POIN-POIN RINGKAS UNTUK PENULISAN KARANGAN BAHASA MELAYU SPM

9
Poin-Poin Ringkas Untuk Penulisan Karangan Bahagian A Dan B 1 POIN-POIN RINGKAS UNTUK PENULISAN KARANGAN BAHAGIAN A & B Berikut ialah beberapa poin ringkas yang dicatat hasil pembacaan melalui akhbar dan majalah. Poin-poin yang tercatat boleh anda jadikan panduan untuk menghasilkan karangan Bahagian A Peringkat Cemerlang (26-30 markah ) dan Bahagian B Peringkat Cemerlang (80-100 markah ) Anda boleh menghasilkan poin-poin ringkas anda sendiri. 1. KEPENTINGAN NILAI MURNI Masyarakat yang berperibadi mulia dan berdisiplin dapat memberi sumbangan yang lebih bermakna dalam usaha memajukan negara agar mencapai kemakmuran dan kemajuan yang pesat Individu dan masyarakat yang mempunyai nilai murni akan mempunyai budi pekerti yang mulia dan akan dihormati oleh orang lain. Pelbagai gejala sosial yang kurang baik dapat dibanteras dan masyarakat hidup dalam keadaan aman dan harmonis. Imej negara di kaca mata dunia akan tinggi dan rakyat negara ini dikagumi oleh pelancong asing/ masyarakat dunia. Individu yang mempunyai nilai murni akan dapat membuat pertimbangan secara rasional dalam menyelesaikan masalah 2. USAHA MEMAJUKAN INDUSTRI BUAH-BUAHAN TEMPATAN Memperkenalkan teknik penanaman moden dan teknologi yang baru dalam industri buah-buahan. Menggiatkan kempen menggalakkan masyarakat makan buah-buahan tempatan. Mempelbagai dan memperluas pasaran buah-buahan tempatan di luar negara. Memperluas kawasan penanaman buah-buahan tempatan sebagai tanaman keempat terpenting selepas getah, kelapa sawit dan koko. Memperkenalkan skim galakan dan memberi khidmat nasihat kepada pengusaha yang mengusahakan penanaman buah-buahan tempatan .

description

poin sahaja. kalau tak dikembangkan menjadi perenggan isi 85-120 pp; no point

Transcript of POIN-POIN RINGKAS UNTUK PENULISAN KARANGAN BAHASA MELAYU SPM

Page 1: POIN-POIN RINGKAS UNTUK PENULISAN KARANGAN BAHASA MELAYU SPM

Poin-Poin Ringkas Untuk Penulisan Karangan Bahagian A Dan B 1

POIN-POIN RINGKAS UNTUK PENULISAN KARANGAN BAHAGIAN A & B

Berikut ialah beberapa poin ringkas yang dicatat hasil pembacaan melalui akhbar dan majalah.

Poin-poin yang tercatat boleh anda jadikan panduan untuk menghasilkan karangan Bahagian A Peringkat Cemerlang (26-30 markah ) dan Bahagian B Peringkat Cemerlang (80-100 markah )

Anda boleh menghasilkan poin-poin ringkas anda sendiri.

1. KEPENTINGAN NILAI MURNI Masyarakat yang berperibadi mulia dan berdisiplin dapat memberi sumbangan yang

lebih bermakna dalam usaha memajukan negara agar mencapai kemakmuran dan kemajuan yang pesat

Individu dan masyarakat yang mempunyai nilai murni akan mempunyai budi pekerti yang mulia dan akan dihormati oleh orang lain.

Pelbagai gejala sosial yang kurang baik dapat dibanteras dan masyarakat hidup dalam keadaan aman dan harmonis.

Imej negara di kaca mata dunia akan tinggi dan rakyat negara ini dikagumi oleh pelancong asing/ masyarakat dunia.

Individu yang mempunyai nilai murni akan dapat membuat pertimbangan secara rasional dalam menyelesaikan masalah

2. USAHA MEMAJUKAN INDUSTRI BUAH-BUAHAN TEMPATAN Memperkenalkan teknik penanaman moden dan teknologi yang baru dalam industri

buah-buahan. Menggiatkan kempen menggalakkan masyarakat makan buah-buahan tempatan. Mempelbagai dan memperluas pasaran buah-buahan tempatan di luar negara. Memperluas kawasan penanaman buah-buahan tempatan sebagai tanaman

keempat terpenting selepas getah, kelapa sawit dan koko. Memperkenalkan skim galakan dan memberi khidmat nasihat kepada pengusaha

yang mengusahakan penanaman buah-buahan tempatan .

