PK07 Lampiran 2 [Minit Mesyuarat]

14
PKO7 – LAMPIRAN 2 SEKOLAH KEBANGSAAN WANGSA MAJU SEKSYEN 2 MINIT MESYUARAT GURU BIL 1/ TAHUN 2014 Tarikh : 26 Disember 2013 Masa : 8.30 pagi Tempat : Bilik Media, Sekolah kebangsaan Wangsa Maju Seksyen 2 Pengerusi : Yang Mulia Hajah Raja Shareffa bt. Raja Rahmat Kehadiran : 1. Yang Mulia Hajah Raja Shareffa bt. Raja Rahmat Guru Besar 2. Encik Muzafar Shah bin Mustaffa GPK Tadir dan Kurikulum 3. Puan Uma Rajaretham a/p M T Rajaretnam GPK Kokurikulum 4. Puan Hajah Jamaliah binti Harun GPK Hal Ehwal Murid 5. Encik Daneil Firdaus @ Eh Bong Bin Cha Sut GPK PPKI 6. Puan Rahyu bt. Chik 7. Encik Mohd Aswadi bin AB Manaf 8. Puan Hajah Norhamizah bt. Mohd Yusof 9. Puan Siti Fatimah Nor bt. Hj. Mohd Saim 10. Puan Wan Asma’a bt. Wan Salleh 11. Puan Norulhafizah bt. Hussin 12. Puan Anita bt. Husin 13. Puan Halimahabsah bt. Mohd Sani 14. Encik Mohd Hairy bin Jasemi 15. Puan Paridah bt. Jenal 16. Puan Rozzalita bt. Abdullah 17. Puan Siti Zuraiha bt. Mapol 18. Puan Marlinda bt. Ngaliman 19. Cik Jaithoon Beevi bt. Sulaiman 20. Encik Sadri Sham bin Abdullah 21. Encik Maleki bin Ibrahim 22. Encik Ahmad Ridzuan bin Roslan Hak Cipta Terpelihara © Pejabat Pendidikan Wilayah Keramat |1 November 2013 – Keluaran 01|Pindaan 00

description

minit

Transcript of PK07 Lampiran 2 [Minit Mesyuarat]

Page 1: PK07 Lampiran 2 [Minit Mesyuarat]

PKO7 – LAMPIRAN 2

SEKOLAH KEBANGSAAN WANGSA MAJU SEKSYEN 2

MINIT MESYUARAT GURU BIL 1/ TAHUN 2014

Tarikh : 26 Disember 2013

Masa : 8.30 pagi

Tempat : Bilik Media, Sekolah kebangsaan Wangsa Maju Seksyen 2

Pengerusi : Yang Mulia Hajah Raja Shareffa bt. Raja Rahmat

Kehadiran :

1. Yang Mulia Hajah Raja Shareffa bt. Raja Rahmat Guru Besar2. Encik Muzafar Shah bin Mustaffa GPK Tadir dan Kurikulum

3. Puan Uma Rajaretham a/p M T Rajaretnam GPK Kokurikulum4. Puan Hajah Jamaliah binti Harun GPK Hal Ehwal Murid5. Encik Daneil Firdaus @ Eh Bong Bin Cha Sut GPK PPKI6. Puan Rahyu bt. Chik7. Encik Mohd Aswadi bin AB Manaf8. Puan Hajah Norhamizah bt. Mohd Yusof9. Puan Siti Fatimah Nor bt. Hj. Mohd Saim10. Puan Wan Asma’a bt. Wan Salleh11. Puan Norulhafizah bt. Hussin12. Puan Anita bt. Husin13. Puan Halimahabsah bt. Mohd Sani14. Encik Mohd Hairy bin Jasemi15. Puan Paridah bt. Jenal16. Puan Rozzalita bt. Abdullah17. Puan Siti Zuraiha bt. Mapol18. Puan Marlinda bt. Ngaliman19. Cik Jaithoon Beevi bt. Sulaiman20. Encik Sadri Sham bin Abdullah21. Encik Maleki bin Ibrahim22. Encik Ahmad Ridzuan bin Roslan23. Puan Nadia Hanim bt. Mohd Zin24. Puan Wan Norhusmawati bt. Wan Hussain25. Puan Nurul Haida bt. Jaharom26. Puan Hajah Normadiyah bt. Zainal Abidin27. Encik Mohd Zainuri bin Othman28. Puan Rohana bt. Abdol Latif29. Puan Nurul Hidayati bt. Md Tahir30. Cik Nabila Fatin bt. Mohd Marzuki

