pipp dgn bm

15
Malaysia kini sedang menghampiri detik-detik akhir untuk merealisasikan hasrat Wawasan 2020. Selaras dengan itu, salah satu agenda penting kerajaan adalah untuk membangunkan satu sistem pendidikan bertaraf dunia. Oleh itu Kementerian Pelajaran mempunyai tanggungjawab yang amat besar dalam membangunkan modal insan yang bersifat menyeluruh, progresif, bermoral dan beretika tinggi selain daripada melahirkan modal insan berpengetahuan dan berkemahiran. Jadi, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan ( PIPP ) dilaksanakan bermatlamatkan menghasilkan pendidikan berkualiti untuk semua berdasarkan enam aspek iaitu membina negara bangsa, membangunkan modal insan, memperkasakan Sekolah Kebangsaan, merapatkan jurang pendidikan, memartabatkan profesion keguruan dan melonjakkan kecemerlangan Institusi Pendidikan dilaksanakan. Pelaksanaan enam teras ini mempunyai hubung kait dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu. Teras strategik PIPP yang pertama ialah membina Negara Bangsa. Dalam usaha ini, Kementerian Pelajaran berhasrat untuk membangunkan warganegara daripada awal persekolahan dengan ciri glokal, patriotik dan cintakan negara serta menyanjung dan menjunjung warisan budaya dan kesenian bangsa. Glokal di sini adalah gabungan antara dua perkataan iaitu global dan lokal. Global bermaksud antarabangsa, internasional dan menjangkau seluruh dunia. Lokal adalah nasional, tempatan, dalam negara kita ini. Masyarakat glokal yang kita impikan dan hasratkan ialah masyarakat yang berakar nasional dan berakal internasional. Jelas sekali teras strategik PIPP yang pertama adalah usaha menyemai dan memperkukuhkan semangat patriotisme dan sayangkan tanah air. Pembinaan negara bangsa adalah satu elemen amat penting dalam kejayaan negara. Fokus kementerian dalam membina negara bangsa mencakupi usaha seperti memperkasakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa perpaduan dan bahasa ilmu, memantapkan perpaduan dan 21

description

pipp bm

Transcript of pipp dgn bm

Page 1: pipp dgn bm

Malaysia kini sedang menghampiri detik-detik akhir untuk merealisasikan hasrat Wawasan

2020. Selaras dengan itu, salah satu agenda penting kerajaan adalah untuk membangunkan

satu sistem pendidikan bertaraf dunia. Oleh itu Kementerian Pelajaran mempunyai

tanggungjawab yang amat besar dalam membangunkan modal insan yang bersifat

menyeluruh, progresif, bermoral dan beretika tinggi selain daripada melahirkan modal insan

berpengetahuan dan berkemahiran. Jadi, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan ( PIPP )

dilaksanakan bermatlamatkan menghasilkan pendidikan berkualiti untuk semua berdasarkan

enam aspek iaitu membina negara bangsa, membangunkan modal insan, memperkasakan

Sekolah Kebangsaan, merapatkan jurang pendidikan, memartabatkan profesion keguruan

dan melonjakkan kecemerlangan Institusi Pendidikan dilaksanakan. Pelaksanaan enam

teras ini mempunyai hubung kait dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta Sukatan

Pelajaran Bahasa Melayu.

Teras strategik PIPP yang pertama ialah membina Negara Bangsa. Dalam usaha ini,

Kementerian Pelajaran berhasrat untuk membangunkan warganegara daripada awal

persekolahan dengan ciri glokal, patriotik dan cintakan negara serta menyanjung dan

menjunjung warisan budaya dan kesenian bangsa. Glokal di sini adalah gabungan antara

dua perkataan iaitu global dan lokal. Global bermaksud antarabangsa, internasional dan

menjangkau seluruh dunia. Lokal adalah nasional, tempatan, dalam negara kita ini.

Masyarakat glokal yang kita impikan dan hasratkan ialah masyarakat yang berakar nasional

dan berakal internasional. Jelas sekali teras strategik PIPP yang pertama adalah usaha

menyemai dan memperkukuhkan semangat patriotisme dan sayangkan tanah air.

