pola keselarasan vokal

43
PENGENALAN POLA KESELARASAN VOKAL Pola keselarasan vokal bermaksud keselarasan atau kesesuaian dua huruf vokal membentuk dua suku kata pada dasar .Pasangan huruf vokal pada suku kata pra akhir dengan huruf vokal pada suku kata akhir tertutup .Prinsip keselarasan vokal ini berdasarkan syarat-syarat yang berikut . (a) Keselarasan berlaku antara dua huruf vokal yang terdapat pada kata dasar . (b) Kata dasar berakhir dengan suku kata tertutup sahaja . (c) Jika kata dasar mengandungi suku kata lebih dari dua ,keselarasan huruf vokal yang terlibat hanyalah pada dua suku kata yang terakhir . Terdapat lapan pola yang berubah daripada sistem ejaan lama , iaitu huruf vokal i atau u pada suku kata akhir tertutup dalam sistem ejaan rumi baharu mestilah mengikut pola ini dengan syarat suku kata praakhir kata-kata ini menggunakan huruf vocal a,e pepet ,i ,atau u . Sistem Ejaan Lama Sistem Ejaan Baharu Pola Contoh Pola Contoh

Transcript of pola keselarasan vokal

Page 1: pola keselarasan vokal

PENGENALAN POLA KESELARASAN VOKAL

Pola keselarasan vokal bermaksud keselarasan atau kesesuaian dua huruf vokal

membentuk dua suku kata pada dasar .Pasangan huruf vokal pada suku kata

pra akhir dengan huruf vokal pada suku kata akhir tertutup .Prinsip keselarasan

vokal ini berdasarkan syarat-syarat yang berikut .

(a) Keselarasan berlaku antara dua huruf vokal yang terdapat pada kata

dasar .

(b) Kata dasar berakhir dengan suku kata tertutup sahaja .

(c) Jika kata dasar mengandungi suku kata lebih dari dua ,keselarasan huruf

vokal yang terlibat hanyalah pada dua suku kata yang terakhir .

Terdapat lapan pola yang berubah daripada sistem ejaan lama , iaitu huruf vokal

i atau u pada suku kata akhir tertutup dalam sistem ejaan rumi baharu mestilah

mengikut pola ini dengan syarat suku kata praakhir kata-kata ini menggunakan

huruf vocal a,e pepet ,i ,atau u .

Sistem Ejaan Lama Sistem Ejaan BaharuPola Contoh Pola Contoh

u-oa-o

a-e taling e pepet -oI –e taling

i-ou-e talinge pepet –e

taling

Usong lentokputeh

rempohpilehtidoruseklebeh

u-ua-ua-ie-ui-ii-uu-ie-i

Usunglentukputih

rempuhpilihtidurusiklebih

Page 2: pola keselarasan vokal

Bahan Pertama : Artikel UcapanKementerian : Kementerian Pertahanan

UCAPAN KSU DI MAJLIS PERHIMPUNAN PAGI SEKTOR AWAM

KEMENTAH PADA 25 FEBRUARI 2008

TEKS UCAPAN Y. BHG DATO’ KETUA SETIAUSAHA

SEMPENA PERHIMPUNAN PAGI SEKTOR AWAM

PADA 25 FEBRUARI 2008

 

Yang Berusaha Pengacara Majlis

Y. Bhg. Dato’ TKSU (P)

Y. Berusaha En. Abdullah Kassim, Setiausaha BPSM Memangku TKSU(U)

Ketua-ketua Jabatan/ Bahagian

Tuan-tuan/ puan-puan

 

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

 

          Syukur ke hadrat Allah kerana dengan izinNya dapat kita berkumpul pada

pagi ini sempena Perhimpunan Pagi Sektor Awam yang dihoskan oleh Bahagian

Akaun. Pada pagi ini saya ingin mengambil kesempatan memaklumkan

beberapa perkara untuk tindakan dan makluman kita semua.

          Sebelum saya meneruskan ucapan, saya terlebih dahulu ingin

mengucapkan selamat datang kepada Y. Bhg. Datuk Mahmood Adam, TKSU(U)

yang mula berkhidmat di KEMENTAH mulai 20 Disember 2007. Walau

bagaimanapun, beliau tidak dapat bersama dalam majlis ini kerana berkursus.

Selamat datang juga diucapkan kepada Mej Jeneral Dato’ Zulkiflee Bin Mazlan

sebagai Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran menggantikan Mej Jeneral

Dato’ Zulkiflee Bin Hj. Kasim mulai 7 Januari 2008.

 

Page 3: pola keselarasan vokal

Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Dato’ Ismail Bin Ibrahim, TKSU

(P) di atas penganugerahan pingat Datuk Setia Diraja Kedah pada 20 Januari

2008.

 

Para hadirin sekalian,

 

          Kerajaan amat menitikberatkan sistem penyampaian perkhidmatan agensi-

agensi kerajaan dan mengarahkan sistem berkaitan dikaji dari semasa ke

semasa dengan membuat penambahbaikan. Sehubungan dengan itu Sistem

Star Rating telah dilaksanakan bertujuan bagi menggredkan tahap prestasi

kecemerlangan agensi-agensi kerajaan kearah meningkatkan sistem

penyampaian perkhidmatan.

 

          Lawatan Inspektorat oleh pihak MAMPU ke Kementerian telah diadakan

pada 6 - 7 Ogos 2007. Keputusan lawatan telah diterima pada 18 Februari 2008

dimana Kementerian diberi penarafan sebanyak 3 bintang (Memuaskan) dari 5

bintang keseluruhannya (Cemerlang). Pihak Jabatan Audit Negara juga telah

membuat penilaian terhadap pengurusan kewangan Kementerian yang dikenali

sebagai Indeks Akauntabiliti. Pengauditan yang dilaksanakan pada bulan

September 2007 hingga Oktober 2007 telah memberi penarafan 2 bintang

(Memuaskan) dari 4 bintang keseluruhannya (Sangat Baik).

 

          Kesimpulannya, prestasi Kementerian berada ditahap memuaskan sahaja.

