Selepas Pilihan Raya Umum ke-12 yang berlangsung pada tahun ...

18
Jurnal Komunikasi Borneo Edisi Khas (Konvokesyen ke-18 UMS) 2016 http://jkob.cseap.edu.my/index.php/journal/full/edisi-khas-2-1.pdf 1 Belia dan Kelangsungan Hegemoni Barisan Nasional: Kajian Kes Pilihan Raya Umum 13 di Sabah Eko Prayitno Joko Zaini Othman Saat Awg. Damit Selepas Pilihan Raya Umum ke-12 yang berlangsung pada tahun 2008, ternyata hegemoni Barisan Nasional yang selama ini tidak tercabar mula diruntuhkan. Barisan Nasional bukan sahaja kehilangan banyak kerusi kepada pembangkang, tetapi juga dinafikan majoriti 2/3 Dewan Parlimen. Walau bagaimanapun, dalam konteks Sabah, Barisan Nasional masih mengekalkan hegemoni kekuasaannya dan dianggap sebagai fix deposit bagi parti tersebut. Namun, berdasarkan perkembangan semasa, tesis ini telah dicabar dengan argumen bahawa keberadaan golongan muda yang akan menentukan, bukan sahaja hegemoni BN di Sabah, tetapi juga pengekalan kuasa di Putrajaya. Justeru itu, artikel ini hadir untuk mengupas segala kebarangkalian dan kemungkinan yang akan berlaku dalam politik di Sabah dengan mengangkat isu-isu atau persoalan-persoalan utama yang membawa kepada penyertaan politik secara aktif dalam kalangan golongan muda Sabah dan seterusnya, adakah dengan isu-isu tersebut golongan ini masih memberi mandat sepenuh suara kepada BN memerintah di Sabah atau sebaliknya. Kata Kunci: Pilihan Raya Umum 13, Barisan Nasinal, Hegemoni, Golongan Belia, Negeri Sabah. Pengenalan Sekirannya diperhatikan kepada peredaran sejarah, dapat ditelusuri peranan penting yang dimainkan oleh generasi muda dalam membentuk sejarah negara Malaysia. Peranan golongan muda ini pula, tampaknya memperlihatkan perbezaan bagi setiap angkatan yang diperjuangkannya. Sasaran perjuangan golongan muda sebelum merdeka adalah untuk melahirkan benih-benih nasionalisme dan mengembangkan idealisme penyatuan bangsa agar dapat menendang keluar penjajah British daripada tanah air tercinta. Keadaan ini terbukti apabila persatuan persuratan awal seperti Persatuan Sahabat Pena kebanyakannya dianggotai oleh golongan muda yang cintakan dunia kesusasteraan. Golongan-golongan ini cenderung menempelak pentadbiran British melalui penulisan-penulisan mereka yang tajam. Terdapat juga, golongan muda terpelajar terutamanya dari Maktab Perguruan Sultan Idris dan Maktab Melayu Kuala Kangsar yang bersuara lantang telah menubuhkan pertubuhan politik bersifat kiri seperti penubuhan Kesatuan Melayu Muda (KMM) oleh Ibrahim Yaakub manakala para jurnalis seperti Ishak Haji Muhamad, Ahmad Boestaman dan Abdul Rahim Kajai pula terlibat dalam Persatuan Kebangsaan Melayu Muda (PKMM) dan Angkatan Pemuda Insaf (API). Malahan, selepas merdeka suara golongan muda ini seringkali berkumandang sebagai penghubung antara rakyat dengan pemerintah. Golongan muda ini yang menyuarakan ketidakpuasan hati rakyat terhadap segala dasar atau tindakan pemerintah yang dianggap membebankan rakyat. Kesannya, pada dekad 1960-an dan dekad 1970-an, suara golongan muda menghiasi dada-dada akhbar serta corong-corong radio dan kemuncaknya membawa

Transcript of Selepas Pilihan Raya Umum ke-12 yang berlangsung pada tahun ...

Jurnal Komunikasi Borneo Edisi Khas (Konvokesyen ke-18 UMS) 2016

http://jkob.cseap.edu.my/index.php/journal/full/edisi-khas-2-1.pdf 1

Belia dan Kelangsungan Hegemoni Barisan Nasional: Kajian Kes Pilihan Raya Umum 13 di Sabah

Eko Prayitno Joko

Zaini Othman Saat Awg. Damit

Selepas Pilihan Raya Umum ke-12 yang berlangsung pada tahun 2008, ternyata hegemoni Barisan Nasional yang selama ini tidak tercabar mula diruntuhkan. Barisan Nasional bukan sahaja kehilangan banyak kerusi kepada pembangkang, tetapi juga dinafikan majoriti 2/3 Dewan Parlimen. Walau bagaimanapun, dalam konteks Sabah, Barisan Nasional masih mengekalkan hegemoni kekuasaannya dan dianggap sebagai fix deposit bagi parti tersebut. Namun, berdasarkan perkembangan semasa, tesis ini telah dicabar dengan argumen bahawa keberadaan golongan muda yang akan menentukan, bukan sahaja hegemoni BN di Sabah, tetapi juga pengekalan kuasa di Putrajaya. Justeru itu, artikel ini hadir untuk mengupas segala kebarangkalian dan kemungkinan yang akan berlaku dalam politik di Sabah dengan mengangkat isu-isu atau persoalan-persoalan utama yang membawa kepada penyertaan politik secara aktif dalam kalangan golongan muda Sabah dan seterusnya, adakah dengan isu-isu tersebut golongan ini masih memberi mandat sepenuh suara kepada BN memerintah di Sabah atau sebaliknya. Kata Kunci: Pilihan Raya Umum 13, Barisan Nasinal, Hegemoni, Golongan Belia, Negeri Sabah.

Pengenalan Sekirannya diperhatikan kepada peredaran sejarah, dapat ditelusuri peranan penting yang dimainkan oleh generasi muda dalam membentuk sejarah negara Malaysia. Peranan golongan muda ini pula, tampaknya memperlihatkan perbezaan bagi setiap angkatan yang diperjuangkannya. Sasaran perjuangan golongan muda sebelum merdeka adalah untuk melahirkan benih-benih nasionalisme dan mengembangkan idealisme penyatuan bangsa agar dapat menendang keluar penjajah British daripada tanah air tercinta. Keadaan ini terbukti apabila persatuan persuratan awal seperti Persatuan Sahabat Pena kebanyakannya dianggotai oleh golongan muda yang cintakan dunia kesusasteraan. Golongan-golongan ini cenderung menempelak pentadbiran British melalui penulisan-penulisan mereka yang tajam. Terdapat juga, golongan muda terpelajar terutamanya dari Maktab Perguruan Sultan Idris dan Maktab Melayu Kuala Kangsar yang bersuara lantang telah menubuhkan pertubuhan politik bersifat kiri seperti penubuhan Kesatuan Melayu Muda (KMM) oleh Ibrahim Yaakub manakala para jurnalis seperti Ishak Haji Muhamad, Ahmad Boestaman dan Abdul Rahim Kajai pula terlibat dalam Persatuan Kebangsaan Melayu Muda (PKMM) dan Angkatan Pemuda Insaf (API).

Malahan, selepas merdeka suara golongan muda ini seringkali berkumandang sebagai penghubung antara rakyat dengan pemerintah. Golongan muda ini yang menyuarakan ketidakpuasan hati rakyat terhadap segala dasar atau tindakan pemerintah yang dianggap membebankan rakyat. Kesannya, pada dekad 1960-an dan dekad 1970-an, suara golongan muda menghiasi dada-dada akhbar serta corong-corong radio dan kemuncaknya membawa

Jurnal Komunikasi Borneo Edisi Khas (Konvokesyen ke-18 UMS) 2016

http://jkob.cseap.edu.my/index.php/journal/full/edisi-khas-2-1.pdf 2

kepada perletakan jawatan Tunku Abdul Rahman sebagai Perdana Menteri Malaysia.1 Peristiwa-peristiwa ini membuktikan suara golongan muda sangat menggugat kedudukan golongan berkuasa dalam sejarah Malaysia. Memasuki era milliniuem, sekali lagi golongan muda mampu melakarkan sejarahnya yang tersendiri, namun kali ini daripada dimensi yang berbeza. Sekiranya dahulu, golongan muda mencatatkan sejarahnya melalui pertumpahan darah, penyerahan jiwa raga dan kemudiannya dijalanan, tampaknya kini golongan muda meletakkan sejarahnya melalui peti undi. Golongan muda yang selama ini dipandang sebelah mata, tampanya mula digeruni keberadaannya, apatah lagi pada era kemerosotan pengaruh Barisan Nasional (BN) di Malaysia. Keadaan ini terbukti jelas apabila golongan belia dikatakan akan menentukan kelangsungan hegemoni politik BN di Malaysia kerana jumlah pengundi muda yang dicatatkan adalah seramai 7,360,570, hampir menyamai pengundi senior seramai 7,449,430 pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).2

Selepas Pilihan Raya Umum ke-12 yang berlangsung pada tahun 2008, ternyata hegemoni Barisan Nasional yang selama ini tidak tercabar mula diruntuhkan. Barisan Nasional bukan sahaja kehilangan banyak kerusi kepada pembangkang, tetapi juga dinafikan majoriti 2/3 Dewan Parlimen. Walau bagaimanapun, dalam konteks Sabah, Barisan Nasional masih mengekalkan hegemoni kekuasaannya dan dianggap sebagai fix deposit bagi parti tersebut. Namun, berdasarkan perkembangan semasa, tesis ini telah dicabar dengan argumen bahawa keberadaan golongan muda yang akan menentukan, bukan sahaja hegemoni BN di Sabah, tetapi juga pengekalan kuasa di Putrajaya. Justeru itu, artikel ini hadir untuk mengupas segala kebarangkalian dan kemungkinan yang akan berlaku dalam politik di Sabah dengan mengangkat isu-isu atau persoalan-persoalan utama yang membawa kepada penyertaan politik secara aktif dalam kalangan golongan muda Sabah dan seterusnya, adakah dengan isu-isu tersebut golongan muda masih memberi mandat sepenuh suara kepada BN memerintah di Sabah atau sebaliknya. Sorotan Pilihan Raya Umum Ke-12 Pilihan Raya Umum merupakan suatu proses perkembangan politik yang penting dalam setiap negara berdaulat. Oleh itu, sepanjang 55 tahun merdeka, Malaysia telah melaksanakan 11 kali Pilihan Raya Umum bermula daripada tahun 1974 sehingga tahun 2008, namun hegemoni politik BN hanya diganggu gugat pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12).3 Keputusan PRU-12 pada 8 Mac 2008 mengejutkan ramai pihak apabila Barisan Nasional (BN) diketepikan majoriti 2/3 yang dimenanginya sebelum ini.4 Dalam kalangan ahli

1 Peristiwa 13 Mei menyebabkan perjuangan mahasiswa mencapai kemuncaknya apabila tampil dengan cara terbuka

menentang Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Tunku Abdul Rahman dengan mendesak beliau meletak jawatan. Peristiwa 13 Mei ini dalam konteks pergolakan politik mahasiswa Malaysia menyerupai ‘gerakan 30 Oktober’ dalam konteks perjuangan mahasiswa Indonesia. Sekiranya peristiwa ‘gerakan 30 Oktober’ yang berlaku pada tahun 1965 itu telah menggerakan mahasiswa dan pelajar Indonesia untuk menentang rezim dan order lama di negara tersebut, maka dalam keadaan yang hampir sama juga mahasiswa di Malaysia telah dibangkitkan oleh ‘peristiwa 13 Mei’ untuk menentang Perdana Menteri mereka. Untuk keterangan lebih lanjut mengenai pergerakan mahasiswa di Malaysia sila rujuk Muhammad Abu Bakar, Mahasiswa Menggugat, Kuala Lumpur: Pustaka Antara, 1973 manakala pergerakan mahasiswa Indonesia dapat diperhatikan melalui terbitnya filem Soe Hok Gie: Catatan Seorang Demonstrat.