Pembinaan negara bangsa adalah satu elemen amat penting dalam kejayaan negara. Fokus

kementerian dalam membina negara bangsa mencakupi usaha seperti memperkasakan

bahasa kebangsaan sebagai bahasa perpaduan dan bahasa ilmu, memantapkan perpaduan

dan integrasi nasional, memupuk kecintaan terhadap seni, warisan dan budaya bangsa.

Sukatan pelajaran bahasa Melayu yang diajarkan di sekolah serta Falsafah Pendidikan

Kebangsaan ( FPK ) juga merupakan salah satu medium untuk merealisasikan hasrat PIPP

ini. Hal ini dapat dilihat dalam kandungan FPK iaitu bertujuan untuk bertujuan untuk

melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak

mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan

sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat , dan negara.

Dengan wujudnya rakyat Malaysia yang mampu memberi sumbangan kepada negara, ia

sebenarnya telah membantu proses pembangunan negara ke arah sebuah negara maju.

Bukan itu sahaja, harapan untuk melihat ramai rakyat Malaysia berjaya di dalam

memberikan sumbangan terutama sekali sumbangan kepada keluarga akan menambahkan

lagi keharmonian dan kemakmuran di dalam sesebuah keluarga bahkan juga kepada

21

Page 2: pipp dgn bm

masyarakat. Bagi mencapai aspirasi membina bangsa yang digariskan dalam Falsafah

Pendidikan Negara dan PIPP, bahasa Melayu memainkan peranan penting untuk

merealisasikannya terutama dalam Pendidikan Bahasa Melayu di sekolah. Hal ini dapat

dilihat melalui reformasi pendidikan iaitu berdasarkan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu

Sekolah Rendah ( KBSR) yang diguna pakai untuk Sekolah Kebangsaan ( SK ) dan

Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan ( SRJK ) dengan memberi tumpuan kepada pengajaran

bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, bahasa perhubungan, dan bahasa perpaduan.

Penguasaan kemahiran berbahasa ini mencakupi bidang penggunaan tatabahasa bagi

membantu murid-murid mengikuti pelajaran dengan lebih mudah serta menguasai

kemahiran belajar dan berfikir melalui pembacaan, perbincangan, penulisan dan

penggunaan bahasa untuk berkomunikasi. Melalui kemahiran bahasa yang diajar di sekolah

iaitu seperti kemahiran menulis dan membaca dapat melahirkan pelajar yang kreatif dan

kritis. Seperti contoh, melalui kemahiran menulis, pelajar dapat menghasilkan penulisan

kreatif yang dapat mengekalkan dan memartabatkan warisan Melayu seperti penghasilan

puisi tradisional dan prosa tradisional yang kini semakin hari, semakin ditenggelamkan dek

arus kemodenisasian. Dalam kemahiran bertutur pula dapat menghasilkan rakyat yang

bersopan-santun dalam pertuturan. Hal ini dapat dilihat melalui aspek kesantunan

berbahasa yang diterapkan dalam pembelajaran bahasa Melayu. Melalui amalan

kesantunan berbahasa dalam kehidupan, nilai hormat-menghormati serta bersopan-santun

dapat diterapkan sekali gus dapat mengekalkan keharmonian negara yang dipelihara

selama ini. Budaya Melayu yang selama ini disanjung tinggi kerana mementingkan soal

kehalusan berbahasa dan berbudi bicara juga akan terus dipelihara melalui penekanan

aspek ini dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu yang berterusan.

Seterusnya, matlamat kedua PIPP adalah untuk membangunkan modal insan.

