PIH

27

Click here to load reader

description

berkenaan pih

Transcript of PIH

Page 1: PIH

CASE STUDY – KLINIK KESIHATAN IBU & ANAK

ISI KANDUNGAN

1.0 PENGHARGAAN.........................................................................................................................2

2.0 PENGENALAN............................................................................................................................3

3.0 BUTIRAN PERIBADI PESAKIT DAN PENYATAAN MASALAH........................................7

4.0 LITERATURE REVIEW.............................................................................................................10

5.0 PERBINCANGAN......................................................................................................................13

6.0 PROSEDUR /CADANGAN.......................................................................................................15

7.0 KOMPLIKASI.............................................................................................................................18

8.0 RUMUSAN..................................................................................................................................19

9.0 RUJUKAN...................................................................................................................................20

10.0 LAMPIRAN...............................................................................................................................21

1 | P a g e

Page 2: PIH

CASE STUDY – KLINIK KESIHATAN IBU & ANAK

1.0 PENGHARGAAN

2 | P a g e

Page 3: PIH

CASE STUDY – KLINIK KESIHATAN IBU & ANAK

2.0 PENGENALAN

1PIH atau Pregnancy Induced Hypertension merupakan keadaan berisiko dalam

kalangan ibu hamil. Menurut Encyclopedia & Dictionary of Medicine, Nursing & Allied Health,

PIH merupakan masalah tekanan darah yang tinggi melebihi 140/90 mmHg(tekanan darah

sistolik >140 mmHg dan/atau tekanan darah diastolik >90 mmHg) selepas usia gestasi 20

minggu. semasa proses labor (proses melahirkan) dan selepas 48jam melahirkan anak. PIH

terbahagi kepada tiga iaitu mild pre-eclampsia, severe pre eclampsia dan eclampsia serta

boleh menyebabkan kematian. Kebiasaannya, masalah kronik hipertensi berlaku sebelum

gestasi 20 minggu. Keadaan ini kerap

berlaku pada wanita yang telah mengalami

masalah darah tinggi sebelum hamil, wanita

yang berusia dan wanita yang mempunyai

sejarah keluarga yang mempunyai darah

tinggi. Manakala PIH berlaku hanya ketika

kehamilan dan akan hilang sebaik sahaja

wanita melahirkan. Hipertensi yang sedia

ada terjadi di kalangan 1 hingga 5% wanita hamil, manakala hipertensi akibat mengandung

terjadi di kalangan 5 hingga 10% wanita hamil. Peratusan ini mungkin lebih tinggi di

kalangan penduduk Asia oleh kerana faktor genetik. Hipertensi semasa mengandung adalah

lebih kerap berlaku semasa kandungan pertama (sehingga 25% wanita hamil).Hipertensi

semasa mengandung memerlukan pemerhatian dan rawatan yang rapi. Wanita hamil

berisiko tinggi mengalami Pra-eklampsia atau Eklampsia (sawan) yang boleh menyebabkan

kerosakan otak dan buah pinggang, masalah pendarahan dan kemudaratan kepada janin

yang belum lahir.Antara faktor penyebab kejadian penyakit ini dalam kalangan wanita hamil

ialah faktor am seperti usia ibu hamil hampir mencecah 40 tahun dan lebih berat badan

sama ada sebelum atau selepas hamil. BMI pula melebihi 30. Selain itu faktor genetik juga

merupakan penyumbang yang terkuat. Pesakit mempunyai sejarah keluarga yang

menghidap penyakit ini ketika hamil terutamanya di sebelah ibu dan adik beradik

perempuan. Faktor yang lain ialah dari segi obstetrik. Pesakit primigravida risikonya adalah

dua ke tiga kali ganda.

2Hipertensi semasa mengandung adalah terdiri dari beberapa kategori:

1 Sumber rujukan daripada Gestational Hypertension: Pregnancy Induced Hypertension (PIH) dicapai melalui laman web : http://americanpregnancy.org/pregnancycomplications/pih.htm (available on 20 julai 2014)2 sumber rujukan daripada portal kementerian kesihatan Malaysia boleh dicapai melalui laman web : http://www.myhealth.gov.my/index.php/dewasa/kesihatan-reproduktif/hipertensi-semasa-mengandung (available on 20 julai 2014)

3 | P a g e

Page 4: PIH

CASE STUDY – KLINIK KESIHATAN IBU & ANAK

1. Hipertensi yang sedia ada (sebelum mengandung)

Hipertensi yang sedia ada (sebelum mengandung) selalunya dikesan pada peringkat

awal kehamilan (trimester pertama). Lazimnya individu ini tidak mengalami sebarang gejala

dan tidak mengetahui mereka mempunyai tekanan darah yang tinggi sehinggalah

mengandung, di mana tekanan darah yang

tinggi tersebut dikesan semasa lawatan

antenatal. Bagi golongan yang muda, andaian

bahawa hipertensi yang dihidapi adalah jenis

hipertensi primer (essential hypertension) tidak

boleh dibuat, tanpa pemeriksaan lanjut untuk

mengetahui sebab yang menyebabkan

hipertensi sekunder seperti Sindrom Cushing's,

Sindrom Conn's dan phaeochromocytoma.