2 Hairol Anuar Mak Din et. al., Signifikan Nilai Dalam Memilih kepimpinan Politik di kalangan kelas Menengah Melayu Pasca DEB, International Journal of Islamic Thought, Vol 4. Disember 2012, hlm 23-24.

3 Pilihan Raya Ke-12 ini menyaksikan runtuhnya sistem permuafakatan politik yang dimulakan dengan model perikatan dan kemudiannya dikembangkan menjadi Barisan Nasional. Tampaknya, sistem permuafakatn ini telah dicabar oleh sistem permuafakatan baru tajaan Pakatan Rakyat. Suatu yang membezakan sistem permuafakatan politik Pakatan Rakyat adalah kerana ianya diasaskan kepada pertimbangan keadilan sosial bukan atas pertimbangan perkauman. Permuafakatan berasaskan keadilan sosial ini sebenarnya telah mendahului sistem permuafakatan perkauman yang bersifat sempit apabila Parti Kebangsaan Melayu Malaya telah mengemukakan Perlembagaan Rakyat tetapi telah ditolak oleh British. Wan Abdul Rahman Wan Latif, Pilihan Raya Umum Ke-12 dan Masa Depan Pembangkang, dalam Haris Zalkapli, Cabaran Politik Baaharu Malaysia, Kuala Lumpur: Media Icon, 2009, hlm 11.

4 Sekiranya pilihan raya dijalankan mengikut sistem perwakilan bernisbah (proportional representation), yang memenangi 51 undi popular (Semenanjung Malaysia), parti pembangkang telahpun mengambil alih tampuk

Jurnal Komunikasi Borneo Edisi Khas (Konvokesyen ke-18 UMS) 2016

http://jkob.cseap.edu.my/index.php/journal/full/edisi-khas-2-1.pdf 3

UMNO itu sendiri tidak menyangkakan keadaan ini akan berlaku memandangkan mereka berjaya memenanginya dengan majoriti besar pada PRU-11. Di pihak pembangkang pula, seakan-akan tidak menyangka mereka berjaya meruntuhkan hegemoni BN yang tidak pernah diganggu gugat sebelum ini. Keruntuhan hegemoni BN tersebut yang kemudiannya ditafsirkan oleh penganalisis politik sebagai telah berlakunya ‘tsunami politik’ di Malaysia. Namun, benarkah keruntuhan hegemoni BN merupakan penanda telah berlakunya ‘tsunami politik’ di Malaysia atau hanya sekadar mengambarkan penjelmaan ‘kebangkitan rakyat’ daripada cengkaman pemerintahan BN selama 50 tahun. Dalam konteks ini adalah lebih baik kita menyoroti konsep desublimasi represif Herbert Marcuse yang menegaskan bahawa orang-orang yang ditindas akan berasa puas atas penindasan tersebut kerana telah hilangnya kesedaran kritis atas diri mereka. Marx pula mentafsirkan masyarakat yang hilang kesedaran kritis ini sebagai masyarakat yang hidup dalam ‘kesedaran palsu’. Maka, dengan sebab itulah perubahan pola pengundian dalam PRU-12 boleh disifatkan sebagai ‘jiwa kesedaran baru’ dalam kalangan masyarakat Malaysia yang merasakan dirinya ditindas oleh sistem sedia ada. Kesedaran baru ini yang dikatakan oleh Goenawan Mangunkusumo sebagai suatu ‘jiwa’, suatu ‘idea’ dan sikap ‘rohani’ daripada masyarakat yang diikat oleh persamaan nasib, persamaan sejarah dan persamaan cita-cita.5

Namun, adalah diakui bahawa PRU-12 merupakan titik tolak yang merubah lanskap politik Malaysia apabila keterujaan BN untuk mengambil alih pemerintahan PAS di Kelantan telah membawah padah. Tampaknya, BN bukan sahaja gagal menguasai negeri Kelantan, tetapi juga telah kehilangan dua buah negeri lain iaitu Kedah dan Selangor. Keadaan ini diburukkan lagi apabila kedudukan BN di negeri Sembilan gagal untuk mendapatkan majoriti 2/3 manakala negeri Johor sebagai kubu kuat BN sebelum ini berjaya diruntuhkan manakala sepuluh daripada tiga belas kawasan Parlimen dalam Wilayah Persekutuan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat (PR).6 Walaupun keadaan serba tidak menentu ditunjukan oleh penguasaan BN di semenanjung, namun situasi yang berlainan ditunjukkan dalam pengiraan peti undi di Sabah dan Sarawak. Perkara tersebut dibuktikan apabila sejumlah 140 buah kerusi yang dimenangi oleh BN di seluruh negeri, ternyata sebanyak 24 (17.1%) kerusi dicatatkan telah disumbangkan dari negeri Sabah manakala 30 (21.4%) kerusi lagi disumbangkan dari negeri Sarawak. Hal ini menunjukkan negeri Sarawak (30 kerusi) menyumbangkan kerusi yang paling banyak kepada BN, diikuti negeri Johor (25 kerusi) dan seterusnya negeri Sabah (24 kerusi).7 Dengan sumbangan besar yang diberikan oleh negeri Sabah dan negeri Sarawak semasa PRU-12, maka tidak hairanlah BN telah memperakui negeri-negeri tersebut sebagai ‘fix deposit’ dalam menentukan kelangsungan pemerintahannya di Malaysia. Akan tetapi, persoalan mendasar yang kini yang harus dipertanyakan adakah dengan peningkatan jumlah pengundi muda di Malaysia termasuklah di negeri Sabah mampu mengekalkan status ‘fix deposit’ yang dilaung-laungkan oleh BN sebelum ini atau penyertaan politik golongan tersebut mampu meruntuhkan ‘simbol tersebut? Belia dan Penyertaan Politik Takrifan mengenai belia mempunyai kaitan rapat dengan takrifan mengenai pengundi muda. Hal ini kerana, belia yang ketengahkan dalam kajian ini merupakan golongan yang

pemerintahan daripada Barisan Nasional, hanya yang menyelamatkan Barisan Nasional adalah Sabah dan Sarawak. Hal ini kerana di bawah sistem perwakilan bernisbah, memenangi 51 undi popular bererti memenangi 51 peratus kerusi Parlimen. Keadaan ini menunjukkan parti pembangkang tahap majoriti mudah, namun disebabkan sistem pilihan raya di Malaysia masih dijalankan berdasarkan sistem first past the post yang kurang demokratik berbanding sistem perwakilan bernisbah, maka Barisan Nasional masih berkuasa di peringkat pusat sungguhpun dinafikan daripada majoriti 2/3.

5 H. Roeslan Abdulgani, Soetomo Yang Saya Kenal, Jakarta: Yayasan Idayu, 1976, hlm 17. 6 Mat Zin Mat Kib, Sumbangan Sabah Dalam Pilihan Raya Umum Ke-12: Relevansi Politik pembangunan, Jurnal

Melayu, (6), 2011, hlm 106. 7 Ibid., hlm 107.

Jurnal Komunikasi Borneo Edisi Khas (Konvokesyen ke-18 UMS) 2016

http://jkob.cseap.edu.my/index.php/journal/full/edisi-khas-2-1.pdf 4

dikategorikan sebagai pengundi muda di Malaysia. Umumnya, Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Malaysia mentakrifkan golongan belia sebagai individu yang berumur dalam lingkungan 15 hingga 40 tahun dengan alasan:8

a. Ia adalah takrif Majlis Belia Malaysia 1985. b. Mereka dianggap sebagai golongan yang sudah mencapai taraf matang yang

memuaskan dan dapat menerima manfaat maksimum daripada rancangan-rancangan yang disusun.

c. Mereka adalah sebahagian besar daripada jumlah rakyat negara ini. Sebarang usaha untuk membina masyarakat, meninggalkan kesan secara menyeluruh.

Walau bagaimanapun, pentakrifan belia adalah berbeza-beza bagi setiap negara yang mana menyaksikan negara-negara Komanwel mendefinisikan belia sebagai golongan yang berumur antara 16 hingga 24 tahun manakala Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meletakkan lingkungan belia sebagai golongan yang berumur antara 15 hingga 24 tahun.9 Namun, dalam konteks kajian ini, pentakrifan golongan belia yang akan digunakan adalah berdasarkan kepada takrif Kementerian Belia Sukan iaitu meletakkan tempoh umur belia sehingga 40 tahun. Secara tidak langsung, pengundi muda adalah termasuk dalam takrif golongan belia iaitu golongan yang berumur 21 tahun hingga 40 tahun. Sekiranya sebelum ini, golongan belia dilihat dalam kaca mata negatif melalui penularan budaya rempit, buang bayi, penagih dadah dan keruntuhan moral semata-mata, namun dalam tahun 2013 ini, sekalian mata tertumpu pada golongan belia dari konteks yang berbeza. Golongan belia dianggap sebagai ‘jambatan’ yang akan menentukan pengekalan hegemoni BN atau cita-cita PR untuk menduduki Putrajaya tercapai.10 Di Malaysia, dari segi pendaftaran pengundian menunjukkan sekitar 38.8 peratus hingga 48 peratus pengundi merupakan golongan belia.11 Hal ini bermakna, kecenderungan belia dalam penyertaan politik di Malaysia semakin meningkat.

