Pke3143e -Topik 7 - Program Adhoc

22
AMPUANI @ AZMEI BIN JAWA IPGM KAMPU TUAN KU BAINUN 14000 BUKIT MERTAJAM – PULAU PINANG IPG Tuanku Bainun

description

Program ADHOC

Transcript of Pke3143e -Topik 7 - Program Adhoc

Page 1: Pke3143e -Topik 7 - Program Adhoc

AMPUANI @ AZMEI BIN JAWAIPGM KAMPU TUAN KU BAINUN

14000 BUKIT MERTAJAM – PULAU PINANG

IPG Tuanku Bainun

Page 2: Pke3143e -Topik 7 - Program Adhoc

PENGENALAN

Antara program kesihatan ialah Perkhidmatan Pergigian, Keselamatan Makanan

dan Kantin Sekolah, Sekolah Kawasan Larangan Merokok, Sekolah Bebas Denggi, Program Perkhidmatan Kesihatan Sekolah,

Program Imunisasi, Program Kawalan Penyakit, PROSTAR (Program Sihat Untuk Remaja) dan Program Doktor Muda.

IPG Tuanku Bainun

Page 3: Pke3143e -Topik 7 - Program Adhoc

PROSTAR (PROGRAM SIHAT UNTUKREMAJA)Menyedari masalah jangkitan AIDS yang

semakin menular dalam kalangan remaja serta pengaruh remaja sendiri dalam mendekati rakan sebaya,

Maka PROSTAR diperkenalkan pada tahun 1996.

Singkatan PROSTAR pada awalnya bermaksud Program Sihat Tanpa AIDS Untuk RemajaKonsep pelaksanaannya ialah dari remaja, oleh

remaja dan untuk remaja. Progam ini dijalankan dalam bentuk

infotainment (information and entertainment ) atau informasi dan hiburan. IP Tuanku Bainun

Page 4: Pke3143e -Topik 7 - Program Adhoc

Pada tahun 2007, PROSTAR diubah kepada Program Sihat Untuk Remaja. Perubahan ini adalah sejajar dengan keperluan informasi kesihatan menyeluruh dalam membentuk remaja yang sihat fizikal, mental, rohani dan sosial.

Aktiviti PROSTAR dituju kepada remaja berusia di antara 13 sehingga 25 tahun.

IP Tuanku Bainun

Page 5: Pke3143e -Topik 7 - Program Adhoc

Matlamat dan Objektif Matlamat awal PROSTAR ialah untuk membentuk

sekumpulan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) yang mampu dan mahir berkongsi maklumat AIDS dengan rakan sebaya.

Okbjektif khusus program ini ialah: (a) Membentuk golongan remaja yang sedar dan

tahu akan ancaman penyakit AIDS; Menyebarkan maklumat AIDS dengan cukup dan tepat;

(b) Membentuk kumpulan Pembimbing Rakan Sebaya; (c) Mendedahkan remaja dengan maklumat penyakit-

penyakit kelamin (Sifilis, Gonorea, Klamidia) serta kaitan dengan jangkitan HIV;

(d) Mendedahkan PRS dengan kemahiran berkomunikasi dan memujuk rakan sebaya; IP Tuanku Bainun

Page 6: Pke3143e -Topik 7 - Program Adhoc

(e) Membentuk sekumpulan remaja yang berfikiran positif apabila berhadapan dengan isu stigma serta diskriminasi; dan

(f) Mendidik remaja cara membuat pilihan serta keputusan yang terbaik untuk mengelak jangkitan HIV.

Mesej di bawah Kempen Sihat Sepanjang Hayat diselitkan dalam program PROSTAR iaitu topik berkaitan pemakanan sihat, kepentingan senaman, pengurusan stres, masalah rokok dan alkohol.

Matlamat penambahan input amalan gaya hidup sihat adalah untuk membentuk remaja yang dapat mengambil langkah sendiri untuk menjauhi penyakit gaya hidup seperti penyakit tekanan darah tinggi, diabetes, jantung, strok dan kanser.

IP Tuanku Bainun

Page 7: Pke3143e -Topik 7 - Program Adhoc

IP Tuanku Bainun

PROGRAM-PROGRAM

Program kesedaran di sekolah

Page 8: Pke3143e -Topik 7 - Program Adhoc

(a) Pendidikan Pencegahan AIDS Fakta yang harus anda ketahui ialah gejala

jangkitan HIV berkait rapat dengan tingkah laku yang berisiko tinggi iaitu hubungan seksual secara rambang dan bebas serta berkongsi jarum suntikan dalam kalangan penagih dadah.

Yang menyedihkan tentang gejala HIV/AIDS ialah ia bukan penyakit secara keturunan tetapi suatu penyakit yang dicari.