Hak Cipta Terpelihara © Pejabat Pendidikan Wilayah Keramat|1 November 2013 – Keluaran 01|Pindaan 00

Page 2: PK07 Lampiran 2 [Minit Mesyuarat]

PKO7 – LAMPIRAN 2

31. Cik Muhardiana bt. Che Mat32. Cik Azlina bt. Yahya33. Cik Norshafida bt. Mamat34. Puan Lew Siew Foon35. Encik Mohd Dzaiddeen b. Abdullah Fadzil36. Encik Mohd Hafiz bin Mohammad37. Puan Nurhamimi bt. Zainal38. Puan Nur Azliza bt. Abu Bakar39. Encik Nurhazri b. Rahim40. Cik Nur Bazlin bt. Nik Mustapha

Tidak Hadir : Tiada

Urus Setia/ : 1. Encik Ahmad Ridzuan bin RoslanSetiausaha 2. Cik Nik Nur Bazlin bt. Nik Mustapha

Hak Cipta Terpelihara © Pejabat Pendidikan Wilayah Keramat|1 November 2013 – Keluaran 01|Pindaan 00

Page 3: PK07 Lampiran 2 [Minit Mesyuarat]

PKO7 – LAMPIRAN 2

1. PERUTUSAN PENGERUSI1.1. Mesyuarat dimulakan dengan bacaan al Fatihah dan doa oleh Encik Mohd Hairy.1.2. Puan Hajah Raja Shareffa mengucapkan selamat datang beserta ucapan tahniah

kepada para guru sekembalinya mereka daripada cuti persekolahan.1.3. Beliau memperkenalkan para guru kehadiran dua orang GPK baharu iaitu Encik

Muzafar Shah bin Mustaffa selaku GPK Tadbir dan Kurikulum dan Puan Uma Rajaretham a/p M T Rajaretnam selaku GPK Kokurikulum.

1.4. Beliau juga memperkenalkan dua orang guru baharu iaitu Cik Nik Nur Bazlin bt. Nik Mustapha dari SK Peserai dan Encik Nurhazri bin Rahim dari SK Setiawangsa.

1.5. Puan Hajah Raja Shareffa juga berharap agar guru – guru dapat mengembleng tenaga bagi merealisasikan impian untuk mencapai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT). Beliau juga menegaskan supaya para guru bijak menangani stres dan tidak mengamalkan budaya kerja pada akhir waktu.

Tindakan: Makluman2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

2.1. Minit Mesyuarat Bil. 4/ 2013 dicadangkan pengesahannya oleh Puan Siti Fatimah Nor dan disokong oleh Puan Halimahabsah

Tindakan: Makluman.

3. PERKARA BERBANGKIT3.1. Perkara 4.1.3 muka surat tiga berkaitan Virtual Learning (FROG) – Guru Besar

memaklumkan bengkel VLE FROG akan diadakan pada 25 Januari 2014 bersamaan hari Sabtu bagi membina kefahaman yang lebih mendalam berkaitan penghantaran tugasan secara atas talian menggunakan program tersebut.

Tindakan: Semua guru

3.2. Perkara 4.4 muka surat empat berkaitan penyerahan dongle VLE FROG – Encik Ahmad Ridzuan menerangkan terdapat sepuluh jawatan guru yang layak untuk menerima dongle tersebut iaitu Pentadbir Sekolah, Penyelaras Tahun Enam, Setiausaha PIBG, Setiausaha PBS, Penyelaras ICT, Penyelaras APDM, Setiausaha Peperiksaan, Penyelaras LINUS, Penyelaras Pusat Sumber dan Guru Bimbingan dan Kaunseling. Namun atas budi bicara guru – guru terbabit, maka dongle tersebut boleh dipinjamkan kepada guru – guru yang memerlukan capaian internet sewaktu berkursus.