Umumnya, penyertaan politik merupakan salah satu aspek penting dalam sesebuah

negara demokrasi dan merupakan ciri khas adanya proses modenisasi politik.12 Di negara-negara yang proses modenisasinya telah berjalan dengan baik, maka penyertaan warga negaranya akan meningkat. Oleh itu, penyertaan politik13 pada dasarnya merupakan

8 Mohd Fuad Jali dan Junaidi Awang Besar, Pendapat dan Keperluan Generasi Muda di Kawasan Parlimen Muar, Johor,

Journal of Social Sciences and Humanities, Vol. 7, No. 1, 2012, hlm 51. 9 Mohd Fuad Jali dan Junaidi Awang Besar, op. cit., hlm 52. 10 Munculnya anggapan disebabkan oleh dominasi dua pendekatan yang selalu digunakan oleh para sarjana ilmu

politik dalam mengkaji sikap pengundi iaitu kesan kitaran hidup dan kesan cohort. Pendekatan kesan kitaran hidup menyatakan bahawa semakin meningkat usia seseorang, maka pemikirannya lebih konservatif dan cenderung berpihak kepada status quo. Keadaan ini diberatkan lagi apabila mereka lebih selesa dan terjamin kehidupannya, menyebabkan sukar untuk mengubah pilihan sedia ada. Perkara ini dilihat tidak berlaku dalam kalangan anak muda yang berani mengambil risiko dalam membuat keputusan kerana tidak dibebani dengan pelbagai tanggungjawab dan komitmen. Pendekatan cohort pula melihat bagaimana sesebuah generasi terpengaruh dengan keadaan yang berlaku dalam persekitaran mereka ketika it,u menjadikan mereka lebih sedar dan terlibat di dalam proses politik. Maka, tidak hairanlah apabila setiap generasi kebiasaanya akan melihat suatu isu politik daripada persepsi yang berbeza dan kemudiannya mempengaruhi mereka dalam pola pengundian dalam pilihanraya.

11 Sejauhmana Pengundi Muda Penentu PRU-13? Sinar Harian, 7 Mac 2012; Mengubah Pendekatan Untuk Dapatkan Pengaruh Pengundi Muda, Utusan Online, 9 Mei 2013; 2.3 Juta Pengundi Baru, MyMetro, 3 April 2013; dan Muhammad Febriansyah dan Muhammad Takiyuddin Ismail, Partisipasi Anak Muda Dalam Politik Baru Di Malaysia, Simposium Kebudayaan Indonesia Malaysia (SKIM), 12-14 November 2013, Bandung: Universitas Padjajaran, hlm1.

12 Untuk keterangan lanjut berkenaan politik modenisasi sila rujuk David E. Apter. 1993. Politik Modenisasi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

13 Untuk keterangan lanjut berkenaan penyertaan politik sila rujuk Marger (1981) yang membahagi aspek ini kepada dua kategori iaitu bentuk institusional dan bukan institusional. Perbincangan beliau tentang institusional merangkumi tindakan warga negara yang diterima sebagai perkara yang sah manakala bentuk bukan

Jurnal Komunikasi Borneo Edisi Khas (Konvokesyen ke-18 UMS) 2016

http://jkob.cseap.edu.my/index.php/journal/full/edisi-khas-2-1.pdf 5

penglibatan warga negara dalam proses membuat keputusan dengan tujuan mempengaruhi keputusan yang dilakukan pemerintah. Penyertaan politik ini boleh dilakukan secara individual atau berkumpulan untuk mempengaruhi keputusan yang berbeza bagi unit masyarakat, kawasan dan negara.14 Budiarjo mendefiniskan penyertaan politik sebagai kegiatan seseorang atau secara kolektif untuk ikut serta secara aktif dalam politik iaitu dengan cara memilih pemimpin negara dan secara langsung atau tidak langsung mempengaruhi keputusan pemerintah.15 Sastroatmodjo pula mengemukakan berkenaan bentuk penyertaan politik oleh warga negara secara individual dan secara kolektif. Penyertaan individual menurut beliau dapat diwujudkan melalui kegiatan menulis surat yang berisi tuntutan atau keluhan kepada pemerintah manakala penyertaan kolektif adalah kegiatan warga negara secara serentak untuk mempengaruhi pemerintah seperti yang dilakukan dalam proses pilihan raya.16 Oleh itu, pilihan raya merupakan salah satu saluran yang menyediakan ruang kepada setiap warga negaranya untuk terlibat dalam penyertaan politik.

Blais, Gidengil, Nevitte dan Nadeau dalam kajiannya menunjukkan perbezaan pola

pengundian oleh warga negara mengikut umur antara 20 tahun hingga 50 tahun.17 Hasil kajian ini mendapati, secara umumnya generasi muda dijangka kurang terlibat dalam penyertaan politik disebabkan kurangnya fokus kepada agenda politik. Namun, dalam konteks Pilihan PRU-13 yang akan diadakan dalam masa terdekat, tampaknya kecenderungan golongan belia dalam penyertaan politik secara kolektif tidak dapat dipertikaikan. Malahan, kehadiran golongan belia sebagai pengundi dianggap sebagai suatu fenomena baru yang mampu menamatkan legasi kekuasaan Barisan Nasional di Malaysia dan meruntuhkan hegemoni Barisan Nasional di Sabah dan Sarawak. Penyertaan politik terdiri daripada pelbagai bentuk yang mendasari setiap cakupannya. Oleh itu, bentuk penyertaan politik di pelbagai negara dapat dibezakan kepada dua aspek iaitu konvensional dan non-konvensional.18 Perkara ini termasuklah penyertaan politik yang sah (peti undi) atau penyertaan politik yang tidak sah di sisi undang-undang (kekerasan).19 Bentuk penyertaan politik tersebut akhirnya dapat digunakan untuk menganalisi kestabilan politik, integrasi kehidupan politik kepuasan atau ketidakpuasan warga negara berkenaan sesebuah negara. Bentuk-bentuk penyertaan politik konvensional dan non-konvensional yang dikemukakan oleh Almond adalah meliputi perkara berikut:

Jadual 1.1: Bentuk-bentuk Penyertaan Politik

institusional adalah tindakan yang dianggap sebagai tidak sah di sisi undang-undang. Walau bagaimanapun, perbincangan yang lebih terperinci berkenaan bentuk institusional dan bukan institusional dapat dirujuk dalam penulisan Milbart (1965), Wasburn (1982) dan Barnes dan Kaase (1979).

14 Kaase, Partizipation dalam Holtmann, Everhard: Politik-Lexikon, Munchen. Oldenbourg, hlm 442-445; Gotfridus Goris Seran, Rekrumen Elite Dalam Rangka Penguasaan Partisipasi Politik Pemilih: Studi terhadap Golkar Dalam Pemilu 1992 di Belu Tenggara Nusa Tenggara Timur, Jakarat: Universitas Indonesia, 1995, hlm 20-21.

15 Sastroatmodjo, Sudijono, Partisipasi Politik, Semarang: IKIP Semarang Press, 1995, hlm. 68; Gotfridus Goris Seran, op. cit., hlm 20-21.

16 Sastroatmodjo, Sudijono, op. cit., hlm 77. 17 Shireen Haron, Pemasaran Politik dan Persepsi Pengundi Menjelang PRU-13: Kajian Kes di Johor dalam Shireen

Haron dan Zuraidah Musib (ed.,) Pemasaran Politik di Malaysia, 2012, hlm 87. 18 Syarbaini Syahrial, Sosiologi dan Politik, Jakarta: Ghalia Indonesia, 2002, hlm 70. 19 Pada pandangan Kourvetaris (1985), kegiatan-kegiatan politik yang sifatnya mempengaruhi dapat diklasifikasikan

kepada dua bentuk iaitu kegiatan politik yang besifat menimbulkan tuntutan daripada pihak pemerintah dan kegiatan politik yang bersifat mendukung terhadap dasar-dasar yang dilaksanakan pemerintah. Pandangan yang serupa juga diketengahkan oleh Almond (1987) apabila mendefinisikan kegiatan-kegiatan politik yang sifatnya menggugat atau menuntut sebagai bentuk penyertaan politik non-konversional seperti menghantar petision, demonstrasi, konfrontasi pemogokan, kekerasan politik terhadap harta benda, kekerasan politik terhadap manusia, perang gerilya dan revolusi manakala kegiatan politik yang sifatnya mendukung disebutkan sebagai penyertaan politik konversional seperti pemberian suara, diskusi politik, kempen, membentuk dan bergabung dalam parti atau kelompok kepentingan serta komunikasi secara langsung dengan pejabat politik dan pemerintah.

Jurnal Komunikasi Borneo Edisi Khas (Konvokesyen ke-18 UMS) 2016

http://jkob.cseap.edu.my/index.php/journal/full/edisi-khas-2-1.pdf 6

Konvensional Non-Konvensional

Pemberian Suara (Pilihan raya) Mengajukan petisyen

Perbincangan politik Berdemonstrasi

Kempen politik Konfrantasi/Mogok

Bergabung dengan golongan berkepentingan Tindakan kekerasan terhadap harta benda

Komunikasi individu dengan pusat pentadbiran Tindakan kekerasan terhadap manusia

Sumber: Syarbaini Syahrial, Sosiologi dan Politik, Jakarta: Ghalia Indonesia, 2002, hlm 71. Dalam perspektif lain, Roth dan Wilson menguraikan bentuk penyertaan politik

berdasarkan penglibatan warga negara dalam sesebuah negara. Penglibatan terendah adalah sebagai pemerhati manakala penglibatan menengah adalah sebagai pengikut dan penglibatan tertinggi adalah sebagai ‘aktif’. Secara umumnya, pandangan Roth dan Wilson ini menunjukkan bahawa semakin tinggi kedudukan aktiviti politik seseorang, maka semakin sedikit jumlah orang yang terlibat di dalamnya.20 Bentuk penyertaan politik ini pada akhirnya akan membentuk piramid yang dikenali sebagai ‘piramid penyertaan politik’.21

Rajah 1.1: Piramid Penyertaan Politik

Sumber: David F. Roth dan Frank L. Wilson. 1976. The Comparative Study of Politics. Boston: Houghton & Mifflin.