Wanita dengan hipertensi yang sedia ada

(sebelum mengandung) adalah berisiko untuk

turut mendapat pra-eklampsia, bayi yang kecil

berbanding umur (small for gestational age) dan placental abruption (satu keadaan di mana

uri terpisah dari rahim dan menyebabkan pendarahan). Golongan wanita ini memerlukan

rawatan oleh kerana risiko kejadian pra-eklampsia dianggarkan dua kali ganda.

2. Hipertensi akibat mengandung

Berbanding dengan kategori di atas, hipertensi akibat mengandung dan pra-eklampsia

lazimnya dihidapi pada separuh terakhir kehamilan sehingga 6 minggu selepas bersalin.

Tekanan darah mungkin berada pada paras tinggi sehingga 3 bulan selepas bersalin.

4 | P a g e

1. Hipertensi yang sedia ada (sebelum mengandung)

2. Hipertensi akibat mengandung

3. Pra-eklampsia

Page 5: PIH

CASE STUDY – KLINIK KESIHATAN IBU & ANAK

Hipertensi akibat mengandung boleh didefinisikan sebagai hipertensi yang berlaku semasa

separuh terakhir kehamilan tetapi tanpa tanda-tanda pra-eklampsia (seperti yang dinyatakan

di bawah). Rawatan bagi hipertensi yang sedia ada (sebelum mengandung) dan hipertensi

akibat mengandung adalah sama. Jika hipertensi berlaku selepas 20 minggu kehamilan,

kemungkinan ia melarat menjadi pra-eklampsia adalah kira-kira 15%. Hipertensi akibat

mengandung lazimnya berulang semasa kehamilan yang seterusnya. Sesetengah wanita

pula kekal dengan tekanan darah yang tinggi selepas kehamilan yang bermasalah akibat

hipertensi akibat mengandung.

3. Pra-eklampsia

5 | P a g e

Page 6: PIH

CASE STUDY – KLINIK KESIHATAN IBU & ANAK

3Gambar rajah 1.0 – simptom-simptom pra-eklampsia dan eklampsia

Hipertensi dan protinuria (kehadiran protein di dalam air kencing) adalah tanda-tanda

utama kejadian pra-eklampsia. Protinuria semasa mengandung boleh disebabkan oleh

jangkitan kuman pada saluran air kencing (urinary tract infection), tetapi ia mungkin kejadian

pre-eklampsia walaupun tekanan darah adalah tinggi sedikit dari aras normal. Tanda-tanda

pre-eklampsia (dan juga eklampsia) mungkin timbul sebelum, semasa dan juga selepas

bersalin.

Wanita-wanita hamil mungkin mendapat sakit kepala, gangguan penglihatan, sakit di

bahagian perut, loya, muntah, atau odema (bengkak, terutamanya di bahagian kaki).

Malangnya, kebanyakan wanita hamil tidak mengalami sebarang gejala, menjadikan

penyakit ini sukar dinilai secara klinikal. Wanita-wanita hamil perlu diberikan pendidikan

kesihatan untuk mengenali tanda-tanda awal pra-eklampsia dan seterusnya mengambil

langkah awal untuk mendapatkan rawatan. Jika keadaan ini dibiarkan tanpa rawatan rapi, ia

boleh melarat menjadi eklampsia atau sawan, memudaratkan ibu mengandung dan juga

janin. Pra-eklampsia menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan masalah

pembekuan darah, diikuti kejadian placenta abruption (satu keadaan di mana uri terpisah

dari rahim dan menyebabkan pendarahan). Sebab utama kematian penghidap pra-

eklampsia adalah pendarahan dalam otak dan masalah pernafasan yang serius (adult

respiratory syndrome). Janin pula boleh mengalami kelemasa (masalah pernafasan),

pembantutan tumbesaran dan kematian.

4. Eklampsia

3 Sumber bergambar daripada laman web: http://www.netterimages.com/image/3552.htm boleh dicapai pada 19 julai 2014

6 | P a g e

Page 7: PIH

CASE STUDY – KLINIK KESIHATAN IBU & ANAK

Eklampsia adalah satu masalah kesihatan di mana pesakit yang mengalami gejala-

gejala pra-eklampsia (seperti di atas) turut mengalami sawan. Lain-lain penyebab sawan

seperti epilepsy, ketidakseimbangan biokimia dalam tubuh badan atau hipoglisemia (kurang

gula dalam darah). Perlu disahkan bukan penyebab sawan sebelum eklampsia didiagnosa.

Terdapat juga situasi di mana pra-eklampsia tidak menunjukkan tanda klinikal yang jelas

dan diagnosis hanya boleh dilakukan selepas eklampsia terjadi. Lebih dari satu pertiga

daripada wanita yang hamil mengalami episod sawan yang pertama sebelum kejadian

tekanan darah tinggi dan protinuria. Remaja hamil berisiko lebih 3 kali ganda mengalami

eklampsia berbanding wanita dewasa. Komplikasi akibat eklampsia termasuklah angin

ahmar (strok) disebabkan oleh pengecutan salur darah atau edema (kebengkakan) di

bahagian otak. Komplikasi ini lazimnya akan kembali normal dengan sendirinya, namun ada

di kalangan wanita ini yang mengalami kerosakan otak yang kekal.