Tindakan: Encik Ahmad Ridzuan

4. PEMBENTANGAN KERTAS KERJA/ LAPORAN4.1. Taklimat Guru Besar: Yang Mulia Hajah Raja Shareffa bt. Raja Rahmat

4.1.1. Kesediaan Guru

Hak Cipta Terpelihara © Pejabat Pendidikan Wilayah Keramat|1 November 2013 – Keluaran 01|Pindaan 00

Page 4: PK07 Lampiran 2 [Minit Mesyuarat]

PKO7 – LAMPIRAN 2

4.1.1.1. Guru Besar memaklumkan guru – guru perlu bersedia pada setiap hari Rabu dan Khamis untuk persediaan aktiviti kokurikulum dan mesyuarat.

Tindakan ; Semua guru

4.1.2. Dialog Prestasi4.1.2.1. Beliau juga memberitahu bahawa terdapat dialog prestasi diadakan pada

setiap bulan di Jabatan Pelajaran Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di antara Timbalan Ketua Pengarah dan para Guru Besar.

Tindakan ; Makluman

4.1.3. Pelaksanaan MMI4.1.3.1. Guru Besar juga menegaskan mengenai Melindungi Masa Instruksional

(MMI) yang masih lagi berjalan sekiranya terdapat para guru yang bertugas di luar atau pergi berkursus sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Ini penting bagi mengelakkan keciciran murid mengenai silibus yang sepatutnya dipelajari sewaktu ketiadaan guru yang terbabit.

Tindakan: Semua guru

4.1.4. Tenaga Kerja Asing4.1.4.1. Guru Besar juga memaklumkan mengenai pengambilan pekerja – pekerja

asing sebagai pembersih dan pengawal keselamatan.Sekiranya para guru hendak datang ke sekolah pada cuti persekolahan, maka mereka dikehendaki untuk menulis laporan kehadiran di pondok pengawal dan menulis nama sebagai pelawat sekolah.

Tindakan: Semua guru

4.1.5. Kunci Bilik Khas4.1.5.1. Para guru diminta untuk menyerahkan kunci bilik – bilik khas ke pejabat

sekolah sepanjang cuti persekolahan berlangsung.

Tindakan: Semua guru

4.1.6. HRMIS4.1.6.1. Para guru diingatkan untuk mengemaskini maklumat peribadi di portal

HRMIS dengan keutamaan kepada para guru yang bakal berpencen dalam masa yang terdekat.

Tindakan: Semua guru

4.1.7. Murid – Murid Baharu4.1.7.1. Guru Besar meminta para guru untuk bersedia menerima kehadiran

murid – murid Tahun Satu yang bertambah dari segi bilangan pada sesi persekolahan 2014 kelak. Sebanyak satu kelas baharu akan dibuka iaitu Satu Cerdik dan lokasinya adalah di kelas Dua Cemerlang yang lama.

Tindakan: Semua guru

Hak Cipta Terpelihara © Pejabat Pendidikan Wilayah Keramat|1 November 2013 – Keluaran 01|Pindaan 00

Page 5: PK07 Lampiran 2 [Minit Mesyuarat]

PKO7 – LAMPIRAN 2

4.1.8. Kutipan Yuran4.1.8.1. Guru Besar memaklumkan tiada kutipan yuran diadakan pada awal sesi

persekolahan.Tindakan: Semua guru

4.1.9. Jamuan Perpisahan4.1.9.1. Sebanyak tiga orang guru iaitu Encik Hermanizam, Puan Junaidah dan

Puan Halita serta seorang Pembantu Pengurusan Murid iaitu Puan Ainul akan berpindah ke sekolah. Satu jamuan akan diadakan bagi meraikan jasa serta penat lelah mereka dalam membangunkan prestasi sekolah selama ini.

Tindakan: Makluman

4.1.10. COMBI4.1.10.1. Guru Besar meminta para guru untuk kembali aktif dalam menggerakkan

kembali Program COMBI berikutan kebimbangan beliau terhadap kes – kes demam denggi yang meragut nyawa seperti yang terjadi di sekolah yang berhampiran.Beliau juga meminta supaya tempat pembiakan aedes dihapuskan selain kerjasama daripada guru – guru bertugas dalam memastikan kelancaran program ini berlangsung.

