Persoalan tentang ayat dasar
-
Upload
abdmumin-hassan -
Category
Documents
-
view
355 -
download
7
Transcript of Persoalan tentang ayat dasar
PERSOALAN TENTANG AYAT DASAR
Sejauh manakah ayat dasar boleh terbit dengan hanya satu perkataan untuk subjek dan satu
perkataan untuk predikat?
Isu ini jarang sekali dikemukan,tetapi jika ditanya benar atau tidak ayat dasar boleh bersifat
sedemikian. Bagi saya, jawapannya ialah "Ya". Sebelum menerangkan mengapa saya
mengatakan ya,terlebih dahulu, cuba faham konsep ayat dasar serta bentuk dan sifat frasa -
frasa yang membentuk ayat dasar iaitu merujuk kepada pola -pola utama dalam ayat dasar.
Ayat Dasar
Ayat dasar ialah ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi membentukan semua ayat lain
dalam sesuatu bahasa. Terdapat berbagai-bagai jenis ayat dasar daripada segi binaan dan
susunannya, serta sepi panjang pendeknya dalam sesuatu bahasa. Ayat dasar mempunyai
pola yang tersendiri.
Pola Ayat Dasar Bahasa Melayu
FN + FN
FN + FK
FN + FA
FN + FSN
Berdasarkan pola ayat dasar, dapat dibuktikan bahawa ayat dasar boleh terdiri hanya daripada
satu perkataan untuk subjek dan predikat kecuali untuk binaan pola FN + FSN.
Bukti 1 : FN + FN
Subjek + Predikat
Arisa guru.
1. Perhatikan ayat di atas, dan cuba analisis dari aspek binaan subjek dan predikat serta
daripada aspek makna ayat tersebut.
2. Frasa Arisa yang menjadi konstituen subjek merupakan frasa nama. Manakala
frasa guru juga merupakan frasa nama.
3. Daripada aspek semantik, ayat tersebut mempunyai makna dan lengkap.
Bukti 2 : FN + FK
Subjek + Predikat
Ayah tidur.
1. Subjek ayat adalah frasa nama dan predikat ialah frasa kerja tak transitif yang tak
berpelengkap.
2. Ayat ini lengkap daripada aspek makna.
3. Ayat ini boleh diperluaskan dengan menambah unsur keterangan pada binaan predikat
iaitu frasa kerja. Ini kerana frasa kerja tidur merupakan kata kerja tak transitif tak
berpelengkap yang boleh menerima unsur keterangan.
4. Secara ringkasnya, jika unsur frasa kerja adalah frasa kerja transitif, maka akan wujud
dalam dua bentuk, iaitu dengan dua objek atau satu objek. Keadaan ini berlaku kerana
frasa kerja transitif mengandungi objek dan tidak boleh berdiri sendiri, malah daripada
aspek makna adalah tidak lengkap.
Bukti 3 : FN + FA
Subjek + Predikat
Adik nakal.
1. Bagi ayat di atas, ternyata pola ini subjek dan predikatnya boleh terdiri daripada satu
perkataan.
2. Binaan ini boleh diperluaskan dengan frasa adjektif yang menerima unsur
keterengan,penguat dan kata bantu.
Bukti 4 : FN + FSN
Subjek + Predikat
Dia ke kampung.
1. Bagi pola di atas, subjeknya boleh terdiri daripada hanya satu perkataan, tetapi
predikatnya tidak.
2. Ini berlaku kerana binaan frasa sendi nama itu sendiri yang terbina dengan kata sendi
dan frasa nama.
3. Kata sendi juga tidak boleh membentuk frasa sendi nama tanpa unsur frasa nama.
4. Oleh yang demikian unsur predikat yang terbina daripada frasa sendi nama tidak boleh
hanya satu perkataan .
Dicatat oleh elLyieDa di Rabu, Mei 27, 2009
Komen
0 ulasan:
Catat Ulasan
Pautan pada catatan ini
Buat Pautan
Catatan TerbaruCatatan LamaLaman utama
Top of Form
Bottom of Form
Biodata
ELLYIEDA
Sendirian itu tidak bermakna sepi, dan sepi itu lebih baik daripada tin kosong.
LIHAT PROFIL LENGKAP SAYA
Ahli Blog
Terdapat ralat dalam alat ini
Labels
Komunikasi (1)
Pengajaran dan Pembelajaran (1)
Blog Archive
▼ 2009 (51)
o ► Disember (1)
o ► Oktober (7)
o ► September (20)
o ► Ogos (4)
o ▼ Mei (19)
Assalamualaikum..Saya sering bermonolog serta memi...
