Pilihan Raya Umum

9
PILIHAN RAYA UMUM 1990 (PRU 8) (Sumber : Sistem Maklumat dan Pengurusan Ketua Eksekutif, Pejabat Perdana Menteri Malaysia) Jadual Pilihan Raya Umum 1990 Keputusan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri BN/USNO Parti Pembangkang Jumlah Kerusi Kelantan 0 34 34 Sabah 12 36 48 Jadual diatas menunjukkan keputusan Pilihan Raya Umum ke-8 pada tahun 1990 bagi kerusi parlimen. Parti Pembangkang ketika ini yang diwakili Parti Islam se-Malaysia (PAS), Parti Demokratik (DAP), Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Parti Semangat

description

Rumusan Pilihanraya umum untuk parti pembangkang

Transcript of Pilihan Raya Umum

Page 1: Pilihan Raya Umum

PILIHAN RAYA UMUM 1990 (PRU 8)

(Sumber : Sistem Maklumat dan Pengurusan Ketua Eksekutif, Pejabat Perdana Menteri Malaysia)

Jadual Pilihan Raya Umum 1990Keputusan Dewan Undangan Negeri (DUN)

Negeri BN/USNO Parti

Pembangkang

Jumlah Kerusi

Kelantan 0 34 34

Sabah 12 36 48

Jadual diatas menunjukkan keputusan Pilihan Raya Umum ke-8 pada tahun 1990 bagi kerusi

parlimen. Parti Pembangkang ketika ini yang diwakili Parti Islam se-Malaysia (PAS), Parti

Demokratik (DAP), Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Parti Semangat 46 (S46) telah tewas

kepada Barisan Nasional (BN) dengan mengumpul kerusi sebanyak 49 kerusi sahaja

manakala BN menang 127 kerusi dan Bebas menang 4 kerusi daripada kerusi yang

ditawarkan sebanyak 180 buah kerusi.

Page 2: Pilihan Raya Umum

Ketika ini dapat dilihat parti pembangkang berjaya menguasai keseluruhan kerusi di

negeri Kelantan dengan kemenangan mutlak iaitu 13 kerusi parlimen dan ini merupakan satu

sejarah baru tercipta buat parti pembangkang berjaya menewaskan BN di negeri itu untuk

kerusi parlimen. Pulau Pinang juga menyaksikan Parti Demokratik (DAP) berjaya

mengekalkan kemenangan dengan memenagi 6 buah kerusi daripada 11 kerusi yang

dipertandingkan untuk kerusi parlimen. Kuala Lumpur juga DAP berjaya mengekalkan

kemenangan dengan 4 buah kerusi daripada 7 buah kerusi yang dipertandingkan untuk kerusi

parlimen. Parti Bersatu Sabah (PBS) juga berjaya menang untuk kerusi parlimen di Sabah

dengan memenangi 14 buah kerusi daripada 21 kerusi yang dipertandingkan. Namun analisis

diatas hanyalah untuk kerusi parlimen.

Bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), parti pembangkang hanya mampu

menawan negeri Kelantan dan Sabah sahaja. Mengikut data, parti PAS dan Semangat 46

berjaya menawan negeri Kelantan dengan kemenangan begitu selesa. BN langsung tiada

kerusi dalam DUN Kelantan. PAS menang 24 kerusi, S46 menang 14 kerusi dan Berjasa

menang 1 kerusi daripada 34 kerusi DUN yang dipertandingkan. Pada PRU ini juga Lim Kit

Siang berjaya mengekalkan kedudukannya sebagai ketua pembangkang dalam Parlimen.

Analisis ini juga dapat dilihat peningkatan penguasaan parti pembangkang dalam PRU

daripada PRU yang ketujuh pada tahun 1986 dimana parti pembangkang hanya mampu

menang 25 kerusi daripada 177 buah kerusi yang dipertandingkan.

