Petikan Pemahaman

2
Arahan : Dengar dan baca petikan teks di bawah tentang kesihatan diri daripada siaran Radio Pendidikan Sekolah dengan teliti. KESIHATAN ASAS KESEJAHTERAAN Tahukah kamu bahawa kesihatan itu asas kesejahteraan hidup? Sudah tentu! Sehubungan dengan itu, kita perlu menjaga kesihatan diri. Kesihatan diri amatlah penting. Sekiranya kita menjaga kesihatan diri, kita akan dapat menghindarkan diri daripada serangan penyakit. Malah, tubuh kita akan cergas dan minda kita menjadi cerdas. Tubuh kita memerlukan zat makanan yang utama seperti karbohidrat, protein, vitamin, lemak dan garam galian. Oleh yang demikian, kita perlu mengamalkan cara pemakanan yang seimbang. Apatah lagi, makanan yang seimbang dapat memperkukuh sistem pertahanan diri kita daripada serangan penyakit. Selain itu, kesihatan diri juga dapat dijaga melalui pelbagai aktiviti riadah. Aktiviti riadah sememangnya agak sukar dilakukan oleh sesetengah orang. Hal ini demikian kerana mereka selalu menjadikan kesibukan sebagai alasan. Akibatnya, tubuh badan mereka menjadi lemah dan selalu sakit. Oleh sebab itu, jadikanlah amalan pemakanan seimbang dan beriadah sebagai budaya hidup kita. Sesungguhnya, aktiviti sedemikian pasti akan menjadikan kita sihat dan sejahtera sepanjang masa.

description

Tajuk : Kesihatan Asas Kesejahteraan

Transcript of Petikan Pemahaman

Page 1: Petikan Pemahaman

Arahan : Dengar dan baca petikan teks di bawah tentang kesihatan diri daripada siaran Radio Pendidikan Sekolah dengan teliti.

KESIHATAN ASAS KESEJAHTERAAN

Tahukah kamu bahawa kesihatan itu asas kesejahteraan hidup? Sudah tentu! Sehubungan dengan itu, kita perlu menjaga kesihatan diri.

Kesihatan diri amatlah penting. Sekiranya kita menjaga kesihatan diri, kita akan dapat menghindarkan diri daripada serangan penyakit. Malah, tubuh kita akan cergas dan minda kita menjadi cerdas.

Tubuh kita memerlukan zat makanan yang utama seperti karbohidrat, protein, vitamin, lemak dan garam galian. Oleh yang demikian, kita perlu mengamalkan cara pemakanan yang seimbang. Apatah lagi, makanan yang seimbang dapat memperkukuh sistem pertahanan diri kita daripada serangan penyakit.

Selain itu, kesihatan diri juga dapat dijaga melalui pelbagai aktiviti riadah. Aktiviti riadah sememangnya agak sukar dilakukan oleh sesetengah orang. Hal ini demikian kerana mereka selalu menjadikan kesibukan sebagai alasan. Akibatnya, tubuh badan mereka menjadi lemah dan selalu sakit.

Oleh sebab itu, jadikanlah amalan pemakanan seimbang dan beriadah sebagai budaya hidup kita. Sesungguhnya, aktiviti sedemikian pasti akan menjadikan kita sihat dan sejahtera sepanjang masa.

Jumpa lagi pada waktu yang sama, esok !

Salam hormat.