InshaALLAH.

MS ISO 9001: 2015

Seperti yang kita ketahui, PBS sekarang ini sedang kearah

MS ISO 9001:2015 dan audit dokumen akan diadakan pada 13

& 14 Februari 2017. Ini bertujuan bagi untuk menghasilkan

keseragaman dan kesetaraan keluaran dan perkhidmatan yang

lebih cekap, berkesan, selamat dan berkualiti yang berasaskan

dokumentasi iaitu dokumen apa yang dibuat, buat apa yang

didokumenkan dan buktikan.

Oleh itu, saya menyeru kepada semua warga PBS agar

bersedia menghadapi sesi pengauditan MS ISO:9001:2015

yang dijangka pada 12 & 13 Mac 2017 ini. Semoga ianya

Page 16: PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2017 PENGARAH POLITEKNIK · PDF fileakan menghantar design peringkat akhir pada 3 Mac 2017. Ini ... memulakan pilot projek ini dengan 6 buah politeknik termasuk

16

dipermudahkan oleh Allah SWT kepada setiap warga PBS

dalam proses pensijilan ini dan seterusnya PBS berjaya

mendapat pengiktirifan tersebut. InshaALLAH.

PENUTUP

BUDAYA KERJA

Rakan-rakan seperjuangan yang saya kasihi,

Dalam membentuk budaya kerja yang cemerlang, Perdana

Menteri telah melancarkan National Blue Ocean Strategies

(NBOS) bagi meningkatkan tahap kerjasama yang positif dalam

kalangan kakitangan di sektor awam dan swasta termasuklan

industri. Dalam ertikata lain we don’t work in silo anymore. YB

Menteri juga telah memberikan penekanan untuk

mengaplikasikan NBOS dalam kalangan intitusi TVET iaitu

Page 17: PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2017 PENGARAH POLITEKNIK · PDF fileakan menghantar design peringkat akhir pada 3 Mac 2017. Ini ... memulakan pilot projek ini dengan 6 buah politeknik termasuk

17

Politeknik & Kolej Komuniti & Malaysian Technical University

Network (MTUN).

Kita semestinya bebas dari kongkongan mentaliti silos dan

bekerja dengan penuh kreatif dan inovatif bagi melaksanakan

kerja yang berimpak tinggi dan dapat dilaksanakan dengan

segera (the sense of urgency). Dalam masa yang sama, setiap

warga perlu bersama-sama menghayati Shared Values agar

mendapat kesefahaman dan employee engagement agar kita

sentiasa bersedia menerima apa sahaja cabaran yang

mendatang demi meningkatkan kecemerlangan PBS.

Antara shared values yang harus dikongsi bersama setiap

warga adalah i.e kesepunyaan (commonality), keserakanan

(collegiality), harmony communications, integrity, proactive,

corporate culture, enterprising mindset, embrace challenges,

professional, respect, forecast, integrity, employee

engagement, loyalty, passionate and never give up.

Setiap warga mempunyai peranan masing-masing untuk

membangunkan PBS bersama-sama bukan hanya untuk kita

tetapi apa yang penting adalah untuk generasi akan datang

Page 18: PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2017 PENGARAH POLITEKNIK · PDF fileakan menghantar design peringkat akhir pada 3 Mac 2017. Ini ... memulakan pilot projek ini dengan 6 buah politeknik termasuk

18

(future generation). Bagi pengantarabangsaan, PBS sekarang

ini dalam proses perundingan untuk membawa masuk pelajar

antarabangsa. Semoga perbincangan tersebut berjaya dan

nama PBS akan diiktiraf diperingkat global. Marilah bersama-

sama kita pandang jauh kehadapan dan bertindak serta merta

bagi memberikan peluang dan terus ditambah baik dari satu

generasi ke generasi yang lain.

