pmr malay 1-1

14
Portal Pendidikan Utusan 2001 © Hak Cipta Terpelihara Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur 1 SULIT 02/1 Bahasa Melayu Kertas 1 1½ jam PEPERIKSAAN PERCUBAAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH PORTAL PENDIDIKAN UTUSAN 2001 Bahasa Melayu Kertas 1 Satu jam tiga puluh minit ARAHAN: Jawab semua soalan. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan yang berhuruf A, B, C dan D. Bagi tiap-tiap soalan pilih satu jawapan sahaja. Soalan 1 hingga Soalan 7 Baca pantun di bawah ini dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Tanam nangka tumbuh kelapa, Terbit bunga pucuk mati; Budi tuan saya tak lupa, Sudah terpaku di dalam hati. Pokok Jati daunnya rendang, Tumbuh subur di hutan Melaka; Harta yang banyak orang tak pandang, Kalau pekerti ibarat puaka. Tenang-tenang air di laut, Sampan kolek mudik ke tanjung; Hati terkenang mulut menyebut, Budi baik rasa nak junjung. Bunga Kenanga bunga di darat, Bunga Seroja di tepi kali; Hina besi kerana karat, Hina manusia tidak berbudi. Nama: Tingkatan:

description

Latihan bahasa melayu

Transcript of pmr malay 1-1

Page 1: pmr malay 1-1

Portal Pendidikan Utusan 2001 © Hak Cipta Terpelihara Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur 1

SULIT 02/1 Bahasa Melayu Kertas 1 1½ jam

PEPERIKSAAN PERCUBAAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH

PORTAL PENDIDIKAN UTUSAN 2001

Bahasa Melayu

Kertas 1 Satu jam tiga puluh minit

ARAHAN: Jawab semua soalan. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan yang berhuruf A, B, C dan D. Bagi tiap-tiap soalan pilih satu jawapan sahaja. Soalan 1 hingga Soalan 7 Baca pantun di bawah ini dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Tanam nangka tumbuh kelapa, Terbit bunga pucuk mati; Budi tuan saya tak lupa, Sudah terpaku di dalam hati. Pokok Jati daunnya rendang, Tumbuh subur di hutan Melaka; Harta yang banyak orang tak pandang, Kalau pekerti ibarat puaka. Tenang-tenang air di laut, Sampan kolek mudik ke tanjung; Hati terkenang mulut menyebut, Budi baik rasa nak junjung. Bunga Kenanga bunga di darat, Bunga Seroja di tepi kali; Hina besi kerana karat, Hina manusia tidak berbudi.

Nama: Tingkatan:

Page 2: pmr malay 1-1

Portal Pendidikan Utusan 2001 © Hak Cipta Terpelihara Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur 2

1. Mengapakah tidak mudah bagi seseorang itu melupakan budi baik yang pernah

diterimanya? A kerana orang yang berbudi itu berperibadi mulia

B. kerana orang yang menabur budi itu tidak akan melupakannya C. kerana orang yang tidak mengenang jasa tidak akan dibantu lagi D. kerana orang yang menabur budi itu akan dikenang selama- lamanya

2. Maksud kata terpaku dalam pantun ialah…

A. tersimpan. B. terpahat. C. tersorok. D. teringat.

3. Rangkap kedua pantun menjelaskan bahawa…

A. budi pekerti yang mulia hanya ada pada orang berharta. B. orang yang berharta berpekerti seperti puaka. C. budi pekerti lebih tinggi nilainya daripada harta. D. budi pekerti yang mulia hanya ada pada orang yang berharta.

4. Antara yang berikut, yang manakah merupakan budi baik yang perlu dikenang oleh semua orang?

A. Seorang anak yang membeli sebuah rumah untuk ibu bapanya. B. Kakak yang menyara persekolahan adiknya. C. Seorang pelajar yang bergaduh dengan rakannya sendiri. D. Jasa ahli sukan yang telah mengharumkan nama negara.

5. Apakah pandangan orang lain terhadap seseorang yang tidak berbudi?

A. dipandang mulia B. dipulau oleh masyarakat C. dipuji dan disanjung. D. dipandang hina

6. Pilih pernyataan yang salah tentang pantun tersebut.

A. Budi yang ditaburkan hendaklah dengan kejujuran dan keikhlasan. B. Kita hanya perlu berbudi sekiranya ada orang yang akan mengingatinya. C. Budi baik akan sentiasa disebut dan disanjung. D. Berbudi bahasa yang mulia merupakan suatu perkara yang dituntut.