PERSOALAN TENTANG AYAT DASAR
APAKAH KATA DAN FRASA?
<!--[if gte mso 9]> Normal 0 f...
MINGGU 6 BMM3110
MINGGU 5 BMM3110
MINGGU 2 BMM3110
MINGGU 1 BMM3110
AYAT DASAR
Contoh Analisis Cerpen Dari Aspek Sintaksis
PEMAJMUKAN KATA NAMA
FIKIR-FIKIRKAN BERSAMA..BERKESAN ATAU TIDAK UNTUK ...
Martabatkan Bahasa Melayu
Apakah itu "Sintaksis"
Unit Morfologi
Pengenalan Morfologi
Penggunaan Video dalam Pengajaran dan Pembelajaran...
Gangguan Dalam Berkomunikasi
Realitinya Sebuah Impian
ahagian – Bahagian Ayat
Tiap – tiap ayat mesti terdiri daripada 2 bahagian atau lebih
Bahagian 1 : benda atau subjek
Bahagian 2 : cerita atau predikat
· Istilah subjek bagi benda dan predikat bagi cerita.
· Ayat yang paling pendek terdiri daripada satu patah perkataan saja.
· Ayat yang boleh terdiri daripada satu perkataan ialah ayat perintah.
Subjek
· Subjek ialah benda , manakala predikat ialah cerita.
· Istilah lain untuk subjek ialah hal, dan istilah lain untuk predikat ialah perihal.
· Subjek ialah perkara yang diceritakan
· Predikat ialah cerita berkenaan subjek.
CONTOH AYAT
1. Proton ialah Perusahaan Automobil Negara
Subjek : Proton
Predikat : ialah Perusahaan Automobil Negara
2. Rumah kayu itu rumah saya
Subjek : rumah kayu itu
Predikat : rumah saya
3. Bunga tanjung boleh ditanam dengan mudah
Subjek : Bunga tanjung
Predikat : boleh ditanam dengan mudah
Unsur – unsur subjek
· Subjek mestilah terdiri daripada golongan orang, benda atau perkara.
Contohnya
Subjek Predikat
Dia ( orang ) guru
Bunga itu ( benda ) harum baunya
Pensel ( benda ) di atas meja.
Tupai ( benda ) melompat dari satu dahan ke satu dahan
Subjek dalam ayat susunan biasa
· Ayat yang disusun secara biasa ialah ayat aktif
· Dalam ayat susunan biasa, subjek sentiasa diletakkan pada bahagian pangkal ayat.
Contoh :
Nelayan menangkap ikan
Subjek : Nelayan
Predikat : menangkap ikan
Rohana menjahit baju kurung
Subjek : Rohana
Predikat : menjahit baju kurung
Budin terjun ke dalam sungai
Subjek : Budin
Predikat: terjun ke dalam sungai
Subjek dalam susunan ayat songsang
· Ayat songsang ialah ayat yang susunannya diterbalikkan iaitu bahagian yang didepan
dipindahkan ke belakang, dan bahagian yang dibelakang dipindahkan ke depan.
Contoh :
Susunan biasa : Kucing memakan ikan
Susunan songsang : Ikan dimakan oleh kucing
Susunan biasa : Budin memanjat pokok
Susunan songsang : Pokok dipanjat oleh Budin
Ayat susnan biasa menggunakan kata kerja yang ada imbuhan me-
Contoh ayat biasa yang menggunakan imbuhan me-
· Laily memakai tudung
· Emak mencuci baju
· Adik membaca buku
Jika ayat biasa disongsangkan, ayat itu menggunakan kata kerja yang ada imbuhan di-
Contoh ayat songsang yang menggunakan imbuhan di-
· Tudung dipakai oleh Rohani
· Baju dicuci oleh emak
· Buku dibaca oleh adik
Predikat
· Predikat ialah bahagian ayat yang mengandungi cerita.
· Cerita itu ialah berkenaan benda, orang ataupun perkara yang disebut dalam subjek
Predikat mempunyai 4 fungsi :
· Memberitahu maklumat lanjut berkenaan benda . ( frasa nama )
· Memberitahu apa yang dilakukan oleh benda ( frasa kerja )
· Memberitahu sifat – sifat benda itu .( frasa adjektif )
· Memberitahu di mana, ke mana, mengapa, bagaimana, dengan siapa dan bila. ( frasa sendi )
Oleh yang demikian, predikat boleh terdiri daripada mana – mana satu daripada 4 jenis frasa
dibawah.