3.0 BUTIRAN PERIBADI PESAKIT DAN PENYATAAN MASALAH.4

Nama Ibu Norsuria Dewi Bt Saroo No Pendaftaran A407/2014

No Kad pengenalan 810818-01-5298 THA (LMP) 20/11/2013

Kumpulan Etnik Melayu TAL (EDD) 27/08/2014

Warganegara Malaysia REDD --

Tahap Pendidikan Diploma Tarikh Lahir/Umur 18/08/1981

33 Tahun

Pekerjaan Kerani Status Kandungan Gr 3

4 Sumber rujukan daripada rekod kesihatan ibu klinik kesihatan ibu dan anak kg melayu majidee R/N : A407/2014

7 | P a g e

Page 8: PIH

CASE STUDY – KLINIK KESIHATAN IBU & ANAK

P 1

+ 1Alamat Rumah No 27,Jln Satu Kg Melayu

Majidee

Faktor Risiko Body Weight >80kg

H/O LSCS (2007)

H/O baby weight

< 2.5kg

H/O PIH

Rh Positif

Ukuran Tinggi Ibu 149 cm BMI 40.9

HAID : Jumlah Hari 4 hari Pusingan Irregular

Kumpulan Darah O (positif) HIV test Negatif

MGTT (Fasting): 3.9 mmol/L

(2nd hour): 4.6

5Imunisasi Ibu

Nama Imunisasi Dos Tarikh

Rubella --- Tarikh : 1994

Tetanus Dos 1 Tarikh : 03/04/2007

Dos 2 Tarikh : 08/05/2007

Dos Tambahan Tarikh : 09/02/2013

5 Sumber rujukan daripada rekod kesihatan ibu klinik kesihatan ibu dan anak kg melayu majidee R/N : A407/2014

8 | P a g e

Page 9: PIH

CASE STUDY – KLINIK KESIHATAN IBU & ANAK

Masalah Perubatan Ibu

- Tiada -

Masalah Perubatan Keluarga

Darah tinggi (hipertensi) - Ibu & Ayah on Rx

6Perihal Kandungan Lalu

Bil

Tah

un

Has

il Kan

du

ng

an

Jen

is K

elah

iran

Tem

pat

Jan

tina

Berat L

ah

ir (kg

)

Ko

mp

likasi

Pen

yus

uan

Su

su Ib

u / T

em

po

h

Kea

daa

n A

na

k Sek

arang Ib

u

An

ak

1 14/06/

2007

term LSCS HSA L 2.3 Nil Admit icu

1/52

(inkubator)

1/12 Hidup

sihat

6 Sumber rujukan daripada rekod kesihatan ibu klinik kesihatan ibu dan anak kg melayu majidee R/N : A407/2014

9 | P a g e

Page 10: PIH

CASE STUDY – KLINIK KESIHATAN IBU & ANAK

2 2011 Complete Abortion 10/2011 D & C Not Done

Pesakit seorang wanita berusia 33 tahun datang ke klinik untuk melakukan

pemeriksaan bulanan. Mengikut sejarah keluarganya, ibu beliau sememangnya mengidap

penyakit darah tinggi. Pada hari tersebut, tekanan darah tinggi yang pertama diambil pada

mencatatkan keputusan 140/90 mmHg. Pesakit diminta merehatkan diri selama 30 minit

sebelum mengambil tekanan darah ulangan. Kali kedua tekanan darahnya mencecah

150/100 mmHg. Maka, beberapa pemeriksaan dan ujian telah di jalankan, dan pesakit

didiagnos menghidap Pregnancy Induced Hypertension (PIH) dan dirujuk ke hospital oleh

doktor.

4.0 LITERATURE REVIEW

Pakar Obstetrik dan Ginekologi Pusat Perubatan Kelana Jaya, Dr. S. Silvam

menyatakan tekanan darah tinggi dalam kalangan wanita hamil biasanya berlaku ketika usia

gestasi 20 minggu dan ke atas. Menurut beliau, tekanan darah yang normal untuk orang

yang tidak mengandung ialah 140 ke 90, tetapi bagi ibu mengandung tekanan yang normal

ialah 110 ke 70. Jika tekanan darah melebihi daripada 110 ia dikategorikan sebagai tekanan

darah tinggi. Walau bagaimanapun peratusan kenaikan daripada tahap normal hingga ke

tahap tekanan itu akan dianalisis oleh doktor. Oleh sebab itu ibu hamil perlu kerap

melakukan pemeriksaan untuk mengelakkan berlaku sebarang komplikasi. Wanita hamil

mengalami hipertensi adalah disebabkan kehamilannya, uri dan bayi itu sendiri. Jadi sebaik

sahaja bayi dilahirkan darah tinggi pada ibu mengandung itu akan turun. Peratusan untuk

penyakit darah tinggi pada wanita hamil akan hilang selepas bersalin ialah sebanyak hampir

100 %, kecuali ada faktor-faktor lain seperti usia si ibu yang sudah mencecah 40 tahun.

