1
PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2017
PENGARAH
POLITEKNIK BANTING SELANGOR
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Yang saya hormati Timbalan Pengarah Akademik, Timbalan
Pengarah Sokongan Akademik, Ketua-ketua Jabatan,
Ketua-ketua Unit, serta warga Politeknik Banting yang saya
kasihi sekalian.
Pertama sekali ingin saya memanjatkan kesyukuran kepada
Allah S.W.T atas nikmat dan kurniaan yang telah diberikan
kepada kita semua. Alhamdullilah kita masih diberi kesempatan
bernafas lagi pada hari ini untuk terus bersama-sama
menggembleng tenaga ke arah menggapai kecemerlangan
PBS sebagaimana yang telah direncanakan.
Masih tidak terlambat untuk saya ucapkan Selamat Tahun Baru
2017 kepada semua warga PBS dan saya berharap tahun ini
kita semua akan lebih produktif dan efisien daripada tahun-
tahun sebelumnya.
2
Memandangkan Malaysia akan meraikan Tahun Baru Cina,
saya juga ingin mengucapkan Gong Xi Fa Cai kepada semua
warga PBS yang berbangsa Cina. May this year bring us good
health, wealth and prosperity all year round. InshaALLAH.
Dikesempatan ini juga ingin saya menzahirkan ucapan
penghargaan sekali lagi kepada mantan Ketua Pengarah
Jabatan Pendidikan Politeknik (JPP), YBhg. Datuk Hj Mohlis
bin Jaafar di atas kerjasama dan sokongan beliau kepada
peningkatan dan kejayaan yang telah dicapai oleh politeknik-
politeknik di seluruh Negara termasuklah Politeknik Banting
Selangor sendiri. Di bawah teraju beliau, banyak program dan
kejayaan yang telah dikecapi oleh PBS dan juga seluruh
Politeknik Malaysia samada di peringkat nasional mahu pun
antarabangsa.
Seterusnya kepada mantan Pengarah PBS, Tn.Hj.Zulkifli bin
Md.Salleh yang telah berusaha dalam memastikan
perancangan PBS dapat dilaksanakan dengan jayanya yang
selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2015-2025 (PPPMPT), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
3
KEJAYAAN PBS
Hadirin dan Hadirat Sekalian,
Tahun 2016 merupakan tahun yang banyak memberi cabaran
kepada kita semua dalam mencapai sasaran kita.
Walaubagaimanapun, I always keep my head up high and
strive towards greatness in this troubling times. With this I am
proud to announce our success in 2016.
Pertama sekali, saya ucapkan tahniah kepada semua warga
PBS yang telah bertungkus lumus untuk memastikan pelajar-
pelajar kita kompeten dan bersedia untuk sentiasa berani
mencuba dan tidak gentar menghadapi apa sahaja cabaran.
Seperti kejayaan kita di Pertandingan Innovation & Design
Exposition 2016 yang mana kita telah memenangi Gold Medal
Award untuk inovasi Amphibian Craft di UiTM Shah Alam.
Selain itu, di pertandingan yang sama, kita juga memenangi
Gold untuk Springback Prediction and Optimization in
U-Channel Process of DP590 serta memenangi Silver Medal
4
Award untuk Palm Exoskeleton Hand Therapy Rehabilitation
Devices.
Selain itu, kita juga telah memenangi Anugerah Inovasi Negeri
Selangor (AINS) Tahun 2016 untuk Kategori Idea Asal/
Prototaip Terbaik, dan juga memenangi tempat ketiga untuk
Little TVET in Gen TVET Digital Photography Competition.
Tahniah saya ucapkan kepada semua serta kepada pelajar-
pelajar PBS yang telah menunjukkan prestasi mereka yang
cemerlang. Syabas!
Kejayaan kita bukan sahaja berhenti disini, ianya berterusan
dimana kita berjaya menganjurkan International Conference on
Innovation in Aerospace Engineering and Technology
(AEROTECH IV 2016) dan berjaya menerbitkan 4 kertas
penyelidikan di IOP Publication–Scopus Index (International)
dan kita juga telah memenangi anugerah Emas bagi
pertandingan Penyelidikan dan Inovasi di Persidangan
Antarabangsa Pendidikan Islam 2016 di Insititut Pendidikan
Guru Kampus Tun Abdul Razak. Tahniah sekali lagi!.