· Frasa nama
· Frasa kerja
· Frasa sifat
· Frasa sendi
Ayat Dasar
· Ayat dasar ialah ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi pembentukan semua ayat yang
lain dalam sesuatu bahasa
Walaupun terdapat berbagai –bagai jenis ayat dari segi binaan dan susunannya, dan dari segi
panjang pendeknya dalam sesuatu bahasa, namun jika dikaji asas binaannya maka semua ayat
itu boleh dikesan rangka dasarnya sebagai berasal daripada beberapa pola tertentu.
· Pola – pola rangka ayat itulah yang disebut pola ayat dasar bagi sesuatu bahasa.
· Daripada pola – pola ayat itulah terbit ayat yang lain, sama ada ayat tunggal atau ayat
majmuk,ayat pendek atau ayat panjang, ayat aktif atau ayat pasif dan sebagainya.
· Dalam bahasa Melayu, pola ayat dasar boleh dibahagikan kepada empat jenis.
· Dengan berpandu pada jenis – jenis unsur yang hadir sebagai konstituen ayat – ayat itu,
iaitu jenis – jenis subjek dan predikatnya.
· Konstituen subjek pada umumnya diisi oleh frasa nama, sementara konstituen predikat pula
diisi oleh 4 jenis unsur yang berbeza , iaitu frasa nama,frasa kerja,frasa adjektif dan frasa sendi
nama.
Konsep Ayat Terbitan
· Penerbitan sesuatu ayat disini dimaksudkan sebagai hasil daripada terlaksananya suatu
proses gramatis, iaitu melibatkan pelaksanaan rumus transformasi yang berfungsi mengubah
aturan atau struktur ayat serta memperluas sesuatu unsur dalam ayat atau frasa.
· Dalam bahasa Melayu, penerbitan ayat ini dapat dilakukan melalui proses transformasi yang
mengakibatkan pengguguran, penyusunan semula atau peluasan kepada unsur –unsur struktur
dalaman.
SUSUNAN AYAT
Susunan Biasa
1. Susunan biasa ayat bahasa Melayu ialah unsur subjek mendahului unsur predikat ( S+P).
2. Bahagian yang menjadi subjek itu merupakan bahagian yang diterangkan manakala bahagian
predikat pula ialah bahagian yang menerangkan subjek tersebut.
3. Susunan biasa dalam ayat dapat berlaku pada semua jenis ayat, sama ada ayat tersebut ialah
ayat tunggal atau ayat majmuk.
4. Bagi ayat dasar, susunan ayat mestilah dalam susunan biasa kerana cirri ayat dasar
berstruktur S+P.
5. Dalam ayat tunggal pula, susunannya boleh dalam susunan biasa mahupun songsang.
6. Namun begitu, susunan ini dapat diubah kepada susunan Predikat + Subjek. Dalam hal ini,
susunan yang terhasil dikenal sebagai susunan songsang.
Susunan Songsang
1. Ayat yang mengandungi susunan songsang disebut ayat songsang atau ayat terbalik.dalam
hal ini ayat yang terhasil itu tidak mengikut susunan biasa, iaitu susunan subjek-predikat.
Sebaliknya susunannya ialah predikat-subjek.
2. Pendepanan predikat di depan subjek berlaku apabila unsur dalam konstituen predikat itu
hendak diberi penegasan. Apabila penegasan atau penekanan hendak diberikan kepada mana-
mana unsur, maka unsur-unsur itu didahulukan.
3. Oleh hal demikian, susunan songsang wujud apabila unsur-unsur dalam konstituen predikat
dipindahkan ke depan subjek melalui proses pendepanan atau penjudulan .
Bentuk Ayat Songsang
1. Pendepanan konstituen dengan ayat songsang dilakukan untuk memberi penegasan pada
bahagian ayat tertentu.
2. Yang hendak hendak ditegaskan itu mungkin keseluruhan predikat atau unsur tertentu dalam
konstituen predikat.
3. Dengan demikian proses pendepanan dapat dilakukan pada :-
a) Seluruh predikat
b) Sebahagian unsur dalam predikat
c) Ayat tanya
d) Ayat majmuk
e) Pendepanan terbahagi.
Pendepanan seluruh predikat
Susunan biasa dapat diterbalikkan untuk tujuan penekanan.
Dalam hal ini, seluruh predikat dibawa ke depan mendahului subjek.
Contoh : Kakak saya jururawat ( susunan biasa )
Jururawat kakak saya ( susunan songsang )
Pendepanan sebahagian unsur dalam predikat
1. Sebahagian unsur dalam predikat boleh dikedepankan di hadapan subjek yang melibatkan
pendepanan :-
a) Frasa kerja
b) Frasa adjektif
c) Frasa sendi nama
Pendepanan frasa kerja
Pendepanan frasa kerja dapat dilakukan pada kata kerja tak transitif , kata kerja dengan objek,
atau kata bantu dengan kata kerja tak transitif.