Pendidikan memainkan peranan penting dalam usaha membangunkan modal insan yang

mempunya jati diri yang kukuh, berketerampilan, berkeperibadian mulia, berpengetahuan

dan berkemahiran tinggi bagi mengisi keperluan negara maju 2020. Modal insan yang ingin

dilahirkan berkeupayaan untuk berfikir secara kreatif dan kritis, berkemahiran

menyelesaikan masalah dan berkeupayaan mencipta peluang-peluang baru, mempunyai

ketahanan serta kebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran dunia global yang sering

berubah-ubah. Panduan utama pendidikan di Malaysia ialah berdasarkan kepada Falsafah

Pendidikan Kebangsaan (FPK). FPK digubal untuk memberi panduan atau arah tuju untuk

menentukan haluan, asas dan inspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang

pendidikan. Sebagai negara yang sedang membangun, aspek utama yang ditekankan oleh

kerajaan ialah pembangunan modal insan. Pembangunan modal insan yang seimbang akan

menjamin pembangunan sesebuah negara. Dalam hal ini, pendidikan memainkan peranan

22

Page 3: pipp dgn bm

penting bagi merealisasikan hasrat negara untuk menjadi negara maju menjelang tahun

2020. Penekanan yang diberikan untuk menjana pembangunan modal insan yang seimbang

ialah dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek sepertimana yang terkandung dalam FPK.

Hal ini dapat dilihat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu untuk

memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan

insan yang seimbang dan harmonis daripada segi jasmani, emosi, rohani dan intelek

berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Untuk merealisasikan hasrat

Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini bukanlah suatu usaha yang ringan. Aspek-aspek

seperti budaya sekolah, peranan guru, disiplin murid, aktiviti ko-kurikulum dan juga aspek

kepimpinan perlu diberi perhatian yang serius dan dilaksanakan secara menyeluruh dan

berkesan di semua sekolah. Dengan itu, tidak mustahil hasrat FPK dapat direalisasikan.

Aspek yang terpenting ialah aspek pembudayaan sekolah. Sesetengah pihak memanggilnya

iklim sekolah. Budaya sekolah ini mestilah merangkumi kelima-lima elemen yang terdapat

dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu, rohani, intelektual, emosi, jasmani dan sosial.

Elemen rohani ialah dengan menerapkan kepentingan agama tanpa menentang agama lain.

Contohnya ialah dengan mewujudkan budaya sekolah yang mengamalkan bacaan Al-Quran

setiap pagi dan solat fardhu secara berjemaah. Semua murid pula mestilah menutup aurat.

Hal ini akan menyedarkan murid akan tanggungjawabnya dalam memelihara agama dan

kehormatan diri. Secara tidak langsung akan melahirkan murid yang berketrampilan,

berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri.

Daripada elemen fizikal pula ialah dengan menyediakan kemudahan sekolah yang selesa,

ceria dan kondusif yang dapat menggalakkan sesi pengajaran dan pembelajaran.

Kemudahan yang disediakan akan dapat merangsang minat murid dalam menuntut ilmu.

Hal ini sejajar dengan hasrat FPK iaitu untuk menghasilkan murid-murid yang berkembang

secara harmonis dan menyeluruh dari aspek rohani, jasmani, emosi, intelektual dan sosial.

Melalui elemen intelek, sekolah mestilah menggalakkan pembudayaan ilmu dalam kalangan

murid dan guru. Pihak sekolah boleh menganjurkan program-program akademik seperti

program NILAM. Hal ini akan menggalakkan budaya membaca dalam kalangan murid.

Semangat murid untuk membaca juga semakin meningkat dengan adanya penganugerahan

seperti anugerah NILAM. Melalui pembacaan, minda murid akan lebih berkembang dan

murid mampu berfikir secara kreatif dan kritis. Perkara ini sejajar dengan hasrat FPK untuk

melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan. Dalam elemen sosial, murid

mestilah diberi pendedahan akan kepentingan bersosial dengan cara yang betul sesama

murid, guru, ibu bapa, keluarga dan masyarakat. Contohnya budaya memberi salam yang

diamalkan di sesetengah sekolah akan mengukuhkan ikatan ukhuwah sesama murid dan

guru, keluarga pelajar serta masyarakat jika turut dipraktikkan di luar. Budaya ini akan

melahirkan murid yang menghormati guru dan rakan-rakannya serta akan membenihkan

23

Page 4: pipp dgn bm

rasa kasih dan sayang guru terhadap murid. Justeru, akan menyumbang kepada

keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara seperti yang terdapat di

dalam FPK.