Jika kita dapat mengelakkan serta menjauhkan diri daripada tingkah laku yang berisiko tersebut nescaya kita dapat mencegah diri daripada gejala AIDS.

IP Tuanku Bainun

Page 9: Pke3143e -Topik 7 - Program Adhoc

Golongan remaja dikenal pasti sebagai salah satu kumpulan yang signifikan dalam menyumbang kepada jumlah jangkitan HIV dan penyakit AIDS di negara kita.

Kehidupan alam remaja yang ingin mencuba dan ingin mengambil risiko mendedahkan mereka kepada risiko dijangkiti HIV.

Masalah dadah yang masih sukar dibendung di negara kita, memberi peluang yang besar untuk golongan remaja dijangkiti HIV.

Durex Global Sex Survey telah membuat tinjauan yang melibatkan 5,409 individu di Malaysia dan mendapati 20.3 peratus responden perempuan dan 21.42 peratus responden lelaki telah mengadakan hubungan seks pertama mereka di antara umur 13 hingga 17 tahun. IP Tuanku Bainun

Page 10: Pke3143e -Topik 7 - Program Adhoc

Kajian oleh penyelidik dari UKM pula mendapati semua 876 remaja perempuan yang bermasalah yang menjadi responden dalam satu kajian kecuali seorang pernah mengadakan hubungan seks (New Sunday Times, 4 Mac 2007).

Penemuan kedua-dua kajian ini menimbulkan banyak maklum balas daripada pihak berkuasa, politik, NGO dan orang ramai dari segi apa yang perlu dilakukan bagi mencegahnya.

Lantaran itulah, pentingnya kesedaran tentang bahaya serta cara pencegahan penyakit AIDS, perlu didedahkan kepada para pelajar mulai dari peringkat sekolah rendah lagi

IP Tuanku Bainun

Page 11: Pke3143e -Topik 7 - Program Adhoc

Di peringkat sekolah menengah, program intervensi pelajar menyediakan ruang untuk Kementerian Kesihatan Malaysia, Agensi Anti Dadah Kebangsaan, NGO dan lain-lain agensi untuk menyebarkan mesej berkenaan pencegahan AIDS.

Program Intervensi Pelajar (PIP) juga menyediakan perkhidmatan saringan air kencing bagi pelajar berisiko tinggi untuk mengenal pasti sama ada mereka terlibat dengan masalah penagihan dadah.

Bagi sekolah yang mempunyai Kelab PROSTAR, penyebaran mesej pencegahan AIDS dijalankan oleh ahli kelab secara Personal Selling (proses pemujukan ke arah cara hidup yang sihat melalui penglibatan rakan sebaya)

kepada rakan lain atau melalui aktiviti pameran serta kuiz pada Hari Kokurikulum. Begitu juga penyebaran mesej melalui Program Doktor Muda.

Page 12: Pke3143e -Topik 7 - Program Adhoc

(b) Projek Anti Denggi Peningkatan kes denggi berkait rapat dengan faktor

kepesatan proses urbanisasi, pencemaran dan pembukaan kawasan baru untuk perindustrian.

Penglibatan semua sektor masyarakat dalam usaha mencari dan memusnahkan tempat-tempat pembiakan nyamuk aedes dilihat mampu mengurangkan kes penyakit demam denggi.

Sekiranya kita mencegah penyakit denggi, secara tidak langsung kita dapat mencegah penyakit Chikungunya.

Penyakit ini juga dibawa oleh nyamuk aedes. Mana-mana projek pendidikan kesihatan berkaitan

anti denggi adalah bernaung di bawah Program Bebas Denggi Di Sekolah (PBDS) iaitu sebuah program kerjasama antara Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Page 13: Pke3143e -Topik 7 - Program Adhoc

COMBI adalah singkatan kepada Communication For Behavioural Impact iaitu salah satu pendekatan dalam aspek promosi kesihatan yang menggunakan pelbagai kaedah komunikasi untuk mengubah tingkah laku seseorang.

Pendekatan COMBI denggi bertujuan mencegah dan mengawal penularan penyakit denggi di sekolah dan juga dalam kalangan masyarakat setempat.

Melalui pendekatan COMBI denggi, beberapa orang pelajar serta warga sekolah yang lain dilatih untuk menjadi fasilitator program COMBI denggi

IP Tuanku Bainun

Page 14: Pke3143e -Topik 7 - Program Adhoc

(c) Program Rubela Rubela dikenali juga sebagai German Measles

dan merupakan sejenis penyakit berjangkit yang menyerupai campak.

Kesan penyakit rubela tidak begitu membahayakan kecuali kepada wanita yang mengandung. Ia boleh menyebabkan kematian atau kecacatan kepada bayi dalam kandungan.

Program rubela diperkenalkan di sekolah sebagai strategi untuk menghalang penyakit rubela daripada merebak.