5
Terkini saya dimaklumkan, pelajar Diploma Kejuruteraan
Mekanikal Tan Jia Wei dan Khairul Aiman Bin Hamid dibawah
Pn. Zalaida Binti Talib selaku penasihat projek telah dapat
masuk ke peringkat akhir (3 yang terbaik) dalam Autodesk
Malaysia Design Competition 2016 (AMDC2016) yang dijangka
akan menghantar design peringkat akhir pada 3 Mac 2017. Ini
merupakan penyertaan kali kedua dan pada kali pertama
mereka telah menjadi johan peringkat kebangsaan dan telah
diberikan pengiktirafan ke Singapura untuk terlibat dalam
aktiviti peringkat antarabangsa.
Untuk saya senaraikan setiap kejayaan PBS memang terlalu
banyak oleh itu disini saya rangkumi semuanya di dalam
paparan di slide untuk anda semua melihat kejayaan kita.
Syabas PBS! KEEP IT UP! And Never Give UP!
KENAIKAN PANGKAT
Rakan seperjuangan sekalian,
Dikesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan tahniah
kepada semua yang telah mendapat kenaikan pangkat ke gred
6
44 dan 48 baru-baru ini. Semoga dengan kenaikan pangkat ini,
anda semua akan lebih proaktif untuk menyumbangkan
kepakaran masing-masing dalam mencapai misi dan visi PBS
serta menjadi contoh yang terbaik dalam kalangan warga PBS.
Kepada yang tidak berjaya, cuba lagi dimasa akan datang
kerana peluang masih ada dan senantiasa menunggu
dihadapan.
Oleh yang demikian, disini saya ingin meminjam kata-kata
Dato’ Ketua Pengarah: kenaikan pangkat adalah atas
keperluan perkhidmatan and it comes with a big
responsibilities. Maka dengan itu, marilah kita sama-sama
meningkatkan lagi semangat dan potensi dalam menjalankan
tugas seharian juga dengan penuh takzim dan ikhlas.
InshaALLAH.
HALA TUJU PBS
MAHASISWA (Kebolehpasaran Graduan) Warga PBS yang saya kasihi,
7
PPPMPT 2015-2025 telah menggariskan komitmen untuk
melahirkan graduan yang memenuhi kehendak industri dan
mencapai kadar kebolehpasaran graduan (KG) lebih 80%
menjelang tahun 2025. Hasil dapatan pencapaian politeknik
melalui ucapan Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Idris
Jusoh adalah amat membanggakan dimana kadar
kebolehpasaran untuk pelajar lepasan politeknik adalah 88.6%.
Walaubagaimanapun, pihak PBS tidak akan berhenti di situ
kerana kita sentiasa mahukan 100% kebolehpasaran pelajar
kerana inilah yang menjadi keutamaan kita sebagaimana
formula PBS iaitu E= f{A+G+C}. Untuk memastikan nilai
kebolehpasaran pelajar yang holistik, PBS senantiasa
memberikan penekanan kepada tiga (3) domain utama iaitu A
(Academic Achievement)), G (Generic Students Attributes) dan
C (Collaborations with Industries) agar ianya dapat menyokong
dan memastikan 100% kebolehpasaran pelajar.
TVET APEL CENTRE
Accreditation of Prior Experiential Learning (APEL) atau
Akreditasi Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu
8
merupakan komponen yang menyokong kepada aktiviti
Lonjakan 3 iaitu Menghayati Pembelajaran Sepanjang Hayat
dan konsep pendidikan fleksibel dimana ianya merupakan
pembelajaran yang diperolehi dari pengalaman terdahulu
termasuk pengalaman kerja sepenuh atau separuh masa, kerja
sukarela dan kemasyarakatan, hobi atau kegiatan waktu
lapang dan sebagainya.
Justeru, bagi mengarusperdanakan politeknik sebagai peneraju
Technical Vocational Education and Training (TVET), TVET
APEL CENTRE (TAC) di politeknik dan kolej komuniti telah
diumumkan oleh YBhg. Dato’ Ketua Pengarah di Majlis Amanat
Tahun Baharu yang lalu. Oleh itu, suka saya untuk
memaklumkan bahawa Politeknik Banting Selangor dan
Langkawi Tourism Academy @ Kolej Komuniti Langkawi akan
menjadi Pusat Penilaian APEL rintis bagi program TVET
negara. Marilah kita menyahut cabaran ini dan memastikan
objektif kepada projek ini tercapai. InshaALLAH.
