Pk Korek Sept 2013

10
KBK 3053 KO-KURIKULUM DAN REKREASI [PANDUAN KERJA KURSUS BAGI PELAJAR PJJ KOHORT 3] SEMESTER 1 2013/2014

description

azs

Transcript of Pk Korek Sept 2013

Page 1: Pk Korek Sept 2013

KBK 3053

KO-KURIKULUM DAN REKREASI

[PANDUAN KERJA KURSUS BAGI PELAJAR PJJ KOHORT 3]

SEMESTER 1 2013/2014

Page 2: Pk Korek Sept 2013

ARAHAN1. Kursus KBK 3053 ini mengandungi 1 (SATU) tugasan yang terpecah kepada 2 (DUA)

bahagian:

i. Bahagian A: Esei

ii. Bahagian B: E-Forum

2. Tugasan yang telah dijawab dengan sempurna perlu dihantar dalam bentuk soft-copy dan hard-copy kepada Tutor E-Learning bagi kumpulan masing-masing.

3. Sila baca semua perkara yang terdapat di dalam Panduan Kerja Kursus ini supaya anda mendapat kefahaman yang sebenar tentang bagaimana hendak menyelesaikan kerja kursus anda.

KATEGORI TUGASAN

PECAHAN TUGASAN

ARAHAN MARKAH TARIKH AKHIR

BAHAGIAN A

(TUGASAN INDIVIDU)

Tugasan 1:

Perancangan yang teliti dan rapi bagi aktiviti kokurikulum dan rekreasi murid-murid berkeperluan khas merupakan salah satu aspek penting yang dapat menjamin kejayaan program tersebut.

Sebagai seorang guru dan fasilitator, anda dikehendaki merancang dengan teliti agar aktiviti tersebut bersesuaian dengan keadaan mereka.

Huraikan dengan jelas tentang langkah-langkah dan teknik yang sesuai semasa ingin merancang dan memilih aktiviti murid-murid berkeperluan khas kategori:

a) Bermasalah pembelajaran (pilih satu kategori)

b) Bermasalah penglihatan dan rabunc) Bermasalah pendengaran

Tugasan 2:

Murid-murid berkeperluan khas sering berdepan halangan dan cabaran semasa menjalankan aktiviti kokurikulum dan rekreasi.

Bincangkan tentang halangan-halangan yang dinyatakan di bawah dengan jelas :

a) Kekurangan pengetahuanb) Hubungan sosial yang kurang berkesanc) Masalah kesihatand) Kekangan fizikal dan psikologi

20 markah

Page 3: Pk Korek Sept 2013

e) Jurang cabaran dan kemahiran 20 markah

BAHAGIAN B(E-FORUM)

Terdapat 4 soalan untuk dibincangkan secara on-line menerusi laman MyGuru3:

1. Sebagai seorang guru, nyatakan cara-cara yang boleh anda lakukan bagi mewujudkan kesedaran masyarakat sekolah tentang kepentingan kokurikulum dan rekreasi kepada murid-murid berkeperluan khas. Bincangkan.

2. Berikan pendapat anda tentang sejauhmana aktiviti kokurikulum dan rekreasi mampu membantu murid-murid Autisme. Jelaskan.

3. Berikan pendapat anda tentang kebaikan dan kelemahan melabel golongan OKU (Orang Kurang Upaya).

4. Mengapa perancangan amat penting semasa ingin menjalankan aktiviti kokurikulum dan rekreasi. Berikan komen anda beserta contoh dengan jelas.

5 markah

5 markah

5 markah

5 markah

JUMLAH 60

Perhatian: Segala perkara yang berkaitan merujuk dan mengikut arahan Tutor E-Learning anda.

BAHAGIAN A: FORMAT PENULISAN 1. Tugasan Individu:

i. Jawab SEMUA dua soalan yang dikemukakan.

ii. Jawapan anda mestilah asli dari idea anda sendiri.

iii. Panjang bagi satu esei tersebut ialah 20 muka surat (Minimum).

iv. Font: Arial; Saiz 11; Spacing 1.5 line

v. Ada rujukan dari mana-mana buku rujukan & journal (minimum 6 rujukan) yang ditulis mengikut format APA yang betul.