3. KEBAIKAN DAN KEBURUKAN PERTANIAN TRADISIONAL Kebaikan

Mengekalkan tradisi bergotong-royong yang diwarisi sejak turun-temurun (menanam, membersihkan sawah lading, menuai, dll).

Tidak memerlukan kos dan modal yang tinggi – proses penanaman dan tuaian secara manual. Mewujudkan suasana mesra dalam kalangan pengusaha. Hasil pertanian tidak dicemari bahan kimia seperti racun serangga. Menghasilkan pelbagai hasil pertanian seperti pisang, ubi kayu, ubi keledek , dll

mengikut keperluan pengusahanya.Keburukan Memberi kesan negatif kepada kualiti alam sekitar (terutama pertanian pindah)

kerana menyebabkan penerokaan hutan dan menyebabkan kehilangan kayu balak yang berharga.

Menyebabkan kawasan tanah terdedah dan penimbulkan masalah hakisan tanah. Memerlukan masa yang lama untuk mengusahakan sesuatu kawasan kerana

menggunakan peralatan lama/tradisional. Tidak mendatangkan pendapatan yang lumayan kerana pengeluaran hasil yang

terhad.

Page 2: POIN-POIN RINGKAS UNTUK PENULISAN KARANGAN BAHASA MELAYU SPM

Mewujudkan golongan petani yang kurang kreatif dan sukar untuk menerima perubahan.

© shuhaimi sulaiman jbmrsmtrans2006Poin-Poin Ringkas Untuk Penulisan Karangan Bahagian A Dan B 2

4. KEBURUKAN PEMBALAKAN YANG TIDAK TERKAWAL

Kawasan hutan yang menjadi khazanah negara ( tempat pelbagai spesies tumbuhan dan habitat haiwan) musnah.

Spesies haiwan dan tumbuhan pupus. Pembalakan menyebabkan kawasan tadahan air negara terjejas. Pembalakan menyebabkan masalah tanah runtuh dan banjir kilat. Cth : pembalakan

di Hulu Kelang menyebabkan tanah runtuh – tragedi Highland Towers). Pembalakan yang tidak terkawal menjejaskan ekonomi negara. (bekalan kayu balak

terhad) Pembalakan yang berleluasa menyebabkan peningkatan suhu / udara semakin

panas kerana kekurangan oksigen daripada tumbuh-tumbuhan. Potensi sektor pelancongan melalui hutan dan kawasan rekreasi seperti air terjun

terjejas.

5. PERANAN LEBUH RAYA

Lebuh raya dapat memendekkan masa perjalanan. (perjalanan tidak terganggu oleh lampu isyarat)

Lebuh raya dapat mengurangkan kos penggunaan petrol Lebuh raya menyediakan perjalanan yang selesa kepada pengguna – jalan sehala,

tempat rehat dan solat serta lain-lain. Lebuh raya memudahkan perjalanan dari satu destinasi ke satu destinasi – susur

keluar disediakan untuk ke setiap bandar di setiap negeri). Lebuh raya memperkembang ekonomi – menyingkatkan masa pengangkutan untuk

pemasaran barang-barang perkilangan ke bandar-bandar utama. Cth : dari Bayan Lepas ke Kuala Lumpur.

Pembinaan lebuh raya juga membantu mengatasi masalah kesesakan lalu lintas Potensi sektor pelancongan kawasan rekreasi seperti air terjun ditingkatkan dengan

adanya kemudahan perhubungan.

6. TABIAT PENGGUNA DI MALAYSIA

Hampir 70% bahan makanan dibeli secara mendadak atau tanpa sebarang perancangan.

Hampir 60% membeli-belah di sebuah pasar raya sahaja, 30% lebih daripada dua pasar raya dan bakinya mempunyai fikiran terbuka tentang kekerapan untuk ke kedai.

Hampir 40% pengguna membeli-belah hanya sekali seminggu, 20% dua kali seminggu, dan bakinya paling kurang, tiga kali seminggu mereka membeli-belah.

Hampir 95% pengguna Malaysia terlibat dalam belian mendesak. Kurang daripada 20% pengguna menggunakan dan menyediakan senarai belian sebelum membeli.

Terdapat perkembangan pengguna suka mengunjungi gedung membeli-belah daripada kedai runcit.

Pengguna selalunya berbelanja dalam minggu pertama selepas menerima gaji. Pengguna biasanya membayar bil-bil yang diterima terlebih dahulu sebelum pergi

membeli-belah. Pengguna yang mempunyai kad kredit didapati berbelanja tiga kali ganda lebih

banyak daripada mereka yang tidak memilikinya. Pengguna lebih cenderung membeli melalui bayaran mudah atau ansuran daripada

tunai. Dan, mereka jarang mempertimbangkan kos membeli dengan cara seperti ini.