MBOT
9
Pada masa yang sama, Dasar TVET KPT juga menyokong
kewujudan badan profesional seperti Malaysia Board of
Technologist (MBOT) yang menjuarai profesion juruteknik yang
kita hasilkan. Malahan melalui MBOT, kita akan berusaha
supaya Malaysia menjadi signatory kepada Dublin Accord yang
akan menyetarakan kelayakan diploma kejuruteraan kita
dengan lapan negara lain, antaranya Australia, Kanada, Korea,
United Kingdom dan Amerika Syarikat. Dengan rangkaian yang
luas dan pengiktirafan antarabangsa, lulusan kita mampu
menembusi pasaran pekerjaan global.
Oleh itu, adalah menjadi harapan Dato’ Ketua Pengarah dan
saya sendiri, supaya para pensyarah di Politeknik Banting
Selangor yang berkelayakan dalam bidang Kejuruteraan,
Kejuruteraan Teknologi dan Teknologi untuk mendaftar sebagai
ahli MBOT.
ENGINEERING TECHNOLOGY ACCREDITATION
COMMISION (ETAC)
10
Untuk makluman semua, pada sesi Disember 2016 akan
datang PBS berkemungkinan besar pada ketika itu diwajibkan
untuk memohon akreditasi Engineering Technology
Accreditation Council (ETAC) yang mewakili Board of
Engineers Malaysia (BEM) dan Malaysian Qualification Agency
(MQA) untuk program Diploma Kejuruteraan Mekanikal
(Pembuatan). Ianya merupakan satu Global standard untuk
program yang telah ditawarkan di dalam sistem politeknik.
Dengan mendapat pengiktirafan ini, secara automatik kita akan
mendapat pengiktirafan dari BEM dan juga akreditasi daripada
pihak MQA.
Sehubungan itu, komitmen daripada pihak Jabatan dan semua
pensyarah adalah sangat penting dalam persediaan kita untuk
memenuhi tahap keperluan badan akreditasi ETAC sekaligus
memperoleh akreditasi MQA. Untuk ini, kita akan menjadikan
Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) yang telah pun melalui
proses pengauditan bagi program DET dan DKA sebagai
penanda aras bagi permohonan kita nanti.
InshaALLAH, saya yakin PBS boleh melaksanakannya.
11
MEDIA SOSIAL
Pada masa kini, cabaran untuk menambat hati generasi Z dan
millennial adalah sangat mencabar. Untuk itu kita perlu
mempergiat penggunaan media sosial bagi menarik minat
mereka terhadap program yang ditawarkan. Ini untuk menyebar
luas maklumat, perkembangan dan kejayaan TVET di
politeknik kepada semua pihak terutamanya stakeholders.
Sehubungan itu, warga PBS juga perlu meningkatkan
kemahiran dalam penggunaan media seperti facebook, twitter
dan Instagram bagi meningkatkan lagi imej PBS. Dalam hal ini,
saya mohon tuan-tuan dan puan-puan like dan follow platform
media sosial pengurusan tertinggi KPT, JPP dan juga
Politeknik Banting sendiri. Ini akan meningkatkan ketampakan
kita dalam ruang siber serta meningkatkan profil KPT, JPP dan
PBS dalam kalangan generasi muda.
KE ARAH ATO DCAM PART 147
Untuk makluman, PBS sedang berusaha ke arah ATO DCAM
Part 147 agar kita menjadi salah sebuah ATO yang
12
memberikan latihan yang diiktiraf selaras dengan standard
yang ditetapkan DCA selain menjadi nilai tambah kelayakan
yang diterima oleh pelajar disamping kelayakan akademik yang
diterima.
Kita juga ingin menjadi pusat peperiksaan yang bertauliah dan
diiktiraf oleh pihak DCA yang merupakan salah satu
keistimewaan yang diterima oleh ATO. Saya yakin dengan
kekuatan team MRO, mereka akan berusaha untuk ke arah ini.
EKSA
Bagi memperkukuh budaya organisasi berprestasi tinggi dan
inovatif dalam kalangan agensi–agensi sektor awam, pihak
MAMPU telah mengambil inisiatif untuk menambahbaik
pelaksanaan Amalan 5S yang kini dijenamakan semula kepada
Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA). Semoga dengan
pelaksanaan EKSA ini akan menambah baik elemen 5S yang
menyokong kepada kewujudan persekitaran kerja yang
kondusif dan selamat disamping melaksanakan amalan budaya
hijau di PBS.
KEUSAHAWANAN
13
Keusahawanan di PBS adalah merupakan program di mana
setiap pelajar mendapat kemahiran keusahawanan disamping
memupuk semangat keusahawanan (entrepreneurial spirit) &
seterusnya pembudayaan keusahawanan di PBS.