Pada tahun 1987, UMNO telah berpecah kepada dua kumpulan iaitu UMNO Baru dan

Semangat 46. Semangat 46 ini kemudian bekerjasama dengan PAS untuk bersaing dengan

UMNO Baru dalam pilihan raya ini (Zakry Abadi, 1990). Peningkatan drastik kemenangan

parti pembangkang disebabkan perpecahan dalaman UMNO dimana dibahagikan kepada dua

pasukan iaitu Pasukan A diketuai Tun Dr Mahathir Mohamad dan Pasukan B diketuai oleh

Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li). Selepas Ku Li tewas dalam perebutan jawatan Presiden

UMNO, Ku Li telah menubuhkan satu parti politik baharu yang dinamakan sebagai Semangat

46 dan dibantu oleh Dato’ Seri Rais Yatim yang diasaskan pada tahun 1988. Pengaruh besar

Ku Li berjaya membantu Angkatan Perpaduan Ummah dan Gagasan Rakyat memenangi

beberapa buah kerusi yang dipertandingkan pada tahun 1990.

Page 3: Pilihan Raya Umum

PILIHAN RAYA UMUM 1995 (PRU 9)

(Sumber : Sistem Maklumat dan Pengurusan Ketua Eksekutif, Pejabat Perdana Menteri Malaysia)

Jadual Pilihan Raya Umum 1995Keputusan Dewan Undangan Negeri (DUN)

Negeri Barisan Nasional Parti

Pembangkang

Jumlah Kerusi

Kelantan 7 36 43

Sabah 23 25 48

Jadual diatas menunjukkan keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) yang ke-9 pada tahun

1995. Parti Pembangkang hanya mampu menang 28 kerusi daripada 192 kerusi yang

dipertandingkan. Kerusi yang dimenangi parti pembangkang jelas merosot pada tahun 1995

berbanding pada tahun 1990. Pada tahun 1990 parti pembangkang berjaya meraih 49 buah

kerusi daripada 180 buah kerusi dipertandingkan. Parti Pembangkang sekali lagi berjaya

mengekalkan kerajaannya di negeri Kelantan dan Sabah.

Page 4: Pilihan Raya Umum

Bagi kerusi parlimen di setiap negeri, parti pembangkang berjaya menang majoriti di

negeri Kelantan dengan 11 kerusi berjaya diduduki manakala BN menang 2 kerusi daripada

13 kerusi yang dipertandingkan. Jika dilihat data untuk tahun 1990, parti pembangkang

berjaya menguasai kerusi parlimen di negeri Kelantan, Sabah, Pulau Pinang termasuk juga

Kuala Lumpur. Namun pada tahun 1995 parti pembangkang hanya mampu menang di negeri

Kelantan bagi kerusi parlimen.

Bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), Kelantan berjaya mengekalkan

pemerintahan parti pembangkang. Parti pembangkang berjaya memenangi 36 kerusi DUN

manakala BN menang 7 kerusi dimana jumlah keseluruhan kerusi DUN yang

dipertandingkan adalah sebanyak 43 kerusi. Keputusan Pilihan Raya Umum 1995 bagi kerusi

DUN di Sabah pula, Parti Bersatu Sabah (PBS) memenangi 25 buah kerusi manakala BN

menang 23 buah kerusi dan jumlah keseluruhan kerusi DUN yang dipertandingkan adalah

sebanyak 48 buah kerusi. Namun demikian untuk Pilihan Raya kali ini menyaksikan

kemerosotan keputusan untuk parti pembangkang.

Faktor kegagalan parti pembangkang meningkatkan peratus undi disebabkan

sebahagian kepimpinan yang keluar UMNO tahun sebelumnya telah kembali semula ke

dalam UMNO dan BN. Disamping itu, pengaruh Dato Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai

Timbalan Presiden UMNO turut menjadi daya penarik kepada orang Melayu untuk memberi

sokongan kepada BN. Lim Kit Siang daripada Parti Tindakan Demokratik (DAP)

mengekalkan jawatannya sebagai ketua pembangkang dalam parlimen (Crouch, 1996).

