Peta 1: Kawasan lapangan di Daerah Kudat, Sabah · PDF fileozonolisis cert. Unit batuan yang...
Transcript of Peta 1: Kawasan lapangan di Daerah Kudat, Sabah · PDF fileozonolisis cert. Unit batuan yang...
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
SEKOLAH SAINS DAN TEKNOLOGI
PROGRAM GEOLOGI (HS21)
SEMESTER 1 2010/2011
SG 10103 GEOLOGI ASAS
LAPORAN KERJA LAPANGAN DI KUDAT
NAMA PENSYARAH : PROF. DR. SANUDIN HAJI TAHIR
NAMA DEMONSTRATOR : MISS. VERA CHRISTINE CHRISTOPHER
NAMA PELAJAR : IRFAN EMAN BIN AMPIU
NO. MATRIK : BS10110154
TARIKH HANTAR : 28 OKTOBER 2010
KUMPULAN : 10 (SESI 2)
LAPORAN KERJA LAPANGAN DI KUDAT
OBJEKTIF
a) Melawat kawasan geologi yang terdapat di sekitar Sabah.
b) Mengenali jenis batuan yang terdapat di sekitar kawasan sabah seperti batuan jenis
igneus, sedimen dan metamorfik.
c) Mengenali morfologi kawasan lapangan seperti sesar, laminasi dan lain-lain.
d) Mengenali formasi yang terdapat di kawasan lapangan.
PENGENALAN
Sejarah Tektonik Sabah
Sabah terletak di Utara kepulauan Borneo yang dilingkungi oleh Plet Eurasi ke utara,
Plet Filifina di timur-laut, Plet Pasifik di dan Plet Indo-Australia di selatan dan barat daya.
Tan dan Lamy 1990 (1990) berpendapat bahawa Sabah terletak pada pertemuan dua trend
mega-tektonik, iaitu trend Borneo Barat Laut (timur laut-barat daya) dan Trend sulu ( barat
laut-tenggara), pertemuan ini menyebabkan terbentuknya zon subduksi dan pembukaan laut
China Selatan.
Malahan, ada pandangan daripada perpektif lain yang mendapati bahawa Sabah di
sempadani oleh lingkaran Sabah palawan di utara dan pentas laut sulu di bahagian timur
(Rangin et al, 1990). Selain itu, Hutchison (1989) pula berpendapat bahawa lembangan
Sabah menganjur mengikut arah timur laut dari Garis Baran ke palawan. Lembangan ini
dipercayai mengalami aktiviti tektonik sepanjang kala paleosen sehingga awal miosen.
Geologi di kawasan daerah Kudat
Pada 26 september 2010 yang lalu, kos geologi telah menjalankan kerja lapangan di
luar kawasan UMS selama 2 hari 1 malam. Tempat kerja lapangan tersebut dilakukan adalah
di negeri Sabah dan terletak di sekitar daerah Kudat yang mempunyai keluasan seluas 60
km2. Seterusnya, daerah Kudat tersebut terdiri daripada semenanjung Kudat, pulau banggi
dan pulau balambangan yang berkeluasan 1287 km2. Secara amnya, kawasan daerah Kudat
merupakan kawasan yang berbukit bukau yang rendah malahan hampir separuh kawasan
tersebut mempunyai ketinggian lebih daripada 100 kaki.
Puncak yang tertinggi adalah Bukit Landog yang ketinggiannya mencecah 551 kaki.
Bukit-bukit yang terdapat di formasi Kudat adalah tinggi dan mempunyai cerun yang curam
berbanding dengan bukit-bukit pada formasi cert-spilit yang rendah dan cerun yang tidak
curam. Malahan, tanah tinggi yang terdapat di dearah Kudat juga diliputi oleh hutan
sekunder dan hutan primer.
Seterusnya, geologi am dan stratigrafi setiap unit batuan di kawasan kajian
dibahagikan kepada 4 bahagian iaitu formasi cert-spilit, formasi Kudat, formasi melange dan
formasi endapan kuaterner.
Formasi cert-spilit
Terdiri daripada batuan sedimen iaitu cert, syal dan batu pasir dengan batuan igneus seperti
spilit, basalt dan serpentinite. Sedikit batuan sedimen juga boleh dijumpai.formasi cert-spilit
berusia jurasik tengah hingga kapur lewat. Cert dikawasan lapangan telah ditentukan
berusia Barremian berdasarkan himpunan fosil radiolaria (Basir dan Sanudin, 1988). Formasi
ini juga dicirikan dengan lapisan cert merah yang berselang lapis dengan lapisan syal merah
yang nipis dan lapisannya biasanya dijumpai terlipat denga rencam.