Page 3: POIN-POIN RINGKAS UNTUK PENULISAN KARANGAN BAHASA MELAYU SPM

Tidak ramai pengguna yang membaca label barangan yang hendak dibeli terlebih dahulu sebelum membelinya

© shuhaimi sulaiman jbmrsmtrans2006

Poin-Poin Ringkas Untuk Penulisan Karangan Bahagian A Dan B 3

7. POTENSI MALAYSIA SEBAGAI DESTINASI PELANCONGAN

Tumbuhan semula jadi yang menghijau dan menyamankan. Kemudahan-kemudahan asas yang mencukupi seperti hotel bertaraf lima bintang

padang golf, pusat membeli-belah dan penukar wang asing. Ketersampaian iaitu kawasan pelancongan dihubungi dengan jalan raya, keretapi,

jalan laut,, lapangan terbang dan pelabuhan Sikap rakyat yang peramah dan masyarakat majmuk menarik pelancong. Peranan agensi seperti Tourism Malaysia/ Perbadanan Kemajuan Negeri Peranan kerajaan seperti memperkenalkan iinsentif cukai dan mengadakan

persidangan antarabangsa Kerjasama serantau seperti Tahun Melawat ASEAN Tahun Melawat Malaysia 2007 Kedudukan yang strategik dilaluan perdagangan timur-barat Modal mencukupi untuk membina hotel, chalet oleh pelabur tempatan dan pelabur

asing Kebudayaan tempatan yang kaya dengan seni dan pelbagai perayaan termasuk

Citrawarna. Harga barangan yang murah dan dikecualikan cukai untuk menarik pelancong Keselamatan terjamin lantas pelancong berasa selamat.

8. CIRI-CIRI SEKOLAH YANG BERJAYA

Kepemimpinan pengetua dan jawatankuasa pengurusan yang dinamis dan berkesan Guru dan kakitangan amanah,ikhlas, memiliki sifat kecindan dan tidak mementingkan

diri sendiri. Keadaan fizikal dan mental yang sihat ahli-ahli dalam komuniti sekolah Kemahiran berkomunikasi oleh semua warga sekolah Kebolehan pengurusan sekolah menganalisis masalah Kebolehan pengurusan sekolah membuat keputusan Keterampilan pemimpin pelajar Pengurusan pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang sistematik Pengurusan aktiviti kurikulum dan kokurikulum yang tersusun Visi dan misi yang dinyatakan kepada semua warga sekolah dengan jelas Keceriaan sekolah diberi keutamaan Fokus ke arah pembinaan sahsiah dan peribadi pelajar

9. KEPENTINGAN SEKTOR PERTANIAN

Menjanjikan pulangan lumayan kepada petani Menjadi wahana dalam usaha merapatkan jurang pendapatan antara penduduk desa

dan bandar. Mengurangkan kebergantungan Malaysia kepada negara asing untuk mendapatkan

bekalan makanan Meningkatkan eksport barangan makanan Sebagai enjin pertumbuhan ekonomi negara

Page 4: POIN-POIN RINGKAS UNTUK PENULISAN KARANGAN BAHASA MELAYU SPM

Menyediakan banyak peluang pekerjaan yang berkaitan dengan sektor ini Meningkatkan dan meluaskan penggunaan bioteknologi Menjadikan pengurusan persatuan-persatuan nelayan kawasan (PNK) dan

pertubuhan peladang kawasan (PPK) ditadbir secara lebih sistematik Menggalakkan petani dan penternak mempraktikkan amalan pertanian yang baik Meningkatkan aplikasi teknologi moden Meningkatkan usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D)

© shuhaimi sulaiman jbmrsmtrans2006Poin-Poin Ringkas Untuk Penulisan Karangan Bahagian A Dan B 4

10. PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA

Satu program pembinaan sahsiah diri bermatlamat untuk membina dan

mengukuhkan semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda Memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional. Membentuk perwatakan positif (character building) menerusi nilai-nilai murni Menanam rasa percaya dan yakin kepada diri sendiri para remaja Menjadikan remaja lebih memahami nilai-nilai budaya pelbagai kaum Program ini bukanlah bersifat kerahan tenaga Tidak mengikut mana-mana model dari luar Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang Akta Latihan Khidmat Negara

pada 25 Jun 2003 manakala Dewan Negara meluluskan Rang Undang-Undang ini pada 7 Julai 2003