Banyak faktor yang menyebabkan penarafan bintang kita di tahap memuaskan

dan secara umumnya faktor-faktor tersebut melibatkan manusia yakni kita

semua.  Di antara contoh-contoh yang dapat saya berikan pada pagi ini ialah

berkaitan dengan keperluan tuan/puan semua mengikuti kursus sekurang-

kurangnya 7 hari dalam setahun. Rekod menunjukkan hanya 25% sahaja

daripada tuan/puan yang menghadiri kursus sekurang-kurangnya 7 hari setahun

pada tahun 2007.

 

Page 4: pola keselarasan vokal

Saya memandang serius perkara ini dan untuk maksud tersebut saya   telah

meminta supaya penambahbaikan dibuat bagi  mengatasi masalah tersebut. Di

antara langkah yang sedang dibuat oleh BPSM ialah dengan memberi  definisi

latihan yang yang lebih luas yakni meliputi  semua forum yang melibatkan

peningkatan ilmu seperti menghadiri ceramah, seminar, bengkel,  dan

persidangan. Dalam hal ini Ketua Jabatan /Bahagian diminta untuk mengadakan

pelbagai bentuk latihan secara `in-house’.  Ketua Jabatan/Bahagian juga

dikehendaki memberi pelepasan kepada pegawai dan kakitangan yang

telah terpilih untuk mengikuti program latihan yang dikendalikan oleh

BPSM. Ketua Jabatan/Bahagian juga perlu  bertanggungjawab untuk

memastikan pegawai/ kakitangan telah menghadiri kursus 7 hari setahun.

Dengan beberapa penambahbaikan yang ada saya meminta tuan/ puan

supaya mematuhi arahan Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam .

 

Untuk makluman para hadirin sekalian, pihak MAMPU dan Ketua Audit

Negara akan datang sekali lagi untuk memastikan  segala isu dan masalah yang

dibangkitkan telah diberi perhatian sewajarnya. Adalah diharap prestasi

Kementerian dapat dipertingkatkan pada tahun ini supaya semua

pelanggan Kementerian berpuas hati.

 

 Apa yang       penting marilah bersama-sama kita beriltizam dan

berganding bahu untuk mengangkat prestasi Kementerian ke arah lima

bintang bagi tahun 2008.

 

          Bagi meningkatkan pengurusan kewangan Kementerian selaras dengan

prinsip Zero Financial Mismanagement (ZFM), BADSA akan melaksanakan

pengauditan pengurusan kewangan berdasarkan indeks akauntabiliti di kesemua

100 PTJ Kementerian. Pengauditan ini juga adalah selaras dengan seruan

kerajaan yang telah menyarankan supaya sistem pengukuran berdasarkan Star

Rating diwujudkan bagi menilai prestasi pengurusan kewangan agensi kerajaan.

BADSA telahpun mula melaksanakan pengauditan tersebut secara giat ke atas

Page 5: pola keselarasan vokal

14 PTJ di seluruh negara yang berlangsung pertengahan Januari hingga awal

Februari manakala pergerakan kedua yang melibatkan 15 PTJ lagi adalah pada

hujung bulan Februari.

 

Para hadirin sekalian,

 

          Kementerian sedang mengumpulkan Borang Laporan Penilaian Prestasi

Tahunan tahun 2007 untuk dipertimbangkan kenaikan gaji dan Anugerah

Khidmat Cemerlang. Mulai tahun 2008, Kementerian telah menyediakan borang

Penilaian Kehadiran (BPK) yang menyenaraikan kehadiran pegawai dan

kakitangan awam dalam Majlis Rasmi Kementerian. Borang tersebut perlu

disahkan oleh pegawai masing-masing dan dikepilkan bersama-sama Borang

Laporan Penilaian Prestasi Tahunan.

 

          Rasional borang berkaitan digunapakai kerana Kementerian mendapati

penyertaan pegawai dan kaitangan awam dalam majlis rasmi anjuran

Kementerian adalah tidak memuaskan berbanding dengan penyertaan penuh

daripada anggota tentera. Untuk makluman, Kementerian telah membahagikan

Majlis Rasmi kepada 2 kategori :

 

Kategori A :         Perasmian oleh Menteri/Isteri Menteri/    Timbalan          

Menteri/KSU/Isteri KSU

 

(1)             Perhimpunan Bulanan KEMENTAH

(2)             Majlis Pelancaran

(3)             Hari Keluarga

(4)             Majlis Serah Tugas/ Perpisahan Pegawai Atasan

(5)             Majlis Pelancaran

(6)             Masyuarat Tahunan KAKEP

(7)             Jamuan Hari Raya

(8)             Program PUSPANITA

Page 6: pola keselarasan vokal

 

 

Kategori B :         Peringkat Bahagian/ Jabatan/ Briged

 

(1)             Majlis Pelancaran

(2)             Hari Keluarga

(3)             Majlis Perpisahan

 

Semua pihak diminta memandang serius di atas perkara ini dan tidak

menganggap perkara berkaitan sesuatu yang menyulitkan.

 

Selain daripada itu, Jabatan/ Bahagian dikehendaki menubuhkan Kumpulan

Meningkat Mutu Kerja (KMK) yang boleh menjadi forum untuk memberi idea

yang dapat menyumbang kepada penambahbaikan kerja Kementerian. Adalah

diingatkan bahawa penyertaan secara aktif dalam Kumpulan Meningkat

Mutu Kerja (KMK) juga akan diambilkira sebagai salah satu kriteria dalam

Penilaian Prestasi pegawai dan perakuan untuk Anugerah Khidmat

Cemerlang.

 

Para hadirin sekalian,

 

          Akaun Kementerian 2007 telah ditutup pada 31 Januari 2008 dengan

peratus perbelanjaan sebanyak 101.7% (RM 9.5 billion) bagi bajet Mengurus.