Pendepanan kata kerja tak transitif
a) Kanak – kanak itu bermain di padang.( susunan biasa )
b) Bermain kanak – kanak itu di padang. ( setelah berlakunya proses pendepanan )
Pendepanan kata kerja dengan objek
a) Pekerja itu membaiki kereta dibengkel
b) Membaiki kereta pekerja itu di bengkel
Ø Pendepanan kata kerja transitif aktif dengan objek seperti contoh di atas sering dilakukan
dengan menukarkan bentuk ayat aktif kepada ayat pasif.
Ø Lantaran itu, ayat pasif juga boleh dinamai ayat songsang kerana dalam ayat pasif, unsur
predikat iaitu objek mengalami pendepanan.
Contohnya :
a) Kebanyakan pelajar menjelaskan yuran ( ayat aktif )
b) Yuran dijelaskan oleh kebanyakkan pelajar ( ayat pasif, ayat songsang )
Pendepanan kata bantu dengan kata kerja tak transitif
a) Abang belum pulang dari sekolah
b) Belum pulang abang dari sekolah
Pendepanan kata bantu dengan kata kerja transitif tidak dapat dilakukan kerana struktur yang
terhasil diragui kegramatisannya (tanda ? di depan ayat menandakan ayat itu diragui
kegramatisannya), selain boleh menimbulkan kesukaran dalam mentafsir makna ayat.
Contohnya :
a) Guru itu pernah mengajar saya di tingkatan satu
b) ? Pernah mengajar saya guru itu di tingkatan satu.
Sebaliknya, struktur ayat di atas sering digantikan dengan struktur pasif seperti berikut :
a) Saya pernah diajar oleh guru itu di tingkatan satu
Pendepanan frasa adjektif
Predikat frasa adjektif boleh berada di depan dengan cara dikedepankan kata adjektif sahaja,
atau kata bantu dengan kata adjektif
Pendepanan kata adjektif sahaja
a) Halimah cantik sejak dulu
b) Cantik Halimah sejak dulu
Pendepanan kata bantu dengan kata adjektif
a) Orang kaya belum tentu bahagia
b) Belum tentu bahagian orang kaya
Pendepanan frasa sendi nama
1. Predikat frasa sendi nama boleh juga dipindahkan ke bahagian hadapan sebelum subjek ayat.
2. Frasa sendi nama yang boleh dikedepankan ialah frasa sendi nama sebagai predikat atau
frasa sendi nama yang berfungsi sebagai keterangan
Pendepanan frasa sendi nama sebagai predikat
a) Komala dari sekolah
b) Dari sekolah Komala
Pendepanan frasa sendi nama yang berfungsi sebagai keterangan
a) Suzana melukis dengan cat
b) Dengan cat suzana melukis
Pendepanan dalam Ayat Tanya
1. Predikat dalam ayat tanya biasa dapat dikedepankan untuk memberi tekanan yang berlainan.
2. Dalam hal ini, ayat tanya itu tidak disertai kata tanya.
a) Zakaria ketua pelajar?
b) Ketua pelajar Zakaria?
Struktur ayat tanya dengan kata tanya boleh bersusunan songsang dan kata tanya itu berada
pada posisi awal ayat.
a) Nama kamu siapa?
b) Siapa nama kamu?
Pendepanan dalam Ayat Majmuk
1. Bahagian – bahagian daripada ayat majmuk boleh mengalami proses pendepanan.
Pendepanan dalam ayat gabungan
a) Samad ke sekolah atau ke padang
b) Ke sekolah atau ke padang Samad
Pendepanan dalam ayat relatif
a) Budak yang berdiri itu adik saya
b) Adik saya budak yang berdiri itu
Pendepanan dalam ayat komplemen
a) Untuk melakukan tugas itu memang sukar
b) Memang sukar untuk melakukan tugas itu.
Pendepanan dalam ayat keterangan
a) Dia tidak dating kerana neneknya sakit
b) Kerana neneknya sakit dia tidak datang
Pendepanan terbahagi
1. Penyongsangan cara ini melibatkan sebahagian predikat dikedepankan dan sebahagian yang
lain di hujung ayat sesudah subjek.
a) Kita patut berserah kepada Tuhan saja
b) Kepada Tuhan saja kita patut berserah.