Page 3: pmr malay 1-1

Portal Pendidikan Utusan 2001 © Hak Cipta Terpelihara Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur 3

7. Apakah peribahasa yang mempunyai kaitan dengan pantun di atas? A. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. B. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. C. Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.

D. Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. Soalan 8 hingga Soalan 13 Baca petikan di bawah ini dengan teliti . Kemudian, jawab soalan -soalan yang berikutnya.

Suami Isteri Mati Kemalangan

KLUANG,Rabu - Sepasang suami isteri yang baru sebulan berkahwin terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan lori di Persimpangan Kampung Melayu awal pagi tadi. Menurut polis, Daud Jiwa, 30, dan isteri, Rosnah Darus, 23, kedua-duanya, kakitangan syarikat Kluangtex di sini dalam perjalanan pulang dari tempat mereka bekerja. Motosikal yang ditunggang Daud dikatakan bertembung dengan sebuah lori pasir dari arah bertentangan di Kilometer 3 Jalan Air Hitam -Kluang kira- kira jam 7 pagi tadi. Kedua-dua suami isteri itu meninggal dunia di tempat kejadian. Pemandu lori berkenaan yang dikenali sebagai Mat Hussein Abu Hassan, 45 berasal dari Kuantan, Pahang melarikan diri sebelum membuat laporan di balai polis Kluang. Pasangan itu yang bertugas sebagai operator pengeluaran di kilang berkenaan bekerja giliran waktu malam, iaitu jam 10.00 malam tadi hingga 6.00 pagi . Siasatan awal polis mendapati, kedua-dua suami isteri itu meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala. Mayat mereka dibawa ke Hospital Kluang untuk dibedah siasat sebelum dituntut waris mangsa kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi.

(Metro Perdana, Khamis, 14 Sept. 2001)

8. Apakah pekerjaan mangsa yang terlibat dalam kemalangan? A. Pengawal keselamatan kilang B. Operator pengeluaran di syarikat Kluangtex C. Pengurus kilang Kluangtex D. Pekerja kilang

9. Bagaimanakah kemalangan tersebut terjadi?

A. apabila motosikal yang ditunggang oleh mangsa bertembung dengan sebuah lori

B. apabila sebuah lori merempuh motosikal yang ditunggangi mangsa C. apabila sebuah bas bertembung dengan sebuah lori D. keadaan jalan yang basah akibat hujan lebat

Page 4: pmr malay 1-1

Portal Pendidikan Utusan 2001 © Hak Cipta Terpelihara Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur 4

10. Pilih pernyataan yang salah tentang kemalangan tersebut. A. Kedua-dua mangsa meninggal dunia sewaktu dalam perjalanan ke hospital. B. Kemalangan berlaku lebih kurang pada pukul 7.00 pagi. C. Kedua-dua mangsa tersebut baru sebulan melangsungkan perkahwinan. D. Lori yang terlibat dalam kemalangan ialah sebuah lori yang membawa getah

sekerap. 11. Pada pendapat anda, mengapakah pemandu lori tersebut melarikan diri sebelum membuat laporan ?

A. kerana dia yakin dia tidak bersalah B. kerana dia bimbang dia akan didakwa C. kerana takut orang kampung akan melakukan sesuatu yang diluar kawalan D. kerana bimbang orang kampung mengenalinya

12. Berapa lamakah jarak masa antara selepas waktu bekerja pasangan tersebut

dengan kemalangan yang berlaku? A. 2 jam B. 3 jam C. 30 minit D. 60 minit.

13. Mengapakah mayat tersebut dibawa ke hospital bandar Kluang? A. untuk dituntut oleh waris mereka B. untuk diberi rawatan kecemasan C. untuk menjalani bedah siasat D. untuk mengesahkan kematian mereka