Meskipun peratusan perbelanjaan ini adalah sangat baik tetapi ianya banyak

disumbangkan oleh perbelanjaan emolumen manakala peruntukan bagi bekalan

dan perkhidmatan tidak dibelanjakan dengan sepatutnya seperti yang telah

dirancang dalam Perjanjian Program Tahunan.  Peratus perbelanjaan bagi Bajet

Pembangunan pula adalah sebanyak 85.7%. (RM4.08 billion). Peratusan yang

kurang memuaskan ini menggambarkan bahawa terdapat projek-projek

pembangunan yang bertujuan menambahbaik keselesaan rakyat tidak

dilaksanakan sepenuhnya. Oleh itu bagi tahun 2008 ini, semua warga

Page 7: pola keselarasan vokal

Kementerian yang terlibat dikehendaki menumpukan perhatian dalam

merancang perbelanjaan supaya dapat dibelanjakan dengan berhemah dan

berkesan.

 

Para hadirin sekalian,

 

          Prestasi Pembayaran Bil bagi tempoh 1 – 15 Februari 2008 bagi

pembayaran bil dalam tempoh 14 hari adalah 99.43% bagi 55 PTJ Lembah Klang

dan 97.29% bagi 45 PTJ Luar Lembah Klang. Keseluruhan Prestasi Pembayaran

Bil Kementerian bagi 100 PTJ  adalah sebanyak 99.02%. Meskipun prestasi

pembayaran tersebut adalah baik tetapi hakikatnya masih terdapat banyak bil

yang belum diambil tindakan pembayaran. Oleh yang demikian, saya meminta

semua PTJ tidak menyimpan bil-bil yang telah diterima sebaliknya

memproses dengan segera sama ada membuat pembayaran atau

mengatasi masalah yang timbul.

 

Saya juga ingin mengingatkan PTJ yang masih mempunyai bil-bil tahun

2007 dan sebelum yang tidak sempat dibayar tetapi mempunyai baki

peruntukan pada tahun perolehan dibuat segera memajukan Sijil AP 58 (a)

ke Bahagian Akaun untuk kelulusan sebelum bayaran diuruskan.

Tindakkan surcaj boleh diambil ke atas mana-mana pegawai atau

kakitangan yang sengaja melewat-lewatkan bayaran.

 

Para hadirin sekalian,

 

          Kementerian telah diluluskan peruntukan sebanyak RM 9.8 billion        di

bawah bajet Mengurus bagi tahun 2008. Oleh itu, sekali lagi saya menggesa

semua PTJ berbelanja secara berhemah bagi mengelakkan pembaziran

berlaku dengan mematuhi peraturan kewangan sedia ada.

 

          Bagi Bajet Pembangunan pula, di bawah Rancangan Malaysia ke-9

Page 8: pola keselarasan vokal

Kementerian Pertahanan diperuntukkan sebanyak RM14.5 billion bagi

melaksanakan projek infra dan perolehan kelengkapan. Jika diambil kira kos

peruntukan projek yang disediakan di bawah Jabatan Perdana Menteri bagi

projek-projek perumahan (RM1.67 billion) dan projek-projek dilaksanakan

menerusi DFI (RM1.2 billion), keseluruhan peruntukan yang terlibat dalam

melaksanakan projek adalah sebanyak RM17.4 billion. Dengan jumlah

peruntukan yang disediakan oleh pihak kerajaan ini, wajarlah setiap

pegawai dan kakitangan yang terlibat memberikan komitmen yang tinggi

dalam melaksanakan semua program dan aktiviti yang telah diluluskan dan

dipersetujui supaya menepati matlamat dan sasarannya.

 

Pada hari ini saya ingin menekankan kepada usaha-usaha pemantauan

pelaksanaan projek. Bagi tujuan tersebut, kita tidak dapat lari daripada

pengemaskinian maklumat yang merupakan instrumen asas dalam mengesan

status kemajuan projek. Dalam hal ini, Sistem Pemantauan Projek II (SPP II)

merupakan sistem utama dalam mengesan dan memantau projek-projek di

bawah RMK – 9. Setakat ini prestasi pengemaskinian SPP II masih belum boleh

dibanggakan kerana sepatutnya maklumat-maklumat yang dikehendaki perlulah

sentiasa di kemas kini, dalam kata lain mencapai seratus peratus.

 

Bagi memastikan setiap maklumat projek di dalam SPP II sentiasa dikemas

kini, semua pengurus projek sama ada di Bahagian Pembangunan,

Bahagian Perolehan, STRIDE, Depot Simpanan Pertahanan mahupun

pegawai yang bertanggungjawab di bawah markas-markas ATM perlulah

sentiasa menyemak status pengemaskinian projek di bawah kawalan

masing-masing. Kegagalan mengemas kini dan memantau SPP II bukan

sahaja menunjukkan berlakunya ketidakcekapan dalam pengurusan projek

tetapi juga menjejaskan prestasi Kementerian. Kita harus sedar bahawa pihak

agensi pusat seperti ICU dan EPU secara berkala akan mengeluarkan laporan

mengenai status dan pelaksanaan projek di mana ia akan berdasarkan kepada

maklumat yang terdapat dalam SPP II. Adalah diharapkan semua pegawai yang

Page 9: pola keselarasan vokal

terlibat dapat meningkatkan lagi usaha bagi tujuan pengemaskinian SPP II.

 

Para hadirin sekalian,

 

          Kementerian amat prihatin terhadap masa depan warga Kementerian dan

lanjutan dari itu semua Jabatan/Bahagian telah mengemukakan Cadangan

Reorganization Jabatan/Bahagian masing-masing. Kertas cadangan berkaitan

telahpun berada di peringkat akhir dan akan dibentangkan ke JPA dalam tempoh

terdekat. Sekiranya Cadangan Reorganization diluluskan, peluang kenaikan

pangkat akan lebih cerah dan secara tidak langsung dapat mempertingkatkan

kerjaya dan taraf hidup pegawai dan kaitangan terlibat.

 

Para hadirin sekalian,

 

          Kementerian Pertahanan telah dianugerahkan sebagai Agensi

Pelaksanaan GOE-EGDMS paling cemerlang bagi tahun 2007 kerana telah

dapat mengekalkan tahap penggunaan melebihi 80% pada setiap bulan. Oleh itu,

semua Bahagian diminta untuk mengekalkan prestasi tersebut.