Dicatat oleh elLyieDa di Khamis, Mei 14, 2009
Komen
0 ulasan:
Catat Ulasan
Pautan pada catatan ini
Buat Pautan
Catatan TerbaruCatatan LamaLaman utama
Top of Form
Bottom of Form
Biodata
ELLYIEDA
Sendirian itu tidak bermakna sepi, dan sepi itu lebih baik daripada tin kosong.
LIHAT PROFIL LENGKAP SAYA
Ahli Blog
Terdapat ralat dalam alat ini
Labels
Komunikasi (1)
Pengajaran dan Pembelajaran (1)
Blog Archive
▼ 2009 (51)
o ► Disember (1)
o ► Oktober (7)
o ► September (20)
o ► Ogos (4)
o ▼ Mei (19)
Assalamualaikum..Saya sering bermonolog serta memi...
PERSOALAN TENTANG AYAT DASAR
APAKAH KATA DAN FRASA?
<!--[if gte mso 9]> Normal 0 f...
MINGGU 6 BMM3110
MINGGU 5 BMM3110
MINGGU 2 BMM3110
MINGGU 1 BMM3110
AYAT DASAR
Contoh Analisis Cerpen Dari Aspek Sintaksis
PEMAJMUKAN KATA NAMA
FIKIR-FIKIRKAN BERSAMA..BERKESAN ATAU TIDAK UNTUK ...
Martabatkan Bahasa Melayu
Apakah itu "Sintaksis"
Unit Morfologi
Pengenalan Morfologi
Penggunaan Video dalam Pengajaran dan Pembelajaran...
Gangguan Dalam Berkomunikasi
Realitinya Sebuah Impian
Ayat terbitan boleh didefinisikan sebagai ayat yang mengalami proses perubahan atau
tranformasi daripada ayat dasar.Ayat terbitan boleh terhasil dengan tiga cara iaitu penyusunan
semula,peluasan dan pengguguran
KONSEP AYAT TERBITAN
Penerbitan sesuatu ayat dimaksudkan sebagai hasil daripada terlaksananya suatu
proses gramatis, iaitu melibatkan pelaksanaan rumus transformasi, yang berfungsi mengubah
aturan atau struktur ayat serta memperluas sesuatu unsur dalam ayat atau frasa. Proses
transformasi mengakibatkan pengguguran,penyusunan dan perluasan.
(Tatabahasa Dewan, Edisi ketiga)
Ayat terbitan diterbitkan daripada ayat dasar melalui mana-mana proses transformasi. Dari segi
bilangan klausa yang terdapat di dalamnya, ayat terbitan dapat dibahagikan kepada dua jenis,
iaitu ayat tunggal dan ayat majmuk. Dari segi tujuan pula, ayat terbitan dapat dibahagikan
kepada beberapa jenis. Antaranya adalah penyata, ayat soal, ayat perintah dan ayat seru.
Proses Penerbitan Ayat
Dalam Bahasa Melayu, ayat terbitan boleh dibentuk dengan banyak cara. Antaranya adalah
melalui proses pengguguran , penyusunan semula , peluasan (Abdullah Hassan et.all 2006)
DEFINISI KONSEP FRASA
(Nahu tranformasi generatif) Bahagian ayat kerana itu frasanya mungkin terdiri daripada kata,
rangkai kata atau klausa (anak ayat).• Tatabahasa Dewan - unit yang boleh terdiri daripada satu
susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya dua perkataan, ataupun satu perkataan yang
berpotensi untuk diperluaskan menjadi dua perkataan atau lebih. (Asmah Hj. Omar) Frasa
sebagai unit yang dalam skala tatatingkat nahu yang menduduki peringkat di atas kata dan di
bawah klausa. Tetapi aliran tradisional, mengatakan frasa terdiri dari sekurang- kurangnya dua kata
yang letaknya berturutan tetapi tidak mempunyai subjek dan predikat.
DEFINISI KONSEP NAMA
Kamus Dewan edisi ketiga – Nama memberi pengertian sebagai panggilan atau sebutan bagi
orang (barang, tempat, pertumbuhan, dan lain-lain).
DEFINISI FRASA NAMA
(Liaw Yock Fang bersama Abdullah Hassan) Frasa yang boleh menggantikan kata nama di dalam
ayat. (Nik Safiah Karim) Binaan yang dari sudut nahu boleh terdiri daripada satu perkataan atau
beberapa perkataan yang boleh berfungsi sebagai satu konstituen dalam binaan ayat. (Asmah Hj.
Omar) Mendefinisikan frasa nama sebagai frasa yang boleh berdiri pada subjek dan objek ayat dan
predikat nama, di samping boleh menggantikan kata nama.