Soalan 14 hingga Soalan 20 Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya. Masyarakat Melayu memang terkenal dengan pelbagai peribahasanya. Sesuatu peribahasa yang dilafazkan mempunyai makna yang tersirat. Peribahasa seekor kerbau membawa lumpur semuanya terpalit bermaksud sekiranya seseorang ahli dalam satu kumpulan itu melakukan kejahatan, maka semua orang dalam kumpulan itu akan mendapat nama jahat juga. Mengapakah kerbau yang dipilih menjadi kiasan peribahasa ini? Hal ini kerana sifat semula jadi kerbau yang suka hidup berkumpulan dan secara tidak langsung sekiranya salah seekor daripada kerbau itu membawa lumpur dan kekotoran pasti kerbau-kerbau yang lainnya juga akan terkena lumpur dan kekotoran tersebut. Begitu juga dengan kehidupan manusia yang secara fitrahnya mempunyai kumpulan atau kelompok mereka sendiri. Setiap ahli itu mempunyai tanggungjawab yang utama dalam menjaga nama baik dan kesejahteraan kumpulan masing-masing. Setiap individu itu tidak boleh mengasingkan diri atau berbuat sesuatu mengikut kehendak mereka semata-mata. Namun demikian tidak dapat dinafikan bahawa terdapatnya pengaruh luar yang bersifat negatif yang boleh memecahbelahkan perpaduan yang sedia wujud itu. Lantas

Page 5: pmr malay 1-1

Portal Pendidikan Utusan 2001 © Hak Cipta Terpelihara Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur 5

sekiranya ada ahli yang pendek akal dan mudah terpengaruh maka kesannya pasti akan dirasai oleh setiap orang dalam kumpulan itu. Justeru itulah maka orang Melayu amat berpegang kuat kepada maksud perumpamaan ini. Anak-anak muda sering dinasihati supaya sentiasa menghormati golongan tua, ibu bapa, dan keluarga manakala para pelajar yang melanjutkan pelajaran ke luar negara sering diingatkan supaya menjaga nama baik keluarga dan mengharumkan nama negara tempat tumpah darah mereka kerana ’harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama’. Oleh itu apabila hendak melakukan sebarang tindakan haruslah berfikiran rasional dan berhati-hati kerana kelak ’sebab nila setitik, rosak susu sebelanga’. Tiap-tiap orang haruslah bertanggungjawab memastikan institusi kumpulan yang dianggotai itu dipelihara dengan sebaik-baiknya bak kata pepatah ‘cubit peha kanan, peha kiri terasa juga’. 14. Maksud peribahasa seekor kerbau membawa lumpur semuanya terpalit

bermaksud… A. akibat perbuatan seseorang yang membawa lumpur, orang lain akan

mendapatnya juga. B. disebabkan kejahatan yang dilakukan oleh salah seorang ahli keluarga itu

maka secara tidak langsung anggota yang lainnya akan mendapat kesannya juga.

C. kita tidak boleh berbuat jahat kerana akan dibenci oleh angggota keluarga yang lainnya.

D. kita harus berfikir sebelum melakukan sesuatu supaya kita tidak tersalah membuat keputusan.

15. Mengapakah dikatakan bahawa manusia itu fitrahnya hidup berkumpulan?

A. kerana manusia itu saling memerlukan antara satu dengan yang lain B. kerana manusia memang tidak boleh hidup sendirian C. kerana manusia ingin disayangi D. kerana manusia suka bersaing antara mereka

16. Apakah pengaruh luar yang dikatakan boleh memecahbelahkan perpaduan?

A. budaya kuning B. hasutan daripada orang luar C. ancaman pengaruh luar yang bersifat negatif D. orang luar yang disyaki

17. Simpulan bahasa pendek akal dalam petikan bermaksud…

A. cetek fikiran. B. tidak berfikir panjang sebelum membuat keputusan. C. lambat membuat tindakan. D. tergopoh-gapah melakukan sesuatu.

Page 6: pmr malay 1-1

Portal Pendidikan Utusan 2001 © Hak Cipta Terpelihara Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur 6

18. Yang berikut ialah pernyataan yang betul tentang kepentingan peribahasa ini

kecuali… A. Orang tua perlu dihormati dan dikasihi oleh golongan muda. B. Tanggungjawab menjaga ibu bapa adalah terletak kepada anak yang sulung

sahaja. C. Para pelajar yang melanjutkan pelajaran ke luar negara haruslah menjaga

nama baik negara. D. Tanggungjawab pelajar menjaga maruah negara di luar negara adalah besar.

19. Peribahasa seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit mempunyai

persamaan maksud dengan peribahasa… A. hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. B. sebab nila setitik rosak susu sebelanga. C. bagai enau dalam belukar. D. harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.

20. Pepatah cubit peha kanan, peha kiri terasa juga bermaksud…

A. kita hendaklah berhati-hati dalam melakukan apa-apa sahaja pekerjaan. B. kita hendaklah berlaku jujur dalam setiap pekerjaan. C. sekiranya ahli keluarga ditimpa masalah maka ahli yang lainnya akan berasa

sama. D. sesiapa yang membuat kejahatan akan mendapat balasannya.