 

          Kementerian juga akan melaksanakan sistem Cuti Online mulai 1 Mac

2008 bagi pegawai-pegawai Gred 27 ke atas. Sistem ini menggantikan sistem

manual yang meliputi proses permohonan sokongan dan kelulusan cuti. Untuk

tujuan ini, semua pegawai terlibat hendaklah mengemaskini maklumat

peribadi masing-masing. Pentadbir Cuti Bahagian/Jabatan perlu

mengemaskini maklumat perkhidmatan pegawai-pegawai yang terlibat.

 

          Bagi memperluaskan penggunaan IT, segala maklumat berhubung aktiviti-

aktiviti KAKEP boleh diperolehi melalui Laman Web KAKEP. Ahli-ahli KAKEP

yang mempunyai internet boleh mencapai laman web masing-masing melalui

pautan Portal KEMENTAH.

 

Page 10: pola keselarasan vokal

Para hadirin sekalian,

 

          Bagi mencungkil bakal warga awam Kementerian, satu pertandingan

merekacipta tali leher dan tudung korporat telah diadakan melalui Portal

KEMENTAH, Laman Web KAKEP dan poster. Kementerian akan membuat

pemilihan ke atas rekaan yang terbaik.

 

Tuan/Puan sekelian

 

          Akhir kata seperti mana kita semua  maklum, tidak lama lagi kita akan

melalui Pilihanraya Umum Ke-12.  Bagi saya pilihanraya ini cukup  penting buat

kita semua.  Ini kerana penubuhan kerajaan  baru nanti adalah berdasarkan 

pemilihan kita semua.  Dalam hal ini kita memerlukan satu kerajaan yang kuat

dan berwawasan untuk meneruskan kesinambungan pentadbiran ke arah

menjadi Negara Maju pada tahun 2020.  Oleh itu saya berharap  semua kita

dapat menunaikan tanggong jawab kita dengan keluar mengundi dan buatlah

pengundian dengan bijak.

 

Sekian, Wabillahitaufik, walhidayah. Assalamualaikum warahmatullahi

wabarakatuh.

Page 11: pola keselarasan vokal

1.0 ANALISIS BAHAN

1.1 POLA KESELARASAN VOKAL YANG TERDAPAT DALAM TEKS

UCAPAN Y. B DATO’ KETUA SETIAUSAHASEMPENA PERHIMPUNAN

PAGI SEKTOR AWAM PADA 25 FEBRUARI 2008

Suku kata Praakhir Suku Kata Akhir

Tertutup

Perkataan

1.

a a Saya,dasar,para,

awam,adalah

2.

a I Majlis,baik,gaji,

Rasmi

3.

a U Makluman

4.

e pepet a Selamat,telah,kepada,

meminta,serah

5.

e pepet i Memberi,seperti,

pegawai,mengikuti,pentin

g

6.

e pepet u Ketua,bentuk,perlu,

seruan,seluruh,penuh

7.

e taling a Ceramah,secara,sengaja

8.

e taling e taling Bengkel,tentera

9.

e taling o Sektor,rekod

Suku kata Praakhir Suku Kata Akhir

Tertutup

Perkataan

10.

i a Kita,hingga,bintang,

lima,giat,tidak,pihak

Page 12: pola keselarasan vokal

11. i i Ini,ingin,tinggi

Aktiviti

12. i u Isu

13. o a Program,boring,anggota

14. o e taling Oleh,proses,projek

15. o o Sokongan

16. u a Juga,supaya,bulan

17. u i Mulia

18. u u Untuk,hujung,mutu

Page 13: pola keselarasan vokal

1.2 KESALAHAN UMUM TATABAHASA YANG TERDAPAT DALAM TEKS

UCAPAN Y.B DATO’ KETUA SETIAUSAHA SEMPENA PERHIMPUNAN PAGI

SEKTOR AWAM PADA 25 FEBRUARI 2008

Kesalahan:

1. Sehubungan dengan itu Sistem Star Rating telah dilaksanakan bertujuan

bagi menggedkan tahap prestasi kecemerlangan agensi-agensi

kerajaan,kearah meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan.

Setelah dibetulkan:

Sehubungan dengan itu, Sistem Star Rating telah dilaksanakan bertujuan

bagi menggredkan tahap prestasi kecemerlangan agensi-agensi

kerajaan,kearah meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan.

2. Sekiranya Cadangan Reorganization diluluskan,peluang kenaikan pangkat

akan lebih cerah dan secara tidak langsung dapat mempertingkatkan

kerjaya dan taraf hidup pegawai dan kaitangan terlibat.

Setelah dibetulkan:

Sekiranya Cadangan Reorganization diluluskan,peluang kenaikan pangkat

akan lebih cerah dan secara tidak langsung dapat mempertingkatkan

kerjaya dan taraf hidup pegawai dan kakitangan terlibat.

3. Oleh itu,semua Bahagian diminta untuk mengekalkan prestasi tersebut.

Setelah dibetulkan:

Oleh itu,semua bahagian diminta untuk mengekalkan prestasi tersebut.

Page 14: pola keselarasan vokal

4. Sehubungan dengan itu, Sistem Star Rating telah dilaksanakan bertujuan

bagi menggredkan tahap prestasi kecemerlangan agensi-agensi

kerajaan,kearah meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan.

Setelah dibetulkan:

Sehubungan dengan itu, Sistem Star Rating telah dilaksanakan bertujuan

bagi menggredkan tahap prestasi kecemerlangan agensi-agensi

kerajaan,ke arah meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan.

5. Akuan Kementerian 2007,telah ditutup pada 31 Januari 2008 dengan

peratus perbelanjaan sebanyak 101.7 % (RM 9.5 billion) bagi bajet

Mengurus.

Setelah dibetulkan:

Akuan Kementerian 2007,telah ditutup pada 31 Januari 2008 dengan

peratus perbelanjaan sebanyak 101.7 % (RM 9.5 billion) bagi bajet

mengurus.

6. Syukur ke hadrat Allah kerana dengan izinNya dapat kita berkumpul pada

pagi ini sempena Perhimpunan Pagi Sektor Awam yang dihoskan oleh

Bahagian Akaun.

Setelah dibetulkan:

Syukur ke hadrat Allah kerana dengan izin-Nya dapat kita berkumpul pada

pagi ini sempena Perhimpunan Pagi Sektor Awam yang diacarakan oleh

Bahagian Akaun.