Tindakan: Semua guru

4.1.11. Audit Berteguran4.1.11.1. Guru Besar meminta agar para guru memainkan peranan dalam usaha

mengurangkan audit berteguran. Segala hal berkaitan pengurusan kewangan mestilah mengikut prosedur yang ditetapkan. Para guru diminta untuk mengisi nota minta dan memberikan kerjasama kepada Puan Masitah untuk menyediakan invois.

Tindakan: Semua guru

4.1.12. SKPM4.1.12.1. Guru Besar memaklumkan mengenai markah SKPM sebanyak 85.48%.

Beliau mencadangkan agar guru – guru mempertingkatkan kemahiran sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung memandangkan ini akan turut mempengaruhi permarkahan SKPM kelak. Ini berikutan penurunan dalam banding sekolah berikutan tiada murid yang mendapat A bagi semua mata pelajaran serta hanya sebanyak 60.6% murid sahaja yang lulus bagi semua mata pelajaran. Guru Besar juga berharap agar kemenjadian murid dapat ditingkatkan ke 100% berikutan kehadiran murid – murid sewaktu aktiviti kokurikulum agak kurang memuaskan.

Tindakan: Semua guru4.1.13. Budaya kerja

Hak Cipta Terpelihara © Pejabat Pendidikan Wilayah Keramat|1 November 2013 – Keluaran 01|Pindaan 00

Page 6: PK07 Lampiran 2 [Minit Mesyuarat]

PKO7 – LAMPIRAN 2

4.1.13.1. Guru Besar menggalakkan agar para guru lebih proaktif dengan bermulanya sesi persekolahan yang baharu dan mengelakkan budaya bersenang – senang serta tiada isu yang ditimbulkan.

Tindakan ; Semua guru

4.1.14. SPPBS/ KSSR4.1.14.1. Guru Besar memaklumkan capaian SPPBS ditangguhkan sehingga ke

bulan April. Eviden KSSR masih diteruskan bagi Tahun Empat dan fail showcase serta fail perkembangan murid akan dibawa ke tahun yang seterusnya.

Tindakan: Semua guru

4.1.15. Guru Kelas/ Guru Pendamping4.1.15.1. Guru Besar memaklumkan setiap kelas akan mempunyai guru

pendamping yang bertujuan untuk membantu dalam hal – hal menguruskan bilik darjah. Berikut disenaraikan senarai guru – guru kelas berserta guru pendamping.

Kelas Guru Kelas Guru Pendamping1 CG Pn. Rahyu bt. Chik Pn. Siti Fatimah Nor bt. Hj. Mohd Saim1 CS En. Mohd Aswadi bin AB Manaf En. Mohd Sadri Sham bin Abdullah1 CK Pn. Nurulhidayati bt. Md Tahir En. Ahmad Ridzuan bin Roslan2 CG Pn. Paridah bt. Jenal Pn. Nadia Hanim bt. Mohd Zain2 CS Pn. Norulhafizah bt. Hussin En. Mohd Zainuri bin Othman3 CG Pn. Wan Asma’a bt. Wan Salleh Pn. Marlinda bt. Ngaliman3 CS Cik Nik Nabila Fatin bt. Mohd Marzuki Pn. Nurul Haida bt. Jaharom4 CG En. Nurhazri bin Rahim Cik Muhardiana bt. Che Mat

4 CS Pn. Anita bt. Husin Pn. Wan Nor Husmawati bt. Hj. Wan Hussain

5 CG En. Mohd Hairy bin Jasemi Pn. Halimahabsah bt. Mohd Sani5 CS Pn. Rohana bt. Abdol Latif Pn. Nor Hamizah bt. Mohd Yusof6 CG Pn. Rozzalita bt. Abdullah Cik Jaithoon Beevi bt. Sulaiman6 CS Pn. Siti Zuraiha bt. Mapol En. Maleki bin Ibrahim

Tindakan: Semua guru

4.1.16 Papan Kenyataan4.1.16.1 Guru Besar berharap agar para guru dapat mengemaskinikan papan kenyataan panitia dan carta organisasi selaras dengan tahun semasa.