Formasi melange
Melange merupakan batuan Formasi Cert-Spilit yang bergabung dengan batuan formasi
Kudat dalam matriks yang berwarna kelabu malahan biasanya saiz butirannya adalah besar.
Formasi endapan kuaterner
Sedimen Kuaterner yang terdiri dari kerikil, pasir dan lumpur banyak terdapat di tepi
pantai dan lembah di pedalaman.
Formasi Kudat
Biasanya formasi ini terdapat di semenanjung Kudat serta berusia Miosen Awal sehingga
Miosen Tengah ( Sanudin, 1978 ). Ini dapat dibuktikan berdasarkan fosil yang telah ditemui
pada formasi tersebut iaitu Globigerinoides sikanus serat batuan sediman laut cetek yang
terdiri daripada fasies klastik dan fasies karbonat.
Fasies karbonat bercirikan batu kapur dengan selang lapis batu lumpur dan syal
nipis manakala fasies klastik pula bercirikan batu pasir tebal dengan selang lapis batu
lumpur dan syal nipis. Batu pasir mempunyai kandungan mineral feldspar yang tinggi dan
kaya dengan lignit atau lapisan berkarbon.
Formasi Kudat dapat dibahagikan 6 ahli utama arenit ( Clement dan Keij ) iaitu Ahli
Tajau ( Batu Pasir ), Ahli Sikuati ( Batu Pasir ), Ahli Garau ( Serpih ) ,Ahli Sira , Ahli
Gomantong dan Ahli Dadar.
Di kawasan lapangan juga mempunyai dua kumpulan utama iaitu ahli tajau dan
ahli sikuati.
Ahli Tajau – Batu pasir masif yang tebal dan berselang lapis dengan syal dan lodak. Saiz
butirannya dari sederhana ke kasar. Kandungan mineralnya juga adalah feldspar dan
kuarza. Pantai bak-bak merupakan contoh bagi ahli tajau.
Ahli sikuati - Lapisan batu pasir yang nipis dan tebal (saiz butiran sederhana ke kasar),
batuan lain selain batu pasir adalah batu syal, batu lodak dan sedikit lapisan batu arang
yang nipis malahan hampir kesemua lapisannya hampir sama. Kandungan mineralnya juga
sama dengan ahli tajau iaitu feldspar dan kuarza. SMK. Sikuati merupakan contoh bagi ahli
sikuati.
Morfologi sekitar kawasan lapangan yang boleh diperhatikan adalah:
a) Sesar. e) Luluhawa fizikal dan kimia.
b) Retakan. f) Hakisan.
c) Laminasi.
d) Kekar.
PEMERHATIAN
Berikut merupakan cerapan lapangan di sekitar daerah Kudat. Kami telah melawat sebanyak
6 seksyen, bagi setiap kawasan yang terdapat pada formasi Kudat dan formasi cert-spilit.
Seksyen 1
Lokasi yang pertama adalah SMK Sikuati Kudat yang terletak pada formasi Kudat.
Jenis batuan yang terdapat di kawasan ini adalah batu pasir dan batu lodak yang wujud
sejak miosen awal lagi. Terdapat juga batu lumpur seperti batu lumpur jenis lodak dan
lempung. Batuannya berlapis antara batu pasir dan organik (carboneferous)
Morfologi: Disiring jalan
Geomorfologi kawasan : Kekar, laminasi selari, sesar (sesar naik dan turun)
Cuaca: Panas dan cerah
J/K: 230O/70O
Bacaan GPS: N06O53.489’ , E116041.482’
Gambar 1.1: Papan tanda SMK. Sikuati, Kudat Sabah
Gambar 1.2: Lapisan antara batu pasir dan organik
Gambar 1.3: Batu pasir yang berlapis dengan batu lumpur
Morfologi kawasan SMK. Sikuati Kudat Sabah
Gambar 1.4: Laminasi selari ( garis hitam adalah karbon)
Gambar 1.5: Retakan
Seksyen 2
Lokasi yang kedua adalah Bukit bangau di kg. Kimihang. Lokasi ini mempunyai
batuan jenis ultrabas yang kaya dengan magnesium dan ferum. Batuan yang terdapat disini
adalah batu serpentinite yang telah mengalami proses hidrolisis. Seterusnya, usia batuan ini
adalah awal cretaceous.
Morfologi: Lereng bukit
Warna batu: Kehijauan
Cuaca: Panas dan cerah
Bacaan GPS: N06O56.836’ , E116O43.260’
Gambar 2.1: Kawasan Bukit Bangau
Seksyen ke-3
Lokasi yang ketiga adalah terletak di pantai Tanjung Bangau. Jenis batuan yang
terdapat di kawasan ini adalah jenis batuan igneus yang di klasifikasikan sebagai bas. Batu
yang diperolehi di kawasan ini adalah batu basalt. Basalt mengandungi pyroxene dan
plagyoclase serta kaya dengan sodium, Na.