Warga negara yang menduduki lapisan paling bawah merupakan warga negara yang sama sekali tidak terlibat dan tidak melakukan kegiatan politik. Kelompok ini digelar sebagai A-politik manakala warga negara yang menduduki tapak kedua piramid merupakan kelompok pemerhati. Kelompok ini kebiasaannya melibatkan diri dalam kegiatan politik seperti menghadiri rapat umum, menjadi ahli parti, membincangkan masalah politik, mengikuti perkembangan politik melalui media massa dan mengundi semasa pilihan raya. Kelompok ketiga merupakan kelompok pengikut. Pada tahap ini, aktiviti politik yang sering dilakukan adalah berkempen dan menjadi ahli yang aktif dalam parti atau kepada pemimpin tertentu. Warga negara yang menduduki aras paling atas dalam piramid adalah kelompok yang sangat aktif dalam pergerakan parti. Kebiasaanya kelompok ini sangat sedikit jumlahnya dan hanya terhad kepada ahli yang bekerja di pejabat parti secara sepenuh masa serta pemimpin parti atau kelompok berkepentingan. Umumnya, terdapat beberapa aspek yang menyebabkan

20 Damsar, Pengantar Sosiologi Politik, Jakarta: Kencana Prenada Media Group, 2010, hlm 183. 21 David F. Roth dan Frank L. Wilson, The Comparative Study of Politics. Boston: Houghton & Mifflin, 1976, hlm 159.

Pemimpin Parti/

Kelompok Kepentingan

Ahli parti yang aktif

Ahli parti yang terlibat, Membincangkan, Mengikuti dan Mengundi pada pilihan

raya

Orang-orang yang bersifat A-politik

Jurnal Komunikasi Borneo Edisi Khas (Konvokesyen ke-18 UMS) 2016

http://jkob.cseap.edu.my/index.php/journal/full/edisi-khas-2-1.pdf 7

timbulnya penyertaan politik secara meluas dalam kalangan warga negara sesebuah negara antaranya:22

a. Modenisasi di segenap bidang kesan daripada pengkomersialan pertanian, industri,

pendidikan dan sebagainya. b. Perubahan dalam struktur sosial masyarakat. Kemunculan kelas-kelas baru dalam

masyarakat kesan daripada proses industrialisasi dan modenisasi. Kelas menengah ini merasakan mereka berhak terlibat secara langsung dalam membentuk keputusan bagi kepentingan masyarakat yang terkesan dengan demokrasi.

c. Pengaruh kaum intelektual melalui pengembangan idea-idea baru dalam masyarakat. Idea-idea baru ini seperti nasionalisme, liberialisme dan sosialisme akan membangkitkan kesedaran masyarakat untuk terlibat dalam membuat keputusan.

d. Meningkatnya komunikasi masa menyebabkan meluasnya komunikasi politik masyarakat. Komunikasi secara meluas akan membantu dalam penyebaran idea-idea baru ini dalam kalangan masyarakat. Penerimaan idea-idea baru tersebut pula muda diterima oleh masyarakat kerana dianggap dekat dengan rakyat terutamanya dalam mempengaruhi keputusan kerajaan.

e. Timbulnya konflik antara pemimpin. Setiap pemimpin yang berkonflik akan cuba mencari sokongan rakyat dengan cara ‘mengalunkan’ tuntutan dan perjuangan golongan tersebut. Kesannya, akan muncullah tuntutan terhadap hak rakyat, keterbukaan dan kebebasan penuh.

f. Penglibatan pemerintah secara meluas dalam bidang politik, ekonomi dan sosial. Meluasnya penglibatan pemerintah ini acap kali merangsang timbulnya tuntutan secara berinstitusi untuk turut serta dalam mempengaruhi keputusan pemerintah.

Di pihak pemerintah pula, penyertaan politik daripada warga negaranya adalah perlu disebabkan beberapa faktor seperti:23

a. Untuk mendukung program politik dan pembangunan daripada pihak pemerintah. b. Wakil organisasi yang menyuarakan kepentingan masyarakat kepada pemerintah

dalam melaksanakan dan meningkatkan pembangunan.

Adalah jelas, bentuk penyertaan politik dalam sesebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi adalah amat perlu untuk menentukan kesinambungan pemerintahan sesebuah parti yang didukung oleh rakyat dan memastikan kemandirian rakyat terus terpelihara di bawah pemerintahan tersebut. Maka dengan sebab itu, apabila sesebuah kerajaan yang memerintah tidak menepati aspirasi rakyat, maka rakyat berhak untuk menukar kerajaan berdasarkan peluang mereka melalui penyertaan politik secara pembuangan undi. Perkara ini ditafsirkan oleh Rousseau bahawa ‘kerajaan wujud kerana anugerah kedaulatan dan kuasanya boleh dipanjangkan atau dibahagikan atas kemahuan yang ditentukan oleh kedaulatan tersebut’.24 Kedaulatan yang dimaksudkan di sini adalah rakyat iaitu sekumpulan individu yang bertindak sebagai sebuah komuniti. Isu Yang Mempengaruhi Penyertaan Politik Belia di Sabah Di Malaysia amnya dan Sabah khususnya, penyertaan politik golongan belia menunjukkan peningkatan dari semasa ke semasa. Penyertaan politik ini dapat dibuktikan melalui peningkatan jumlah pengundi berdaftar dalam kalangan belia itu sendiri di Malaysia. Hakikat ini terbukti apabila bilangan pengundi muda semasa PRU-12 mencatatkan jumlah seramai

22 Sudijono Sastroatmodjo, Partisipasi Politik, Semarang: IKIP Semarang Press, 1995, hlm 85. 23 Sudijono Sastroatmodjo, op. cit., hlm 85. 24 Dorothy Pickles, Pengantar Ilmu Politik, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1984, hlm 76.

Jurnal Komunikasi Borneo Edisi Khas (Konvokesyen ke-18 UMS) 2016

http://jkob.cseap.edu.my/index.php/journal/full/edisi-khas-2-1.pdf 8

4360,000 dan dijangkakan meningkat menjadi 7,360,570 menjelang PRU-13.25 Peningkatan ini adalah pertambahan warganegara yang mencapai umur 21 tahun adalah seramai 450,000 setiap tahun. Menyedari perkara tersebut, maka, tidak hairanlah apabila, dalam PRU-13, BN dan PR telah memberikan tumpuan untuk memenangi hati golongan belia dengan mengemukakan muka-muka baru yang mewakili golongan muda.26 Walaupun kesedaran akan perlunya sokongan daripada golongan muda telah diperlihatkan oleh setiap parti, namun tidak banyak perhatian diberikan terhadap perubahan budaya golongan belia masa kini.27 Sebagai contohnya, ramai penganalisis berpendapat BN gagal memahami perubahan budaya golongan belia, sebaliknya masih menggunakan strategik lama untuk mendapatkan sokongan golongan tersebut.28 Strategik yang dimaksudkan termasuklah menjanjikan pembangunan material yang sebelum ini ternyata keberkesannya dalam meraih sokongan undi dalam setiap Pilihan Raya Umum yang dilaksanakan.

Pada masa yang sama, pendekatan yang diambil oleh BN lebih bersifat ‘touch and

go’ menyebabkan matlamat yang ingin disampaikan kurang mendapat perhatian berbanding perasaan curiga yang semakin menebal kerana golongan belia merasakan kehendak mereka tidak ‘didengari’. Justeru itu, walaupun BN memperlihatkan aktiviti-aktiviti yang dilakukannya selepas PRU-12 lebih cenderung ke arah golongan belia,29 namun pendekatan yang dilakukannya tidak ‘membumi’ dalam kalangan golongan tersebut yang pada hakikatnya sangat berguna untuk kelangsungan hegemoni BN di Malaysia. Di pihak pembangkang pula, parti ini dilihat lebih mendekati golongan belia apabila kerap membincangkan isu-isu yang berkaitan secara langsung dengan kemandirian golongan tersebut di Sabah.30 Antara isu-isu yang sering dibangkitkan sehingga golongan belia lebih tertarik untuk mengikuti perkembangan parti pembangkang adalah seperti keadilan, ketelusan, korupsi, kronisme dan nepotisme. Isu-isu ini kerap dibincangkan di media-media alternatif berbanding media arus perdana.31 Malahan, cara penulisan setiap isu tersebut secara provokatif dan kritikal telah menarik minat golongan belia untuk mendapatkan maklumat yang hangat dibincangkan di media alternatif berbanding media perdana.

Berdasarkan kepada soal selidik yang diedarkan kepada 2410 orang responden di dua

puluh lima kawasan parlimen, terserlah pendekatan BN lebih mendekati golongan belia dengan peratusan yang dicatatkan adalah sebanyak 61.7% berbanding PR 38.3% sahaja. Namun pendekatan yang dilaksanakan oleh BN dianggap tidak menghayati aspirasi golongan belia dan terbukti apabila 57.1% responden mengakui hakikat tersebut manakala 59.2% lagi bersetuju bidang politik parti tidak selaras dengan perubahan nilai dalam kalangan grassroots. Keadaan ini berbeza dengan pendekatan yang dilaksanakan oleh PR terhadap golongan belia di Sabah yang dianggap sesuai dengan aspirasi dan perubahan nilai mereka. Hal tersebut terbukti, apabila analisis yang dilakukan menunjukkan hanya 42.9% sahaja golongan belia di Sabah yang bersetuju dengan kenyataan bahawa pemuda PR tidak menghayati aspirasi mereka manakala 40.8% lagi bersetuju bahawa bidang politik PR tidak

25 Hairol Anuar Mak Din et. al., op. cit., hlm 23-24. 26 Tesis ini bukanlah suatu perkara yang asing apabila kerap kali dipaparkan di Media Massa, media elektronik dan

media baru. Perkara ini sekaligus menyebabkan PRU-13 dilihat sebagai medan baru kepada golongan belia untuk menentukan hala tuju politik negara, sama ada kekal bernaung di bawah tampuk pimpinan lama yang dikatakan penuh dengan ketidakadilan dan penindasan ataupun mencuba berdiri di bawah sistem politik yang dikatakan lebih adil tajaan pembangkang.

27 Samsudin A. Rahim, Media, Demokrasi dan Generasi Muda: Analisis Keputusan Pilihan Raya Umum Ke-12, Jurnal Komunikasi, No. 26 (2), hlm 6.

28 Abdul Shukur Harun, Memahami Kebangkitan Anak Muda, Harakah, 18 Jun 2013; Musli Oli, Kenapa Anwar Gagal? Freemalaysiatoday, 9 September 2013; dan Kejutan PRU-13: Lebih Ramai golongan Melayu sokong BN, themalaysianinsider, 16 Ogos 2013.