Page 15: pola keselarasan vokal

7. Adalah diharap prestasi Kementerian dapat dipertingkatkan pada tahun ini

supaya semua pelanggan Kementerian berpuas hati.

Setelah dibetulkan:

Adalah diharap prestasi kementerian dapat dipertingkatkan pada tahun

ini supaya semua pelanggan kementerian berpuas hati.

8. Apa yang       penting marilah bersama-sama kita beriltizam dan

berganding bahu untuk mengangkat prestasi Kementerian ke arah lima

bintang bagi tahun 2008.

Setelah dibetulkan:

Apa yang       penting marilah bersama-sama kita beriltizam dan

berganding bahu untuk meningkatkan prestasi Kementerian ke arah lima

bintang bagi tahun 2008.

9. BADSA telahpun mula melaksanakan pengauditan tersebut secara giat ke

atas 14 PTJ di seluruh negara yang berlangsung pertengahan Januari

hingga awal Februari manakala pergerakan kedua yang melibatkan 15

PTJ lagi adalah pada hujung bulan Februari.

Setelah dibetulkan:

BADSA telahpun mula melaksanakan pengauditan tersebut secara giat ke

atas 14 PTJ di seluruh negara yang berlangsung pada pertengahan

Januari hingga awal Februari manakala pergerakan kedua yang

melibatkan 15 PTJ lagi adalah pada hujung bulan Februari.

Page 16: pola keselarasan vokal

10. Setakat ini prestasi pengemaskinian SPP II masih belum boleh

dibanggakan kerana sepatutnya maklumat-maklumat yang dikehendaki

perlulah sentiasa di kemas kini, dalam kata lain mencapai seratus peratus.

Setelah dibetulkan:

Setakat ini prestasi pengemaskinian SPP II masih belum boleh

dibanggakan kerana sepatutnya maklumat-maklumat yang dikehendaki

perlulah sentiasa di kemas kini, dalam kata lain mencapai tahap seratus

peratus.

1.3 PERKATAAN PINJAMAN YANG TERDAPAT DALAM TEKS UCAPAN Y.B

DATO’ KETUA SETIAUSAHA SEMPENA PERHIMPUNAN PAGI SEKTOR

AWAM PADA 25 FEBRUARI 2008

KATA PINJAMAN PERKATAAN

BAHASA INGGERIS Sektor,

Prestasi

Serius,

Indeks

Sistem

Rasional

Kriteria

Bajet

Surcaj

Komitmen

Status

BAHASA ARAB Hakikat

Hakikat

Page 17: pola keselarasan vokal

Bahan Kedua : Ucapan

Kementerian : Kementerian Pertanian dan Industri Makanan

UCAPAN SETIAUSAHA TETAP KPIM SEMPENA PERHIMPUNAN

PEGAWAI KPIM, JABATAN DAN AGENSI.

Yang Berhormat Datuk Haji Abdul Rahim Ismail, Menteri Pertanian dan Industri

Makanan, Yang Berhormat Pembantu-Pembantu Menteri, Pengerusi-Pengerusi

Agensi, Pengarah-Pengarah Jabatan, Pengurus Besar-Pengurus Besar Agensi,

Tuan-Tuan dan Puan-Puan sekalian. Terlebih dahulu saya juga untuk

mengalualukan kehadiran semua pegawai dan kakitangan yang dapat

meluangkan masa untuk hadir ke perhimpunan pada pagi yang mulia ini.

Selamat pagi dan salam sajehtera.

Sebelum kita mendengar amanat YB. Menteri Pertanian dan Industri

Makanan , izinkan saya untuk menyampaikan sedikit ucapan. Rasanya belum

terlambat rasanya untuk menyampaikan ucapan Selamat Tahun Baru Cina

kepada saudara-saudara kita dari kaum Cina yang merayakannya. Dalam

ucapan perhimpunan perdana yang lalu saya telahpun banyak menyentuh

perkara-perkara pentadbiran yang menyentuh tentang disiplin dan etika

pentadbiran kakitangan. Diantara perkara yang telah saya sentuh ialah

kelewatan datang kerja, soal-soal integriti, membazir, tidak cekap, tidak

memahami matlamat jabatan, menggunakan pejabat untuk kepentingan peribadi,

menjalankan perniagaan pada waktu pejabat, menconteng tandas dan lift dan

sebagainya.

Saya tidak ingin mengulangi atau menyentuh perkara ini kerana sebagai

makhluk dewasa dan berpendidikan maka cukup sekali sahaja perkara seperti itu

disentuh sebagai peringatan demi untuk kebaikan bersama. Pada kali ini saya

ingin menyentuh perkara-perkara yang lebih serius atau perkara yang lebih

tertumpu kepada kelangsungan organisasi keseluruhannya. Untuk makluman

Page 18: pola keselarasan vokal

tuan/puan, perkara seperti kelemahan organisasi melaksanakan sistem

penyampaiannya (delivery system) bukanlah merupakan perkara baru. Ia telah

menjadi satu isu perbincangan yang mendapat perhatian khusus

samaada daripada media massa, rakyat keseluruhannya malah juga dikalangan

para pelaksana dan penggubal dasar itu sendiri, iaitu dikalangan para eksekutif,

ahli ahli dewan rakyat dan negara serta juga dari ahli-ahli jemaah kabinet.

Rata-rata ulasan atau teguran lebih tertumpu kepada para pelaksana dan

penyampai (Jabatan/Agensi) yang dilabel sebagai tidak efektif dan juga tidak

komited dalam menyampaikan program kerajaan. Disebabkan tomahan yang

kolektif ini maka saya merasakan bahawa setiap Jabatan/ Agensi, termasuklah

Kementerian sendiri membuat satu perubahan atau penyusunan Pentadbiran

yang sediaada. Di pihak Kementerian sendiri, penyusunan semula struktur

organisasi yang sediaada akan dilakukan kearah struktur yang lebih functional.