Terdapat kes di mana selepas bersalin tekanan darah tinggi tersebut tidak hilang, sebab

mungkin secara semula jadinya darah tinggi itu sudah memang ada dalam dirinya kerana

faktor umur atau juga faktor-faktor lain dan bukan sebab mengandung.

10 | P a g e

Page 11: PIH

CASE STUDY – KLINIK KESIHATAN IBU & ANAK

Berdasarkan laporan World Health Organization (WHO) pada tahun 2002, kira-kira

5 juta kematian dicatatkan pada setiap tahun berpunca daripada tekanan darah tinggi ketika

hamil. Pengerusi Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) dan Perunding Kardiologi,

Datuk Dr Khoo Kah Lin berkata senario yang sama juga berlaku di negara ini dan

dianggarkan seorang daripada tiga warga Malaysia berusia 30 tahun ke atas berhadapan

dengan masalah tekanan darah tinggi semasa hamil.

Menurut kajian Health Consultant dari HUSM Encik Hafis Wasa, tekanan  darah

tinggi yang dihidapi semasa hamil memberi kesan 5% terhadap kandungan dan 1 per 4

wanita hamil yang mana mempunyai tekanan darah tinggi akan cenderung kepada ‘pre-

eclampsia’ semasa hamil, bersalin atau selepas melahirkan anak. 7Semua wanita yang

mengidap hipertensi semasa mengandung perlu menjalani pemeriksaan tekanan darah

secara berkala di klinik kesihatan yang terdekat selepas bersalin. Lazimnya tekanan darah

akan kembali normal selepas 6 minggu tempoh berpantang, namun ia mungkin mengambil

masa yang lebih panjang bagi sesetengah wanita. Pengambilan ubatan bagi mengawal

tekanan darah akan dikurangkan secara berperingkat-peringkat sebelum diberhentikan, dan

bukan dengan mengejut. Penggunaan ubat Methyldopa dalam tempoh selepas bersalin

adalah tidak dibenarkan oleh kerana risiko kejadian kemurungan yang tinggi.Peningkatan

tekanan darah yang tidak terkawal boleh terjadi selepas bersalin dan keadaan ini perlu

diambil secara serius oleh kerana ia mungkin satu tanda kejadian eklampsia (yang masih

boleh berlaku selepas bersalin). Jika tekanan darah kekal tinggi selepas tiga bulan bersalin,

wanita tersebut boleh didiagnosa mengidap hipertensi yang kronik.

Wanita yang berisiko menghidap hipertensi semasa mengandung dan pra-eklampsia

adalah turut berisiko mendapat penyakit jantung (atau kardiovaskular) apabila umur mereka

semakin meningkat. Oleh yang demikian mereka perlu dinasihatkan untuk menjalani

pemeriksaan susulan secara berkala sepanjang hayat mereka. Semua wanita yang

menghidap hipertensi sebelum mengandung perlu memastikan tekanan darah mereka

terkawal dengan baik selama tiga bulan sebelum bercadang untuk mengandung lagi.

8Ketua Jabatan Pertumbuhan dan Pembangunan Manusia dan Pakar Perunding

Obstetrik dan Ginekologi (O&G), Universiti Putra Malaysia - Hospital Kuala Lumpur (UPM-

HKL), Prof. Madya Dr. Noraihan Mohd. Nordin berkata, pemeriksaan berkala yang dilakukan

7 Sumber artikel dan rujukan daripada kementerian kesihatan Malaysia ditulis oleh Dr. Sri Wahyu Taher8 Sumber rujukan daripada utusan malaysia dicapai melalui laman web : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2002&dt=0203&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_01.htm#ixzz38DQHmPtN (Accessed Pada 22 julai 2014)

11 | P a g e

Page 12: PIH

CASE STUDY – KLINIK KESIHATAN IBU & ANAK

sepanjang tempoh kehamilan adalah untuk mengesan sama ada wanita terbabit menghidap

hipertensi atau sebaliknya.Ini kerana hipertensi yang tidak terkawal atau dibiarkan tanpa

rawatan boleh menimbulkan pelbagai komplikasi.``Komplikasi yang membahayakan nyawa

ini boleh berlaku pada kedua-duanya sekali iaitu ibu dan juga janin dalam kandungan,''

katanya.Tekanan yang tinggi pada pembuluh darah dimanifestasikan sebagai tekanan darah

tinggi.Kehamilan yang menyebabkan hipertensi (Pregnancy Induced Hypertension - PIH)

berlaku apabila tekanan darah diastolik (bacaan bawah) mencecah lebih 90mm Hg.

Adakalanya keadaan ini disertai dengan protein dalam air kencing.Menurut beliau, hipertensi

yang disertai dengan protein dalam air kencing semasa hamil yang dikenali sebagai

preeklampsia ini biasanya berlaku pada trisemester kedua kehamilan iaitu selepas 20

minggu kehamilan.