Soalan 21 hingga Soalan 30 Lengkapkan ayat -ayat dibawah dengan memilih perkataan yang paling sesuai. 21. Menurut iklan tersebut, kulit yang _____________dapat dirawat dengan kaedah moden.

A. berkecut B. berkedut C. berkecai D. berkerut

22. Syarikat kewangan itu ________ sepersalinan pakaian baru kepada semua

penghuni Rumah Anak Yatim Sinar Harapan. A. memberikan B. mengagihkan C. menghulurkan D. mengedarkan

Page 7: pmr malay 1-1

Portal Pendidikan Utusan 2001 © Hak Cipta Terpelihara Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur 7

23. Para _______ seminar itu kelihatan begitu tertarik oleh pembentangan kertas kerja yang dibuat oleh Profesor Abdul Rahman. A. peserta B. perwakilan C. pemimpin D. pemerhati

24. _________semua pihak amat diharapkan untuk melaksanakan kempen “ Cintai

Sungai Kita”. A. Kerjasama B. Kesediaan C. Kesetiaan D. Kerelaan

25. _________ kontijen negara dalam Sukan SEA ke –21 baru-baru ini amat

membanggakan kita. A. Pengekalan B. Pencapaian C. Penglibatan D. Peningkatan

26. Nina Safarina tidak tahan akan sikap neneknya yang kuat __________.

A. bersembang B. berdengkur C. berleter D. bergurau

27. Bas itu _______ke dalam parit ditepi lebuh raya kerana mengelakkan sebuah motosikal.

A. tersasar B. terbabas C. terjatuh D. terlajak

28. Isu yang _______ seperti itu janganlah dibesar-besarkan,sehingga boleh

menimbulkan permusuhan dan pergaduhan. A. kusut -masai B. simpang-siur C. kucar -kacir D. remeh-temeh

Page 8: pmr malay 1-1

Portal Pendidikan Utusan 2001 © Hak Cipta Terpelihara Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur 8

29. Pelajar yang tidak menyiapkan kerja rumahnya itu kelihatan ________sahaja apabila melihat guru kelasnya masuk. A. rimas B. resah C. gagap D. seram

30. Puan Suziana Salam menjadi ________ bagi majlis perasmian”Kempen Satu

Rumah Satu Komputer” semalam. A. jurunilai B. juruhebah C. jururawat D. juruacara

Soalan 31 hingga Soalan 39 Ayat-ayat di bawah ini mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditandai, dengan A,B, atau C. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mempunyai kesalahan. Tandakan D jika tiada kesalahan dalam ayat berkenaan. 31. Pelbagai- bagai isu yang menarik telah diketengahkan dalam perbincangan itu. A B C

Tiada kesalahan. D 32. Mereka tidak dapat berbuat apa lagi kecuali berserah kepada takdir. A B C Tiada kesalahan. D 33. Berapa buah kawasan pedalaman di negeri Kelantan telah dimajukan oleh A B C kerajaan. Tiada kesalahan. D 34. Sebagai seorang pelajar yang baik, Fauzi amat rajin mengulang kaji A B C pelajaran. Tiada kesalahan. D 35. Aktiviti kokurikulum boleh diadakan sama ada pada waktu petang dan pada A B C waktu pagi. Tiada kesalahan. D 36. Stadium Bukit Jalil huru -hara oleh tepukan para penonton yang menyaksikan A B C perlawanan bola sepak itu.Tiada kesalahan. D

Page 9: pmr malay 1-1

Portal Pendidikan Utusan 2001 © Hak Cipta Terpelihara Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur 9

37. Pak Ayob memotong pokok kelapanya itu hingga ke atas supaya mudah di A B C panjat. Tiada kesalahan. D 38. Pihak kerajaan telah menyediakan pelbagai peluang pekerjaan kepada para A B C belia. Tiada kesalahan. D 39. Kerajaan memang menggalakkan rakyat menggunakan barangan tempatan. A B C Tiada kesalahan. D Soalan 40 hingga Soalan 49 Sebahagian daripada ayat-ayat berikut telah digarisi. Bahagian yang bergaris itu mungkin mempunyai kesalahan dalam penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Jika anda menganggap bahawa bahasa pada bahagian yang bergaris itu salah dan perlu diubah, anda hendaklah menandakan A,B atau C sebagai pilihan jawapan anda. Jika tiada kesalahan ,tandakan D. 40. Baju yang Salina beli di pasar raya itu sangat sesuai dipakai ke majlis-majlis rasmi.

