Polis DiRaja Malaysia (PDRM), sehingga April 2015 ... · PDF fileNO. SOALAN: 28 Polis DiRaja...

4
NO. SOALAN: 28 Polis DiRaja Malaysia (PDRM), sehingga April 2015, sebanyak 536 laman sesawang telah disekat di bawah Akta Rumah Judi Terbuka 1953. 2

Transcript of Polis DiRaja Malaysia (PDRM), sehingga April 2015 ... · PDF fileNO. SOALAN: 28 Polis DiRaja...

Page 1: Polis DiRaja Malaysia (PDRM), sehingga April 2015 ... · PDF fileNO. SOALAN: 28 Polis DiRaja Malaysia (PDRM), sehingga April 2015, sebanyak 536 laman sesawang telah disekat di bawah

NO. SOALAN: 28

Polis DiRaja Malaysia (PDRM), sehingga April 2015, sebanyak 536 laman

sesawang telah disekat di bawah Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

2

Page 2: Polis DiRaja Malaysia (PDRM), sehingga April 2015 ... · PDF fileNO. SOALAN: 28 Polis DiRaja Malaysia (PDRM), sehingga April 2015, sebanyak 536 laman sesawang telah disekat di bawah

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN

DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

DARIPADA

TARIKH

DATUK DR. MAKIN @ MARCUS MOJIGOH [ PUTATAN]

27 MEI 2015 (RABU)

SOALAN 29

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [ Putatan ] minta MENTERI

PENGANGKUTAN menyatakan

(a) apakah kekangan yang dihadapi oleh pihak berkenaan

dalam isu pemindahan operasi syarikat penerbangan Airasia

ke Terminal Utama Lapangan Terbang Antarabangsa Kota

Kinabalu.; dan

(b) adakah Pihak Keselamatan Malaysia Airport Holding Berhad

akan menyediakan alat pengimbas bagi tujuan pemeriksaan

keselamatan di lapangan terbang di seluruh Negara

berbanding dengan kaedah "Meraba Penumpang" yang

digunakan sekarang.

1

Page 3: Polis DiRaja Malaysia (PDRM), sehingga April 2015 ... · PDF fileNO. SOALAN: 28 Polis DiRaja Malaysia (PDRM), sehingga April 2015, sebanyak 536 laman sesawang telah disekat di bawah

JAWAPAN

Tuan Yang Dipertua,

a) Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, syarikat AirAsia telah

memohon supaya 3 isu yang dibangkitkannya diselesaikan terlebih

dahulu sebelum berpindah ke Terminal Utama Lapangan Terbang

Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA). Isu-isu yang dibangkitkan

adalah seperti berikut:

i) Skim insentif oleh MAHB

ii) Kadar pembayaran Caj Perkhidmatan Penumpang

(Passenger Service Charge-PSC) di Terminal 1 KKIA dan

iii) Penggunaan sistem daftar-masuk sendiri (check-in) yang

sedia ada di KKIA.

Untuk makluman, isu-isu yang dibangkitkan oleh AirAsia tersebut

telah pun diselesaikan oleh Kerajaan. Kerajaan pada 7 Mei 2015

telah mengeluarkan arahan supaya AirAsia dan syarikat

penerbangan lain yang masih beroperasi di Terminal 2 supaya

berpindah ke Terminal Utama KKIA sebelum 1 Ogos 2015.

b) Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pemeriksaan manual yang

disebutkan sebenarnya dipanggil pat-down memang digunakan di

semua lapangan terbang seluruh dunia. Kaedah ini selaras dengan

piawaian Annex 17 International Civil Aviation Organisataion (ICAO)

untuk menghalang percubaan menyeludup bahan-bahan berbahaya

yang tidak dapat dikesan oleh alat pengesan logam. Pat-down ini

2

Page 4: Polis DiRaja Malaysia (PDRM), sehingga April 2015 ... · PDF fileNO. SOALAN: 28 Polis DiRaja Malaysia (PDRM), sehingga April 2015, sebanyak 536 laman sesawang telah disekat di bawah

tidak bermaksud ‘meraba-raba’ dan ia dilakukan secara terbuka dan

profesional oleh anggota keselamatan profesional yang dilatih khas

oleh Polis diRaja Malaysia (PDRM) untuk menjalankan prosedur ini

dengan menghormati hak-hak penumpang. Pat-down untuk

penumpang perempuan adalah dilakukan oleh anggota keselamatan

perempuan, dan bagi penumpang lelaki oleh anggota keselamatan

lelaki.

Kaedah memeriksa badan secara pat-down masih diperlukan kerana

sesetengah bahan berbahaya seperti dadah, senjata seramik, bahan

letupan dan lain-lain, tidak dapat dikesan oleh alat pengesan logam

dan Hand Held Metal Detector.

3s*