5.0 PERBINCANGAN

Di serata dunia, pre-eclampsia atau penyakit tekanan darah tinggi ketika hamil atau

sawan yang dialami oleh ibu hamil ini menjadi punca utama kematian ibu hamil. Pre-

eclampsia berlaku lebih kurang 5 – 10% daripada keseluruhan ibu hamil. Di Malaysia, ia

merupakan punca kedua kematian ibu-ibu hamil selepas pendarahan postpartum.

Pendarahan postpartum ialah pendarahan dari saluran pembiakan yang berlaku selepas

kelahiran (tumpah darah). Ia boleh menyebabkan hipotensi (tekanan darah rendah) atau

renjatan.

Faktor-faktor yang menyumbang kepada PIH adalah kehamilan pertama kali atau

dipanggil ‘primigravida’ (2-3 kali ganda lebih tinggi risiko) Walaupun wanita primigravida

(kandungan pertama) berisiko tinggi mendapat pra-eklampsia, wanita yang multiparous

(anak yang ramai) berisiko mendapat gejala yang lebih serius dengan pelbagai komplikasi..

Selain itu, faktor genetik contohnya sejarah keluarga seperti ibu atau kakak yang menghidap

pre-eclampsia juga meningkatkan risiko antara 20% hingga 40% kepada saudara atau anak

perempuan untuk menghidapinya. Jika ibu hamil pernah mempunyai latar belakang pre-

eclampsia pada kehamilan lalu, berkemungkinan besar untuk pesakit menghidapnya pada

kehamilan seterusnya. Risiko untuk mendapatkan hipertensi semasa hamil lebih cenderung

12 | P a g e

Page 13: PIH

CASE STUDY – KLINIK KESIHATAN IBU & ANAK

kepada wanita yang berat badannya di atas paras normal atau gemuk (obesiti) BMI <30

kg/m2 adalah dikaitkan dengan peningkatan dua kali ganda risiko mendapat pra-eklampsia.

BMI yang tinggi sebelum mengandung atau pada peringkat awal mengandung akan

meningkatkan risiko kejadian hipertensi semasa mengandung. Selain itu, Faktor-Faktor lain

Obstetrik adalah Kandungan kembar, Tempoh antara kandungan yang lama, Penyakit

Hydrops, dengan uri yang besar dan Kandungan molar. Seterusnya Faktor-Faktor

Perubatan juga mempengaruhi PIH contohnya Hipertensi yang sedia ada (sebelum

mengandung), Penyakit buah pinggang, Diabetes, Kehadiran antibodi Anti-fosfohipid,

Penyakit Connective tissue dan Trombofilia keturunan (Inherited thrombophilia)

Hipertensi ketika hamil ini berlaku apabila terdapat pertumbuhan plasenta abnormal

atau berlaku kerosakan pada tisu plasenta akibat microthrombosis yang menyeluruh. Tindak

balas imuniti akan berlaku terhadap tisu fetal dan plasenta. Maka akan berlaku kegagalan

fungsi endothelium plasenta secara menyeluruh. Kerosakan pada endothelium akan

menyebabkankepecahan kapilari darah dan ibu mengandung akan menunjukkan ciri-ciri

seperti pertambahan berat badan, non-dependent edema pada muka atau tangan dan

edema pulmonari.

Ubatan yang lazim digunakan adalah Methyldopa dan Labetolol. Wanita yang

menghidapi hipertensi sedia ada (sebelum mengandung) mungkin perlu menukarkan ubatan

yang mereka ambil memandangkan Angiotensin Receptor Blocker (ARB) dan Angiotension

Converting Enzyme Inhibitor (ACE-I) tidak boleh digunakan semasa mengandung. Rawatan

hipertensi semasa mengandung adalah bertujuan untuk keselamatan wanita yang

mengandung itu sendiri. Rawatan tidak mengurangkan risiko kejadian pra-eklampsia atau

kematian janin atau membantu tumbesaran janin. Pemeriksaan saringan untuk mengesan

sebab-sebab lain yang menyebabkan hipertensi perlu dilakukan sekiranya hipertensi

dikesan sebelum 20 minggu tempoh kehamilan. Selepas 16 minggu tempoh kehamilan,

pemeriksaan saringan bagi mengesan hipertensi perlu dilakukan ke atas semua wanita yang

mengandung tanpa mengira umur dan lain-lain faktor risiko.

Sasaran rawatan mungkin berbeza dari satu ke satu klinik. Untuk memastikan

peredaran darah di dalam sistem darah uri-janin tidak terganggu, tekanan darah diastolik

mestilah tidak kurang dari 90 mmHg. Jika pra-eklampsia terjadi, tidak kira sama ada sedikit

ataupun serius, rujukan kepada doktor pakar obstetrik adalah wajib, dan pesakit diberikan

rawatan dengan kerjasama pakar perubatan keluarga. Bagi kes yang tiada komplikasi,

wanita tersebut dibenarkan bersalin pada tempoh kehamilan 38 hingga 40 minggu. Bagi

semua kes-kes eklampsia pula, wanita ini perlu dirawat di hospital pakar, yang mempunyai

13 | P a g e

Page 14: PIH

CASE STUDY – KLINIK KESIHATAN IBU & ANAK

unit rawatan rapi neonatal yang baik. Keputusan untuk melahirkan bayi awal perlu dilakukan

oleh doktor pakar obstetrik dengan mengambil kira semua fakta klinikal bagi setiap kes.