Seterusnya ialah dalam aspek aktiviti ko-kurikulum. Melalui gerak kerja ko-kurikulum,

sifat-sifat kepimpinan, kerjasama, tolong-menolong dan sedia berkhidmat dalam kalangan

murid dapat dipupuk. Gerak kerja ko-kurikulum ini perlu dirancang dengan teliti agar dapat

melahirkan murid yang seimbang perkembangan mental, sosial, jasmani dan rohani. Aktiviti

ini dapat mencungkil bakat murid, menambah kemahiran dan meningkatkan keyakinan diri

setiap murid. Secara tidak langsung, murid-murid juga akan lebih berminat untuk belajar dan

hadir ke sekolah. Aspek disiplin juga turut sama pentingnya bagi merealisasikan hasrat FPK.

Disiplin berkaitan dengan tatatertib. Tatasusila, kesopanan dan akhlak. Sekolah merupakan

institusi terpenting dalam membentuk disiplin murid-murid. Proses pembelajaran dan

pengajaran akan menjadi lebih lancar, mudah dan menarik seandainya masalah disiplin

adalah sifar di sekolah. Hal ini kerana, masalah disiplin akan menjejaskan tumpuan murid

kepada pelajaran. Bagi mengawal disiplin setiap murid bukanlah tugas guru dan sekolah

semata-mata. Namun, ibu bapa seharusnya memainkan peranan, contohnya melalui

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Selain itu, aspek kepimpinan juga memainkan

peranan penting untuk membantu memenuhi tuntutan FPK. Fungsi kepimpinan dalam

menguruskan dan mengendalikan sekolah adalah amat penting. Kepemimpinan di sekolah

haruslah sentiasa proaktif dan bersedia untuk berdepan dengan segala kemungkinan seiring

dengan perubahan arus masa yang semakin mencabar kredibiliti guru seperti penyaluran

budaya kuning. Sekolah yang berkesan dapat dinilai melalui stail kepimpinannya yang

bukan sahaja mampu membawa kecemerlangan, malah berjaya membawa perubahan yang

besar kearah kebaikan. Perkara tidak menumpukan kepada sesi pengajaran dan

pembelajaran semata-mata malahan tumpuan yang diberikan adalah secara menyeluruh

dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dalam kelima-lima

aspek JERIS. Tugas kepimimpinan ini bukanlah terhad kepada guru besar atau pengetua

semata-mata, malah setiap warga sekolah mestilah memainkan peranan dan tugas masing-

masing, termasuklah jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Peranan guru

juga merupakan aspek yang penting dalam memainkan peranan sekolah untuk

merealisasikan hasrat FPK. Guru seharusnya berusaha mendekati murid dan menjalin

hubungan yang erat dan mesra dengan murid agar murid berasa selesa untuk berhadapan

dengan guru. Guru merupakan insan yang perlu dihormati selepas ibu bapa. Martabat

seorang guru diangkat dengan begitu tinggi kerana peranan guru amat besar untuk

membentuk nilai dan sahsiah seseorang murid. Tugas guru bukanlah sekadar mengajar,

bahkan juga sebagai pengurus, fasilitator, pembimbing, penggalak, penyelaras dan inovator.

24

Page 5: pipp dgn bm

Tuntasnya, guru bertanggungjawab untuk mengembangkan bakat dan potensi murid secara

menyeluruh dan bersepadu iaitu insan yang seimbang cemerlang dari segi intelek, rohani,

emosi, jasmani dan sosial. Jelaslah melalui huraian kenyataan diatas bahawa FPK

memainkan peranan penting dalam merealisasikan hasrat PIPP bagi melahirkan modal

insan yang seimbang khususnya daripada segi JERIS.

Selanjutnya, pengisian kurikulum dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu iaitu

melalui penyerapan elemen nilai dapat merealisasikan hasrat PIPP dan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan ( FPK ) untuk membangunkan modal insan. Penyerapan nilai murni dalam

pendidikan bahasa Melayu adalah untuk melahirkan insan yang baik serta memiliki akhlak

mulia. Selain itu, penghayatan dan amalan nilai murni bertujuan membentuk generasi muda

yang berhemah tinggi dan berperibadi mulia. Keperihatinan dan pemahaman bahawa

Malaysia ialah negara pelbagai budaya harus dipupuk secara langsung dan tidak langsung.

