Bahan Kreativitas Sekolah Minggu "Minggu Kerahiman Ilahi" 27 April 2014 PIA Kumetiran
POLA KESALAHAN DAN MASALAH PELAJAR TINGKATAN … · Syukur ke hadrat Ilahi di atas limpah kurnia...
Transcript of POLA KESALAHAN DAN MASALAH PELAJAR TINGKATAN … · Syukur ke hadrat Ilahi di atas limpah kurnia...
POLA KESALAHAN DAN MASALAH PELAJAR TINGKATAN EMPAT DALAM
MENGUASAI TAJUK NOMBOR NEGATIF
RAHMAT HIDAYAT BIN AHMAD
Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan
(Matematik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
April, 2006
iii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : .......... ............................................................................
Nama Penulis : Rahmat Hidayat Bin Ahmad
Tarikh :
iv
PENGHARGAAN
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang......
Syukur ke hadrat Ilahi di atas limpah kurnia Nya saya dapat menyiapkan laporan
projek ini. Jutaan terima kasih saya kepada Prof. Dr Noor Azlan Ahmad Zanzali sebagai
penyelia projek yang banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar sepanjang tempoh
menyiapkan Projek Sarjana Muda ini.
Terima kasih kepada ibu saya Marrobiah bt Hashim, bapa Ahmad bin Hamid dan
adik-adik saya Siti Nurul Akma, Siti Hawa, Siti Nur Bayah dan Muhammad Zahir kerana
sudi memberi bantuan ketika saya memerlukan. Tidak lupa juga kepada rakan
seperjuangan En. Noor Hazwan Zoolkefli kerana banyak membantu saya dalam
menyiapkan projek ini.
Terima kasih juga kepada semua warga Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala
Kurau, Perak di atas kerja sama yang diberikan. Semoga kalian semua diberkati Allah
S.W.T
Amin....
v
ABSTRAK
Kajian yang dilakukan ini bertujuan untuk mengenal pasti pola kesalahan dan masalah
pelajar sekolah menengah dalam menguasai tajuk integer negatif. Bagi memenuhi
objektif kajian, seramai 100 orang pelajar tingkatan empat dari Sekolah Menengah
Kebangsaan Kuala Kurau, Perak telah dipilih. Dua instrumen kajian digunakan iaitu ujian
diagnostik dan soal selidik. Laporan dilakukan daripada analisis secara terperinci bagi
setiap komponen yang terkandung di dalam ujian diagnostik dan soal selidik. Kajian yang
dilakukan ini dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for
Social Science) versi Windows 13.0 dan digambarkan dalam bentuk jadual. Hasil
daripada analisis menunjukkan masalah yang sering dialami pelajar ialah pada bahagian
penyelesaian masalah, gabungan operasi pengiraan dan penambahan integer negatif.
Kajian mencadangkan guru-guru perlu menekankan soalan yang berkaitan dengan
penyelesaian masalah, gabungan operasi pengiraan dan penambahan integer negatif.