6.0 PROSEDUR /CADANGAN

Rawatan di klinik:

Pesakit seperti biasa datang ke klinik untuk pemeriksaan bulanan. Tekanan darah

diambil 140/90 mmHg. Semasa masuk ke bilik, pesakit kelihatan letih dan mengadu sakit

kepala. Saya meminta pesakit menimbang berat badan dahulu sebelum mengambil tekanan

darah buat kali yang kedua setengah jam kemudian. Berat badan pesakit ialah 75kg dan

tekanan darahnya mencecah 150/100 mmHg. Saya meminta pesakit berehat dahulu

sebelum pergi ke makmal untuk melakukan beberapa penyiasatan lanjutan. Mula-mula,

pesakit diminta ke makmal untuk menjalani urine test untuk menganalisa urin jika terdapat

proteinuria. Keputusannya ialah negatif. Manakala untuk FBC (full blood count) pula, platelet

count dan hemoglobin adalah normal.

Setelah melihat keputusan, saya membawa pesakit ke bilik pemeriksaan. Staff nurse

memeriksa kandungan pesakit dan kandungannya berada dalam keadaan yang baik.

Ketinggian fundus juga sama seperti usia gestasi. Kemudian pesakit di bawa ke bilik doktor

untuk pemeriksaan lanjutan. Tekanan darah pesakit ketika di periksa buat kali ketiga ialah

masih 150/100 mmHg. Pesakit kemudiannya di rujuk ke hospital berdekatan.

14 | P a g e

Page 15: PIH

CASE STUDY – KLINIK KESIHATAN IBU & ANAK

Rawatan di hospital:

Memandangkan saya menjalani latihan praktikal di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak

(KKIA), maka pengendalian di hospital saya tanyakan kepada staff yang bertugas di KKIA

ini. Kebiasaannya pesakit dimasukkan ke wad untuk pemerhatian bagi tempoh 24-48 jam.

Pesakit ditempatkan di wad yang kondusif dan sunyi. Pesakit diarahkan untuk berehat

sahaja di atas katil. Perawat bertugas bertanggungjawab untuk memeriksa tekanan darah

pesakit setiap jam dan apabila tekanan darah pesakit sudah stabil dan mengulang

pengambilan tekanan darah dua ke tiga jam sekali. Kemudian, lakukan pemerhatian carta

pergerakan fetus bagi memastikan fetus dalam keadaan baik. Perawat hendaklah sentiasa

memantau keadaan pesakit seperti memeriksa tanda vital, tanda-tanda hendak bersalin,

input dan output chart beserta tanda-tanda sawan.

Tanda-tanda pre-eclampsia ialah seperti tekanan darah ibu hamil melebihi 140/90

mmHg beserta proteinuria. Selain itu, takikardia, takipnea and urine output meningkat. Ia

juga boleh dikesan melalui inpeksi. Muka, tangan dan kaki pesakit akan kelihatan

membengkak (edema). Antara simptom yang lain pula ialah, pesakit akan kelihatan

tercungap-cungap beserta nafas yang pendek. Pesakit juga akan merasa loya selain

penglihatannya terganggu. Jika serangan eclampsia berlaku tiba-tiba (rawatan kecemasan),

segera posisikan pesakit dalam baringan lateral ke kiri untuk memastikan aliran darah yang

maksimum sampai ke fetus. Kemudian berikan oksigen menggunakan non-rebreather mask.

Pastikan salur pernafasan pesakit terbuka dan lakukan suction selepas sawan berlaku untuk

memastikan salur pernafasan tidak tersekat. Kawal sawan dengan memberikan Magnesium

Sulphate stat 4gm secara IV perlahan-lahan selama 5 minit. Selain Magnesium Sulphate,

Diazepam juga boleh diberikan 10mg secara IV. Seterusnya, berikan ubat-ubatan Anti-

Hipertensif Hydralazine 5mg setiap 5 minit atau Labetolol 10mg setiap 10 minit secara IV

sehingga tekanan darah pesakit stabil.

Masukkan pesakit ke wad yang kondusif (senyap dan berhawa dingin). Antara

penjagaan kejururawatan yang perawat perlu lakukan ialah membuat persediaan awal

dengan menyediakan peralatan kecemasan seperti set intubation, suction dan oksigen.

Ubah baringan pesakit setiap dua jam untuk mencegah hipostatik pneumonia. Lakukan juga

pemasangan cateter bladder drainage (CBD) untuk monitor pengeluaran urin. Perlunya

pengawalan input dan output urin adalah untuk merekod berapa banyak air yang telah

masuk dan keluar dari badan. Itu ialah pengurusan yang perlu dilakukan untuk jika berlaku

serangan sawan.