Hal ini seterusnya dilanjutkan kepada pemahaman di peringkat antarabangsa selaras

dengan keperluan globalisasi. Penekanan kepada aspek nilai untuk membangunkan modal

insan dapat dilihat melalui kemahiran bahasa. Seperti contoh, dalam kemahiran bertutur,

murid diajar untuk bertutur dengan petah, lancar, fasih dan menggunakan aspek-aspek

pertuturan dengan betul. Hal ini melahirkan murid yang berbudi bahasa dalam pertuturan,

dapat menyampaikan maklumat dengan betul serta melahirkan murid yang petah berbicara

yakni dalam menyuarakan pendapat serta dapat berkomunikasi dengan berkesan.

Penerapan nilai murni yang tinggi ini berupaya melahirkan pemimpin berkesan dalam

keluarga dan masyarakat. Tambahan lagi, kemahiran bernilai tambah yang terdapat dalam

pengisian kurikulum bahasa Melayu dapat melahirkan modal insan yang berkeupayaan

berfikir secara kreatif dan kritis, berkemahiran menyelesaikan masalah dan berkeupayaan

mencipta peluang-peluang baru, mempunyai ketahanan serta kebolehan untuk berhadapan

dengan persekitaran dunia global yang sering berubah-ubah. Hal ini dapat dilihat dalam

kemahiran bernilai tambah yang mengutamakan pengalaman di bilik darjah sesuai dengan

situasi kehidupan dunia sebenar murid serta senario dunia yang global. Sehubungan

dengan itu, kurikulum Bahasa Melayu menyepadukan kemahiran lain agar memenuhi

keperluan semasa pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran bernilai tambah yang

dimaksudkan ialah kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi,

kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai , serta

pembelajaran konstruktivisme, dan kontekstual. Dengan ini, murid bukan sahaja dapat

mempelajari kemahiran bahasa, murid juga dilengkapkan dengan ilmu pengetahuan yang

lain yang dapat memperkembangkan lagi pengetahuan mereka dan juga dapat melahirkan

modal insan yang berkemahiran tinggi bagi mengisi keperluan negara maju 2020.

25

Page 6: pipp dgn bm

Jelaslah di sini bahawa sukatan pelajaran bahasa Melayu dan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan dapat membangunkan modal insan yang berkualiti sekali gus merealisasikan

hasrat PIPP.

Teras strategik Pelan Induk Pembangunan Pendidikan yang ketiga ialah

memperkasakan sekolah kebangsaan ( SK ). Di dalam PIPP, SK merujuk kepada sekolah

rendah kebangsaan dan sekolah menengah harian yang menggunakan Bahasa Melayu

sebagai bahasa pengantar. Sekolah-sekolah ini ditubuhkan sebagai sekolah aliran perdana

bagi memupuk perpaduan rakyat Malaysia. Kementerian Pelajaran Malaysia ( KPM ) telah

memperkenalkan dasar memperkasakan SK supaya SK kekal sebagai pilihan utama

masyarakat Malaysia. Dalam sukatan pelajaran KBSR bahasa Melayu, pengisian kurikulum

yang mengandungi peraturan sosiobudaya dan kewarganegaraan adalah salah satu

pendekatan untuk memperkasa sekolah kebangsaan sekali gus dapat memupuk perpaduan

dalam kalangan rakyat Malaysia. Peraturan sosiobudaya dalam pendidikan bahasa Melayu

meliputi kesantunan bahasa, laras bahasa, dan peribahasa yang diamalkan rakyat Malaysia.