Suntikan rubela hanya diberi kepada pelajar perempuan semasa di Tahun Enam

IP Tuanku Bainun

Page 15: Pke3143e -Topik 7 - Program Adhoc

Semenjak Program Imunisasi MMR (Mump, Measles & Rubella) diperkenalkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, semua bayi perempuan diberi imunisasi rubela.

Program rubela di peringkat sekolah adalah setakat selepas kelompok yang menerima imunisasi MMR memasuki sekolah. Namum, dalam kes seperti kejadian wabak rubela di sekolah yang melibatkan pelajar lelaki, imunisasi untuk pelajar lelaki akan diberikan.

Page 16: Pke3143e -Topik 7 - Program Adhoc

(d) Program Doktor Muda Program Doktor Muda (PDM) adalah program

yang berpusat di sekolah (school-based). Matlamat PDM ialah untuk melahirkan

pelajar yang mementingkan dan mengutamakan kesihatan serta berupaya menjadi agen mempromosikan kesihatan yang baik untuk rakan-rakan sebaya, ahli keluarga serta masyarakat.

Rangka kerja PDM menggunakan rangka kerja “Kecemerlangan Melalui Amalan Hidup Sihat” yang berasaskan kepada keperluan kerjasama dan penglibatan pihak sekolah, ibu bapa dan kesihatan.

IP Tuanku Bainun

Page 17: Pke3143e -Topik 7 - Program Adhoc

PDM disasarkan kepada pelajar sekolah rendah Tahap 2 (Tahun 4, 5 dan 6) yang dipilih berdasarkan kriteria seperti minat, prestasi akademik, bakat kepimpinan, kemas, suka menolong, proaktif, personaiti menarik

Objektif umum PDM ialah untuk memperkasakan murid-murid sekolah rendah dengan pengetahuan dan kemahiran kesihatan supaya mereka dapat meningkatkan taraf kesihatan diri serta rakan-rakan mereka.

Objektif khusus PDM ialah untuk: (i) Membantu diri sendiri, rakan dan anggota

keluarga ke arah amalan hidup sihat; (ii) Menjadi pembimbing dan role model ; (iii) Membantu pihak kesihatan dan sekolah dalam

aktiviti kesihatan di sekolah; IP Tuanku Bainun

Page 18: Pke3143e -Topik 7 - Program Adhoc

(iv) Memperkukuhkan penglibatan guru dan ibu bapa dalam usaha meningkatkan kesihatan murid;

(v) Menggalakkan ibu bapa atau penjaga memberi perhatian kepada kesihatan murid-murid; dan

(vi) Meningkatkan usahasama pihak kesihatan dan pelajaran.

Pelaksanaan ProgramAspek Penting Pengurusan dan Pengelolaaan Program-program kesihatan di bawah PBSS

adalah perkongsian bijak di antara Kementerian Pelajaran dan Kementerian Kesihatan Malaysia. IP Tuanku Bainun

Page 19: Pke3143e -Topik 7 - Program Adhoc

Di peringkat jabatan, seorang pegawai diperlukan untuk bertanggunggungjawab menguruskan program-program ini.

Di peringkat negeri, mesyuarat diadakan di antara dua jabatan ini untuk membincangkan keperluan serta langkah

penambahbaikan program di bawah PBSS. Guru pembimbing bertanggungjawab mengendalikan

aktiviti di peringkat sekolah. Pelaksanaan program ini disokong dan dipantau oleh pegawai yang berkaitan seperti Pegawai Pendidikan Kesihatan, Pegawai Kaji Serangga, Pegawai Perubatan, Jururawat dan sebagainya dari Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan negeri.

Guru pembimbing juga bertanggungjawab menyediakan semua laporan berkaitan keahlian serta aktiviti yang telah djalankan supaya ia dapat dihantar ke Pejabat Pelajaran Daerah dan Pejabat Kesihatan Daerah.

IP Tuanku Bainun

Page 20: Pke3143e -Topik 7 - Program Adhoc

Aktiviti-aktiviti DilaksanakanDalam penerapan pengetahuan dan kemahiran

aspek penjagaan kesihatan khasnya pencegahan penyakit AIDS, Denggi, Rubela dan lain-lain topik kesihatan; pelbagai aktiviti pendidikan kesihatan boleh dijalankan oleh pihak sekolah.

Di peringkat sekolah, sekolah boleh menyediakan ruang untuk menyebarkan mesej kesihatan semasa aktiviti Hari Terbuka Sekolah, Minggu Sains dan Matematik, Hari Ko-kurikulum, Bulan Membaca, Minggu Kecergasan dan lain-lain.

Antara aktiviti yang dijalankan di sekolah

IP Tuanku Bainun

Page 21: Pke3143e -Topik 7 - Program Adhoc

IP Tuanku Bainun

Page 22: Pke3143e -Topik 7 - Program Adhoc

IP Tuanku Bainun