15 | P a g e

Page 16: PIH

CASE STUDY – KLINIK KESIHATAN IBU & ANAK

Pengurusan PIH secara amnya pesakit akan di tahan di wad untuk tempoh 24-48 jam

bagi pemerhatian. Tekanan darahnya akan diambil. Perawat hendaklah sentiasa berada

berdekatan pesakit kerana dikhuatiri berlaku serangan eclampsia jika terdapat proteinuria

dalam urin pesakit. Selagi pesakit masih di wad, setiap pagi pesakit harus menimbang berat

badan, mengambil ujian FBC dan urin. Catatkan segala penyiasatan yang telah dilakukan ke

atas pesakit. Pastikan pesakit mengambil makanan yang bersesuaian dengan penyakitnya.

Makanan yang bersesuaian ialah makanan low salt diet dan tinggi protein.

Kita sebagai perawat perlu memastikan pesakit makan ubatan yang diberikan pada

masa mengikut dos yang betul. Ini bertujuan untuk mengawal paras tekanan darah pesakit

agar stabil. Ubatan yang diberikan kepada ibu hamil ialah, tablet Nifedipine 10 mg STAT.

Ubat ini merupakan ubat Kalsium Antagonist yang digunakan untuk meredakan tekanan

darah tinggi. Ia akan memberi kesan sampingan seperti pening, loya dan muntah. Yang

kedua ialah pemberian tablet Methyldopa 500mg. Ubat ini bertindak ke atas reseptor otak

untuk mengurangkan tekanan darah tinggi pesakit. Seterusnya pemberian tablet Ca. Lactate

dan tablet Aspirin sebanyak 75mg bagi mengurangkan kesakitan di abdomen ibu

mengandung.

Selaku bakal Penolong Pegawai Perubatan (PPP), saya perlu memberikan

pendidikan kesihatan pada pesakit ini. Antara pendidikan kesihatan yang diberikan ialah,

membuat TCA (to come again) di KKIA berdekatan dua minggu sekali untuk pemeriksaan

tekanan darah. Nasihatkan pesakit supaya mematuhi temujanji yang telah ditetapkan untuk

mengelakkan komplikasi yang tidak diingini dari berlaku. Beritahu pesakit agar banyakkan

berehat untuk mengelakkan dari berlakunya varicose vein dan edema. Perbanyakkan

ambilan makanan kurang garam dan tinggi protein. Lakukan pemeriksaan kendiri

menimbang berat badan setiap hari di rumah jika boleh. Apabila berbaring, pesakit

hendaklah mengiring dan jika terdapat tanda-tanda pre-eclampsia, segera datang ke

hospital untuk pemeriksaan lanjut.

16 | P a g e

Page 17: PIH

CASE STUDY – KLINIK KESIHATAN IBU & ANAK

7.0 KOMPLIKASI

Komplikasi terhadap ibu:

Kadangkala boleh membawa kepada kematian atau koma jika berlaku keadaan

‘eclampsia’ (tidak boleh bergerak) yang mana disebabkan oleh pembengkakan

dibahagian otak (cerebral oedema).

Berlaku stroke jika terdapat pendarahan dibahagian otak.

Kegagalan hati.

Pembengkakan hati yang kadangkala membawa kepada kegagalan hati berfungsi

HELLP syndrome- Microangiopathic hemolysis, thrombocytopenia(platelet <100)

Komplikasi terhadap bayi :

17 | P a g e

Page 18: PIH

CASE STUDY – KLINIK KESIHATAN IBU & ANAK

Berlaku ‘placental abruptio’ berikutan pengasingan placenta dari dinding rahim

sebelum bersalin yang mana menyebabkan pendarahan faraj dan pendarahan dalam

badan yang mendorong kepada kes kematian dan kecacatan bayi.

Pertumbuhan dalam rahim yang terencat yang mana berikutan pencerutan salur

darah yang membawa oksigen dan nutrisi kepada bayi. Tumbesaran bayi akan

terencat menyebabkan berat badan bayi ringan. Bayi memerlukan bantuan

pernafasan dan sokongan incubator selepas dilahirkan.

Kematian dalam rahim (IUD) yang mana disebabkan berlaku ‘plancental abruption’,

masalah plancental tidak mencukupi dan tali pusat yang terhimpit.

Kelahiran pramatang berlaku berikutan kelahiran yang mendadak. Kelahiran elektif

pramatang kadangkala dilakukan untuk mengelakkan ibu dan bayi mendapat

komplikasi.

Penyedutan najis; Kadangkala bayi akan melepaskan najis sebelum sempat

dilahirkan, penyedutan najis oleh bayi itu sendiri akan berlaku menyebabkan

kerosakan paru-paru.

8.0 RUMUSAN

Pregnancy-Induced Hypertension (PIH) merupakan satu keadaan dimana bacaan

tekanan darah ibu mengandung didapati melebihi paras normal walaupun bacaan sebelum

mengandung adalah normal. Oleh itu, pengawalan dan pendidikan yang sempurna haruslah

dijalankan bagi mengawal tekanan darah tinggi yang dialami ibu mengandung. Ini bagi

menjamin keadaan pesakit dan kandungan supaya tidak terjadinya komplikasi yang tidak

diingini berlaku. Perawatan dan jadual pemantauan ke atas ibu dan kandungan dapat

mengurangkan risiko kematian bagi keadaan ini. Ada orang mengalami masalah tekanan

darah tinggi hanya ketika hamil dan bebas dari hipertensi sebaik sahaja melahirkan.