Pelaksanaan program keusahawanan di PBS merupakan satu
cabaran yang besar memandangkan keseluruhan pelajar
adalah dari bidang kejuruteraan. Kursus awareness harus
dipertingkatkan dan ianya juga memerlukan penglibatan dari
semua pihak samada yang terlibat secara langsung dan tidak
langsung. Oleh itu, PBS sedang mempergiatkan program-
program yang berbentuk keusahawanan dalam kalangan
pelajar.
iCGPA & iGSA
iCGPA merupakan PNGK/CGPA Bersepadu yang menganalisa
kekuatan dan kelemahan seorang pelajar terutamanya dalam
kemahiran insaniah dan seterusnya membolehkan pihak
institusi melaksanakan program intervensi dalam membantu
mengatasi kelemahan pelajar dalam aspek-aspek kemahiran
insaniah yang tertentu manakala pihak industri dapat
14
membantu pelajar dalam mengukuhkan perkembangan mereka
ketika dalam latihan industri.
Dengan iCGPA ini, banyak manfaat diperolehi agar kita dapat
menghasilkan graduan yang holistik. Pihak JPP telahpun
memulakan pilot projek ini dengan 6 buah politeknik termasuk
PBS bagi tahun 2017 bermula dengan pelajar semester 1 Sesi
Disember 2016. Harapan saya adalah untuk melihat mereka
semua bergraduat bukan sahaja dengan iCGPA yang
cemerlang tetapi iGSA sebagai seorang insan yang memiliki
kemahiran insaniah, berkemahiran dan berketrampilan
profesional dalam menghadapi dunia perkerjaan.
Apabila adanya iCGPA, jangan dilupakan dengan iGSA.
Sepertimana yang kita ketahui, iGSA merupakan satu
pengukuran kepada kemahiran insaniah pelajar di luar aktiviti
Pembelajaran dan Pengajaran. Saya berharap setiap
pensyarah memastikan setiap pelajar yang menyertai apa
sahaja aktiviti dinilai dengan baik kerana ini merupakan satu
recognition kepada mereka untuk dibawa ke dunia pekerjaan.
15
Oleh kerana itu, kita telahpun berkolaborasi dengan pihak UMP
dimana mereka telah membuat penandaarasan ke PBS untuk
melihat sendiri pelaksanaan sistem iGSA yang telah kita
laksanakan dan dalam masa yang sama kita juga memerlukan
kepakaran mereka dalam pelaksanaan iCGPA terutama dalam
melaksanakan program intervensi. So, stay committed to what
we do and be happy doing it. InshaALLAH.
MS ISO 9001: 2015
Seperti yang kita ketahui, PBS sekarang ini sedang kearah
MS ISO 9001:2015 dan audit dokumen akan diadakan pada 13
& 14 Februari 2017. Ini bertujuan bagi untuk menghasilkan
keseragaman dan kesetaraan keluaran dan perkhidmatan yang
lebih cekap, berkesan, selamat dan berkualiti yang berasaskan
dokumentasi iaitu dokumen apa yang dibuat, buat apa yang
didokumenkan dan buktikan.
Oleh itu, saya menyeru kepada semua warga PBS agar
bersedia menghadapi sesi pengauditan MS ISO:9001:2015
yang dijangka pada 12 & 13 Mac 2017 ini. Semoga ianya
16
dipermudahkan oleh Allah SWT kepada setiap warga PBS
dalam proses pensijilan ini dan seterusnya PBS berjaya
mendapat pengiktirifan tersebut. InshaALLAH.
PENUTUP
BUDAYA KERJA
Rakan-rakan seperjuangan yang saya kasihi,
Dalam membentuk budaya kerja yang cemerlang, Perdana
Menteri telah melancarkan National Blue Ocean Strategies
(NBOS) bagi meningkatkan tahap kerjasama yang positif dalam
kalangan kakitangan di sektor awam dan swasta termasuklan
industri. Dalam ertikata lain we don’t work in silo anymore. YB
Menteri juga telah memberikan penekanan untuk
mengaplikasikan NBOS dalam kalangan intitusi TVET iaitu
17
Politeknik & Kolej Komuniti & Malaysian Technical University
Network (MTUN).
Kita semestinya bebas dari kongkongan mentaliti silos dan
bekerja dengan penuh kreatif dan inovatif bagi melaksanakan
kerja yang berimpak tinggi dan dapat dilaksanakan dengan
segera (the sense of urgency). Dalam masa yang sama, setiap
warga perlu bersama-sama menghayati Shared Values agar
mendapat kesefahaman dan employee engagement agar kita
sentiasa bersedia menerima apa sahaja cabaran yang
mendatang demi meningkatkan kecemerlangan PBS.