Tindakan: Semua guru4.1.17 Cuti

4.1.17 Guru Besar memaklumkan mengenai permohonan cuti ke luar negara yang perlu dipohon sebulan lebih awal.

Hak Cipta Terpelihara © Pejabat Pendidikan Wilayah Keramat|1 November 2013 – Keluaran 01|Pindaan 00

Page 7: PK07 Lampiran 2 [Minit Mesyuarat]

PKO7 – LAMPIRAN 2

4.1.18 Sekiranya guru bertugas di luar sewaktu sesi persekolahan berlangsung, mereka perlu mengisi borang keluar tugas dan begitu juga bagi guru - guru yang ingin memohon Cuti Rehat Khas (CRK), mereka juga perlu memohon lebih awal.

Tindakan: Semua guru

4.1.18 Buku Rekod4.1.18.1 Guru Besar meminta supaya para guru melengkapkan Buku Rekod Mengajar berikutan pemantauan oleh pihak PPD, JPN dan Nazir yang bertujuan memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung seawal hari pertama persekolahan. Penghantaran Buku Rekod Mengajar adalah pada setiap hari Jumaat manakala penyerahan Rancangan Pengajaran Tahunan bagi setiapmata pelajaran adalah sehingga hujung bulan Januari nanti.

Tindakan: Semua guru

4.1.19 Logo Baharu KPM4.1.19.1 Guru Besar juga memaklumkan mengenai pertukaran logo baharu Kementerian Pelajaran Malaysia kepada Kementerian Pendidikan Malaysiadan beliau meminta agar guru – guru mengambil inisiatif untuk peka dengan perkembangan tersebut.

Tindakan: Semua guru

4.1.20 Pencerapan4.1.20.1 Guru Besar menerangkan mengenai nombor – nombor yang mewakilipara guru bagi tujuan pemantauan. Para guru diminta untuk memberi sepenuh perhatian semasa PDP berlangsung demi meningkatkan prestasi murid – murid.

Tindakan: Semua guru

4.1.21 Minit Curai4.1.21.1 Guru Besar memaklumkan supaya para guru dapat menyerahkan minit curai sekembalinya dari menghadiri taklimat ataupun pergi berkursus.

Tindakan: Semua guru4.1.22 Meja Guru

4.1.22.1 Guru Besar menyarankan agar para guru dapat mengemaskan mejamasing – masing supaya nampak lebih kemas dan teratur.

Tindakan: Semua guru

4.2 Taklimat GPK Tadbir dan Kurikulum: Encik Muzafar4.2.1 LINUS4.2.1.1 Encik Muzafar memaklumkan supaya Penyelaras Program LINUS dapat menyediakan pelan strategik dalam masa yang terdekat.

Tindakan: Penyelaras LINUS

4.2.2 JQAF4.2.2.1 Encik Muzafar memberitahu bahawa tiada berita sahih setakat ini mengenai

Hak Cipta Terpelihara © Pejabat Pendidikan Wilayah Keramat|1 November 2013 – Keluaran 01|Pindaan 00

Page 8: PK07 Lampiran 2 [Minit Mesyuarat]

PKO7 – LAMPIRAN 2

penggabungan di antara Program JQAF dengan Pendidikan Islam.Tindakan: Maklumam

4.2.3 Jadual Waktu4.2.3.1 Encik Muzafar juga memaklumkan bahawa jadual waktu guru dan kelas telahdisiapkan dan hendaklah dilaksanakan pada hari pertama persekolahan.

Tindakan: Semua guru

4.2.4 KSSR4.2.4.1 Encik Muzafar menyatakan pengisian data dalam Portal KSSR berkaitan borang soal selidik dan memerlukan responden yang terdiri daripada kalangan pentadbir dan seorang guru yang pernah menghadiri Kursus KSSR selama seminggu.

Tindakan: GPK 1 dan Puan Rahyu

4.2.4.2 Encik Muzafar juga menyatakan mengenai pengumpulan maklumat guru – guruTahun Empat yang masih belum mendapat pendedahan mengenai kursus berkaitan KSSR Tahun Empat.

Tindakan: Tahun Empat

4.3 Taklimat GPK Hal Ehwal Murid: Puan Hajah Jamaliah bt. Harun4.3.1 Pemantauan Bilik – Bilik Khas4.3.1.1 Puan Jamaliah meminta agar para guru mengemaskan bilik – bilik khas bagi tujuan pemantauan dan beliau mengingatkan supaya para guru menyisihkan barang – yang tidak diperlukan.