KONSTITUEN FRASA NAMA
Konstituen atau unsur yang menjadi frasa nama (FN) terdiri daripada kata nama sebagai unsur
intinya.• Unsur inti ini boleh hadir bersendirian dengan sederetan penerang yang wujud sebelum
(FN) atau sesudahnya
admin on November 18th, 2011
Oleh Hasfiza Abdullah
Pembinaan kompleks bangunan Parlimen yang menjadi lambang keagungan demokrasi berparlimen di Malaysia diilhamkan oleh Tunku Abdul Rahman Putra, Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Sebelum bangunan Parlimen yang ada seperti sekarang ini dibina, persidangan pertama Parlimen Persekutuan Tanah Melayu diadakan di Dewan Tunku Abdul Rahman. Persidangan yang berlangsung pada 11 September 1959 ini julung kali diadakan dan dirasmikan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong,
Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Mohamed. Dewan yang terletak di Jalan Ampang, Kuala Lumpur, ini dibina pada 1935. Asalnya dimiliki Eu Tong Seng, pelombong dan pengusaha ladang getah yang kaya serta terkenal di Kuala Lumpur. Dewan Tunku Abdul Rahman kini dikenali sebagai Kompleks Penerangan Pelancongan Malaysia (MATIC).
Pembinaan bangunan Parlimen bermula pada 1959. Jabatan Kerja Raya, dan Kementerian Kerja Raya, Pos dan Talikom, diarahkan oleh kerajaan Persekutuan Tanah Melayu untuk menyelenggarakan kerja mereka bentuk dan membina bangunan Parlimen yang baharu. Pada bulan Disember 1959, kawasan berbukit dengan ketinggian 61 meter dari aras laut dan berkeluasan 16.2 hektar, terletak di arah timur laut Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur, dipilih sebagai lokasi kompleks bangunan Parlimen. Kawasan ini dipilih kerana lokasinya yang strategik, iaitu terletak di atas bukit dan berhampiran dengan pusat bandar raya.
Posted in: Arkib Negara
Binaan frasa nama boleh terbentuk daripada satu perkataan sahaja atau pun sederetan
perkataan. Jika dibentuk oleh sederetan perkataan , maka terdapat dua jenis hubungan antara
perkataan itu. Jenis pertama ialah jenis yang terdiri daripada satu perkataan yang merupakan
inti bagi seluruh frasa nama itu, sementara perkataan atau perkataan yang lain merupakan
penerang atau penerangpenerangnya. Jenis yang kedua ialah jenis yang terdiri daripada
unsur inti di dalamnya.Inti ialah unsur yang diberi penumpuan makna dan mewakili seluruh
frasa itu dari segi makna, sementara penerang merupakan unsur yang menerangkan makna
dalam inti itu. Contohnya, dalam frasa nama bapa budak itu, intinya ialah bapa,sementara
budak dan itu ialah penerang penerang yang menerangkan bapa.
KONSTITUEN FRASA NAMA
Tatabahasa bahasa melayu - mengandungi aspek-aspek yang telah disusun secara sistematik
berdasarkan rumus-rumus tatabahasa bahasa melayu.
.
PERATURAN D-M
Diterangkan MenerangkanDiterangkan – unsur ini hadir pada kedudukan
pertama.Menerangkan - unsur penerang yang hadir pada kedudukanyang kedua.
KEKECUALIAN HUKUM D-M
Wujud dalam kebanyakan bahasa di dunia bagi merasionalkan penggunaan sistem bahasa
yang sudah lazim digunapakai secara mantap dalam masyarakat penggunaan bahasa.
Sebagai rumusannya, sintaksis adalah secara etimologis bererti menempatkan
bersama-sama kata-kata menjadi kelompok kata, dan kelompok kata menjadi ayat. Menurut
istilah sintaksis dapat didefinisikan sebagai bahagian dari ilmu bahasa yang membicarakan
selok belok ayat, klausa, dan frasa. Sintaksis terkandung dengan 4 frasa iaitu frasa nama,
frasa adjektif, frasa sendi nama dan frasa kerja. Dalam setiap frasa pula mengandungi
beberapa sifat dan binaan ayat. Manakala frasa ialah satu unit tatabahasa berdasarkan kata
susunan yang mengandungi satu atau dua perkataan yang berpotensi untuk diluaskan menjadi
dua perkataan atau lebih.
Ciri frasa nama (FN) terdiri daripada satu perkataan atau beberapa binaan dalam satu
ayat. Manakala frasa kerja (FK) terdiri daripada kata kerja transitif dan tak transitif. Frasa
Adjektif (FA) pula susunan perkataan terdiri daripada satu atau beberapa perkataan yang
mengandungi kata sifar (Ajdektif).