A. Baju yang dibeli oleh Salina B. Salina yang membeli baju C. Baju yang Salina belikan D. Baju yang Salina beli

41. Leukimia ialah sejenis penyakit yang berbahaya yang sangat ditakuti oleh segenap

lapisan masyarakat. A. iaitu sejenis penyakit berbahaya B. ialah sejenis penyakit merbahaya C. merupakan sejenis penyakit merbahaya D. ialah sejenis penyakit berbahaya

42. Program Rakan Muda merupakan satu wadah untuk para remaja-remaja

mengkembangkan bakat dan kreativiti mereka. A. bagi para remaja kembangkan B. untuk para remaja mengembangkan C. buat para-para remaja berkembang D. untuk para remaja -remaja mengkembangkan

Page 10: pmr malay 1-1

Portal Pendidikan Utusan 2001 © Hak Cipta Terpelihara Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur 10

43. Lima lelaki bersenjata sepucuk pistol telah merompak bank itu semalam. A. yang bersenjatakan sepucuk pistol B. yang bersenjatakan selaras pistol C. dengan bersenjata pistol sepucuk D. bersenjata sepucuk pistol.

44. Penghuni rumah panjang Kampung Sentosa telah mengemukakan saman terhadap

Syarikat Ikatan Setia. A. menunjukkan saman ke atas B. mengajukan saman kepada C. mengemukakan saman untuk D. mengemukakan saman terhadap

45. Rakyat di negara ini sama ada miskin dan kaya hendaklah hidup bersatu padu.

A. sama ada miskin ataupun kaya B. walaupun miskin tetapi kaya C. sungguhpun miskin dan kaya D. sama ada miskin dan kaya

46. Azlan terpinga bila tiba-tiba saja dia dimarahi oleh wanita tua itu.

A. terpinga bila tiba-tiba sahaja B. terpinga- pinga apabila dengan tiba-tiba C. terkelip-kelip apabila dengan tiba-tiba sahaja D. terpinga bila tiba-tiba saja

47. Pencemaran air yang berterusan akan menyebabkan hidupan air di dalam kawasan itu pupus.

A. haiwan air di dalam kawasan itu B. hidupan air di kawasan itu C. kehidupan dalam air di kawasan itu D. hidupan air di dalam kawasan itu

48. Kakitangan awam menyambut baik pelaksanaan cuti umum tambahan pada hari Sabtu.

A. elok pelaksanaan cuti am B. baik melaksanakan cuti umum C. gembira terlaksana cuti awam D. baik pelaksanaan cuti umum

49. Setengah – setengah remaja kurang senang dengan peraturan ibu bapa yang

dianggap mengongkong kebebasan mereka. A. Setengah remaja kurang B. Sesetengah remaja-remaja kurang C. Setengah-tengah remaja sedikit D. Setengah-setengah remaja kurang

Page 11: pmr malay 1-1

Portal Pendidikan Utusan 2001 © Hak Cipta Terpelihara Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur 11

Soalan 50 hingga Soalan 52 Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal. 50. Sistem pendidikan negara mewajibkan para pelajar menceburkan diri dalam

kokurikulum. A. Penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum adalah diwajibkan menerusi

sistem pendidikan negara. B. Para pelajar yang tidak bergiat dalam kokurikulum akan dikenakan tindakan

yang sewajarnya. C. Aktiviti kokurikulum ialah aktiviti yang diwajibkan kepada pelajar. D. Para pelajar diwajibkan menyertai aktiviti kokurikulum.

51. Muzik dapat mewujudkan masyarakat yang berbudaya kebangsaan.

A. Budaya kebangsaan ialah masyarakat yang boleh bermain alat muzik. B. Satu daripada cara untuk melahirkan masyarakat yang berbudaya

kebangsaan ialah melalui muzik. C. Masyarakat berbudaya ialah masyarakat kebangsaan. D. Hasrat kerajaan pasti akan tercapai untuk mewujudkan masyarakat

berbudaya kebangsaan hanya melalui muzik. 52. Sejak kebelakangan ini Malaysia menghadapi masalah kekurangan tenaga buruh.

A. Negara akan mengalami masalah yang besar kerana kekurangan buruh. B. Malaysia sedang menghadapi masalah yang ketara, iaitu bekalan tenaga

buruh yang berkurangan. C. Kekurangan tenaga buruh menyebabkan Malaysia terpaksa mengimport

tenaga buruh asing. D. Tenaga buruh semakin berkurangan dan ini membimbangkan negara.