Walaupun kadar kebolehpasaran pelajar PBS kekal 100%

sejak beberapa tahun kebelakang, namun pada tahun ini 2017

ini, PBS perlu meningkatkan usaha yang berterusan dalam

melahirkan graduan yang holistik dengan meningkatkan kualiti

pelajar dalam TVET dan ianya akan lebih meyakinkan pihak

industri dan masyarakat. Walaupun 2017 merupakan tahun

turunnya peruntukan yang semakin meruncing, PBS akan terus

bergerak dengan berfikir lebih kreatif dan inovatif bagi

memberikan impak yang lebih tinggi dengan kos yang lebih

rendah melalui amalan dan pendekatan NBOS.

Walaupun PBS ini kecil tapi setiap warga PBS yang biasa

mampu melaksanakan sesuatu yang luar biasa kerana saya

Page 19: PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2017 PENGARAH POLITEKNIK · PDF fileakan menghantar design peringkat akhir pada 3 Mac 2017. Ini ... memulakan pilot projek ini dengan 6 buah politeknik termasuk

19

yakin dan percaya setiap warga di PBS mempunyai daya tahan

(resilient) yang tinggi. Ini jelas terbukti dengan peningkatan

kejayaan dan kecemerlangan yang telah pun dikecapi dari

tahun ke tahun melalui pencapaian KPI (Poly PMO) yang terus

memberikan petunjuk yang positif untuk terus cemerlang di

masa akan datang. Tahniah kepada seluruh warga!.

Sementara itu, mari kita berfikir sejenak? Dimana PBS

sekarang, 5, 10 dan 15 tahun akan datang? Kita tidak tahu

bagaimana dunia ini akan datang tetapi mari kita renungkan

dan berfikir sejenak untuk melihat 4 tahun kebelakang PBS,

dimana kita sebelum ini, sekarang dan juga mengimaginasikan

jauh 15 tahun kehadapan dalam apa yang kita harapkan demi

generasi akan datang.

Dalam keadaan teknologi yang semakin canggih, kita juga

berdepan dengan cabaran ekonomi yang tidak menentu dan

kita tidak boleh mengharap perjalanan yang mudah kehadapan

kerana pelbagai cabaran yang harus ditempuhi untuk mencapai

kejayaan dan kita akan bersama-sama meraikan kejayaan

Page 20: PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2017 PENGARAH POLITEKNIK · PDF fileakan menghantar design peringkat akhir pada 3 Mac 2017. Ini ... memulakan pilot projek ini dengan 6 buah politeknik termasuk

20

tersebut kerana kita tahu kita hanya berjaya sekiranya kita

bersama-sama menjayakannya. InsyaaAllah.

Akhir kata, setiap warga harus memainkan peranan masing-

masing dengan penuh integriti yang memerlukan keikhlasan,

kejujuran dan kebertanggungjawaban yang tinggi dalam

mengaplikasikan NBOS, shared values and the 3 C’s,

commonality, collegiality and communication yang harmoni

agar kita dapat mengukir sejarah dan kenangan di PBS

sebagai sebuah organisasi yang mengamalkan budaya kerja

yang terbaik disepanjang perkhidmatan.

Saya akan terus melangkah dan pandang kehadapan untuk

bersama-sama dengan seluruh warga dan senantiasa bersedia

mengharungi perjalanan demi kecemerlangan PBS. Marilah

kita bersama-sama berdoa kehadrat Allah SWT agar kita

dipermudahkan, diberkati dan dirahmati dalam setiap usaha

kita untuk membentuk generasi yang boleh dibanggakan di

masa akan datang.

Tahniah dan Syabas sekali lagi kepada diri sendiri dan rakan

kerja diatas segala usaha dan kejayaan PBS pada tahun 2016

Page 21: PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2017 PENGARAH POLITEKNIK · PDF fileakan menghantar design peringkat akhir pada 3 Mac 2017. Ini ... memulakan pilot projek ini dengan 6 buah politeknik termasuk

21

dan sama-sama kita “SOARING UPWARDS” bagi tahun 2017

dan juga tahun-tahun seterusnya. Sama-sama kita memberikan

penghargaan kepada diri sendiri dengan tepukan yang

gemuruh didalam dewan ini.

Dengan itu saya sudahi dengan Assalammualaikum W.B.T.

Sekian, terima kasih.