BAHAGIAN B: 2. Forum E-Learning:

i. Jawab semua soalan perbincangan (ada 4 soalan semuanya) yang diupload di ruangan group forum di MyGuru3.

ii. Jawapan bagi setiap soalan ialah lebih kurang 150 patah perkataan.

iii. Selain dari memberikan jawapan terhadap soalan tersebut, anda wajib memberikan respon atau berinteraksi sekurang-kurangnya 4 kali kepada mana-mana jawapan rakan kumpulan anda bagi setiap soalan perbincangan.

iv. Ini bermakna setiap pelajar dimestikan upload 1 jawapan dan 4 respon bagi setiap soalan perbincangan.

Page 4: Pk Korek Sept 2013

v. Anda perlu mencetak SEMUA jawapan dan respon/interaksi anda di dalam e-forum untuk dimasukkan ke dalam tugasan anda.

Panduan Penyerahan Tugasan 1. Tugasan MESTI lengkap dengan mengandungi 2 komponen di dalamnya:

(a) Esei ilmiah bagi pecahan tugasan 1 (a) dan (b)(b) Jawapan dan respon/interaksi anda melalui e-forum.

2. Tugasan yang telah lengkap mestilah disusun mengikut susunan:(a) Cover atau muka hadapan (Gunakan format seperti di LAMPIRAN 1)(b) Mempunyai isi kandungan dan halaman (Rujuk format dalam LAMPIRAN 2)(c) Tugasan (1) dan (2).(d) Cetakan bagi jawapan dan respon/interaksi untuk 4 soalan perbincangan.(e) Lampiran (jika ada)

3. Setiap pelajar MESTI memuat naik (upload) tugasan masing-masing menerusi tapak penghantaran tugasan mengikut kumpulan masing-masing menerusi laman MyGuru3. Lawati laman Assingment dan uploadkan mengikut tapak dalam kumpulan masing-masing..

4. Tarikh akhir penerimaan tugasan ialah pada minggu ke 10 . Pelajar perlu peka dengan tarikh yang ditentukan dengan merujuk ruangan pengumuman dari semasa ke semasa. Penghantaran yang lewat tidak akan dilayan.

5. Sebagai pilihan alternatif backup tugasan boleh dihantar melalui pos dalam bentuk berjilid dan CD (hard copy & soft copy) kepada Tutor E-Learning.

6. Sebarang masalah yang timbul sila berhubung dengan tutor E-learning anda.

BAHAGIAN B: FORMAT MELAKSANAKAN E-FORUM

1. Terdapat 4 soalan untuk aktiviti pelajar berforum secara on-line di laman MyGuru3 bersama tutor e-learning dan sesama pelajar yang lainnya.

2. Pelajar diminta menjawab SEMUA soalan forum tersebut dengan idea asli yang bernas. Minimum 150 patah perkataan bagi setiap satunya. (3 markah diperuntukkan bagi setiap jawapan kepada soalan yang dikemukakan)

3. Pelajar juga dimestikan memberi pandangan, ulasan, penambahan dan komentar terhadap jawapan rakan-rakan yang lain (minimum 4 kali bagi setiap satu soalan perbincangaan). Lebih banyak perbincangan adalah lebih baik. (2 markah diperuntukkan bagi perbincangan ini)

4. Pemarkahan diberikan menerusi jawapan kepada soalan dan kekerapan penyertaan berforum dengan rakan-rakan pelajar yang lain. Secara keseluruhannya jawapan pelajar dalam e-forum pada aras minimum ialah 4 jawapan kepada soalan dan 20 kali respon/interaksi secara on-line untuk mendapatkan markah penuh (20 markah).

