Pola Ayat Dasar

4
Frasa Nama Seorang budak lelaki sedang berbasikal. Seekor anak kucing mengiau-nagiau di situ. Udin mendengarnya dengan teliti. Kucing itu terjatuh ke dalam longkang. Udin mahu menyelamatkan anak kucing itu. Dalam ayat-ayat yang tertera di atas, frasa seorang budak, seeko anak kucing, Udin, Kucing itu, longkang dan anak kucing dikenal sebaga Frasa Nama a Nama boleh terbentuk daripada satu kata nama atau lebih. ohnya : orang, rumah, orang Melayu, pokok kelapa, kawasan perumahan sebagainya.

description

pola

Transcript of Pola Ayat Dasar

Page 1: Pola Ayat Dasar

Frasa Nama

1. Seorang budak lelaki sedang berbasikal.

2. Seekor anak kucing mengiau-nagiau di situ.

3. Udin mendengarnya dengan teliti.

4. Kucing itu terjatuh ke dalam longkang.

5. Udin mahu menyelamatkan anak kucing itu.

Dalam ayat-ayat yang tertera di atas, frasa seorang budak, seekoranak kucing, Udin, Kucing itu, longkang dan anak kucing dikenal sebagaiFrasa Nama

Frasa Nama boleh terbentuk daripada satu kata nama atau lebih.Contohnya : orang, rumah, orang Melayu, pokok kelapa, kawasan perumahan dan sebagainya.

Page 2: Pola Ayat Dasar

Frasa Kerja

1. Seorang budak lelaki sedang berbasikal.

2. Seekor anak kucing mengiau-nagiau di situ.

3. Udin mendengarnya dengan teliti.

4. Kucing itu terjatuh ke dalam longkang.

5. Udin mahu menyelamatkan anak kucing itu.

Dalam ayat-ayat yang tertera di atas, frasa berbasikal, mengiau-ngiau, Mendengar, terjatuh dan menyelamatkan dikenal sebagaiFrasa Kerja.

Frasa Kerja boleh terbentuk daripada satu kata kerja.Contohnya : berlari, menulis, menyanyi, bersenam, makan, minum danSebagainya.

Page 3: Pola Ayat Dasar

Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK)

Ayat-ayat yang dibina dengan pola ini menggunakan Frasa Nama (FN) sebagaisubjek dan Frasa Kerja (FK) sebagai predikat seperti contoh yang berikut ini.

SUBJEK PREDIKAT

Frasa Nama (FN) Frasa Kerja (FK)

1. Wartawan menulis berita.

2. Ayah membaca akhbar utusan Melayu.

3. Akhbar Utusan Melayu dibaca oleh orang ramai.

4. Yusof Ishak menjadi presiden pertama Singapura.

5. Presiden Singapura membaca ikrar.

Page 4: Pola Ayat Dasar