Akhir sekali,Frasa Sendi Nama (FSN) yang terdiri daripada satu sendi nama dan satu
frasa sebagai pelengkap.Klausa pula merupakan unit gabungan perkataan yang mengandungi
subjek dan predikat. Fungsi klausa sebagai konstituen kepada ayat. Jenis klausa terdiri
daripada klausa bebas dan klausa terikat.
Daripada definisi-definisi yang telah dikemukakan, dapat disimpulkan bahawa sintaksis
adalah bahagian daripada tatabahasa yang membicarakan kaedah kombinasi kata menjadi
satuan gramatik yang lebih besar yang berupa frasa, klausa, dan ayat,serta penempatan
morfem-morfem suprasegmental (intonasi) sesuai dengan struktur semantik yang diinginkan
oleh pembicara sebagai dasarnya.
Proses penerbitan ayat terbentuk apabila beberapa unsur, sama ada unsur perkataan
atau unsur frasa mengalami penambahan pada frasa subjek atau frasa predikat sesuatu ayat dasar
(Ahmad Khair Mohd Nor, 2003:147). Terdapat tiga proses penerbitan ayat dalam bahasa
Melayu, iai tu proses pengguguran, proses peluasan dan proses penyusunan semula.
Pendapat Nik Safiah Karim et al. (2008), Asmah Haji Omar (1993), Abdullah Hassan et al.
(2006) dan Arbak Othman (1980) berkaitan proses penerbitan ayat adalah hampir sama,
namun agak berbeza dari segi penggunaan istilah dan pembahagiannya. Nik Safiah
Karim et al. (2008) dan Abdullah Hassan et al. (2006) sependapat dalam penggunaan istilah
pengguguran, penyusunan semula dan peluasan ayat. Asmah Haji Omar (1993) pula
menggunakan istilah lain bagi proses pengguguran ayat, iaitu penghilangan.
Selain itu, Arbak Othman (1980) pula menggunakan istilah d e l e s i y a n g
b e r a s a l d a r i p a d a “ delection” dalam bahasa Inggeris untuk proses pengguguran,
pergerakan untuk proses penyusunan semula dan penambahan untuk proses peluasan.
…/39
Berdasarkan pendapat Abdullah Hassan et al. (2006) dan Nik Safiah karim et al.
(2008) berkaitan dengan proses pengguguran ayat, dapatlah disimpulkan bahawa
proses peluasan yang utama dalam bahasa Melayu terbahagi kepada empat, iaitu
pengguguran frasa nama sebagai subjek, pengguguran frasa predikat, pengguguran frasa
nama yang mendahului frasa relatif, dan pengguguran kata nama yang berfungsi sebagai inti
dalam frasa nama.
Dalam proses penyusunan semula pula, Nik SafiahKarim et al.
(2008) dan Abdullah Hassan et al. (2006) masing-masing sependapat dalam membahagikan proses
penyusunan semula dalam bahasa Melayu kepada tiga jenis, iaitu penyusunan semula frasa
nama sebagai subjek, penyusunan semula frasa nama sebagai objek dan penyusunan semula
melalui ayat songsang. Walau bagaimanapun,Arbak Othman (1980) ada menambah satu
lagi proses penyusunan semula, iaitu transformasi relatif, manakala Asmah Haji Omar
(1993) pula tidak membuat pecahan-pecahan kecil dalam proses penyusunan semula ini seperti
yang dibuat oleh Nik Safiah Karim dan Abdullah Hassan. Di samping itu, Nik Safiah Karim et al.
(2008) dan Abdullah Hassan et al. (2006) juga bersependapat bahawa proses peluasan ayat
dalam bahasa Melayu boleh berlaku melalui peluasan frasa nama sebagai subjek,
peluasan frasa predikat, peluasan dengan kata hubung, dan peluasan melalui proses
komplementasi.
Walau bagaimanapun, Abdullah Hassane t a l . (2006) menambah satu lagi bentuk
peluasan, iaitu peluasan dengan frasa adverba (keterangan).
Sebagai rumusannya, sintaksis adalah secara etimologis bererti menempatkan
bersama-sama kata-kata menjadi kelompok kata, dan kelompok kata menjadi ayat. Menurut
istilah sintaksis dapat didefinisikan sebagai bahagian dari ilmu bahasa yang membicarakan
selok belok ayat, klausa, dan frasa. Sintaksis terkandung dengan 4 frasa iaitu frasa nama,
frasa adjektif, frasa sendi nama dan frasa kerja. Dalam setiap frasa pula mengandungi
beberapa sifat dan binaan ayat. Manakala frasa ialah satu unit tatabahasa berdasarkan kata
susunan yang mengandungi satu atau dua perkataan yang berpotensi untuk diluaskan menjadi
dua perkataan atau lebih.