Antara shared values yang harus dikongsi bersama setiap
warga adalah i.e kesepunyaan (commonality), keserakanan
(collegiality), harmony communications, integrity, proactive,
corporate culture, enterprising mindset, embrace challenges,
professional, respect, forecast, integrity, employee
engagement, loyalty, passionate and never give up.
Setiap warga mempunyai peranan masing-masing untuk
membangunkan PBS bersama-sama bukan hanya untuk kita
tetapi apa yang penting adalah untuk generasi akan datang
18
(future generation). Bagi pengantarabangsaan, PBS sekarang
ini dalam proses perundingan untuk membawa masuk pelajar
antarabangsa. Semoga perbincangan tersebut berjaya dan
nama PBS akan diiktiraf diperingkat global. Marilah bersama-
sama kita pandang jauh kehadapan dan bertindak serta merta
bagi memberikan peluang dan terus ditambah baik dari satu
generasi ke generasi yang lain.
Walaupun kadar kebolehpasaran pelajar PBS kekal 100%
sejak beberapa tahun kebelakang, namun pada tahun ini 2017
ini, PBS perlu meningkatkan usaha yang berterusan dalam
melahirkan graduan yang holistik dengan meningkatkan kualiti
pelajar dalam TVET dan ianya akan lebih meyakinkan pihak
industri dan masyarakat. Walaupun 2017 merupakan tahun
turunnya peruntukan yang semakin meruncing, PBS akan terus
bergerak dengan berfikir lebih kreatif dan inovatif bagi
memberikan impak yang lebih tinggi dengan kos yang lebih
rendah melalui amalan dan pendekatan NBOS.
Walaupun PBS ini kecil tapi setiap warga PBS yang biasa
mampu melaksanakan sesuatu yang luar biasa kerana saya
19
yakin dan percaya setiap warga di PBS mempunyai daya tahan
(resilient) yang tinggi. Ini jelas terbukti dengan peningkatan
kejayaan dan kecemerlangan yang telah pun dikecapi dari
tahun ke tahun melalui pencapaian KPI (Poly PMO) yang terus
memberikan petunjuk yang positif untuk terus cemerlang di
masa akan datang. Tahniah kepada seluruh warga!.
Sementara itu, mari kita berfikir sejenak? Dimana PBS
sekarang, 5, 10 dan 15 tahun akan datang? Kita tidak tahu
bagaimana dunia ini akan datang tetapi mari kita renungkan
dan berfikir sejenak untuk melihat 4 tahun kebelakang PBS,
dimana kita sebelum ini, sekarang dan juga mengimaginasikan
jauh 15 tahun kehadapan dalam apa yang kita harapkan demi
generasi akan datang.
Dalam keadaan teknologi yang semakin canggih, kita juga
berdepan dengan cabaran ekonomi yang tidak menentu dan
kita tidak boleh mengharap perjalanan yang mudah kehadapan
kerana pelbagai cabaran yang harus ditempuhi untuk mencapai
kejayaan dan kita akan bersama-sama meraikan kejayaan
20
tersebut kerana kita tahu kita hanya berjaya sekiranya kita
bersama-sama menjayakannya. InsyaaAllah.
Akhir kata, setiap warga harus memainkan peranan masing-
masing dengan penuh integriti yang memerlukan keikhlasan,
kejujuran dan kebertanggungjawaban yang tinggi dalam
mengaplikasikan NBOS, shared values and the 3 C’s,
commonality, collegiality and communication yang harmoni
agar kita dapat mengukir sejarah dan kenangan di PBS
sebagai sebuah organisasi yang mengamalkan budaya kerja
yang terbaik disepanjang perkhidmatan.
Saya akan terus melangkah dan pandang kehadapan untuk
bersama-sama dengan seluruh warga dan senantiasa bersedia
mengharungi perjalanan demi kecemerlangan PBS. Marilah
kita bersama-sama berdoa kehadrat Allah SWT agar kita
dipermudahkan, diberkati dan dirahmati dalam setiap usaha
kita untuk membentuk generasi yang boleh dibanggakan di
masa akan datang.
Tahniah dan Syabas sekali lagi kepada diri sendiri dan rakan
kerja diatas segala usaha dan kejayaan PBS pada tahun 2016
21
dan sama-sama kita “SOARING UPWARDS” bagi tahun 2017
dan juga tahun-tahun seterusnya. Sama-sama kita memberikan
penghargaan kepada diri sendiri dengan tepukan yang
gemuruh didalam dewan ini.
Dengan itu saya sudahi dengan Assalammualaikum W.B.T.
Sekian, terima kasih.
Top Related