Peribahasa yang merangkumi simpulan bahasa, perumpamaan, pepatah, bidalan,

perbilangan , kata-kata hikmat , dan bahasa kiasan diajarkan dalam pendidikan Bahasa

Melayu. Pemilihan peribahasa, kata-kata hikmat, dan bahasa kiasan adalah berdasarkan

falsafah, keperibadian, dan nilai murni masyarakat Malaysia. Hal ini dapat menarik minat

pelajar bukan Melayu dan Melayu untuk mempelajari subjek bahasa Melayu dan memasuki

sekolah kebangsaan sekali gus dapat mengaplikasikan nilai-nilai murni ini dalam kehidupan

mereka dan dapat memupuk perpaduan rakyat Malaysia serta memperkasakan sekolah

kebangsaan. Manakala melalui pengisian kurikulum iaitu kewarganegaraan unsur

patriotisme dan kewarganegaraan yang diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran

mengutamakan pemupukan semangat cinta dan taat akan tanah air. Di samping itu,

pemupukan unsur ini bertujuan untuk untuk melahirkan warganegara yang baik dan

meningkatkan komitmen individu terhadap bangsa dan negara. Hal ini sekali gus bertepatan

dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri

serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,

masyarakat , dan negara. Antara aktiviti yang dapat dijalankan oleh panitia bahasa Melayu

untuk memperkasa sekolah kebangsaan dan memupuk semanagt patriotisme dalam

kalangan pelajar di sekolah seperti, koir lagu kebangsaan, pertandingan mencipta puisi

untuk hari kemerdekaan, melukis, mewarna dan sebagainya.

26

Page 7: pipp dgn bm

Teras PIPP yang keempat ialah merapatkan jurang pendidikan. Dasar KPM adalah

untuk merapatkan jurang pendidikan antara lokasi, tahap sosioekonomi dan tahap

keupayaan pelajar serta bermatlamat untuk memastikan semua sekolah dan pelajar

mempunyai peluang dan keupayaan yang sama untuk cemerlang. KPM telah mengenalpasti

jurang pendidikan yang perlu dirapatkan supaya akses, ekuiti dan kualiti dapat ditingkatkan.

Jadi, kita dapat lihat dalam sukatan pelajaran bahasa Melayu mengandungi elemen

Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi ( TMK ) iaitu di bawah Kemahiran Bernilai

Tambah. TMK perlu diajarkan kepada murid supaya mereka dapat menggunakan komputer

untuk tujuan komunikasi seperti penghantaran e-mel, menggunakan aplikasi perisian dalam

menyempurnakan tugasan harian dan mengakses maklumat melalui internet. Penggunaan

alat TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran ( P&P) amat menyeronokkan. Seperti

contoh, dalam pengajaran kemahiran bahasa, guru dapat menggunakan TMK iaitu melalui

penayangan slaid yang mengandungi cerita teladan, lirik lagu dan sebagainya dalam proses

pengajaran. Contoh yang seterusnya, guru bahasa Melayu boleh menggunakan pita

rakaman dan bahan audio visual bagi mengajar sebutan, mengecam bunyi dan menyebut

dengan betul. Jadi, pelajar dapat mengaplikasikan pengajaran ini dirumah sekali gus

membantu mereka dalam mengharungi era ledakan teknologi maklumat pada masa kini.

Seterusnya, penggabungjalinan juga dapat dilaksanakan dengan mudah melalui TMK ini.

Seperti contoh, dalam mengajar kemahiran bertutur, guru boleh menggabungkan kemahiran

membaca dan mendengar melalui penayangan slaid lirik lagu. Melalui kelengkapan alatan

TMK yang disediakan disekolah luar bandar dapat mengurangkan jurang digital dengan

sekolah di bandar. Hal ini bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk

melahirkan insan yang seimbang daripada segi JERIS dan melahirkan rakyat Malaysia yang

berilmu pengetahuan tinggi. Seterusnya, jika dilihat berdasarkan jurang perbezaan

keputusan UPSR, dapat dibuktikan bahawa usaha yang berterusan perlu dilaksanakan

untuk mengurangkan jurang yang ketara ini. Pemberian pendidikan yang sama rata serta

bekalan guru pakar bahasa Melayu yang ramai di sekolah pedalaman dapat mengurangkan

kadar buta huruf dan mengurangkan jurang pendidikan ini. Hal ini dapat dibuktikan

berdasarkan petikan akhbar Metro yang disiarkan pada 17 September 2011.