=

SKALA PEMARKAHAN KERJA KURSUSTUGASAN INDIVIDU

Page 5: Pk Korek Sept 2013

A Menepati format penulisan tugasan ilmiah IAITU pengenalan yang menarik,membincangkan dengan jelas,isi kandungan dibincangkan dengan mencukupi, isi diolah dan dikembangkan dengan baik, ada contoh yang baik dan konkrit. Ada idea asli yang bernas, kreatif dan kritis. Idea tersusun dengan kemas, ada maklumat sokongan dan kesimpulan dibuat dengan baik. Tiada kesalahan format penulisan & bahasa.

A- Menepati format, isi mencukupi, isi dikembangkan dengan baik, ada contoh yang konkrit. Ada idea asli yang bernas. Idea tersusun dengan kemas. Tiada kesalahan bahasa. Tiada kesalahan format penulisan & bahasa.

B+ Menepati format, isi mencukupi, isi di huraikan dan ada contoh. Idea disusun dengan baik. Tiada kesalahan format & bahasa.

B Menepati format, isi mencukupi, isi di huraikan dan ada contoh. Idea disusun dengan baik. Kesalahan format & bahasa pada tahap minima (tidak lebih dari 3 kesalahan).

B- Kesalahan format yang minima (tidak lebih 2 perkara), isi mencukupi, isi di huraikan dan ada contoh. Ada Idea sendiri. Kesalahan format & bahasa pada tahap minima (tidak lebih dari 4 kesalahan).

C+ Kesalahan format yang minima (tidak lebih 3 perkara), isi mencukupi, isi di huraikan dan ada contoh. Ada Idea yang diambil dari sumber lain. Kesalahan format minima (tidak melebihi 3 perkara) & keslahan bahasa minima (tidak lebih dari 5 perkataan).

C Kesalahan format tidak melebihi 4 perkara. isi mencukupi, isi di huraikan dan ada contoh. Ada Idea yang diambil dari sumber lain. Kesalahan format & bahasa tidak melebihi 7 perkara.

D Kesalahan format melebihi 5 perkara. isi tidak mencukupi, isi tdak dihuraikan. Tiada contoh. Ada Idea yang diambil dari sumber lain. Kesalahan format & bahasa melebihi 8 perkara.

E Tidak diserah pada waktu yang ditetapkan. Tidak lengkap.

PERINGATAN!!!!!!!

i. Karya anda mestilah asli dari idea anda sendiri.ii. Plagiat adalah jenayah intelek yang boleh dikenakan tindakan tatatertib.iii. Sentiasa AWAS dengan tarikh-tarikh yang berkaitan.iv. Sentiasa rujuk pengumuman dari masa ke semasa.v. Berhubung dengan tutor E-Learning anda.vi. Pastikan tugasan dihantar mengikut tarikh yang ditetapkan.vii. Kegagalan anda melengkapkan tugasan adalah tanggungjawab anda sendiri.viii. Pastikan anda menjadi pelajar yang aktif.ix. Semua peraturan adalah tertakluk kepada arahan Tutor E-Learning bagi

kumpulan masing-masing.

Page 6: Pk Korek Sept 2013

RIS

PEMARKAHAN

2.

ESEI:(a)(b)

3.

FORUM

JUMLAH

LAMPIRAN 1

Page 7: Pk Korek Sept 2013

SEMESTER 1 SESI 2010/2011

KOD & NAMA KURSUS

KBK 3053: KO-KURIKULUM DAN REKREASI

TAJUK TUGASAN 1 dan 2

KUMPULAN_________

DISEDIAKAN OLEH

NAMA NO. ID NO. TELEFON

NAMA TUTOR E-LEARNING:____________________________________

TARIKH SERAH: ________________

ISI KANDUNGANHalaman

1.0 Pendahuluan2.0 Topik perbincangan

LAMPIRAN 2

Page 8: Pk Korek Sept 2013

2.1 Subtopik

2.2 Subtopik

3.0 Topik perbincangan

4.0 Topik perbincangan

5.0 Topik perbincangan

FORUM E-LEARNING1 Tajuk Forum 1

2 Tajuk Forum 2

3 Tajuk Forum 3

4 Tajuk Forum 4