Penyakit ini dapat dielakkan sekiranya ibu hamil mengambil langkah penjagaan

seperti melakukan pemeriksaan, menjaga permakanan, menjaga kesihatan tubuh badan

dan melakukan senaman ringan. Bagi ibu hamil yang mempunyai sejarah keluarga yang

juga menghidap penyakit darah tinggi, penyakit tersebut dapat dikawal sekiranya ibu hamil

tersebut mengambil ubat seperti yang telah diarahkan. Faktor dalam menjaga pemakanan

18 | P a g e

Page 19: PIH

CASE STUDY – KLINIK KESIHATAN IBU & ANAK

amat penting bagi ibu hamil untuk diri serta bayi dalam kandungan supaya bayi sihat serta

dapat mengelakkan komplikasi. Ibu yang tidak menjaga kesihatan dan juga permakanan

ketika hamil akan mendapat komplikasi yang sangat buruk pada diri serta pada anak yang

dikandung seperti anak mati dalam kandungan, anak yang dilahirkan terlalu kecil serta anak

yang dilahirkan menjadi lembab.

Oleh itu langkah-langkah awal perlu diambil bagi mengelakan sebarang keadaan

yang tidak di ingini berlaku sebagai contoh dapatkan pemeriksaan antenatal di klinik sebaik

sahaja anda hamil, selain itu, Pastikan anda menghadiri temujanji yang ditetapkan. Jika

anda salah seorang dari kumpulan berisiko tinggi, anda dinasihatkan supaya menjalani

pemeriksaan lebih awal dan Laporkan ke klinik dengan segera atau pergi ke hospital apabila

anda mempunyai tanda-tanda amaran ini. Jangan tunggu temujanji yang ditetapkan.

Seterusnya Selalu membawa rekod kesihatan ibu mengandung (kad antenatal) semasa

pergi ke klinik supaya sebarang perkembangan dan keadaan anda akan direkod dan

diawasi. Selain itu, Menilai aktiviti bayi anda setiap hari. Lengkapkan carta pergerakan bayi

seperti yang dinasihatkan oleh doktor atau jururawat dan Pastikan anda mendapat rehat dan

tidur yang mencukupi (6-8 jam sehari). Rumusan yang dapat saya buat di sini ialah, saya

lebih mengetahui dengan lebih jelas perawatan yang perlu diberi, jenis ubatan dan

sebagainya bagi kes ini. Saya dapat melihat kes dengan lebih jelas dengan melakukan

rawatan ini mengikut turutan. Sesungguhnya penempatan di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak

selama dua minggu ini mengajar saya tentang banyak perkara.

9.0 RUJUKAN

1. Grune & Stratton (1978) Pregnancy-induced hypertension Volume 2, Issue 1 of

Seminars in perinatology : University of Chicago

2. W.O. Phoon and P. C. Y. Chen ( 1987 ) Textbook Of Community Medicine In South

East Asia USA : A Simon & Schuster Company .

3. Grant H.D. et al ( 1995 ) Brady’s Emergency Care ( 7 th ed ) USA : A Simon &

Schuster Company.

4. Hubley J ( 1995 ) Communicating Health ( 3rd ed ) London : Macmillan.

5. Ewles & Simnett ( 1994 ) Promoting Health ( 4 th ed ) Middlesex : Scutari Press.

19 | P a g e

Page 20: PIH

CASE STUDY – KLINIK KESIHATAN IBU & ANAK

6. Hipertensi Semasa Mengandung dicapai melalui laman web :

http://www.myhealth.gov.my/index.php/dewasa/kesihatan-reproduktif/hipertensi-

semasa-mengandung (Accessed Pada 22 Julai 2014)

7. Bahaya Hipertensi semasa hamil boleh dicapai melalui laman web :

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?

y=2002&dt=0203&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_01.htm

(Accessed Pada 19 Julai 2014)

8. Tekanan darah dalam kehamilan boleh dicapai melalui laman web :

http://www.babycenter.com.my/a25007727/tekanan-darah-dalam-kehamilan

(Accessed Pada 18 Julai 2014)

9. Hipertensi Pada Kehamilan oleh Revina dicapai melalui laman web :

http://bidanku.com/hipertensi-pada-kehamilan (Accessed Pada 18 Julai 2014)

10. Penyebab dan mengatasi darah tinggi pada Ibu Hamil dicapai melalui laman web :

http://www.tipscaraterbaik.com/penyebab-dan-mengatasi-darah-tinggi-pada-ibu-

hamil.html (Accessed Pada 18 Julai 2014)

20 | P a g e

Page 21: PIH

CASE STUDY – KLINIK KESIHATAN IBU & ANAK

LAMPI

RAN

21 | P a g e