Abd Ghafar berkata jurang pencapaian antara sekolah bandar dan sekolah luar bandar pada

tahun ini dapat dirapatkan sebanyak 0.01 daripada GPN 0.16 tahun lepas kepada 0.15

tahun ini berikutan pelbagai usaha yang dilaksanakan kementerian untuk membantu

sekolah-sekolah luar bandar.

Tambahan lagi, beralih pula kepada teras PIPP yang kelima iaitu memartabatkan profesion

keguruan. Peranan guru sebagai sumber utama pengetahuan telah bertukar kepada guru

sebagai pemudah cara dalam P&P, agen perubahan dan sumber inspirasi kepada pelajar.

27

Page 8: pipp dgn bm

Seorang guru harus kreatif dan inovatif untuk menjadikan sistem penyampaian P&P menjadi

efektif, menarik dan menyeronokkan. Dasar KPM adalah untuk memartabatkan profesion

keguruan dengan meningkatkan kualiti guru, kerjaya guru dan kebajikan guru serta

matlamatnya untuk menjadikan profesion keguruan dihormati dan dipandang tinggi sesuai

dengan amanah yang dipikul dalam pembinaan generasi masa hadapan negara. Justeru,

bakal guru yang berkualiti yang akan melahirkan bakal pemimpin yang berkaliber serta

tenaga mahir untuk meneraju ekonomi serta pentadbiran negara kelak. Hal ini bertepatan

dengan hasrat FPK melahirkan warganegara Malaysia yang dapat memberikan sumbangan

terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. Jadi, bakal

guru yang berkualiti haruslah mempunyai kemahiran bahasa yang berkualiti tanpa ada cacat

cela. Hal ini demikian kerana guru merupakan model kepada anak murid. Jika seorang guru

bahasa tidak dapat menguasai sesuatu aspek, bagaimanakan pula dengan pelajar. Hal ini

seperti peribahasa Melayu iaitu bagaikan ketam mengajar anaknya berjalan lurus. Seperti

contoh, jika seorang guru bahasa Melayu gagal menyebut huruf R dan S dengan betul,

bagaimanakah caranya beliau untuk menunjukkan bunyi bacaan dengan betul dalam proses

pengajaran. Hal ini akan mendatangkan masalah kepada murid untuk memahami dan

menaakul. Jadi, pemilihan pelajar untuk memasuki Institut Pendidikan Guru ( IPG ) haruslah

dikaji berdasarkan kemampuan dalam kemahiran berbahasa dan bukan berdasarkan

keputusan akademik semata-mata. Hal ini demikian kerana untuk memartabatkan profesion

perguruan di samping memartabatkan sistem pendidikan negara yang kini sedang

mengorak langkah yang positif kearah menuju negara maju dan merealisasikan waasan

2020. Kemajuan sistem pendidikan negara tidak dapat disangkal lagi kemajuannya. Hal ini

dapat dibuktikan berdasarkan petikan yang dipetik daripada laman sesawang pendidikan

negara yang bertajuk Pencapain Malaysia Dalam Indeks Persaingan Global Dalam Bidang

Pendidikan:

Penekanan yang lebih meluas dalam pembangunan sektor pendidikan misalnya turut

menjadikan Malaysia berada di kedudukan ke-14 secara keseluruhannya dan tangga

kedua selepas Singapura bagi rantau Asia Tenggara. Kedudukan ini turut menjadikan

sistem pendidikan Malaysia adalah lebih baik berbanding Amerika Syarikat, United Kingdom

dan Jerman. Dicapai daripada http://www.moe.gov.my dan tarikh siaran pada 30 April 2012 .

Jelaslah disini bahawa, FPK dan Sukatan Pelajaran KBSR bahasa Melayu mempunyai

kaitannya dalam merealisasikan PIPP untuk memartabatkan profesion keguruan dan juga

pencapaian pendidikan Malaysia di peringkat global.