Jangka masa latihan selama 3 bulan secara berkhemah dan berasrama. Pelaksanaan sejak tahun 2004. Dilaksanakan ala-Malaysia berteraskan tiga modul utama. Modul Fizikal ialah sebuah modul yang dilaksanakan untuk membina kemahiran dan

ketahanan mental, emosi, spiritual dan fizikal bagi menjadikan peserta Program Latihan Khidmat Negara sebagai warganegara yang berkesan

Latihan-latihan yang dilalui dapat mengeratkan perpaduan dalam kalangan peserta, mempertingkatkan ketabahan mental bagi tujuan hidup (survival), daya kepimpinan, disiplin dalaman, keyakinan diri, kemahiran bekerja sebagai ahli satu pasukan, kemahiran menyelesai masalah, membuat keputusan secara individu dan dalam kumpulan

Modul Kenegaraan ialah sebuah modul yang diaplikasikan untuk memperluas pengetahuan tentang kenegaraan (nation-building) dan meningkatkan perasaan cinta

serta pengorbanan para peserta program terhadap negara Modul Pembinaan Karakter ialah sebuah modul yang dilaksanakan untuk membina

karakter yang berkesan bagi para peserta yang merangkumi diri, keluarga, komuniti dan negara.

11. PEMBANGUNAN MESRA ALAM

Pembangunan yang seimbang antara pelaksanaan teknologi pembinaan dan alam semula jadi yang membolehkan kesesuaian habitat-habitat lain untuk hidup. (pengekalan ekosistem)

Mengekalkan kualiti air mengikut piawaian yang ditetapkan Mengawal selia semua pembangunan yang dilaksanakan oleh pihak berkuasa

tempatan (PBT) dan swasta Pelan kerja tanah dan saliran, serta pelan bangunan dengan mempraktikkan MSMA

(Manual Saliran Mesra Alam) yang diluluskan dan dilaksanakan oleh kerajaan- kerajaan negeri mulai 1 April 2001.

Melaksanakan kerja-kerja tebatan banjir Projek Penghijauan dan pengindahan sepanjang rizab sungai

Page 5: POIN-POIN RINGKAS UNTUK PENULISAN KARANGAN BAHASA MELAYU SPM

Penyelenggaraan secara berterusan dengan membersihkan sampah sarap dan mengelakkan bahan cemaran toksid

Mengadakan kempen kesedaran kepada masyarakat untuk menghargai sungai. Pendekatan Islam Hadhari agar kehidupan manusia menjadi harmoni dengan alam

sekitar dan persekitarannya di samping berusaha untuk terus maju. Menyediakan tapak perindustrian dengan kemudahan loji rawatan bahan cemar

udara, air sisa industri dan sisa toksik mengikut peruntukan undang-undang.

© shuhaimi sulaiman jbmrsmtrans2006

Poin-Poin Ringkas Untuk Penulisan Karangan Bahagian A Dan B 5

12. KEPENTINGAN MENGUTAMAKAN KELUARGA

Keluarga menjadi asas membentuk zuriat dan keturunan yang bertamadun. Memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional. Membentuk perwatakan positif (character building) menerusi nilai-nilai murni Menanam rasa percaya dan yakin kepada diri sendiri para remaja Menjadikan remaja lebih memahami nilai-nilai budaya pelbagai kaum Program ini bukanlah bersifat kerahan tenaga Tidak mengikut mana-mana model dari luar Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang Akta Latihan Khidmat Negara

pada 25 Jun 2003 manakala Dewan Negara meluluskan Rang Undang-Undang ini pada 7 Julai 2003

Jangka masa latihan selama 3 bulan secara berkhemah dan berasrama. Pelaksanaan sejak tahun 2004. Dilaksanakan ala-Malaysia berteraskan tiga modul utama. Modul Fizikal ialah sebuah modul yang dilaksanakan untuk membina kemahiran dan

ketahanan mental, emosi, spiritual dan fizikal bagi menjadikan peserta Program Latihan Khidmat Negara sebagai warganegara yang berkesan

Latihan-latihan yang dilalui dapat mengeratkan perpaduan dalam kalangan peserta, mempertingkatkan ketabahan mental bagi tujuan hidup (survival), daya kepimpinan, disiplin dalaman, keyakinan diri, kemahiran bekerja sebagai ahli satu pasukan, kemahiran menyelesai masalah, membuat keputusan secara individu dan dalam kumpulan

Page 6: POIN-POIN RINGKAS UNTUK PENULISAN KARANGAN BAHASA MELAYU SPM

Poin-Poin Ringkas Untuk Penulisan Karangan Bahagian A Dan B 6