Kita di Kementerian berharap apabila penyusunan ini selesai maka kita semua

akan bersikap lebih responsif dan cekap dalam usaha mengatasi karenah

birokrasi dan berfungsi dengan lebih lancar dengan tidak mengecewakan

kumpulan sasaran atau pelanggan kita kerana sistem penyampaian adalah

merupakan teras utama perkhidmatan awam. Delivery system yang cemerlang

akan hanya dapat dilakukan apabila ianya diwujudkan berasaskan kepada

intergriti, kepercayaan dan gandingan mantap melalui kerja berpasukan (team

work).

Sehubungan dengan ini, Kementerian akan memperkasakan bahagian

pemantauan dan penilaian program. Dan diharapkan juga agar Jabatan dan

Agensi dibawah Kementerian akan mengikuti langkah ini melalui penyusunan

semula fungsi dan mengunapakai kesemua sumber manusia ketahap optimum

kerana kekurangan sumber manusia terutamanya dibahagian teknikal yang

kritikal telah menjadi salah satu daripada penghalang kepada sistem

penyampaian yang berkesan. Perkara ini berlaku disebabkan oleh keen gganan

pihak bertanggungjawab melantik anggota baru apabila anggota meninggalkan

perkhidmatan kerana persaraan dsb.

Page 19: pola keselarasan vokal

Saranan untuk memperkasakan sistem pemantau dan penilaian impak

projek perlu dipatuhi agar sistem pemantauan dan pengesanan projek/program

ini dilakukan ditiga peringkat (3 tiers supervision) dapat dilaksanakan. Peringkat

pertama diperingkat daerah, peringkat kedua diperingkat pusat jabatan/agensi

pelaksana dan peringkat ketiga diperingkat kementerian. Pada masa yang sama

juga setiap Jabatan/Agensi perlu meningkatkan usaha untuk mengenalpasti,

menilai dan mengkaji amalan-amalan semasa yang mungkin telah lapuk dengan

melakukan penambahbaikan terhadap sistem dan prosidur kerja bagi menjamin

kelancaran dan keberkesanan pelaksanaan dasar dan strategi pembangunan

Kementerian. Semasa mesyuarat post-mortem pelaksanaan projek tahun 2006

baru-baru ini, bebarapa perkara telahpun dikenalpasti sebagai punca terhadap

kegagalan pelaksanaan projek. Diantara puncanya ialah:

Kegagalan membuat perancangan projek/program secara teratur.

Tidak ada sistem pemantauan (monitoring) yang teratur.

Tidak ada penilaian projek/program.

Pengurusan kewangan yang tidak berapa teratur.

Berlaku tadbir urus projek yang tidak berasaskan kepada integriti dan

akauntabiliti.

Perancangan projek/program yang teratur adalah merupakan proses awal

yang amat penting dilaksanakan bagi menjamin agar suatu projek atau program

itu betul-betul dapat dinikmati oleh kumpulan sasaran. Pemilihan sesuatu

program/projek itu juga amat penting dimana mengikut kelazimannya keputusan

dibuat berdasarkan kepada analisis kemungkinan atau mengikut analisis kos

faedah (cost benefit analysis). Keputusan yang dibuat berdasarkan analisis akan

mempastikan projek atau program tersebut akan berdaya maju dan memberikan

manfaat yang maksimum kepada kumpulan sasaran. Pemantauan mengikut

terminologi bahasa dapat ditafsirkan sebagai tinjauan terhadap kemajuan

program/projek secara sistematik agar ianya dapat disiapkan atau dilaksanakan

mengikut jadual.

Melalui pemantauan juga sebarang permasalahan dapat dikesan

diperingkat awal dan dengan itu usaha bagi mengatasinya dapat dilakukan. Jika

Page 20: pola keselarasan vokal

pemantauan dapat dilaksanakan diperingkat Kementerian, Jabatan atau Agensi

secara teratur maka projek-projek atau program-program dalam RMK9 dapat

dilaksanakan dengan teratur, mengikut jadual dan juga dengan jayanya.

Disamping itu juga pelaksanaan projek/program dapat dikaji dari semasa ke

semasa dan jika perlu penambahbaikan boleh dilakukan tanpa membabitkan kos

yang besar. Oleh itu saya amat berharap agar Jabatan/Agensi di Kementerian ini

dapat mengadakan satu sistem pemantauan yang sistematik sepertimana yang

telahpun dilaksanakan melalui Sistem Pemantauan Projek II (SPP II) yang

telahpun dikuatkuasakan diperingkat Persekutuan. Sistem pemantauan teratur

berupaya menjayakan projek dengan teratur sebaliknya jika tidak ada

pemantauan, walau sebaik mana perancangan atau keputusan dibuat ianya tidak

akan bermakna.

Satu lagi komponen penting dalam pelaksanaan suatu projek/program

pembangunan ialah penilaian outcome atau impak projek sebagai satu alat

pengurusan pembangunan. Melalui penilaian kita akan dapat mengetahui

samaada projek tersebut telah dapat mencapai matlamat yang ditetapkan atau

telah dapat mendatangkan faedah kepada kumpulan sasaran. Mengikut keadaan

semasa kaedah ukuran prestasi terhadap impak projek yang biasa digunakan

ialah KPI (Key Performance Indicator) dan Target Outcomes. Menyentuh tentang

pengurusan kewangan, saya tidaklah berhasrat untuk menghuraikan perkara ini

kerana ianya terletak luar daripada bidang kuasa Kementerian. Pihak Kita Cuma

dapat menghantar permohonan untuk mempercepatkan pengeluaran suatu

peruntukan. Malangnya apa yang berlaku adalah kerapnya berlaku pengeluaran

peruntukan diakhir tempoh suatu suatu tahun kewangan. Akibatnya

program/projek yang dilancarkan akan dilaksanakan secara terburu-buru dan

yang lebih malang peruntukan ditarik balik akibat kesuntukan masa.

Dalam soal lain, seorang penjawat awam sering diberikan penekanan

agar mengamalkan suatu pendekatan berintegriti, akauntabliti, telus dan adil.