29 Jeremy Lason, Kerajaan Tidak Pinggirkan Belia, Borneo Post Online, 21 November 2011. 30 Pemuda PR lebih fahami kehendak golongan muda, Sinar Harian, 7 Oktober 2012. 31 Samsudin A. Rahim, op. cit., hlm 6.

Jurnal Komunikasi Borneo Edisi Khas (Konvokesyen ke-18 UMS) 2016

http://jkob.cseap.edu.my/index.php/journal/full/edisi-khas-2-1.pdf 9

selaras dengan perubahan nilai dalam kalangan grassroots. Peratusan ini menunjukkan dengan jelas bahawa walaupun BN lebih mendekati golongan belia melalui aktiviti-aktiviti yang dilaksanakannya, namun ternyata pendekatan tersebut kurang berjaya berbanding pendekatan yang diambil oleh PR.

Jadual 1.2: Pendekatan Parti Terhadap Belia

Pernyataan BN PR

Mendekati Belia dan Mahasiswa 61.7% 38.3%

Pemuda Parti tidak menghayati aspirasi generasi muda

57.1% 42.9%

Bidang politik parti tidak selaras dengan perubahan nilai dalam kalangan grassroots

59.2% 40.8%

Sumber: Kajian Lapangan

Menurut PR, kegagalan pelbagai program yang dilaksanakan oleh BN terhadap golongan belia kerana program tersebut diatur tanpa perundingan dengan golongan tersebut.32 Oleh sebab itu, PKR melalui manifesto mereka sejak tahun 1999, berjanji akan akan memberi nafas baru kepada program golongan belia melalui perundingan bermakna dengan mereka. Antara pertimbangan yang diambil termasuklah:33

a. Memberi dorongan dan kemudahan kepada belia untuk mempertingkatkan bakat dalam bidang seni, sukan dan budaya.

b. Mengadakan projek-projek khusus untuk mencungkil bakat pimpinan dalam bidang perkembangan diri, budaya, keusahawanan dan sosial.

c. Mengatasi masalah-masalah yang sering dihadapi oleh sesetangah belia seperti pengangguran, salahguna dadah, keciciran dan masalah-masalah akhlak dengan pendekatan yang tidak mengasingkan mereka lagi.

d. Memberi peluang yang lebih luas kepada belia dari pelbagai latarbelakang sosial untuk menyertai latihan kemahiran dan projek ekonomi.

e. Menyediakan pusat pemulihan yang lebih berkesan serta peluang pekerjaan bagi belia yang menjadi mangsa gejala sosial supaya mereka dapat diserap kembali ke dalam masyarakat dari segi kehidupan bermasyarakat.

Dari aspek isu yang mendasari perjuangan parti turut mendapat perhatian daripada

golongan belia di Sabah. Hal ini bermakna, kecenderungan pemilihan parti yang kebiasannya bersandarkan kepada pengaruh keluarga dan agama sudah dicabar dominasinya dalam kalangan golongan belia di Sabah. Keadaan ini disebabkan pengaruh daripada media baru dan penerbitan buku-buku terkini berkenaan kedudukan politik Malaysia banyak yang diterbitkan dan mudah diperolehi.34 Walau bagaimanapun, kebanyakan golongan belia di Sabah lebih cenderung mendapatkan sumber maklumat daripada media baru yang lebih mudah dan kerapkali dibahaskan secara berkelompok dalam bentuk maya antara sesama mereka. Melalui media baru ini yang menjadikan ‘dunia berada dihujung jari’ membolehkan golongan belia mengakses maklumat berkenaan isu-isu politik luar negara seperti peristiwa arab spring, masalah ekonomi dunia, kejatuhan rejim diktator serta pembangunan nuklear Korea Utara yang sedang hangat diperkatakan oleh komuniti dunia maya. Peristiwa-peristiwa ini banyak mempengaruhi pemikiran golongan belia di Sabah yang melihat berlakunya ketidakadilan dan kekurangan dalam sistem pemerintahan di

32 Kamarudin Jaffar, Pilihan Raya 1999 dan Masa Depan Politik Malaysia, Kuala Lumpur: IKDAS Sdn. Bhd, 2000, hlm

36-37. 33 Kamarudin Jaffar., op. cit., hlm 37. 34 Media baru jadi faktor penting, PRU-13, Harakah, 24 April 2013.

Jurnal Komunikasi Borneo Edisi Khas (Konvokesyen ke-18 UMS) 2016

http://jkob.cseap.edu.my/index.php/journal/full/edisi-khas-2-1.pdf 10

negerinya. Golongan ini merasakan mandat yang mereka berikan kepada kerajaan telah disalahgunakan dengan hanya menjaga kepentingan individu-individu tertentu.

PR pula yang sememangnya menyedari hakikat ini bijak melakukan transformasi untuk

mendapatkan sokongan golongan belia yang mempunyai kecenderungan melakukan aktiviti berkaitan media selama 32.6 jam sehari, melayari internet selama lebih kurang 20 jam seminggu dan 10.6 jam digunakan untuk menonton televisyen.35 Oleh sebab itu, banyak aktiviti serta agenda berkaitan PR yang disalurkan secara langsung di media baru berbanding yang dilakukan oleh pihak kerajaan. Kesannya, golongan belia lebih tertarik untuk mengikuti perkembangan parti pembangkang kerana mudah diperolehi disamping isu-isu yang diketengahkan berkisar mengenai penyelewengan dan kebangkitan rakyat seperti Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC), hubungan dengan Israel, bantahan terhadap projek Nadir Bumi (LYNAS) dan juga BERSIH. Berdasarkan analisis yang dilakukan mendapati pengaruh media baru ini sangat signifikan dalam menentukan pola pengundian golongan belia di Sabah. Adalah didapati kebanyakan golongan ini memberikan pandangan bahawa akan memilih parti yang membawakan persoalan kesejagatan dalam manifesto mereka. Hakikat ini dibuktikan apabila 32.7 peratus golongan belia bersetuju dengan kenyataan tersebut, diikuti oleh sokongan yang berpaksikan kepada isu tempatan dengan jumlah yang dicatatkan adalah sebanyak 27.0 peratus. Persoalan mengenai isu bangsa dalam menarik sokongan politik golongan belia mula tercabar tradisinya apabila mencatatkan jumlah ketiga tertinggi iaitu sebanyak 20.3 peratus diikuti oleh persoalan mengenai isu nasional dengan jumlah peratusan sebanyak 20.0 peratus. Huraian mengenai perkara ini jelas ditunjukkan melalui jadual 2 berikut:

Jadual 1.3: Perjuangan Yang Mendasari Pemilihan Parti

Soalan Sejagat Nasional Bangsa Tempatan

Parti politik yang memperjuangkan isu apakah menjadi pilihan anda dalam PRU-13?

32.8% 20.0% 20.3% 27.0%

Sumber: Kajian Lapangan

Di samping itu juga, penyertaan politik golongan belia di Sabah juga dipengaruhi oleh keberadaan isu-isu berbangkit yang sering dikaitkan dengan pemerintahan BN. Golongan belia bukan sahaja semakin terdedah dengan media baru, tetapi juga semakin matang menilai persoalan-persoalan keadilan untuk mereka dan juga rakyat yang bernaung di bawah payung BN. Golongan ini tidak lagi dapat ‘dimomokkan’ dengan unsur-unsur kebendaan semata-mata, tetapi perkara yang lebih penting bagi mereka adalah unsur kemandirian golongan belia itu sendiri. Maka tidak hairanlah apabila golongan belia di Sabah yang ditemubual36 mengatakan perkembangan PR di Sabah bukanlah sebab mereka menolak BN, sebaliknya disebabkan berleluasanya isu-isu ketidakadilan sosial dalam kalangan pemimpin parti tersebut.37 Hal ini dibuktikan apabila hanya 38.2 peratus daripada 2409 orang belia yang bersetuju bahawa penyertaan politik mereka kerana terinspirasi dengan perkembangan PR di Sabah. Hasil analisis menunjukkan isu-isu keadilan, ketelusan, kebebasan dan kebertanggungjawaban telah mempengaruhi kepercayaan politik dalam golongan belia apabila mencatatkan jumlah sebanyak 85.6 peratus. Perkara ini diikuti

35 33 Jam sehari untuk TV, Internet, Malaysiakini, 25 April 2013. Untuk keterangan lanjut berkenaan media baru dan

golongan sila rujuk penulisan Mohd Fuad Mat Jali et. al., (2012) yang mengkaji penyertaan politik masyarakat Johor menggunakan internet untuk mendapatkan maklumat politik.

36 Pemimpin-pemimpin golongan belia yang ditemubual adalah seperti pemimpin golongan belia Sipitang, Beaufort, Membakut dan juga Kimanis. Walau bagaimanapun, pemimpin golongan belia di pelbagai daerah lain dan pekan kecil di seluruh Sabah hanya diusulkan pendapat mereka bersandarkan kepada analisis soal selidik yang telah diisi.

37 Parti Politik di Mata Golongan Muda, Inter Research and Studies (IRAS), 5 Disember 2013.

Jurnal Komunikasi Borneo Edisi Khas (Konvokesyen ke-18 UMS) 2016

http://jkob.cseap.edu.my/index.php/journal/full/edisi-khas-2-1.pdf 11

dengan berkumandangnya isu korupsi, kronisme dan nepotisme dalam kalangan pemimpin BN sehingga kehidupan rakyat jelata kekal melarat. Sebanyak 73.6 peratus golongan belia yang bersetuju bahawa isu-isu korupsi, kronisme dan nepotisme akan mempengaruhi pola pengundian dalam PRU-13. Perkara ini dibuktikan melalui jadual berikut:

Jadual 4: Isu Yang Mendasari Pemilihan Parti

Soalan Ya Tidak

Adakah isu keadilan, ketelusan, kebebasan dan kebertanggungjawaban mempengaruhi kepercayaan politik anda?

85.6% 14.4%

Adakah isu korupsi dan nepotisme menjadi isu yang mempengaruhi corak pengundian anda dalam pilihanraya akan datang?

73.6% 26.4%

Adakah perkembangan Pakatan Rakyat di Sabah membuatkan anda menolak BN?