Ciri frasa nama (FN) terdiri daripada satu perkataan atau beberapa binaan dalam satu
ayat. Manakala frasa kerja (FK) terdiri daripada kata kerja transitif dan tak transitif. Frasa
Adjektif (FA) pula susunan perkataan terdiri daripada satu atau beberapa perkataan yang
mengandungi kata sifar (Ajdektif).
Akhir sekali,Frasa Sendi Nama (FSN) yang terdiri daripada satu sendi nama dan satu
frasa sebagai pelengkap.Klausa pula merupakan unit gabungan perkataan yang mengandungi
subjek dan predikat. Fungsi klausa sebagai konstituen kepada ayat. Jenis klausa terdiri
daripada klausa bebas dan klausa terikat.
Daripada definisi-definisi yang telah dikemukakan, dapat disimpulkan bahawa sintaksis
adalah bahagian daripada tatabahasa yang membicarakan kaedah kombinasi kata menjadi
satuan gramatik yang lebih besar yang berupa frasa, klausa, dan ayat,serta penempatan
morfem-morfem suprasegmental (intonasi) sesuai dengan struktur semantik yang diinginkan
oleh pembicara sebagai dasarnya.
Proses penerbitan ayat terbentuk apabila beberapa unsur, sama ada unsur perkataan
atau unsur frasa mengalami penambahan pada frasa subjek atau frasa predikat sesuatu ayat dasar
(Ahmad Khair Mohd Nor, 2003:147). Terdapat tiga proses penerbitan ayat dalam bahasa
Melayu, iai tu proses pengguguran, proses peluasan dan proses penyusunan semula.
Pendapat Nik Safiah Karim et al. (2008), Asmah Haji Omar (1993), Abdullah Hassan et al.
(2006) dan Arbak Othman (1980) berkaitan proses penerbitan ayat adalah hampir sama,
namun agak berbeza dari segi penggunaan istilah dan pembahagiannya. Nik Safiah
Karim et al. (2008) dan Abdullah Hassan et al. (2006) sependapat dalam penggunaan istilah
pengguguran, penyusunan semula dan peluasan ayat. Asmah Haji Omar (1993) pula
menggunakan istilah lain bagi proses pengguguran ayat, iaitu penghilangan.
Selain itu, Arbak Othman (1980) pula menggunakan istilah d e l e s i y a n g
b e r a s a l d a r i p a d a “ delection” dalam bahasa Inggeris untuk proses pengguguran,
pergerakan untuk proses penyusunan semula dan penambahan untuk proses peluasan.
…/39
Berdasarkan pendapat Abdullah Hassan et al. (2006) dan Nik Safiah karim et al.
(2008) berkaitan dengan proses pengguguran ayat, dapatlah disimpulkan bahawa
proses peluasan yang utama dalam bahasa Melayu terbahagi kepada empat, iaitu
pengguguran frasa nama sebagai subjek, pengguguran frasa predikat, pengguguran frasa
nama yang mendahului frasa relatif, dan pengguguran kata nama yang berfungsi sebagai inti
dalam frasa nama.
Dalam proses penyusunan semula pula, Nik SafiahKarim et al.
(2008) dan Abdullah Hassan et al. (2006) masing-masing sependapat dalam membahagikan proses
penyusunan semula dalam bahasa Melayu kepada tiga jenis, iaitu penyusunan semula frasa
nama sebagai subjek, penyusunan semula frasa nama sebagai objek dan penyusunan semula
melalui ayat songsang. Walau bagaimanapun,Arbak Othman (1980) ada menambah satu
lagi proses penyusunan semula, iaitu transformasi relatif, manakala Asmah Haji Omar
(1993) pula tidak membuat pecahan-pecahan kecil dalam proses penyusunan semula ini seperti
yang dibuat oleh Nik Safiah Karim dan Abdullah Hassan. Di samping itu, Nik Safiah Karim et al.
(2008) dan Abdullah Hassan et al. (2006) juga bersependapat bahawa proses peluasan ayat
dalam bahasa Melayu boleh berlaku melalui peluasan frasa nama sebagai subjek,
peluasan frasa predikat, peluasan dengan kata hubung, dan peluasan melalui proses
komplementasi.
Walau bagaimanapun, Abdullah Hassane t a l . (2006) menambah satu lagi bentuk
peluasan, iaitu peluasan dengan frasa adverba (keterangan).