Page 5: Pilihan Raya Umum

PILIHAN RAYA UMUM 1999 (PRU 10)

(Sumber : Sistem Maklumat dan Pengurusan Ketua Eksekutif, Pejabat Perdana Menteri Malaysia)

Jadual Pilihan Raya Umum 1999Keputusan Dewan Undangan Negeri (DUN)

Negeri Barisan

Nasional

Parti

Pembangkang

Jumlah Kerusi

Kelantan 2 41 43

Terengganu 4 28 32

Pilihan Raya Umum yang ke 10 dijalankan pada tahun 1999. Keputusan pilihan raya untuk

tahun 1999 nampak perubahan positif untuk Barisan Alternatif (Parti Keadilan, DAP dan

PAS). Disini kita dapat melihat kerusi yang dimenangi untuk peringkat parlimen

menunjukkan pola meningkat. Pada tahun 1999, Barisan Alternatif berjaya memenangi 42

kerusi daripada 193 kerusi yang dipertandingkan. Pada tahun 1995, parti pembangkang hanya

memenangi 28 kerusi daripada 192 kerusi parlimen yang dipertandingkan.

Page 6: Pilihan Raya Umum

Walaubagaimanapun keputusan ini masih berulang lagi apabila parti pembangkang gagal

mengekang kehebatan Barisan Nasional.

Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) menyaksikan parti pembangkang hanya

mampu menawan 2 negeri sahaja iaitu negeri Kelantan dan Terengganu. Keputusan bagi

DUN di negeri Kelantan dapat dilihat parti pembangkang iaitu PAS berjaya memenangi

dengan majoriti iaitu sebanyak 41 kerusi berbanding dengan Barisan Nasional hanya dapat

menang 2 kerusi sahaja daripada 43 kerusi yang dipertandingkan. DUN di Terengganu pula

menyaksikan parti pembangkang yang dimonpoli oleh PAS berjaya memenangi 28 kerusi,

BN menang 4 kerusi daripada 32 kerusi DUN yang dipertandingkan. Parti pembangkang

berjaya merampas negeri Terengganu daripada tangan Barisan Nasional. PAS juga berjaya

mengambil alih kepimpinan ketua pembangkang daripada Lim Kit Siang dan digantikan oleh

Dato’ Haji Fadzil Bin Mohd Noor.

Hal ini demikian kerana pengaruh Dato Seri Anwar Ibrahim begitu kuat didalam

UMNO. Sehingga beliau dipecat daripada Timbalan Perdana Menteri dan juga ahli UMNO,

isteri beliau mengasaskan satu parti politik baharu di Malaysia yang dikenali sebagai Parti

Keadilan dan kini dikenali sebagai Parti Keadilan Rakyat (PKR). Menurut Amer dan

Zulkarnanin (2011), pemecatan Anuar Ibrahim menyebabkan penyokongnya tidak berpuas

hati dan menubuhkan Parti Keadilan (ADIL) untuk menentang UMNO. Kemudiannya ADIL

bergabung dengan PAS, DAP dan PRM bagi membentuk Barisan Alternatif (BA) untuk

menentang Barisan Nasional (BN). Pilihan Raya pada tahun 1999 juga membuktikan semakin

ramai orang Melayu mengundi parti pembangkang. Keputusan pilihan raya ini merupakan

salah satu bentuk bantahan rakyat terhadap kerajaan Barisan Nasional berbanding suatu

percubaan untuk menggantikan kerajaan Barisan Nasional yang terlalu lama berkuasa.

Page 7: Pilihan Raya Umum

Rujukan

Crouch H (1996). Government and Society in Malaysia. Cornell University Press, New York.

Zakry Abadi (1990). Analisis Pilihan Raya Umum, 1990. MYZ Sdn Bhd, Kuala Lumpur.