vi
ABSTRACT
The aim of this research is to identify the error patterns and the problems faced by
secondary school students in learning negative integer. A sample of 100 students from
Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Kurau, Perak was selected for the study. Data
were collected by using a test and a set questionnaires. The report is based on the detail
analyses of the related components of the instruments. The data has been analyzed using
SPSS (Statistical Package for Social Science) version Windows 13.0. The findings
indicated that the problems faced by students are in problem solving using negative
integers and the combination of basics operation and the additional operation in negative
integers. It is recommanded that teachers should focus on the question about problem
solving using negative integers, the combination of basics operation and the additional
operation in negative integers.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
HALAMAN JUDUL i
PENGESAHAN PENYELIA ii
PENGAKUAN iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL x
SENARAI SINGKATAN xi
SENARAI LAMPIRAN xii
BAB I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar belakang Masalah 2
1.3 Penyataan Masalah 2
1.4 Persoalan Kajian 3
1.5 Objektif Kajian 4
1.6 Kepentingan Kajian 4
1.7 Batasan Kajian 5
1.8 Definisi Istilah 5
1.8.1 Pola Kesalahan 5
1.8.2 Masalah Pembelajaran 6
1.8.3 Nombor Negatif Dan Integer 6
viii
1.8.4 Konsep Asas 7
1.9 Penutup 7
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pendahuluan
2.2 Rujukan tentang integer negatif
2.2.1 Kajian Matematik Secara Umum 9
2.2.2 Sejarah Integer Negatif 11
2.3 Penutup 12
Bab III METODOLOGI
3.1 Pengenalan
3.2 Reka Bentuk Kajian 14
3.3 Populasi Dan Sampel Kajian 15
3.4 Tempat Kajian 16
3.5 Instrumen Kajian 16
3.5.1 Ujian Diagnostik 16
3.5.2 Soal Selidik 21
3.6 Prosedur Kajian 22
3.7 Kaedah Analisis Data 22
3.8 Penutup 23
Bab IV POLA KESALAHAN
4.1 Pengenalan
4.2 Pengurusan Data 25
ix
4.3 Keputusan Ujian Diagnostik Dan Soal Selidik 25
4.3.1 Ujian Diagnostik 24
4.3.2 Analisis Keputusan Soal Selidik 37
4.4 Penutup 38
Bab V PERBINCANGAN DAN RUMUSAN KAJIAN
5.1 Pengenalan
5.2 Perbincangan
5.2.1 Perbincangan Tentang Pola Kesalahan 40
5.2.2 Perbincangan Tentang Analisis Tahap Kesukaran 41
5.3 Rumusan Kajian 43
5.3.1 Konsep 43
5.3.2 Nilai Integer Negatif 43
5.3.3 Garis Nombor 44
5.3.4 Penambahan Integer 44
5.3.5 Penolakan Integer 45
5.3.6 Pendaraban Integer 46
5.3.7 Pembahagian Integer 46
5.3.8 Gabungan Operasi Asas 47
5.3.9 Menyelesaikan Masalah Dalam Kehidupan Seharian 47
5.4 Cadangan 48
5.5 Penutup 50
x
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
4.3.1.1 Pencapaian responden dalam matematik PMR 25
4.3.1.2 Pencapaian responden bagi item konsep 25
4.3.1.3 Pencapaian responden bagi item nilai 27
4.3.1.4 Pencapaian responden bagi item garis nombor 28
4.3.1.5 Pencapaian responden bagi item penambahan integer 29
4.3.1.6 Pencapaian responden bagi item penolakan integer 31
4.3.1.7 Pencapaian responden bagi item pendaraban integer 32
4.3.1.8 Pencapaian responden bagi item pembahagian integer 33
4.3.1.9 Pencapaian responden bagi item gabungan operasi pengiraan 34
4.3.1.10 Pencapaian responden bagi penyelesaian masalah 35
4.3.1.11 Pilihan responden untuk tahap kesukaran 36
5.2.2.1 Jadual min bagi setiap ittem yang dikaji 41
5.3.9.1 Perbandingan kesetaraan bagi ujian diagnostik dan soal selidik 46
xi
SENARAI SINGKATAN
KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
SSU - Sangat Sukar
SU - Sukar
TP - Tak Pasti
SE - Senang
SSE - Sangat Senang
SPSS - Statistical Package for Social Sciences
PMR - Penilaian Menengah Rendah
xii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A Ujian diagnostik 51
B Soal selidik 57
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Matematik merupakan satu mata pelajaran teras dalam Kurikulum Bersepadu
Sekolah Menengah. Antara penekanan yang diberikan dalam kurikulum matematik
KBSM ini ialah penggunaan matematik dalam kehidupan sebenar, kemahiran mengatasi
masalah secara berfikir yang logik, kritis dan bersistem. Selain daripada itu kurikulum
matematik (KBSM) ini juga memberi tumpuan kepada keseimbangan antara kefahaman
terhadap konsep dengan penguasaan kemahiran.
Mata pelajaran matematik merupakan mata pelajaran yang amat penting kerana
jika seseorang pelajar ingin melanjutkan pelajaran ke institut pengajian tinggi, syarat
utama yang perlu dipenuhi ialah mendapat kepujian dalam matematik. Untuk mendapat
kepujian, para pelajar perlu menguasai asas-asas matematik. Pelajar yang tidak dapat
menguasai asas ini akan mengalami kesukaran untuk menyelesaikan masalah yang
melibatkan matematik dalam sesuatu tajuk.
