PK

4

description

dfd

Transcript of PK

1.0 PBL PengenalanKelas yang saya mengajar ialah murid Tahun 3. Kelas saya mempunyai sebanyak dua puluh tujuh orang murid. Tajuk yang hendak saya sampaikan kepada murid adalah pemakanan. Standard kandungan ialah 1.3 mengetahui dan mengamalkan pemakanan yang sihat serta selamat. Standard pembelajaran ialah : 1.3.4 mengamalkan pemakanan yang sihat dengan mengurangkan pengambilan gula, garam dan lemak. 1.3.5 Menyatakan kesan pengambilan makanan dalam kuantiti berlebihan dan berkurangan. 1.1 Gaya Hidup Yang SihatGaya hidup yang sihat sangat penting dalam kehidupan setiap orang kerana dapat membentuk corak hidup yang baik dalam diri seseorang dan membolehkan seseorang hidup sihat sepanjang hanyat. Gaya hidup yang sihat terdiri daripada aspek pemakanan dan senaman. Dalam kehidupan seharian kita, kita perlu mengamalkan makanan seimbang supaya membolehkan tubuh badan kita sihat dan tidak terlalu gemuk. Jika kita tidak mengamalkan makanan seimbang akan menyebabkan badan kita mendapat pelbagai penyakit seperti: darah tinggi, kencing manis dan penyakit jantung.Media massa telah banyak kali menyiarkan berita tentang gaya hidup yang sihat kerana sudah ada kajian yang menyatakan bahawa kadar obesity di kalangan rakyat di Negara kita semangkin bertambah dari setahun ke setahun.