Empat prinsip ini jika dijadikan pegangan dikalangan segenap lapisan penjawat

awam yang melaksanakan projek/program maka matlamat kerajaan negeri untuk

Page 21: pola keselarasan vokal

menjadikan Sabah maju menjelang tahun 2015 akan menjadi kenyataan. Integriti

ini juga hendaklah dipupuk disetiap lapisan kakitangan tanpa mengira jawatan

dan kedudukan mereka dipejabat supaya setiap mereka akan akan mempunyai

keluhuran, disiplin dan kewibawaan yang tinggi. Saya tidak berhasrat untuk

memanjangkan ucapan saya kerana selepas ini kita akan sama-sama

mendengar amanat yang akan disampaikan sendiri oleh YB.Datuk Haji Abdul

Rahim Ismail, Menteri Pertanian dan Industri Makanan. Sekian

dan terima kasih.

Page 22: pola keselarasan vokal

2.0 ANALISIS BAHAN

2.1 POLA KESELARASAN VOKAL YANG TERDAPAT DALAM UCAPAN

SETIAUSAHA TETAP KPIM SEMPENA PERHIMPUNAN

PEGAWAI KPIM, JABATAN DAN AGENSI.

Suku Kata

Praakhir

Suku Kata

Akhir

Tertutup

Perkataan

1. a i dari,pagi

2. i a kita,etika,tidak

3. a u baru,lalu,saudara,lapuk

4. u a juga,ucapan,menggunakan,mengulangi,

bukanlah,penggubal

5. i u serius,isu

6. u i Lebih,berfungsi

7. e(taling) o tempoh

8. o e(taling) oleh,projek,menconteng,proses

9. a a makanan,saya,dapat,masa,pada,salam,

amanat,rasa,dalam,banyak,matlamat,

jabatan,rakyat,malah,para,sama,maka,

sasaran,awam,hanya,mantap,akan,agar,ama

t

10. i i ini,izinkan,prinsip,tinggi,disiplin

11. u u untuk,khusus,struktur,sehubungan,ukuran,

terburu-buru,dipupuk

12. e(taling) e(taling) seperti,kelemahan,efektif

Page 23: pola keselarasan vokal

13. o o permohonan

14. e(taling) a sekali, perkara,bersama

15. o a soal,anggota

16. e(pepet) a selamat,kehadiran,pegawai,kepada,cekap,

dewasa,pelaksana

17. e(pepet) i lebih,sedikit

18. e(pepet) u semua,sentuh,semula

2.2 PENGEJAAN KATA PINJAMAN

KATA PINJAMAN PERKATAANBahasa Inggeris functional

eksekutif komited responsif delivery system team work optimum tiers supervision post-mortem monitoring intergriti akauntibility cost benefit analysis terminology key performance indicator target outcomes lift outcome serius

2.3 KESALAHAN UMUM TATABAHASA

Kesalahan ayat :

terlebih dahulu saya juga untuk mengalu-alukan (salah)

terlebih dahulu saya juga ingin mengalu-alukan (betul)

banyak menyentuh perkara-perkara pentadbiran (salah)

Page 24: pola keselarasan vokal

banyak menyentuh perkara pentadbiran (betul)

saya sentuh ialah kelewatan datang kerja (salah)

saya senruh adalah kelewatan datang kerja (betul)

sepertimana yang telahpun dilaksanakan (salah)

seperti mana yang telah dilaksanakan (betul)

walau sebaik mana perancangan (salah)

walaupun sebaik mana perancangan (betul)

projek tersebut telah dapat mencapai (salah)

projek tersebut telah mencapai (betul)

atau telah dapat mendatangkan (salah)

atau dapat mendatangkan (betul)

yang cemerlang akan hanya dapat (salah)

yang cemerlang hanya akan dapat (betul)

tempoh suatu suatu tahun kewangan (salah)

tempoh suatu tahun kewangan (betul)

Kesalahan tanda baca

Tanda baca (,) :

Dalam ucapan perhimpunan perdana yang lalu saya telahpun (salah)

Dalam ucapan perhimpunan perdana yang lalu,saya telahpun (betul)

Page 25: pola keselarasan vokal

Kesalahan ejaan

KESALAHAN PEMBETULAN

mengalualukan mengalu-alukan

diantara di antara

samaada sama ada

dikalangan di kalangan

sediaada sedia ada

kearah ke arah

karenah kerenah

mengunapakai menggunapakai

ketahap ke tahap

mempastikan memastikan

sepertimana seperti mana

diakhir di akhir

ditarik balik di tarik balik

dipejabat di pejabat

Page 26: pola keselarasan vokal

Bahan : Kenyataan Akhbar

Kementerian : Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan

Masyarakat

KENYATAAN AKHBAR YB DATO’ SRI SHAHRIZAT ABDUL JALIL MENTERI

PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT MENGENAI

CUTI BERSALIN DI SEKTOR SWASTA

Mengikut data Penyiasatan Tenaga Buruh 2004 terdapat seramai 7.9 juta wanita

berada dalam kumpulan umur bekerja (15-64 tahun). Daripada jumlah itu,

seramai 3.73 juta berada dalam pasaran pekerjaan di mana seramai 1.08 juta

adalah terdiri daripada wanita yang berkahwin dan bekerja di sektor swasta.

Mereka ini memberikan sumbangan besar dalam pembangunan ekonomi dan

keharmonian sosial negara. Oleh itu, keperluan dan kebajikan mereka perlu

diberi perlindungan sewajarnya, termasuklah kemudahan cuti bersalin.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat amat prihatin

terhadap isu cuti bersalin yang tidak seragam di kalangan pekerja wanita sektor

swasta. Pekerja wanita yang bergaji melebihi RM1,500 sebulan tidak diberi cuti

bersalin 60 hari oleh majikan sebagaimana mereka yang bergaji kurang daripada

RM1,500. Mengikut definisi ‘pekerja’ di bawah Akta Kerja 1955, pekerja ialah

mereka yang bergaji RM1,500 dan ke bawah serta pekerja manual tanpa

mengira gaji.Akta Kerja 1955 memperuntukkan pekerja wanita diberi cuti bersalin

sekurang-kurangnya 60 hari. Walau bagaimanapun, peruntukan ini tidak boleh

dimanfaatkan oleh semua pekerja wanita di sektor swasta disebabkan definisi

pekerja seperti dalam Jadual I Akta tersebut.