38.2% 61.8%

Sumber: Kajian Lapangan

Perkembangan ini menunjukkan anjakan transformasi belia yang lebih berani, progresif, kompetetif serta melayakkannya diklasifikasikan sebagai era baru dalam politik Sabah. Ternyata, golongan belia di Sabah kini adalah golongan yang berbeza pemikirannya berbanding golongan muda tahun 1980-an. Golongan belia yang akan mengundi pada PRU-13 kelak adalah mereka yang lahir, terasuh dan terbentuk melalui proses modenisasi dan diperkukuhkan dengan proses globalisasi yang sedang berlangsung. Mereka ini begitu terdedah kepada norma-norma baru termasuklah persoalan kenegaraan dan kemasyarakatan. Maka, adalah tidak keterlaluan sekiranya golongan ini diibaratkan sebagai generasi baru yang begitu kritikal terhadap persoalan-persoalan mendasar yang berkait rapat dengan kemandirian mereka dalam konteks politik-ekonomi di Sabah. Namun, sejauhmanakah keperibadian atau pun wajah-wajah baru golongan belia di Sabah ini berjaya meruntuhkan tembok-tembok lama politik Sabah? Ataukah wajah-wajah baru ini hanya bersifat ‘suam-suam kuku’ sahaja dan akan beralih kepada takluk lama menjelang fasa-fasa terakhir pembuangan undi? Persoalan-persoalan tersebut akan terjawab sekiranya kita menganalisis halatuju politik golongan belia di Sabah berdasarkan kepada indikator-indikator yang mungkin mempengaruhi golongan ini dalam PRU-13 kelak.

Halatuju Belia Sabah Pada PRU-13 Pada PRU-12 di Malaysia, Sabah menyumbang 24 kerusi kepada BN. Memandangkan, parti pemerintah mahupun parti pembangkang menyedari ‘kuasa’ yang terdapat pada pengundi muda, timbul persoalan sejauhmanakah keadaan politik semasa mempengaruhi pemilihan parti politik dalam kalangan golongan belia di Sabah. Umumnya, terdapat beberapa indikator yang mempengaruhi penyertaan politik golongan ini dalam penyertaan politik mereka di Sabah seperti pendidikan, umur, jantina dan agama. Indikator tersebut dihuraikan seperti berikut:

a. Pendidikan: Di kebanyakan negara, tahap pendidikan sangat mempengaruhi penyertaan politik dalam kalangan warga negaranya. Semakin tinggi tahap pendidikan yang dicapai oleh seseorang individu, semakin berkemungkinan untuk individu tersebut mengundi. Hal ini kerana, tahap pendidikan dapat memudahkan penerimaan maklumat politik serta persoalan politik, sekaligus dapat mengembangkan kebolehan menganalisis fenomena politik sedia ada.

b. Umur: Faktor kematangan individu sangat mempengaruhi penyertaan politik mereka dalam negara demokrasi. Di dapati, semakin matang seseorang individu akan

Jurnal Komunikasi Borneo Edisi Khas (Konvokesyen ke-18 UMS) 2016

http://jkob.cseap.edu.my/index.php/journal/full/edisi-khas-2-1.pdf 12

mempengaruhi mereka untuk keluar mengundi bagi menentukan kehendak mereka dan masyarakat sekelilingnya dapat diperjuangkan melalui calon pilihan mereka.

c. Jantina: Di samping faktor pendidikan dan faktor umur, faktor ekonomi juga mempengaruhi penyertaan politik belia Sabah. Faktor ekonomi ini berkaitan secara langsung dengan faktor pendidikan. Individu yang berstatus lebih tinggi atau perekonomiannya lebih besar akan lebih aktif daripada golongan yang perekonomiannya lebih rendah.

d. Agama: Di kebanyakan negara timur, ikatan etnik sangat mendasari pemilihan parti dalam kalangan warga negaranya. Ikatan keagamaan ini berkait rapat dengan ikatan keetnikan yang merupakan salah satu jalinan perhubungan yang didasarkan atas ikatan dan sentimen primordial yang tumbuh subur dalam kalangan warga negaranya. Secara tidak langsung, ikatan agama dan ikatan etnik ini akan mempengaruhi individu untuk turun mengundi dalam setiap pilihan raya.

Apabila diperhatikan kepada kecenderungan pengundian golongan belia di Sabah, ternyata indikator-indikator yang disebutkan sangat mempengaruhi mereka dalam pemilihan parti semasa PRU-13. Hasil analisis menunjukkan sebahagian besar golongan belia di Sabah masih berpaksikan kepada BN berbanding kehadiran PR. Adalah didapati sebanyak 1064 orang belia menyatakan sokongan penuh mereka kepada BN manakala 555 pula berpihak kepada PR. Jumlah selebihnya iaitu seramai 790 orang pula merupakan pengundi atas pagar38 yang akan menentukan kemenangan besar BN atau PR dapat merampas kedudukan BN sebagai parti pemerintah di Sabah. Sebagaimana yang telah diterangkan, kematangan seseorang sangat mempengaruhi mereka untuk keluar mengundi bagi menentukan calon pilihannya. Semakin matang seseorang pengundi akan mempengaruhi tahap kedewasaan pemikiran mereka. Dengan kedewasaan ini akan memungkinkan mereka mampu untuk memahami dan membuat keputusan bagi sesuatu perkara. Sekiranya ditinjau dari aspek kematangan golongan belia di Sabah kini, ternyata sebahagian besar mereka mempunyai pengalaman berkenaan perlaksanaan PRU-12. Secara tidak langsung, pengalaman ini akan dijadikan pertimbangan ataupun bahan penganalisian mereka dalam menentukan pilihan parti dalam PRU-13 yang akan diadakan kelak. Di samping golongan belia yang sememangnya mempunyai pengalaman dalam PRU sebelumnya, terdapat juga kalangan mereka yang akan melaksanakan pilihannya buat pertama kali dalam PRU Ke-13. Golongan tersebut kini berumur dalam lingkungan 20-25 tahun. Namun, keberadaan golongan ini sangat kecil bilangannya iaitu dalam lingkungan 10 peratus sahaja. Mereka kebiasaannya mudah dipengaruhi dengan benda-benda materialistik kerana belum cukup matang dan kurangnya pengalaman dalam penyertaan politik di Sabah.

Hasil analisis mendapati belia yang berumur antara 21 tahun hingga 30 tahun

cenderung memilih parti kerajaan dengan masing-masing mencatatkan 547 orang memilih UMNO, 31 orang memilih MCA, 4 orang memilih GERAKAN, 23 orang memilih PBS. Jumlah belia yang memilih parti pembangkang pula adalah seramai 199 orang yang memilih PKR, 30 orang memilih DAP dan 49 orang memilih PAS. Terdapat juga golongan belia di Sabah yang cenderung kepada parti pembangkang lokal seperti STAR yang semakin berpengaruh di kawasan Kota Marudu, Tenom, Pensiangan dan Keningau. Jumlah yang dicatatkan untuk sokongan parti STAR ini adalah seramai 62 orang sahaja. Sementara itu, bagi kelas umur antara 31 tahun hingga 40 tahun juga menunjukkan pola pengundian yang sama iaitu cenderung kepada parti kerajaan dengan masing-masing mencatatkan 407 orang memilih UMNO, 36 orang memilih MCA dan 16 orang memilih PBS. Jumlah belia yang cenderung kepada parti pembangkang pula adalah seramai 119 orang memilih PKR, 20 orang memilih

38 Untuk keterangan lanjut berkenaan kuasa pengundi muda atas pagar dalam menentukan kemenangan Barisan

Nasional di Sabah, sila rujuk kajian terkini Mohd Faizal Rashid yang bertajuk PRU 13 Dan Kemandirian Politik Belia Di Sabah.

Jurnal Komunikasi Borneo Edisi Khas (Konvokesyen ke-18 UMS) 2016

http://jkob.cseap.edu.my/index.php/journal/full/edisi-khas-2-1.pdf 13

DAP, 21 orang memilih PAS dan selebihnya memilih parti pembangkang lokal iaitu STAR dengan jumlah responden adalah seramai 53 serta 2 orang lagi memilih calon Bebas. Keterangan lengkap berkenaan penyertaan golongan belia di Sabah dalam politik Sabah boleh dilihat seperti berikut:

Jadual 5: Pilihan Parti Mengikut Umur Responden

Umur UMNO MCA GERAKAN PBS PKR DAP PAS STAR BEBAS

21-30 547 31 4 23 199 30 49 62 0

31-40 407 36 36 16 119 20 21 53 2

Jumlah 954 67 40 39 318 50 70 115 2

Sumber: Kajian Lapangan

Salah satu indikator yang mempengaruhi halatuju penyertaan politik golongan belia di Sabah adalah ditentukan oleh faktor jantina. Maklumat di lapangan seringkali memberikan dapatan bahawa golongan lelaki yang mendominasi aktiviti politik berbanding wanita. Namun, perkembangan globalisasi yang tidak dapat dihindarkan oleh mana-mana negara dan masyarakat turut membawa bersama media baru yang sebahagian besarnya mendominasi pemikiran dan tindakan masyarakat terutamanya golongan belia.39 Di Sabah, seiring dengan perkembangan tersebut, peranan golongan wanita turut berubah dan menjadi cukup dominan dalam penyertaan politik pada PRU-13 kelak. Penglibatan mereka jelas terserlah melalui aktiviti-aktiviti bersama parti terutamannya parti-parti yang memperjuangkan hak-hak wanita. Dari aspek ini, ternyata PR dilihat mendahului BN apabila giat memperjuangkan hak-hak wanita dengan melancarkan manifesto untuk memperketatkan undang-undang serta peraturan yang mendiskriminasikan wanita, melindungi hak dan kebajikan wanita, menyediakan kemudahan asuhan dalam komuniti dan di tempat kerja, memperkenalkan waktu kerja anjal bagi wanita bekerja dan mengkaji agenda perubahan untuk wanita dengan tujuan untuk melaksanakan perakuan-perakuan yang sesuai.40

Walau bagaimanapun, hasil penelitian di lapangan menunjukkan golongan belia perempuan Sabah masih memberikan kepercayaan kepada BN untuk mengetengahkan suara mereka. Malahan, pola pengundian yang sama juga dicatatkan oleh golongan belia lelaki di Sabah. Analisis kajian yang dilakukan menunjukkan seramai 572 orang lelaki memilih untuk menyokong UMNO, 35 orang memilih untuk menyokong MCA dan 3 orang memilih untuk menyokong GERAKAN dan 19 orang lagi memilih PBS. Di pihak pembangkang pula mencatatkan jumlah penyokong parti adalah seramai 216 orang memilih untuk mengundi PKR, 35 orang pula cenderung memilih DAP, 45 orang orang lagi bersetuju memilih PAS manakala sokongan terhadap parti STAR mencatatkan sejumlah 53 orang penyokong.