Saiz butiran pada batuan basalt adalah halus disebabkan oleh batuan ini menyejuk
dengan cepat apabila tiba dipermukaan bumi. Seterusnya, warna pada batu basalt adalah
gelap kehijauan. Walaubagaimanapun, apabila kandungan sodiumnya tinggi, batuan ini
boleh bertukar kepada spilite.
Batuan basalt juga mempunyai telerang yang berwarna putih disebabkan oleh air
laut yang memasuki rekahan pada batuan dan menyejuk. Proses ini dinamakan proses
luluhawa fizikal.
Morfologi: Di kawasan pantai
Cuaca: Panas dan cerah
Bacaan GPS: N06O57.660’ , E116O42.734’
Gambar 3.1: Kawasan batu basalt tersebut di ambil
Seksyen 4
Lokasi yang ke-empat yang kami kunjungi adalah Kuari Suang Pai yang terletak di
kg. Tajau. Kawasan ini merupakan kawasan yang sudah ditinggalkan serta merupakan ahli
Tajau dan formasinya adalah formasi Tajau serta usianya adalah usia batu kapur.
Malahan, formasi Tajau ini mempunyai dua pasif, iaitu pasif batu pasir yang tebal
dan pasif batu kapur. Pasif batu kapur inilah yang dikatakan kaya dengan fosil foraminifera
seperti fosil lapidocyclina.
Geologi: Kawasan tinggi
Cuaca: Panas dan cerah
J/K: 280O/40O (lapisan tanah)
Bacaan GPS: N06O59.873’ , E116O45.783’
Gambar 4.1: Kuari Suang Pai, Kg. Tajau
Seksyen 5
Lokasi yang ke-lima adalah Bukit Pangaraban yang terletak pada formasi cert-spilite.
Cert sebenarnya terletak di laut, walaubagaimanapun tempat yang kami lawati merupakan
ozonolisis cert. Unit batuan yang terdapat di kawasan ini adalah unit batuan cert iaitu
‘polycrystalline quartz’. Setiap individu cert terdiri daripada rangka radiolaria. Usia batuan di
kawasan ini adalah usia kapur bawah. Oleh sebab ada batuan sedimen diatas bukit tersebut
maka dia dijadikan unit batuan.
Seterusnya, batuan yang terdapat di kawasan ini adalah batuan keras dan sangat
halus. Jurus dan kemiringan di kawasan ini juga tidak dapat diukur kerana lapisannya sudah
terubah. Lapisan tesebut berlapis-lapis yang mana ada yang nipis dan tebal serta warna
batuannya adalah kemerahan.
Morfologi: Lereng kaki bukit
Geologi: Kawasan tinggi
Cuaca: Panas dan cerah
Bacaaan GPS: N06O64.543’ , E116O49.991’
Gambar 5.1: Kawasan Bukit Pangaraban
Seksyen 6
Lokasi yang terakhir yang kami lawati adalah Jalan Pantai Bak-Bak. Disana, kami
telah mengambil sampel pasir untuk membuat analisis taburan saiz butiran dan analisis
foraminifera. Dalam pasir tersebut, dikatakan terdapat rangka foram yang sangat banyak.
Sampel pasir yang diambil juga boleh digunakan untuk mengetahui keliangan dan ketelapan
sesuatu batuan itu, sama ada baik atau tidak sebagai penakung air, minyak dan gas
bergantung kepada sifat-sifat sesuatu tanih tersebut.
Morfologi kawasan: Pesisiran pantai
Cuaca: Panas dan cerah
Bacaan GPS: N065O64.543’ , E116O49.991’
Gambar 6.1: Kawasan pesisir pantai bak-bak
KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, sebanyak 6 seksyen yang telah kami lawati di sekitar daerah
Kudat iaitu, SMK Sikuati Kudat, Bukit bangau di kg. Kimihang, Tanjung Bangau, Kuari
Suang Pai di Kg. Tajau, Bukit Pangaraban dan Pantai Bak-bak. Kebanyakan batuan yang
terdapat di kawasan lapangan ini adalah sepentinite di Bukit bangau, batu kapur yang
merupakan batuan sedimen di Kuari Suang Pai dan batu basalt iaitu batuan jenis igneus
intrusif di pantai Tanjung Bangau. Kawasan lapangan juga dapat diperhatikan morfologinya
seperti sesar, kekar, retakan, laminasi, luluhawa fizikal dan kimia serta hakisan. Seterusnya,
terdapat empat formasi sepanjang kawasan kajian iaitu formasi Kudat dan formasi cert-
spilit.
RUJUKAN
Pellant. C. Rocks and Minerals. 1992. Dorling Kindersley Limited. London.