Soalan 53 hingga Soalan 54 Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi soalan di bawah ini. 53. Walaupun mereka berdua selalu berkelahi, tetapi mereka tetap berbaik juga

akhirnya kerana… A. kecil tapak tangan ,nyiru ditadahkan. B. carik-carik bulu ayam, akhirnya bercantum juga. C. bagaimana acuan, begitulah kuihnya. D. melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Page 12: pmr malay 1-1

Portal Pendidikan Utusan 2001 © Hak Cipta Terpelihara Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur 12

54. Pak Ali kelihatan termenung kerana perniagaannya tidak begitu laris bak kata orang perniagaan ini adakalanya… A. ada pasang surutnya. B. indah khabar daripada rupa. C. jauhari juga yang mengenal manikam. D. kecil tapak tangan,nyiru ditadahkan.

Soalan 55 hingga Soalan 57 Pilih ayat atau ayat-ayat yang menggunakan kata yang berhuruf condong dengan betul dan tentukan bahawa anda memilih cadangan jawapan yang paling sesuai. 55. I. Perbuatan sumbang yang dilakukannya telah terbongkar. II. Lagu yang dinyanyikan oleh penyanyi baru itu kedengaran agak sumbang. III. Langkah penari-penari tradisional itu menjadi sumbang apabila muzik terhenti secara tiba-tiba. IV. Perilaku berpeluk-peluk dikhalayak ramai dianggap sumbang di kalangan masyarakat Timur

A. I dan II sahaja B. II dan IV sahaja C. I, II dan IV sahaja D. I, II, III dan IV.

56. I. Simpanan di Bank Simpanan Nasional tidak boleh dikeluarkan kerana belum matang. II. Pisang nangka yang diperam oleh ayah di atas para belum cukup matang untuk dibuat pengat. III. Ayam jantan Pak Abu sudah matang dan boleh disembelih. IV. Hujah yang disampaikan oleh pemidato itu sungguh matang. A. I dan II sahaja

B. II dan IV sahaja C. I dan IV sahaja D. III dan IV sahaja

Page 13: pmr malay 1-1

Portal Pendidikan Utusan 2001 © Hak Cipta Terpelihara Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur 13

57. I. Negeri Sabah menghasilkan kayu balak yang bermutu tinggi. ii. Seruling itu hendaklah ditiup dengan cara yang betul bagi menghasilkan bunyi yang merdu. iii. Menghasilkan getah bermutu tinggi boleh dilaksanakan mengikut kaedah pertanian moden. iv. Segala penat lelahnya selama ini tidak menghasilkan. A I dan II sahaja B II dan IV sahaja C I, II dan IV sahaja D I, II, III dan IV Soalan 58 hingga Soalan 60. Pilih ayat atau ayat-ayat yang betul dan tentukan bahawa anda telah memilih cadangan jawapan yang paling sesuai. 58. I. Bapa saya hendak melawat ke negara Eropah tahun ini. II. Johor Bahru ialah tempat yang indah dan di sana terdapat banyak rumah rehat. III. Bahang dan kehangatan Gerakan Cintailah Bahasa Kita masih terasa lagi. IV. Ketua kampung itu dikenalkan sebagai Penghulu.

A. I dan II sahaja B. II dan III sahaja C. I, II dan III sahaja D. I, II, III dan IV

59. I. Sayur yang ditanam oleh Ah Chai subur-subur belaka. II. Emak menghidangkan secawan kopi kepada ayah yang baru pulang dari kebun. III. Kasut Aziz sudah tembok akibat tersepak batu. IV. Atlet itu tewas oleh kelebihan saingannya.

A. I dan II sahaja B. II dan IV sahaja C. I, II dan IV sahaja

D. I, II, III dan IV

Page 14: pmr malay 1-1

Portal Pendidikan Utusan 2001 © Hak Cipta Terpelihara Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur 14

60. I. Remaja dinasihati supaya tidak terjebak dalam gejala maksiat. II. Cherating terletak di antara Kuantan dengan Kemaman. III. Dawai yang diperlukan untuk membuat ampaian panjangnya tidak kurang daripada dua meter setengah. IV. “Buku latihan Bahasa Melayu saya, ada pada Cikgu Era,” jelas Wahid.

A. II dan IV B. I, II dan III C. II, III dan IV D. I, II, III dan IV

KERTAS SOALAN TAMAT