Pola pengundian bagi belia perempuan pula menunjukkan seramai 382 orang akan

memilih UMNO, 32 orang akan memilih MCA, 1 orang memilih GERAKAN dan 20 orang bersetuju memilih PBS. Tahap sokongan belia perempuan di pihak pembangkang juga mencatatkan jumlah yang memberangsangkan apabila berjaya menarik 102 orang bersetuju memilih PKR, 15 orang memilih DAP dan 25 orang lagi memilih PAS. Malahan, STAR sebagai parti pembangkang lokal yang utama di Sabah pada masa kini dengan slogan ‘Sabah untuk orang Sabah’ berjaya menarik minat golongan belia perempuan untuk mengundi mereka.

39 Untuk pembacaan lanjut berkenaan globalisasi dan media, sila lihat Lim Kim Hui dan Har Wai Mun, Globalisasi,

Media dan Budaya, 2007, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Lihat juga Syed Arabi Idid, Penentuan Agenda: Peranan Media Massa Dalam Pilihan Raya Umum, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 1994.

40 Untuk keterangan lanjut berkenaan dasar Pakatan Rakyat terhadap golongan wanita boleh dilihat dengan merujuk kepada ‘buku jingga’ agenda wanita Malaysia yang menggariskan tuju tumpu utama bertemakan ‘wanita berdaya negara sejahtera’.

Jurnal Komunikasi Borneo Edisi Khas (Konvokesyen ke-18 UMS) 2016

http://jkob.cseap.edu.my/index.php/journal/full/edisi-khas-2-1.pdf 14

Jumlah yang dicatatkan bagi sokongan parti STAR adalah seramai 62 orang manakala 2 orang lagi memilih jalan untuk mengundi calon Bebas.

Jadual 6: Pilihan Parti Mengikut Jantina Responden

Jantina UMNO MCA PKR DAP PAS STAR GERAKAN BEBAS PBS

Lelaki 572 35 3 19 216 35 45 53 0

Perempuan 382 32 1 20 102 15 25 62 2

Jumlah 954 67 4 39 318 50 70 115 2

Sumber: Kajian Lapangan

Keberadaan ini menunjukkan dengan jelas bahawa walaupun, parti pembangkang (PKR) mula mengangkat hak dan peranan golongan belia melalui manifesto mereka sejak tahun 1999, namun, di Sabah mereka masih gagal memenangi hati golongan tersebut. Hal ini kerana, jentera wanita UMNO aktif menjalankan aktiviti-aktiviti yang melibatkan golongan belia perempuan berbanding jentera wanita pembangkang. Pada masa yang sama, kecenderungan ini juga disebabkan kesedaran golongan belia perempuan di Sabah tidak bersifat menyeluruh berbanding di Semenanjung Tanah Melayu yang lebih kehadapan dari aspek pendidikan moden dan media baru.41 Keadaan ini akhirnya meletakkan mentaliti golongan belia perempuan di Sabah lebih terkebelakang dalam soal penyertaan politik berbanding golonganbelia perempuan di semenanjung. Selain itu, pola pengundian golongan belia di Sabah juga sangat dipengaruhi oleh pegangan agama mereka.42 Perkembangan politik di Sabah selepas merdeka telah ditandai dengan politik keagamaan berbanding politik etnik. Namun, secara tidak langsung kelompok etnik seseorang juga memperlihatkan pegangan agama yang diyakininya. Di Sabah, golongan belia Islam masih menunjukkan jumlah yang dominan berbanding bukan Islam. Keadaan ini menunjukkan, pengundi Islam sangat berpengaruh dalam menentukan kemenangan seseorang calon. Walaupun, perkembangan politik Sabah menunjukkan kecenderungan pemilihan parti golongan belia lebih ditentukan oleh pemimpin dan diri sendiri, namun faktor agama masih menghambat sebahagian besar masyarakat Sabah khususnya sentimen ‘Islam’ dan ‘Kristian’.43

Hasil penelitian menunjukkan sebahagian besar golongan belia Islam di Sabah masih

menyokong BN. Keadaan ini dibuktikan apabila seramai 746 golongan ini menyatakan sokongan mereka kepada UMNO manakala 12 orang pula bersetuju memilih PBS. Di pihak pembangkang, jumlah sokongan golongan belia Islam mencatatkan jumlah seramai 178 orang memilih PKR, 4 orang memili DAP dan 58 orang memilih PAS manakala sokongan kepada STAR mencatatkan jumlah seramai 27 orang memilih parti tersebut dan 2 orang lagi memilih calon bebas. Bagi penganut Kristian, sokongan mereka kepada UMNO mencatatkan jumlah seramai 271 orang manakala 60 orang lagi kepada MCA, 4 orang kepada GERAKAN dan 22 orang cenderung memilih PBS. Sokongan kepada parti pembangkang pula mencatatkan sejumlah 121 orang memilih PKR, 21 orang memilih DAP dan 12 orang memilih PAS manakala sokongan kepada parti STAR berjumlah 63 orang. Sokongan penganut Buddha/Tao/Konfucius kepada parti pembangkang melebihi sokongan mereka kepada parti pemerintah. Hasil analisis menunjukkan seramai 22 orang penganut Buddha/Tao/Konfucius menyatakan paksi sokongan mereka kepada UMNO manakala 14 orang cenderung kepada 41 Mohd Shukri Hajinour dan Zaini Othman, Nasionalisme dan Kesejagatan Dalam Pilihan Raya Umum 1999, dalam

Mohd Yusof Kassim dan Azlan Ahmad, Politik Baru Dalam Pilihan Raya Umum, Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia, 2002, hlm 108.

42 Junaidi Awang Besar, Mohd Fuad Mat Jali dan Novel Lydon, Pengaruh Populariti Calon, Sentimen Nasional dan Politik pembangunan Dalam Pilihanraya Kecil P 185 Batu Sapi, Sabah, Malaysia Journal of Society and Space 8, Issues 8, 2012, hlm 28-29.

43 Perbincangan berkenaan pengaruh agama dalam politik Sabah boleh ditemukan dalam penulisan Ismail Yusoff. 2004. Politik dan Agama di Sabah. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Jurnal Komunikasi Borneo Edisi Khas (Konvokesyen ke-18 UMS) 2016

http://jkob.cseap.edu.my/index.php/journal/full/edisi-khas-2-1.pdf 15

PKR dan 16 orang kepada DAP. Penganut Hindu pula menunjukkan seramai 3 orang menyokong UMNO dan 2 orang menyokong PKR manakala penganut agama tradisi mencatatkan 7 orang responden menyokong UMNO, 5 orang menyokong MCA dan 5 orang menyokong PBS. Sokongan mereka kepada parti pembangkang mencatatkan seramai 3 orang menyokong PKR manakala 25 orang lagi bersetuju untuk menyokong STAR. Maklumat ini secara jelas menunjukkan bahawa pemilihan parti golongan belia di Sabah juga masih berpaksikan kepada pegangan agama mereka walaupun tahap pendidikan yang dimiliki semakin meningkat. Keadaan ini menunjukkan dengan jelas bahawa golongan belia di Sabah masih gagal meletakkan diri mereka secara mutlak kepada idea-idea sepunya serta bagaimana pendidikan tersebut berpengaruh dalam menentukan parti pilihan mereka dalam PRU-13 kelak. Secara keseluruhannya, penerangan berkenaan pengaruh agama dalam pemilihan parti golongan belia dapat diperhatikan seperti dalam jadual 7 berikut:

Jadual 7: Pilihan Parti Mengikut Agama Responden

Agama UMNO MCA GERAKAN PBS PKR DAP PAS STAR BEBAS

Islam 764 0 0 12 178 4 58 27 2

Kristian 170 60 4 22 121 21 12 63 0

Buddha, Tao,

Konfucius 12 0 0 0 14 16 0 0 0

Hindu 5 0 0 0 2 0 0 0 0

Agama Tradisi

3 5 0 5 3 0 0 25 0

Jumlah 954 65 4 39 318 50 70 115 2

Sumber: Kajian Lapangan

Pemilihan parti dalam kalangan golongan belia di Sabah turut dipengaruhi oleh tahap pendidikan yang dimiliki. Tahap pendidikan yang ditunjukkan pada jadual 8 menandakan tingkat pendidikan yang dimiliki oleh golongan belia di Sabah. Bersandarkan kepada jadual tersebut dapat menerangkan bahawa semakin tinggi tahap pengetahuan yang dimiliki oleh golongan belia, maka semakin peka mereka kepada isu-isu semasa dan idea-idea baru. Dengan tahap pengetahuan dan maklumat yang mencukupi akan mempengaruhi golongan ini untuk terlibat sama dalam penyertaan politik yang salah satunya adalah pemberian suara dalam Pilihan Raya Umum. Secara tidak langsung, melalui pengetahuan tersebut juga akan membantu belia dalam menentukan pilihan politik kerana kemampuan mereka yang dapat menilai dengan baik sesuatu program, misi dan visi sesebuah parti. Malahan, tahap pendidikan yang lebih tinggi juga akan mengeluarkan seseorang belia daripada kerangka pemikiran sempit yang berasaskan kepada bangsa dan lokal semata-mata.44 Keadaan ini dibuktikan berdasarkan kepada analisis jadual 8 yang menunjukkan hampir keseluruhan golongan belia yang mendapat pendidikan asas masih menyokong penuh BN dengan jumlah yang dicatatkan adalah seramai 106 orang menyokong UMNO, 6 orang menyokong MCA dan 6 orang lagi menyokong PBS.

