pidato d1m1s

3
Ng Xin Yie 5 sc1 Tajuk (3): Dasar 1Murid 1Sukan Mampu Meningkatkan Mutu Sukan Negara Yang dimuliakan Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Notre Dame Convent, Tuan Chong Chew Yoong, Yang Dihormati Guru Penolong Kanan, Encik Goh Tai Ping ,Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Tuan Ng Sheau Yann, barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana, guru serta rakan yang dikasihi sekalian. Selamt sejahtera dan selamat pagi saya ucapkan. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada hadirin sekalian kerana sudi meluangkan masa yang berharga untuk mendengar pidato saya. Saya, adalah Ng Xin Yie, dari tingkatan 5 sc 1. Berdirinya saya pada hari yang indah ini adalah untuk menyampaikan pidato saya yang bertajuk “Dasar 1Murid 1Sukan Mampu Meningkatkan Mutu Sukan Negara”. Hadirin yang saya muliakan, Pelaksanaan dasar 1Murid 1Sukan adalah usaha kerajaan untuk meningkatkan mutu sukan negara kita. Oleh itu, dasar ini seharusnya mendapat sokongan daripada semua lapisan masyarakat di bawah payung 1 Malaysia. Dalam hal ini, setiap murid atau pelajar diberi peluang untuk melibatkan diri dalam bidang sukan yang digemari selain memantapkan aktiviti berkenaan di sekolah. Pelaksanaan ini akan meliputi semua murid dan pelajar di sekolah rendah dan menengah. Melaluinya prasarana sukan di setiap sekolah akan dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Malah, pelaksanaan ini tidak memfokuskan kepada sukan teras sahaja, tetapi meliputi sukan lain juga. Penglibatan pelajar merangkumi semua aktiviti sukan tidak kira melalui pendidikan jasmani, acara sukan tahunan sekolah atau pertandingan sukan antara sekolah. Hadirin yang saya kasihi sekalian, Menurut Menteri Pelajaran, dasar tersebut juga bertujuan untuk mengembalikan kegemilangan sukan ke

description

gtjhtrh

Transcript of pidato d1m1s

Ng Xin Yie 4 sc1

Ng Xin Yie 5 sc1

Tajuk (3): Dasar 1Murid 1Sukan Mampu Meningkatkan Mutu Sukan Negara Yang dimuliakan Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Notre Dame Convent, Tuan Chong Chew Yoong, Yang Dihormati Guru Penolong Kanan, Encik Goh Tai Ping ,Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Tuan Ng Sheau Yann, barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana, guru serta rakan yang dikasihi sekalian. Selamt sejahtera dan selamat pagi saya ucapkan.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada hadirin sekalian kerana sudi meluangkan masa yang berharga untuk mendengar pidato saya. Saya, adalah Ng Xin Yie, dari tingkatan 5 sc 1. Berdirinya saya pada hari yang indah ini adalah untuk menyampaikan pidato saya yang bertajuk Dasar 1Murid 1Sukan Mampu Meningkatkan Mutu Sukan Negara. Hadirin yang saya muliakan, Pelaksanaan dasar 1Murid 1Sukan adalah usaha kerajaan untuk meningkatkan mutu sukan negara kita. Oleh itu, dasar ini seharusnya mendapat sokongan daripada semua lapisan masyarakat di bawah payung 1 Malaysia. Dalam hal ini, setiap murid atau pelajar diberi peluang untuk melibatkan diri dalam bidang sukan yang digemari selain memantapkan aktiviti berkenaan di sekolah. Pelaksanaan ini akan meliputi semua murid dan pelajar di sekolah rendah dan menengah. Melaluinya prasarana sukan di setiap sekolah akan dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Malah, pelaksanaan ini tidak memfokuskan kepada sukan teras sahaja, tetapi meliputi sukan lain juga. Penglibatan pelajar merangkumi semua aktiviti sukan tidak kira melalui pendidikan jasmani, acara sukan tahunan sekolah atau pertandingan sukan antara sekolah. Hadirin yang saya kasihi sekalian, Menurut Menteri Pelajaran, dasar tersebut juga bertujuan untuk mengembalikan kegemilangan sukan ke peringkat sekolah selain meningkatkan semangat kesukanan dan kesepakatan masyarakat bermula dari bangku sekolah. Sementara itu, Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBGN), turut mencadangkan supaya Kementerian Pelajaran menyediakan jurulatih sukan sepenuh masa di setiap sekolah bagi menjayakan dasar tersebut. Ini lebih praktikal dan dapat menjayakan program ini pada masa depan demi kejayaan sukan di sesebuah sekolah. Jawatan Penolong Kanan Sukan di sekolah juga perlu diwujudkan dalam melaksanakan dasar ini supaya perancangan aktiviti sukan lebih sistematik untuk jangka panjang. Hadirin yang dihormati sekalian, Sementara itu, rakyat seharusnya memahami bahawa sukan adalah aktiviti fizikal yang memerlukan tenaga. Aktiviti sukan tertentu seperti bola sepak, bola keranjang, hoki, memerlukan suatu pasukan yang terdiri daripada beberapa orang individu. Justeru itu, pasukan yang dibentuk memerlukan paduan tenaga antara anggota pasukan. Hal ini menunjukkan kewujudan perpaduan masyarakat dalam aktiviti sukan tersebut. Gabungan tenaga fizikal dan fikiran juga diperlukan untuk mencapai kemenangan dalam sesuatu pertandingan sukan. Hadirin sekalian yang saya hormati, Kesimpulannya, dasar 1Murid 1Sukan bukan saja dapat meningkatkan mutu sukan di sekolah dan negara, malah dapat memfokuskan bidang sukan yang perlu dimajukan di peringkat sekolah rendah dan menengah lagi. Bidang sukan juga adalah bidang penting dalam meningkatkan nama negara di mata dunia pada masa depan. Melalui generasi yang terdidik dan mempunyai ilmu dalam bidang sukan, negara akan mencapai kecemerlangan dalam bidang tersebut.Oleh sebab masa tidak mengizinkan, saya terpaksa mengakhiri pidato saya pada hari ini. Sebelum saya mengundurkan diri,izinkanlah saya untuk mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi mendengar pidato saya.

Sekian, terima kasih.