28

Page 9: pipp dgn bm

Teras PIPP yang terakhir adalah untuk menghasilkan pendidikan berkualiti untuk

semua. KPM berhasrat untuk membangunkan sistem pendidikan bertaraf dunia dengan

tujuan melahirkan modal insan yang berupaya untuk bersaing dalam era yang sangat

mencabar. Dasar KPM adalah untuk mengadakan pendekatan, piawaian dan penanda aras

yang lebih tepat serta bersesuaian dengan ciri dan keperluan kluster institusi pendidikan

yang ada. Manakala matlamat KPM adalah untuk membangunkan institusi-institusi model

yang dapat dicontohi oleh institusi-institusi di dalam kelompok yang sama. Institusi-institusi

ini diharapkan menjadi showcase pada peringkat antarabangsa dan seterusnya membantu

usaha untuk menjadikan Malaysia Pusat Kecemerlangan Pendidikan. Hal ini bertepatan

dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha

berterusan ke arah lebih memperkembang potensi individu secara menyeluruh dan

bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis serta melahirkan

warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan. Berdasarkan FPK ini, kita dapat lihat

pelbagai program dan strategi tumpuan pada masa hadapan dilaksanakan. oleh kerajaan

untuk melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan. Antaranya, ialah projek berimplak

tinggi dan menjadikan Malaysia sebagai pusat perkembangan pendidikan. Seterusnya, kita

lihat pula kaitan antara Sukatan Pelajaran bahasa Melayu KBSR dengan teras PIPP yang

terakhir iaitu melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan. Sekali lagi, kita dapat

kemahiran berbahasa yang terdapat dalam sukatan pelajaran bahasa Melayu memainkan

peranan penting bagi menghasilkan pendidikan yang berkualiti serta melonjakkan

kecemerlangan institusi pendidikan. Hal ini demikian kerana, melalui kemahiran dengar tutur

pelajar dapat memanipulasi data mengikut urutan dan menterjemahkannya dengan betul.

Kemahiran dengar tutur yang baik dapat membantu pelajar untuk cemerlang di peringkat

IPT. Hal ini demikian kerana, pada peringkat ini guru hanya memberikan ilmu dan pelajar

haruslah mendengar dengan betul serta mengambil isi-isi penting untuk kegunaan

pembelajaran. Hal ini berbeza di sekolah rendah kerana pembelajaran adalah berpusatkan

murid. Dalam kemahiran membaca dan menulis, murid yang berkemahiran tinggi dapat

menaakul, menginterpretasi data serta dapat menjalankan kritikan. Dengan ini, jelaslah

bahawa kemahiran bahasa dalam sukatan pelajaran bahasa Melayu dapat menghasilkan

pelajar yang inovatif, berdaya saing, berpandangan luas serta kreatif dan kritis yang dapat

membantu melonjakkan kecemerlanan institusi pendidikan di negara kita.

29

Page 10: pipp dgn bm

Konklusinya, Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta Sukatan Pelajaran KBSR

bahasa Melayu memainkan peranan penting dalam merealisasikan Pelan Induk

Pembangunan Pendidikan seiring dengan matlamat Wawasan 2020. Hal ini seiring dengan

suasana pendidikan dunia, semakin hari semakin mencabar. Dengan adanya PIPP, FPK

dan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu yang saling berhubung kait, hasrat kerajaan untuk

menjadikan tahap pendidikan di Malaysia terbaik di dunia akan mudah dilaksanakan.

Penerapan nilai murni, kemahiran bernilai tambah, pengisian merentasi kurikulum amat

memainkan peranan penting dalam melahirkan insan yang seimbang dan berjaya di masa

hadapan. Hal ini dapat melahirkan pelajar yang bersahsiah tinggi serta berdaya saing.

Sukatan Pelajaran bahasa Melayu terutamanya tidak ketinggalan dalam menyelitkan aspek

ini dalam pengisian kurikulumnya sekali gus dapat merealisasikan hasrat PIPP dan FPK.

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan yang dirangka ini sedikit sebanyak dapat

mempertingkatkan lagi kualiti pendidikan di negara kita selain menghasilkan bakal peneraju

pimpinan negara yang berkredibiliti dan mempunyai sikap yang prihatin terhadap rakyat.

30