Sokongan golongan belia yang hanya memiliki tahap pendidikan asas terhadap parti

pembangkang menunjukkan seramai 39 orang menyatakan sokongan mereka terhadap PKR, 3 orang untuk DAP dan 5 orang untuk PAS manakala parti pembangkang lokal iaitu STAR mendapat sokongan seramai 43 orang. Golongan muda dengan tahap pendidikan menengah rendah pula memperlihatkan kekuatan sokongan terhadap BN apabila seramai 226 golongan muda bersetuju menyokong UMNO, 10 orang bersetuju menyokong MCA dan 4 orang bersetuju menyokong PBS. Dalam kalangan penyokong pembangkang yang mempunyai

44 Mohd Shukri Hajinour dan Zaini Othman, op. cit., hlm 110.

Jurnal Komunikasi Borneo Edisi Khas (Konvokesyen ke-18 UMS) 2016

http://jkob.cseap.edu.my/index.php/journal/full/edisi-khas-2-1.pdf 16

tahap pendidikan menengah rendah menunjukkan seramai 56 orang menyokong PKR, 7 orang menyokong DAP dan 14 orang menyokong PAS manakala 32 orang lagi menyokong STAR dan 2 orang lagi menyatakan sokongan mereka kepada calon bebas. Namun, pola pengundian ini mula menunjukkan perubahan bagi golongan belia yang mendapat pendidikan menengah atas apabila jumlah yang menyokong BN pada PRU-13 adalah seramai 1064 orang. Pembahagian ini meliputi 444 orang menyokong UMNO, 16 orang menyokong MCA, 2 orang menyokong GERAKAN, dan 17 orang menyokong PBS. Di pihak pembangkang pula mencatatkan jumlah sokongan golongan belia adalah seramai 139 menyokong PKR, 19 orang menyokong DAP dan 35 orang menyokong PAS manakala sokongan kepada STAR mencatatkan jumlah seramai 28 orang. Golongan belia dengan tahap pendidikan mereka sehingga ke menara gading mencatatkan jumlah sokongan kepada BN adalah seramai 178 orang untuk UMNO, 35 untuk MCA, 2 orang untuk GERAKAN dan 12 orang lagi menyokong PBS. Sokongan terhadap pembangkang menunjukkan seramai 84 orang menyokong PKR, 21 orang menyokong DAP dan 16 orang menyokong PAS manakala sokongan kepada parti pembangkang lokal yang diwakili oleh STAR mencatatkan jumlah seramai 12 orang dan 2 orang lagi menyokong calon bebas.

Jadual 8: Pilihan Parti Mengikut Pendidikan Responden

Pendidikan UMNO MCA GERAKAN PBS PKR DAP PAS STAR BEBAS

Pendidikan Asas 106 6 0 6 39 3 43 43 0

Pendidikan Menengah Rendah

226 10 0 4 56 7 32 32 0

Pendidikan Menengah Asas

444 16 2 17 139 19 28 28 2

IPTA/IPTS 178 35 2 12 84 21 12 12 0

Jumlah 954 67 4 39 318 50 70 115 2

Sumber: Kajian Lapangan

Hasil perbahasan tersebut menunjukkan bahawa indikator-indikator seperti pendidikan, umur, jantina dan agama sangat mempengaruhi penyertaan golongan belia di Sabah dalam menentukan pilihan parti politik mereka pada PRU-13 yang akan dilaksanakan kelak. Golongan muda dengan umur yang lebih muda, mendapat pendidikan yang lebih baik ternyata cenderung menginginkan perubahan kerana komitmen yang lebih tinggi, mandiri, lebih jelas ideologi politiknya dan selalu memihak kepada kepentingan umum berbanding kepentingan peribadi. Walau bagaimanapun, golongan belia di Sabah ini masih terperuk dalam pemikiran politik lama apabila faktor agama kadangkala dapat menghapuskan keinginan perubahan politik yang mereka inginkan.

Kesimpulan Penyertaan politik golongan muda di Sabah tampaknya menunjukkan perubahan yang ketara. Suara-suara protes dan tuntuntan yang dahulunya sukar untuk disampaikan secara terbuka sudah menjadi sebahagian daripada perkembangan politik Sabah pada akhir-akhir ini. Protes, demonstrasi, wacana perbahasan politik dan gerakan rakyat semacam sudah menjadi aktiviti politik yang biasa dan digerakan secara efektif oleh golongan belia. Perubahan-perubahan yang mendasari perkembangan politik seperti ini kemudiannya memberikan harapan kepada warga negara terutamanya di pihak pembangkang bahawa ‘talqin’ untuk BN sudah patut dibacakan. Ketaksuban ini dikhuatiri hanya akan memakan diri kerana gelombang perubahan yang diharapkan dapat direalisasikan oleh golongan belia dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 di Sabah tampaknya masih jauh dari harapan. Golongan

Jurnal Komunikasi Borneo Edisi Khas (Konvokesyen ke-18 UMS) 2016

http://jkob.cseap.edu.my/index.php/journal/full/edisi-khas-2-1.pdf 17

belia di Sabah yang semakin terbuka dan kritikal terhadap sebarang bentuk ketidakadilan daripada pihak kerajaan terhadap masyarakat, pada hakikatnya masih ragu dan gentar dalam membuat keputusan berdasarkan keinginan dan kemandirian yang mereka inginkan. Benih-benih pencerahan belum benar-benar mekar dalam diri mereka. Hanya yang ada ‘jiwa’ baru tetapi masih diselimuti ‘baju’ yang lama. Keberadaan seperti ini pasti dan pasti masih akan meletakkan BN sebagai juara dalam perlumbaan politik di Sabah pada PRU-13.

Bibliografi 2.3 Juta Pengundi Baru. MyMetro. 3 April 2013. 33 Jam sehari untuk TV, Internet. Malaysiakini. 25 April 2013. Abdul Shukur Harun. Memahami Kebangkitan Anak Muda. Harakah,.18 Jun 2013. Berita Harian, 13 Februari 2013. Damsar. 2010. Pengantar Sosiologi Politik. Jakarta: Kencana Prenada Media Group. David F. Roth dan Frank L. Wilson. 1976. The Comparative Study of Politics. Boston:

Houghton & Mifflin. David E. Apter. 1993. Politik Modenisasi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Dorothy Pickles. 1984. Pengantar Ilmu Politik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Filem Soe Hok Gie: Catatan Seorang Demonstrat. Gotfridus Goris Seran. 1995. Rekrumen Elite Dalam Rangka Penguasaan Partisipasi Politik

Pemilih: Studi terhadap Golkar Dalam Pemilu 1992 di Belu Tenggara Nusa Tenggara Timur. Jakarat: Universitas Indonesia.

H. Roeslan Abdulgani. 1976. Soetomo Yang Saya Kenal. Jakarta: Yayasan Idayu. Hairol Anuar Mak Din et. al., Signifikan Nilai Dalam Memilih kepimpinan Politik di kalangan

kelas Menengah Melayu Pasca DEB. International Journal of Islamic Thought, Vol 4. Disember 2012.

Ismail Yusoff. 2004. Politik dan Agama di Sabah. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Jeremy Lason. Kerajaan Tidak Pinggirkan Belia. Borneo Post Online. 21 November 2011. Junaidi Awang Besar, Mohd Fuad Mat Jali dan Novel Lydon, Pengaruh Populariti Calon,

Sentimen Nasional dan Politik pembangunan Dalam Pilihanraya Kecil P 185 Batu Sapi, Sabah. Malaysia Journal of Society and Space 8. Issues 8. 2012.

Kamarudin Jaffar. 2000. Pilihan Raya 1999 dan Masa Depan Politik Malaysia. Kuala Lumpur: IKDAS Sdn. Bhd.

Kejutan PRU-13: Lebih Ramai golongan Melayu sokong BN. Themalaysianinsider. 16 Ogos 2013

Lim Kim Hui dan Har Wai Mun. 2007. Globalisasi, Media dan Budaya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mat Zin Mat Kib. Sumbangan Sabah Dalam Pilihan Raya Umum Ke-12: Relevansi Politik pembangunan. Jurnal Melayu. (6). 2011. hlm 106.

Media baru jadi faktor penting PRU-13. Harakah. 24 April 2013. Mengubah Pendekatan Untuk Dapatkan Pengaruh Pengundi Muda. Utusan Online. 9 Mei

2013. Mohd Fuad Jali dan Junaidi Awang Besar. Pendapat dan Keperluan Generasi Muda di

Kawasan Parlimen Muar, Johor. Journal of Social Sciences and Humanities. Vol. 7. No. 1. 2012. hlm 51.

Mohd Fuad Mat Jali, Junaidi Awang Besar, Rosmadi Fauzi, Amer Saifude Ghazali, Novel Lyndon, Akses kepada internet dan kesannya terhadap partisipasi politik penduduk di Negeri Johor. Malaysia Journal of Society and Space 8. issue 6. 2012.

Mohd Shukri Hajinour dan Zaini Othman. Nasionalisme dan Kesejagatan Dalam Pilihan Raya Umum 1999. dalam Mohd Yusof Kassim dan Azlan Ahmad. 2002. Politik Baru Dalam Pilihan Raya Umum. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Jurnal Komunikasi Borneo Edisi Khas (Konvokesyen ke-18 UMS) 2016

http://jkob.cseap.edu.my/index.php/journal/full/edisi-khas-2-1.pdf 18

Muhammad Abu Bakar. 1973. Mahasiswa Menggugat. Kuala Lumpur: Pustaka Antara. Muhammad Febriansyah & Muhammad Takiyuddin Ismail. Partisipasi Anak Muda Dalam

Politik Baru Di Malaysia. Simposium Kebudayaan Indonesia Malaysia (SKIM). 12-14 November 2013 di Universitas Padjajaran.

Muhammad Febriansyah dan Muhammad Takiyuddin Ismail, Partisipasi Anak Muda Dalam Politik Baru Di Malaysia. Simposium Kebudayaan Indonesia Malaysia (SKIM). 12-14 November 2013. Bandung: Universitas Padjajaran.

Musli Oli. Kenapa Anwar Gagal? Freemalaysiatoday. 9 September 2013. Parti Politik di Mata Golongan Muda. Inter Research and Studies (IRAS). 5 Disember 2013. Pemuda PR lebih fahami kehendak golongan muda. Sinar Harian. 7 Oktober 2012. Samsudin A. Rahim. Media, Demokrasi dan Generasi Muda: Analisis Keputusan Pilihan Raya

Umum Ke-12. Jurnal Komunikasi. No. 26 (2). hlm 6. Sastroatmodjo, Sudijono. 1995. Partisipasi Politik. Semarang: IKIP Semarang Press. Sejauhmana Pengundi Muda Penentu PRU-13? Sinar Harian. 7 Mac 2012. Shireen Haron. Pemasaran Politik dan Persepsi Pengundi Menjelang PRU-13: Kajian Kes di

Johor dalam Shireen Haron dan Zuraidah Musib (ed.,) 2012. Pemasaran Politik di Malaysia. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Syed Arabi Idid. 1994. Penentuan Agenda: Peranan Media Massa Dalam Pilihan Raya Umum. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Wan Abdul Rahman Wan Latif. Pilihan Raya Umum Ke-12 dan Masa Depan Pembangkang dalam Haris Zalkapli. 2009. Cabaran Politik Baaharu Malaysia. Kuala Lumpur: Media Icon.