Matematik sering kali dikaitkan dengan nombor, bentuk dan perkaitan. Nombor,
bentuk dan perkaitan merupakan perkara asas yang perlu pelajar kuasai. Dalam kajian ini
pengkaji memfokuskan tentang nombor negatif. Tajuk nombor negatif telah pun
dipelajari semasa di tingkatan satu. Namun kebanyakan daripada pelajar tidak dapat
menguasai sehinggalah tamat pengajian. Pelajar perlu menguasai nombor negatif sebelum
2
menduduki peperiksaan SPM. Dengan itu perkara ini menarik minat pengkaji untuk
memahami kesukaran dan jenis kesilapan yang dilakukan oleh pelajar tingkatan empat di
sekolah menengah dalam mempelajari tajuk nombor negatif.
1.2 Latar belakang masalah.
Menurut kajian Kementerian Pendidikan (1994), walaupun integer dan operasi
yang membabitkan integer diberi penekanan dalam kurikulum matematik, pencapaian
pelajar dalam matematik masih kurang memuaskan. Pelajar-pelajar tingkatan empat dan
lima adalah lemah dalam kemahiran asas ini. Menjadi tugas guru untuk memastikan tidak
ada lagi pelajar yang gagal dalam mata pelajaran matematik. Atau dengan kata lain guru
perlu memahami sebahagian daripada aspek diri pelajar mengapa masih terdapat masalah
dalam matematik terutama yang melibatkan nombor negatif.
Guru-guru perlu meneliti gaya pembelajaran pelajar supaya tidak ada kesalahan
konsep yang dilakukan oleh pelajar. Ini bermakna guru harus peka dengan situasi pelajar.
Kesilapan yang dilakukan harus dibetulkan atau dibuat penilaian supaya pelajar sedar apa
yang tidak sepatutnya dilakukan semasa pengiraan nombor negatif.
Berdasarkan masalah ini, kajian perlu dilakukan bagi mengenal pasti kesukaran
dan pola kesalahan yang dilakukan oleh para pelajar dalam menguasai topik nombor
negatif.
1.3 Pernyataan masalah
Mata pelajaran matematik adalah mata pelajaran yang amat penting kerana ia
adalah syarat untuk menilai pelajar sama ada layak untuk meneruskan pengajian atau
3
tidak. Penguasaan dan pemahaman para pelajar adalah bergantung kepada pengetahuan
sedia ada di dalam minda pelajar itu sendiri.
Seseorang guru haruslah memikirkan dan menyedari tentang pengetahuan sedia
ada para pelajar sema sesi pengajaran dan pembelajaran terutamanya ketika
menyampaikan tajuk baru dalam pengajaran. Nombor negatif adalah salah satu tajuk
dalam sukatan pelajaran yang perlu dikuasai dan difahami konsepnya.
Disebabkan pernyataan masalah ini, pengkaji akan melakukan kajian tentang pola
kesalahan dan masalah yang sering dihadapi oleh pelajar tingkatan 4 di Sekolah
Menengah Kebangsaan Kuala Kurau, kuala kurau, Perak.
1.4 Persoalan kajian.
Bagi memastikan segala kajian pengkaji berjalan dengan lancar, pengkaji perlu
menyenaraikan persoalan yang perlu dikaji supaya setiap yang dikaji adalah berdasarkan
persoalan yang telah ditetapkan. Oleh itu pengkaji menetapkan kajian ini adalah untuk
menjawab persoalan di bawah.
1. Apakah pola kesalahan yang dilakukan dalam menguasai tajuk nombor
negatif di kalangan pelajar
2. Apakah tahap kesukaran pelajar ( sangat senang, senang, tak pasti, sukar dan
sangat sukar ) dari segi konsep, susunan nilai, garis nombor, penambahan
integer, penolakan integer, pendaraban integer, pembahagian integer,
gabungan operasi asas dan menyelesaikan masalah yang dihadapi berkaitan
nombor negatif.