Tindakan: Semua guru

4.3.1.2 Beliau juga meminta agar Bengkel Kemahiran Hidup hanya terdiri daripada alatan – alatan yang berkaitan dengan panitia tersebut dan sebarang kehilangan dankerosakan hendaklah direkodkan.

Tindakan: Guru Panitia Kemahiran Hidup

4.3.2 Pengurusan Bilik Darjah4.3.2.1 Puan Jamaliah mengingatkan para guru kelas supaya membuat laporan sekiranya terdapat sebarang kerosakan pada bilik darjah. Beliau juga mengingatkan supaya para guru kelas memastikan meja – meja kelas berada dalam keadaan yang baik. Buku – buku yang sudah tidak digunakan dan rosak hendaklah dibuang atau dipulangkan kepada murid.4.3.2.2 Beliau juga meminta para guru kelas untuk memaklumkan kepada tukang sapusupaya membersihkan kelas selepas tamatnya sesi persekolahan nanti.

Tindakan: Guru - Guru Kelas

Hak Cipta Terpelihara © Pejabat Pendidikan Wilayah Keramat|1 November 2013 – Keluaran 01|Pindaan 00

Page 9: PK07 Lampiran 2 [Minit Mesyuarat]

PKO7 – LAMPIRAN 2

4.3.3 Hari Suaikenal Tahun 1 20144.3.3.1 Puan Jamaliah juga memaklumkan mengenai Hari Suaikenal Tahun Satu bagi sesi 2014 yang bakal berlangsung pada 27 Disember 2013. Para murid, ibu bapa dan guru akan menerima makanan berupa roti dan air kotak.

Tindakan: Semua guru

4.3.4 Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM)4.3.4.1 Puan Jamaliah meminta para guru kelas untuk mengemaskini aplikasi datamurid bermula daripada Darjah Dua sehinggalah Darjah Enam.4.3.4.2 Beliau juga memaklumkan para guru kelas akan menerima borang – borangaplikasi data.4.3.4.3 Para guru kelas juga diingatkan supaya meminta murid – murid tiga salinan surat beranak untuk diserahkan kepada simpanan guru kelas, Penyelaras APDM dansetiausaha peperiksaan.4.3.4.4 Puan Jamaliah meminta guru – guru kelas untuk mengisi semula buku biru.4.3.4.5 Beliau juga meminta guru – guru kelas untuk mengisi nombor kad pengenalanmurid sekiranya mereka sudah memiliki kad pengenalan.4.3.4.6 Guru – guru kelas juga diminta untuk mengenalpasti murid – murid miskin bagi tujuan sumbangan dan bantuan persekolahan.

Tindakan: Guru Kelas

4.4 Taklimat GPK Kokurikulum: Puan Uma Rajaretham a/p M T Rajaretnam 4.4.1 Agihan Kokurikulum4.4.1.1 Puan Uma meminta para guru untuk bersiap sedia menyediakan senarai nama murid – murid Tahun Empat, Lima dan Enam untuk tujuan agihan badan – badan beruniform, persatuan dan kelab serta permainan.

Tindakan: Semua guru

4.4.2 Uniform4.4.2.1 Puan Uma juga meminta para guru untuk mengingatkan murid – murid supaya berpakaian uniform persatuan yang lengkap pada setiap hari Rabu.

Tindakan: Semua guru

4.4.3 Aktiviti Kokurikulum4.4.3.1 Puan Uma menerangkan mengenai aktiviti kelab dan persatuan yang berjalan pada setiap minggu manakala bagi badan – badan beruniform dan sukan, perjalananaktiviti adalah secara selang seminggu.

5 PENUTUPMesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.00 tengahari.

Disediakan oleh,

Hak Cipta Terpelihara © Pejabat Pendidikan Wilayah Keramat|1 November 2013 – Keluaran 01|Pindaan 00

Page 10: PK07 Lampiran 2 [Minit Mesyuarat]

PKO7 – LAMPIRAN 2

.................................................(AHMAD RIDZUAN BIN ROSLAN)Setiausaha Mesyuarat Guru 2014

Tarikh : 26 Disember 2013

Hak Cipta Terpelihara © Pejabat Pendidikan Wilayah Keramat|1 November 2013 – Keluaran 01|Pindaan 00