Page 27: pola keselarasan vokal

Kementerian ini berpendapat semua pekerja wanita berhak diberi cuti bersalin

sekurang-kurangnya 60 hari tanpa mengira jumlah gaji yang diperolehi.

Kementerian melihat perkara ini sebagai satu kelemahan berkaitan undang-

undang perburuhan yang perlu dikaji semula supaya tidak wujud diskriminasi

terhadap mana-mana pekerja wanita di negara ini. Sudah sampai masanya isu

ini ditangani dan kemudahan cuti bersalin diseragamkan supaya diskriminasi

yang berasaskan gaji kepada pekerja wanita dihapuskan. Ini adalah juga selaras

dengan Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan kesamaan layanan

undang-undang kepada semua orang.

Kini semua pekerja wanita di sektor awam diperuntukkan cuti bersalin selama 60

hari tanpa mengira jumlah gaji. Pihak majikan di sektor swasta haruslah

mencontohi langkah Kerajaan dalam memberikan cuti bersalin selama 60 hari

kepada semua pekerja wanita. Suka juga saya menyeru kepada semua pihak

khususnya para majikan sektor swasta supaya turut prihatin terhadap isu ini

memandangkan ia merupakan tanggungjawab sosial kepada pekerjanya.

Tempoh cuti bersalin selama 60 hari adalah penting kepada ibu bertujuan untuk

memulihkan kesihatannya di samping dapat menyusu dan membela (nurture)

anak yang baru lahir itu dengan lebih baik. Majikan harus sedar bahawa pekerja

yang sihat menyumbang kepada peningkatan produktiviti.

Pihak swasta juga diseru untuk mengamalkan konsep mesra keluarga di tempat

kerja dan dalam peraturan kerja. Antara konsep mesra keluarga yang boleh

diamalkan ialah bekerja dari rumah, perkongsian kerja (job sharing) dan waktu

kerja fleksibel.

DATO’ SRI SHAHRIZAT ABDUL JALIL

Page 28: pola keselarasan vokal

3.0 ANALISIS BAHAN

3.1 POLA KESELARASAN VOKAL YANG TERDAPAT DALAM KENYATAAN

AKHBAR YB DATO’ SRI SHAHRIZAT ABDUL JALIL MENTERI

PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT MENGENAI CUTI

BERSALIN DI SEKTOR SWASTA

Suku

Kata Praakhir

Suku Kata Akhir

Tertutup

Contoh Penggunaan

a a Dalam, data, mana,

amat

a i Gaji, kahwin, kaji

a u Satu, tahun, hapus

e pepet a Berhak, besar, kerja

e pepet i Mesti, beri

e pepet u Perlu, semua

e taling a Keluarga, mesra

e taling e taling -

e taling o Tempoh, sektor

i a Pihak, tidak

i i Ini, diri

i u Ibu, isu, itu

o a Orang

o e taling Oleh ,boleh, konsep

o o Ekonomi

u a Jumlah, juta, rumah,,

Page 29: pola keselarasan vokal

kurang

u i Cuti

u u Untuk, buruh, umur,

wujud

3.2 KATA PINJAMAN YANG TERDAPAT DALAM KENYATAAN AKHBAR YB

DATO’ SRI SHAHRIZAT ABDUL JALIL MENTERI PEMBANGUNAN WANITA,

KELUARGA DAN MASYARAKAT MENGENAI CUTI BERSALIN DI SEKTOR

SWASTA

Kata pinjaman yang terdapat dalam petikan tersebut kebanyakkannya berasal

daripada bahasa Inggeris.

Kata pinjaman Bahasa Inggeris

Diskriminasi

Discrimination

Fleksibel Flexible

Sektor Sector

Sosial Social

Manual Manual

Produktiviti Productivity

3.3 KESALAHAN TATABAHASA UMUM TATABAHASA YANG TERDAPAT

DALAM KENYATAAN AKHBAR YB DATO’ SRI SHAHRIZAT ABDUL JALIL

MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT

MENGENAI CUTI BERSALIN DI SEKTOR SWASTA

Page 30: pola keselarasan vokal

Kesalahan tatabahasa yang terdapat dalam ucapan tersebut adalah :

(a) Pihak majikan di sektor swasta haruslah mencontohi langkah Kerajaan

dalam memberikan cuti bersalin selama 60 hari kepada semua pekerja

wanita.

Pembetulan

Pihak majikan di sektor swasta haruslah mencontohi langkah kerajaan dalam

memberikan cuti bersalin selama 60 hari kepada semua pekerja wanita.

(b) Tempoh cuti bersalin selama 60 hari adalah penting kepada ibu bertujuan

untuk memulihkan kesihatannya di samping dapat menyusu dan membela

(nurture) anak yang baru lahir itu dengan lebih baik.

Pembetulan

Tempoh cuti bersalin selama 60 hari adalah penting kepada ibu bertujuan

memulihkan kesihatannya di samping dapat menyusu dan membela (nurture)

anak yang baru lahir itu dengan lebih baik.

(c) Suka juga saya menyeru kepada semua pihak khususnya para majikan

sektor swasta supaya turut prihatin terhadap isu ini memandangkan ia

merupakan tanggungjawab sosial kepada pekerjanya.

Pembetulan

Saya juga menyeru kepada semua pihak khususnya para majikan sektor

swasta supaya turut prihatin terhadap isu ini memandangkannya

tanggungjawab sosial kepada pekerja.

(d) Peruntukan ini tidak boleh dimanfaatkan oleh semua pekerja wanita di

sektor swasta disebabkan definisi pekerja seperti dalam Jadual I Akta

tersebut.

Page 31: pola keselarasan vokal

Pembetulan

Peruntukkan ini tidak boleh dimanfaatkan oleh semua pekerja wanita di

sektor swasta disebabkan definisi pekerja seperti dalam Jadual I Akta

tersebut.

RUJUKAN

Dewan Bahasa dan Pustaka. 1989. Kamus Dewan Edisi Baru. Kuala Lumpur.

Dewan Bahasa dan Pustaka. 2007. Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala

Lumpur.

Nik Safiah, Farid, Hashim, Abdul. 2006. Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Kuala

Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Page 32: pola keselarasan vokal